February 16, 2019

20 Isu Kos Belanja Haji U-Turn Demi #PRKSemenyih







Kata Menteri Agama, Mujahid Yusuf, baca di sini,
Disebabkan perkara ini tular, saya akan merujuk semula kepada TH untuk membincangkan semula polisi sebenar yang ditetapkan TH supaya boleh mengambil kira kes membabitkan pengiring dan dan jemaah yang membuat rayuan.
Kenyataan yang tular hari ini mungkin berniat  berniat jahat yang mana mereka tulis ‘tiada subsidi’ kemudiannya ada tulisan yang kecil tertulis ‘kepada yang merayu dan mengiringi.
Di sini saya nak perjelaskan bahawa kita tidak keluarkan kenyataan itu dan kenyataan rasmi yang kita keluarkan adalah untuk yang merayu dan mengiringi sekiranya berjaya, pihak TH akan mengambil kira kadar kemampuan dan itu menjadi pertimbangan kita yang paling utama.
Isu berkenaan timbul susulan jawapan daripada pentadbir akaun Facebook Lembaga Tabung Haji baru-baru ini ketika menjawab komen pengguna Facebook dalam satu hantaran berkata, subsidi haji hanya diberikan kepada bakal jemaah yang terpilih bagi tahun semasa.


Sebelum isu menjadi panas, jadual bayaran haji yang memaparkan jemaah haji jenis rayuan kena bayar penuh terpapar di laman web rasmi TH. Bahagian berkenaan telah diedit apabila isu menjadi panas. 

Bahkan dilaman sesawang TH sendiri bahagian FAQ Haji dan maklumat daftar haji pun tiba-tiba tidak boleh diakses, dan bila disemak tarikh kemaskini adalah selepas perkara ini tular. 

Jadi Pak Menteri Mujahid tidak wajar mengeluar kenyataan perkara yang berlaku adalah disebabkan oleh niat jahat sesetengah pihak. Kalau tidak ada angin, mungkin beruk yang goyang pokok berkenaan.

Apapun, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kalau tiada PRK Semenyih, belum tentu isu ini akan menjadi flip flop dan dibuat u-turn. Terima kasih PRK Semenyih.

22 Boleh Percaya Ka Cakap Tun Dr Mahathit PAS Tak Sokong BN Dalam #PRKSemenyih




Hari ini, pagi hari penamaan calon, media Kerajaan mengeluarkan berita pertemuan Perdana Menteri dan juga Presiden PAS. Berita melaporkan bahawa Presiden PAS tidak akan menyokong BN di dalam PRK Sememyih dan kononnya ada perjanjian bertulis. Persoalannya, kita percayakah cakap Perdana Menteri ini?

Menurut maklumat, Presiden PAS berjumpa Perdana Menteri semalam berkenaan royalti minyak kepada Terengganu dan Kelantan. Katanya, bayaran royalti minyak yang Perdana Menteri arahkan dibayar kepada Kelantan dan Terengganu tidak dibuat oleh Menteri Kewangan. 



Sejak satu dua menjak ini tindakan Perdana Menteri tidak mengambarkan apa yang beliau lakukan. Antaranya, pertama, beliau pernah mengungkapkan PPBM tidak akan masuk Sabah. Semalam, lain pula jadinya. Satu keputusan u-turn dan flip flop berlaku tidak sampai 6 bulan.



Kedua, Perdana Menteri yang sama juga mengatakan tidak akan menerima ahli UMNO yang berpaling tadah yang digelar sekutu partinya sebagai 'sampah'. Semalam, lain pula yang berlaku. Semuanya berlaku flip flop dan u-turn tidak sampai 6 bulan.



Tambahan lagi, surat dan arahan rasmi kepada akar umbi ahli PAS telahpun dikeluarkan oleh Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Selangor untuk membantu calon BN seperti di bawah.


Kesimpulannya, pertama, Pengerusi PPBM terdesak untuk memecahkan gabungan dan perpaduan PAS dan BN dalam PRK Semenyih dan janganlah kita mudah terpedaya. Kedua, strategi politik Tun Dr Mahathir tidak sukar untuk dibaca lagi.

Jumlah pengundi non-partisan di DUN Semenyih merupakan golongan majoriti. Golongan seperti ini yang harus dijaga dan dilipatgandakan kempen oleh petugas parti BN. PAS dan BN ada masalah? Gambar di bawah diambil sewaktu penamaan calon pagi tadi.


February 15, 2019

10 Tidak Perlu Bagi Dedak PRK Untuk Dapatkan Sokongan Rakyat

Berikut adalah gambar-gambar Mantan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak bersembahyang Jumaat di Semenyih bersama Rakyat.





Ini pula Menteri Ekonomi, Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor sedang menyampaikan dedak Pilihan Raya sehari sebelum penamaan calon.


Anda sebagai pembaca, nilaikan sendiri.

9 Menteri Menangis Semalam Rupanya Hanya Gimik Perasmian Semata-Mata




Semalam CTS ada membuat posting seorang Menteri menangis di atas pentas. Rupa-rupanya ada cerita lengkap mengenai kisah air mata Menteri. Rupa-rupanya ianya hanya merupakan gimik perasmian.

Sebuah lakonan siap dengan video dan latar belakang musik. Bangangnya Menteri Kerajaan Pakatan Harapan. Mempermainkan perasaan para petani dan nelayan untuk menjayakan lakonan ini.

Jarang-jarang ada pemimpin punya kemampuan berfikir di luar kotak seperti ini. Apa yang boleh saya katakan ialah ini gimik pelancaran yang amat menakjubkan. Markah penuh A+.

February 14, 2019

11 Menantu Ganti Bapa Mertuaku Untuk Calon PPBM #PRKSemenyih


Calon PRK PPBM DUN Semenyih menantu kepada Allahyarham penyandang rupanya. Tidak mengejutkan memandangkan parti-parti dan Kerajaan PH sendiri dikuasai oleh anak beranak. Kalau tidak bapak, emak. Kalau tidak emak, anak. Anak tak layak bagi menantu. Ironinya, Presuden Parti Bunga sifatkan ini sebagai kebetulan. Yo la.

Calon PPBM, Muhammad Aiman Zainali merupakan Bendahari PPBM Bahagian Hulu Langat yang juga merupakan menantu kepada Allahyarham Mantan ADUN Semenyih, Bakhtiar Mohd Nor, yang juga Mantan Ketua PPBM Bahagian Hulu Langat. Sesuailah dengan semangat nepotisme (kekeluargaan) dalam PPBM. Pengerusi Tun Dr Mahathir, Timbalan Presiden, DS Muhkriz.

15 Gambar-Gambar Konvo DS @NajibRazak Dan Pengakuan MB Johor Tiada Ijazah


Setelah berhempas pulas membuat tai-chi dan mengelak dari menjawab status graduan beliau, Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian akhirnya mengumumkan bahawa beliau tidak menamatkan pelajaran beliau setelah belajar di Kolej Pertanian Malaya.

Kes yang sama berlaku kepada Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu sebelum ini, juga  menegaskan beliau tidak tamat pelajaran peringkat ijazah walaupun belajar di luar negara.


Berlainan dengan Mantan Perdana Menteri yang turut terpalit dengan dakwaan tidak memiliki ijazah, hari ini memaparkan dua keping gambar beliau berjubah konvokesyen.

Paling win kata anak muda sekarang apabila beliau membuat komen untuk meminjam mesin masa kawan baik Menteri Kewayangan Nobita iaitu Doraemon, untuk kembali ke zaman silam, jika DAP tidak percaya dengan gambar tersebut.





24 Menteri Menangis, Wayang Untuk PRK Semenyih


Teringat satu adengan di dalam filem P Ramlee, Ibu Mertuaku yang mana dialog Nonya Mansor berbunyi, "Menangis konon. Jantan tak tahu malu!"

Masa harga getah jatuh teruk, harga sawit jatuh, Bantuan Sara Hidup (BSH) nelayan ditarik balik, apa beliau buat? Ada Menteri ini ada ambik kisah?

Menteri ini pula hendak jadi Tun Mahathir buat drama sendu sendan. Menangis mengenang masa depan melayu tapi tidak bantu melayu. Tugas Menteri bantu Rakyat bukan menangis dengar masalah mereka.

Ini semua sebahagian daripada wayang sempena PRK Semenyih. Semua ini adalah tekik untuk menagih kesihan dan simpati dari Rakyat.

Sudah-sudahlah dan jangan berlakon. Yang salah ialah Kerajaan PH. Bajet 2019 yang dibentang kerajaan PH tidak memperuntukkan inisiatif khusus untuk membela nelayan, petani, peladang dan pekebun kecil.


5 A Holiday Trap


Who first exposed the story about the trip to Turkey?

Sarawak Report.

Who first exposed Da Ma Cai as a sponsor for the trip?

Lim Guan Eng.

Who gave the approval for Da Ma Cai to pay for the trip?

The Totalisator Board under the Ministry of Finance.

Who headed the delegation to Turkey?

The IGP.

Who appointed the present IGP?

Datuk Seri Najib Razak.

I think there is more than what meets the eye, my friend. Remember, this involves the IGP, the highest police officer in the land.

February 13, 2019

47 @NajibRazak - The Phoenix Rising From The Ash






Bagi pembaca yang mengikuti mitos Greek, pastinya tahu tentang lagenda burung Phoenix, burung api yang dilahirkan semula dari abu. Lihat gambar burung berkenaan lambang kelahiran semula CTS di atas.

Itulah juga persamaan di antara CTS dan DS Najib Tun Razak. Kami bangkit dari kekalahan yang amat memeritkan dalam Pilihan Raya Umum ke 14 yang lalu.

Memang ada hikmah kekalahan Barisan Nasional  dalam PRU lepas. Juga bukan calang pemimpin dapat bangun selepas kekalahan tersebut dan masih mendapat sokongan Rakyat,

Buktinya, Azmin Ali berkata semalam, DS Najib Razak ini bukan Bossku tetapi Pencuriku. Nampaknya orang ramai berpusu bergambar dengan Pencuriku di Tesco, Semenyih.

"Aku akan tunggu kamu di Semenyih, aku akan kejar kamu!" Kata Azmin kepada DS Najib. Kamu tengok ni Azmin. Sebelum kamu tunggu, DS Najib sudah sampai di Semenyih. Anak muda kini sudah mula bertindak setelah dikencing oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan.

Laungan "Apa malu Bosku" bergema semasa DS  Najib berada di Semenyih. Azmin kamu sembang besar. Diharap kamu tidak dimasukkan hispital kembali melihat gambar dan video di sini.









19 DA MA CAI Dan Bukan MA HA CAI




Syarikat perjudian da ma cai membiayai untuk lawatan sambil belajar pegawai kanan polis yang diketuai oleh Ketua Polis Negara ke Turki.

Lawatan ini diluluskan oleh TS Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri dari PPBM. Tujuan lawatan adalah untuk 'belajar' cara menangani kegiatan judi atas talian (online gambling). 

Persoalannya, tiada konflik kepentingankah dalam lawatan ini? Sebuah syarikat perjudian negara menaja pegawai kanan polis untuk lawatan sambil belajar pusat perjudian negara lain?

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng Menteri adalah pihak yang mendedahkan siapa yang membiayai untuk lawatan rombongan pegawai kanan polis berkenaan ke Turki tersebut selepas Muhyiddin Yassin (PPBM) akui beliau yang luluskan lawatan berkenaan.

Lim Guan Eng berkata, kementeriannya tidak menanggung kos lawatan kerja itu, walaupun TS Muhyiddin Yassin semalam berkata, ia ditaja Lembaga Totalisator Malaysia, sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Kewangan.

Persoalannya, kenapakah Menteri Keawangan dari DAP ini secara terbuka mendedahkan lawatan sambil belajar pegawai atasan polis dibiayai oleh pusat perjudian da ma cai? Kenapakah Menteri Kewangan secara terbuka cuba menyampaikan bahawa Menteri Dalam Negeri berbohong?

Hebat sungguh corak pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan. Bukan 'besha-besha'. Seperti kata pemimpin-pemimpin PPBM dalam isu ijazah terbang, tidak ada salahnya asalkan mereka tidak mencuri dan merogol. Atau inikah konsep maqasid syariah yang Kerajaan Pakatan Harapan laungkan sehari dua ini?

February 12, 2019

27 Menteri Paling Bijak Di Malaysia Adalah Menteri Besar Kedah, Mengalahkan DS Najib Tun Razak


Menteri paling bijak di Malaysia adalah DS Mukhriz Tun Dr Mahathir. Beliau dilahirkan pada 1964. Ini bermakna beliau mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di MRSM, Kota Bharu  (Pangkalan Chepa) pada tahun 1981. Laporan media Mstar di atas beberapa tahun lalu menyatakan beliau telah mendapat Ijazah Pengurusan Perniagaan dari Universiti Sophia Jepun pada 1982.   

Ini bermakna setahun selepas tamat SPM, beliau telah menerima telah menerima Ijazah Sarjana Muda. Tujuh tahun kemudian beliau mendapat Ijazah Jurusan Pemasaran dari Boston Massachusetts University (1989). Selain akhbar tempatan, Wikipedia juga memberikan maklumat yang sama.


Kalau DS Najib Tun Razak dapat ijazah sarjana muda pada tahun 1974, pada usia 21 tahun, DS Mukhriz Tun Dr Mahathir pula dapat ijazah sarjana muda dari Sophia University pada tahun 1982, hanya setahun selepas beliau menduduki SPM, pada usia 18 tahun.

Lagi cerdik Mukhriz Tun Dr Mahathir dari Najib Tun Abdul Razak.



 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates