February 8, 2019

31 Lawak Malam Ini - Universiti Timbalan Menteri Luar Dalam Rumah Kedai




New Straits Times hari ini mendedahkan transkrip keputusan yang dikongsi oleh Timbalan Menteri Luar. Ironinya, transkrip berkenaan kelihatan sama dengan gambar yang terdapat pada laman sesawang Cambridge International University (CIU).


Transkrip yang dikongsi oleh Datuk Marzuki Yahya di atas mempunyai persamaan dengan pemilik Abraham Kesington di bawah.


Hasil pemeriksaan lanjut ke atas alamat yang terdapat pada transkrip tersebut mendapati universiti berkenaan hanyalah sekadar rumah kedai (gambar ketiga di atas).

Laman sesawang CIU juga hari ini tidak dapat diakses, komonnya telah digodam.


Nota Kaki - Macai-macai Tomato PH yang bodoh cuba membuat komen kononnya DS Najib Tun Razak juga tidak habis pembelajarannya di University of Nottingham di London. Baca sendiri penjelasan beliau menjawab soalan Presiden PKR di bawah.

16 Berita Menteri Malaysia Tular Ke Seluruh Dunia




Tanpa perlu membayar kepada Justo dan Sarawak Report, Kerajaan Pakatan Harapan berjaya mempromosikan nama Timbalan Menteri mereka ke pentas dunia.

Berita Timbalan Menteri yang memiliki ijazah dari Cambridge International University, USA telah dilaporkan oleh The Straits Times, Singapura dan dua akhbar antarabangsa seperti Channel NewsAsia dan The Telegraph.

Tahniah.

February 7, 2019

33 Bukan Setakat Timbalan Menteri Tipu Guna 'Degree Mill', Menteri Kewangan Juga Menipu Sebagai Akauntan Bertauliah




Bukan setakat Timbalan Menteri Luar yang juga seorang Senator telah menipu pendidikan beliau dengan menggunakan 'degree mill', malah Menteri Kewangan Hong Kong, Nobita turut menipu apabila beliau berkata beliau adalah Akauntan Bertauliah atau 'Chartered Accountant'.

Ahli-ahli Akauntan Bertauliah boleh disemak melalui atas talian (online) yang boleh diakses di sesawang Malaysian Institute of Accountants (MIA). Hasil carian mendapati Nobita bukan seorang Akauntan Bertauliah seperti mana seorang lagi pemimpin pembangkang, Rafizi Ramli.

Tidak dapat dipastikan sama.ada Nobita pernah belajar di Australia atau menghabiskan pendidikan beliau di Monash University di Malaysia. Juga diragui apabila beliau mendakwa pernah bekerja di 'Big 4 Firm' (tiada istilah 'Big 8 Firm' seperti didakwa di atas). Hanya diketahui Nobita pernah bekerja di sebuah bank sebelum bergiat di dalam politik.

Jadi tidak hairanlah kalau Nobita gagal dalam titik perpuluhan mahupun mengenal pasti mana satu billiom mana satu trillion.


7 Belum Bicara, DS Najib Razak Sudah Digugur 3 Pertuduhan, Alhamdulillah




Sebelum ini pada 28/01/2019, dua hari selepas BN menang di PRK Cameron Highlands, pihak Peguam Negara dan Kerajaan PH telah mengenakan tiga pertuduhan baru ke atas DS Najib Tun Razak. Hari ini, Peguam Negara buat u-turn.

Mantan Perdana Menteri, hari ini dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi atas tiga pertuduhan tersebut melibatkan dalam pengubahan wang haram membabitkan jumlah RM47 juta, lima tahun lalu.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan pasukan pendakwaan yang diketuai Peguam Negara, Tommy 'Twist' Thomas untuk melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Pekan itu dan akan mengemukakan semula pertuduhan itu di Mahkamah Seksyen.

Macai-macai Tomato sedang rancak menganjing di media-media sosial agar DS Najib Tun Razak dipercepatkan dihantar ke Sungai Buloh kerana populariti beliau semakin memuncak. Sedangkan dalam masa yang sama, Peguam Negara pula sedang sibuk menggugurkan dakwaan, pastinya kerana kekurangan bukti, gagal menyediakan kertas siasatan dan pertuduhan yang sempurna.

Alasan yang diberikan oleh Peguam Negara agar tidak mahu membebankan hakim tidak masuk akal langsung! Alasan yang hanya boleh memperbodohkan macai-macai Tomato sahaja. Yang pasti Makcik Faridah di bawah pasti tidak gembira dengan berita ini.

February 6, 2019

17 Terbaru Dari Kerajaan PH, Timbalan Menteri Pula Buat U-Turn




U-turn dan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) ibarat isi dan kuku. Terbaru, dalam masa kurang lebih 24 jam, Timbalan Menteri Luar telah membuat u-turn. Daripada University of Cambridge di United Kingdom kini telah bertukar kepada Cambridge International University di Amerika Syarikat.

Apa punya Timbalan Menteri. Universiti pun boleh tukar-tukar. Dua negara yang berlainan tu. Itupun boleh keliru? Takpa, biar CTS bagi pendapat yang bernas. Salahkan wartawan. Salahkan portal Malaysiakini tersalah lapor. Kerajaan PH  adalah sentiasa betul.

Malangnya, menurut portal Malaysiakini juga, Cambridge International University tidak mendapat akreditasi dari Kerajaan Malaysia dan laman sesawang universiti berkenaan juga mencurigakan.



Tidak perlulah menipu pendidikan wahai Marzuki. Mahfuz Omar hanya lulusan SRP dan Mat Sabu lulusan SPM (diploma ITM tidak habis belajar), selamba saja jadi Timbalan Menteri dan Menteri dan menang pilihanraya. Kamu tu baru Senator.

15 Dr @Maszlee Cuba Nafi Sekolah Cina Anak Emas Kemeterian, Bukti Menyatakan Sebaliknya


Dalam zaman teknologi maklumat, penafian harus disertakan dengan bukti. Kalai tidak nampak Menyeri seorang munafik dan pembohong tahap dewata raya. 

Berikut adalah kronologi penurunan agihan wang peruntukan yang diumumkan melalui Page Facebook Timbalan Menteri Pendidikan sendiri atau page Kementerian Pendidikan. Bantuan kepada Sekolah Cina diberikan hampir setiap bulan.

-30/01/2019: Penyerahan sejumlah 2 juta kepada Southern University College oleh Kementerian Kewangan, melalui Lim Kit Siang.

-29/01/2019: Pecah tanah tapak baharu SJKC Poi Chee, Sungai Petani.

-20/01/2019: Menyalurkan peruntukan kepada SJKC Ching Yeh, Ulu Choh.

-06/01/2019: Mengumumkan 12 Juta peruntukan untuk Sekolah Persendirian Cina. 

-25/11/2018: Memberikan penghargaan atas sumbangan kepada SJKC Ladang Grisek

-15/10/2018: Mengumumkan kelulusan 23 juta untuk SJKC Permatang Tinggi dan SJKC Kay Cin bernilai dari Kementerian Kewangan

-14/10/2018: Mengumumkan berita gembira kelulusan peruntukan dari Kementerian Kewangan kepada SJKC Kay Sin, Bukit Mertajam.

-06/10/2018: Mesyuarat penyelenggaran sebanyak enam buah SJKC & SJKT Perak.

-23/09/2018: Mengumumkan peruntukan 100,000 kepada SJKT Pasir Gudang.

-05/08/2018: Mengumumkan kelulusan peruntukan 20,000 kepada SJKC LI Chun

-22/07/2018: Memberikan sumbangan segera kepada SJKC Ayer Bemban.

Mahu nafi lagi Pak Menteri?

Apapun Menteri Dr Maszlee terpaksa mengemis kepada Kementerian Kewangan untuk peruntukan sekolah Melayu. Namun, Timbalan beliau, Teo Nie Ching mendapat keistimewaan apabila Kementerian yang sama menyalurkan terus kepada sekolah dan kolej Cina melalui Timbalan Menteri berkenaan.

7 Cambridge Atau Penangbridge? Labur RM50 Dapat RM1.5 Juta Dalam 10 Bulan? Berita Bodoh CNY





Tiada berita lucu yang gempaq dipersembahkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan semalam melainkan satu dari Timbalan Menteri dan satu dari Menteri Muda.

Certot I:

Tidak pasti Timbalan Menteri dari Pulau Pinang ini tidak mempunyai lulusan Cambridge seperti didakwa atau beliau sekadar lulusan Cambridge Preschool atau Penangbridge.






Nota Kaki Certot I - CTS sebenarnya lulusan Oxford. Malas nak bising-bising. Bukti di bawah. #MaluApaBossKu


Certot II:


Kedua, pemilik Hausboom ‘babi’kan Menteri Belia Dan Sukaneka, Syed Saddiq kerana gagal tunaikan janji. Berikut adalah snap shot cetusan hati beliau di laman sosial Facebook yang telah dipadamkan.



Belum sempat isu berkenaan reda, Menteri muda berkenaan mencetuskan kontroversi dengan mengiklankan produk milik kroni pula.

Perniagaan Absolut Chocolate yang diiklankan oleh Syed Saddiq di bawah dimiliki oleh pelakon Singapora, Nadiya Shahab dan suaminya yang jiga pelakon Ben Ali dan meruoakan EXCO PPBM.

Kononnya, dengan modal RM50, dalam masa 10 tahun, dapat pulangan sebanyak RM1.5 juta! Perniagaan jual pelacur tidak untung sebegini mewah wahai Syed Saddiq!

Apapun Gong Xi Fa Chai. Selamat Tahun Babi. Saya ulang Babi.

February 4, 2019

10 Kesimpulan AJL Ke 33





Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 33 melabuhkan tirai semalam. Kesimpulan Anugerah juara lagu 33 - Haram Bunga Sampai Bila-Bila Di Matamu.

Keputusan AJL 33:

• Juara: Haram - Hael Husaini & Dayang Nurfaizah

• Naib Juara: Bunga - Ara Johari

• Tempat ketiga: Sampai Bila - Misha Omar

• Vokal Terbaik: Sampai Bila - Misha Omar

• Persembahan Terbaik: DiMatamu - Sufian Suhaimi

Kalau disusun:

Haram Bunga Sampai Bila-Bila di Matamu.

February 3, 2019

34 Ustaz Ahmad Husam Jumpa DS Najib Razak Minta Maaf





Ustaz Ahmad Husam Dato Baderudin membuat Live Facebook menemui DS Najib sebentar tadi dan memohon maaf terhadap tuduhan dan fitnah yang dilemparkan kepada beliau sebelum ini. Allahuakbar.

9 Rakyat Kena Bayar Kamera AES, Rakyat Juga Kena Saman Dengan AES


Menteri Pengangkutan ketika mengesahkan harga AES di media sosial Twitter berkata, RM200,000 adalah anggaran sahaja dan ianya ditanggung oleh PLUS sebagai tanggungjawab sosial korporat.

Di zaman Kerajaan BN, harga sebuah kamera AES hanya RM175,000 sahaja. Itupun mendapat tentangan dari pembangkang, termasuk Anthony Loke.


PLUS 51% milik kerajaan melalui Khazanah Nasional dan 49% milik KWSP setelah kerajaan BN semasa DS Najib Razak menjadi Perdana Menteri membeli balik dari "kroni-kroni" swasta pada tahun 2011.

Maksudnya kos kamera masih 51% ditanggung oleh kerajaan dan 49% dibayar oleh Rakyat melalui simpanan KWSP 

Adakah Rakyat juga akan kata "I don't care" seperti Menteri ini apabila diminta menanggung kos kamera AES untuk memerangkap Rakyat sendiri?
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates