February 1, 2019

23 Perdana Menteri Gembira Dengan Sistem TBS



Pertama, apabila Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad memuji sistem jualan tiket di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), kita perlu ingatkan Perdana Menteri bahawa TBS adalah idea Mantan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak.

TBS diwujudkan semasa pemerintahan DS Najib bagi menggantikan Puduraya tinggalan Tun Dr Mahathir yang amat teruk dan sudah ketinggalan zaman. Malah Puduraya juga dinaikkan taraf oleh DS Najib dengan kemudahan yang canggih sebagai sebuah UTC.

Kedua, Tun Dr Mahathir mungkin tidak dapat mengatasi DS Najib Tun Rzak dalam misi turun ke padang bertemu Rakyat. Walau bagaimanapun, seperti pepatah English, "if you can't beat Najib, join him!".

January 31, 2019

18 Adakah "Boleh Tunggu Sekejap, Azan" Dari Lim Guan Eng Satu Propa Tutup Isu ECRL?



Kenapalah tidak ada sesiapa yang terfikir untuk melantik Lim Guan Eng sebagai Yang Di Pertua (YDP) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)? Bukan sekali tetapi sudah dua kali Menteri Kewangan Hong Kong ini memberhentikan sidang akhbar kerana terdengar azan. CTS pasti macai-macai Tomato menangis teresak-esak dengan perlakuan "Khalifah" mereka ini.

Kedua, Hanya orang bangang saja pakai 'the same trick every time fumble'. Kebetulan? Lihat troll DS Najib Tun Razak di bawah.


Ketiga, orang Islam sendiri bangang dan jahil. Siapa kata masa azan kita tak boleh bercakap? Cumanya kita dianjurkan untuk menjawab azan dan bercakaplah. Bukannya berhenti dan diam.

20 Cabutan Peganugerahan Projek Bersihkan Sungai Macam Sports Toto, Kata Pak Menteri



Ia dibuat melalui cabutan. Cabutan maknanya macam Sports TOTO, ambil nombor ini, masuk panel dia pusing-pusing keluar."
Kata Menteri Wilayah Persekutuan dan menegaskan bahawa proses tender bagi projek itu dilakukan dengan telus. Adakah ini jawapan yang baik daripada seorang Menteri? Saya pernah menjadi pemerhati untuk cabutan tender (tender opening) di beberapa buah Bank, bukankah tender diberikan mengikut harga dan kredibiliti syarikat? 

Adakah tender sekarang berdasarkan cabutan bertuah? Atau di bawah kerajaan PH tender diberikan seperti main tikam ala Sports TOTO? Dalam banyak-banyak contoh, Sports TOTO juga yang dipetik oleh Pak Menteri. Jangan marah ya, saya tanya saja.

January 30, 2019

22 Timbalan Menteri Terus Memperkasa Pendidikan Kaum Cina, Manakala Menteri Pula ... Err





Timbalan Menteri Pendidikan DAP setelah dilantik memegang jawatan berkenaan kelihatan sibuk melaksanakan agenda memperkasakan pendidikan sekolah-sekolah Cina.

Kalau sebelum ini beliau sibuk ke kolej universiti swasta Cina bermotifkan keuntungan,untuk menyampaikan sumbangan dana Kementerian Kewangan bernilai jutaan ringgit, kali ini beliau sibuk pula dengan majlis pecah tanah untuk membesarkan sekolah Cina.

Berbeza dengan Menteri Melayu yang seorang ini. Semenjak bergelar Menteri, beliau sibuk dengan kasut dan stokin hitam, hendak buka universiti di Indonesia, ingin melatih pelajar berenang dan meminta hotel menyediakan kemudahan berkenaan. Oh! Tidak lupa juga Menteri berkenaan sibuk main pondok-pondok.


Sebagai pengembara masa, mari kita balik ke tahun 2013 ...

January 29, 2019

21 Kalau Kempen DAP Di Cameron Highlands Bukan Perkauman, Tak Tahu Nak Kata Apa Lagi




Berikut adalah terjemahan kasar daripada pamplet yang diedarkan oleh DAP di kawasan kaum Cina di Tanah Rata, Cameron Highlands di lama Pilihan Raya Kecil (PRK) minggu lepas.

Tajuk (kotak merah dalam gambar pertama):

KERAJAAN BARU HARAPAN BARU
PENDIDIKAN CINA SEMAKIN HEBAT

Perkataan dalam ketul emas (kotak hijau dalam gambar pertama):

- Peruntukan kepada Sekolah Rendah Cina

- Peruntukan kepada Sekolah Menengah Cina Persendirian

- Peruntukan kepada pusat pengajian pendidikan tinggi swasta (Persendirian Cina)

- Peruntukan kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Cina)

Persoalannya, kenapa tumpuan hanya diberikan kepada kaum Cina sahaja? Adakah DAP hendak menunjukkan mereka juara (champion) kaum Cina? Bukankah DAP parti untuk semua? Multiracial?Malaysian Malaysia? Kalau ini bukan perkauman, tak tahulah apa.

Ada pula yang mengatakan risalah itu palsu dan kerja orang BN. Kita letakkan gambar kedua dan ketiga bagi menunjukkan bukti yang mengedarkannya adalah DAPSY Penang. Apa lagi alasan kamu?

6 Apakah Perlantikan ADUN DAP Ke Lembaga Pemegang Amanah YADIM Untuk Menyucikan Imej DAP?



Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Paloh, Johor, Sheikh Omar Ali akan dilantik menjadi anggota lembaga pemegang amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Perlantikan ini dikatakan mendapat restu Menteri Agama, Mujahid Yusof.

Sebagai Menteri dari PAN, Mujahid sebenarnya sedang bekerja keras untuk membuang imej anti Islam DAP. DAP juga kelihatan untuk menguasai pentadbiran pertubuhan Islam di Malaysia. Kita tidak lupa bagaimana Nga Kor Ming begitu beria-ria untuk campur tangan ke atas audit Tabung Haji sedangkan instituisi berkenaan 100% milik orang Islam. 

DAP merupakan parti yang tidak pernah mahu mengiktiraf Islam sebagai agama negara. Nampaknya satu persatu institusi Islam mula diusik dan dirobek oleh Kerajaan PH yang didominasi DAP kini, DAP juga telah belajar dari pengalaman lalu, gunakan keldai-keldai Melayu Islam terutama yang berpendidikan Islam untuk diletakkan menguasai institusi-institusi Melayu Islam.

January 28, 2019

15 Adakah Tommy Thomas Sedang Berjoget Ketika Mengarahkan Tribunal Memecat Anggota SPR?


Hari ini Kerajaan Pakatan Harapan buat lawak bertaraf antarabangsa. Peguam Negara, Tommy Thomas mencadangkan kepada Kerajaan supaya satu Tribunal dibentuk untuk siasat dakwaan salah laku bekas Ahli-Ahli Suruhanjaya SPR.

Hari ini, sewaktu tribunal itu bersidang. Peguam yang mewakili Ahli-Ahli SPR berkenaan memaklumkan anak guam beliau telah pun lebih awal meletak jawatan dan perkara ini tidak dimaklumkan kepada tribunal. Ahli-Ahli Tribunal menjadi pening lalat bila diberitahu Ahli-Ahli SPR berkenaan telahpun meletak jawatan dan kes sudah menjadi akademik.

Tribunal ditubuhkan untuk memyiasat dan memecat Ahli-Ahli Suruhanjaya SPR jika mereka melakukan kesalahan, tetapi apanila mereka semua sudah letak jawatan, apa lagi yangbhendak disiasat? Kedua, bagaimana hendak memecat orang yang sudah meletak jawatan?

Mungkin Tommy Thomas terlalu banyak sangat  menari 'twist' sehingga kejadian hari ini memalukan banyak pihak. Elok ditubuhkan tribunal smenyiasat salah laku Peguam Negara pula dan memecat jika beliau melakukan tindakan yang memalukan Badan Kehakiman Negara.

14 Drama Opera Cina Apakah Yang Cuba Dimainkan Oleh Lim Guan Eng?

Projek ERCL dibatalkan?

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau langsung tidak tahu berkenaan perkara itu. (clueless)


Seperti biasa, Perdana Menteri pula akan menjawab, "Mana saya tau".


Kita tanya pula kepada Menteri Kewangan Hong Kong, Lim Guan Eng. Katanya, minggu depanlah Bro.


Kita tidak lupa apabila beberapa hari lepas, Lim Guan Eng telah terkejut dengan kenyataan Menteri Ekonomi, Azmin Ali mengenai pembatalan ECRL. Terkejut beb!


Ehh chup!!! Bukankah surat di bawah you sendiri telah batalkan projek ECRL wahai Nobita? Baru lagi surat tu. Bertarikh 18/01/2019. Sudah lupakah Apek?


12 Apakah Ahli Parlimen Hulu Langat Sudah Gila Bagi Ceramah Politik Kepada Pelajar?





Apalah pelajar-pelajar sekolah rendah tahu menilai mengenai perkembangan politik tanahair. Kenapa Ahli Parlimen tergamak merosakkan minda pelajar-pelajar ini dengan ceramah politik yang sempit. Rakaman video Ahli Parlimen Hulu Langat, Hasanuddin Mohd Yunus yang menyampaikan ucapan berunsur politik dalam satu program di hadapan murid sekolah rendah di Beranang, Selangor, Sabtu lalu.

Menerusi rakaman video berdurasi 24 saat itu, Hasanuddin antara lain berucap menjelaskan bahawa kerajaan terpaksa mencatu beberapa rancangan yang diatur untuk kepentingan orang ramai kerana perlu membayar hutang 1MDB. Kata beliau di dalam video berkenaan,
Kita bayar kerana jaminan daripada kerajaan, di atas pinjaman yang dibuat oleh 1MDB, RM41 bilion tak termasuk faedah setiap tahun. Kejutan itu telah membuatkan kerajaan merasa bertanggungjawab untuk bayar hutang-hutang itu dan beberapa rancangan yang diatur untuk kepentingan orang ramai terpaksa dicatu sedikit.
Video tersebut dipercayai dirakam di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Tasik Kesuma, Beranang dalam program Kursus Kepimpinan dan Sahsiah, Badan Beruniform dan Pengawas sekolah tersebut. Tindakan sebegini amat terkutuk dan dayus. Kenapa asal bodoh dan baghal mesti Wakil Rakyat dari Pakatan Harapan?

January 27, 2019

19 Kenapa Pelajar-Pelajar SBP Dizalimi, Dipotong Peruntukan Makanan Sebanyak RM3.50?


Membaca posting Mantan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak di media sosial Twitter berkenaan pemotongan kadar makanan harian di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) sebanyak RM3.50 sehari amat menyedihkan.

Duit makanan RM18.00 untuk hidangan harian sebanyak 4 kali sekadar mencukupi dan tidak berlebihan. Kenapa makanan kanak-kanak pintar harapan negara ini mahu dipotong? Apa yang akan kurang dengan harga RM3.50 itu? Nak buang ayam? Nak buang sayur? Nak kurangkan nasi? Atau nak kurangkan satu hidangan harian?

Jika Sekolah Cina Persendirian yang kaya raya boleh mendapat peruntukan RM2 juta, kenapa makanan anak-anak sekolah berasrama penuh yang hendak dipotong? Potonglah gaji Menteri-Menteri yang berpuluh ribu itu. Setakat ini tidak ada satu perkara berfaedah yang mereka lakukan.

Ada seorang EXCO Melaka menyarankan sekolah menternak ikan laga di sekolah. Eloklah tu, kalau tidak cukup makanan, kita tangkap dan goreng ikan laga itu.


Mungkin ada hikmah kenapa dalam kalendar Cina, tahun ini tahun babi. Saya ulang tahun babi.

14 Kenapa Teruk Sangat Bahasa Malaysia untuk Siaran Media Menteri Kewangan Hong Kong?


Pertama, CTS memohon kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk mengaturkan dan mengadakan kelas Bahasa Malaysia buat saudara Lim Guan Eng.

Kedua, sekiranya Siaran Media ini dilakukan oleh pekerja beliau daripada lulusan UEC Sekolah Menengah Persendirian Cina, harap pekerja ini dipecat kerana memalukan Menteri Kewangan.

CTS berpendapat Bahasa Malaysia diperkosa dan Menteri Kewangan mempunyai mesin masa di pejabat beliau apabila Siaran Media di atas bertulis,
"Encik Abdul Yazid Kassim telah dilantik .... bermula 1 Februari 2019."
Harap maklum.

8 Celah Mana Datang Tambahan Undi 3 Peratus Nobita?


Walaupun tewas, Lim Guan Eng yang juga Menteri Kewangan  Hong Kong berkata, kem Pakatan Harapan masih berbangga kerana berjaya menambah undi sebanyak tiga peratus selain mengurangkan jumlah majoriti yang dimenangi pihak lawan. Baca di sini. Kata beliau,
Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada UMNO dan Pas di atas gabungan mereka yang berjaya meraih sokongan daripada MCA dan MIC dalam PRK ini. Ia sesuatu di luar jangkaan.
Peratusan undi secara keseluruhannya turun sebanyak 10 peratus. Tetapi untuk kawasan-kawasan di mana kita kuat seperti di Tanah Rata, penurunan lebih jelas iaitu sebanyak 15 peratus. Itu antara sebab undi kita tidak dapat dimaksimakan.
Bagaimanapun, kita masih berjaya menambah undi dah mengurangkan majoriti pihak lawan. Ini memberi galakan kepada kita untuk terus berjuang.


CTS seorang juruaudit. Sebagai juruaudit, fakta dan data amat penting dalam membuat kesimpulan. Tidak perlu buat analisa rumit. Lihat fakta di bawah.

Pada PRU 14, M Manogaran kalah dengan memperolehi 9,710 undi.

Pada PRK 26 Januari 2019, M Manogaran kalah dengan memperolehi 8,800 undi.

Ataupun kiraan Menteri Kewangan Hong Kong adalah begini,

Pada 2013, PRU13 jumlah undi = 10,044.
Pada 2018, PRU14 jumlah undi = 9,710.
Pada PRK 2019, jumlah undi = 8,800.

Oleh itu jumlah undi: 25,554! Bertambah lah kan?

Kesimpulannya, ikut celah mana undi Pakatan Harapan meningkat sehingga tiga peratus? Jadi tidak hairanlah titik perpuluhan, angka trillion dan billion menjadi masalah besar buat Lim Guan Eng.

10 Deja Vu ... Lebuh Raya Pan Borneo Tidak Dikenakan Tol


Kebanyakan Rakyat Malaysia tahu bahawa Lebuh Raya Pan Borneo tidak akan dikenakan tol semenjak rancangan pembinaannya bermula di bawah pemerintahan DS Najib Tun Razak dari Kerajaaan Barisan Nasional.

Di dalam majlis perasmian jajaran Telok Melano ke Sematan Le­buh Raya Pan Borneo Sarawak yang berlangsung semalam, Menteri Kerja Raya, Baru Bian sekali lagi mengulangi kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh mantan Perdana Menteri pada 01 April 2015.

Takkan Menteri Baru Bian baru tahu mengenai perkara ini? Tidak perlulah mengambil kredit pulak hasil usaha orang lain.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates