January 26, 2019

24 Keputusan Tidak Rasmi #PRKCameronHighlands

The road to Putrajaya begins from Cameron Highlands. Congratulation Abang Ramli. Manchester United menang ke atas Arsenal semalam, BN menang PRK Cameron Highlands hari ini. Surah Ar Rahman Ayat 13, maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan.

Keputusan Rasmi 

PRK P078  Cameron Highlands

Ramli BIN Mohd Nor (BN) 12,038 undi 
M Manogaran (DAP-PH)  8,800 undi
Wong Seng Yee (Benas-Cangkul) 276 undi
Sallehudin Ab Talib (Bebas-Buku) 314 undi

Jumlah undian 21,428
Jumlah undi ditolak 568
Jumlah tidak dikembalikan 23

Barisan Nasional menang dengan majoriti 3,238

Peratus pengundian 68.79 %.

Selamat malam.



Posting Asal:



DUN Jelai

1. PDM Lanai -  BN MENANG Majoriti 163
2. PDM Kuala Medang - BN MENANG Majoriti 467
3. PDM Lenjang - BN MENANG Majoriti 179
4. PDM Senderut - BN MENANG Majoriti 207
5. PDM Lembah Kulit - BN MENANG Majoriti 717
6. PDM Felda Sungai Koyan 2&3 - BN MENANG Majoriti 973
7. PDM Batu Yon - BN MENANG Majoriti 593
8. PDM Sungai Koyan 1 - BN MENANG Majoriti 752
9. PDM Keledek - BN MENANG Majoriti 667
10. PDM Tanjong Gahai - BN MENANG Majoriti 489
11. PDM Betau - BN MENANG Majoriti 470
1. PDM Titum - BN MENANG Majoriti 57

Majoriti keseluruhan DUN Jelai - 5,734

DUN TANAH RATA

1. PDM SK Terisu - BN MENANG Majoriti 196
2. PDM SK Telanok - BN MENANG Majoriti 494
3. PDM SK Lemoi - BN MENANG Majoriti 137
4. PDM SK Menson
5. PDM SJK(C) Bertam Valley
6. PDM SJK(T) Ringlet
7. PDM SMK Ringlet
8. PDM SJK(T) Ladang Boh 1
9. PDM SJK(T) Ladang Boh 2 - BN MENANG Majoriti 35
10. PDM SJK(C) Kea Farm
11. PDM SMK Sultan Ahmad Shah
12. PDM SJK(C) Brinchang
13. PDM SJK(T) Ladang Sungai Palas
14. PDM SJK(T) Ladang Blue Valley
15. PDM SK Kampung Raja
16. PDM SJK(C) Kuala Terla
17. PDM Tetingkap


Undi Pos

BN 71
PH 24

Undi Awal

BN 168
PH 38
Bebas 6

Kemaskini 6:45PM :

Jumlah pengundi - 32,106
Jumlah keluar mengundi - 71.2% = 22,860

Untuk menang, BN perlu ada 11,430 undi.

Setakat ini 59/89 peti undi yang dikira BN peroleh 9,631 undi.

Berbaki 30 peti undi BN perlu sekurang-kurangnya 1,799 undi lagi.


16 Penamatan ECRL - Azmin Berbohong Atau Tun Dr Mahathir Pelupa?



Pembatalan projek ECRL adalah keputusan Kabinet, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali. Walau bagaimanapun, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berkata beliau tidak tahu berkenaan perkara ini.

Perdana Menteri pun tidak tahu keputusan Kabinet. Mungkin ini Kabinet Dapur milik Malaysia Baharu.

Betul kata 'Raja Troll', Kabinet Kerajaan Pakatan Harapan Malaysia Baharu perlu buat grup Whatsapp atau WeChat.


Drama bodoh ini tidak habis di sini. Menteri Kewangan Hong Kong pula terkejut dengan kenyataan Azmin Ali mengenai pembatalan ECRL. Katanya, Azmin Ali tidak hadir ke mesyuarat terkini Kabinet.


Lagi menarik apabila Presiden BERSATU pula membuat kenyataan.




Kesimpulannya,

8 Kau Kerajaan Atau Aku Kerajaan?







Calon DAP, Manogaran berada di dalam kawasan mengundi di SK Senderut dengan baju berlogo Pakatan Harapan. Boleh ke pakai baju ada logo parti dlm kawasan mengundi? Manogaran tidak mengundi pun. Beliau mengundi di Parlimen Ampang dan DUN Bukit Antarabangsa.

"Seksyen 26(1)(g) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 menetapkan bahawa seseorang pengundi adalah dilarang sama sekali memasuki tempat mengundi jika mereka memakai apa-apa pakaian dan peralatan yang memaparkan nama calon, simbol atau lambang parti politik pada hari mengundi.”

SPR tolong jangan butakan mata dan pekekkan telinga.

January 25, 2019

39 Berita Baik Buat Kakitangan Awam

Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan sedang dalam proses mengurangkan jumlah penjawat awam sedikit demi sedikit bermula tahun ini.

Terima kasih diatas undi anda.


Ini janji-janji dahulu sebelum berkuasa. Haa tepuk!!


January 24, 2019

27 Kenapa Pusat Pengundian PRK Cameron Highlands Ditutup Berbeza-Beza?




Kenapa tempat pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands ditutup berbeza-beza. Kenapa tidak ditetapkan semua tempat mengundi ditutup pada pukul 5.30 petang.

Ianya seolah-olah tempat mengundi kawasan BN menang (DUN Jelai) ditutup jam 1.00 petang, 2.00 petang dan 3.00 petang manakala kawasan BN kalah (DUN Tanah Rata), jam 5.30 petang.

Kenapa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu menyusahkan pengundi-pengundi yang bekerja di ladang-ladang untuk keluar mengundi?

January 23, 2019

25 Isteri Menteri DAP Mesti Ada Dengan Suami 24 Jam Kah?






Serius betul "Menteri" Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli dari parti DAP. Orang lain pun jadi Timbalan Menteri juga, tapi tidak lah sehingga membawa isteri sertai mesyuarat Kementerian suami. 

Sewaktu Timbalan Menteri berkenaan mengamuk kes salahguna kenderaan Jabatan Hutan Pahang, "Menteri" beliau pun sama naik angin maki hamun penyokong BN.

Mungkin contoh teladan ini diambil dari Setiausaha Agung DAP merangkap Menteri Kewangan Hong Kong yang sentiasa membawa isteri tercinta ke mana-mana sahaja.

7 NAFAS Pula Dijadikan Tempat Pengagihan Ghanimah.



Geng-geng Islamik Liberal kalau kita bercakap berkenaan lantikan politik mereka tidak faham. Sebut sahaja pengagihan ghanimah. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub hari ini mengumumkan perlantikan Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi. Phahrolrazi kini memegang jawatan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Kedah.

Tidak cukup dengan itu, Ketua Cabang PKR Shah Alam, yang juga seorang Senator, Dr Yaakob Sapari dilantik sebagai Ahli Jemaah Pengarah (AJP) NAFAS. Tiga lagi AJP adalah dari AMANAH iaitu, Ketua AMANAH Simpang Renggam, Muhamad Said Jonit, Wan Kharizal Wan Khazim (Pengerusi AMANAH Perlis) dan ADUN Apam Putra, Mohd Hisyamuddin Ghazali.

Alasan yang diberikan oleh Pak Menteri di atas perlantikan politik ini adalah "faktor kesuntukan masa turut mempengaruhi faktor pelantikan kesemua jawatan berkenaan". PHundek!

12 Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Ikhtiar Untuk Isteri Dan Anak Sajalah ...

 


CTS amat sukakan corak pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan. Visi dan misi mereka adalah utamakan keluarga. Ini yang P Ramlee tekankan di dalam skrip filem Anak Bapa, "family planning". Contohnya, di dalam pentadbiran Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), isteri Setiausaha Politik (SetPol) Perdana Menteri diletakkan sebagai Pengerusi, manakala salah seorang daripada Ahli Lembaga Pengarah pula merupakan anak perempuan Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly.

Tidak ada yang salahnya di dalam perlantikan ini. Kalau keluarga sendiri tidak diisi di dalam jawatan agensi Kerajaan, nak letak siapa lagi. Nak harapkan Kerajaan Barisan Nasional (BN)? Hampeh! Cumanya, sedap mata memandang melihat wajah Ahli Lembaga Pengarah. Ayahanda Dzul sihat? Ayahanda dah makan?

18 Apa ni YB Dr Maszlee Malik Bayaran Bantuan Tambahan Persekolahan (BBTP) belum turun lagi?


Tidak pasti apa masalah dengan Kementerian Pendidikan dan Menterinya. Hari ini 23/01/2019. Bayaran Bantuan Tambahan Persekolahan (BBTP) belum turun lagi ke sekolah-sekolah. YB Menteri tahu atau tidak aktiviti sekolah tengah rancak sekarang bermula sekarang? 

Acara merentas desa tengah berlangsung sekarang di sekolah-sekolah. Lepas itu disusuli pula dengan acara sukan dan sukaneka sekolah. Dalam pada masa yang sama, sekolah-sekolah sedang membuat persediaan pertandingan sukan antara sekolah dan daerah pula. Bagaimana pihak sekolah hendak mengadakan aktiviti kalau peruntukan masih tak dapat lagi?

Takkanlah nak masuk bulan Februari baru nak berunding dengan Kementerian Kewangan? Sebelum ini bukankah Kementerian Kewangan laju sahaja memberi peruntukan khas kepada sekolah persendirian cina yang bermotifkan keuntungan. Takkan kera dan beruk di hutan disusukan sedangkan anak di rumah mati kelaparan? Seperti kata DS Najib Tun Razak, menteri-menteri ni tak ada grup whatsapp ke YB Menteri?

YB Menteri tidak perlu sibuk mendak membuka lagi universiti di Johor dan di Indonesia sedangkan hal sekolah pun tidak boleh diselesaikan. Kedua, bersenam pakai baju kasual seperti teletubbies (tonton di bawah) juga tidak selesaikan masalah lah YB Menteri.


Yang terakhir, kalau masalah dalam negeripun tidak dapat diselesaikan lagi, tidak perlulah YB Menteri sibuk buat lawatan ke London. Peghabis beras kata orang utara.

9 Gedebe Sungguh Timbalan Menteri DAP


Pemandu Kenderaan Jabatan Hutan Raub membuat laporan polis memaklumkan bahawa beliau sudahpun memberitahu Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, bahawa Kenderaan Jabatan Hutan Raub tidak boleh digunakan untuk tujuan kempen. 

Walau bagaimanapun, Tengku Zulpuri berdegil, mengambil kunci dan mengarahkan pembantunya memandu kenderaan tersebut. Laporan polis tersebut telah dibuat oleh pengadu Encik Muhammad Azwan bin Azman di Balai Polis Koyan petang semalam.

January 22, 2019

14 Liabiliti Hutang Pahang - Penjelasan Mudah Untuk Nobita Dan Macai-Macai Tomato


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, baca di sini, berkata Kerajaan Pahang di bawah pimpinan BN sukar untuk membantu masyarakat dalam kawasan Parlimen Cameron Highlands kerana berdepan masalah hutang berjumlah RM3.1 bilion dengan kerajaan Persekutuan.

Mari kita ulas kenyataan Menteri Kewangan Hong Kong di atas dengan bahasa yang paling mudah difahami terutama oleh macai-macai tomato.

Pertama, jika dilihat kepada Memorandum Liabiliti Kerajaan Pahang yang CTS letakkan di atas,  70% daripada hutang negeri itu adalah berkaitan bekalan air. Hutang ini boleh dihapuskan menerusi penstrukturan industri air.

Nobita jangan pura-pura lupa bahawa situasi yang sama juga pernah dilalui Kerajaan DAP Pulau Pinang, apabila RM665 juta hutang negeri itu dengan Kerajaan Persekutuan terhapus menerusi penstrukturan industri air.

Kedua, Pahang bukan sebuah negeri yang bebas dan berkecuali (sovereign state). Maksud sovereign di sini ialah Pahang tiada kuasa dalam menentukan polisi kewangan dan juga tiada kuasa penuh dalam bab cukai.

Oleh itu, Kerajaan Pahang tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan sovereign bond. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri hanya boleh meminjam kepada Kerajaan Pusat sahaja. Pinjam untuk apa? Sekali lagi lihat Memorandum Liabiliti di atas. Pinjam untuk pembinaan perumahan dan perbelanjaan ekonomi negeri.

Ketiga, Pahang telah menyumbang 4% dari Keluaran Negara Kasar (GDP) negara ataupon sekitar RM60 ke RM70 billion. Sektor pertanian negara bergantung kepada negeri Pahang.

Pahang menyumbang lebih kurang 12.3% daripada hasil pertanian negara. Nobita bercakap mengenai hutang negeri Pahang tetapi tidak menyatakan sumbangan negeri tersebut.

Fahamkan konsep federalism. Sebagai ganti hasil yang datang dari negeri, Kerajaan Pusat bertanggungjawab juga dalam membangunkan negeri tersebut. Cukai dari negeri Nobita hendak kutip, pembangunan negeri cuba mengelak. Ini sudah lebih daripada perangai syaitannirajim.

18 Menteri WeChat Baru Nak Up, Biasalah Salah Kira


CTS tidak pastilah apa yang berbangga sangat apabila dapat ditemuramah dalam rancangan bual bicara milik stesen luar. Kalau sebelum ini macai-macai Perdana Menteri begitu teruja apabila Perdana Menteri dapat ditemuramah oleh Oxford Union, sedangkan pelakon porno pun turut mendapat peluang ditemuramah di rancangan yang sama.

Hari ini, Menteri WeChat pula begitu teruja dapat ditemuramah oleh BBC Hardtalk. Lebih menjengkelkan apabila beliau mendakwa beliau adalah orang kedua selepas Tun Dr Mahathir yang ditemuramah oleh stesen berkenaan.

Carian lepak oleh CTS mendapati beliau bukanlah orang yang kedua, sebaliknya DS Anwar Ibrahim dan TS Hamid Albar pernah muncul dalam bual bicara BBC Hardtalk. Menteri-Menteri Kerajaan PH memang mempunyai masalah mengirakah? Satu ... dua ... tiga ... empat!





Lagi satu, berapa kali mau edit daa ...

9 DAP Salah Guna Aset Kerajaan Untuk Berkempen Di PRK Cameron Highlands




DAP telah menyalahguna kuasa. Maklumat dan aset kerajaan digunakan untuk mengeluarkan kenyataan rasmi Kementerian Kewangan bagi kepentingan kempen politik partinya untuk PRK Cameron Highlands. Laman sosial Facebook Kementerian Kewangan juga disalah guna untuk kempen politk parti DAP, baca di sini.

Dalam sejarah Kenyataan Media yang disediakan oleh Kementerian Kewangan Kerajaan Barisan Nasional, belum pernah kementerian berkenaan menghentam negeri-negeri pembangkang. Dalam sejarah juga belum pernah satu kenyataan media berakhir dengan soalan. Lain kali kalau hendak tulis politik, guna Facebook DAP lah bodoh.

BERSIH dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ada nampak tak? Apa pula kata Menhen?

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates