July 22, 2019

3 Menteri DAP Rakus Dengan Lantikan Politik, Masalah Pencemaran Di Pasir Gudang Dibakul Sampahkan?


Masalah pencemaran udara di Pasir Gudang masih belum diselesaikan, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, ghairah dengan membuat kontroversi terbaru dengan membuat lantikan politik untuk jawatan Pengerusi Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA).

Setakat hari ini, pelajar-pelajar di Pasir Gudang masih lagi trauma dengan pencemaran udara dan ramai yang terpaksa dihantar ke hospital. Adakah Menteri mahu masalah pelajar-pelajar di Pasir Gudang dibiarkan dan dilupakan? Tiada lagi berita dan komen Menteri mengenai perkara ini. Sebaliknya Menteri sibuk dengan perlantikan ini.




Tindakan Yeo Bee Yin melantik YB Wong Kah Woh (DAP - Ipoh Timur) sebagai Pengerusi SEDA menyerlahkan lagi kerakusan DAP untuk menguasai pelbagai sektor ekonomi negara.

SEDA adalah agensi yang ditubuhkan di era Kerajaan BN untuk memacu pertumbuhan dan pembangunan industri 'Tenaga Diperbaharui' (Renewable Energy) negara.

Sejak tahun 2012 sehingga 2017, SEDA bertanggungjawab kepada pengagihan kuota penjanaan tenaga elektrik melalui Fotovolta Solar, Biomas, Biogas, Hidrokuasa Kecil dan Geoterma berjumlah 3,086.45 GWj.

Pada penghujung Disember 2018, Yeo Bee Yin telah mengumumkan projek pembangunan tenaga solar berskala besar bernilai RM2.0 bilion.

Persoalannya apakah pelantikan Wong Kah Woh sebagai Pengerusi SEDA ini berkait rapat dengan projek berbilion ringgit yang baru diumumkan ini kerana agihan kuota penjanaan bagi projek ini akan diselia oleh SEDA?

Apakah sudah tiada lagi tokoh-tokoh di kalangan pakar, jurutera profesional dan ahli korporat yang mandiri untuk menggalas jawatan Pengerusi SEDA sehingga Yeo Bee Yin terpaksa melantik kroni parti?

Perlantikan pemimpin DAP bagi menerajui agensi kerajaan yang penting ini bukan sahaja menimbulkan pertikaian dari segi ketelusan dan tadbir urus yang baik (good governance), bahkan satu lagi pencabulan kepada manifesto PH berkaitan dengan perlantikan politik dalam sektor kerajaan dan GLC.

3 comments:

Anonymous said...

Lantikan strategi merompak spesis sepet dah bermahasetanan sejak dari bebudak bahalol bersorak konon dah menang pada mlm pru14 yg lalu lagi..
Bermula dgn matbaboon dan limpigs serta tomikeling dll.

So now bila lagi kuttytua nak modify kabinet nih? Sbb dgr cerita jijahkipas bakal digugur dari kabinethancing nih..

Oh ya.. itu engko pukitanhub punya hal lah...
Yang kami nak sekarang adalah bubar jer parlimen..

#Pru15.now.

tunfatimah said...

jgn lah tamak ..ipoh timur. pilih antara satu. nk jadi ahli PAC atau Pengerusi SEDA. tapi dah tau mana satu pilihan hati. 😊

betul2 penipu pH ni...dulu kutuk BN siang mlm kerana tidak telus. Konon tiada lantikan politik. skg korang baru 1 tahun dah terjerumus. πŸ˜›πŸ˜›πŸ˜› janji sampai ke langit dan sedalam lautan. semuanya setakat cakap kosong. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Skg dap yg mengaku suci.pun gila kejar pangkat ke? jgn nk kata org Melayu gila kuasa dan wang ringgit. cina pun sama malah lebih2 lagi. peluang ke 2 mungkin takder harapan PRU 15. πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ

Anonymous said...

Kerja tak buat sibuk nak bagi bisnes..

Mmg babi..jadi menteri guna pulak istilah bombastic..

Perubahan Iklim..?

Mcm sial..
Climax change konon..
Ada research korek sample tanah 3km dan buat analisis? Ada data? Ada expert?

Kalau nak cari gengster yg buang racun ke sungai tak jumpa ...tak perlu belagak macm babi..

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates