June 25, 2019

9 Kekanda Wakanda Mujahid Guna Kursus Haji Untuk Ceramah Politik



Adalah tidak profesional dan beretika bagi Menteri Agama, Mujahid Yusuf Rawa menggunakan Kursus Perdana Haji untuk menyebarkan ceramah politik. Kursus Perdana Haji bukan medan propaganda politik untuk menghasut bakal-bakal jemaah supaya marah dengan Kerajaan terdahulu dan pengurusan Tabung Haji (TH) yang lalu. 

Daripada awal penubuhan sehinggalah hari ini tidak pernah dilaporkan TH rugi, bahkan bermula 2009, keuntungan bersih setelah ditolak cukai dan zakat, keuntungan TH mulai melangkaui angka lebih RM1 billion. Hanya apabila Mujahid naik sebagai Menteri, TH dikatakan rugi, akaun ditipu dan macam-macam tuduhan dan dakwaan. 

Jika benar akaun TH dimanipulasi, Jabatan Audit Negara adalah badan pertama perlu mengeluarkan kenyataan kerana selama ini merekalah yang mengaudit akaun dan laporan kewangan TH. Parlimen juga harus bertanggungjawab kerana dibentangkan dan diluluskan setiap tahun di Parlimen. Sebab itulah yang terbaik tubuhkan segera Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) sebagaimana janji Pakatan Harapan juga dalam manifesto mereka. Ada berani Mujahid?

9 comments:

Anonymous said...

Kami orang awam invest sangat banyak dalam TH sebab kami punya investment dah ditolak zakat dan sebagainya setiap tahun, dengan kata lain dah lepas dari api neraka... Eloklah tubuhkan RCI untuk mengetahui kebenaran sebenar, apa yang Maujahat mau takut, apa yang Maujahat mau sorok2?

Anonymous said...

Non kalau setakat nak discuss bende biashe biashe dengan Kutty tak yah la nak engage tiap2 minggu! Elok la guna whatapps saje, tak de la buang masa Kutty untuk bende2 yang tak berfaedah...

tunfatimah said...

kuota tambahan bila tau?


pak pandir 2020 said...

Saya ada salah salah seorang peserta Kursus Perdana Haji yang berlangsung di USIM NIlai, bagi bakal-bakal jemaah dari Negeri Sembilan, pada 22hb dan 23 hb Jun baru-baru ini.

Apa yang berlaku, pada masa kami mendaftar, setiap seorang dari kami dberi senaskah makalah berwarna, yang mana pada saya ianya adalah berisi maklumat tentang kursus tersebut dan tentang perjalan kerja haji yang bakal kami lalui.

Apabila saya melihat muka depan makalah tersebut, tertera tajuk yang menyatakan cerita sebenar kes tabung haji, dan apabila melihat isi dalamannya lebih banyak cerita-cerita yang dibentangkan yang menyatakan jasa PH kononnya yang menyelamatkan TH. Termasuklah graf-graf, dan sebagainya. Yang disesalkan PH, PH, PH tertera sebagai penyelamat.

Saya serta merta membuang makalah tersebut kedalam tong sampah, kerana majlis ini bukan majlis untuk berpolitik.

Pada keesokan harinya, menteri besar negeri telah hadir untuk merasmikan/menutup kursus tersebut. Dan mukadimaah pertamanya selamat kata-kata aluan, adalah sekali lagi menceritakan tentang jasa PH yang kononnya menyelamatkan TH.

Saya terus mengangkat punggung dan beredar dari dewan tersebut kerana, pada saya, majlis tersebut telah tercemar dengan 'politicking.'

Pada saya, ahli-ahli PH ni tak tahu untuk membezakan masa bila untuk berpolitik, masa bila untuk menjalani kehidupan tanpa berpolitik. Nampak ganyanya 'politicking' telah menjadi darah daging dan tercatat didalam DNA mereka.

Anonymous said...

Hah.. tu nanti panggil dapigsmaoist bagi ceramah jemaahhaji sebelum keseluruhan urusan tabunghaji diserahkan pada dapigsmaoistkomunis...
Dan nanti akan panggil segala kapir untuk buat modul haji dan susun buku panduan haji.
Dah nampak dah bayangan apa bakal dibuat moojaheck a/l rawa sibalaci bintangtiga nih.

......
Orang tanjung api cakap dia ni "mokpek" komunis.

Anonymous said...

Kakanda Wakanda LIBERAL sia-sia je
belajar sampai PHD.
YANG JELAS PENYAKIT HASAD DENGKI
MULAI MENGHANTUI DIRI.
SILA LETAK JAWATAN BERAMAI-RAMAI.

Anonymous said...

Ayoh dua dah jata lana dulu.
Mat ni otak lain cikit.
Tak leh pakai.
Tengok pakai songkok tutup semua dahi.
Entah tertulis apa kat atas dahi tu.

tunfatimah said...

tutup semua dahi pakai songkok org kg aku kata mcm hj kulup... πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

tunfatimah said...

org politik pH ni tak reti nak malu ke? πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates