February 10, 2019

20 ADUN PKR Hadiahkan Kereta Mercedes Kepada Isteri Kedua, Romantisnya





Bagaimana ADUN PKR Sungai Acheh, YB Zulkifli bin Ibrahim mampu menghadiahkan Mercedes SLK  kepada isteri kedua beliau? Mungkin menabung dari kecil atau beliau seorang perniagaan yang amat berjaya.

Hebat Adun dari PKR ini. Kita tidak mempertikaikannya. Cumanya, diharap pemimpin Pakatan Harapam janganlah berkokok yang parti PAS mampu memiliki kereta mewah.

Selamat pengantin baru YB.

20 comments:

Anonymous said...

Defisit kerajaan Dap/PH naik sekali ganda – Najib

Berdasarkan data rasmi terbaru dari Bank Negara Malaysia (BNM), defisit kerajaan di bawah PH telah naik satu kali ganda sejak mereka ambil alih.

Perbelanjaan kerajaan untuk tempoh Mei hingga Disember 2018 ialah RM187.31 bilion berbanding RM171.65 bilion untuk tempoh 2017 yang sama di bawah BN.

Ini bermakna defisit di bawah PH iaitu RM26.05 bilion untuk tempoh 8 bulan ini adalah kira-kira satu kali ganda lebih berbanding defisit RM13.2 bilion untuk tempoh yang sama di bawah BN pada tahun 2017.

Defisit ini meningkat walaupun mereka telah menjarah RM26 bilion dari Petronas untuk tahun ini.

Jika wang tambahan yang PH ambil dari Petronas ini tidak diambil kira, kerajaan PH telah mengalami defisit sebanyak RM52.05 bilion, iaitu 4 kali ganda berbanding BN,

Tetapi yang lebih mencurigakan ialah perbelanjaan kerajaan di bawah PH untuk tempoh 8 bulan selepas mereka mengambil alih adalah RM16 bilion lebih tinggi berbanding BN walaupun rata-rata bantuan kepada rakyat telah dimansuhkan atau dikurangkan.

Di mana perginya perbelanjaan ini pula? Untuk siapa? Mengapa lebih tinggi?

Untuk keseluruhan tahun 2018 pula, defisit kerajaan ialah RM52.7 bilion berbanding RM40.3 bilion di bawah BN pada tahun 2017.

Oleh itu, hutang rasmi kerajaan untuk tahun 2018 dijangka telah naik di bawah PH ke sekitar RM750 bilion walaupun pelbagai projek dan bantuan telah dimansuh atau dikurangkan.

Maka impian untuk kerajaan PH mencapai hutang RM1 trilion semakin hampir.

Jika wang Petronas tidak dijarah untuk menutup hasil yang telah berkurangan, hutang negara sudah sampai RM775 bilion.

Sebelum PRU14, PH sering janji mereka akan turunkan perbelanjaan kerajaan sebanyak 20% dengan mengurangkan rasuah, pembaziran dan penyelewangan.

Tetapi apa sudah jadi hari ini?

Sebaliknya perbelanjaan, defisit dan hutang bertambah.

Kalau ikut logik PH sebelum ini, adakah rasuah, pembaziran dan penyelewangan telah bertambah di dalam tangan mereka?

Saya rasa Menteri Kewayangan tidak akan jawab kerana dia sudah kata dia malas untuk jawab saya walaupun isu defisit meningkat satu kali ganda merupakan isu besar untuk Rakyat.

Mana dia berani mengaku PH telah naikkan defisit negara 100% dan tambahkan lagi hutang negara?

Data-data di lampiran ini, saya petik dari laporan rasmi Bank Negara Malaysia, bukan dari Universiti palsu yang sebenarnya ialah kedai gunting rambut:
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=58&pg=255&ac=1&bb=cgo

Najib Razak

tunfatimah said...

untung jadi bini no2..hahaha..

Anonymous said...

Menabung dari kecil tak cukup la kalau bapak dia bukan kroni si.taektua,
Kalau berniaga pulak kena tgk la betul ke dia ada perniagaan..
Kalau tak maka kemunkinan lain adalah Menibai sejak jadi adun atau jadi runner penibai dewa2 pee.eh.

Sprm mana boleh siasat dewa..
Kes arwah adib pun dah macam banyak konarbaring dah.

Anonymous said...

wow kayanya.. apa kerja dia ni?

Unknown said...

Mangkuk

ainmohd said...

Mewah subgguh hadiah.

www.twitter.com/malaysians

Anonymous said...

Tengok la apa kerja dia sblm jd adun lg

Al-Mufakkir Hamidi said...

Sumber rujukan? Untuk cross check. TQ.

Fizzul King said...
This comment has been removed by the author.
tunfatimah said...

org jantan kalau dah 'kaya' mula nafsu besau dlm segala hal.
yg pertama dpt merz juga ? kena adil sebab cik abg org parti keadilan. hahaha..

arba07 said...

Dapat harta qaroooon tak...

Unknown said...

Ayat last tu paling power hehehe

plastic surgery face said...

tu baru harta ataih darat...dlm laut blum kira lg... nooo..

Unknown said...

Ye lah meragukan kemudian orang fikir kalau isteri baru dapat hadiah mercedes,isteri lama dn anak2 naik apa?....Kalau tak setaraf mercedes juga Timbul pulak YB ni tak pandai jaga hati bini tua...mabuk kepayang bini muda..tengok tu majlis simple sudahla...hati bini tua dan keluarga nk jaga juga...Agong lama dulu kahwin pun diam2 tak mau sibuk2kn rakyat jelata.

Unknown said...

Ye lah meragukan kemudian orang fikir kalau isteri baru dapat hadiah mercedes,isteri lama dn anak2 naik apa?....Kalau tak setaraf mercedes juga Timbul pulak YB ni tak pandai jaga hati bini tua...mabuk kepayang bini muda..tengok tu majlis simple sudahla...hati bini tua dan keluarga nk jaga juga...Agong lama dulu kahwin pun diam2 tak mau sibuk2kn rakyat jelata.

Anonymous said...

Mercedes sekehen tahun 2010 ni harga tak sampai 50k . Ingatkan kereta baru ��

Anonymous said...

Sementara nk bulih lubang poen ja tu. Lpas buleh esok ni, xpa dah. Rezeki la jadi bini no 2. Jgn jadi kilang beranak sudahla.

Anonymous said...

Dia tunjuk simbol peace ke simbol nk bagthu dunia bini dia tu no 2? sekenhen pun, sprm sila siasat ye. jangan senget sebelah. Malaysia Baharu kah ini?

otai50 said...

Merc 2ndhand mmg dah murah.... .SLK kurang lbh sama dgn myv je.... merc dlm gmbr tu model lama

Roszainmey Mat Azmi said...

persoalanya apakah bini no 1 beliau pun dpt hadiah keta merc gak?? nama pun dari parti keadilan kan? kne la adil dlm segala hal.... ekekeke ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates