August 20, 2019

10 Jelutong Terkejut Utusan Belum Mati, Seperti Biasa Buat U-Turn





Setelah Utusan Malaysia mengumumkan syarikat berkenaan akan terus beroperasi, Ahli Parlimen Jelutong Laknatullah telah mengubahsuaikan posting sebelumnya dan membuat posting baru. 

Sekarang posting baru beliau yang beredit, dipadam perenggan yang bertulis terkuburnya Utusan adalah merupakan pencapaian terbesar KERAjaan Porn Hub (PH).

Kenapa padam Jelutong? Telor mana telor?


7 Hendak Kerja, Sertai Armada



Syabas YB Syed Saddiq kerana telah berjaya membantu Rakyat Armada di dalam pencarian kerja. Kalau tidak semua sekalipun, hampir semua dalam senarai di atas ada jawatan tinggi dalam Armada PPBM baik di bahagian / negeri / pusat.

Janji 1 juta peluang pekerjaan kepada Rakyat biasa setakat ini masih tidak terlaksana.

Kesimpulannya, hendak kerja, sertai Armada.

Nota Tapak Kaki: Apa kata Syed Saddiq sebelum ni?

8 Ceramah Ulama Diharamkan, Tarian Carlsberg Separuh Bogel Diadakan Di Tempat Terbuka


Adakah ini mangsa catuan air di Selangor? Terpaksa mandi air arak berjenama Carlsberg. Ini bukan di Eropah, bukan di Thailand, bukan di Filipina, bukan di Australia, ini berlaku di Malaysia!

Ini Malaysia Baharu, Carlsberg begitu murah sehingga boleh mandi di khayalak ramai. Di Malaysia Baharu juga ulamak tidak dibenarkan berceramah atas alasan memecah belahkan perpaduan Rakyat. Yang menari separuh bogel sebegini tiada masalah.

Anda bukan Islam boleh minum arak, tapi di mana rasa hormat anda terhadap sebuah negara Islam dengan berkelakuan sebegini? Patutlah Ahli Parlimen DAP Kluang, Wong Shu Qi berkata, orang Cina lebih faham sekiranya menggunakan cintoh pornografi.

4 Perkhidmatan GoJek Bukan @SyedSaddiq Perkenalkan, @KhairyKJ Terlebih Dahulu Membawa Usul Ke Parlimen


Semalam, Menteri Belia dan Sukaneka, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berhasrat mahu memperkenalkan perkhidmatan teksi motosikal atau lebih dikenali sebagai GoJek di Malaysia. Menerusi kaji selidik yang dimuat naik menerusi akaun Twitter miliknya, Syed Saddiq berkata beliau mahukan suara anak muda sama ada mereka bersetuju dengan perkhidmatan GoJek untuk diperkenalkan di negara ini. Perkara itu katanya bagi membantu golongan anak muda yang mempunyai motosikal untuk membuat perniagaan kecil menggunakan mod kenderaan itu.

Apabila Syed Saddiq membawa cadangan untuk perkhidmatan GoJek dibawa ke Malaysia, ramai yang berkata bahawa Menteri muda ini berwawasan dan memiliki idea yang bijak. Rupa-rupanya, cadangan Menteri berkenaan hanyalah sanduran atau hasil ciplak daripada usul yang dikemukakan oleh Mantan Menteri, YB Khairy Jamaluddin, setahun yang lepas di Dewan Rakyat.

Kita mengucapkan tahniah kepada Menteri Kerajaan Porn Hub (PH) yang mendengar suara dan cadangan daripada pihak pembangkang. Namun, janganlah menjadikan usul ini untuk makan kredit secara berseorangan.


6 Kerajaan Porn Hub (PH) Rasmi Lampu Jalan Kampung Umpama Rasmi Lebuhraya Percuma





Hanya sekadar pemasangan Lampu Jalan Kampung (LJK), masjis perasmian diadakan dan dilancarkan dengan penuh meriah dan gilang gemilang.

Pemimpin Kerajaan Porn Hub (PH) termasuk Menteri-Menteri, Timbalan Menteri, Exco Negeri hadir beramai-ramai dengan majlis yang menelan belanja beribu ringgit duit Rakyat hanya untuk merasmikan pemasangan lampu jalan kampung. 

Disaat ekonomi negara menjunam mereka buat program yang membazirkan duit Rakyat. Tifak perlu sebenarnya hendak merasmikan sehingga menghabiskan dui Rakyat seperti itu. Duit majlis itu lebih baik ditambah lagi lampu jalan yang sedia ada.

Kerajaan PH terdesak hendak mennjukkan yang mereka juga mampu membuat projek berguna untuk Rakyat walhal hanya lampu jalan sahaja yang mereka mampu banggakan. Itu sahajalah sumbangan mereka untuk Rakyat.

August 19, 2019

9 RM43 Billion Beli Lebuhraya - 'Penny Wise Pound Foolish'


Kerajaan PH bercadang untuk membeli 15 lebuhraya untuk sejumlah RM43 billion dengan mengeluarkan bond atau kertas hutang. Khazanah Nasional Berhad akan digunakan untuk membeli lebuhraya berkenaan dan akan diletakkan di bawah 'Special Purpose Vehicle (SPV)'. RM43billion tu lebih kurang 1/4 daripada jumlah aset Khazanah.

Manfaat pembelian lebuhraya ini hanya akan dirasakan oleh penduduk Lembah Klang secara khusus dan penduduk semenanjung secara umum. Kerajaan Porn Hub seharusnya memikirkan RM43 billion ini untuk membina High Speed Railway (HSR) atau memulakan projek pengangkutan awam di Sabah dan Sarawak. Ini memandangkan Kerajaan Indonesia hendak memindahkan pusat pentabiran ke Kalimantan. Secara tidak langsung, Malaysia boleh merasakan tempiasnya.

Setakat ini, pelaburan RM43 billion untuk membeli lebuhraya tidak ada apa impaknya kepada ekonomi. RM43 billion hanyalah satu surat hutang jangka masa panjang dan untuk menampung kos, Kerajaan Porn Hub dijangka akan perkenalkan caj kesesakan (congestion charge) yang akan perlu kita bayar mungkin buat selama-lamanya .

Kesimpulannya, Dua retorik bodoh Kerajaan Porn Hub mengenai isu tol:

1. Tol tanpa juru tol.
2. Tol tanpa palang.

Kami mahu Malaysia bebas tol seperti dijanjikan lah Morons.



August 18, 2019

18 Betulkah Datuk Nga Kor Ming Dan Hannah Yeoh Pejuang Perang Dunia II?


Mungkin apa yang dimaksudkan oleh Nga Kor Ming bahawa datuk nenek mereka juga adalah pejuang Perang Dunia II adalah para pejuang Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) yang kemudiannya membentuk pejuang gerila Parti Komunis Malaya (PKM). 

Sejarah orang-orang Cina di Tanah Melayu yang menentang Jepun disebabkan Jepun mula-mula menakluki Manchuria,  bahagian timur Laut China sebelum meletusnya Perang Dunia II sekitar tahun 1939.

Setelah Perang Dunia II meletus secara rasmi sekitar tahun 1941 di mana Jerman dan Itali membentuk perikatan di barat manakala Jepun mula memerangi negara-negara China dan Asia Tenggara. 

Dengan penglibatan Amerika Syarikat, Great Britain dan beberapa negara di Eropah membentuk satu kuasa yg menentang blok Jerman, Itali dan Jepun ini maka Perang Pasifik semakin meluas sehingga ke tanah jajahan mereka. 

Di Tanah Melayu, orang-orang Cina yg datang sebagai imigran ini ada yang telah kembali ke China untuk bersama rakyat menentang Jepun. Mereka juga telah menghantar bantuan kewangan untuk logistik dan ketenteraan. 

Di Tanah Melayu mereka menganggotai pasukan bersenjata (MPAJA) yang mana sebahagian persenjataan ini dibekalkan oleh British sebagai pasukan gerila. 

Setelah Jepun menyerah kalah akibat ledakan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki dalam tahun 1945, maka pemerintah Jepun di Tanah Melayu juga telah menyerah kalah. 

Sebaik saja Jepun menyerah kalah, keadaan keselamatan negara berada dlm "vocum power" atau kekosongan kuasa. 

Situasi ini dengan segera diambil peluang oleh pejuang MPAJA untuk berkuasa. Ia dinamakan era Bintang Tiga yg memerintah Tanah Melayu selama 14 hari. 

Setelah Malayan British Army (MBA) kembali ke Tanah Melayu,  maka berlaku penentangan antara MPAJA dengan MBA. 

Ini kerana perang menentang Jepun telah tamat dan MBA mahukan MPAJA dilucutkan senjata. Namun MPAJA enggan tunduk kepada British lalu kembali masuk ke hutan bagi menentang British dan akhirnya membentuk PKM.

Kesimpulannya, yang dimaksudkan Nga Kor Ming pejuang negara mengikit takrifan beliau mungkin adalah pejuang MPSJA dan juga pejuang gerila komunis. 

Ini kerana keturunan Nga Kor Ming adalah berasal dari Sitiawan,  Perak di tempat kelahiran Chin Peng,  Setiausaha Agong PKM.

Nga Kor Ming juga menambah di dalam tulisannya,


Jepun mendarat di Pantai Kuala Apat, Kota Bharu, Tanah Melayu pada 8 Disember 1941. Tahun 1939, 3,200 orang ini berperang dengan siapa Nga Kor Ming?

9 Siapa Belum Tengok Kek Perdana Menteri Ke-8?



Sudah teruk rupanya penyakit Abang Non kita bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri. Sehinggakan kek yang disediakan juga berlatar belakangkan bangunan pentadbiran di Putrajaya dan papan tanda 'PM ke-8'.

Tidak dapat dipastikan semalam adalah hari lahir beliau atau tidak. Namun persoalannya, kenapa Perdana Menteri ke-8 hanya duduk di taman di luar bangunan? Macam akan mereput di situ saja?

August 17, 2019

11 Umur 30 Tahun, Mukhriz Mahathir Sudah Dapat 1,000 Hektar Balak?



Penasihat undang-undang Negeri Sarawak, Fong Joo Chung telah menuduh Mukhriz Mahathir mendapatkan kontrak pembalakan daripada Ketua Menteri Sarawak pada tahun 1994 di waktu Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ke-4. 

Menurut Sarawak Report, Tan Yak Soon, bekas pemilik Tanjung Tiara Sdn Bhd telah  berjaya mendapatkan 1,000 hektar kontrak pembalakan dengan pertolongan Fong  Joo Chung dan Ketua Menteri Sarawak sekarang. 

Tanpa Sarawak Report sedari, pemegang saham bersama dan Pengerusi Tanjung Tiara Sdn Bhd ketika itu adalah Mukhriz Mahathir yang berumur 30 tahun pada 1994. 

Mukhriz Mahathir, seperti bapanya menyatakan bahawa dia tidak tahu tentang urusan yang melibatkan Tanjung Tiara Sdn Bhd. 

Ketika Sarawak Report cuba untuk bermain detektif, tanpa mereka perasan, nama Mukhriz Mahathir telah diheret sekali dalam konspirasi pembalakan di Sarawak ini. 

Yang paling kasihan, bukan sahaja Mukhriz, malah Tun Dr Mahathir di hujung usianya sendiri diserang, dihina dan ditendang oleh orang di sekelilingnya. Hari-hari terakhir Dinasti Mahathir, segala isu akhirnya terbongkar dan timbul semula. 

Inilah agaknya kesan dari doa-doa Rakyat yang inginkan Tun Dr Mahathir panjang usia agar dia dapat melihat sendiri kerosakan yang telah dilakukannya.

Kesimpulannya, Sarawak Report melaporkan tentang pemberian balak kepada Mukriz Mahathir pada tahun 1994 untuk apa? Sarawak Report pisau bermata dua, satu untuk menikam musuh satu untuk menikam tuan sendiri.

August 16, 2019

17 Alhamdulillah ... Selamat PM8 (Sedang Menunggu) Menunaikan Haji



Alhamdulillah. Cepat betul masa berlalu. Rasanya baru sahaja nampak posting Bang Non dan Kak Jijah berangkat mengerjakan Haji pada 7 Ogos yang lalu. Selepas 13 hari iaitu pd 15 Ogos, Bang Non dan Kak Jijah telah selamat kembali ke tanah air.

Usah ditanya kenapa rambut Bang Non masih kekal begitu. Bertahallul afdholnya memang bercukur seluruh rambut. Namun, mungkin Bang Non ambik yang paling mudah iaitu mencabut 3 helai rambut sahaja. Itu sebab Bang Non kekal kacak.

Semalam katanya ada majlis sembahyang hajat yang dilakukan oleh Kuil Sri Mahamariamman. Video perarakan masuk ke majlis berkenaan begitu meriah sekali.


August 15, 2019

18 Agenda Komunis Cuba Diserapkan Dalam Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia Baharu?


Foto ini dirakamkan di perkarangan Pejabat Majlis Daerah Kerian, hiasan sempena bulan kemerdekaan. Inikah pakaian Askar Melayu Di Raja suatu masa dahulu? 

Adakah ini satu cara halus pihak-pihak tertentu untuk mengubah sejarah negara di zaman Malaysia Baharu. Tahniah.

17 Beza Malaysia Dan Negara Asean Di Dalam Membuat Kritikan Terhadap Tentera



Tahukah anda di Myanmar, penerbit filem, Ko Ko Gyi dipenjara kerana mengkritik tentera di laman sosial. Di Thailand, bekas diplomat, Pavin Chachavalpongpun kini hidup dalam buangan di Jepun juga kerana mengkritik tentera. Di Malaysia, minta maaf, boleh menyelesaikan semua masalah asalkan orang berkenaan penyumbang kejayaan parti-parti politik.

Selepas mendapat kecaman ramai, ahli perniagaan, Koon Yew Yin akhirnya menarik balik kenyataannya terhadap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menimbulkan rasa kurang senang kebanyakan pihak. Dalam satu kenyataan di laman blognya hari ini, Yew Yin berkata, beliau juga meminta maaf kepada anggota tentera yang sudah bersara dan sedang berkhidmat.
Saya menyesal dengan kenyataan itu tetapi bukan niat saya untuk memfitnah atau merendah-rendahkan anggota tentera. Saya juga tidak berniat untuk mencetuskan kekacauan. Saya berbangga menjadi rakyat Malaysia dan sangat berterima kasih terhadap kesetiaan dan dedikasi anggota tentera kita.

August 13, 2019

28 Kini, Anggota Tentera Pula Dihina 'Funder' Bangsa DAP




Koon Yew Yin, penyumbang dana DAP, dipetik berkata di sini
Anggota tentera, seperti yang kita ketahui, hanya makan dan tidur sahaja. Majoriti mereka tidak pernah melepaskan tembakan melainkan menembak papan sasaran. Sepatutnya mereka digunakan untuk ganti pekerja asing yang diupah di ladang FELDA.
Koon Yew Yin berkata demikian ketika menggesa kerajaan Pakatan Harapan untuk mengambil langkah sewajarnya untuk mengurangkan perbelanjaan perkhidmatan awam yang disifatkan terlalu besar.

Beliau turut menyatakan bahawa beliau rasa ‘tertipu’ sebagai seorang pembayar cukai kerana wang cukai rakyat telah digunakan untuk membiaya sektor perkhidmatan awam yang melebihi kapasiti serta mempunyai tahap keberkesanan yang rendah.

Koon Yew Yin merupakan pelabur terkenal dan menjadi pemegang saham utama beberapa syarikat yang didagangkan di Bursa Malaysia. Antaranya Jaks Resources Berhad, Dayang Enterprise Holdings Bhd, Toyo Ink Group Berhad serta Master-Pack Group Berhad.

Beliau sebelum ini pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negeri Perak (SEAC) namun digugurkan dari jawatan berkenaan berikutan melakukan dakwaan sangat serius terhadap Almarhum Sultan Azlan Shah berhubung amalan rasuah dalam pengurniaan darjah kebesaran negeri Perak pada November tahun lalu.

Ketika mengalami krisis dengan kerajaan Perak, Yew Yin turut mendedahkan bahawa beliau pernah memberikan bantuan kewangan kepada empat parti komponen dalam PH, serta berkempen di beberapa lokasi dalam negeri Perak bagi memastikan kemenangan PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).



August 12, 2019

14 Orang Cina Lebih Faham Dengan Pornografi Rupanya



Ahli Parlimen DAP Kluang, Wong Shu Qi berkata di dalam ceramah beliau, tulisan Jawi digunakan dalam majalah lucah sejak dulu.

Dalam banyak banyak benda, buku lucah juga beliau kaitkan dengan tulisan jawi? Surat perjanjian, surat nikah, suratkhabar, kartun kebanyakkan dibuat dalam tulisan jawi waktu dulu. Kenapa ini beliau tidak jadikan sebagai contoh?

Wong Shu Qi berkata, baca di sini,
Slaid kedua pula memberikan contoh bahan-bahan bacaan lain yang menggunakan tulisan jawi, termasuk bahan bacaan pornografi ...
Patutlah. Pemimpin Cina DAP suka pornogtafi rupanya. Tidak hairanlah pembantu rumah pun dirogol Exco.




9 Kini Tun Dr Mahathir Mula Sedar, DAP Adalah Abang Besar Dalam Porn Hub (PH)



Sindirlah macam mana pun, buatlah loyar buruk ikut mana sekalipun, Tun Dr Mahathir kena sedar bahwa kali ini beliau menjadi Perdana Menteri mewakili parti minoriti dalam Pakatan Harapan. 

Tun Dr Mahathir perlu dengar cakap DAP atau bincang dulu dengan DAP dan persatuan-persatuan Cina seperti Dong Zhong sebelum boleh memutuskan apa-apa isu. Beliau sudah tidak boleh buat pandai sendiri atau buat keputusan sesuka hatinya.

Itulah yang digambarkan oleh Charles Santiago, Ahli Parlimen DAP Klang. Itulah juga yang diputuskan oleh Dong Zhong. Mereka tidak perlu tahu siapa itu Mahathir Mohamed. 

Apa yang mereka tahu adalah 'DAP is the BIG Brother' atau DAP adalah Abang Besar dalam Pakatan Harapan.

August 11, 2019

16 HinaTulisan Jawi Tapi Tidak Malu Guna Untuk Poster Hari Raya




Seorang pemimpin DAP menghina penggunaan khat Jawi sehingga mengumpamakan tulisan berkenaan seperti menyapu tahi lembu ke muka. Seorang lagi sentiasa istiqamah di dalam menentang penggunaan tulisan Jawi dalam korikulum Sekolah Jenis Kebangsaan.

Namun, mereka mempunyai persamaan yang ketara. Di hadapan orang Islam sanggup menggunakan tulisan Jawi untuk poster ucap Selamat Hari Raya Aidil Adha.


Pemimpin-pemimpin DAP semuanya hipokrit. Di hadapan penyokong Cina, mereka menghina tulisan Jawi. Lihatlah video di atas di mana tulisan Jawi dikatakan perantara novel lucah oleh Ahli Parlimen Kluang. Kata Wong Shu Qi 
Tulisan Jawi diguna dalam buku lucah pada masa dulu ... (gelak ketawa)
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates