December 29, 2018

15 'Manfaat Zakat Untuk Semua', Tahniah Lembaga Zakat Selangor


Alhamdulillah, satu demi satu institusi milik orang-orang Islam difaraidkan untuk semua golongan tidak kira kaum, bangsa dan Agama. Jika sebelum ini, syarikat-syarikat Tabung Haji dipindahmilik dan dipajak kepada Special Purpose Vehicle di bawah Kementerian Kewangan, kini giliran Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Sekiranya benar dan tulen surat LZS di atas yang tular di media sosial, kita doakan sahaja yang terbaik. Dengan moto baru 'Manfaat Zakat Untuk Semua', LZS telah membuka pandora box dengan menyediakan manfaat zakat kepada semua lapisan masyarakat tidak mengira usia, bangsa atau Agama secara langsung atau tidak langsung.

Bahasa mudah yang CTS faham adalah zakat kini tidak terhad kepada golongan asnaf semata-mata. Umat Islam membayar zakat, manfaatnya untuk semua masyarakat Malaysia.

Cukai adalah tangungjawab Rakyat kepada negara. Zakat pulak tangungjawab umat Islam kepada agamanya. Kalau orang bukan Islam ingin berkongsi zakat, tukarlah Agama kepada Islam. Kami gembira berkongsi bersama.

Tahniah LZS. Selamat tinggal LZS. Tiada lagi zakat dari CTS mulai tahun ini. Lebih baik diberikan terus kepada golongan asnaf.

Haa tepuk!!!

Kemaskini 30/12/2018: LZS telah membuat 'u-turn' dan penjelasan rasmi mengenai perkaea di atas.


14 Perwakilan Bersatu Dapat Beg Herschel Berharga Kurang Lebih RM300 Tu!!!






Hebat bagi parti yang setahun jagung ditubuhkan telah menyediakan cenderamata (door gift) yang berupa beg sandang berjenama Herschel. Tinjauan di pasar maya mendapati harga sebuah beg berkenaan adalah di antara RM280 ke RM400.



Ketua Serikandi dan Ketua Armada pula tidak tahu perwakilan diberi beg jenama Herschel dari Kanada. Adalah tidak pelik jika Ketua Armada dan  Ketua Srikandi pun tak tahu  sebab jawatankuasa parti pun main lantik tangkap muat saja. 

Pemilihan parti pun tidak pernah buat. Organisasi berselerak. Kalau Setiausaha Agung PPBM pun kata tak tahu itu memang bermasalah lah.

Bukan kita dengki dan iri hati. Bagilah intan berlian sekalipun, siapa yang perduli. Kalau parti ada duit atau ada pihak yang membuat tajaan, lakukan sajalah. Ini tidak, di depan Rakyat berlakon mengutip derma atas nama parti. 

6 Isu Kanda Dinda, Menteri Agama Hidung Tak Mancung Pipi Tersorong-Sorong



Setelah membisu beberapa hari, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar akhirnya bersuara di dalam isu warkah kanda dinda yang ditulis oleh Menteri Agama, Datuk Dr Mujahid Yusuf.

Di dalam laman sosial Twitter beliau, Nurul Izzah menafikan berdiam diri sebaliknya beliau sudahpun memaklumkan kepada Dr Mujahid bahawa tindakan Dr Mujahid itu adalah tidak wajar dan mengaibkan (inappropriate and condescending).

Ini bagi menjawab dakwaan Dr Mujahid sebelum itu bahawa percakapan beliau dengan Nurul Izzah adalah rahsia. Kalau saya adalah Dr Mujahid, sudah lama saya meletakkan jawatan sebagai Menteri Agama. Saya telah memalukan Kerajaan. Itu kalau sayalah.

12 Menteri Muda Syed Saddiq Begitu Berkaliber Mengantikan Abang Jamil




Di atas adalah gambar-gambar Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu di Putrajaya. Gelagat Menteri Muda Syed Saddiq merangkap Ketua Armada Bersatu seakan skrip filem Abang Jamil, Madu Tiga. 

Apa tidaknya. Sekejap bergambar ada plaster di dagu, sekejap bergambar tiada. Ehh ... ada luka ka di dagu? CTS tanya saja. Mufti Wilayah Perseketuan hari ini  berkata berdosa troll orang.

Kecederaan katanya berlaku akibat kemalangan motorsikal. Kita percaya sajalah kan. Menteri PH ni semuanya suci lagi menyucikan.




Kemaskini 29/12/2018: Gambar terbaru Syed Saddiq di Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu di PICC. Entah ubat apa yang disapu, luka dipipi kanan terus hilang tanpa kesan parut.

December 28, 2018

11 Apa Motif Wan Saiful Bayar Zakat Menggunakan Wang PTPTN?


Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan kelihatan kehilangan arah mengemudi agensi berkenaan. Laporan berita Malay Mail melaporkan PTPTN menyumbang sebanyak RM1 juta kepada Pusat Zakat Kedah untuk diagihkan kepada pelajar asnaf di negeri tersebut. 

Apakah objektif sebenar PTPTN di bawah Wan Saiful? Kenapa PTPTN tidak fokus kepada objektif utama PTPTN untuk membantu pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terutama ketika PTPTN sedang bergelut isu kelemahan kutipan balik pinjaman dari peminjam? 

Menyumbang kepada Pusat Zakat Negeri untuk membantu golongan asnaf menyambung pengajian pada ketika ini jelas menampakkan PTPTN kehilangan fokus dan tidak tahu apakah keutamaan agensi tersebut ketika ini.

Pertama, PTPTN bukan institusi bersifat berorientasikan keuntungan di mana menjadi kewajipan PTPTN untuk berzakat. Caj yang dikenakan kepada peminjam-peminjam pun hanya bersifat untuk menmpung kos pentadbiran. 

Kedua, jika sumbangan zakat dianggap sebagai komitmen sosial, PTPTN tidak perlu menjalankan peranan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berbentuk kewangan (monetary) pun. Ketiga. Kenapa Wan Saiful memberi tumpuan di negeri Perlis dan Kedah sahaja? 

Adakah PTPTN bercadang untuk menyumbang kepada kesemua negeri di Malaysia juga? Jika ya, berapakah peruntukan keseluruhan untuk usaha ini? Paling utama, apakah PTPTN memiliki wang yang banyak atau berlebihan untuk tujuan ini? Wan Saiful Wan Jan, wake up!

8 Sejak Bila Timbalan Menteri Ada Setiausaha Politik? Macam-Macam Jawatan Kerajaan PH Ni


Setiausaha Politik adalah satu jawatan yanb dilantik di bawah Artikel 43C Perlembagaan Persekutuan oleh Perdana Menteri dan mengangkat sumpah kerahsiaan di hadapan Perdana Menteri.

Bukan senang-senang seseorang boleh dilantik memegang dua jawatan iaitu sebagai Setiausaha Politik dan Setiausaha Sulit Kanan. 

Timbalan Menteri tidak layak kepada Setiausaha Politik yang dilantik mengikut peruntukan Perlembagaan berkenaan.

Nampaknya sejak Pakatan Harapan menjadi kerajaan, mereka melanggar dan meredah apa sahaja peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang mereka suka.

Bukan itu sahaja, semenjak PH menjadi Kerajaan, bermacam jawatan baru telah diwujudkan. Orang gila pangkat pun ramai. Tahniah PH. Kerajaan anda berjaya menambah penduduk gila.

Kesalahan pemilik kenderaan di dalam gambar di bawah adalah apabila meletakkan huruf lain di atas plat, melanggar Akta 333 (Pengangkutan Jalan 1987) Seksyen 14(1).

Ahli DUN Pasir Bedamar N55 adalah  Terence Naidu @ Raja Naidu. Mohon JPJ ambil tindakan atas kesalahan ini.

December 27, 2018

18 Menteri Syed Saddiq Kena Hentikan Publisiti Dan Gemarkan Perhatian Umum


Tugas seorang Menteri adalah berkhidmat untuk Rakyat, demi cukai yang kami belanjakan untuk gaji mereka puluhan ribu sebulan. Hentikanlah mencari publisiti dan perhatian murahan di media sosial dan mulakan bekerja. 

CTS tidak faham apakah motif Menteri Belia Dan Sukaneka bergambar berbalut muka dan lutut seperti di atas? Sekiranya memerlukan perhatian, YBM Syed Saddiq seharusnya dibalut seperti gambar di bawah dan bukannya hanya di muka dan di lutut. Baru ramai yang simpati.


Tindakan beliau yang suka membodek juga mendapat tempelak daripada Tengku Mahkota Johor (TMJ) semalam. Sudah-sudahlah Syed Saddiq.

December 26, 2018

13 Balik Dari Bercuti Di Australia, Baru Nobita Sedar Salah Umum Juta Kepada Billion


Gila punya Menteri Kewangan Hong Kong. Selelas seminggu baru beliau sedar jumlah baki sebenar Tabung Bayaran Balik GST adalah tersalah lapor.  

Beliau mengaku, baki tabung itu adalah RM148.6 juta dan bukannya RM1,486 juta (RM1.48 bilion) seperti yang dinyatakan beliau sebelum ini.

Banyak sangat kesilapan yang dilakukan oleh seorang lulusan akauntan yang bertaraf Menteri dan beliau sepatutnya meletakkan jawatan, itupun jika ada harga diri.

Dua hari lepas, Nobita mengumumkan pengapungan harga petrol dan dikira secara mingguan seperti mana yang dilakukan oleh Kerajaan BN sebelum.ini.

Hari ini beliau meneruskan apa yang Tun Dr Mahathir gelarkan sebagai dedak iaitu Bantuan Sara Hidup (BSH), yang dijenamakan semula dari BR1M. Malah data penerima BSH juga diambil dari data BR1M sebelum ini.

Dulu PH bukan main kerap lagi tuduh BR1M kerajaan BN dahulu ialah rasuah, dedak dan "Cash is King". Kini PH mahu mempercepatkan bayaran BR1M. 

Mempercepatkan apa?Mempercepatkan rasuah, dedak dan "Cash is King" kepada rakyat? Boleh tahan tajam juga U-turn terbaru ini.

Langkah mempercepatkan bayaran BR1M ini juga satu tanda yang kerajaan PH tahu keadaan sebenar ekonomi hari ini lebih teruk dari jangkaan orang ramai.

Mereka sedar rakyat sudah mula marah dengan kerajaan PH dan keadaan ekonomi yang semakin merudum.

Kesimpulannya, selain dari kesilapan demi kesilapan yang dilakukan Nobita, apa yang baharu dalam Malaysia Bahari?


17 Warkah Kekanda Mujahid Kepada Adinda Izzah Mendapat Troll Di Media Sosial










Di atas adalah poster-poster troll yang diambil di media-media sosial. Menteri Agama, 'Datuk' Mujahid menduduki tangga teratas Menteri PH yang paling glamour hujung tahun 2018. Jika tiada saigan, beliau akan dinobatkan sebagai Menteri Maharaja Lawak PH tahun ini. Bukan sahaja netizen, malah Mantan Perdana Menteri turut tidak melepaskan peluang untuk troll 'Datuk' Mujahid.


December 25, 2018

38 Muntah Hijau Baca Warkah Kekanda Menteri Agama Kepada Adinda Nurul Izzah


Muntah hijau setelah kembang anak tengkuk semalaman apabila membaca warkah 'kekanda' Menteri Agama, Dr Mujahid Yusuf Rawa kepada 'adinda' Nurul Izzah.

Drama sebabak ini mengingatkan kita kepada filem P Ramlee berjudul Musang Berjanggut di mana Datuk Nikah Kahwin, Datuk Pujangga, Datuk Bentara Mangku Bumi dan Datuk Bendahara cuba mengorat dan 'menjual minyak urat' kepada isteri orang bernama Puspawangi.

Beza filem arahan P Ramlee dan kisah nyata di atas adalah Puspawangi dan Nurul Izzah sama-sama cantik walaupun seorang watak isteri orang dan seorang lagi janda berhias. 

Persamaan Datuk Pujangga, Datuk Nikah Kahwin dan Datuk Bentara Mangku Bumi dengan 'Datuk' Mujahid pula adalah kelakuan mereka semua adalah buruk dipandang mata.

Dalam keadaan Malaysia tengah gawat ekonomi, Menterinya masih gila bayang dengan kekanda dan adinda di khayalak ramai. Buruk benar perangai Menteri Kerajaan PH ni. Baca surat 'Datuk' Mujahid yang panjang lebar, di bawah.

Kesimpulannya,

Dinda
Kanda
Burung pun turut menyanyi
Tawa
Riang
Dan cinta mula bersemi
La la la la la la la la... 🎵













 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates