December 8, 2018

44 Menteri PH Adalah Malaikat


Berkatalah Memanda Perdana Memteri hari ini,
Kami bukan sempurna. Walaupun banyak kalangan kami ini malaikat (angels), tetapi malaikat pun boleh buat silap. Dan bila malaikat buat silap, mereka patah balik.
Tidak dapat dipastikan 'Malaikat buat silap' inli ajaran sesat dari mana. Malaikat adalah makhluk Allah paling taat. Kalau adapun malaikat yang buat silap, ianya dikenali sebagai Syaitan Yang Direjam.

15 Gambar-Gambar Penyatuan Ummah Anti ICERD













... dan media-media milik Kerajaan PH akan melaporkan kehadiran peserta pada petang ini tidak sampai 10,000 orang.

December 7, 2018

22 Menjelang Anti ICERD Esok, Rakan Menteri Sibuk Memyebarkan Fitnah




Menjelang perhimpunan anti ICERD esok, RBA giat menjalankan fitnah untuk memburukkan dan mencacatkan tempo perjalanan majlis berkenaan.

Tidak kurangnya rakan Menteri Muda di atas. Tuduhan rasuah dan bukti yang dikemukakan beliau di atas amat berat. Diharap beliau anak jantan untuk melaporkan kepada pihak polis atau SPRM dan bukan memadamkan status di laman sosial  Facebook beliau.

17 Alhamdulillah ... Bantuan Orang Miskin AIM Dibatalkan Kerajaan PH



Syukur Alhamdulillah. Sedidkit demi sedikit bantuan kepada Rakyat terutama kepada golongan miskin ditarik balik. Terbaru, adalah skim Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Alasan yang diberikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin, adalah berdasarkan Seksyen 17 (2) Akta Pemegang Amanah 1992 kerana badan berkenaan tidak memenuhi syarat Suratcara Ikatan Amanah terutama dalam penubuhan anak syarikat.
Tidakkah Kerajaan sedar 98.26% peserta AIM daripada jumlah 380,000, membayar balik hutang mereka mengikut jadual. 100% daripada peserta AIM terdiri daripada golongan miskin, ibu tunggal, peniaga kuih dan majoriti daripada mereka adalah Bangsa Melayu Islam? 

Kini AIM dihentikan. Apa yang pincang sehingga Kerajaan PH menggunakan alasan bodoh untuk membatalkan. Tidak cukupkah harta ghanimah daripada Tabung Haji, Felda, IHH dan sebagainya untuk difaraidkan?
Mohamed Hanipa berkata, Kerajaan PH tidak akan mengenepikan kebajikan merkea yang menerima bantuan AIM khususnya golongan B40 dan wanita. Ini kata-kata Timbalan Menteri sebelum membatalkan AIM. Sedangkan manifesto PH pun bukan kitab, apatah lagi janji seorang Timbalan Menteri.

AIM diwujudkan pada tahun 1987 dengan ambil contoh model Bank Grameen di Bangladesh bagi membantu Rakyat berpendapatan rendah.

Maka pada hari Jumaat yang mulia ini, ribuan Rakyat yang mendapat Skim Penamatan Sukarela (VSS), dipecat, dipotong elaun, peminjam PTPTN yang tertipu dan sebagainya mintalah pertolongan kepada Yang Maha Pemberi Rezeki. Maha yang satu lagi minat dengan kereta nasional ketiga sahaja.

December 6, 2018

31 Kenapa Anda Mesti Merungut, Anda Yang Pilih Kerajaan Baharu, Sudah Pinjam Bayarlah Balik!


Semalam, Wan Saiful Wan Jan selaku Pengerusi PTPTN membuat pengumuman berkenaan mekanisme pelaksanaan dasar-dasar baharu PTPTN sempena pengumuman belanjawan 2019 yang diumumkan kerajaan pada 02 November lepas.

"Sudah pinjam, bayarlah balik", kata Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik. CTS setuju. Namun, persoalannya, pertama, kenapa Kerajaan PH sekarang menghukum golongan yang konsisten membayar mengikut kontrak atau penstrukturan semula sebelum ini sehingga mereka terpaksa membayar 3 kali ganda selepas ini? Kedua, Kerajaan PH melaksanakan potongan gaji berjadual untuk pembayaran balik pinjaman PTPTN atas undang-undang apa?

Perlu diingat, di bawah Seksyen 29, Akta PTPTN 1997, adalah menjadi kesalahan kepada majikan jika gagal melaksanakan arahan potongan gaji oleh PTPTN. Walau bagaimanapun, peruntukan-peruntukan di bawah Akta Pekerjaan 1955 menetapkan bahawa apa-apa bentuk pemotongan mestilah mempunyai kelulusan terdahulu pekerja.

CTS berpendapat, untuk melaksanakan potongan gaji berjadual bagi pembayaran balik pinjaman, PTPTN perlu mendapatkan izin peminjam terlebih dahulu untuk berbuat demikian. Tanpa izin, potongan tidak boleh dilakukan. PTPTN bagaimanapun boleh dapatkan perintah Mahkamah jika izin tidak diberikan oleh peminjam untuk potongan gaji berjadual.

PTPTN mungkin telah terlepas pandang akan karenah birokasi ini atau mereka terlalu ghairah hendak mengutip hutang hingga tidak teliti dalam membuat keputusan mereka. Mungkin juga Menteri Kewangan terlalu bodoh untuk menyedari akan hal ini semasa mengumumkan pelan berkenaan di dalam ucapan pembentangan Belanjawan 2019.

Isu PTPTN ini semakin ke laut. Sudahlah manifesto dan janji pilihan raya tidak ditepati, perjanjian pinjaman yang dibuat juga dimungkiri. Kalau melihat kepada laman sosial Facebook PTPTN, baca di sini, agensi ini telah dimaki secara berjamaah. Di bawah adalah contoh makian.

Kesimpulannya, jangan bimbang Tuan-Tuan dan Puan-Puan adik-adik Tomato, Kerajaan Baharu ini adalah Kerajaan flip flop dan u-turn. Bagi masa dua tiga hari dan Kerajaan ini akan membuat pusingan di bulatan di hadapan.




December 5, 2018

19 Selepas REIT, Petronas Dan IHH Berhad, Adakah Tabung Haji Mangsa Rompakan Seterusnya?

Rompakan I?:

Hari ini, semua lapangan terbang dan tanah-tanahnya ialah milik penuh kerajaan. Syarikat Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) pula ada perjanjian konsesi dengan kerajaan untuk menyewanya.  MAHB akan mengutip cukai penerbangan dari pengguna airport untuk membayar sekitar RM400 juta setahun kepada kerajaan sebagai sewa. Khazanah Nasional merupakan pemilik saham terbesar di MAHB. KWSP ialah kedua terbesar.

Apabila Kerajaan PH mengambil alih, harga saham MAHB terus menurun sebanyak 12% iaitu kehilangan nilai sebanyak RM1.5 bilion. Ini kerana Kerajaan PH akan mewujudkan sesuatu Amanah Pelaburan Hartanah bagi Lapangan Terbang (REIT) di mana Kerajaan PH akan menjual semua lapangan-lapangan terbang yang dimiliknya kepada syarikat REIT ini.

Syarikat REIT akan membayar kerajaan dengan mengeluarkan 100% unit Amanah dalam REIT ini. Selepas ini, MAHB tidak akan membayar sewa kepada kerajaan lagi. Mereka akan bayar kepada syarikat REIT ini.



Rompakan II?:

Media antarabangsa, baca di sini, telah melaporkan bahawa Menteri-Menteri Kerajaan PH sudah pun memulakan rancangan dan pengaturan untuk menjual 25% kepentingan Petronas melalui satu penyenarain di Bursa Malaysia. Apabila ditanya oleh media perniagaan tempatan sebulan lalu, Perdana Menteri juga tidak menafikan bahawa langkah untuk menjual Petronas sedang dibincang.
We haven’t decided. We will let you know when the time comes (Kami belum buat keputusan. Kami akan beritahu anda apabila tiba saatnya).



Rompakan III?:

IHH Berhad milik Malaysia telah bertukar tangan menjadi milik Jepun minggu lepas. Satu-satunya syarikat bertaraf global Malaysia yang dibina semasa pentadbiran Barisan Nasional telah dijual oleh Kerajaan PH secara rundingan terus tanpa tender kepada Jepun dalam masa begitu singkat selepas mengambil alih kuasa.

IHH Berhad telah disenaraikan di Bursa Malaysia sejak tahun 2012 dan merupakan milik kerajaan Malaysia sehingga minggu lepas. IHH Berhad telahpun bertapak di 9 buah negara di dunia dengan 49 buah hospital disokong oleh 35 ribu pekerja. Nilai IHH Berhad pada akhir tahun lepas juga mencecah US$11 bilion dengan hasil penjualan tahunan RM11.1 bilion menghasilkan keuntungan EBITDA RM2.3 bilion.

Kini, harta negara milik orang asing.


Rompakan IV?:

Bermula dengan tajuk berita media tempatan dan kenyataan pemimpin PH membuat dakwaan bahawa BN telah mencuri ataupun menyeleweng RM22 juta duit Tabung Haji. Ini diikuti dengan satu laporan oleh media Singapura yang dimiliki kerajaan Singapura Ahad lepas, yang tiba-tiba memetik orang dalam yang tidak dinamakan bahawa Tabung Haji telah kekurangan dana RM4 bilion.

Hari ini, berita di bawah tiba-tiba muncul. Adakah ini satu kebetulan atau alasan untuk merompak sekali lagi? Persoalannya, kalau betul aset Tabung Haji bermasalah (underperforming), rasa-rasanya ada pihak hendak membeli?

14 Selepas Menteri Kasut Hitam Sekarang Ada Menteri Sticker



Setiap hari pasti ada sahaja Menteri dan Timbalan Menteri Pakatan Harapan membuat sitkom dan lawak jenaka di Parlimen. Satu soalan ditanya di Parlimen, semalam,
Apakah cara kerajaan PH untuk mencapai sasaran 26 juta pelancong ke Malaysia untuk tahun ini?
Apa jawapan Menteri Pelancongan Pakatan Harapan, dengan penuh bangga,
Kita letak sticker (pelekat). Ini cara Menteri Pakatan Harapan untuk membuat pasaran yang tinggi untuk Malaysia.
Sekarang kita ada satu teori baru. Mempromosikan pelancong ke Malaysia adalah dengan meletakkan sticker bertulis, "Selamat Datang Ke Malaysia". Belum habis menteri kasut dan stokin, kini Rakyat Malaysia dihadiahkan dengan Menteri Sticker.

Teresa Kok dengan lawak menoreh getah musim tengkujuh, Lim Guan Eng dengan lawak menipu FDI negara, Azmin Ali dengan lawak mahu desak negara OPEC kurangkan pengeluaran minyak, Maszlee Malik pula dengan lawak 1MDB dimuatkan dalam sejarah Malaysia dan kasut hitam serta kolam renangnya. Kini ada pula lawak yang terbaru, tampal sticker untuk tarik pelancong.

Kesimpulannya, nampaknya menteri-menteri Kerajaan Pakatan Harapan telah membuktikan kebenaran kata-kata Elbert Einstein bahawa perbezaan kebijaksanaan dan kebodohan adalah, kebodohan itu tiada batasan.

December 4, 2018

14 Flip Flop ... U-Turn ... Kesalahan Tatabahasa ... Wartawan Salah ... Semua Salah Kecuali Maszlee Malik




Bukti video. DS Ahmad Maslan dengan jelas bertanyakan mengenai subjek sejarah. Apakah yang akan dimasukkan dalam subjek tersebut. Apa jawapan Menteri Pendidikan adalah berkaitan dengan soalan YB Pontian.


Ini pula bukti yang dicatat di hansard Parlimen.


Seperti biasa, Menteri Pakatan Harapan akan membuat flip flop dan u-turn selepas kenyataan yang mereka keluarkan menjadi troll dan kontroversi. Tidak terkecuali Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik di mana Setiausaha Akhbar beliau terpaksa mengeluarkan Kenyataan Media sebagai langkah mengurangkan kerosakan yang telah dilakukan (damage control).

CTS mohon Tun Dr Mahathir kekalkan Menteri Pendidikan ini hingga ke akhir hayat PH memandangkan Dr Mazlee adalah penghibur kami dalam media sosial. Dr Maszlee berlumba-lumba dengan Menteri-Menteri PH yang lain ibarat ada pertandingan siapa paling bodoh dan kelakar. Yang penting jadi isu.

December 3, 2018

19 Cukupkah MP DAP Batu Kawan Meminta Maaf Selepas Menghina Melayu Islam Kelantan?


Ahli Parlimen DAP Batu Kawan, Kasthuri Patoo petang tadi mengeluarkan kenyataan maaf selepas beliau menghina masyarakat Melayu Islam di Kelantan. Beliau sebelum ini menuduh umat Islam Kelantan  sebagai phedopile atau sukakan seks dengan kanak-kanak, walaupun sebenarnya beliau perlu melihat ke dalam masyarakatnya sendiri yang banyak melibatkan kes seksual kanak-kanak yang tidak dilaporkan media. 

Tuduhan pemimpin DAP ini sememangnya berniat jahat bertujuan untuk membangkitkan rasa Islamophobia di kalangan rakyat termasuk golongan muda yang semakin liberal sekarang. Kenyataan rasis beliau kepada masyarakat Islam di Kelantan khasnya adalah seperti di bawah:



Data-data yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan di bawah pun membuktikan tuduhannya memang memprovokasi umat Islam. Kasthuri Patoo sepatutnya menyelesaikan masalah pemangsa kanak-kanak di kalangan bukan Islam atau dari kaumnya terlebih dahulu sebelum menjadi rasis kepada masyarakat Islam.



Mengikut data di dalam artikel Bar Council, seramah 6800 gadis bawah umur telah berkahwin, tetapi 4,350 termasuk 600 orang kaum India juga telah berkahwin di bawah umur. Kenapa Kasthuri Patto sibuk dengan umat Islam sedangkan kaum dia sendiri pun terlibat di dalam perkahwinan kanak-kanak ini?

22 Dr @maszlee Buat Kenyataan Bangang Lagi


Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik buat kenyataan banggang lagi. Dr Maslee dipetik berkata, isu berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan penyelewengan membabitkan ahli politik akan dimasukkan sebagai sukatan pelajaran Sejarah sebagai pengajaran. Beliau berkata kesilapan itu perlu dipelajari supaya tidak diulangi generasi masa depan.

Komen beliau dijawab oleh Mantan Perdana Menteri seperti berikut:


Ahli Parlimen Pontian, DS Ahmad Maslan menjawab seperti di bawah. Saya setuju dengan saranan DS Ahmad Maslan. Pertama, skandal Forex hilang RM32 billion jangan lupa dimasukkan sama ke dalam sukatan pelajaran sejarah bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.

Kedua, masukkan juga dalam sukatan sejarah, janji-janji Kerajaan Pakatan Harapan yang tidak pernah ditunaikan. Ketiga, masukkan juga pembohongan janji Ahli Parlimen Simpang Renggam mengenai penghapusan Tol Simpang Renggam, selepas PRU14.

Keempat, suka saya mencadangkan kepada Dr Maszlee agar sumber ilmiah seperti di bawah ini dijadikan teks utama untuk anak-anak Malaysia di sekolah. Untuk makluman Dr Maszlee kesemua buku tersebut ditulis oleh YB Lim Kit Siang, teman seperjuangan Dr dalam Pakatan Harapan.

1. The BMF Scandals (1984)
2. BMF: The Scandal of Scandals (1986)
3. Prelude To Operation Lalang (1990)
4. The Dirtiest General Elections In The History of Malaysia (1991)
5. The Bank Negara RM30 Billion Forex Losses Scandal (1994)

Kesimpulannya, Pontian jauh lebih bijak dari Simpang Renggam.

10 Rupanya Kerajaan Malaysia Baharu Juga Perlukan Undang-Undang Kawalan


11 Oktober 2018, Kabinet bersetuju untuk menangguhkan Akta Hasutan. 02 Disember 2018, tidak sampai dua bulan keputusan berkenaan dibuat, Kabinet telah membuat flip flop dan u-turn dengan keputusan berkenaan. Moratorium ke atas beberapa Akta Keselamatan ditarik balik untuk tangani kes rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ.

Antara akta tersebut, adalah Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2017 (POCA), Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA), Akta Hasutan 1948 dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas (SOSMA) 2012. Mungkin Kerajaan Malaysia Baharu baru sedar mereka perlukan akta-akta ini untuk pastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjaga.

Rupa-rupanya apabila Pakatan Harapan menjadi Kerajaan, baru mereka sedar negara perlukan undang-undang. Bukan bebas dan freedom segala benda. Bukan human rights yang boleh amankan negara. Sekarang mereka sedar POTA, POCA, SOSMA, Akta Hasutan dan lain-lain itu penting. Dari dahulu lagi kita dah kata ISA itu jangan dimansuhkan. Tapi termakan tekanan. Apa nak katakan.

December 2, 2018

11 Perasmian BERSATU Di Bintulu, Sarawak Meriah





Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad, pertama kalinya merasmikan cawangan parti berkenaan di Sarawak. Sepatutnya perasmian ini dibuat di dewan yang lebih kecil sedikit, barulah orang tak perasan ramai kerusi daripada orang ... Opsss maaf, salah tatabahasa!

Cumanya CTS nak tanya, semasa Tun Dr Mahathir jadi Perdana Menteri ke 4 selama 22 tahun, berapa kali beliau datang Sarawak? CTS tanya saja.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates