December 1, 2018

14 Perdana Menteri rasmi parti BERSATU Dii Bintulu Guna Jet Rasmi Kerajaan Boleh Ka?

\





CTS sebagai salah seorang Rakyat Malaysia yang membayar cukai ingin bertanya, bolehkah seorang Perdana Menteri menggunakan jet pesawat Kerajaan untuk merasmikan parti BERSATU di Bintulu, Sarawak.

Macai-macai Tomato jangan marah pulak. CTS tanya saja. Apa yang pasti, penerbangan ini berjalan lancar dan tiada kejadian tayar pancit. Harap maklum.

10 Sebab Nak Jilat Menteri, Admin Kementerian Terpaksa Jadi Bodoh



Akibat tersalah cakap dan ego untuk membuat 'u turn', Menteri Industri Utama, Teresa Kok teroaksa mempertahankan  teori bahwa penoreh getah boleh menjana pendapatan lebih dengan menoreh di waktu hujan dengan menggunakan alat pelindung hujan seperti gambar di atas.

Demi mempertahankan dan menjilat Menteri, pengendali (admin) laman sosial Facebook Kementerian terpaksa memgiyakan dan menjadi bodoh. Pertama, menggunakan pelindung hujan seperti di atas memang perkara bodoh. Hujan bukan turun dengan sekata dalam satu aliran lurus. Kalau berlaku angin kencang dan hujan lebat, dengan pelindung hujan pun hilang entah ke mana.

Kedua, musim hujan memang tidak boleh menoreh. Kalau ada pula yang cadang musim hujan pun pergi menoreh dan guna teknologi moden pakai plastik buat macam payung konon katanya ada dibuat di Thailand, memanglah satu cadangan yang tidak guna otak. 

Penoreh getah bukan golongan yang ada banyak duit hendak beli teknologi. Harga getah murah. Teknologi walaupun plastik pakai duit juga. Duit pulak bukan daun getah. Kalau boleh beli dengan daun getah ok la.

Kajian perlu mengambilkira faktor-faktor seperti di bawah sebelum Kementerian mengeluarkan sesuatu idea mengenai menoreh getah di musim tengkujuh:

▪Menoreh di waktu hujan renyai
▪Menoreh di waktu hujan lebat
▪Keadaan batang pokok pada waktu hujan
▪Jangka hayat pokok getah bilamana torehan dilakukan pada waktu hujan
▪Aliran susu getah dapat melalui torehan atau tidak pada waktu hujan
▪Kualiti susu getah yang dihasilkan bilamana torehan dilakukan pada waktu hujan (bercampur air)
▪Keadaan permukaan tanah ladang getah pada waktu hujan
▪Ketinggian pokok getah
▪Petir dan Kilat pada waktu hujan
▪Waktu keluar menoreh selalunya bermula jam 4.00 am dan berakhir jam 12.00 pm
▪Golongan penoreh (muda - tua)

Kesimpulannya, jangan jadi bodoh macam Teresa Kok. Orang bangun sebelum subuh toreh getah. Pukul 10.00 sudah kutip susu. Beliau baru datang untuk berlakon menoreh.


7 Satu Kejayaan Cemerlang Menteri Pendidikan Dalam Tempoh 61 Tahun


Tahniah kepada Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik di atas kejayaan cemerlang yang tidak pernah dicapai oleh Menteri Kerajaan BN selama 61 tahun.

Pada 15 Oktober bulan lalu, Dr Maszleememaklumkan bahawa satu kajian sedang dilakukan untuk mengkaji stokin warna apa yang paling sesuai dipakai dengan kasut sekolah hitam. Syukur.  Kajian ini telah berhasil.

Semalam, selepas 1 1/2 bulan kajian mula dijalankan, Kerajaan Pakatan Haraoan mengumumkan secara rasmi bahawa stokin warna hitam perlu dipadankan dengan kasut sekolah hitam.

Tahniah diucapkan kepada Menteri Pendidikan di atas kejayaan gemilang ini. Keputusan yang sangat penting ini dibuat dalam masa kajian yang sangat singkat. Hebat!!!

November 30, 2018

24 Sendiri Gali, Sendiri Kambus, Sendiri Istihar Jadi Hero


Punyalah drama Menteri Belia dan Sukaneka, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Sendiri gali lubang, sendiri kambus. Lepas tu acah-acah hero kononnya 'idea baru', kononnya #DemiMahasiswa.

Dulu mereka kata PTPTN percuma. Selepas tu kata pula selepas gaji RM4,000 baru ada potongan. Apa yang Syed Saddiq berdrama di atas telah lama dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) dulu. Kita tegaskan sekali lagi,

1) Dulu kalau bayar ikut potongan gaji,  dapat tolak 10% dari keseluruhan pinjaman.

2) Dulu yang dapat Kelas Pertama, semua tidak payah  bayar balik, semua dapat pengecualian.

Kesimpulannya, apa yang Kerajaan BN buat lebih baik dari apa yang diumumkan hari ini oleh Syed Saddiq.

November 29, 2018

23 Propaganda Kerajaan Pakatan Harapan Berkaitan Kenaikan Harga - TIDAK MEMBEBANKAN

Kerajaan Pakatan Harapan bijak memanipulasi sebarang kenaikan harga di media yang dikawal oleh mereka. Dengan menggunakan perkatan "TIDAK MEMBEBANKAN", Kerajaan Pakatan Harapan seolah-olah bebas menipu dan mengencing macai-macai Tomato. Lihatlah contoh-contoh media di bawah:







12 Anak India Anak Saya, Bila Mahu Undi, Bila Berlaku Rusuhan Kuil, Bayangpun Tak Nampak


DS Anwar Ibrahim (DSAI) pernah berkata, "Anak Melayu, Anak Cina, Anak India, Anak Kadazan, Anak Iban, semua anak saya." Malah beliau boleh berpakaian sehingga mengalahkan orang-orang India sendiri. Ini semua ketika beliau perlukan sokongan masyarakat India.

Malah bukan sekali tetapi dua kali DSAI kelihatan berjoget di pentas Pilihan Raya Kecil (PRK) bersama-sama klon MGR untuk menarik perhatian dan sokongan masyrakat India. Dalam kes rusuhan kuil Sri Maha Mariamman di Seafield, USJ, DSAI sehingga kini masih membisu, senyap dan diam. Pemimpin apa macam ini? Inikah contoh teladan yang ditunjukkan oleh Bakal Perdana Menteri ke 8?

November 28, 2018

19 Cerita Anggota Bomba Cedera Parah Kini Ada Dua Versi, Siapa Yang Berbohong?



Anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, yang cedera parah dimasukkan ke dalam ICU, SJMC dan kini ditempatkan di Institut Jantung Negara, mempunyai dua versi cerita. Cerita pertama adalah laporan daripada Pegawai Operasi, PBKII Badrol mengatakan seorang anggota EMRS ditarik keluar dan dipukul oleh perusuh.

Hari ini pula, timbul cerita kedua dari pihak kuil. Pihak kuil mendakwa, Muhammad Adib cedera dalam kemalangan ketika jentera bomba di hadapannya mengundurkan kenderaan. Persoalannya, satu pihak adalah menipu. Sama ada Pegawai Operasi buat laporan palsu terhadap nasib yang menimpa rakan sekerjanya ketika bertugas atau kita sedang berdepan dengan skrip drama Tamil versi Kerala.

Dapatkan 'pop corn' anda segera. Mari kita sama-sama menonton drama Tamil ini. Apapun pemaju One City Development Sdn Bhd berada di dalam 'hot soup' apabila dua peguam pemaju berkenaan antara 21 orang yang sudah ditahan bagi membantu siasatan insiden rusuhan berkenaan.

Peguam kepada pemaju berkenaan diberitakan oleh Menteri Dalam Negeri, TS Muhyiddin Yassin memberi upah RM150,000 kepada 50 lelaki untuk menceroboh dan mengawal Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.


Terkini 08:30 PM - KP Bomba bersuara.

11 Rakyat Malaysia Sudah Selesa Sekarang, Apalah Sangat Hapus Elaun Musim Tengkujuh Dan Naik Harga Tambang Bas?


Seperti yang ditulis oleh Mantan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak, "Rakyat semua sudah selesa hari ini. Bersyukurlah." Apalah sangat dengan kenaikan tambang bas ekspres sehingga 30%, asalkan Najib Razak dan UMNO tumbang.

Tambang bas ekspres tidak pernah naik sejak tahun 2009. Ye la masa tu zaman DS Najib Razak. Gila kot kalau naik. Nanti Rakyat Tomato kata kenaikan itu kerana syarikat bas ekspres kepunyaan DS Rosmah Mansor.

Satu lagi berita baik untuk nelayan dan penoreh getah. Menteri Industri Utama Kerajaan Pakatan Harapan, Teresa Kok, yang bertanggungjawab ke atas kebajikan penoreh getah menyatakan dalam Parlimen semalam bahawa elaun musim tengkujuh kepada penoreh getah dipotong dan tidak akan diteruskan. Sebaliknya, Menteri ini mencadangkan dua perkara:

1. Untuk meningkatkan produktiviti (dan pendapatan), penoreh disaran menoreh pada musim tengkujuh.

2. Untuk mendapat pendapatan pada musim tengkujuh, penoreh boleh tanam sayur atau ternak ikan.

Walaupun umum mengetahui (kecuali Menteri bodoh),  pada musim tengkujuh, penoreh tidak keluar menoreh sebab air hujan bercampur dengan susu getah yang menyebabkan hasil torehan tidak baik dan adalah lebih produktif dan efisyen jika seseorang itu mengkhususnya pekerjaannya kepada satu bidang kerana kekangan masa, sumber dan skil, namun ini semua kemahuan Rakyat Malaysia.

Kesimpulannya, Rakyat Malaysia selesa dengan Kerajaan Pakatan Harapan. Sekali lagi ditegaskan Rakyat Tomato gembira asalkan Najib Razak dan UMNO tumbang. Anda undi, anda mendapat.

November 27, 2018

12 Menteri Muda WeeChat Tidak Perlu Bimbang Sekiranya Atlet Terengganu Menutup Aurat


Tidak menjadi isu pun sekiranya Kerajaan Terengganu ingin menggalakkan atlet negeri berkenaan menutup aurat ketika bersukan. 

Pertama, atlet SUKMA Terengganu, Azreen Nabila Alias, telah memenangi emas 100 meter dengan catatan baru SUKMA. Beliau juga adalah atlet terbaik keseluruhan kejohanan. Bukti jelas, menutup aurat tidak menghalang prestasi atlet.

Kedua, pasukan bolasepak negeri juga turut mengalu-alukan tindakan Kerajaan Negeri.


Ketiga, jenama sukan terkenal Nike, dalam usaha untuk mengeluarkan produk keluaran mereka 'pro hijab' untuk kegunaan atlet di seluruh dunia. Nyata, menutup aurat dan bersukan bukan perkara asing.


Kesimpulannya, Menteri Belia Dan Sukaneka tidak perlulah melatah dan mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya. Berilah kebebasan kepada badan sukan dan atlet untuk hak mereka menutup aurat.

Kalau YB Menteri hendak berbogel dan menampakkan bontot di seluruh media sosial, itu hak YB Menteri. Kamipun tak halang.

November 26, 2018

34 Selepas Ditegur Menteri Besar Selangor 'Kesalahan Tatabahasa', EXCO Selangor Tukar Ayat Di Facebook


Ahli Politik sekali lagi bermain dengan api perkauman. Semalam, Ganabatirau Veraman, EXCO Selangor telah membuat tuduhan melulu dengan mengatakan serangan ke atas Kuil di Seafield semalam adalah daripada "a group of Muslim group" (sekumpulan orang-orang Islam).

Hari ini, Menteri Besar Selangor cuba untuk menjernihkan keadaan. Dalam masa yang sama, beliau bertindak sebagai guru tatabahasa. Kata Amiruddin Shari, "mungkin ada kesalahan tatabahasa".


Tidak pasti sama ada Ganabatirau Veraman takut disapina oleh pihak polis kerana tuduhan melampau beliau atau patuh kepada Guru Bahasa beliau, beliau hari ini telah mengubah ayat di atas kepada "a group of gangsters" (sekumpulan samseng).

Anda fikir Ganabatirau Veraman boleh terlepas dengan mengubah perkataan itu? Bukankah beliau sepatutnya meminta maaf kepada orang-orang Islam di Malaysia? Anda rasa?

November 25, 2018

33 Bukan Menjadi Satu Rahsia Jho Low Hadir Mesyuarat 1MDB


Sejak semalam kecoh dengan berita-berita kononnya Laporan Audit 1MDB oleh Jabatan Audit Negara yang dipersembahkan kepada Public Account Committee (PAC) oleh Ketua Audit Negara pada masa itu TS Ambrin telah diubah. 

Kononnya kehadiran Jho Low di dalam satu mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB telah disembunyikan. Carian mudah di Google saja boleh mendapati laporan-laporan tentang kehadiran Jho Lo ini seperti link-link berikut: 


Juga di dalam Laporan PAC, anggota PAC telahpun dimaklumkan tentang perkara ini  seperti yang terpampang di dalam gambar di bawah. Apa ke jadahnya disorok / disembunyikan pula? 


Malah jawapan tentang kehadiran Jho Lo ini juga telah diberikan secara rasmi di dalam parlimen pada tahun 2015 seperti link di sini.

Jho Lo hadir bagi mewakili pihak Arab khususnya, Prince Turki dan bukan mewakili 1MDB. Jemputan diberi kepada Prince Turki tetapi beliau tidak hadir dengan maaf dan mewakilkan Jho Lo bagi pihak beliau. Jho Lo adalah proksi pihak Arab. 

Nampak sangat KERAjaan Pakatan Harapan sudah bankrap idea dan terpaksa memperalatkan agensi-agensi Kerajaan agar bermain propaganda bodoh dan menimbulkan persepsi bagi mengalihkan perhatian rakyat dari kegagalan mereka menunaikan janji-janji manifesto mereka dan juga isu ICERD.

Kesimpulannya,semua sudah dilaporkan. Semua adalah terbuka dan diketahui awam. Aneh sangat kalau DS Najib Razak suruh pinda.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates