November 23, 2018

15 Menteri Besar Selangor Kata Inflasi Menurun Selepas GST, Mungkin Data Berkenaan Dipetik Di Langit Biru



Di dalam catatan beliau di dalam laman sosial Twitter sempena menyampaikan Belanjawan Selangor 2019, Menteri Besar Selangor telah menyatakan bahawa kadar inflasi telah turun selepas GST dari 1.8% kepada 1.3%.

Sebaliknya, Ketua Perangkawan, hari ini berkata Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia, yang mengukur inflasi keseluruhan, meningkat 0.6% kepada 120.7% pada Oktober 2018 berbanding 120.0% pada bulan yang sama tahun lalu. Negeri yang mencatatkan paling tinggi IHP adalah Negeri Sembilan (+1.1%), Selangor dan Putrajaya (+0.8%) dan juga Pulau Pinang (+0.7%).

Kesimpulannya, CTS tidak pasti Menteri Besar Selangor sekadar berbohong atau ada masalah dalam membaca statistik dan laporan. Apa yang penting, CTS lebih percaya cakap kakitangan awam berbanding ahli politik Pakatan Harapan. Noktah.

November 22, 2018

48 Hari Terpegun Sedunia


Berkatalah Menteri Wilayah, Khalid Samad,
Saya diberitahu, MRT ini tidak ada pemandu. Ia dikawal dari Bilik Kawalan Operasi.
Pak Menteri diberitakan hari ini terpegun naik MRT tanpa pemandu. Kita sudah bertahun lama terpegun dengan MRT tanpa pemandu. Namun, tidak bagi Pak Menteri yang baru terpegun semalam. Tonton video Sidang Media Khalid Samad di bawah:


Rakyat juga pasti terpegun apabila Menteri Wilayah yang juga Ahli Parlimen Shah Alam tidak pernah menaiki MRT sebelum ini dan tidak tahu MRT tiada pemandu. Kita harap Pak Menteri tahu bahawa MRT tiada cermin sisi.

Saya masih terpegun. Pembaca CTS bagaimana? Terpegun juga?

14 Kolam Renang Hotel Tidak Sesuai, Kata Persatuan Perhotelan Malaysia


Belumpun sempat perbincangan diadakan di antara Kementerian Pendidikan dan Persatuan Perhotelan Malaysia (MAH), MAH hari ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa kolam renang di hotel tidak sesuai digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah belajar berenang.

Alasan yang diberikan oleh MAH adalah hampir keseluruhan kolam renang di hotel adalah untuk kegunaan beriadah untuk pelanggan hotel. Tambahan lagi, kolam renang di hotel tidak dibina mengikut bentuk, saiz, kedalaman untuk kegunaan belajar berenang terutama bagi pelajar-pelajar sekolah yang ramai.

Di bawah adalah pemandangan Stay Inn Hotel, Simpang Renggam. Johor, tempat pengundi-pengundi Dr Maszlee. Rasanya tidak sesuai belajar berenang di kolam cetek sebegini kalau ikut saranan Pak Menteri. Kalau di laut sebelah tu tak pastilah.


November 21, 2018

39 Satu Lagi Idea Luar Kotak Dari Menteri Pendidikan Kerajaan Pakatan Harapan


CTS mengaku memang teruja dengan setiap kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pendidikan Kerajaan Pakatan Harapan. Sememangnya di luar kotak (out of the box). Bukan setakat di luar kotak, di luar bilik terus! 

Yang terbaru, Dr Maszlee Malik mencadangkan agar kolam hotel digunakan untuk mengajar pelajar-pelajar sekolah berenang. Ini rentetan idea beliau yang terdahulu bahawa pelajar sekolah akan diajar berenang untuk mengelakkan mereka jadi mangsa lemas.

Pertama, kita terima dahulu idea Menteri yang mempunyai Doktor Falsafah ini. Kemudian kita tanyakan kepada beliau soalan-soalan berikut:

1. Adakah peruntukan untuk menyewa kolam hotel ini diperuntukkan di dalam Bajet 2019 atau adakah ianya akan dimasukkan ke dalam Bajet Tambahan kelak?

2. Sekiranya tidak, adakah pihak sekolah atau PIBG mampu membiayai sewaan atau penggunaan kolam ini? Waima untuk membayar yuran PIBG yang amat sedikit sekarangpun, ibu bapa sudah merungut, inikan pula membayar yuran bulanan sewaan kolam renang hotel?

3. Sekiranya tidak juga, adakah pihak Kementerian Pendidikan akan mewajibkan setiap hotel untuk membenarkan pelajar-pelajar seolah menggunakan kolam hotel untuk pengajaran pelajar-pelajar untuk berenang atas alasan CSR?

Dear Dr Maszlee, I rest my case.

Nota Kaki - Untuk perhatian, cadangan ini adalah untuk pelajar-pelajar kawasan bandar yang ada hotel 5 bintang sahaja. Bagi pelajar di kawasan pendalaman pula, pihak Kementerian akan berbincang dengan pemilik kolam ikan.


15 Adakah Kes Edi Rejang Dan DAP Satu Drama Untuk Alihkan Perhatian Isu ICERD?


Bagi yang tidak mengikuti kes Edy Rejang, kes ini berkaitan seorang anak muda Melayu yang memaki hamun seorang promoter beer di Pasaraya Giant semalam. Maafkan CTS kalau agak pesimis dalam isu ini. Apakah agak kebetulan isu Edi Rejang ini timbul ketika bantahan terhadap ICERD sedang memuncak dan DAP ambil peluang kepada kelompongan kecil ini untuk masuk sebagai hero? 

Kalau diteliti naratif skrip drama ini amat menguntungkan DAP. Apa jaminan rakaman klip video Edy Rejang mencerca promoter beer dari kaum Cina tersebut bukan satu lakonan yang dirancang oleh kumpulan Melayu liberal yang menyokong ICERD? Apakah kebetulan juga hari ini, Edy Rejang duduk di sebelah Ahli Parlimen DAP Kepong, Lim Lip Eng, sambil berkata,
Saya tidak rasis. Anak-anak saya ke sekolah Cina dan saya berkawan dengan orang Cina?
MP DAP Kepong, Lim Lip Eng buat laporan polis tentang klip video yang tular berkenaan. Ironinya, Lim Lip Eng juga yang sediakan peguam untuk Edi Rejang. Kegilaan apakah ini?



Kedua, persoalan lebih utama mengapa promosi arak dibenarkan di pasaraya Giant yang khalayaknya terdiri dari pelbagai lapisan umur dan pegangan agama? Apakah Giant sudah tidak peduli kepada sensitiviti masyarakat Islam?

Kerajaan Pakatan Harapan harus memandang berat tindakan pengeluar kilang arak yang melakukan promosi terus di tempat terbuka seperti di pasaraya. Jika iklan arak tidak dibenarkan di TV, takkan ianya boleh dilakukan secara terus walaupun di ruangan non-halal section?


Di bawah disertakan Undang-Undang Kawalan Arak Negeri Selangor. Jelas tertulis "peniaga perlu memastikan pelanggan tidak minum minuman keras di hadapan premis mereka atau di tempat terbuka". Dalam kes di atas, tester arak disediakan secara terbuka oleh promoter beer berkenaan untuk dipelawa kepada orang ramai di dalam pasaraya berkenaan.


November 20, 2018

23 Jangan Guna Emosi Isu ICERD, Kata Menteri Agama


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof Rawa menasihati pihak yang tidak bersetuju dengan kerajaan berhubung isu Penghapusan Segala Bentuk Diskrimasi Kaum (ICERD) agar tidak menggunakan emosi dalam membantah. Kata beliau,
Ini negara demokrasi. Tak semestinya bersetuju dengan kerajaan. Cuma saya nasihatkan sebagai Rakyat Malaysia, kita juga perlu menjaga sensitiviti.
Kita gunakan mesin masa untuk kembali ke masa silam. Pada masa ini Dr Mujahid sanggup tidur di kaki lima Parlimen kerana hendak menumbangkan Kerajaan pada masa itu.
Kesimpulannya, karma itu pahit.

24 Pegawai Jabatan Waytha Moorthy Sudah Masuk Islam?


Ini Jabatan Menteri Perpaduan, P Waytha Moorthy. Nama jabatan ini dinamakan Jabatan Perpaduan Negara Dan Intergriti Nasional. Jika dilihat kepada barisan pegawai dan kakitangan jabatan ini, sememangnya kelihatan sungguh perpaduan kaum di kalangan mereka.

Merujuk kepada video Waytha Moorty yang lalu, beliau mengatakan kaum India di Malaysia tertindas. Kaum India di Malaysia dipaksa memeluk Islam sebelum dibenarkan bekerja sebagai penjawat awam. 

Kita mahu tanya Menteri berkenaan, beliau dan pegawai-pegawai beliau sudah memeluk Islamkah? Kalau melihatkan direktori jabatan di atas, adakah ini satu bentuk diakriminasi dan kezaliman kepada masyarakat India?

November 19, 2018

19 Sultan Selangor Arahkan Papan Tanda Di Selangor Hanya Guna Bahasa Kebangsaan, Daulat Tuanku


Rentetan artikel CTS di sini dan isu berkenaan menjadi viral di media sosial, hari ini Baginda Sultan Selangor menetapkan bahawa semua papan tanda yang mempunyai dual bahasa di Shah Alam mesti dikeluarkan dan digantikan dengan bahasa yang hanya menampilkan Bahasa Kebangsaan.

Setiausaha Sulit Kanan kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah, Datuk Mohamad Munir Bani berkata demikian dalam satu surat kepada kerajaan Negeri Selangor yang bertarikh 19 November 2018. Surat itu menyatakan bahawa semua papan tanda bahasa Cina di Shah Alam mesti dikeluarkan dan digantikan dengan hanya satu bahasa, iaitu Bahasa Melayu. Datuk Munir berkata,
Operasi untuk mengubah papan tanda jalan mesti dilakukan dengan serta-merta dan disiapkan paling lambat sebelum Hari Keputeraan Sultan Selangor ke-73 pada 11 Disember.
Daulat Tuanku. Patik menjunjung kasih. 

November 18, 2018

28 Waytha Moorthy, Menteri PH Paling Rasis Di Malaysia



Lihatlah video di atas dan nilaikan sendiri betapa rasisnya Menteri Perpaduan, Pakatan Harapan, Waytha Moorthy,

1. Waytha Moorthy berkata sekiranya orang india ingin berkerja sebagai penjawat awam, akan dipaksa masuk islam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Amar Singh ni beragama Islam atau sikh?

Waytha sudah masuk Islam? Gobind Singh Deo sudah masuk Islam? Tommy Thomas sudah masuk Islam? Gopal Sri Ram sudah masuk Islam?

2. Waytha Moorthy mendakwa orang India beragama Hindu sudah berada di Malaysia sejak 200 tahun dulu sebagai buruh paksa. Namun, dalam masa yang sama beliau menuduh Kerajaan meronoh kuil yang berusia ribuan tahun. Persoalannya, mana datangnya ribuan tahun kalau orang India baru duduk 200 tahun.


3. Waytha Moorthy berkata Malaysia menindas masyarakat India sedangkan Rakyat Malaysia sudah dua kali melantik Perdana Menteri berketurunan dari Kerala, India.

Kesimpulannya, Tuan-Tuan dan Puan Puan, inilah orang yang berusaha keras agar ICERD diperakui dan ditandatangani.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates