November 10, 2018

23 Kerajaan PH Kaki U-Turn, Baucer Buku Pula Buat Pusingan U



Satu lagi keputusan berbalik selepas dihentam teruk oleh netizen. Ini Kerajaan banyak u-turn. Umum dulu kaji kemudian. Buat keputusan dulu kemudian pinda selepas kena hentam, kononnya Kerajaan mendengar suara Rakyat.

Kononnya tiada satu pun yang bagus dilaksanakan oleh pentadbiran Barisan Nasional sebelum ini. Namun, banyak pulak program yang diteruskan oleh pentadbiran Kerajaan semasa dengan diberikan nama-nama baru. Menciplak dan mencuri hasil orang lain menjadi tradisi Kerajaan semasa.

“Salah satu perjuangan saya", kata Dr Maszlee dengan muka tidak tahu malu. Bantuan makanan pelajar miskin, baucar buku dan pas pengangkutan awam adalah program yang memang sudah sedia ada di zaman kerajaan Barisan Nasional. Kalau hendak rebranding pun janganlah sampai hendk menipu Rakyat seolah-olah ini idea baru yang diusahakan Pakatan Harapan.

Kesimpulannya, Dr Maszlee memang layak menjadi Raja Badut. Apa kata Raja Troll Negara?


November 9, 2018

39 Adakah @GuanEngLim Cuba Menipu Atau Kelirukan #Belanjawan2019?


Kerajaan Pakatan Harapan di dalam Belanjawan 2019, mengumumkan akan wujud Skim Insurans B40 di mana syarikat Great Eastern Life Insurance Malaysia akan menyumbang RM2 bilion caruman sebagai dana permulaan. Skim insurans ini sekadar memberi perlindungan RM8 ribu untuk rawatan empat penyakit kritikal.

Tahun 2009, Kerajaan Barisan Nasional memutuskan syarikat insuran di Malaysia tidak boleh dimiliki 100% syarikat asing. Maksimum dihadkan kepada 70% sahaja. Tahun lepas, Bank Negara Malaysia (BNM) memberi amaran terakhir kepada syarikat insuran asing yang masih belum mematuhi peraturan ini.

Dalam pembentangan Belanjawan 2019, LGE ucap terima kasih kepada Great Eastern Insurance atas sumbangan RM 2 bilion itu seolah-olah sudah muktamad dan satu jasa baik dari syarikat itu. Dua hari lepas, media Singapura, The Business Times dan Insurance Business memetik Great Eastern Insurance masih mempertimbangkan untuk menyumbang dana RM 2 billion.

Great Eastern Insurance berhasrat berbuat demikian jika Kerajaan setuju beri pengecualian syarat milikan tempatan 30% bagi sesuatu syarikat insurans yang telah berkuatkuasa pada 2009. Persoalannya adalah adakah Lim Guan Eng telah berbohong atau cuba mengelirukan ahli di dalam Dewan Rakyat dan di depan jutaan Rakyat?

Ucapan rasmi untuk Belanjawaan negara pun boleh digunakan untuk mengelirukan Parlimen dengan menyebut perkara yang tidak sahih. Kita maklum bahawa manifesto bukan kitab suci. Adakah layanan yang sama diberikan kepada sebuah dokumen yang amat penting seperti Belanjawaan Negara?

Apa yang pasti, di sebalik tabir, Great Eastern Insurance sedang berbincang dengan Kerajaan Pakatan Harapan bagi mendapat pengecualian daripada syarat BNM untuk menjual kepentingan 30% kepada syarikat tempatan. Secara jelas, Great Eastern memberitahu satu kaedah untuk mendapat pengecualian ialah dengan membuat sumbangan RM2 billion ini. Nampak tak unsur "quid pro quo" di situ?

November 8, 2018

23 Penduduk Selayang Berdemo Bantah Pembinaan Pusat Penyembelihan Ayam


Hari ini, Jawatankuasa Kerja Rayuan Membatalkan Lokasi Pusat Penyembelihan Ayam (PPA) Selayang bersama 65 NGO berjaya mengumpulkan seramai 800 penduduk kawasan sekitar Selayang, Batu, Rawang, Kepong untuk berhimpun di Dataran DBKL

Mereka telah berjaya menyampaikan memorandum bantahan kepada Pengarah Perancangan Ekonomi dan Pembangunan DBKL, Azmi Abdul Hamid. 

Untuk pengetahuan, walaupun lokasi PPA ini namanya Selayang tetapi ia masih dalam sempadan Batu yang mana ini merupakan kawasan Ahli Parlimen (MP) Batu YB P. Prabakaran. 

Nampak gayanya berlaku ketidak sefahaman di atara MP-MP DAP dan PKR apabila MP Selayang  dan Kepong, William Leong dan Lim Lip Eng turun memberi sokongan kepada penduduk setempat Selayang untuk membantah projek yang dikatakan menyusahkan rakyat ini.

Rata-rata pendemo melahirkan ketidak puasan hati kenapa MP Batu, P Prabakaran masih menyokong projek PPA yang terletak di lokasi kawasan perumahan yang pesat di Kuala Lumpur.





19 Certot Demo Teksi - Dari Harimau Lapar Menjadi Kucing Siam Yang Manja

Cerita certot yang penuh tragis ini diadaptasi dari novel Sinar Harian, di sini dan di sini. Kisah menyayat hati ini bermula semalam apabila Pengarah Big Blue Taxi Facilities, Datuk Shamsubahrin Ismail mmembuat kenyataan bahawa pemandu teksi akan mengadakan perhimpunan aman di Kementerian Kewangan, hari ini.


Pagi tadi, seawal jam 8.30 pagi, kumpulan petugas media sudah mula berkumpul untuk membuat liputan bagaimanapun tiada kelibat pemandu teksi meskipun perhimpunan dijadual bermula jam 9 pagi. Kira-kira jam 10.30 pagi, Shamsubahrin Ismail kelihatan di lobi kementerian berkenaan.

Kehadiran pemandu teksi yang kononnya ingin berdemo disambut wakil kementerian namun ditengking Shamsubahrin kerana niatnya ingin mengadakan pertemuan empat mata dengan  Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Kata beliau,
Kami tak mahu jumpa dengan setiausaha politik, wakil. Boleh suruh setiausaha politik letak jawatan. Kalau nak bincang bawa semua masuk sekali, bawa media.
Beliau bersama dua lagi wakil pemandu teksi bertemu dengan seorang pegawai wakil daripada pejabat menteri kemudiannya di bawa ke sebuah bilik berlokasi di kafe kementerian berkenaan untuk sesi perbincangan.

Selepas itu, apa yang terjadi?


Selepas perjumpaan di kafe, Shamsulbahrin mengeluarkan kenyataan,
Saya tak cakap Dr Mahathir salah dalam mengatasi masalah industri teksi, beliau tidak salah. Yang salah ialah SPAD sebab lepas PH ambil alih SPAD tidak telus bagi nasihat isu sebenar yang berlaku dalam industri teksi ia diputar belitkan.
Jadi dalam krisis ini Dr Mahathir tak salah, Anthony tak salah tapi Anthony mesti bijak berbanding menteri pengangkutan MCA sebelum ini. DAP sudah pilih beliau ganti  MCA untuk uruskan kementerian pengangkutan, jangan buat kami kecewa.
Kesimpulan certot, hahahahahahaha. 

16 Kerajaan @chedetofficial U-Turn Lagi, Kali Ini ECRL Ganti LANDASAN KERETAPI



Berkatalah Penasihat Ekonomi Kerajaan, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram, suatu masa dulu, Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang menghubungkan Pelabuhan Klang dengan bandar-bandar utama di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dilihat sebagai satu projek yang tidak munasabah. Baca di sini.

Semalam, Perdana Menteri berkata, Malaysia perlu guna landasan keretapi seperti yang dilakukan Jepun untuk angkut kontena dan item besar. Kita maafkan warga platinum yang mungkin terlupa bahawa fungsi utama ECRL selain dari laluan keretapi laju, ECRL juga akan digunakan untuk pengangkutan kontena dan item besar dari Pantai Timur sehingga Pelabuhan Klang.

Satu lagi u-turn daripada Kerajaan Pakatan Harapan? Salah DS Najib Tun Razak mungkin kerana menamakan projek berkenaan sebagai ECRL dan bukannya LANDASAN KERETAPI.

November 7, 2018

41 Zaman Kerajaan PH, Kasut Emas Pun Bertukar Jadi Kasut Orang Kenit


Dua hari lepas berlangsungnya Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2018 ataupun ABK18 bagi menghargai para pemain dan jurulatih. Satu perkara yang menarik perhatian adalah rekaan Anugerah Kasut Emas itu yang menjadi perhatian.

Untuk anugerah pada tahun ini, kategori pemain import dimenangi oleh Rufino Segovia (Selangor).


Manakala untuk kategori pemain tempatan dimenang oleh Shafiq Shaharudin (Kelantan).


Mungkin pada zaman pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan, semua benda hendak berjimat, maka anugerah Kasut Emas bertukar menjadi Anugerah Kasut Orang Kenit. Warnanya juga bertukar dari emas kepada kristal. 

Kasut Emas yang diterima oleh Rufino Segovia bakal diposkan ke luar negara kerana pemain berkenaan seang bercuti. Pastinya kos penghantaran akan menjadi lebih murah dan senang untuk dijaga.

Di bawah adalah Kasut Emas yang diterima pemain pada tahun 2017.

November 6, 2018

46 Alahai Dr @Maszlee, Pernah Dengar Tak Rancangan Makanan Tambahan?


Agak dangkal dan memalukan apabila Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik membuat kenyataan  bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengkaji untuk menyediakan skim sarapan percuma berkhasiat untuk anak-anak dari keluarga B40.

Sama ada Dr Maszlee bodoh atau membuat kenyataan tanpa rujukan, Rancangan Makanan Tambahan (RMT) sudah lama dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia semasa pentadbiran Barisan Nasional.

Tahukah kamu wahai Pak Menteri Pendidikan, sejak kamu berusia 5 tahun (Menteri Pendidikan lahir pada tahun 1974), Kerajaan Barisan Nasional telah menyediakan makanan percuma kepada pelajar-pelajar  luar bandar dan juga mereka yang datang dari keluarga yang berpendapatan rendah yang dikenali sebagai Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Kita tidak perlu Kerajaan Pakatan Harapan yang kerja mereka tidak lain dan tidak bukan hanya sibuk membuat kajian. Persoalan penting adalah berapa bajet diperuntukkan untuk RMT dalam Belanjawan 2019? Kalau bajet 2019 pun dikurangkan dari tahun 2018, tak guna pun nak kaji-kaji pada masa ini.


Dulu Putera Mahkota Jepun datang melawat Malaysia, mereka kagum dengan program Permata Pintar. Jepun siap hantar 100 pelajar untuk ikuti program Permata Pintar.

Menteri Kasut Hitam patut belajar dari program Permata Pintar. jangan bazir duit rakyat pergi Jepun sekadar hendak dapat idea sarapan pagi percuma untuk pelajar sekolah.

17 Watak-Watak Filem P Ramlee Menjelma Dalam Barisan Kabinet Pakatan Harapan


Allahyarham Tan Sri P Ramlee adalah seorang seniman yang teramat bijak, melangkaui zaman di mana beliau hidup. Watak-watak di dalam filem-filem beliau sentiasa segar dan terkesan dengan watak-watak yang masih hidup di zaman moden ini. 

Kadang kala kita dapat melihat watak Menteri-Menteri Pakatan Harapan menjelma kembali andai diambil contoh filem Allahyarham Tan Sri P Ramlee seperti berikut:

1. Mujahid Yusuf Rawa

Menteri Nikah Kawin dalam filem Musang Berjanggut.
Alasan - Suka hati beliau hendak keluar apa-apa fatwa.

2. Mat Sabu

Sultan Alam Syahbana dalam fiem Nujum Pak Belalang.
Alasan - Gadai maruah negara hanya kerana teka teki.

3. Syed Saddiq

Pak Maun dalam filem Nasib DoReMi.
Alasan - Tidak tahu apa fungsi beliau tetapi sibuk hendak bersukaria sahaja.

4. Dr Mazlee Malik

Datuk Pujangga dalam filem Musang Berjanggut
Alasan - konon nak suruh orang nampak beliau berpelajaran tetapi sengal nak mampus.

5. Lim Guan Eng 

Ketua Penyamun dalam filem Ali Baba Bujang Lapuk
Alasan - Ketua penyamun yang berlakon berlagak suci.

8. Salehuddin Ayub

Datuk Bentara Mangku Bumi dalam filem Musang Berjanggut
Alasan - Tidak tahu apa benda pun tapi berlagak pandai.

Watak-watak yang lain pembaca CTS boleh letak dalam ruangan komen. Terima kasih.

November 5, 2018

66 Kenapa Susahnya Kerajaan PH Hendak Tangkap Jho Low?



Rakyat Malaysia merasa kecewa dengan Kerajaan Pakatan Harapan yang sehingga kini masih gagal menangkap Jho Low yang dikatakan penyamun wang negara. Kenapa di zaman Pakatan Harapan memerintah, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang terkenal di seluruh dunia dengan kecekapan membanteras jenayah telah hilang bisa. PDRM dilihat gagal untuk mendapatkan kerjasama dengan polis antarabangsa (Interpol) untuk menjejaki Jho Low.

Atau apakah Kerajaan Pakatan Harapan cuba untuk mewujudkan drama ini sehingga Pilihan Raya Umum ke 15? Ya lah, sekiranya Jho Low ditangkap, pastinya semua drama akan berakhir, bukan? Berikut adalah kenyataan media yang dikeluarkan Kerajaan Pakatan Harapan yang boleh menimbulkan tanda tanya, apakah Kerajaan Pakatan Harapan serius untuk menangkap Jho Low atau semua ini hanyalah opera Cina?

Jho Low kini sembunyi macam tikus - Tun M (3 November 2018) - Mstar

KDN dapat maklumat terkini lokasi Jho Low (30 Oktober 2018) - Astro Awani

Polis tahu lokasi Jho Low (13 September 2018) - Sinar Harian

Laporan: China tahu lokasi Jho Low, tetapi beliau bukan 'percuma' untuk Malaysia (17 Ogos 2018) - Free Malaysia Today

Siasatan 1MDB, Lokasi Terkini Jho Low Di Macau (5 Julai 2018) - Malaysiakini

Kerajaan 'tahu' lokasi Jho Low - PM (15 Mei 2018) - Harian Metro

Kesimpulannya, tidak logik pihak PDRM tidak dapat menjejaki Jho Low. Sedangkan lelaki yang tinggalkan puntung rokok diburu polis.

4 Pantun Dipandang Remeh Di Majlis Angkatan Tentera Malaysia (ATM)?

Semalam, tular di media-media sosial satu pekeliling yang menghentikan penggunaan pantun di setiap majlis rasmi ketenteraan.


Apabila perkara ini menjadi tular dan mendapat kritikan dan troll daripada netizen, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah u-turn dan membuat Siaran Akhbar bagi meredakan isu berkenaan. ATM mengeluarkan kenyataan penggunaan pantun tidak dibenarkan di majlis-majlis yang melibatkan YDP Agong, Raja-Raja dan Pembesar Negeri, acara perbarisan dan acara rasmi.


Persoalannya, sejak bila pula pantun hanya untuk tujuan berseronok dan tidak sesuai untuk majlis bersama YDP Agong? Sejak bila pula pantun tidak sesuai untuk majlis bersifat regimental? Sejak bila pula pantun ini tiada kelas? 61 tahun merdeka, tiada sesiapa pun yang pernah mempertikaikan bahasa Melayu berseni melalui pantun. Hanya selepas ATM bermenterikan AMANAH dan DAP, maka pantun dianggap picisan?

November 4, 2018

65 Demi Sebuah Gambar Ayat Al Quran, Cukup Bagi Macai Tomato Menjilat @guanenglim


Ramai macai-macai Tomato PH yang memuji Lim Guan Eng kerana mempamirkan ayat Al Quran di pejabat beliau. Ada yang mengatakan Lim Guan Eng lebih suci dari Menteri Kewangan sebelum ini.

Untuk pengetahuan macai-macai Tomato PH, ayat Al Quran ini telah lama dipamerkan di pejabat Kementerian Kewangan semenjak DS Najib Tun Razak menjadi Menteri Keuwangan lagi. Agak-agak lah macai kalau hendak  menjilat pun.


Mari kita lihat bagaimana sayangnya Lim Guan Eng dengan Islam dalam pembentangan Belanjwan 2919:

SRK + SMK = 9,000 buah 
Bajet : RM250j.
1 sekolah RM27,777.80 setahun

SJK (C) = 1,298 buah
Bajet : RM50j
1 sekolah RM38,520.90 setahun

SJK (T) = 532 buah
Bajet : RM50j
1 sekolah RM93,984.90 setahun

SM Persendirian (C) = 60
Bajet : RM12 juta 
1 sekolah RM200,000.00 setahun

Kesimpulan, SM Persendirian milik kaum Cina yang paling beruntung. Pandai Lim Guan Eng menguruskan perbelanjaan.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates