November 3, 2018

14 Lim Guan Eng Buat Magik, Tiada Bonus Untuk Kakitangan Awam Pada Tahun 2019



Dalam pembentangan Belanjawan 2019, Kerajaan Pakatan Harapan telah mengumumkan bonus khas RM500 kepada penjawat awam gred 54 ke bawah dan RM250 kepada pesara. Jumlah peruntukan keseluruhan adalah RM1 billion. Namun ia akan diberikan tahun ini. Kenapa?

Sebenarnya Menteri Kewangan, Lim Guan Eng membuat silap mata. Guan Eng menggunakan RM1 bilion dari peruntukan RM1.46 billion yang Kerajaan Barisan Nasional umumkan dalam Bajet 2018 yang lepas. 

Sebab itulah bonus tersebut akan dibayar pada tahun 2018, dan bukannya pada 2019. Taktik yang sama pernah digunakan oleh DS Azmin Ali apabila beliau umumkan bonus 3 bulan gaji penjawat awam di Selangor dulu.

15 Zaman Malaysia Baharu, Ikon Gay Menari Di Pavillion



Sinon Loresca icon gay tersohor datang Malaysia siap buat pertunjukan di Pavilion. Mana pihak berkuasa Agama? Video Sinon Loresca diambil di Pavilion Kuala Lumpur.

Budaya LGBT makin berani dan kini King Of Cat Walk daripada luar negara boleh datang ke Malaysia membuat persembahan secara terbuka. Apa nak buat. Kerajaan Malaysia Baharu sokong. Semoga kita semua pdijauhkan bala.




November 2, 2018

83 #Bajet2019 - Kereta Orang Kaya Layak Subsidi Minyak Bersasar



Agak pelik di dalam Belanjawan 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang pelat Linggit Malaysia mengumumkan subsidi minyak bersasar berdasarkan kepada kapasiti enjin.

Subsidi minyak dalam Belanjawan 2019 hanya akan dinikmati oleh golongan pemilik kereta yang berkapasiti enjin 1,500cc ke bawah dan motorsikal berkapasiti 125cc ke bawah sahaja.

Kalau melihatkan kereta Proton sahaja, banyak jenis yang melebihi 1,500cc yang bakal tidak dapat subsidi minyak, seperti Exora, Preve, Suprima, Persona, Iriz malah Saga baru juga ada yang mempunyai kapasiti 1,600cc.

Adakah pemilik kereta Proton di atas golongan kaya? Bagaimana dengan BMW 3 series, Audi A4, Mercedes Benz yang mempunyai kapasiti enjin 150cc dan ke bawah. Golongan ini miskinkah? 

Bandingkan harga Honda Civic 1.5 dan Proton Waja 1.6 di bawah. Golongan mana layak mendapat subsidi dan golongan mana yang dinafikan hak menerima subsidi. Adilkah Kerajaan PH?



Berikut adalah antara kereta orang berada yang layak menikmati subsidi minyak bersasar:

BMW i8 (1.5)
Mercerdes Benz Avantgarde (1.5)
Volkswagen Golf (1.5)
Mini Cooper Countrymen (1.5)
Mini Cooper Clubman ( 1.5)
Mazda MX-5 (1.5)
BMW 318i (1.5)
BMW 118i MSport (1.5)
Honda CRV 2WD (1.5)
Ford Focus sedan (1.5)
Honda Civic 2018 Premium(1.5)
Toyota Sienta (1.5)
Toyota Rush (1.5)
Audi A4 (1.4)
Audi Q3 (1.4)
Volkswagen Tiguan (1.4)
Mazda RX-8 (1.3)
Mercedes Benz A200 (1.3)
Volkswagen Beetle (1.2)
Renault Cleo (1.2)
Renault Captur (1.2)
Peugot Puretech (1.2)

Kesimpulannya, subsidi petrol 30 sen per liter terhad 100 liter sebulan kepada kereta 1.5cc ke bawah bukan subsidi bersasar tetapi subsidi tersasar. 

Subsidi bersasar sepatutnya ikut pendapatan, Kerajaan PH bagi subsidi ikutkapasiti enjin kereta. Ini subsidi bersasar atau tersasar?

38 Tahniah Darrell Leiking! Anda Termasuk Dalam Menteri Pelawak



Darrell Leiking kini tersenarai sebagai Menteri Kerajaan Pakatan Harapan kategori Pelawak apabila Menteri Perdagangan Antarabangsa itu mendakwa peningkatan ranking Malaysia ke tangga 15 dalam senarai Bank Dunia "Easy Doing Business 2019" adalah hasil usaha Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan beliau sendiri dalam membuat pelbagai pembaharuan polisi.

Namun dalam laporan Bank Dunia tersebut jelas menyatakan senarai ini adalah hasil kajian dari 2 Jun 2017 - 1 Mei 2018 (lihat screen shot di bawah). Ingin kita bertanya kepada Menteri berkenaaan, setakat tempoh berakhir 1 Mei 2018, Kerajaan mana yang memerintah? Sekali lagi pepatah baru, seladang punya peluh, lembu dapat piala, terpakai.

Kedua, kajian ini hanya mengenai kemudahan melakukan perniagaan. Data ini hanya untuk menarik pelabur bukannya cerminan kekuatan ekonomi sesebuah negara. Persoalannya, apa kena mengena dengan menjadi Harimau Ekonomi Asia?


10 Pendapatan Peneroka FELDA Sekarang Setaraf Pendapatan Menteri, Alhamdulillah




Motif Menteri Industri Utama, Teresa Kok membuat kenyataan mengejutkan dalam Dewan Rakyat tiga hari lalu bahawa  hasil kelapa sawit boleh mencapai antara 12 hingga 15 tan seekar, terbongkar. Rupanya Menteri berkenaan hendak beritahu bahawa pendapatan Menteri lebih sedikit atau hampir sama dengan apa yang diperolehi peneroka FELDA setiap bulan.

Semalam disiarkan laporan pengisytiharan pendapatan bulanan penjawat tertinggi Kerajaan Pakatan Harapan (PH) kepada SPRM bermula dari Perdana Menteri hinggalah Ketua Menteri. Teresa mengisytiharkan pendapatannya adalah RM68,142 sebulan.

Berdasarkan pengiraan Teresa bahawa hasil maksima kelapa sawit adalah 15 tan seekar, bermakna pendapatan peneroka FELDA dan pekebun kecil yang mempunyai tanah seluas 10 ekar adalah sebanyak RM62,700 sebulan. Kurang lebih sama dengan gaji beliau.

Jika diambil pula kiraan minima 12 tan seekar, pendapatan peneroka FELDA adalah sebanyak RM50,160 sebulan, atau kurang lebih sama dengan pendapatan seorang lagi Menteri PH yang bijak pandai, Syed Saddiq yang memperoleh RM50,253 sebulan.

Perkiraan ini diambil dari harga semasa buah sawit di kilang FELDA iaitu RM418 se tan mengikut OER sekitar 19 peratus. Oleh itu, para peneroka FELDA bolehlah berbangga kerana sejak Kerajaan PH memerintah, hidup mereka sudah setaraf Menteri. Semoga terus barakah di bawah Kerajaan yang membawa barakah.

November 1, 2018

32 Gaji Menteri Kewangan @guanenglim RM1.04 Juta Setahun!!!!



Dengan kualiti Menteri Kewangan yang kita ada, pendapatan Lim Guan Eng adalah yang paling tinggi dalam Parlimen Malaysia. Mengalahkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir. Gila. Sebelum ini, Menteri Kewangan dengan penuh tidak beretika mendedahkan bahawa gaji bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan selama 7 1/2 tahun berjumlah RM2.94 juta.

Hari ini, kita dimaklumkan bahawa gaji dan pendapatan Menteri Kewangan Lim Guan Eng ialah RM86,464 sebulan. RM86,464 x 12 bulan = RM1.04 juta setahun. 5 tahun perkhidmatan beliau sepengggal menjadikan jumlah pendapatan beliau sebanyak RM5.19 juta!!!!

Lim Guan Eng buat hal tentang gaji penjawat awam tertinggi yang telah berkhidmat berpuluh tahun untuk kerajaan. Kini, siapa pula mahu buat hal tentang gaji Menteri Kewangan Hong Kong yang salah titik perpuluhan dan sering membuat kenyataan bodoh?


Nota Kaki - Wahai SPRM, ini Portal Pengisytiharan Harta atau Pengisytiharan Pendapatan? Nama tajuk portal gempak gila. Isi hampeh. Setakat hendak tipu budak-budak WeChat Tomato bolehlah.

21 Menteri Belia Dan Sukaneka Beretorik Lagi, Lain Di Mulut Lain Yang Dibuat


Bijak berpidato tidak semestinya mempunyai akal fikiran yang bijak. Menteri Belia Dan Sukaneka sekali lagi menunjukkan ketidak matangan beliau di dalam mengeluarkan kenyataan sebagai seorang Menteri.

Di dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ke-11 di Parlimen, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata ahli politik tidak boleh memegang jawatan dalam pertubuhan sukan, untuk mengelakkan gangguan politik yang boleh menjejaskan pertumbuhan sukan dan atlet.

Pelik bin ajaib. Kita minta penjelasan Menteri berkenaan, kenapa ahli-ahli politik di bawah masih memegang pertubuhan bola sepak negeri? Kenapa cakap tidak serupa bikin?

1. Melaka FA : Adly Zahri (ADUN Bukit Katil)
2. Perak FA : Hasnul Zulkarnain (ADUN Titi Serong)
3. Kedah FA: Mukhriz Mahathir(ADUN Jitra)
4. Pulau Pinang FA: Dr Amar Pritpal Abdullah (ADUN Sungai Bakap)
5. Terengganu FA : Dr Amar Samsuri (ADUN Rhu Rendang).

October 31, 2018

8 Van Jenazah Pun Van Jenazahlah Hannah Yeoh, Asal Jangan Terbulu-Bulu



Di manalah Menteri Cina ni belajar Bahasa Malaysia dulu? Untuk pengetahuan Hannah Yeoh, Gambar di atas diberi nama keranda. Bukan van. Van berbentuk seperti kereta MPV atau SUV, ada empat tayar, ada pemandu. Gagal sungguh Menteri Pakatan Harapan menguasai Bahasa Malaysia yang mudah.

Menteri Hannah Yeoh mengulas mengenai perhimpunan di Parlimen pagi tadi. Pelbagai NGO berhimpun di hadapan bangunan Parlimen bagi membantah ICERD yang dibimbangi akan menghapuskan kuasa Raja-Raja, hak Melayu dan Islam. Rise, Ini Kalilah Part II. Kerajaan PH pasti akan menyaksikan kebangkitan Rakyat kalau mereka tidak berhati-hati dengan isu ini.

23 Khidmat Hantar Gas Masak Meningkat, Kos Jualan Makanan Dan Minuman Pasti Ikut Meningkat

Harga gas memasak yang dikawal oleh kerajaan adalah RM22.80 untuk 12kg dan RM26.60 untuk 14kg.

Jika kita menggunakan khidmat hantar ke rumah, gas memasak Petronas adalah RM31.00 untuk 12kg dan RM35.00 untuk 14kg.

Besar perbezaan tersebut. Sementera itu, Menteri yang berkenaan masih sedang mengkaji dan sedang meneliti. Yang lawaknya, baru nak teliti selepas pengumuman dibuat. Haa tepuk!!!



Nota Kaki - Roti jenama kegemaran CTS, Gardenia juga telah mengumumkan kenaikan harga produk keluaran mereka. Seperti kata macai-macai Tomato, "rindu zaman Tun". Haa tepuk!!!

8 Bebas Dari Rasuah Atau Bebas Melakukan Rasuah Tun?


Terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri bahawa tiada laporan salah laku politik wang dan rasuah melibatkan mana-mana pegawai di bawah pentadbiran Kerajaan PH. Dalam umur mencecah 93 tahun, kita faham warga platinum mudah lupa. Kita senaraikan 3 keratan akhbar kes di bawah bagi membuktikan kenyataan Perdana Menteri tidak tepat.




Kita tidak pasti yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri, Kerajaan PH bebas dari rasuah atau bebas melakukan rasuah? Ini memandangkan sejak Malaysia Baharu ditubuhkan, ramai pemimpin Pakatan Harapan yang dilepaskan oleh Mahkamah dari pertuduhan rasuah oleh Peguam Negara. Nama-nama seperti Ketua Menteri Sabah DS Shafie Afdal dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng adalah contoh terbaik yang boleh diberikan.

October 30, 2018

23 Apabila Yang Berhormat Terlebih Gedik Meraikan Kemenangan Piala Malaysia



Bagai kera mendapat bunga. Begitulah keadaannya apabila Wakil Rakyat baru mendapat kuasa. Piala Malaysia dibuatnya seperti Mak Bapak beliau yang punya. Pemain yang penat dan bersusah payah, beliau pula yang lebih-lebih. 

Exco Perak, Hasnul Zulkarnain bersantai bergambar bersama Piala Malaysia yang dimenangi Pasukan Perak menentang Terengganu Sabtu lalu.

Kemenangan perit jerih dan penuh liku serta dramatik itu diabadikan Exco Perak ini secara santai dan sangat bersahaja bilamana piala berkenaann diletakkan di celah antara kakinya dan atas meja ketika anak-anak beliau menikmati makanan di meja makan.

Kesian dengan penyokong-penyokong Seladang yang betul-betul hardcore. Bukan setakat dari awal musim, malah dari musim-musim sebelum ini, sepatutnya merekalah yang diraikan bersama-sama pemain-pemain.

Yang Berhormat duduk di belakang tabir sudahlah. Gila orang ada bermacam-macam. Dilaporkan beratus ribu melambai tangan kepada Yang Berhormat berkenaan. Seperti kata P Ramlee, siapa yang tidak nampak alamat pendek umur.

Apa kata fan club?


5 Rina ... Rina ... Katanya Tiada Lantikan Politik. Ini Apa?

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd Harun berkata, pelantikan pengerusi dan ahli Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang baharu dibuat berdasarkan merit dan profesionalisme individu terbabit dan bukan terdiri daripada kroni mana-mana pemimpin negara. Beliau berkata, baca di sini,
Tiada, bukan lantikan Tun. Biasalah kalau lantik orang politik, ada cakap ini lantikan politik, apabila lantik golongan profesional, ada juga cakap.
Tiada lantikan politik Rina? Tiada kroni? Ini siapa dan apa?



18 Giliran Dr Maszlee Berlumba Menunjukkan Kebodohan Selepas Syed Saddiq Dan Dr Mujahid


Geram kerana dirinya mula dilupakan berbanding Bro Syed Saddiq dan Dr Muhajid Yusuf oleh netizen, maka Dr Maszlee Malek a.k.a Menteri Certot a.k.a Menteri Kasut Hitam memuat naik status yang lebih berani sebentar tadi. Keberanian beliau kali ini melebihi pasukan penyiasat, Peguam Negara dan Hakim di Malaysia.

Pertama, RM42B dan RM2.6B bukan wang dari kantung negara. RM42 bilion merupakan hutang 1MDB suatu masa dulu. Ia terhasil melalui pinjaman dan penjualan bon yang bersandarkan pembelian aset dan pembangunan hartanah.

Kedua apa perkiraan Maszlee bahawa RM42 bilion tersebut boleh memberi pendidikan percuma kepada anak kita dari tadika sehingga universiti selama 4 tahun? Bajet Pendidikan Negara 2018 hampir RM60 bilion masih gagal memberi pendidikan percuma beserta makanan dan pengangkutan selama setahun. 

Ketiga, ketika Maszlee menawarkan pendidikan percuma dan negara tanpa tol sebelum Pilihan Raya ke 4 (PRU14), Pakatan Harapan telah berkempen ke seluruh negara mendakwa negara mempunyai hutang RM1 trilion dan sebanyak RM42 bilion wang 1MDB telah lesap. 

Jadi mengapa disalahkan isu hutang negara RM1 trilion dan RM42 bilion wang 1MDB bila gagal melaksanakan pendidikan percuma dan lebuh raya tanpa tol?

Kesimpulannya, jika Dr Mujahid berkata, "ramai GAY tapi tidak semua terlibat dengan hubungan songsang", CTS kata, "tak semua babi tu babi. Ada siput babi, ada kutu babi dan ada menteri babi".

I rest my case.

October 29, 2018

13 Menteri Pendidikan Sudah Pandai Jadi Burung Kakak Tua



Hari ini apabila Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, pendidikan di Malaysia hampir percuma, beliau sekadar menjadi seekor burung kakak tua yang bodoh yang sekadar mengulangi cakap orang.

Beliau berkata pendidikan di Malaysia hampir percuma dengan sedikit bayaran bagi pengajian tinggi. Pendidikan sekolah rendah dan menegah katanya diberi percuma oleh Kerajaan dan pelajar hanya membayar sebanyak 10% daripada kos operasi bagi universiti awam.

Apakah kami tidak tahu Maszlee?

Kalau kamu bodoh dan penipu, jangan heret kami sama menjadi munafik!

Ironinya, perkara ini telah lama diterangkan oleh Mantan Perdana Memteri, DS Najib Tun Razak dan Mantan Menteri Pengajian Tinggi, DS Idris Jusuh. 

DS Idris Jusih berkata dua tahun yang lalu, baca di siniKos pendidikan di Malaysia hampir percuma berikutan usaha kerajaan memberikan pelbagai bantuan kepada para pelajar.

Beliau berkata, yuran pengajian di negara ini juga masih murah berbanding dengan universiti di negara lain.

Kesimpulannya, kenapa perlu kita tukar Kerajaan sekiranya Kerajaan Malaysia Baharu ini hanya mengiyakan kejayaan yang dibuat oleh Kerajaan terdahulu. Lebih buruk lagi Menteri-Memteri Kerjaan Baharu bodoh dan menjadi burung kakak tua.



10 Kenapa Menteri Agama Asyik Bercakap Mengenai LGBT?

Mungkin cemburu dengan publisiti meluas yang diterima oleh Syed Saddiq sejak 2 hari lepas, maka petang tadi Dr Mujahid Yusof Rawa membuat suatu kenyataan berani di bawah:

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri saya ulang Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata rekod JAKIM mempunyai pelbagai kategori termasuk kelompok yang tidak melakukan perbuatan songsang. Kata beliau, baca di sini,
Bilangan itu kena huraikan lagi. Ada mereka yang ada keinginan tetapi tidak semestinya mereka buat. Kita jangan ambil secara pukul rata dengan kata semuanya buat salah. Ada yang mempunyai keinginan jadi kita tangani dari awal. Ada yang terlibat, sedar ia tidak betul dan balik semula.
Definisi GAY adalah lelaki yang beminat dengan lelaki dan melakukan hubungan seks sejenis. Kalau lelaki tidak melakukan hubungan sejenis dengan lelaki, kenapa digelar GAY? Bagaimana Menteri Agama boleh mentafsirkan bukan semua GAY terlibat hubungan songsang?

Ianya mungkin tidak sama dengan definisi pondan atau maknyah. Golongan ini adalah seseorang lelaki yang mengubah fizikal dari lelaki kepada perempuan dan mungkin golongan ini tidak terlibat dengan hubungan seks sama ada lelaki atau perempuan.

Menteri Agama tidak ada perkara lain nak masuk berita kecuali LGBT? Apakah tidak ada perkara lain yang perlu Umat Islam fikirkan selain daripada golongan LGBT ini?

19 Pengalaman Kerja Syed Saddiq Sebelum Menjawat Jawatan Menteri



Berang dengan kecaman dan troll daripada netizen yang mempertikaikan pengalaman kerja beliau, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia Dan Sukaneka, tampil dengan tulisan panjang mengenai pengalan kerja beliau sebelum bergelar sebagai Menteri.

Berdasarkan tulisan beliau di laman sosial Facebook antara pekerjaan beliau adalah, pengajar kelas tuisyen, cashier, jurujual komputer, pengajar kumpulan debat dan pegawai penyelidik. Oleh itu, bagi pelajar-pelajar sekolah yang bercita-cita untuk menjadi Menteri, sila dapatkan pengalaman-pengalaman kerja di atas semasa anda masih muda. Harap maklum.

Nota Kaki: Apapun, gambar di bawah sangat cute.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates