September 29, 2018

47 Pengerusi MARA Yang Baru Merupakan Anak Saudara Perdana Menteri?


Adakah benar Pengerusi MARA yang baru dikatakan adalah anak saudara Tun Siti Hasmah Mohamad Ali? Kalau betul pun apa yang pelik? Biasa lah tu. Takkan beliau hendak lantik anak saudara orang?

Tiada istilah kronisme dan nepotism di sini memandangkan perlantikan Dr Hasnita dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri dan Perdana Menteri pastinya tidak tahu menahu mengenai perlantikan ini.

19 Rombongan Ke PPB Atau Rombongan 'Family' Ke PBB?




Perwakilan Malaysia di Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Tidak pernah dibuat orang cucu dan cucu saudara diangkut bersama menyertai persidangan dunia ini. Adalah diharapkan wang Rakyat tidak digunakan untuk membawa rombongan ini.

Apabila DS Najib Tun Razak bawa isteri beliau bila ada lawatan atau program luar negara, satu Malaysia termasuklah atuk dan bapa mereka memekak kononnya membazirkan wang negara.

Apabila kena dekat Perdana Memteri sekarang , boleh pula beliau angkut cucu dan cucu saudara? Lintang pukang cytro tomato mencari alasan kononnya kehadiran mereka dalam program dunia adalah untuk pelaburan dan pendapatan negara, kononnya.

September 28, 2018

48 ADUN Melaka Bagi Ceramah Motivasi Ajar Pelajar Maki Ibu Bapa Dalam Hati



Tular di media-media sosial hari ini ADUN Telok Mas, Melaka merangkap EXCO Pendidikan Sains & Teknologi,  Noor Affendi Ahmad, di dalam video di bawah mengajarkan anak-anak pelajar supaya tidak berakhlak terhadap ibu bapa. Memalukan orang Melaka sahaja.

Video berdurasi 1 minit berkenaan memaparkan ADUN berkenaan sedang memberikan ceramah motivasi dan dipetik berkata,
Marah Cikgu, Marah Mak cakap Mak bodoh dalam hati tak berdosa tau! 
Kita minta pihak yang berkenaan tolong tegur YB berkenaan agar jangan mengajar anak-anak murid untuk berkata 'bodoh' kepada orang tua dan cikgu-cikgu mereka meskipun dalam hati. Adalah dikhuatiri akan hilang rasa hormat mereka pada yang melahirkan, membesarkan dan mendidik mereka.

Kesimpulannya, kalau ikut teori ADUN berkenaan, saya berkata dalam hati (tanpa berdosa), "bodoh baghal lembu punya ADUN".

September 27, 2018

40 Kenapa Baru Sekarang @SyedSaddiq Pertikaikan Gaji Bekas Penolong Jurulatih Bayern Munich?


Bab gaji merupakan perkara sensitif yang tidak perlu dibincangkan di khalayak ramai. Perkara-perkara yang sudah termaktub dalam kontrak tidak perlu dipertikaikan. Tidak setuju tidak mengapa namun tidak perlu dihebahkan. Batalkan kontrak dan bayar pampasan.

Apabila jurulatih dibawa dari kelab Eropah yang terkenal seperti Bayern Munich,  logiknya pasti ganjaran mestilah lebih dan berbaloi. Menteri Belia & Sukaneka ini perlu banyak belajar lagi. Hebat pidato tidak membawa makna hebat juga akal fikirannya.

Perancis juga ada program macam NFDP. Menyeluruh dan mengumpul pemain elit untuk dibangunkan. Program dimulakan pada tahun 1988. Perancis hanya menang Piala Dunia 10 tahun kemudian pada tahun 1998. Malaysia? Baru 4 tahun sudah mencari kambing hitam untuk dikorbankan.

Baca apa yang diluahkan oleh pemain antarabangsa Jerman, Thomas Muller. Beliau menyifatkan Lim Tiong Kim sebagai seorang yang meningkatkan karier beliau dalam sukan bola sepak. Siapa Syed Saddiq untuk berkata sebaliknya?

54 UMNO Cuma Boikot PRK Port Dickson, BERSATU Bubar Terus!


Presiden BERSATU, TS Muhyiddin Yassin telah membubarkan seluruh kepimpinan negeri dan bahagian BERSATU Negeri Sembilan dua hari sebelum Hari Penamaan Calon di Port Dickson. Dengan pembubaran itu, tiada BERSATU di Negeri Sembilan untuk membantu Anwar Ibrahim berkempen melawan PAS, PRM dan beberapa calon Bebas.

Bijak tindakan TS Muhyiddin. Tidaklah nampak sangat BERSATU telah mensabotaj Anwar Ibrahim di Port Dickson nanti. Kepimpinan parti pun tidak ada, bagaimana hendak sabotaj calon bukan? Baru beberapa hari saja TS Rais Yatim dilantik sebagai pengerusi BERSATU Negeri Sembilan, tiba-tiba BERSATU Negeri Sembilan dibubarkan. Pelik tapi benar. Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Moham,ad yang kini berada di New York pasti terkejut besar dan tidak tahu menahu mengenai perkara ini.

BERSATU Negeri Sembilan sudah lama dikuburkan sebenarnya. Kesian Anwar Ibrahim. Baru berangan-angan hendak menjadi Perdana Menteri, sudah kena sabotaj dengan geng sendiri. Nampak gayanya langkah Port Dickson makin seronok dan menarik kita tengok selepas ini.

Kesimpulannya, dulu BERSATU kini BERSURAI.

23 Malaysia Berdepan Dengan Status Muflis Dan Perdana Menteri Dan Rombongan Tinggal Di The Plaza Hotel


Ketika berucap pada sesi ‘Dialog Bersama Tun M’ yang diadakan di London, anjuran Kelab Bunga Raya, Ahad lepas, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata hutang negara yang hampir mencecah RM1 trilion ringgit itu perlu segera dilangsaikan atau rakyat akan berdepan kesukaran. Perdana Menteri berkata, Hutang negara perlu dilangsaikan atau Malaysia bakal berhadapan status muflis.

Ironinya ketika di New York, Amerika Syarikat, Perdana Menteri dan rombongan tinggal di The Plaza Hotel. The Plaza Hotel, New York adalah sebuah hotel yang paling ikonik di dunia sejak 1907. Terletak di antara penjuru Fifth Avenue dan Central Park menjadikan Plaza Hotel sebagai hotel yang menawarkan penginapan termahal di New York. 

Harga bilik penginapan paling biasa adalah lebih kurang RM4,000 hingga RM12,000 semalam manakala Suites untuk pemimpin-pemimpin dunia adalah dalam lingkungan RM60,000 hingga RM100,000 semalam.

The Plaza adalah hotel yang cukup popular dikalangan keluarga Di Raja seluruh dunia, manusia-manusia terkaya di dunia, pemimpin-pemimpin dunia, selebriti bertaraf dunia, malah Presiden Donald Trump juga pernah mengadakan majlis perkahwinannya di situ pada 1993. Ianya adalah hotel paling diminati oleh putera puteri Di Raja Arab di New York.

Perdana Menteri Malaysia tiba dari London bersama isteri dan 11 orang entouragenya tinggal di Plaza Hotel selama 4 malam dari 24 hingga 29 September 2018 untuk menghadiri UNGA sebelum bertolak kembali ke London.










Dikatakan juga isteri, anak dan cucu semua sekali mengikut rombongan ke New York.


September 26, 2018

32 Janji Ahli Parlimen Kerajaan PH Untuk Jaga Kesihatan? Apa Kena Mengena Dengan Rakyat?



Tidak dapat dipastikan sama ada seorang Menteri dan seorang Timbalan Menteri ini terlibat di dalam sebarang kempen kesihatan. Menteri Syed Saddiq berjanji akan bersenam 5 kali seminggu manakala Timbalan Menteri Hannah Yeoh berjanji untuk mengurangkan minum air manis dan banyakkan minum air kosong. 

Apapun kedua-dua janji ini adalah bersifat peribadi. Rakyat lebih menantikan janji manifestomato seperti tol percuma, janji-janji PTPTN, gaji minima, kos sara hidup rendah, harga barangan menurun dan sebagainya seperti direkodkan di dalam buku Harapan ditunaikan. 

Apapun janji kesihatan yang dijanjikan oleh Menteri dan Timbalan Menteri untuk diri sendiri kami sebagai Rakyat perduli apa. Sekiranya mereka sakit dan meninggal dunia, buat sahaja pilihan raya kecil. Apa susah?

40 Ini Bukti Video Kepada Menteri Agama, Dr Zakir Naik Tidak Menghina Agama Lain

Semalam, NSTP melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mendakwa Dr Zakir suka menghina dan mencaci agama lain yang dilihat tidak sesuai dengan Malaysia yang bertunjangkan kepelbagaian kaum dan etnik. 

Mujahid berkata demikian pada ucaptama Seminar Kebangsaan Isu dan Cabaran dalam Hubungan Masyarakat Majmuk, anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), dengan memberikan contoh mengenai kaedah diterapkan penceramah kontroversi, Dr Zakir.

Hari ini, Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim mencadangkan Mujahid mengadakan dialog dan pertemuan secara harmoni dengan Dr Zakir Naik sebelum membuat sebarang dakwaan. Beliau berkata, dakwaan Mujahid bahawa kaedah penyampaian atau dakwah Dr Zakir tidak sesuai kerana menggunakan perdebatan yang mencaci agama lain perlu diiringi dengan bukti yang kukuh secara objektif.

Kenyataan dari Timbalan Mufti Perak ini turut dipersetujui oleh Ketua Penerangan PAS, Nasrudin bin Hassan di dalam laman sosial Twitter beliau.


Buat Mujahid, CTS sertakan video di bawah yang mana kenyataan daripada tuan punya diri sendiri bahawa beliau tidak menghina Agama-Agama lain.

28 Apa Perlunya EXCO DAP Mempertahankan Pengunaan Bahasa Cina Dalam Surat Rasmi?


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, murka dengan tindakan seorang Ahli Majlis Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) semalam yang tidak menggunakan bahasa Melayu dalam urusan surat rasmi MBIP.

Dalam satu kenyataan dimuat naik dalam Facebook rasminya, Baginda bertitah, apa saja surat rasmi sama ada membabitkan kerajaan negeri mahu pun pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini harus ditulis dalam bahasa Melayu. Titah Baginda,

Apa sahaja urusan surat menyurat membabitkan kerajaan negeri atau Ahli Majlis PBT semuanya mesti dalam bahasa Melayu kerana ia menggunakan kepala surat rasmi kerajaan negeri walaupun ia berkaitan pemakluman mesyuarat. Bila masa dalam negeri Johor surat rasmi ditulis dalam dua bahasa.

Hari ini, EXCO DAP Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi Negeri Johor, Tan Hong Pin mempertahankan Ahli Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP). Beliau berkata, tujuan perbuatan tersebut adalah untuk memaklumkan mungkin di kalangan penduduk yang tidak fasih Bahasa Melayu untuk menyertai Perbincangan Pehadang Jalan di antara Jalan Jaya Mas 1/2 dan Jalan Silat Cetak 2. Kata beliau,
Penterjemahan dalam pelbagai bahasa dapat membantu komunikasi supaya komuniti setiap kaum lebih memahami dasar kerajaan dengan mendalam.
Ketahian apakah ini? Setelah 60 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, masih tidak fasihkan Rakyat Malaysia dengan Bahasa Kebangsaan? Perlukah satu surat dalam Bahasa Cina sebagai lampiran kepada Surat Rasmi untuk Bangsa Cina yang tidak fasih Bahasa Kebangsaan?

September 25, 2018

53 Aduan Salah Laku Rasuah Terhadap Setiausaha Politik Kementerian Kerja Raya













34 Tun @chedetofficial Temberang Hutang RM1 Trillion Di Luar Negara


Semasa berucap di negara yang mempunyai jumlah hutang kedua tertinggi di dunia iaitu United Kingdom, Tun Dr Mahathir mendakwa hutang kerajaan Malaysia berjumlah RM1 trilion perlu dibayar segera atau Malaysia akan diisytiharkan muflis. Peratus nisbah hutang / KDNK negara adalah 50.8%.

Untuk pengetahuan Tun Dr Mahathir, beliau sedang berada di negara yang bakal disytiharkan muflis, United Kingdom yang mempunyai jumlah hutang sebanyak RM34.8 trilion dengan peratus nisbah hutang/KDNK 87%.

Hari ini Tun Dr Mahathir dijangka berada di negara yang bakal muflis yang mempunyai hutang tertinggi di dunia iaitu Amerika Syarikat dengan jumlah hutang sebanyak RM87 trilion. Peratus nisbah hutang/KDNK Amerika Syarikat adalah 107.8%.

Bukan semua rakyat buta dan bodoh seperti penyokong Tun Dr Mahathir dan Lim Guan Eng. 97.7% hutang negara adalah dalam nilaian Ringgit Malaysia. Manakala lebih 60% pemilik hutang adalah dari institusi kerajaan seperti GLIC dan GLC seperti KWSP, KWAP, Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad, Maybank dan sebagainya. 

Hutang pula adalah bentuk sukuk dan bon, manakala bon / sukuk yang matang pula, ada yang bayaran faedahnya mencecah 30 tahun. Jadi bagaimana hendak bayar segera seperti dakwaan Tun Dr Mahathir macam mana?

Kita berharap agar Tun Dr Mahathir tidak lagi mengeluarkan kenyataan mengenai hutang negara agar rakyat Malaysia tidak ditertawakan dunia kerana mempunyai seorang Perdana Menteri yang sudah nyanyuk dan muflis idea untuk mengencing Rakyat.

September 24, 2018

49 Filem #RiseInikalilah Kutip RM57 Juta Mengatasi Filem Munafik 2

Filem yang ditunggu-tunggu oleh peminat-peminat Tomato Kerajaan Pakatan Harapan, Rise Ini Kalilah merasa teruja dan berbangga apabila filem ini berjaya mengutip kutipan sebanyak RM57 juta lebih dan masih lagi ditayang di pawagam-pawagam tertentu.

Filem ini mengisahkan detik-detik manis bagi macai-macai Tomato di sebalik kejayaan Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14). Di atas kejayaan 'box office' filem berkenaan, pihak produksi telah merancang untuk menyambung sekuel filem berkenaan kepada 'Kencing Lain Kalilah'.

Nota Kaki - Minta maaf Tuan-Tuan, sebenarnya CTS tersalah titik perpuluhan. Sebenarnya kutipan filem berkenaan adalah hanya RM57 ribu lebih dan bukannya RM57 juta. Sedangkan Menteri Kewangan tersilap titik perpuluhan. Apatah lagi CTS.

September 23, 2018

69 Peminjam PTPTN Yang Undi Pakatan Harapan Pada PRU14, Hadam Ini


"Apa pun manifesto kata tetapi kalau sudah pinjam kenalah bayar hutang itu. Kalau sudah pinjam kenalah berusaha untuk membayar pinjaman itu. Pembangkang semua nak politikkan isu tetapi ini soal akhlak dan moral apabila pinjam duit kenalah bayar," kata Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan.

Pembangkang dan Rakyat pula yang dipersalahkan padahal Manifesto PH yang berjanji utk menangguh bayaran balik pinjaman PTPTN yg berpendapatan RM4,000 kebawah.

CTS pula kata, "apa pun manifesto kata tetapi kalau sudah jadi Kerajaan kenalah mungkir janji."



Kedua, CTS amat bersetuju dengan kenyataan Menteri Pendidikan. "sepuluh sen pun bayar kalau akhlak tinggi." Cumanya kita nak tanyalah pada Dr Maszlee, kalau janji tol percuma, contohnya seperti tol Simpang Renggam, tentu akhlak tinggi kan kalau tunaikan? Kalau tak tunai tu kita nak panggil akhlak apa ya?

Rakyat bukan setakat kena kencing, ini sudah sampai tahap kena berak terus.


Nota Kaki - Tweet daripada Sr Maszlee satu ketika dulu.

15 Tweet Kontroversi Menteri Luar Akhirnya Dipadam



Setelah dikritik hebat oleh netizen, Menteri Luar Malaysia Baharu, Saifuddin Abdullah akhirnya memadamkan satu tweet atau ciapan di laman sosial Twitter. Saifuddin Abdullah, dalam ciapan Twitternya berkata:
Ada dua negara yang tidak saya sukai kerajaannya, tapi terpaksa dilawati juga, satu kerana urusan agama dan satu lagi kerana urusan negara.
Ciapan telah di delete oleh beliau jam 1.30. Saifuddin sebelum itu menulis bahawa ada dua negara di mana Kerajaannya tidak disukai oleh beliau. Namun, beliau terpaksa melawat juga. Satu disebabkan Agama dan satu lagi disebabkan urusan egara.

Walaupun Saifuddin tidak menamakan negara-negara berkenaan, namun sebagai Menteri Luar, beliau tidak boleh melatah dan bertindak kebudak-budakan membuat posting. Apatah lagi akaun ini merupakan akaun rasmi beliau dan segala yang ditulis di sini menjadi rasmi.

Memalukan. Perlukah Menteri Luar mengeluar kenyataan yang tidak bertanggungjawab ini. Anda mewakili negara dan rakyat Malaysia. Menteri Kerajaan Pakatan Harapan kena lebih profesional di dalam bidang kerja mereka. Seperti biasa, apabila keadaan menjadi tegang dan kontroversi, maka UMNO lah yang dipersalahkan.

30 Petang Dan Malam Asyik Bergaduh, Hebat Betul Pemilihan PKR




Kekecohan tercetus antara barisan calon dan ahli PKR pada sidang media Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR di Safira Country Club, Seberang Jaya, malam tadi.

Ini adalah pergaduhan kali kedua yang berlaku semalam. Hebat ahli-ahli PKR bertanding untuk berebut harta rampasan perang. Apapun kerusi  terbang dan PKR memang tidak dapat dipisahkan.

Mentang-mentang sudah jadi Kerajaan, kerusi plastik merah terbang sudah bertukar menjadi kerusi banquet besi. Saja PKR hendak menunjukkan kemewahan dalam berperang lambung kerusi.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates