September 15, 2018

13 Selepas @NajibRazak, @WanSaiful Salahkan PAS Pula Isu PTPTN


Senang sungguh tugas Pengerusi PTPTN. Bukan untuk mencari jalan penyelesaian bagaimana hendak membantu Mahasiswa memyelesaikan masalah hutang mereka, sebaliknya menunding jari ke sana sini.

Kalau sebelum ini Wan Saiful Wan Jan menyalahkan DS Najib Tun Razak sehingga mendapat maki hamun netizen, kini beliau beralih menyalahkan PAS, kononnya PAS punca desakan supaya PTPTN diberi percuma.

Pakatan Harapan cuba dan telah memperbodohkan Rakyat Malaysia. Mereka meletakkan otak Rakyat Malaysia di lutut kaki mereka. Sudah jelas di dalam manifestomato mereka janji hendak menstrukturkan semula hutang PTPTN. Kenapa sekarang PAS dan DS Najib menjadi kambing hitam untuk dipersalahkan. Bodoh sangatkah penyokong Pakatan Harapan ini?

Berikut adalah bukti penjelasan Pakatan Harapan yang dipetik melalui Buku Harapan (halaman 136) yang menerangkan mengenai semua manifesto (janji) pilihan raya Pakatan Harapan. Janji ini wajib ditunaikan oleh mereka sepertimana yang telah dijanjikan. Melainkan mereka menggunakan kata-kata Pengerusi Pakatan Harapan, "Manifesto bukan kitab suci."


22 Kehadiran UMNO Di Muktamar PAS Menyebabkan Janda UMNO Gila Talak




UMNO menunaikan janji dan hadir ke Muktamar Tahunan PAS hari ini. Jemputan PAS kepada UMNO melakar sejarah baru dalam landskap politik di Malaysia biarpun lebih enam dekad UMNO dan PAS mempunyai masalah pertembungan di akar umbi.

Dalam pada masa yang sama, UMNO menghulurkan jemputan kepada Presiden dan pimpinan tertinggi PAS bagi menghadiri Perhimpunan Agung UMNO pada 30 September ini sebagai membalas jemputan ke Muktamar Tahunan PAS ke-64.



Sementara itu, beberapa pemimpin BERSATU mula meroyan dengan peristiwa hari ini. Tun Dr Mahathir berkata Pakatan Harapan tidak akan menerima UMNO.

Persoalannya, bila pula UMNO memohon untuk menyertai Pakatan Harapan. Yang CTS tahu, Pakatan Harapan yang memancing ADUN dan Ahli Parlimen UMNO menyertai mereka sejak PRU14.


Penasihat Media & Komunikasi Kepada Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin pula berkata, terdapat khabar angin bertebaran mengatakan bahawa UMNO sedang berusaha untuk bergabung dengan BERSATU.

Gilakah Tun Daim? Siapa yang berminat untuk bergabung dengan parti yang hanya mempunyai suara Parlimen sebanyak 13 kerusi? Gila talak betul BERSATU.

Perkara yang amat ditakuti oleh KERAjaan Malaysia Baru adalah seperti analisa di bawah. Harus diingat semarak jiwa Malaysia Baru bakal menyatukan umat Melayu di bumi bertuah ini.








September 14, 2018

24 Nobita @guanenglim Cuba Memanipulasi Prestasi Nilai Matawang Ringgit



Lim Guan Eng mendakwa Ringgit adalah antara matawang yang terbaik di dunia. Katanya nilai Ringgit Malaysia hanya susut 2.2% sepanjang tahun ini bermula Januari. Persoalannya siapa yang menjadi Kerajaan dari Januari hingga Mei 2018?

Lim Guan Eng sepatutnya hanya mengambilkira kedudukan nilai Ringgit sejak Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pentadbiran negara iaitu pada paras RM3.95 pada 08/05/2018 iaitu sehari sebelum kemenangan Pakatan Harapan dan bukanlah nilai pada awal Januari iaitu RM4.03.

Jika dikira nilai semenjak kemenangan Pakatan Harapan, Ringgit Malaysia telah susut sebanyak 4.7% berbanding nilai pada hari ini iaitu RM4.14. Trend penurunan ini juga adalah sangat ketara berbanding sebelum PRU-14 yang mana pada ketika itu nilai Ringgit meningkat dari RM4.03 pada Januari kepada RM3.95 sehari sebelum PRU-14.

Bagi memastikan nilai Ringgit tidak terus merosot, kerajaan Pakatan Harapan juga telah terpaksa mencairkan rizab antarabangsa sebanyak lebih USD5bilion semenjak kemenangan mereka. Ini bermakna, nilai Ringgit sudah tentu akan merosot jauh lebih teruk jika keputusan mencairkan rizab antarabangsa ini tidak dibuat.

Kerajaan Barisan Nasional dalam tempoh Januari sehingga April 2018 bukan sahaja telah menaikkan nilai Ringgit malah rizab antarabangsa sepanjang tempoh tersebut juga telah meningkatkan sebanyak hampir USD6bilion. Namun disebabkan kegagalan Pakatan Harapan mengurus kedudukan kewangan negara dengan baik, USD5bilion telah terpaksa digunakan bagi menampung kelemahan mereka.

Paling lawak, Kenyataan Media Nobita yang dikeluarkan oleh MOF meletakkan jawatan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan Hong Kong! Lihat kotak merah di atas.


Nota Kaki - Selepas DS Najib Tun Razak mendedahkan pembohongan Nobita pagi ini dan netizen turut melahirkan kemarahan, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) buat kali kedua telah memadamkan Kenyataan Media dari laman sosial rasmi Facebook mereka. Ini adalah kali kedua posting FB MOF dipadam dalam tempoh sebulan. Kali pertama adalah pengiraan yang salah untuk SST vs GST.

8 Adakah @maszlee Malik Cuba Ambil Kredit Usaha DS @NajibRazak?



Dengar apa yang Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik cuba sampaikan dalam video di atas. Beliau berkata seolah-olah Hospital Pengajar adalah 'jasa' beliau untuk Unimas. 

Hospital Pengajar (Teaching Hospital) Unimas telah dirangka sejak 2015 lagi, dan projek berkenaan akan dilaksanakan pada tahun 2019. Lihat keratan di atas.

Fakulti perubatan Unimas bermula pada tahun 1995. Takkan 1999 terus ada Hospital Universiti. Fakulti perubatan UKM bermula pada tahun 1972. Dan HUKM siap dibina pada tahun 1998. Ianya mengambil masa 26 tahun lamanya. 

Untuk makluman, DS Najib Tun Razak telah menyiapkan 'blueprint' khas untuk pembinaan Hospital Pengajar ini untuk tempoh 2015 - 2025. 

Selain Unimas, UMS juga termasuk dalam program ini. Baca di sini. Namun apakan daya, Rakyat menolak perancangan ini. Buat Dr Maszlee, takkan baru kahwin 3 bulan sudah dapat anak kot?

September 13, 2018

32 YB Bukit Melawati Teruk Di Troll Netizen Gara-Gara Dulu Kata Tak Kahwin Sebab GST



Kembali ke zaman silam, wanita di atas telah mengemparkan media sosial apabila beliau bergambar protes dengan placard berbunyi, "bertahun aku kumpul duit masih tidak cukup. Najib susahkan aku lagi dengan cukai GST."

Kembali ke zaman sekarang, wanita ini sudah bergelar ADUN Bukit Melawati. Itu bukan persoalannya. Apa yang kita mahu tahu sekarang adalah dengan penghapusan GST dan pengenalan cukai SST, adakah beliau sudah cukup duit untuk berkahwin.

Dengan elaun ADUN Selangor yang dikatakan akan dinaikkan, pastinya duit kahwin bukan masalah besar untuk YB kan? Tinjauan ke atas posting terbaru ADUN berkenaan, teruk beliau ditroll atau disakat oleh netizen walaupun sebahagian besar komen telah beliau padam.

Kesimpulannya, kata orang tua, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Kita tidak mahu suatu hari cakap kita hari ini akan menjadi bahan ketawa orang pada masa depan.





17 PTPTN - DS @NajibRazak Sekolahkan @WanSaiful



Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Negara (PTPTN) ditubuhkan pada tahun 1997. DS Najib Tun Razak (DSN) menjadi Perdana Menteri pada 2009. Semasa DSN mula menjadi Perdana Menteri, PTPTN sudah sedia hadapi masalah peminjam enggan membayar hutang. Malah masalah pembayaran balik pinjaman PTPTN ini berlaku sejak mula ia diperkenalkan lagi iaitu pada era Perdana Menteri ke-4 yang kini jadi Perdana Menteri ke-7.

PTPTN hadapi masalah peminjam tak bayar balik pinjaman kerana pembangkang pada masa itu menghasut rakyat untuk tidak bayar balik pinjaman. Pembangkang pada masa itu menjaja dongengan bahawa duit PTPTN adalah duit Rakyat, maka tidak perlu bayar balik. Pembangkang pada masa itu juga berjanji akan menghapuskan PTPTN jika mereka menubuhkan Kerajaan.

Pada kempen PRU14, pembangkang berjanji dalam 100 hari mereka menjadi kerajaan, mereka akan menangguh pembayaran balik pinjaman sehingga peminjam-peminjam capai gaji RM4000 sebulan. Janji ini tidak ditunaikan walaupun Pakatan Harapan kini telah menjadi Kerajaan lebih 100 hari.

Jadi, bertepatanlah apabila DSN membuat komen sinis di dalam laman sosial Twitter beliau hari ini terhadap Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan seperti di atas.

20 Anak Azmin Ali Pula Nasihatkan Anwar Ibrahim Masanya Sudah Berlalu


Dulu masa Bang Non masih muda, Bang Non bersuara lantang. Tun Dr Mahathir pesan pada bang Non supaya ikut kata orang tua. Bila Bang Non tak ikut kata orang tua, Bang Non dipenjarakan dan hilang zaman muda.

Kini, bila Bang Non sudah keluar dari penjara, sudah mula beransur tua, orang muda pula pesan pada Bang Non supaya dengar kata orang muda dan beri peluang pada orang muda. Habis, bila pulak Bang Non nak bersuara? Bila pulak Bang Non nak dapat peluang? 

Masa muda disuruh ikut cakap orang tua. Sudah tua disuruh pula ikut cakap orang muda. Masa Tun Dr Mahathir jadi Perdana Menteri, tidak pula sesiapa kata bagi peluang pada orang muda. Kesian Bang Non, jadi muda salah, jadi tua pun salah. Bang Non tak minta banyak pun, Bang Non cuma nak jadi Perdana Menteri saja.

Kesimpulannya, inilah certot ku pagi ini.

6 Dear Mr Arrogant @guanenglim, Car Prices Also Did Reduce During The Period Of GST


The Malaysian Most Stupid Finance Minister, Lim Guan Eng, is damn proud to boast that 5 car makes fell in price after SST (many others increased) that he issued a press statement to say this.

But when GST came into effect in April 2015, almost ALL car models fell in price. But unlike Guan Eng, DS Najib Tun Razak did not issue a press statement to praise himself.

See the news here, or the examples below. Stupid Guan Eng can give 5 type of car models that reduce price during SST, but genius DS Najib Razak can produce more than double of that figures. What say you Tokong?










September 12, 2018

35 Kosongkan Kerusi Port Dickson Untuk DSAI, Ketua Wanita PKR Tidak Bersetuju


Umumnya, kita memahami sekiranya pengosongan kerusi Parlimen Port Dickson untuk membolehkan DS Anwar Ibrahim bertanding mendapat tentangan dari pembangkang seperti UMNO dan PAS. Namun, agak pelik apabila pencalonan Presiden PKR ini mendapat tentangan daripada Ketua Wanita PKR sendiri, Zuraida Kamaruddin.

Menurut Zuraida, pengosongan kerusi Parlimen ini dilihat dangkal dan tidak mengikut saluran yang betul. Kita faham Zuraida dikatakan satu kem bersama-sama Azmin Ali. Jadi tidak hairanlah apabila di dalam sidang media pagi tadi hanya sebahagian fraksi PKR berada di dalam majlis berkenaan.



Bukan setakat Zuraida Zakaria, Latheefa Koya juga meluahkan pendapat. Geng Kartel sudah bersuara. Geng Kongsi Gelap membuat keputusan tanpa merujuk kepada mereka. Sebab itu perlu adakan PRK sebelum Pemilihan PKR.

Tidak mungkin Geng Kartel yang ramai menjadi Menteri dan Timbalan Menteri akan menghormati dan mendengar cakap Presiden yang menjadi Ahli Parlimen pun tidak.

Langkah Port Dickson adalah perlu dilaksanakan lebih awal dari Pemilihan PKR jika DSAI ingin jadi Perdana Menteri. Drama semakin menarik. Sila dapatkan 'pop corn' di pawagam-pawagam berdekatan.

13 PRK Port Dickson - @Anwaribrahim Menang Pasti Calon Perdana Menteri, Kalau Kalah Satu Lagi PRK



Teka teki yang berlegar sehari dua ini terjawab sudah. Presiden PKR, DS Anwar Ibrahim (DSAI) bakal bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson apabila penyandang dari PKR, Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengumumkan perletakan jawatannya pagi tadi bagi memberi laluan kepada DSAI. Danyal berkata keputusan itu dibuat bagi membantu DSAI dalam usahanya kembali sebagai seorang Anggota Parlimen dan seterusnya menjadi Perdana Menteri kelapan.

Dari segi tradisi, Port Dickson adalah kerusi tradisi MIC. Untuk PRK kali ini, daripada bagi MIC bertanding di Port Dickson, lebih baik tidak payah bertanding terus. Bagi kemenangan percuma sahaja kepada PKR/PH. Pada PRU14 lalu, PKR menang dengan majoriti 17,710 undi di situ dalam pertandingan 3 penjuru.

Keputusan PRU14 : PKR 36225, BN 18515, PAS 6594
Pengundi: 70,524
Pecahan Kaum: M:42.35%, C:33.81, I:21.41%, L:2.43%

Sekiranya Barisan Nasional ingin bertanding di PRK Port Dickson, calon yang paling layak adalah Mantan Menteri Besar sendiri dan Timbalan Presiden UMNO iaitu DS Mohammad bin Hassan atau Tok Mat. Orangnya mudah didekati, berjiwa Rakyat, 'down to earth', tiada skandal, mesra merentasi kaum dan paling penting beliau ahli politik UMNO yang disegani dan dihormati oleh Rakyat berbilang etnik.

Khabarnya ada kemungkinan besar TS Mohd Isa Samad akan bertanding sebagai calon bebas di Port Dickson menentang DSAI. Jika ini benar-benar berlaku mungkin Barisan Nasional dan PAS boleh bagi laluan dengan menyokong calon bebas.

Kesimpulannya, siapapun calon yang diketengahkan, lawan tetap lawan. Kita tidak mahu mana-mana pihak menjadikan Malaysia sebagai tempat hak eksklusif milik peribadi keluarga mereka. Kos perbelanjaan untuk PRK bagi DUN Kajang yang ditanggung Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dikatakan mencecah sehingga RM1.6 juta. Cuba bayangkan bagi kos untuk PRK Parlimen.

Inilah duit Rakyat yang telah dan akan dibazirkan Kerajaan PH semata-mata untuk nafsu seseorang untuk bergelar Perdana Menteri. Namun, inilah realiti politik di Malaysia. Rakyat sangat seronok apabila isteri dan suami bertukar ganti jawatan Timbalan Perdana Menteri, ayah menjadi Perdana Menteri sekali lagi, anak jadi Menteri Besar dua kali.

Rakyat cukup puas dengan percaturan itu semua. Kenyang perut bila tengok BN-UMNO tidak lagi memerintah. Dapat Bapak Pelingkup Negara (seperti kata Mat Sabu) pun tidk mengapa. Yang penting DS Najib tidak lagi berkuasa. Itulah warna-warni politik yang diminati oleh sebahagian Rakyat Malaysia. Kalau di Indonesia, sudah lama rakyat mereka turun ke jalanan menolak korupsi, kolusi dan nepotisme.

September 11, 2018

22 Menteri Belia Dan Sukaneka, @SyedSaddiq Perlu Berhenti Komen Bodoh Mengenai 1MDB


Syed Saddiq kini bergelar Menteri Belia Dan Sukaneka di dalam Kerajaan Pakatan Harapan. Beliau bukan lagi cytro Kerajaan yang boleh mengeluarkan kenyataan sesuka hati. Tambahan pula, beliau pernah memberitahu wartawan apa sahaja yang dikeluarkan dari sosial media beliau adalah kenyataan rasmi dari beliau.

Semalam, beliau telah membuat komen di sosial media Twitter yang berbunyi, "Rakyat Malaysia dapat balik RM45 juta yang dicuri oleh 1MDB yang disimpan di Singapura".

Kenyataan beliau merujuk kepada laporan wartawan Awani seperti di bawah. Tuduhan "dicuri dari 1MDB" adalah berat kerana laporan wartawan Awani berkenaan melaporkan, wang RM45juta berkenaan dicuri dari 1MDB dan bukan sebaliknya.




Kedua, adakah ini satu kebetulan?
  • RM45 juta diarahkan oleh Mahkamah Singapura untuk dipulangkan ke Malaysia berkaitan kes SRC - 10/09/2018.
  • RM45 juta Malaysia terpaksa bayar kepada Singapura sebab tangguhkan projek HSR - 05/09/2018.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates