September 8, 2018

24 Mahasiswa Di Zaman Kerajaan PH Dilarang Bersuara?


Semalam beberapa mahasiswa menganjurkan duduk dan bantah untuk mendesak Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik meletak jawatan Presiden UIAM. Bagi mereka pelantikan itu menunjukkan Kerajaan PH mencabuli hak autonomi Universiti.

Mahasiswa ini bukan buat apa-apa, tidak merusuh, tidak buat kecoh, cuma duduk bantah dan tidak makan sampai ke malam. Dari siang hingga ke malam mereka duduk dan mengharapkan Menteri hadir bertemu mereka. 

Itu sahaja pinta mereka. Mereka mahukan Menteri mendengar suara mahasiswa. Malang sekali Polis pula yang muncul dan bertindak menahan semua yang terlibat.

Kalau dahulu mahasiswa pernah buat demo di hadapan Kememterian Pendidikan Tinggi mendesak Datuk Saifuddin Abdullah meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi tapi tidak pula ditahan Polis.

Ironinya, dalam era Malaysia Baharu di bawah Pakatan Harapan, baru dua tiga orang mahasiswa duduk dan bantah Menteri, pihak Polis bertindak buat tangkapan.

Kesimpulannya, jelas betapa teruknya Kerajaan hari ini sehinggakan pelajar tidak boleh hendak menyatakan bantahan terhadap pelantikan seorang Menteri.





September 7, 2018

40 Adakah Benar @guanenglim Tidak Tahu Harga Pasaran Banglo Tanpa Kolam Renang?



06/08/2018, Pejabat Peguam Negara telah menggugurkan kes sebab 'TIADA BUKTI' Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengetahui harga banglo di bawah harga pasaran pada Julai 2015.

Namun, 

26/03/18, Timbalan Pendakwa Raya semasa membaca ucapan pembukaan akan MEMBUKTIKAN bahawa Lim Guan Eng mengetahui bahwa harga banglo adalah di bawah harga pasaran.

Persoalannya, apa sudah jadi? Siapa yang berbohong sebenarnya.


September 6, 2018

28 Beranikah @SyedSaddiq Mencabar Tun @chedetofficial Hidup Dengan Gaji RM1,050 Sebulan?



10/5/2017, Syed Saddiq mencabar Perdana Menteri ketika itu, DS Najib Tun Razak, untuk menjalani hidup dengan gaji RM1,500 sebulan. 

Syed Saddiq sebelum beliau jadi Menteri dulu, beliau telah mencabar DS Najib Tun Razak untuk cuba berbelanja RM1,500 sebulan dan merasa nadi denyut Rakyat.

7/8/2018, beranikah Syed Saddiq yang merupakan Menteri Belia Dan Sukaneka mencabar Perdana Menteri hari ini, Tun Dr Mahathir untuk hidup dengan gaji RM1,050 sebulan?

Beranikah atau sama hipokrit?

5 J Solomon Sebelum Dan Selepas Dikencing Kerajaan PH

Sebelum PRU14 (sebelum dikencing PH):

Setiausaha Agung MTUC, J Solomon berkata, baca di sini
Let's give Pakatan Harapan an opportunity to serve Malaysians as a majority ruling party for five years. If they do not serve the workers, we can rise again to change them in the next five years.
In this way no government will be indispensable and will not demonstrate arrogance, inconsiderate and corrupt practices as they will be reminded that they will be voted out by the population if they do not perform responsibly.

Selepas PRU14 (Selepas dikencing PH):

Setiausaha Agung MTUC, J Solomon (macha yang sama) berkata, baca di sini,
Hak asasi manusia yang asas bagi warga B40 terang-terang dilanggar walaupun memiliki kerajaan baru. 
Peningkatan sebanyak RM50 daripada RM1,000.00 adalah jumlah yang kecil kepada buruh manakala kenaikan RM130 bagi Sabah dan Sarawak masih berada di bawah garis kemiskinan iaitu RM1,180 di Sabah. 
Selepas penangguhan selama 18 bulan dalam semakan pertama dan satu lagi penangguhan selama enam bulan dalam semakan kedua yang bersamaan 24 bulan menunjukkan sikap tidak mengendahkan pekerja miskin dengan kenaikan gaji minimum ini.
Kesimpulannya, padan muka. 

33 Maafkan Kerajaan PH Tersalah Letak 5 Di Tempat Puluh Dan Bukannya Ratus


Tahniah kepada Kerajaan PH yang telah menaikkan gaji minima daripada RM1,000 kepada RM1,050. Kenaikan RM50 adalah satu kenaikan yang sangat besar. Rakyat Malaysia haruslah bersyukur dengan kenaikan ini. Mengenang kembali kata-kata pengikut-pengikut tegar macai Tomato, "Rindu zaman Tun. Dengan RM50 boleh beli penuh troli."

Alhamdulillah, kita fikir baik sahajah. Kerajaan PH terutama Menteri Kewangannya terkenal dengan kesalahan titik perpuluhan. Hendaklah kita husnuzon. Berkemungkinan besar kabinet dapur Kerajaan PH hendak meletakkan 5 di angka ratus menjadikannya RM1,500 seperti mana manifestomato mereka. Sebaliknya, kesilapan telah berlaku dan tersalah letak 5 di angka puluh menjadikannya RM1,050.

Kesimpulannya, cukup dengan satira daripada TTKM di bawah.

24 Menteri Ekonomi @AzminAli Cakap Belit-Belit Macam Ular Isu Pampasan HSR



Cakap Menteri Ekonomi memang berbelit-belit. Dua hari lepas, 03/09/2018 Azmin Ali berkata Malaysia tidak akan membayar pampasan kepada Singapura kerana telah menangguhkan projek HSR.

Semalam, 05/09/2018 Kerajaan mengumumkan bahawa Kerajaan akan membayar pampaaan USD15 juta kesan dari penangguhan itu.

Ini kali kedua Azmin Ali kantoi menipu berkaitan projek HSR selepas kali pertama beliau didapati berbohong berjumpa dengan pegawai Singapura untuk berbincang mengenai projek berkenaan dan Kerajaan Singapura menafikannya.

Buat warga Singapura, kami Rakyat Malaysia akui anda semua adalah saudara kami yang terdekat dan terbaik. Oleh itu, kami sedia 'menderma' SGD15 juta (RM45.1 juta) dalam majlis gilang gemilang.

Kesimpulannya, Kerajaan PH kata Malaysia komited untuk teruskan HSR pada 2020. Maknanya 15 bulan dari sekarang. Kenapa sanggup bayar RM45.1 juta hanya untuk tangguh 15 bulan dan berdepan dengan kos pembinaan yang pastinya lebih tinggi pada tahun 2020 berbanding sekarang?

September 5, 2018

31 10 Golongan Asnaf Baru Terrmasuk Golongan Pelacur Dan LGBT Layak Terima Zakat



Kerajaan Pakatan Harapan melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah membenarkan zakat diberikan kepada 10 golongan songsang seperti pelacur, lesbian, transgender, gay, homoseksual, gigolo, biseksual, pengkid, tomboy dan orang bersekedudukan dengan bukan Islam. Golongan ini diletakkan di bawah Asnaf Al-Riqab.

Setahu saya Asnaf Al-Riqab (Hamba) bermaksud memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penakhlukan samada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu dibawah kawalan orang-orang tertentu. Rujuk juga rencana Utusan Malaysia di bawah sebagai panduan.

Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, saya bukan Ustaz dan Tahfiz. Oleh itu, keputusan yang dibuat kita terima sajalah. Walaupun golongan Asnaf yang sedia ada masih banyak yang belum menerima bantuan zakat. Maaf cakap tahun ini CTS tidak akan membayar zakat di Selangor atau LZS untuk mengelakkan duit CTS pergi kepada golongan-golongan ini.

Kesimpulannya, kenapa 10 golongan tambahan di atas layak menerima zakat di Selangor sahaja dan bukan di negeri lain? Anda sendiri ada jawapannya.

25 Menteri Pendidikan Melantik Dr Maslee Malik Sebagai Presiden UIAM, Tahniah Malaysia Baharu



Tahniah kepada Kerajaan Pakatan Harapan yang melantik Dr Maszlee Malik, Ahli Parlimen Simpang Renggam sebagai Presiden Universiti Islam Antrabangsa Malaysia (UIAM). Ini usaha terbaru Kerajaan Pakatan Harapan untuk membuat kelainan kepada bidang pendidikan selain memperkenalkan kasut hitam untuk dipakai oleh pelajar-pelajar sekolah. Ironi cerita perlantikan Presiden UIAM ini sebegini:
Menteri Pendidikan tanya Ahli Parlimen (MP) Simpang Renggam siapa paling layak menjadi Presiden UIAM. MP Simpang Renggam teringat sorang kawan beliau, bekas pensyarah yang lantang bersuara lawan Barisan Nasional. Bincang punya bincang semua pakat setuju bekas pensyarah tersebut menjadi Presiden UIAM. Mereka yakin tiada yang lebih layak daripada beliau untuk dilantik. Pensyarah yang dimaksudkan adalah Dr Maszlee Malik.
Semasa pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional, seseorang Menteri hanya dilantik sebagai Menteri Mentor kepada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan bukan Presiden atau Naib Chanselor. Contohnya, DS Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Mentor (MM) kepada UPNM, DS Azalina Othman MM kepada UM dan YB Khairy Jamaluddin MM kepada UIAM (sekadar menamakan beberapa nama).

Namun peranan yang dimainkan sebagai Menteri Mentor adalah berlainan. Menteri Mentor tidak mempunyai peranan rasmi. Menteri Mentor hanya memainkan peranan untuk merapatkan hubungan dengan pihak universiti, menghadiri majlis rasmi dan sebagainya.

Saya petik kenyataan Dr Maszlee dalam satu temuramah bertarikh 7 Jun 2018:
This is a new era. I will make sure that the Pakatan Harapan (PH) government will never misuse universities for political interests ... this includes me.
(Ini merupakan era baru. Saya akan pastikan Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan sampai bila-bila memperalatkan universiti untuk kepentingan politik ... ini termasuk diri saya)
Kesimpulannya, apabila seorang Menteri melantik dirinya sebagai Presiden sesebuah Universiti memang agak pelik bin ajaib. Tak ada orang lain nak dilantik sebagai Presiden UIAM? Menteri sendiri nak juga jawatan ini? Ingat Malaysia Baharu ni tak gila jawatan? Teringat peringatan Dr Maszlee pada tahun 2015, "pemimpin yang bodoh lahir dari tangan pengundi yang bodoh". Macai-macai Tomato memang bodoh.




Nota Kaki - Belumpun sempat Menteri Pendidikan hendak merakamkan ucapan tahniah kepada YBM Dr Maszlee , sudah ada tentangan pelantikan nya sebagai presiden baru IIUM. Dari rakan sekatil, DAP.

September 3, 2018

79 Perdana Menteri Bakal Isytiharkan 03 September Hari Terkejut Sedunia

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir difahamkan akan membuat pengumuman rasmi secara langsung malam ini bahawa 3 September setiap tahun akan dikenang sebagai Hari Terkejut Sedunia. Ini disebabkan:

SPRM terkejut ...


Peguam Lim Guan Eng terkejut ...


Dan Perdana Menteri juga terkejut ...


... cinabeng Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah digugurkan dua kes rasuahnya oleh Peguam Negara, Tommy Tomato.

Kesimpulannya,

SPRM amat terkejut
PM pun terkejut
Persatuan Peguam terkejut
Hakim pun terkejut
Ramkarpal terkejut

Lim Guan Eng pun dikatakan terkejut
Tommy Thomas pun boleh terkejut kalau Lim Guan Eng pun terkejut

Shame on you Kerajaan PH. Ini Malaysia Baharulah. Negara Bolehland.

55 Kes Banglo Tanpa Kolam Renang Gugur, @guanenglim Terkejut



Menteri Kewangan Lim Guan Eng, yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, dan ahli perniagaan Phang Li Koon dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah banglo di bawah nilai pasaran.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail melepaskan dan membebaskan Guan Eng, 58, dan Phang, 46, berikutan permohonan peguam Ramkarpal Singh yang  mewakili Lim, dan Datuk V.Sithambaram serta Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili  Phang, supaya anak guam mereka dibebaskan sepenuhnya daripada pertuduhan itu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang membebaskan Menteri Kewangan Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian banglo.

SPRM menegaskan bahawa keputusan menarik balik kes tersebut telah dibuat Pejabat Peguam Negara dan bukannya suruhanjaya itu. SPRM setakat trerkejut buat apa? Cabarlah keputusan itu balik. Kedaualatan undang-undang sudah terhapus dan mati di bumi Malaysia.

Peguam Negara tarik balik tuduhan terhadap Lim Guan Eng dan Phang Li Khoon bukan setakat Lim Guan Eng terkejut. SPRM juga terkejut. Yang tidak terkejut hanya keseluruhan Rakyat Malaysia. Kami sudah jangka ini semua akan berlaku.

Telahan Rakyat bahawa Tommy Thomas dilantik sebagai Peguam Negara  untuk membebaskan pemimpin-pemimpin parti Kerajaan dari segala pertuduhan yang mereka hadapi di Mahkamah ternyata benar.

Sebab itulah Tommy Thomas menarik diri dan 'out-sourced'kan pendakwaan terhadap DS Najib Razak kepada peguam-peguam dari luar Jabatan Peguam Negara atas alasan beliau sendiri terlalu sibuk menjalankan tugas sebagai Peguam Negara.


September 2, 2018

32 Hinanya Melayu Di Mata Perdana Menteri Malaysia

Seorang aktivis hak asasi manusia dari Singapore, Jolovan Wham, dipetik The Independent, baca di sini, berkata Perdana Menteri Malaysia menyifatkan orang-orang Melayu sebagai tidak produktif, perasuah dan tidak jujur. 

Jolovan Wham membuat komen berkenaan setelah memgadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia. Beliau dipetik berkata,
Some of his views though are still very conservative and offensive. He says Malays are unproductive, ‘corrupt’ and ‘dishonest’. 
The image of the lazy Malay is a well established stereotype, but the corruption and dishonesty was more surprising to me and he said it with such conviction.
He also said LGBT persons should not marry because it is against the order of nature, and sex is for reproduction only. This is a typical argument and not unexpected.
Tuduhan Perdana Menteri ini amat berat buat kaum Melayu. Pejabat Perdana Menteri harus membuat penafian rasmi ke atas tuduhan yang tidak berasas ini.

25 Jangan Panik Kata KP Kastam, Harga Barangan Akan Turun


Ketua Pengarah Kastam berkata, baca di sini
Buat apa hendak panik. Rakyat boleh berbelanja seperti biasa dan SST sepatutnya tidak membebankan rakyat kerana banyak harga barangan sepatutnya turun.
Selain daripada Pegawai Khas Kementerian Kewangan, Tony Pua, Ketua Pengarah Kastam, DS T Subromaniam adalah orang yang begitu yakin harga barangan akan turun.

Hari ini 2 September. Mohon Ketua Pengarah Kastam senaraikan semua barang yang sudah turun harga berbanding dengan harga pada 31 Ogos.

Yang pasti harga reload top-up memang turun. Beli RM10, akan dikreditkan hanya RM9.43. Apa lagi tepuk!


Untuk rekod, Ketua Pengarah Kastam ini lidah bercabang dan ikut resmi lalang. Lihat kenyataan beliau di bawah ketika berkhidmat dengan Kerajaan BN. Orang seperti ini senang cari makan.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates