September 1, 2018

23 Bagaimana Kementerian Kewangan Sendiri Boleh Salah Menyiarkan Info Mengenai SST?



Kementerian Kewangan pagi tadi telah memuatnaik satu posting infografik di laman rasmi Facebook mereka yang memaparkan perbandingan harga barangan di bawah cukai SST dan cukai GST.

Pertama, pengiraan untuk GST yang ada di dalam infografik ini ternyata salah kerana tidak mengambil kira input GST yang boleh dituntut balik oleh pengilang, pemborong dan peruncit. 

Jika mengikut pengiraan yang betul, harga jualan kepada pengguna di bawah cukai GST dengan menggunakan margin keuntungan yang sama sepatutnya RM152.64 dan bukan RM171.49.

Kedua, kalau diikutkan infografik yang dikongsikan di laman Kementerian Kewangan Malaysia, SST hanya dikenakan di peringkat urusan di antara pengilang dan pemborong. Namun, kenapa resit-resit yang disiarkan di dalam posting CTS sebelum ini, menunjukkan SST turut dikenakan kepada Rakyat.

Selepas menyedari kesalahan-kesalahan di atas serta mendapat kecaman dari pengguna Facebook, Kementerian Kewangan telah memadamkan posting Facebook berkenaan beberapa jam kemudian.

Integriti Kementerian Kewangan tentang hal cukai dan pengiraan amat penting dan kesalahan dalam pengiraan cukai begini tidak patut dilakukan. Bagaimana sebuah kementerian yang bertanggungjawab terhadap cukai itu sendiri tidak tahu pengiraan yang betul?

34 Kalau Tabung Harapan Negara Tidak Digunakan Untuk Bayar Hutang, Guna Untuk Apa?



Semasa di awal penubuhan Tabung Harapan Negara, Menteri Kewangan berkata bahawa tujuan tabung berkenaan ditubuhkan adalah bagi membantu kerajaan persekutuan "membayar semula hutang negara yang sangat tinggi". Baca FMT, di sini.

Kini kutipan Tabung Harapan Negara akan dihentikan. Perdana Menteri pula berkata inisiatif tabung itu sebenarnya adalah untuk menunjukkan semangat patriotik Rakyat Malaysia. Perdana Menteri dipetik Berita Harian, baca di sini, berkata,
Kerajaan perlu menghentikan pengumpulan dana daripada Rakyat ini. Ia sebenarnya adalah cara untuk mengetahui sejauh mana Rakyat sayangkan negara sehingga sanggup berkorban mengatasi masalah kewangan negara.
Saya rasa agak jelas, Rakyat yang mempunyai jumlah kewangan yang kecil sanggup membantu menyelamatkan negara.
Rakyat hanya menjadi tabung uji sahaja untuk mengetahui sejauh mana kecintaan mereka kepada negara. Waima budak 12 tahun pun kena kencing dengan Kerajaan PH.

27 Al Fatihah Al GST 6%, Ahlan Wa Sahlan Al SST 16%, Auzubillah himninas syaitannirajim








Selamat Datang SST (Sikit-Sikit Tipu) 16%. Di atas adalah contoh resit yang ditularkan di media sosial, dikenakan cukai langsung ke atas pengguna pada hari pertama kelahiran semula SST. Syaitan mana yang kata pengguna tidak dikenakan cukai langsung?

Hari ini, bila anda ke pasar, SST 2.0 sudah mula berkuatkuasa. Teh tarik dan roti camai di kedai mamak kegemaran anda bersarapan pagi sudah dikenakan caj perkhidmatan 6% ke 16% bergantung kepada kedai. Kalau Coffee Bean dan seumpanaya dikenakan 16%. Ambikmkau syaitan tomato.




Sebelum ini bila kita kata SST adalah 16% maka binatang-binatang ternakan bermati2-matian pertahankan SST ini iaitu hanya 6% untuk perkhidmatan dan 10% pula diserap oleh pengilang. 

Bermakna di bawah SST Rakyat akan bayar lebih rendah daripada apa yang dibayar semasa GST 6%. Ini apa? Mana perginya binatang-binatang ternakan itu? Senyap sunyi dalam kandang ke?

Waima jutawan produk kecantikan, Aliff Syukri pun mengeluh kerana terpaksa menaikkan harga barang.




SST juga berjaya menurunkan harga barangan. Contohnya, bermula hari ini apabila anda membeli top-up sebanyak RM10, anda hanya akan dikreditkan sebanyak RM9.43 sahaja. Kan dah turun harga tu. Kan macai tomato syaitan kan?


August 31, 2018

37 Gambar Warna Warni Perarakan Hari Kemerdekaan Ke 61



1. Kalau dibandingkan perarakan Hari Kemerdekaan hari ini di Putrajaya dan perarakan semasa zaman pemerintahan DS Najib Tun Razak di Dataran Merdeka, raut wajah YDP Agong lebih ceria sewaktu dulu.


2. Kita fikir baik sajalah. Mungkin pemilik Air Asia tidak menyedari bahawa Jalur Gemilang terjatuh dan berada di kakinya. 




3. Tidak pasti apa yang hendak digambarkan oleh kumpulan perarakan Hari Kemerdekaan ini. Zombies? Hantu Jepun? Tribute to komunis? Only in Penang.



4. Adakah kebetulan baju korporat untuk sambutan Hari Kemerdekaan ke 61 adalah berdasarkan warna syarikat minyak PETRON?

13 Apa Ni Tommy Tomato, Belum Bermula Sudah Berakhir



Peguam Negara, Tommy Thomas menarik diri daripada menjadi ketua pasukan pendakwaan dalam kes menentang bekas Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak dan pendakwaan berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Apa guna Kerajaan Malaysia baharu lantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara jika kes-kes pendakwaan terhadap DS Najib Tun Razak diantiknya peguam lain untuk mengetuai pendakwaan. 

Fakta menarik bagi kes 1MDB adalah Kertas Siasatan pun belum lengkap dan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara, Peguam Negara sudah melantik TS Gopal Sri Ram sebagai Ketua Pasukan Pendakwaan.

Ketiadaan Kertas Suasatan bermaksud TIADA kertas pendakwaan yang kononnya sudah tersedia sejak zaman TS Gani Patail seperti mana dicanang-canang oleh Tun Dr Mahathir sewaktu kempen PRU14 yang lepas.

Ayat yang terakhir Kenyataan Media di atas yang berbunyi, “komitmen kami untuk mendakwa mereka yang bertanggungjawab dalam kleptokrasi terbesar dalam sejarah dunia” seolah-olah telah menjatuhkan hukuman sebelum dibicarakan.

Proses mahkamah adalah untuk menegakkan keadilan dengan mencari kebenaran yang sebenar dan bukannya untuk menghukum. Tidak salah kalau kita katakan bahawa Kerajaan PH terbentuk dari hasil fitnah yang maha dasyat kerana memainkan isu 1MDB dan DS Najib Tun Razak tanoa bukti.

August 30, 2018

42 Mana Datang Lagi 12 Jet Pejuang Wahai Menteri Pertahanan?


Menteri Pertahanan, Mat Sabu di dalam Sidang Parlimen berkata, hanya 4 jet pejuang TUDM yang mampu terbang.

Semalam, seorang netizen yang menghadiri perarakan Hari Kemerdekaan Ke 61 di Putrajaya mendapati terdapat 16 jet pejuang membuat pertujukan udara.

16 jet oejuang berkenaan membentuk angka 61 melambangkankan 61 tahun negara telah mencapai kemerdekaan.

Dari mana datangnya lebihan 12 jet pejuang? Adakah kita telah mengimpot jet pejuang daripada negara jiran seperti Indonesia, Singapura atau Thailand? 

Atau adakah ini jet pejuang Malaysia dan Menteri Pertahanan tidak tahu apa yang beliau cakap di Parlimen tempoh hari.

38 Tahniah Petron Kerana Dianugerahkan Dengan Projek Daddykasi


Tahniah petron yang kini dilantik menjadi pembekal bahan api kepada kegunaan kenderaan  Kerajaan PH. Pastinya kejayaan ini adalah usaha berterusan syarikat serta semangat daddykasi yang diterapkan oleh pasukan. Alhamdulillah, inilah yang Perdana Menteri maksudkan supaya Rakyat Malaysia jangan mengharapkan kepada tongkat.

Adakah ini agihan harta rampasan perang? Anak siapakah yang bertuah ini yang syarikat minyaknya dapat kontrak Kerajaan? Tentulah beliau merupakan seorang peniaga yang daddykasi yang tidak perlukan tongkat dan bantuan kerajaan untuk maju. Kita orang kampung, pekebun, petani, penoreh getah, peneroka Felda dan nelayan, BR1M pun dipanggil rasuah.

Kita fikir baik sajalah. Mungkin harga Petron jauh lebih murah dari Petronas. Mungkin ada banyak kelebihan yang Petron boleh tawarkan kepada Kerajaan PH berbanding Petronas. Kita kena beri peluang kepada siapa yang membantu Kerajaan PH. Yang ini, tak perlu tender atau sebut harga. Cukup sekadar 'Direct Award' atau Rundingan Terus.

Tahniah Petron sekali lagi. Terima kasih pengundi-pengundi PH.

August 29, 2018

28 ECRL Apa Berjumlah RM10 Bilion Untuk Laluan Sepanjang 688 Kilometer?

Malaysia dan China dikatakan sedang berunding harga berjumlah RM55 bilion untuk projek Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan menurut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ada pihak menawarkan untuk melakukan serendah RM10 bilion, Baca di sini.

Tanpa menamakan pihak yang berminat, Perdana Menteri berkata Putrajaya pasti akan mempertimbangkan alternatif yang lebih murah kerana ia akan menjadi bodoh untuk mengabaikan pihak berkenaan.

Agak menarik ada pihak yang menawarkan harga projek ECRL serendah RM10 bilion, untuk laluan sepanjang 688km yang menghubungkan Pelabuhan Klang ke Pantai Timur melalui Kuantan, Pahang dan Pengkalan Kubor di Kelantan, dengan melalui hutan dan gunung serta pembinaan beberapa terowong bagi mengurangkan kesan alam sekitar.

Kenyataan media bagi beberapa projek keretapi di rantau ini akan dapat memberikan gambaran yang baik di mana kedudukan kos ECRL berbanding di negara lain.

1. Keretapi laju menghubungkan lapangan terbang Suvarnabhumi, Don Mueang and U-Tapao di Thailand diluluskan pada 2018. US$7.2 bilion (RM29.5 bilion) bagi 260km = RM113 juta bagi setiap kilometer.

2. Keretapi laju menghubungkan Bangkok dengan daerah Nakhon Ratchasima diluluskan pada 2017. Kos US$5.5 bilion (RM22.6 bilion) bagi 250 km = RM90.2 juta setiap kilometer.

3. Keretapi laju Indonesia dari Jakarta ke Bandung diluluskan pada 2017. Kos US$5.9 bilion (RM24.2 bilion) bagi 250km = RM96.8 juta bagi setiap kilometer.

Hari ini, Perdana Menteri berkata terdapat syarikat tempatan yang boleh membina ECRL pada kos RM10 bilion sahaja. Bagi jarak 688km, ia bermasuk kos hanya RM14.5 juta bagi setiap kilometer. Adakah harga ini realistik jika dibanding dengan projek-projek lain?

Sifir Perdana Menteri Keempat atau Ketujuh amat mudah iaitu berikan projek pada harga murah kepada kroni dengan usahasama dengan GLC. Seperti biasa sekiranya projek ini gagal, ianya bakal diselamatkan oleh Kerajaan dengan kos yang lebih tinggi.

Walau bagaimanapun, kita fikir positif sahajalah. Mungkin ECRL yang akan dimajukan oleh pihak yang menawarkan harga RM10 bilion itu berbentuk seperti di bawah.



August 28, 2018

18 Forest City Mangsa Terbaru 'U-Turn' Pakatan Harapan


Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berjanji akan menghalang orang asing daripada membeli hartanah projek Forest City di Johor. Beliau berkata, baca di sini
Satu hal yang pasti, bandar yang sedang dibina itu tidak akan dijual kepada orang asing. Kami tidak akan memberikan visa untuk orang datang dan tinggal di sana
Bantahan kami kerana ia dibina untuk orang asing dan bukan rakyat Malaysia. Kebanyakan warga Malaysia tidak mampu membeli hartanah berkenaan.
Cuba kita fikirkan:

1. Warga asing tidak dibenarkan beli hartanah tersebut. 

2. Warga asing yang beli hartanah tersebut tidak akan diberikan visa.

Persoalannya, kalau sudah tidak boleh beli hartanah tersebut, bagaimana pula timbul isu pembeli tidak akan diberikan visa?

Hari ini pula, Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin (gelaran sudah diharamkan oleh KKMM untuk disebut) pula berkata, Kerajaan akan menubuhkan satu jawatankuasa bagi memperhalusi syarat-syarat pembelian unit kediaman Forest City, Johor sebelum membenarkan rakyat asing membeli hartanah yang membabitkan pelaburan sehingga AS$100 bilion. Baca di sini.

Persoalan yang kedua, cakap siapa kita nak dengar. Cakap Menteri atau Perdana Menteri?

Ketiga, CTS tidak menyokong atau membangkang keputusan Kerajaan Malaysia Baharu untuk tidak membenarkan pemilikan hartanah di Forest City Johor oleh warga asing, terutamanya dari Negara China.

Cumanya kita mengharapkan keputusan itu juga terpakai untuk hartanah di tanah tambakan laut Sri Tanjong Pinang 2 [760 +131 ekar] atau STP2 dan juga di Penang South Reclamation [4500 ekar] atau PSR oleh SRS Consortium di Pulau Pinang. 

No double standard please.

13 Menteri Pendidikan Dan Posting-Posting Lalu Yang Menyentuh Kalbu


Semenjak Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik di'troll' oleh netizen di sosial media berkaitan 'cerita kontot (certot)', beliau didapati gigih untuk memadamkan artikel-artikel beliau yang lalu di laman sosial Facebook. Ini kerana netizen amat suka mengusiknya dengan memuat naik kembali posting-posting lama beliau yang menghentam Kerajaan BN. Kini beliau adalah sebahagian daripada Menteri Kerajaan PH. Apa yang diungkapnya dahulu kini terkena di batang hidung sendiri.





28 Menteri Wechat Harus Berdiplomasi Di Dalam Membuat Kenyataan Media


Inilah padahnya apabila Perdana Memteri melantik anak muda yang tidak matang sebagai seorang Menteri. Menteri Belia Dan Sukaneka, Syed Saddiq dipetik Buletin Utama berkata, "pingat emas Al Jufferi dirompak”, ketika mengulas kegagalan atlet silat negara meraih pingat emas di Sukan Asia di Indonesia.

Kkta mengharapakan Menteri belajar menggunakan ayat yang lebih baik dan sempurna. Elakkan mencetuskan ketegangan antara dua negara Malaysia dan Indonesia. Kita negara serumpun dan serantau. Elakkan emosi  dan perangai kebudak-budakkan.

Sukan yang memerlukan juri untuk kiraan berdasarkan mata tidak pernah adil sejak zaman berzaman. Mana-mana negara yang menganjurkan acara sukan sebegini mesti membenarkan mata kiraan akan memihak kepada tuan rumah.

Kesimpulannya, jadi matang wahai Menteri Muda.

August 27, 2018

26 Apa Rasional Turunkan Harga Gula Tetapi Cukaikan Minuman Ringan?


Menteri Pedagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini mengumumkan harga gula akan turun bermula 1 September. Penurunan harga gula ini berikutan langkah kerajaan menurunkan harga siling sebanyak 10 sen sekilogram. 

Menteri ini juga menggunakan alasan yang dikaitkan dengan kos sara hidup. Kata beliau, kenaikan harga gula telah meningkatkan harga beberapa barangan. Penurunan ini berkuat kuasa pada 1 September, hari yang sama cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mula dilaksanakan.

Keputusan ini diumumkan pada hari yang sama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan kerajaan akan melaksanakan cukai soda. Tun Dr Mahathir mengulangi alasan demi kesihatan rakyat Malaysia apabila mengumumkan akan mengenakan cukai minuman soda ini. Rasional Perdana Menteri untuk perkenalkan cukai soda adalah seperti kata beliau, baca di sini,
Kerajaan mendapati terdapat mereka yang mengambil minuman botol lebih dari enam kali sehari. Anda boleh minum air, tetapi jika anda mengambil minuman botol, kandungan gulanya begitu tinggi, sebab itu kami ingin mengurangkan penggunaan gula.
Ironinya, Kerajaan beliau menurunkan harga gula. Agak mengejutkan juga, Menteri KPDNHEP pula berkata penurunan harga gula ini nanti boleh menyebabkan penurunan harga sesetengah barangan, kerana kesan berangkai.

Persoalannya, dari manakah Menteri berkenaan mendapat formula penurunan harga gula akan menghasilkan kesan berangkai dalam menurunkan harga barangan makanan?

Kesimpulannya, pada 1 September ini, Kerajaan PH mungkin bermurah hati menurunkan harga gula sebanyak 10 sen, namun kebaikan itu Rakyat balas dengan membayar cukai SST sehingga 10%. Haa ... tepuk!

August 26, 2018

26 Mat Sabu Dan Syiah Berpisah Tiada


Kebanyakan netizen di media sosial mempersoalkan kewajaran kehadiran Menteri Pertahanan, Mat Sabu di dalam majlis Syiah di Selatan Thailand 3 hari lalu. 

Menteri Pertahanan hadir pada majlis korban di Masjid Zainabiyyah di Phatthalung, yang menjadi markaz Syiah di wilayah tersebut.

Kehadiran Mat Sabu yang turut memberi ucapan pada perhimpunan di masjid berkenaan dimuat naik dalam akaun Facebook pemimpin dan pengikut Syiah di markas berkenaan.

Antara yang turut hadir pada majlis berkenaan ialah pegawai polis dan tentera Thailand. Pada majlis itu, Mat Sabu turut menyembelih seekor lembu korban.

Netizen media sosial mempertikaikan sama ada pemergian Mat Sabu ke majlis berkenaan dilakukan secara diam-diam sebagaimana beliau ke Syria, sebelum ini.

Pada tahun 2013, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjelaskan bahawa semua ajaran atau fahaman Syiah di Malaysia adalah menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan hukum syarak.







 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates