August 25, 2018

40 Penghapusan BR1M Oleh Kerajaan Pakatan Harapan Harus Dipuji



Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah satu program sosial Kerajaan Barisan Nasional bagi membolehkan golongan berpendapatan rendah menangani kenaikan kos sara hidup akibat pengenalan cukai GST dan rasionalisasi subsidi.

Setelah Pakatan Harapan mengambil alih, sistem cukai GST telah dimansuhkan dan rasionalisasi subsidi diberhentikan. BR1M tidak boleh diteruskan dalam pentadbiran sekarang kerana ia tidak mempunyai asas untuk diberi. 

Asasnya mudah, Kerajaan Pakatan Harapan telah memghapuskan GST, harga barang telah kembali murah dan dengan nilai RM50 sudah penuh satu troli. Jadi sebab apa hendak diteruskan BR1M? Kata Tun Dr Mahathir,
Najib memanjakan rakyat dengan membuatkan mereka fikir tanpa melakukan sebarang kerja kerajaan akan berikan wang kepada mereka. Sekarang kita tidak boleh berikan mereka wang kerana kita tidak mencuri wang, tetapi mereka masih mahu wang (BR1M).
Ini ditambah dengan pengenalan sistem cukai SST yang akan semakin menurunkan harga barangan. Rakyat sekarang semakin kaya dengan harga barangan menjadi terlalu murah. Pasti sedikit masa lagi, tiada lagi orang susah dan miskin. Dalam hal ini keputusan Tun Dr Mahathir untuk menghapuskan BR1M adalah sesuatu yang sangat wajar.

Kepada 7 juta penerima BR1M (85% adalah Melayu), percayalah sebahagian anda dan keluarga anda tidak mengundi Barisan Nasional. Sebab itu Barisan Nasional kalah. Jadi redha sahajalah dengan keputusan ini.

18 CERTOT Atau MENTOT, Wahai Kementerian Pendidikan Malaysia?


Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri menggunakan perkataan yang belum diluluskan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) untuk peraduan Hari Kemerdekaan 2018. 

Apa salahnya perkataan Cerpen (cerita pendek) yang telah diluluskan DBP  berbanding Certot (cerita kontot). Nasib baik Certot, kalau ngentot, baru kita mendapat perhatian seluruh dunia kerana Malaysia Baharu.

Peliknya, puak-puak DBP dan para pejuang Bahasa Kebangsaan yang sebelum ini sangat sensitif dengan Bahasa Kebangsaan, tiba-tiba menjadi sepi dan tidak bermaya.

Kerajaan Pakatan Harapan macam sudah tidak ada kerja lain, selain menukar dan beretorik dengan istilah saja, buat kerja untuk Rakyatlah.

Kesimpulannya, mungkin Menteri Pendidikan yang baharu lahir di zaman budak-budak Wechat. Kita patut memanggilnya Mentot (Menteri Kontot).

12 Tiada Anugerah Pingat Sempena Keputeraan YDP Agong, Cuma Ada Satu Pingat Untuk Rakyat


Tahun ini sempena Hari Keputeraan YDP Agong pada 9 September, tiada pingat kebesaran akan dianugerahkan kepada mana-mana Rakyat Malaysia.

Namun begitu, dengan sukacitanya dimaklumkan Kerajaan Pakatan Harapan ingin mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan telah mengzahirkan Pingat Tertinggi yang akan dianugerahkan  kepada seluruh Rakyat Malaysia mulai 1 September 2018. 

Pingat Tertinggi tersebut dikenali sebagai Pingat SST. Untuk makluman, Pingat SST ini tidak ada kena mengena dengan pihak Istana. 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi semua Menteri Kabinet Dapur yang ada. Sekian, terima kasih. Tahniah kepada anda semua. Sila tepuk untuk diri sendiri.

August 24, 2018

17 Sambutan Hari keBANGSAan 2018? Gurauan Apakah Ini?



Perlukah ditulis sebegini. Apa motif KERAjaan Pakatan Harapan mengeja keBANGSAan seperti ini? Kementerian sudah tidak kenal huruf besar dan kecil?

Mana ada huruf besar di tengah-tengah perkataan seperti keBANGSAan atau beberapa huruf besar di hadapan seperti KERAjaan. Rosak bahasa dan tulisan Bahasa Malaysia, dirogol pihak Kementerian.

Kenapa ditekankan 'bangsa'? Adakah KERAjaan Pakatan Harapan ingin menekankan konsep 'Malaysian Malaysia'? Bangsa Malaysia? 

Lagipun sudah termaktub 31 Ogos adalah Hari keMERDEKAan berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan bukan Hari KeBANGSAan. 

62 Cukai SST Untuk Barangan, Apa Yang Perlu Anda Tahu

Banyaknya barang-barang yang akan dikenakan cukai jualan 5% dan 10%. Satay, nasi, kesemua jenis kacang, hampir kesemua jenis minuman kotak dan tin, semua barang elektronik dan semua pakaian termasuk pakaian bayi termasuk di dalam kategori barangan yang dikenakan cukai SST.

Senarai terbaru 220 muka surat barang-barang yang dikenakan SST boleh didapati di sini. Ini belum masuk cukai perkhidmatan lagi. Beberapa persoalan untuk macai-macai Tomato Kerajaan PH berkenaan cukai SST:

1. Apa rasionalnya kasut sekolah dikenakan cukai SST 10% dan kasut menunggang (riding boots) dikecualikan cukai?


Bermula 01/09/2018, ibu bapa disarankan menyediakan kasut bikers berwarna hitam untuk kegunaan anak-anak ke sekolah. SST dikecualikan.



2. Apa rasionalnya nasi dikenakan SST 5% sedangkan pastri, pie dan pizza dikecualikan cukai. Kita semua tinggal di Malaysia atau Eropah?


3.Ikan kering dan ikan masin yang selama ini makanan Rakyat Marhaen turut dikenakan cukai 5%.


4. Kalau tidak mahu dikenakan SST 5%, elakkan memakan atau membeli segala bentuk kacang.


5. Apa rasionalnya ketupat nasi dikenakan cukai SST 5% dan kuih bulan dikecualikan cukai?


6. Teringat tulisan Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Mufti Perlis dahulu berkenaan 'popcorn'. Sekarang, selepas SST pun 'popcorn' dikenakan SST 5%. Ustaz tidak mahu komen kah?



7. Menteri KPDNHEP telahpun mengeluarkan kenyataan bahawa harga barangan akan naik selepas SST, mana macai-macai Tomato? Sila pertahankan Menteri anda.

August 23, 2018

25 'U-Turn' Maha Dewa - ECRL Yang Dibatal, Tidak Jadi Batal


CTS langsung tiada keinginan untuk mengulas berita kononnya Perdana Menteri sekembalinya beliau dari lawatan rasmi di China telah memutuskan untuk membatalkan projek ECRL di Pantai Timur dan TSGP di Sabah.

Kenapa? Dalam tempoh 100 hari lebih Kerajaan Pakatan Harapan memerintah, sudah berapa kali kita mendengar Kerajaan ini membuat 'u-turn'. Keputusan 'u-turn' dan 'round about' sudah menjadi darah daging mereka.

Kedua, CTS memberitahu beberapa rakan-rakan, berilah Perdana Menteri sedikit masa. Beliau tengah marah dengan layanan Kerajaan China kepadanya dan dikhabarkan beberapa permintaan beliau tidak dipenuhi. 

Perdana Menteri berkemungkinan seorang yang pendendam dan menyimpan rasa. Namun, beliau bukan seorang yang bodoh. Anda rasa beliau tidak tahu kedua-dua projek ECRL dan TSGP ini mempunyai nilai tambah yang tinggi?

Anda rasa Perdana Menteri ke 7 terlalu bodoh untuk membayar ganti rugi tanpa mendapat pulangan apa-apa. Sekiranya anda berfikir begitu, anda masih belum mengenali Perdana Menteri ke 4 ini.

Kesimpulannya, yang pasti, seluruh Rakyat Malaysia baru tersedar bahawa Kerajaan PH terutamanya Perdana Menteri lebih cenderung untuk membuat keputusan / kenyataan TANPA berfikir, TANPA kajian, TANPA memikirkan kesan kepada Rakyat, dan lebih kepada emosi dan dendam disaluti ego yang amat-amat tinggi. Bab ini tiada siapapun yang boleh nafi.


Nota Kaki - Nanti ada pulak yang bertanya, apakah bentuk perjanjian yang tidak akan ada 'u-turn'. CTS bagi satu contoh yang masih panas hari  ini. DS Najib Tun Razak telah meninggalkan Khazanah Berhad dengan RM160 bilion aset. Terpulanglah kepada Kerajaan PH masa kini bagaimana untuk memfaraidkan harta-harta tersebut. Dalam contoh di bawah, CTS amat pasti tiada 'u-turn'.

26 What Is Reported In The Chinese Mainstream Regarding ECRL



Here's what the video says:

"It says that the China leaders are unhappy with Mahathir and did not wanna meet him until his last leg of the trip. As compared to Trump and Najib, they met up with the China leaders either before the meeting starts or during the first two days of visit.

Even though Mahathir emphasize that the ECRL project will go on, but Mahathir has commented that they want a new contract instead of the contract that Najib signed. The crucial point now is how are they gonna do that without incurring further debts to the country. China, on the other hand, is waiting to see how they can offer a better contract for the ECRL if malaysia wanna forfeit the old contract.

As the contract has been awarded, China wants Malaysia to take up full responsibility if they wanna void the old contract n draft a new one to award to new contractors. China will not be the fool and will not budge."

And no wonder Tun Daim has made this statement. He has gave us the clue right? Can't we smell cronies anybody?

9 @guanenglim Dan Gula

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan bahawa harga barangan degil dan tidak mahu turun walaupun GST sudah tiada. Beliau memberi contoh gula tetap mahal walaupun GST sudah tiada. Menteri Kewangan mungkin terlupa titik perpuluhan kerana gula adalah barangan kawalan dan tidak dikenakan GST.

Lim Guan Eng berkata harga gula di pasaran dunia hanya RM1.40 sekilo tapi harga pasaran gula putih kasar di Malaysia adalah RM2.95 sekilo. Lim Guan Eng berkata harga gula pasir kasar di Malaysia boleh jadi lebih murah berbanding harga sekarang pada RM2.95 sekilo jika tiada monopoli perdagangan gula di Malaysia. Di Malaysia hanya ada dua syarikat pemprosesan gula, iaitu MSM dan CSR. MSM adalah milik FGV dan CSR adalah milik Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Lim Guan Eng berkata Kerajaan dalam masa terdekat akan mengumumkan harga baru gula selepas kajian dilakukan. Beliau tidak sebut harga gula akan naik atau turun. Setakat ini belum pernah harga gula turun. Sebelum ini Kerjaaan Malaysia memberi subsidi untuk gula menyebabkan harga gula di Malaysia lebih rendah berbanding negara-negara jiran.

Keadaan itu telah menyebabkan gula Prai diseludup ke selatan Thailand kerana harga gula di Thailand adalah lebih tinggi daripada harga di Malaya walaupun Thailand adalah negara kedua pengeluar gula mentah dunia.

Dari mana Lim Guan Eng dapat angka harga gula dunia aku tak pasti sebab dia pun tak sebut. Mungkin dia pakai harga gula mentah dan bukan harga gula putih kasar siap diproses. Mungkin juga dia silap titik perpuluhan lagi.

Di bawah adalah jadual harga gula pasir kasar bagi negara-negara Asia Tenggara. Harga gula di Malaysia pada kedudukan paling rendah.

August 21, 2018

74 Perdana Menteri Malaysia Diberi Kata Dua Dalam Sidang Media Oleh Chinese Premier



Terang-terang Perdana Menteri Malaysia dimalukan semasa sidang media bersama Perdana Menteri China semalam. Sindiran yang sangat memalukan disertai dengan senyuman nakal buat seorang ketua negara di dalam sidang media sempena lawatan beliau.

Itulah Malaysia dalam pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan tidak belajar mengurus hubungan dua negara secara diplomasi sebagai mana yang dilakukan oleh DS Najib Tun Razak. Lain kali jangan terlalu sombong menghina negara orang. Perdana Menteri China, Li Keqiang berkata dalam video di bawah kepada Tun Dr Mahathir,
Saya bukan bertanyakan anda satu soalan tetapi, jika anda ingat perbualan kita untuk mendapat Konsensus Perdagangan Bebas adalah konsisten, kita akan hentikan sidang media kita sekarang.





Kerajaan PH terlupa bahawa China pada masa kini merupakan kuasa ekonomi terbesar dengan pasaran yang amat luas. Jangan kata dari segi perdagangan komoditi, dari segi perfileman sekalipun, kuasa besar Hollywood tunduk kepada pasaran China.

Hollywood terpaksa mengikut syarat-syarat negara China untuk memasarkan filem mereka seperti gabungan pelakon dan tenaga produksi. Dengan cara itu, baru lahir filem dari kerjasama dua negara seperti Great Wall, Transformers : Age of Extinction dan Mission Impossible : Rogue Nation.



August 20, 2018

16 Adakah DS Gnanaraj Wakil Lim Guan Eng Sebagai Delegasi Ke China?




Di atas adalah gambar-gambar DS N Gnanaraja di media sosial Instagram yang memaparkan pertemuan beliau dengan ahli perniagaan dari China. 

Bagi yang tidak mengenali DS N Gnanaraja, beliau pernah ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan kes terowong dasar laut Pulau Pinang. Kisah penahanan beliau mendapat liputan meluas di media. Baca di sini dan di sini.

Kita juga sedia maklum bahawa Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tidak mengikuti lawatan Perdana Menteri ke China. Alasan beliau mahu melihat SST diluluskan di Dewan Negara. 

Khabar angin juga bertiup kencang mengatakan bahawa kegagalan Menteri Kewangan mengikuti rombongan ke China disebabkan oleh visa beliau tidak diluluskan oleh Kerajaan China. Namun, khabar angin ini tidak dapat disahkan.

Apakah peranan yang dimainkan oleh DS N Gnanaraja dalam mengikuti rombongan Perdana Menteri ke China? Adakah beliau menjadi proksi mewakili Lim Guan Eng? Jangan marah, CTS tanya saja.


36 Kenapa Sambutan Rasmi Di China Berbeza Di Antara DS @NajibRazak Dan Tun @chedetofficial?



Hari ini Kerajaan China telah membuat sambutan rasmi kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sempena lawatan rasminya ke China. Namun, Tun Dr Mahathir hanya diiringi Menteri Luar, Wangyi sahaja untuk perbarisan hormat. Upacara itu juga hanya diadakan secara tertutup di dalam dewan. Hanya beberapa wartawan sahaja dibenarkan untuk mengambil bahagian untuk membuat pelaporan. Video upacara tersebut adalah seperti video di bawah:


Tun Dr Mahathir juga diberitakan tidak disambut dengan menggunakan kereta rasmi Kerajaan China. Sebelum ini protokol Kerajaan China ialah akan menyambut setiap ketua negara yang datang dengan urusan rasmi dengan menggunakan kereta rasmi Kerajaan.

Sebelum ini bekas Perdana Menteri Najib Razak telah disambut sendiri dengan Presiden Xi bersama-sama isteri beliau. Perbarisan hormat juga dibuat di tempat yang terbuka dan dapat disaksikan pelawat. DS Najib Tun Razak juga disambut dengan menggunakan kereta rasmi kerajaan China. Sambutan rasmi yang dilakukan ke atas rombongan DS Najib Tun Razak adalah seperti di bawah:


Kesimpulannya, Kerajaan China harus dipersoal kerana telah secara halus telah memalukan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir khususnya dan negara Malaysia secara amnya dan membezakan sambutan di antara dua Perdana Menteri.

August 19, 2018

25 RUMAWIP Residensi SkyAwani - Takkan Baru Kahwin Sudah Dapat Anak?


ini satu contoh posting yang dibuat oleh pentadbir (admin) atau orang ketiga selain tuan punya akaun. Ini menunjukkan Menteri Wilayah pun sudah menggunakan cytro-cytro berbayar untuk mengemaskini posting akaun peribadi beliau. Mana pernah tuan punya akaun akan menulis "oleh YB Tuan Hj Menteri Khalid Abd. Samad, Menteri Wilayah ... "

Kebiasaannya tuan punya akaun peribadi akan menulis "saya hadir di Majlis bla bla bla" atau "saya menyerahkan kunci rumah di Majlis bla bla bla bla". Ini ayat formal sangat. Kurang pengalaman lagi pentadbir Facebook Menteri ini. Sayugia diingatkan ini adalah akaun official peribadi dan bukan akaun ketiga.

Kedua, Khalid Samad menyatakan projek RUMAWIP yang telah disiapkan 6 bulan (sebelum PH) lebih awal dari jadual adalah inisiatif kerajaan PH utk kesejahteraan Rakyat Wilayah Persekutuan. Takkan baru 3 bulan perintah dah siap projek perumahan 6 bulan lebih awal?

Kerajaan Pakatan Harapan baru 102 hari memerintah. Mana mungkin hari ini berkahwin, selepas 102 hari dapat anak? Bukankah ini hasil kerja kuat Kerajaan terdahulu? Takkan YBM Menteri hendak mengambil kredit sahaja? Lembu punya susu, sapi yang punya nama?

19 Cuba Menafikan Isu Kontroversi Hakmilik 999 Tahun, Nga Kor Ming Salahkan Utusan


Pelik kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat berkaitan hak milik kekal 999 tahun Kampung Baru Cina di Perak. Nga Kor Ming tidak pula merasa kesal pula dengan laporan Malaysiakini, Sinar atau Bernama? 

Adakah hanya Utusan Malaysia yang melaporkan ‘berita tidak benar’ ini? Apapun tidak ada apa lagi yang boleh dilkakukan. Sama ada berita ini benar atau tidak, hadap sajalah kerana Akta Anti Berita Tidak Benar sudah dimansuhkan oleh Kerajaan PH.


32 Isu Hak Milik Tanah 999 Tahun Bukti DAP Parti Rasis


Permintaan melampau DAP yang mahukan Kampung Baru Cina diluluskan Hak Milik Kekal 999 tahun adalah sesuatu yang bercanggah sama sekali dengan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Kanun Tanah Negara. 

Jadi, tidak kiralah dari mana ideologi politik, kita hendaklah memberikan sokongan penuh kepada Menteri Besar Perak untuk beliau kekal tegas dalam perkara ini dan tidak membiarkan beliau dari terus dibuli oleh DAP. 

Untuk rekod semasa era pemerontahan Mantan Menteri Besar, Nizar Jamaluddin, sebanyak 114 Kampung Baru telah diluluskan. Dalam isu ini walaupun MB Perak telahpun menolak permohonan, namun DAP tetap degil untuk menuntut hak milik tanah kekal ini. 

Cumanya, adalah sesuatu yang amat aneh sekali bagi sebuah parti sosial demokrat seperti DAP untuk melakukan perkara seperti ini.

Ini adalah kerana, falsafah umum yang biasa diangkat oleh parti sosial demokrat ialah, tanah adalah hak milik negara, dan tidak akan beri hak milik kekal, apatah lagi mewartakan tanah tanah baru sebagai hak milik kekal.

Atau adakah sebenarnya DAP ini adalah sebuah parti rasis kecinaan yang sudah lama menolak ideologi sosial demokratik?
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates