August 18, 2018

24 Dulu Lain, Sekarang Lain, Kerjasama Proton-Geely Sekarang Sudah Tiada Masalah




25/05/2017, di dalam blog beliau chedet.cc, baca di sini, Tun Dr Mahathir melahirkan kekecewaannya berkaitan kerjasama Proton dengan Geely.

Tun Dr Mahathir melahirkan rasa duka kerana kereta Nasional negara kononnya telah dijual kepada negara asing, walaupun Proton pada masa tersebut telahpun dimiliki syarikat swasta sepenuhnya iaitu DRB-Hicom. Antara bibit-bibit kekecewaannya boleh dibaca seperti berikut:
1. Proton has been sold. It has been sold to foreigners. 
2. They say Proton is my brainchild. Now the child of my brain has been sold. 
3. Yes. I am sad. I can cry. But the deed is done. Proton can no longer be national. No national car now. We Malaysians are glad to be rid of this pesky car. I am sure Proton will do well. It will be a commercial success. It will be sold all over the world. The Proton name will be everywhere.
18/08/2018, dalam lawatan Tun Dr Mahathir ke China, lain pula nadanya. Beliau telah melahirkan rasa gembira kerana kerjasama Proton-Geely banyak memberi manafaat. Memetik laporan The New Straits Times, baca di sini,
He noted that the Zhejiang Geely Holding Group had made tremendous progress in terms of producing quality cars despite entering the business of vehicle production much later than Proton. 
“When Proton was first produced, Geely was nowhere around. We sent six Proton cars here (to China), and we were very proud of our achievement. 
“But as you know, Geely has outstripped us in terms of quality and productivity of your industry. And I think Proton can benefit from working together with Geely,” he said.
Betullah kata Tun Dr Mahathir, Melayu mudah lupa.

Dulu ...


Sekarang ...

57 Perlukah CGPA Diploma Daripada Universiti Entah Berantah Diletakkan Di Poster Calon?



Waima Mat Sabu dan Mahfuz Omar tidak malu berkelulusan SPM untuk bertanding sebagai Ahli Parlimen. Malah mereka kini sudah menjawat jawatan sebagai Menteri. CTS tertanya-tanya apakah motif calon PKR DUN Seri Setia untuk meletakkan CGPA 3.90 di poster calon.

Setakat diploma saja pun, itupun dalam bidang Pengurusan Professional. Entah ya entah tidak. Kedua, universiti yang menganugerah sijil diploma berkenaan tidak terkenal. Asian E-Universiti? Kalau carian di Google, Asia e university adalah. Baca di sini.

Kalau dilihat di dalam laman sesawang berkenaan, tiada program diploma. Hanya ada program Sarjana secara atas talian (online). Kita tidak mahu kelulusan calon ini dipertikaikan seperti kelulusan Menteri Besar Perak.

Terdahulu, tular di media sosial mendakwa nama Ahmad Faizal Azumu, Menteri Besar Perak tiada dalam senarai Universiti Edith Cowan, Perth Australia sebagai pemegang Ijazah Kajian Perniagaan.

Berlainan dengan calon lawan dari PAS, Dr Halimah Ali, beliau merupakan seorang doktor. Suaminya juga doktor. Mereka mempunyai 2 klinik persendirian di Klang. Malah kesemua 6 orang anak mereka adalah doktor! Ini satu keluarga yang hebat dan mantan EXCO Selangor ini paling layak sebagai ADUN Seri Setia.



August 17, 2018

16 Mansuhkan Saman AES Untuk Tutup Malu Mungkir Janji Mansuhkan Sistem AES


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook sebentar tadi berkata semua saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sejak 2012 berjumlah 3.1 juta, membabitkan nilai RM435 juta dibatalkan. Walau bagaimanapun, Kerajaan PH juga memutuskan AES akan diambil alih oleh Jabatan Pengangkutan Jalan, mulai 1 September ini dan ianya akan dikuatkuasakan dengan tegas dan tiada lagi diskaun. Menteri Pengangkutan pada 12/06/2018, baca di sini, enggan mengulas sama ada AES akan dimansuhkan atau tidak.

Maksudnya sehingga 31 Ogos ini saman AES tidak perlu dibayar. Namun, bermula 1 September nanti saman AES akan dikenakan semula dan wajib dibayar. Ini juga bermakna AES akan dikekalkan! Tahukah macai-macai Tomato sekalian, memansuhkan sistem AES ini adalah sebahagian daripada manifesto 60 Janji untuk 5 Tahun Kerajaan PPH di dalam PRU14?

Kesimpulannya, sempena ulang tahun pertama 10Janji 100 Hari Kerajaan PH, macai-macai Tomato kena kencing lagi. Dengar apa kata Setiausaha Agung DAP sebelum menjadi Menteri Kewangan.

15 Undian Di Media Sosial Tidak Memihak Kepada Kerajaan PH Untuk 10 Janji 100 Hari


Beberapa 'fanpage' dan portal terkenal telah mengadakan undian untuk menentukan adalah Rakyat Malaysia berpuas hati atau kecewa dengan prestasi Kerajaan Pakatan Harapan (PH) di dalam 100 hari pertama memerintah Kerajaan Pusat. Hasil tinjauan yang diperolehi dari 6 'fanpage' dan portal terkenal ini, tidak ada satupun yang memihak kepada Kerajaan PH. Berikut adalah keputusan undian-undian berkenaan:

Kelab Maya Mahathir (Undian ditutup. 54K undi). Sumber di sini.

Puas Hati - 12%
Kecewa - 88%

Suara Rakyat (Undian ditutup dalam masa 9 jam. Terkini 40.K undi). Sumber di sini.

Puas Hati - 21%
Kecewa - 79%

Otai Bersih (Tiada tarikh tutup untuk undian. Terkini 35.4K undi). Sumber di sini.

Puas Hati - 20%
Kecewa - 80%

The Patriots (Undian berakhir dalam masa 6 hari. Terkini, 39.1K undi). Sumber di sini.

Puas Hati - 11%
Kecewa - 89%

The Malaysian Insight (Undian telah ditutup. 53K undi diperolehi). Sumber di sini.

Puas Hati - 33%
Kecewa - 67%

TTKM (Undian telah ditutup. 28.2K undi diperolehi). Sumber di sini.

Puas Hati - 10%
Kecewa - 90%

Manakala undian Sinar Harian secara lansung boleh diikuti di sini.


Kesimpulannya, jadi apalah sangat dengan jumlah 1,160 responden yang diperolehi oleh Merdeka Center, baca di sini, untuk membuat keputusan bahawa 71% Rakyat Malaysia berpuas hati dengan Kerajaan PH. Kencing semua tu.

31 Selamat Ulang Tahun Pertama 10 Janji 100 Hari Kerajaan Pakatan Harapan

Hari ini genap 100 hari Pakatan Harapan berjanji untuk menunaikan 10 janji-janji mereka sekiranya mereka berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan.

Berikut adalah prestasi semasa 'Key Performance Indicators (KPI) Kerajaan Pakatan Harapan.




Ini pula markah yang diberikan oleh SUARAM iaitu 20%.


Kesimpulannya, memandangkan macai-macai Tomato saban hari sepanjang 100 haji telah dikencing oleh Kerajaan Pakatan Harapan, jawatankuasa bertindak bersetuju untuk memberi hadiah untuk Kerajaan Pakatan Harapan sempena sambutan 100 hari memegang kuasa.


August 16, 2018

28 Rakyat Miskin Jangan Minum Coka Cola, Kata Tony Pua



Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan cukai ke atas minuman ringan bersoda. Pegawai Khas kepada Menteri Kewangan, Tony Pua pulak berkata rakyat berpendapatan rendah tidak perlu minum Coca-Cola. Tony Pua berkata,
Misalnya, jika kita nak laksanakan cukai soda, iaitu seperti cukai kepada Coca-cola lah, ia ada dua kegunaan. Nombor satu, ia dapat membawa sedikit hasil bagi kerajaan. Ia tidak membebankan rakyat B40 kerana tak perlu minum Coca Cola. Tapi pada masa yang sama kita akan menggalakkan kehidupan lebih sihat.
Apa sahaja jenis cukai yang Kerajaan PH akan laksanakan ianya tetap satu cukai dan apabila ianya cukai pastinya akan membebankan Rakyat. Siapa Tony Pua untuk menentukan apa yang boleh dan tidak dimakan atau diminum oleh Rakyat?

Bila Kerajaan Barisan Nasional mengurangkan subsidi gula, menyebabkan harga gula naik dan memberi alasan untuk mengurangkan kadar pengambilan gula oleh Rakyat demi kesihatan, macam-macam Macai Tomato kutuk.

Sekarang apabila Tony Pua kata Kerajaan Pakatan Harapan Malaysia Baharu akan perkenalkan Cukai Soda kerana orang miskin tidak perlu minum Coca-Cola, Macai Tomato, krik ,,,krik ... krik ... Hah apa lagi tepuk!

Soalan KBAT hari ini - Kenapa Menteri dan Pegawai Kerajaan PH berlumba-lumba untuk mengeluarkan kenyataan bodoh?

14 'U-Turn' Lagi - Majlis Penasihat Kerajaan


12/05/2018 - Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pembentukan Majlis Penasihat Kerajaan yang bertindak menasihati kerajaan mengenai ekonomi dan kewangan ketika proses peralihan kuasa. Kata beliau, baca di sini,
Majlis berkenaan akan membantu kerajaan membentuk dasar dan program bagi mencapai janji 100 hari Pakatan Harapan (PH) untuk ditunaikan kepada rakyat. Tempoh jangka masa kewujudan majlis ini adalah 100 hari sahaja.

16/08/2018 - Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad terus mempertahankan fungsi dan peranan Majlis Penasihat Kerajaan dalam membantu pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan di bawah pimpinannya. Kata beliau, baca di sini,
Saya tidak pernah kata Majlis Penasihat Kerajaan akan dibubarkan selepas tempoh 100 hari pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan. Saya juga tidak membuat apa-apa keputusan. Mereka mungkin fikir ia perlu dibubarkan, tetapi kita akan kekalkannya sehingga banyak masalah berjaya diselesaikan
Kedua, dua minggu lepas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bertanya di Dewan Rakyat, tempoh khidmat dan bidang kuasa Majlis Penasihat Kerajaan. Menteri menjawab Majlis Penasihat Kerajaan akan dibubarkan selepas 100 hari pentadbiran Kerajaan PH. Adakah Menteri menipu di dalam sidang Parlimen? Ini bukti videonya.


Kesimpulannya, jika Majlis Penasihat Kerajaan yang bertugas menasihati Kerajaan mengenai ekonomi dan kewangan tidak dibubarkan, ini bermakna khidmat mereka masih diperlukan. Kedua, ini juga bermakna Menteri yang bertugas menjaga Hal Ehwal Ekonomi, DS Azmin Ali dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tidak menepati piawai yang diperlukan sehingga memerlukan penasihat. Kedua-dua Menteri ini wajib meletakkan jawatan.

24 Betulkah 71% Rakyat Malaysia Yakin Dengan Kepimpinan Tun Dr Mahathir? Bukan 7.1% Atau 0.71%?


Astro Awani berlebih-lebihan (exaggerate) apabila melaporkan 71% Rakyat Malaysia yakin dengan kepimpinan Tun Dr Mahathir. Laporan Astro Awani yang bersifat menjilat juga melaporkan, hampir genap 100 hari pentadbiran Pakatan Harapan (PH), kajian Merdeka Center menunjukkan 2/3 rakyat berpuas hati dengan kerajaan pilihan mereka.

Jangan main-main. Fakta yang diberikan adalah 2/3 Rakyat Malaysia. CTS pun semaklah kajian yang dibuat oleh Merdeka Center, hanya 1,160 responden sahaja yang berusia 21 tahun ke atas yang dipilih. Adakah 1,160 responden ini mewakili 2/3 Rakyat Malaysia?

Astro Awani mungkin buta matematik dari segi titik perpuluhan seperti mana yang dialami oleh Menteri Kewangan. Mungkin mereka keliru adakah peratus berkenaan adalah 71%, 7.1% atau 0.71%. Agak-agaklah nak menjilat pun.

August 15, 2018

30 Bila Baru Bian Kata Kos Pampasan Kepada Syarikat Konsesi Tol RM400 Bilion, Mana @TonyPua?


03/04/2014, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menyelar kenyataan Menteri Kerja Raya Kerajaan BN, Datuk Fadillah Yusof yang memberitahu kos mengambil alih konsesi lebuh raya di negara ini mencecah RM400 bilion. Baca di sini.

13/08/2018, Menteri Kerja Raya Kerajaan PH, Baru Bian berkata tindakan menghapuskan tol akan menyebabkan kerajaan perlu membayar pampasan dianggarkan bernilai RM400 billion kepada syarikat-syarikat konsesi tol. Baca di sini.

Anehnya, Tony Pua langsung tidak berbunyi atau membuat komen mengenai kenyataan Baru Bian. Kenapa Tony Pua tidak menyelar Baru Bian dengan mengatakan angka tersebut tidak masuk akal?Sebelum ini Tony mendedahkan kos untuk ambil alih tol adalah sekitar RM25 bilion hingga RM30 billion. Inilah wajah antara ahli politik yang mendapat undian tertinggi pada PRU14 lepas.

DS Najib Tun Razak di dalam kenyataan di media sosial Facebooknya berkata, baca di sini, mencadangkan agar Kerajaan PH menugaskan Tony Pua dalam usaha menghapuskan semua tol jalanraya bagi menepati antara janji utama manifesto PRU14 mereka. 

DS Najib Tun Razak juga percaya bahawa Tony Pua dan DAP bukan penipu dan pengiraan mereka yang jauh lebih murah adalah tepat, bukan hanya dibuat untuk menipu undi rakyat dan tidak mungkin DAP selalu salah titik perpuluhan.

24 Satira Rabu - Saya yang menjalankan AMANAH


Hari ini Kerajaan Pakatan Harapan telah menukar istilah yang sering digunakan oleh pegawai kerajaan,

"Saya yang menurut perintah" kepada "Saya yang menjalankan AMANAH".

Selepas Town Hall berkenaan, ahli BERSATU menjadi marah, mereka bertanya, "kenapa AMANAH saja?"

Maka Kerajaan PH pun tukar slogan kepada,

"Saya BERSATU yang menjalankan AMANAH".

Ahli-ahli KEADILAN pula menjadi marah dan tidak puas hati. Ini kerana KEADILAN paling banyak kerusi Parlimen.

Maka Kerajaan PH sekali lagi tukar slogan kepada,

"Saya BERSATU yang menjalankan AMANAH demi KEADILAN".

"Eh, why only your party, dap olso want meh?" ahli-ahli DAP pula memberontak.

Maka terbaru dan terkini, slogan yang digunakan adalah,

"Saya yang menjalankan AMANAH dengan HARAPAN DAP dapat KEADILAN"

44 Menteri Galakkan Tanam Nenas Di Belakang Rumah Nelayan Untuk Tambah Pendapatan



Menteri Pertanian Dan Asas Tani di dalam Dewan Rakyat berkata, nelayan tidak boleh berharap pada hasil laut. Nelayan perlu menanam nenas dan rambutan di belakang rumah untuk dijual bagi menambah hasil pendapatan mereka.

Persoalannya, untuk menanam nenas, berapa pokok boleh ditanam belakang rumah nelayan? Katakan 20 pokok memandangkan kebanyakan nelayan rumah meraka tiada kawasan lapang yang luas. Itupun tertakluk kepada keadaan tanah disebabkan nelayan kebanyakan tinggal di kawasan pantai yang berpasir.

Kedua, adakah nenas boleh tumbuh di tanah pantai yang berpasir? Setahu saya, nenas tumbuh subur di tanah gambut. Tapi mungkin ada baka baru yang diwujudkan Kerajaan PH 100 hari, nenas tumbuh subur di tanah pasir.

Ketiga, kita andaikan nelayan dapat menjual sebiji nenas dengan harga RM3.00, maka hasil pendapatan tambahan meningkat sebanyak RM60 dalam masa 14 bulan selepas ditanam. Adakah ini mencukupi untuk membantu nelayan?

Kesimpulannya, CTS merasakan Menteri Pertanian Dan Asas Tani perlu mencari alternatif lain untuk meningkatkan hasil pendapatan nelayan dan bukan seperti yang disarankan dengan menanam nenas dan rambutan.

August 14, 2018

39 Menteri Pendidikan Tunai Haji Menaiki Penerbangan Kelas Pertama


Alhamdulillah. Pagi ini Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berangkat ke tanah suci untuk menunaikan Haji. Dalam hal ini CTS meminta para pembaca untuk husnuzon atau bersangka baik.

Pertama, Dr Maszlee mungkin memilih pakej haji premium atau VIP yang membolehkan beliau menaiki kapal terbang Kelas Pertama. Kedua, ini bukan duit Rakyat sebaliknya adalah duit tabungan beliau sejak zaman persekolahan.

Cumanya CTS terkilan dua perkara. Pertama, apakah nasib 1,200 jemaah haji tajaan 1MDB yang dibatalkan visa mereka walaupon ada yang mahu menunaikan haji dengan duit sendiri.

Kedua, inilah realitinya Kerajaan PH cakap tidak serupa bikin. Di saat kononnnya Kerajaan mewarisi banyak hutang dan hampir muflis dan  di saat Rakyat perlu menderma untuk Kerajaan, Menteri masih boleh bermewah-mewahan dan menunjuk-nunjuk di media sosial.

Apapun, selamat menunaikan Haji. Semoga dosa manifesto-manifesto dengan Rakyat yang tidak tertunai diampunkan Allah.

26 Menteri Kewangan Paling Bodoh Di Dunia - Asyik Salah Saja


Apabila keputusan pengiraan undi Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dipertikaikan, Menteri Kewangan yang pada ketika itu (dan masih) memegang jawatan Setiausaha Agung telah menyalahkan Microsoft Excel kerana salah kiraan.

Lim Guan Eng ketika menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang menyifatkan kesilapan pengumuman kos pembinaan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang yang melibatkan kos projek itu serta tiga rangkaian lebuh raya yang dirancang DAP meningkat sebanyak RM2.2 bilion daripada jumlah asal yang dinyatakan kerajaan negeri iaitu sebanyak RM4.08 bilion, adalah disebabkan masalah 'silap taip'.

Lim Guan Eng juga mengaku salah baca antara milion dan bilion apabila membuat pengesahan jumlah yang dibelanjakan untuk Pasukan Peronda Sukarela (PPS) adalah RM1.3 juta untuk tahun 2012 dan RM1.5 juta untuk tahun 2013, bukan RM1.5 bilion.

Jangan tanya apa berlaku selepas beliau menjadi Menteri Kewangan. Jumlah hutang negarapun 3 kali buat pengumuman dengan 3 jumlah yang berbeza. Kemudian, jumlah pulangan wang GST tersalah lapor, dikatakan silap titik perpuluhan.


Terbaharu, setengah juta ringgit dibelanjakan untuk membuang logo 1Malaysia. Ini satu perkara yang amat membazir yang diumumkan oleh Menteri Kewangan. Soalan KBAT hari ini, berapa ringgit yang diperlukan untuk membuang orang di bawah ini?


August 13, 2018

29 Janji Tenur Masa Perdana Menteri Selama 2 Tahun Dicapati



Kita tidak perlu melihat keikhlaaan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menunaikan janji-janji manifestomato mereka. Mungkin kita boleh terima sekiranya janji-janji tersebut melibatkan kewangan negara. Seperti kata Perdana Menteri, kewangan negara agak tenat kecuali jika hendak mengadakan projek Kereta Nasional ke-3 atau perlumbaan F1.

Namun, bagaimana dengan janji-janji yang tidak langsung melibatkan perbelanjaan wang negara? Cadangan untuk menghadkan tempoh memegang jawatan Perdana Menteri hanya untuk 2 penggal telah ‘ditangguhkan’ kata Tun Dr Mahathir. Inipun mereka capati juga. Hanyir macai-macai Tomato dikencing pemimpin-pemimpin mereka. Tidak perlu mandi sunat jenazah lagi. Cukup jadi mayat hidup.

Tun Sr Mahathir sama sekali tidak akan memberi peluang dan akan menutup segala jalan untuk DS Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Sekiranya PKR mahukan DS Anwar Ibrahim diangkat menjadi Perdana Menteri, meeeka seharusnya menggunakan kelebihan kerusi parlimen yang ada untuk memastikan oerkara ini menjadi kenyataan.

25 Selepas Tiga Menteri Minta Maaf, Seorang Lagi Timbalan Menteri Berlumba Buat Kenyataan Bodoh




Masalah dengan Menteri-Menteri Kabinet dapur Kerajaan Pakatan Harapan adalah masing-masing berlumba-lumba untuk menunjukkan kebodohan mereka. Selepas tiga Menteri di atas meminta maaf kepada Rakyat kerana keceluparan dan kebodohan mereka, seorang lagi Timbalan Menteri, turut sama melakukan ingin mengikuti kebodohan yang sama.



Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berpendapat, masyarakat perlu melihat masalah golongan transgender secara menyeluruh. Justeru, berhubung penggunaan tandas, Ahli Parlimen Kuantan berkata mungkin ketika ini golongan mak nyah boleh menggunakan tandas orang kurang upaya (OKU) jika mereka tidak selesa menggunakan tandas lelaki.

Sepatutnya, apabila Menteri Agama, Datuk Dr Mujahid Yusuf meminta maaf hari ini, Fuziah Salleh sepatutnya menutup mulut bercakap mengenai isu ini, Penggunaan tandas OKU telah menafikan hak golongan OKU. Banyak lagi hak-hak golongan OKU yang masih tidak terbela, inikan pula hak mereka yang ada hendak dirampas oleh golongan pondan atau transgender yang tidak dapat menerima jantina yang dikurniakan kepada mereka sejak lahir.

Kesimpulannya, masalah tandas bagi golongan pondan menjadi isu nasional kerana seorang Menteri dan seorang Timbalan Menteri memberikan pendapat di Sidang Media. Sepatutnya perkara ini dibawa ke Mesyuarat Kabinet Dapur PH. Bodoh. Bodoh. Bodoh.

13 Lagi Polisi Kerajaan PH 'U-Turn' - Pengerusi DAP Dilantik Duta Khas Ke China


Pengerusi DAP, Tan Kok Wai kini adalah Duta Khas negara ke China yang baharu,  yang berkuatkuasa bermula 1 Ogos. Tan Kok Wai menggantikan bekas presiden MCA, TS Ong Ka Ting yang menjadi duta khas ke China di bawah pentadbiran Barisan Nasional yang terdahulu.

Perlantikan ini dilihat bertentangan dengan polisi Kementerian Luar sebelum ini memutuskan tidak akan ada lagi lantikan baru duta besar Malaysia dalam kalangan ahli politik. Menurut Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah, baca di sini, Kementerian Luar memutuskan tidak akan ada lagi lantikan baru duta besar Malaysia dalam kalangan ahli politik. Beliau berkata, sebaliknya proses pelantikan itu akan dibuat mengikut prosedur sedia ada yang ditetapkan Wisma Putra. Kata beliau,
Bagi pelantikan selepas ini, kami buka kepada mana-mana pegawai tinggi (kerajaan), sesiapa yang berminat mereka boleh cuba memohon jawatan ini. Saringan akan dilakukan pegawai tertinggi kementerian sebelum nama calon duta itu diputuskan saya.
Melantik Duta Khas dari kalangan pemimpin parti Pakatan Harapan juga merupakan satu lagi tindakan melanggari janji-janji Manifesto Pakatan Harapan. Pakatan Harapan menjanjikan reformasi, tapi nampaknya reformasi tidak berlaku. Pakatan Harapan hanya meneruskan amalan Barisan Nasional yang dulunya mereka sendiri tentang dan bantah.

Kesimpulannya, 'u-turn' dan Pakatan Harapan adalah seperti isi dan kuku. Saling bergantungan di antara satu sama lain. Selain daripada 'u-turn' di dalam polisi perlantikan duta di kalangan ahli politik, isu PLKN dan BTN juga telah membuat 'u-turn' hari ini. Malah isu PLKN dan BTN ini telah banyak kali 'u-turn' sehingga menjadi 'round about'. 

16 The Game Is On - Kempen Undi @RafiziRamli Untuk Mengangkat DS @AnwarIbrahim Menjadi Perdana Menteri


CTS tertarik dengan dua video yang kebetulan lalu melalui garis masa laman sosial Twitter, yang mana sekarang terdapat gerakan untuk berkempen menaikkan Rafizi Ramli sebagai Timbalan Presiden PKR yang bertujuan untuk memastikan bahawa bakal Presiden PKR, DS Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ke-8 dalam masa terdekat. Tonton video di bawah.



Video pertama memaparkan Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani, dalam ucapan penuh semangat, menamakan Tun Daim Zainuddin sebagai antara individu yang cuba menghalang DS Anwar Ibrahim diangkat menjadi Perdana Menteri. Beliau berucap pada program dianjurkan di Seremban pada 11/08/2018, untuk menyatakan sokongan kepada pencalonan Rafizi Ramli sebagai Timbalan Presiden PKR.

Agak menarik namun tidak mengejutkan apabila Setiausaha Agong UMNO, TS Annuar Musa turut melahirkan harapan bahawa negara memerlukan ketokohan DS Anwar Ibrahim untuk memimpin. Beliau dipetik Sinar Harian, baca di sini, berkata, 
Wawancara Anwar cukup menarik. Idealisme perjuangan tetap segar, sama saperti di tahun 80-an dan 90-an. Malah pendiriannya cukup kejap dalam isu Islam, Melayu, Raja-raja dan ummah. Negara lebih memerlukan beliau kini. Islam, Melayu, Raja-raja, bahasa banyak dikompromikan kerana pimpinan datang daripada parti yang terlalu lemah dan kedudukannya terlalu bergantung kepada sokongan orang lain. Kita terpaksa membayar dgn harga yg mahal jika ini berterusan. 'Please save Malaysia',

August 12, 2018

25 Even Singaporeans Make Fun Of PH Minister Now



Video di atas CTS telah letakkan di kaman sosial Twitter dan menjadi tular. Ramai juga Macai Tomato yang sentap menonton video ni. Marah sebab kononnya pembangkang suka Malaysia diburukkan. Ini amat melucukan.

Warga Singapura menganjing Perdana Menteri dan Menteri Pakatan Harapan, sebenarnya. Bukan menganjing Malaysia. Apa kena mengena dengan kami Rakyat Marharn yang tidak mengundi PH. Lain kali cakap jangan berbelit-belit dan jangan menipu. Kantoi malukan nama negara saja.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates