August 4, 2018

37 13 Million ... 10 Years, In Counting



Dear Visitors,

It's been nearly 10 years since I started this blog on August 21, 2008.
It's been one long and winding road, usually uphill.

I've lost friends (or people I thought were friends) and I've made enemies along the journey.
But I hope we have achieved something good from our association in these blogsphere.

And for 13 million viewers, it's been worth my while.
I guess this means that there are still a lot of stubborn blog readers out there. Certainly more than there are bloggers like me. 

To you my lovely readers, from the bottom of my heart, I say Thank You.  

10 Tahniah Rule Of The Jungle ... Ehh Rule Of Law


Hari ini sahaja 4 orang pemimpin dan penyokong Kerajaan Pakatan Harapan digugurkan pertuduhan oleh Mahkamah Majesterit.

Ini selepas Timbalan Pendakwa Raya (TPP), Noorelynna Hanim Abd Halim memaklumkan kepada Majistret bahawa Pejabat Peguam Negara (AGC) telah menerima surat representasi dan bersetuju untuk menggugurkan pertuduhan berhubung himpunan ‘Kita Lawan’ pada tahun 2015.

Mereka adalah Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah, bekas aktivis BERSIH, Mandeep Singh dan peguam Vince Tan.

Inilah yang dinamakan Rule Of Law, Malaysian 's Style. Semenjak Tommy Thomas dilantik sebagai Peguam Negara, senarai pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang digugurkan kes mereka semakin hari semakin panjang. Termasuk kes di atas, di bawah adalah senarainya.

Senarai berikutnya mungkin pengguguran dua kes rasuah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.



Nota Kaki - Satu hari di dewan kuliah Law 101.

Pensyarah: "Apa tugas Peguam Negara 🍅?"

Pelajar: "Gugurkan kes dan tarik diri dari perbicaraan."

26 @AzminAli Kata 8 Manifesto PH Telah Terlaksana, Bohong! Sebenarnya Kesemua 10!!!


Menteri Ekonomi ketika berceramah di kempen PIlihan Raya Kecil Sungai Kandis semalam berkata,
Kami janji 10 perkara dalam 100 hari, 8 perkara sudah ditunaikan.
Azmin Ali tersilap fakta. Sebenarnya bukan 8 perkara sudah ditunaikan tetapi kesemua 10 janji Manifesto Pakatan Harapan telah berjaya ditunaikan dalam masa tidak sampai 100 hari!

1. Hapuskan GST

Kerajaan berjaya menghapuskan GST. Hasilnya Rakyat tidak lagi nampak cukai GST di atas resit pembelian. Perlaksanaan cukai SST berbula September hadapan, walaupun akan meningkatkan harga barang, tetapi Rakyat tidak perlu bimbang kerana ianya tidak tertera dalam resit. 

2. Subsidi petrol bersasar

Kerajaan bukan sahaja berjaya memberi subsidi petrol untuk Rakyat bersasar sahaja malah Kerajaan berjaya menanggung subsidi untuk kesemua Rakyat termasuk Rakyat kaya yang berkemampuan dan warga asing serta jiran negara tetangga.p

Rakyat tidak lagi melihat harga minyak turun naik. Jika harga minyak naik, Kerajaan akan tampung subsidi. Jika harga minyak turun, Rakyat akan bayar lebih, bakinya Kerajaan ambil.

3. Hapuskan hutang peneroka Felda

Peneroka Felda tidak lagi mendapat bayaran bulanan kerana hutang mereka dihapuskan dengan penghapusan bayaran bulanan.

4. KWSP untuk surirumah

Kerajaan berjaya menyediakan KWSP untuk surirumah di mana caruman KWSP surirumah diambil dari caruman KWSP suami.

5. Menyamaratakan gaji minimum

Kerajaan telah berjaya menyamaratakan gaji minimum dan perlaksanaannya akan bermula selepas 5 tahun sebagaimana didakwa Menteri Sumber Manusia.

6. Menangguhkan bayaran PTPTN 

Kerajaan berjaya menangguhkan bayaran PTPTN di mana peminjam tetap diwajibkan membayar pinjaman. Penangguhan bayaran PTPTN telah berjaya ditangguhkan.

7. Menyiasat skandal 1MDB

Kerajaan telah menyiasat skandal 1MDB dan sehingga kini kerajaan masih lagi menyiasat. Cuma bukti skandal penyelewengan sahaja masih belum ditemui. 

8. Mengembalikan status Sabah Sarawak

20% janji royalti minyak kepada Sabah Sarawak berjaya ditunaikan seperti yang dijanjikan. Cuma ianya bukan 20% dari hasil bumi melainkan 20% keuntungan selepas ditolak cukai dan kos. 

Walaupun jumlah wang yang diterima 20% perkongsian keuntungan ini lebih rendah dari 5% royalti hasil bumi seperti yang diamalkan sejak dulu, tetapi Rakyat Sabah Sarawak bergembira kerana angka 20% adalah lebih besar dari 5%.

9. Skim Peduli Sihat

Skim Peduli Sihat telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Sebelum ini Rakyat dipaksa membayar RM1 untuk rawatan pesakit di Klinik 1Malaysia, kini Rakyat tidak lagi dipaksa membayar RM1 apabila rakyat terpaksa membayar lebihan baki sebanyak RM30 ke RM70 di klinik swasta.

10. Kaji semula projek mega

Kerajaan telah berjaya mengkaji semula projek mega. Hasil selepas kajian dijalankan, kerajaan akan meneruskan projek mega dengan kos yang lebih tinggi.

August 3, 2018

35 Dua Lagi Putar Belit Pengambilalihan SPLASH Oleh Air Selangor

Putar Belit Pertama:

Pada 02/08/2018, Menteri Ekonomi berkata, baca di sini,
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, memohon rundingan dilanjutkan sebulan lagi daripada Kerajaan Persekutuan dan mendapat kelulusan Kabinet.
Sebaliknya pada 03/08/2018, SPLASH telah menerima nilai tawaran pengambilalihan daripada Air Selangor. Baca di sini.

Apa ni Azmin? Katanya sebulan tapi ini sehari sahaja.


Putar Belit Kedua:

Azmin Ali juga berkata, baca di sini
Rundingan harga mesti munasabah dan adil kepada rakyat. Ini sebahagian daripada prasyarat, manakala tarif dikenakan kelak tidak memberi kesan kepada pengguna.
Selangor perlu bayar RM2.55 bilion. 10 kali ganda daripada apa yang ditawarkan oleh Mantan Menteri Besar, TS Khalid Ibrahim. Betulkah munasabah? 

TS Khalid Ibrahim ketika menjadi Menteri Besar mahu membayar hanya RM250 juta sahaja. Azmin, apa yang munasabah? Apa yang adil untuk Rakyat?

Kesimpulannya, Langkah Kajang berjaya mengkayakan kroni dan Ahli Politik sehingga beberapa keturunan.

14 Akhirnya Selangor Bayar Juga Pampasan 10 Kali Ganda Kepada SPLASH Dari Harga Ditawar Pada 2013


Hari Rabu, DS Najib Tun Razak dalam ceramah di Sungai Kandis berkata, Selangor akan membeli SPLASH dengan harga RM2.7 billion, iaitu 10 kali ganda lebih tinggi dari harga yang ditawarkan oleh TS Khalid Ibrahim, Mantan Menteri Besar Selangor pada tahun 2013 iaitu RM250 juta. 

Esoknya, Khamis, Menteri Ekonomi, DS Azmin Ali sibuk menjawab bagi pihak Menteri Besar Selangor kononnya DS Najib menipu. Beliau menafikan Kerajaan Selangor membeli dengan harga RM2.7 bilion kerana perjanjian belum muktamad.

Lusanya, Jumaat iaitu hari ini, Menteri Besar Selangor mengumumkan SPLASH dibeli bukan dengan harga asal yang ditawarkan oleh TS Khalid Ibrahim iaitu RM250 juta dan bukan juga 10 kali ganda pada RM2.7 juta. Harga pembelian  sebenar tetap 10 kali ganda, cuma jumlahnya adalah RM2.55 billion.

Lihatlah bagaimana putar belitnya Kerajaan Pakatan Harapan. Bagaimanalah macai-macai Tomato boleh tertipu dan dikencing dengan Pakatan Harapan ini? Harga air pasti akan naik melambung bagi menampung perbelanjaan pembelian SPLASH sebanyak RM2.55 billion tersebut. Pastinya selepas ini tiada lagi air percuma. Rakyat Selangor ... bertabahlah.

Nota Kaki - Baca apa kata TS Khalid Ibrahim.


23 Forest City - Sebelum Dan Selepas PRU14, Hipokritnya Kerajaan PH



Sebelum PRU14:

Mahathir: Orang asing dapat tanah kita di Forest City, Kerajaan gadai kedaulatan negara. Kata Tun Dr Mahathir, baca di sini,
Najib sebenarnya boleh membatalkan syarat freehold kerana ia bertentangan dengan dasar negara, kerana semua hak milik tanah baharu mestilah leasehold antara 30, 66, 90 atau 99 tahun. Ramai rakyat Malaysia yang memohon tanah kecil mereka diberi secara kekal tetapi gagal. Tetapi nampaknya orang asing boleh dapat secara kekal
Mukhriz:mDS Najib Razak merupakan satu-satunya perdana menteri yang membenarkan warga asing membeli tanah berstatus hak milik kekal. Kata DS Mukhriz,
Saya pernah jadi menteri besar. Nak jual tanah hak milik kekal, orang sendiri pun susah. Tak pernah jual kepada orang luar
Selepas PRU14:

Menteri: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan terus membenarkan penjualan tanah milik kekal (free hold) di kawasan Forest City, Johor kepada warga asing. Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata langkah itu selaras dengan peraturan yang dikeluarkan Majlis Tanah Negara sejak 2014. Kata Menteri, baca di sini,
Tentang isu tanah di Forest City saya sudah maklum, tanah-tanah boleh dijual kepada orang asing mengikut peraturan yang dikeluarkan dalam Majlis Tanah Negara berkuatkuasa mulai Mac 2014 ,orang asing boleh miliki tanah.
Kesimpulannya, anda nilaikan sendiri.

7 Betul Ka Persatuan Belia Macai Politik Seperti Didakwa Menteri KBS?



Tahun 2015, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerima hadiah Anugerah Perdana Belia Negara 2015 bernilai RM10,000 dari Kementerian Belia dan Sukan dalam satu majlis Belia Negara anjuran KBS dan Majlis Belia Malaysia (MBM).

Tahun 2018, Syed Saddiq yang kini bergelar Menteri KBS mendakwa MBM adalah persatuan belia macai politik.

Inilah kualiti Menteri Pakatan Harapan.

28 Sepatutnya Gaji Lim Guan Eng Yang Dipotong, Bukan Arul Kanda


Semalam, Menteri Kewangan (penjaga buku kira-kira mengikut kata seorang Ahli Parlimen) Lim Guan Eng, telah mendedahkan maklumat separuh masak di Dewan Rakyat mengenai elaun RM5 Juta yang di terima oleh Arul Kanda untuk tempoh 6 bulan. 

Hakikatnya ia adalah elaun yang datang secara 'pakej' dengan jumlah sekaligus (lump sum). Ini bermaksud Arul Kanda tidak boleh menuntut apa-apa faedah bulanan yang lain. Apa yang tidak djelaskan di dalam maklumat separuh masak ini adalah Arul Kanda menerima kontrak kerja di 1MDB dengan elaun yang jauh lebih rendah berbanding semasa bekerja dengan Bank di UAE sebelumnya.

Di dalam dunia korporat, pakej ganjaran atau 'remuneration' datang bersama-sama KPI atau 'Key Performance Indicators'. Dala erti kata lain, sekiranya KPI yang ditetapkan berjaya dicapai, anda akan berjaya mendapat pakej yang dijanjikan. Sebaliknya, jika anda gagal, anda akan dibuang kerja atau kontrak anda akan ditamatkan. Bukan satu perkara baharu untuk sesebuah syarikat korporat menawarkan pakej yang lumayan bagi pekerja, dengan syarat pekerja berkenaan dapat mencapai apa KPI yang ditetapkan oleh syarikat.

Begitu juga dalam kes Arul Kanda. Beliau ditawarkan pakej yang lumayan sekiranya dapat memulihkan kembali (turnover) dan merasionalisasikan syarikat 1MDB yang bermasalah oleh pengurusan yang sebelumnya. Dalam kes ini, Arul Kanda berjaya mengurangkan hutang 1MDB daripada RM50 Bilion kepada RM30 Bilion dan 1MDB berada di landasan pelan rasionalisasi yang tepat. Tidak ada salah laku dalam pembayaran elaun sebanyak RM2.5 juta itu. Kerajaan sekarang  sepatutnya mengarahkan 1MDB melunaskan baki RM2.5 juta lagi yang Arul Kanda belum terima.

Dalam kes ini, bukan elaun Arul Kanda yang harus dipotong sebaliknya gaji dan elaun Lim Guan Eng. Ini memandangkan sebagai seorang Menteri Kewangan, Lim Guan Eng masih gagal menurunkan harga minyak dan gagal memansuhkan tol seperti yang dijanjikan di dalam ceramah-ceramah beliau dan Manifesto PH. Lim Guan Eng juga dilihat sebagai seorang Menteri Kewangan yang tidak bersih kerana tidak berani membersihkan dirinya melalui perbicaraan kes rasuah beliau dan berharap kes-kesnya akan digugurkan oleh Kerajaan PH.

Nota Kaki - Apa jadi dengan mata sebelah kiri anda semalam, Ah Beng?



August 2, 2018

65 Romeo Sungguh Menteri Pertahanan Kita




Teringat CTS ungkapan remaja-remaja perempuan di media sosial apabila melihat lelaki-lelaki kacak, "mahu pecah ovari". Mungkin itu yang berada di fikiran pramugari-pramugari di atas apabila melihat dan bersama-sama dengan Abang Mat Sabu, Menteri Pertahanan kita.

Kalau ada anugerah Menteri Romeo Sepanjang zaman, sudah pastinya jatuh ke tangan Abang Mat Sabu. Kita harapkan Menteri Pertahanan tidak ada masalah untuk menerangkan kepada isterinya, Kak Normah mengenai gambar-gambar di atas terutamanya pramugari yang telah mendapat nombor telefon Abang Mat Sabu tersebut.

Keselamatan pramugari di darat dan di langit adalah di bawah tanggungjawab Menteri Pertahanan. Tiada masalahnya Abang Mat Sabu beri nombor telefon untuk memudah beliau dihubungi jika kapal terbang yang dinaiki pramugari tersebut dirampas pengganas atau di serang jet pejuang musuh.

Semalam menjawab Ahli Parlimen PAS Rantau Panjang, Siti Zailah Yusoff yang inginkan penyelesaian kepada isu pakaian seragam pramugari Malaysia yang mencolok mata, Menteri Pengangkutan menjawab, kalau Ahli Parlimen semua rasa pakaian pramugari kita mencolok mata, tolong jangan pandang.

Kesimpulannya, bagi saja nombor telefon.

42 Calon PKR Sungai Kandis Mewarisi Lawak Epik Pemimpin PH Yang Sedia Ada




Sungguh tidak disangka calon PKR bagi Sungai Kandis sememangnya mewarisi sifat badut dan lawak epik pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang sedia ada.

Berdasarkan foto-foto BERNAMA, calon PKR Sungai Kandis ini sedang menunjukkan masalah di tempatnya. Jalan rosak, parit dan longkang air tidak mengalir dan sebagainya.

Beliau agaknya terlupa dua penggal PKR menjadi Kerajaan di Selangor dan dua penggal juga PKR menjadi Wakil Rakyat di Sungai Kandis.

Pada PRU 12 (2008) dan PRU 13 (2013) DUN Sungai Kandis diwakili oleh YB Xavier Jayakumar (PKR) dan pada PRU 14 yang lepas pun PKR menang juga selepas berlaku persempadanan lokaliti.

Malah Menteri Besar Selangor dahulu dan sekarang juga dari partinya. Takkan nak salahkan BN pulak kot? Gambar-gambar ini bukti PKR gagal di Sungai Kandis.

August 1, 2018

49 Kuasa Penasihat Khas Menteri Lebih Tinggi Dari Ketua Setiausaha Kementerian Sehingga Boleh Bagi Arahan?


Penasihat Khas Menteri pun dia.

Pengerusi PTPTN pun dia juga.

Besar juga kuasa Penasihat Khas Menteri ya? Boleh beri arahan kepada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian untuk menghentikan langganan akhbar Utusan Malaysia. Selalunya, memo dari Boss kepada pegawai bawahan. 

Dalam kes di atas sudah terbalik. Mungkin beliau bertindak atas arahan YB Menteri. Atau mungkin beliau Penasihat Khas Menteri yang kedudukannya lebih tinggi daripada KSU atau Menteri itu sendiri.

Kesimpulannya, adakah Penasihat Kerajaan PH boleh memberi arahan kepada pegawai kanan kerajaan? Adakah ini bermakna penasihat juga boleh terlibat dengan penetapan keputusan kerajaan semasa?

Kemaskini 8.30PM:

Memang pelik! Menteri Pendidikan Dr Maszlee berkata beliau tidak mempunyai maklumat. Beliau 'perlu periksa memo yang dikeluarkan oleh penasihat khasnya, Wan Saiful Wan Jan. Misteri sungguh Kerajaan PH.

50 Menteri Kewangan Kerajaan PH Buat Hal Lagi



Menteri Pertahanan Mat Sabu boleh selamba beritahu Dewan Rakyat TUDM hanya ada 4 Sukhoi boleh terbang manakala 14 lagi sedang diperbaiki. Sepatutnya cukup menyebut pegangan aset sahaja ada 18 jet sukhoi dan beberapa diperbaiki. Tak perlu spesifik. Tahulah musuh kita hanya ada 4 Sukhoi boleh terbang! 

Bukan semua benda dalam ketenteraan ni boleh diberitahu semuanya seperti bahan-bahan untuk masakan! Ada benda yang boleh kita umum, ada benda yang kita tak boleh umum. Contohnya tentang pertahanan negara, kalau nak sangat ketelusan sampai umum semua senjata yang kita ada, berapa yang rosak, berapa yang elok, tak payah negara lain hantar perisik.

July 31, 2018

56 Tahniah! Syarikat Anak PM Ke 4 Terima Kontrak GLC Milik Kerajaan PM Ke 7




Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada TS Mokhzani Tun Mahathir, anak Perdana Menteri ke 4 kerana syarikat beliau, Opcom Holding Berhad, melalui anak syarikatnya Opcom Cable Sdn Bhd berjaya mendapat kontrak daripada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

Syarikat GLC, Telekom Malaysia Berhad (TMB) milik Kerajaan Tun Dr Mahathir, Perdana Menteri ke 7, telah menganugerahkan kontrak 'Rakan Unifi' kepada Opcom Cables Sdn Bhd bernilai RM11.157 juta.

Syarikat Kumpulan Opcom yang beroperasi di Shah Alam ini dahulunya diterajui oleh adinda TS Mokhzani iaitu DS Mukhriz, sebelum dipindah milik pentadbirannya ke kekandanya selepas DS Mukhriz menjadi Menteri Besar Kedah. Walau bagaimanapun, DS Mukhriz dilaporkan masih mempunyai saham terbesar.


Syarikat Opcom Cables Sdn Bhd juga dahulunya kerap mendapat kontrak rundingan terus daripada TMB untuk membekalkan 'fibre optic'.

Kesimpulannya, tiada unsur kronisme di sini disebabkan kontrak diberikan kepada anak PM ke 4 oleh syarikat GLC milik Kerajaan PM ke 7. Noktah. Haa tepuk!


19 Mat Sabu Minta DS @NajibRazak Ulang Perkataan Badut Dalam Parlimen, Kartunlah Menteri Pertahanan


Kita dapat merasakan bahawa Menteri Pertahanan seorang yang amat keliru. Selalunya, orang mengadu serangan atau komen yang dibuat di dalam Parlimen sebagai seperti pepatah English, 'hitting below the belt'.

Ini disebabkan apa-apa (melainkan empat perkara spesifik) yang disebut di dalam Dewan Rakyat tidak boleh disaman kerana kekebalan Parlimen itu sendiri.

Mat Sabu pula terbalik orangnya. Mana tidaknya. Beliau mencabar DS Najib Tun Razak sebaliknya. Beliu mencabar mantan Perdana Menri mengulang kenyataan bahawa Mat Sabu adalah badut (joker) di dalam Dewan Rakyat.

Kalau DS Najib Tun Razak mengulang di dalam Dewan sekalipun, kenyataan YB Pekan bahawa Menteri Pertahanan seorang badut akan di rekodkan untuk selama-lamanya di dalam Hansard Parlimen! Apa faedahnya?

Kesimpulannya, mmang kartun dan badut lah Menteri Pertahanan Malaysia.

40 RTC, Satu Lagi Produk DS @NajibRazak Dijenamakan Semula, MRT Pula Buat 'U-Turn'

Makan di kedai Nasi Ayam tadi. Minta Nasi Harapan 2 set, sambal lebih. 

Penjual tanya, "Nasi Harapan apa Bang?" 

Saya jawab, "Oooo Kerajaan belum jenamakan semula ka? Kalau begitu, bagi Nasi Ayam 2, sambal lebih."

Tidak pasti apa yang tidak kena dengan nama Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) ataupun Pusat Transformasi Bandar (UTC) sehingga hendak dijenamakan semula. Takkan hendak dijenamakan sebagai MTC pulak atau Pusat Transformasi Mahathir atau Pusat Transformasi Harapan?

Kita faham jika Kerajaan Pakatan Harapan amat fobio atau takut dengan jenama '1Malaysia'. Namun, nama Pusat Transformasi Bandar / Luar Bandar langsung tidak sedikitpun mempunyai ciri-ciri mana-mana parti politik.

Adakah dengan penjenamaan semula kesemua produk dan idea Kerajaan Barisan Nasional (BN), Rakyat akan lupa asal usul pengasas atau penciptanya? Senang sungguh Kerajaan Pakatan Harapan memerintah. Curi, jenamakan semula dan kekalkan. Bersungguh-sungguh rupanya Kerajaan Pakatan Harapan mahu memadamkan 'Legasi Najib Razak'.

Kesimpulannya, nasib baik Nasi Ayam bukan produk atau nama yang dibuat oleh DS Najib Razak. Kalau tidak, sudah pasti semua penjual Nasi Ayam terpaksa menjenamakan semula sebagai Nasi Harapan,

Nota Kaki - Satu lagi 'u-turn'. Daripada dibatalkan, kini jadi ditangguhkan.



July 30, 2018

59 @chedetofficial Dan @AzminAli Terajui Khazanah, Lagi Manifesto PH Dicapati



Perdana Menteri melantik Ahli Lembaga Pengarah baharu Khazanah Nasional Berhad termasuk dirinya sendiri sebagai Pengerusi dan Menteri Ekonomi, DS Azmin Ali antara Pengarah syarikat GLC berkenaan.

Sekali lagi janji-janji di dalam Mamifesto PH dicapati apabila perlantikann Perdana Menteri dan Menteri Ekonomi dalam Khazanah Nasional Berhad berkaitan dengan politik.

Untuk pengetahuan macai Tomato, Janji 22 Manifesto PH menegaskan Kerajaan PHbakan memastikan perlantikan Ahli Lembaga Pengarah ke dalam GLC nasional da negeri bukan berdasarkan kaitan politik mereka dan dari kalangan professional.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng tidak dilantik menganggotai Khazanah. Nampaknya, andaian ramai sebelum ini yang menyatakan Lim Guan Eng hanya sekadar penjaga buku kira-kira wang Kerajaan adalah benar dan tepat.

Perdana Menteri lebih mengutamakan Azmin Ali bagi menguruskan kekayaan Kerajaan. Kesian Ah Benhng. Tnggal LHDN dan Kastam sajalah. Itu pun kalau LHDN tidak diswastakan nanti.

Haa tepuk!



37 Tidak Cukup Dengan Minta Maaf, Kula Segaran Perlu Letak Jawatan



Selepas dikecam pelbagai pihak, Naib Presiden DAP, M Kula Segaran membuat keputusan untuk menarik balik kenyataan kontroversi dikeluarkannya dalam satu ucapan di Negeri Sembilan, baru-baru ini. Beliau berkata, baca di sini,
Saya akan selalu menjunjung perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkataan seperti 'sesumpah'. Maksudnya selalu berbeza seperti perkataan 'pendatang' yang saya ucapkan dalam bahasa Tamil baru-baru ini.
Untuk menghentikan semua kontroversi ini, saya buat keputusan minta maaf dan tarik balik kenyataan itu. Saya dengan ini meminta maaf di atas wujudnya rasa terluka kepada sesiapa sahaja dengan kenyataan tersebut.
Tidak cukup dengan permohonan maaf, Kula Segaran sepatutnya meletak jawatan atau dipecat dari Kabinet kerana:

1. Mengeluarkan kenyataan berbau perkauman. 

2. Memutar belit sejarah Malaysia, dengan menuduh Melayu adalah pendatang.

3. Memutar belit kononnya Utusan Malaysia memfitnah kenyataan beliau.

4. Video ucapannya telah menjadi viral seperti di bawah.


Kesimpulannya, Kula Segaran sepatutnya meletak jawatan atau dipecat. Melayu Tomato PH setuju atau tidak dengan cadangan ini?

13 Apa Yang Bangga Dengan UEC? University Of Oxford Dan University Of Cambridge Pun Tidak Iktiraf



Terdapat suara-suara sumbang yang mengatakan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Malaysia lebih rendah dari Unified Examination Certificate (UEC) dan UEC lebih diterima di kebanyakan universiti-universiti ternama. 

Sedikit tinjauan dibuat secara rambang untuk syarat kemasukan ke University Of Oxford, baca di sini, dan University Of Cambridge, baca di sini, bagi pelajar Malaysia. Kedua-dua universiti berkenaan menyenaraikan STPM sebagai syarat kemasukan.

Bahkan Univerisity Of Oxford menyatakan tidak dapat menerima UEC sebagai syarat kemasukan ke universiti berkenaan. Kita patut berbangga dengan sistem peperiksaan  kebangsaan kita. Pergi mampus dengan permintaan Cina DAP dan Timbalan Menteri Pendidikan,

36 Penyanyi SPM Gred 3 Anggotai Majlis Yayasan Pintar, Pintar Di mana?


Adalah satu penghinaan kepada tokoh-tokoh akademik apabila terpaksa duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan penyanyi Siti Norhaliza yang hanya berbekalkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) gred 3 (ada sumber yang mengatakan beliau gagal SPM).

Kerajaan PH Tomato telah memansuhkan Majlis Professor Negara sebaliknya meletakkam Siti Norhaliza sebagai Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pintar? Persoalannya, pintar celah mana?

Ramai lagi anak Malaysia yang berjaya dan bijak pandai. Di mana letaknya ketelusan dan intergriti apabila lulusan SPM Gred 3 dilantik menjadi Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pintar?

Siti Norhaliza kononnya boleh menyumbang idea hebat untuk majukan sistem pendidikan negara. Sedih melihat tokoh Akademik ITM, Tan Sri Arshad Ayob disamatarafkan dengan beliau. Satu penghinaan.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates