July 14, 2018

22 Bayangkan Kalau DS @NajibRazak Naik Jet Rasmi Kerajaan Pergi Kenduri Kahwin



CTS kena akui cytro-cytro pembangkang amat berhemah di dalam mengendalikan sesuatu isu. Bayangkan sekiranya gambar-gambar di dalam posting ini ditukar watak kepada mantan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak. 

Bayangkan juga mantan Perdana Menteri menghadiri kenduri kahwin seorang sahabat di Kuching, Sarawak menggunakan jet rasmi Kerajaan bersama-sama isterinya, DS Rosmah Mansor. Pastinya macai-macai Tomato seperti babi kepanasan dan memaki hamun kedua-dua pemimpin. 

Pastinya juga pada waktu ini juga Rafizi Ramli dan Tony Pua sibuk membuat kiraan berapakah kos penerbangan tersebut. Berapa minyak habis, berapa bagasi yang dibawa dan pelbagai lagi. Pastinya dua tiga Sidang Media melalui Facebook akan dilakukan.

Namun tidak seperti cytro Kerajaan Tomato yang 'uneducated', kami pembangkang faham tugas Perdana Menteri untuk menggunakan jet rasmi Kerajaan walaupun untuk majlis peribadi. Ini bukan sahaja melibatkan urusan yang lebih cepat dan selesa, malah keselamatan seorang Perdana Menteri itu lebih utama.

Itu bezanya cytro pembangkang dan cytro 'uneducated' Tomato. Kalau tak faham jugak, sila meninggal.




54 Mula Dipersalahkan DS @NajibRazak, Kemudian Minta Tolong Selesaikan Masalah Rakyat, Gilakah Ini Menteri?



CTS telah membuat ramalan di dalam posting semalam, baca di sini, yang berbunyi,
Kali ketiga ditanya wartawan, Menteri yang berkenaan kembali kepada fitrah Pakatan Harapan iaitu menyalahkan orang lain. Kali ini mamak dipersalahkan. Menteri mendakwa 30% restoren mamak menaikkan harga barangan selepas perlaksanaan kadar GST sifar pada 01 Jun. Kita berharap wartawan tidak lagi bertanya soalan kenaikan harga barangan selepas ini. Kita pasti jawapannya adalah salah UMNO, salah BN dan salah Najib Raxak.
Telahan dan ramalan CTS menjadi kenyataan tidak sampai 24 jam. Menteri KPDNHEP, Saifuddin Nasution tanpa rasa malu menyalahkan mantan Perdana Menteri disebabkan kegagalan beliau menjalankan tugas. Baca di sini.

Paling rasa akal diperbodohkan oleh Menteri Kerajaan Tomato ini ialah, sudahlah mantan Perdana Menteri dipersalahkan di atas masalah kenaikan harga barang, Saifuddin tanpa rasa malu dan bersalah tekah menjemput DS Najib Tun Razak untuk hadir ke Parlimen bagi membincangkan penyelesaian bagi menangani masalah kos sara hidup Rakyat. Baca di sini

Gilakah ini Menteri?

19 Baru Dua Bulan Memerintah, Pangkat Di Bahu Sudah Penuh, Bayangkan Kalau 5 Tahun?




Dulu semasa mantan Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin mendapat Brigedier Jeneral Kehormat Wataniah, ramai yang mempertikaikannya. Itupun beliau pernah berlatih asas ketenteraan sampai hitam legam kulitnya termasuk berlatih payung dengan terjun daripada pesawat pada jarak beribu kaki tingginya.

Kini, Zuraidah Zakaria, telah mendapat Timbalan Pesuruhjaya Kehormat Bomba. Pastinya anugerah ini datang dengan usaha keras. Zuraidah pastinya pernah berlatih sampai ke peringkat meredah api sambil memanjat tangga yang tinggi serta lulus cemerlang memakai sut kalis haba panas dengan mengharung bahang pada suhu melebihi 100 darjah selsius!

Perbezaan ketara apabila Khairy Jamaluddin dianugerahkan Brigedier Jeneral Kehormat Wataniah, ialah netizen puas caci dan maki. Namun apabila Zuraidah dianugerahkan Timbalan Pesuruhjaya Kehormat Bomba, netizen hanya diam mengunyah kuaci.' 'Double standard' tahap cipan nampak macai-macai tomato.

Keaimpulannya, baru dua bulan Kerajaan PH memerintah pingat sudah penuh di bahu. Bayangkan kalau mereka memerintah 5 tahun. Pasti pingat seperti gambar di bawah.

July 13, 2018

37 Wartawan Dan Pemberita Hanya Perlu Semak Twitter Sahaja Selepas Ini Untuk Jawapan Menteri



Buat pertama kali dalam sejarah, seorang Menteri Persekutuan meminta pemberita dan wartawan untuk menyemak laman sosial Twitter beliau bagi mendapatkan jawapan-jawapan yang diperlukan oleh wartawan dan pemberita untuk menulis. Menteri Belia Dan Sukaneka, Syed Saddiq, didapati enggan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh wartawan dan menyuruh mereka untuk menyemak tulisan di Twitter beliau.

Mungkin Menteri Muda ini baru merasai bagaimana 'stress' menghadapi wartawan dan pemberita. Kalau dulu semasa jadi pembangkang, beliau juga yang mengadu Menteri susah didekati, Menteri sombong, Menteri tidak layan soalan dan Menteri tidak layan 'press', kini Syed Saddiq mempunyai kurang lebih lagi 5 tahun untuk menghadapi situasi ini.

Kesimpulannya, selepas ini wartawan dan pemberita tidak perlu susah payah untuk terjah dia lah. Bukankah beliau kata, "check on my Twitter".

35 Yang Ini Lawak Baru Dari Kerajaan PH, Sama Ada Menteri Blur Atau Jenis Flip Flop Mengenai Harga Barangan




Menteri Pakatan perlu menghadiri kursus untuk memantapkan pegangan mengenai pendirian yang diberikan kepada umum terutamanya bagi golongan wartawan. Ini bagi memastikan umum tidak terbelit dengan kenyataan Pak Menteri yang bercanggah dengan satu sama lain walaupun dalam masa yang dekat.

Begitu juga dengan kenyataan media yang diberikan oleh MenteriMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Dato Saifuddin Nasution Ismail mengenai harga barangan. Kali pertama ditanya, beliau dengan yakin memberikan angka bahawa hampir 70% barangan keperluan mengalami penurunan selepas perlaksanaan cukai GST berkadar sifar.

Apabila ditanya buat kali kedua, Menteri berkenaan menjawab bahawa penurunan harga yang kecil menyebabkan punca Rakyat tidak merasa kesannya. Beliau bagaimanapun mengakui GST bukan sebab utama harga barangan naik biarpun itulah modal dan tohmahan yang digunakan terhadap Kerajaan BN sebelum PRU14.

Kali ketiga ditanya wartawan, Menteri yang berkenaan kembali kepada fitrah Pakatan Harapan iaitu menyalahkan orang lain. Kali ini mamak dipersalahkan. Menteri mendakwa 30% restoren mamak menaikkan harga barangan selepas perlaksanaan kadar GST sifar pada 01 Jun. Kita berharap wartawan tidak lagi bertanya soalan kenaikan harga barangan selepas ini. Kita pasti jawapannya adalah salah UMNO, salah BN dan salah Najib.

July 12, 2018

46 Kenapa 'Terbulu-Bulu' Hendak Mengiktiraf UEC, Dr @maszlee


Agak hairan kenapakah Kementerian Pendidikan agak tergesa-gesa dan ter'bulu-bulu' (kata pemimpin DAP) hendak mengiktiraf perlaksanaan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC). Kita faham Pengiktirafan UEC terkandung di dalam Manifesto PH. Namun, ada 10 lagi mnifesto yang dijanjikan untuk ditunaikan dalam masa 100 pentadbiran Kerajaan PH yang masih belum ditunaikan.

Janji yang ini cepat pulak Kerajaan PH hendak lunaskan. Tentunya permintaan majoriti yang menyokong mereka hingga menang perlu diutamakan, bukan? Sedangkan Menteri Pendidikan sendiri janji beliau di bawah masih belum ditunaikan. Baca di sini.



Namun bagi memastikan kelangsungan karier politiknya, Menteri Pendidikan ini perlu membodek Boss Besar beliau. Di dalam satu perjumpaan dengan kakitangan Kementerian, Dr Maszlee telah mengelarkan Perdana Menteri sebagai seorang pahlawan Jedi (dalam filem trilogi Star Wars) bernama Yoda. Tinggi betul tahap ampu Menteri ini. Tonton video di bawah:



Kesimpulannya, hampir setiap hari kita dihidangkan dengan lawak bodoh dari Pak-Pak Menteri.

Nota Kaki - Master Yoda tidak pernah khianati kaum beliau dari golongan Jedi. Yang mengkhianati kaum sendiri adalah Emperor Palpatine atau lebih dikenali sebagai Darth Sidious. Menariknya watak Darth Sidious ini adalah beliau mati dibunuh anak muridnya sendiri.

30 Adakah 20 Hari Dalam Bulan Julai, Malaysia Ada 2 Ketua Hakim Negara?


Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, pada 13/06/2018 berkata, Ketua Hakim Negara, Tun Raus Shariff dan Presiden Mahkamah Rayuan, TS Zulkefli telah menghantar surat peletakan mereka pada 7 Jun lalu selain perletakan berkenaan akan mula berkuat kuasa pada 31 Julai ini.

Richard Malanjum malam tadi mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu dan pelantikan beliau berkuat kuasa pada 11/07/2018. Kenapa pelantikan Ketua Hakim Negara yang baharu dibuat sebelum tarikh berkuatkuasa surat peletakan jawatan Ketua Hakim Negara yang terdahulu? 

Ini bermakna perlantikan Ketua Hakim Negara yang baharu adalah 20 hari lebih awal. Adakah ini juga bermakna dalam tempoh 20 hari akan datang Malaysia mempunyai dua orang Ketua Hakim Negara? Kenapa perlantikan ini nampak seperti 'terbulu-bulu'?

Kesimpulannya, 'Rule of Law' apa yang dipakai oleh Kerajaan PH, sekiranya ...

1. Ketua Pesuruhjaya SPRM masuk pejabat dan mulakan tugasnya sebelum mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang?

2. Ketua Hakim Negara yang baharu mengangkat sumpah jawatan sebelum tarikh berkuatkuasa perletakan jawatan penyandang sedia ada?


54 Kos LRT3 Kini 47% Lebih Rendah Bukan Disebabkan Tadbir Urus Yang Baik, Tapi Pengurangan Infrastruktur Yang Dibina


Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata Kabinet bersetuju projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) diteruskan dengan kos akhir berjumlah RM16.63 bilion, iaitu 47 peratus lebih rendah berbanding kos asal RM31.65 bilion. Lim Guan Eng dipetik berkata,
Penjimatan bernilai RM15 bilion bukan sahaja penting dalam konteks pengurangan hutang negara, malah ia juga bakal memberi penjimatan tambahan bernilai RM14 bilion khususnya dalam kos faedah sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman kewangan.
Pengurangan kos sebanyak 47 peratus ini membuktikan kemampuan kerajaan dalam usaha mendapatkan penjimatan kos yang begitu signifikan bagi projek yang harga asalnya melambung tinggi akibat kelemahan tadbir urus
Pertama, apa yang sebenarnya berlaku adalah antara langkah utama yang diambil untuk mengurangkan dan merasionalisasi kos projek ini termasuk:

1. Mengurangkan jumlah tempahan daripada 42 set kereta api 6-koc kepada 22 set kereta api 3-koc.
2. Mengubahsuai saiz dan reka bentuk stesen LRT mengikut piawaian jajaran LRT Kelana Jaya dan bukannya mengikut saiz stesen MRT yang lebih besar.
3. Menangguhkan pembinaan lima stesen yang dijangkakan mempunyai jumlah penumpang yang rendah, sehingga terdapat keperluan untuk membina stesen itu, iaitu Lien Hoe, Temasya, SIRIM, Bukit Raja dan Bandar Botanic.


Kedua, bagaimana kos asal MRT3 bernilai RM9 bilion (baca di sini) boleh melambung menjadi RM31.65 bilion? Ah Beng buat magik atau 'mark-up' harga?

Analogi mudah adalah seperti berikut:

LGE: Berapa harga 10 biji telor ayam?
Penjual: RM9.
LGE: Ok saya mahu 3 biji saja.
Penjual: 3 biji harga RM3.
LGE: Bagus, saya sudah berjaya jimatkan RM6. Pengurangan harga dari RM9 kepada RM3.

Kesimpulannya, adakah LGE berjimat dengan membeli 5 biji telor ayam? Jawapannya ya. Adakah berlaku kelemahan salah tadbir urus dengan membeli 10 biji telor ayam? Pastinya tidak!




Nota Kaki:

Soalan Matematik SPM 2018

Harga kos sebenar pembinaan LRT3 berjumlah RM9 bilion. Kemudian Ah Beng memanipulasi harga dengan menaikkan harga kos kepada RM31 bilion.

Ah Beng kemudiannya mengumumkan kos berjaya dikurangkan kepada RM16 bilion untuk mendapat pujian berserta dengan pengurangan separuh dari harga kos sebenar.

Berapa bilion ringgit (RM) keuntungan Ah Beng selain dari keuntungan berbilion puji-pujian dari macai Tomato?

13 Nikkei Asian Review Tidak Yakin Kemampuan Malaysia Mengatasi Masalah Ekonomi


Gegak gempita warga macai Tomato apabila Perdana Menteri menghadiri Persidangan Nikkei dan memberikan ucaptama di majlis berkenaan di Jepun. Lain pula halnya apabila Perdana Menteri pulang ke tanah air.

Nikkei Asian Review, akhbar kewangan terbitan Nikkei terbesar di dunia dengan edaran lebih tiga juta naskah melaporkan, dasar-dasar kewa­ngan yang tidak kukuh termasuk pemberhentian cukai barangan dan perkhidmatan (GST), penyusutan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat dan juga dana saham yang terus mengalir keluar dari negara disebabkan ketidak yakinan pelabur, tidak yakin Perdana Menteri boleh mewujudkan laluan pertumbuhan yang berdaya maju.

Akhbar berkenaan turut menyentuh berkenaan mata wang ringgit yang semakin lemah hingga melebihi RM4 berbanding dolar Amerika Syarikat hingga akhir Jun dan juga penanda aras indeks FBM KLCI yang kukuh sejak awal tahun, jatuh selepas Tun Dr Mahathir mengambil alih kepimpinan negara dan sejak itu merudum 10 peratus.


Mungkin macai-macai Tomato tidak percayakan ulasan yang dibuat oleh Utusan Malaysia di atas. Pautan asal Nikkei Asian Review boleh di baca di sini.

July 11, 2018

48 Perlukah Panglima-Panglima Perang Malaysia Beratur Mengucapkan Selamat Hari Lahir Kepada Perdana Menteri?



Betulkan CTS jika berlaku kekhilafan fakta. Pernah atau tidak berlaku sepanjang Malaysia merdeka selama 61 tahun dan mempunyai 6 Perdana Menteri sebelum ini, Panglima Angkatan Tentera termasuk Panglima Tentera Darat, Laut dan Udara berbaris mengucapkan selamat hari lahir kepada Perdana Menteri?

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berada di bawah bidang kuasa DYMM YDP Agong. Sekali lagi betulkan CTS jika berlaku sekali lagi kekhilafan fakta. Pernahkah kita melihat keempat-empat Panglima Perang negara mengeluarkan kenyataan memperingatkan Rakyat agar jangan menghina atau mencaci institusi Di Raja sewaktu Institusi berkenaan diserang dan YDP Agong dihina serta dicaci?

CTS boleh terima jika stesen TV tempatan seperti TV3 dan Astro Awani berlumba-lumba menyiarkan siaran langsung ucapan hari lahir. Ini memandangkan mereka perlu menjadi penjilat tegar kepada 'government of the day' nombor wahid untuk survival dan masa depan syarikat komunikasi mereka. Namun, agak janggal bagi Panglima-Panglima perang negara melakukan perkara yang sama. Atau pendapat CTS salah?

43 Selepas Lawak Abang Mat, Kerajaan PH Buat Lawak Jamal Yunos Pula



Hari ini hari lawak sedunia. Selepas lawak Abang Mat dengan episod 'Mind Your Language', Kerajaan PH meneruskan dengan lawak Jamal Yunos. Apa tidaknya. Susah payah pihak PDRM pergi reman Jamal di hospital. Buru Jamal sampai ke Indonesia. Keluar amaran merah Interpol. Hantar pegawai beberapa orang pegawai PDRM ke Indonesia untuk membawa Jamal balik. Iringi Jamal dengan kawalan keselamatan yang ketat. 

Apa kesudahannya? Akhirnya Jamal dijatuhkan hukuman yang sangat berat kerana "memecahkan botol arak menggunakan penukul besi yang merupakan kesalahan yang mesti didenda kerana memecahkan botol arak di depan pejabat Menteri Besar boleh mendatangkan bencana, bahaya dan kegusaran awam."

Hukumannya adalah denda RM400. Saya rasa tiket kapal terbang untuk membawa Jamal pulang ke Malaysia mungkin lebih mahal. Pihak Interpol dan Kerajaan Indonesia pasti panas telinga mendengarnya. Jangkaan Kos Operasi Tangkapan Dato Jamal Yunos yang telah menggunakan duit rakyat.

Kos pencarian: RM30,000
Kos komunikasi: RM5,000
Kos logistik: RM10,000
Kos ekstradisi: RM45,000

Jumlah keseluruhan: RM90,000

Denda kesalahan Jamal Yunos: RM400

Kesimpulannya, Di negara pasir dua butir, jika anda memecahkan botol arak, anda mungkin diburu seperti penjenayah. Walau bagaimanapun, jika anda mengadakan pesta minum arak seperti October Fest, anda akan dianggap berfikiran terbuka dan moden.


55 Pesuruhjaya Tinggi Australia Perli English Menteri Pertahanan Malaysia Di Laman Sosial?


Apakah tujuan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Andrew Goledzinowski memuat naik perbualan beliau dengan Menteri Pertahanan Malaysia, Haji Muhammad Sabu seperti di atas? Adakah tujuan untuk perli bahasa English Menteri Pertahanan yang 'berpiawaian tinggi'? Persoalan seterusnya apa yang cuba dimaksudkan oleh Abang Mat ini? 


Gambar di atas adalah Senator Marise Payne, Menteri Pertahanan Australia. Abang Mat cakap Menteri Pertahanan Australia ini menteri kita juga. Adakah saya boleh membuat andaian perbualan di atas boleh disamakan dengan perbualan berikut:

"How is your wife?"

"Good"

"She is not just your wife, she is my wife too!"

Kesimpulannya, Oh my English. Apabila Abang Mat cakap English, orang putih sendiri pun tak faham. Sebab taraf English Abang Mat tinggi sangat. Menteri Malaysia sudah jadi 'laughing stock'.

34 Thomas & Friends Pening, Peguam Negara Switzerland Konsisten DS @NajibRazak Bukan Tertuduh Pesalah 1MDB


Pejabat Peguam Negara (OAG) Switzerland konsisten bahawa DS Najib bukan suspek / penjawat awam yang dituduh dalam siasatan 1MDB. Berikut adalah kronologi kejadian:

14 Ogos 2015

Pejabat Peguam Negara Switzerland mengumumkan prosiding jenayah dimulakan berhubung 1MDB.

02 Februari 2016

Dalam satu temubual dengan Nikkei Asian Review, jurucakap Pejabat Peguam Negara Switzerland, Andre Marty berkata, DS Najib bukan pegawai awam yang disenarai dalam prosiding jenayah tersebut. Baca di sinidi sini dan di sini.

10 Julai 2018

Selepas Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara, Tommy Thomas, suatu  kenyataan dikeluarkan kepada Reuters bahawa DS Najib tidak termasuk dalam penjawat awam yang dituduh. Baca di sini.

Thomas & Friends tengah pening sekarang. Patutlah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) DS Mohd Shukri Abdull berkata siasatan berhubung kes 1MDB telah 50% selesai. Baca di sini. 50% selebihnya pun dia pening nak siasat di mana.

Kesimpulannya,

1. Pihak polis Macau kata PDRM buat kenyataan tidak selari dengan fakta.

2. Ketua Peguam Switzerland kata DS Najib bukan suspek di dalam siasatan kes 1MDB mereka.

3. Bank Dunia tidak setuju hutang negara adalah RM1.0 trillion.

Adakah anda nampak corak penerimaan institusi di seluruh dunia terhadap Malaysia? Adakah mereka tidak setuju dengan 'government of the day'?


Nota Kaki - Sedutan dari filem 'Lord of the 1MDB'. "Apa??? Peguam Negara Switzerland beritahu Najib tak terlibat?" tanya Gollum yang memegang watak sebagai KP SPRM.

July 10, 2018

67 Adakah Barangan Yang Dirampas Pihak Polis Dari Kediaman Berkaitan Mantan Perdana Menteri Adalah Barangan Dagangan?



Sedari awal CTS ada mengsyaki kuantiti koleksi beg tangan berjenama eksekutif di dalam kotak baru dan barangan kemas bernilai jutaan ringgit yang dirampas oleh Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dari tiga premis di Pavillion adalah merupakan barang-barang dagangan (trade goods).

Hari ini, laporan Malaysiakini, baca di sini, melaporkan seorang tukang emas borong terkenal dari Lubnan memfailkan saman AS$14.79 juta (RM59.831 juta) terhadap isteri Mantan Perdana Menteri DS Rosmah Mansor berhubung penghantaran 44 barangan kemas yang dihantar kepadanya pada Februari, dan dirampas oleh PDRM pada Mei.

Global Royalty Trading SAL memfailkan saman berkenaan melalui firma Tetuan David Gurupatham dan Koay. Dalam pernyataan tuntutannya, firma yang berpangkalan di Beirut itu mendakwa DS Rosmah Mansor adalah pelanggan lama, dan syarikat itu juga menjual barangan kemas di seluruh dunia, termasuk kepada keluarga di Raja.

Global Royalty mendakwa seperti pada tahun-tahun sebelumnya, firma itu akan menghantar barangan kemas kepada DS Rosmah Mansor mengikut permintaannya untuk dinilai dan dibeli serta dibayar olehnya atau oleh pihak ketiga. Firma itu berkata barangan kemas yang tidak dipilih akan dipulangkan.

Global Royalty mendakwa bahawa ada kalanya, DS Rosmah Mansor akan meminjam barang kemas itu, dan beliau atau ejennya akan menerima barangan berkenaan di Kuala Lumpur, Singapura atau Dubai. Firma itu mendakwa bahawa memorandum penyerahan akan mengiringi hantaran atau konsainan barangan kemas, yang menerangkan terma dan syarat.

Global Royalty, menerusi memorandum bernombor 926 bertarikh 10/02/2018, telah menghantar 44 unit barangan kemas, termasuk kalung berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara, setiap satu bernilai antara AS$124,000 dan AS$925,000.

Selama ini di media sosial bermati-matian menuduh DS Rosmah berkenaan rampasan barang kemas kononnya milik beliau. Hari ini bila pengusaha emas mengaku barang kemas tersebut adalah milik mereka, tiba-tiba Kerajaan PH menafikan dan boleh pula mengaku milik mereka. Kita dapat lihat bagaimana persepsi dilakukan bagi membuat orang ramai mempercayai sesuatu tanpa bukti yang kukuh untuk DS Rosmah Mansor dibenci dan dimusuhi ramai orang.

Ramai yang tidak menyukai DS Rosmah Mansor, tetapi sebenarnya, apakah kesalahan jika seseorang itu tahu bidang untuk berniaga? Salahkah bagi seorang wanita berniaga bidang yang diminati mereka iaitu baranagan kemas, beg tangan dan perhiasan wanita? Tiada siapa yang dapat menjawabnya, selain dakwaan-dakwaan yang bertaraf persepsi. Sekarang menjadi satu beban kepada PDRM untuk mencelah tindakan saman peniaga barang kemas Lubnan terhadap DS Rosmah.

33 10 Sebab Mengapa @SyedSaddiq Tidak Layak Memegang Jawatan Menteri KBS


1. Syed Saddiq telah dilantik sebagai Menteri Belia Dan Sukan oleh Kerajaan PH. Abangnya ialah Syed Abdullah, seorang yang mempertahankan dan pendokong golongan LGBT. Sumber di sini.


2. Syed Saddiq dikritik hebat kerana berseluar pendek ketika berjogging dengan beberapa individu dikatakan pegawai-pegawai KBS. Sumber di sini.

3. Syed Saddiq turut dikritik hebat pula kerana gambar Amar Assuat, bekas pegawai MPKJ yang dihukum mahkamah terlibat kes rasuah bersama dengan Syed Saddiq di pejabat Menteri KBS tular di media sosial.



4. Walaupun Syed Saddiq memberi alasan bahawa Amar tidak diundang dan datang sendiri menyamar sebagai pegawai, ianya tidak dapat diterima netizen kerana ada gambar Amar membaca doa bersama dengan Syed Saddiq. 

5. Tak cukup dengan itu muncul pula kemelut perlantikan Numan Afifi, aktivis LGBT dan Presiden Kempen Pelangi yang pernah menganjurkan Iftar Gay terbesar tahun lepas telah menjadi tular di media sosial dan mendapat kecaman pelbagai pihak. Ini adalah laporan penganjuran Iftar LGBT anjuran Numan Afifi tahun lalu. Baca di sini.

6. Numan Afifi kemudiannya melepaskan tugasnya dalam DAP Subang dan Sekolah Demokrasi DAP selepas insiden Iftar Gay terbesar anjurannya itu dikecam pelbagai pihak. Beliau walau bagaimanapun menafikan diarah melepaskan tugas. Baca di sini.

7. Syed Saddiq menafikan melantik Numan Afifi walaupun carian awal menunjukkan nama Numan Afifi telah wujud dlm portal rasmi Kementerian Belia Sukan sebagai Pegawai Khas kepada Menteri KBS. Baca di sini.

8. Setelah menerima kecaman dari pelbagai pihak, media melaporkan Numan Afifi meletakkan jawatan. Baca di sini. Ironinya, Syed Saddiq menerima pula perletakkan jawatan Numan Afifi namun menyatakan segala khidmat Numan tidak ternilai. Baca di sini.

9. Syed Saddiq memberikan komen tentang pemansuhan Biro Tata Negara (BTN) yang sekali lagi mendapat kecaman hebat kerana BTN bukanlah di bawah bidang kuasa KBS. Baca di sini.


10. Terbaru, kenyataan Syed Saddiq yang mengatakan bahawa beliau akan mengkaji pembinaan stadium ragbi pertama negara. Sedangkan Kerajaan BN terdahulu sudah mengenal pasti kawasan yang sesuai di Presint 14, Putrajaya sebagai tapak. Ironinya, Kerajaan PH di bawah Syed Saddiq cuma membuat penjenamaan semula (rebranding) dan mengambil kredit hasil usaha Kerajaan BN terdahulu. 

July 9, 2018

70 Bagaimana Pegawai Khas Menteri Letak Jawatan Kalau Belum Dilantik?


Menteri Belia Dan Sukan merangkap Menteri Kutip Sampah berkata beliau belum melantik sesiapa pun lagi sebagai Pegawai Khas beliau setelah dikecam dia melantik advokat LGBT sebagai Pegawai Khas Menteri. Jika Menteri belum melantik pegawai pejabat Menteri, bagaimana pulak individu yang dipertikaikan umum letak jawatan? Numan Hafifi dipetik Astro Awani, di sini berkata,
Saya berhasrat untuk mengulang dan menegaskan kenyataan YB Menteri bahawa setakat ini belum ada sebarang perlantikan rasmi di Pejabat Menteri. Menjawab mengenai isu beberapa nama yang tertera di laman web rasmi Kementerian, saya dimaklumkan terdapat unsur-unsur sabotaj dan siasatan dalam sedang dijalankan.
Kita memandang berat tuduhan ke atas kakitangan awam di Kementerian Belia Dan Sukan yang dituduh mensabotaj laman web rasmi Kementerian. Kita tidak mahu ada pihak yang cuba melindungi perlantikan ini dan menuduh kakitangan awam sebagai pensabotaj.


 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates