June 30, 2018

40 Akhirnya Perdana Menteri Mengaku Ada Susur Galur Indonesia


Tun Dr Mahathir sebelum ini pernah menyindir DS Najib Tun Razak berketurunan Bugis dan DS Zahid Hamidi berketurunan Jawa. Sekarang beliau tidak lagi malu untuk mengaku bahawa keturunan mertuanya dari Indonesia. Lebih tepat lagi, Perdana Menteri tidak malu mengaku sekarang menantu Jawa, Indonesia.

Perdana Menteri sanggup membuat 'u-turn' dengan mengaku ada kaitan persaudaraan dengan Indonesis semata-mata agar hajat beliau tercapai. Maklumlah mungkin hendak menyenangkan hati Pak Jokowi untuk projek kereta ASEAN.

Sebelum 1943, belum wujud Indonesia, Tun Siti Hasmah adalah keturunan Jawa dari Sumatera. Itu asalnya Tanah Melayu. Bumi Jambi dan Palembang asalnya keturunan Raja-Raja Melayu.

"Penduduk di Malaysia asalnya datang dari Indonesia, termasuk bapak mertua saya," - Tun Dr Mahathir, di Ruang Teratai Istana Kepresidenan Bogor, Jumaat (29/6/2018).

Ramai yang mengutuk keturunan Presiden UMNO yang baru dipilih menerajui parti, asalnya dari Indonesia. Tup-tup semasa Tun Dr Mahathir melawat Indonesia, dia pula mengaku bapak mentua dia pun asalnya dari Indonesia.

39 Tarif Elektrik Naik - Macai Tomato Bercuukur Dan Berterima Kasih Kepada Kerajaan PH



Alhamdulillah, tarif elektrik naik. Macai Tomato bersyukur kegembiraan menyambut sambutan pemerintahan PH (Price Hike). Seperti kata Macai Tomato, semalam kahwin, hari ini dapat anak dah? Anak luar nikah kot?

Kosmo melaporkan tarif elek­trik pengguna komersial termasuk pengguna domestik yang menggunakan elek­trik melebihi 300kWj sebulan di Semenanjung Malaysia akan terkesan ekoran keputusan Suru­hanjaya Tenaga mengenakan surcaj tambahan sebanyak 1.35 sen/kWj bermula esok 1 Julai sehingga 31 Disember ini.

Selepas BN kena badi perkataan 'Barang Naik', kini PH pulak terkena badi yang sama. Penaik Harga (PH) atau dalam English adalah Price Hike (PH). Apa kisah tarif elektrik naik, asalkan BN tumbang. Katanyalah.

Di bawah Kerajaan BN, tarif electrik dijanjikan kekal hingga akhir 2020. Kenapa di bawah Kerajaan 'Save Malaysia' harga meningkat? 



Nota Kaki: Once upon a time in Malaysia.

June 29, 2018

62 Kenapa Menteri Kewangan Suka Buat Lawak Bodoh?


Kerajaan akan berusaha menjual kebanyakan barangan  mewah yang dirampas dari kediaman yang mempunyai kaitan dengan Mantan Perdana Menteri, DS Najib Razak, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Bercakap kepada Associated Press (AP) dalam temu bual hari ini, Lim Guan Eng berkata barangan yang dianggarkan bernilai sehingga RM1.1 bilion itu, hanyalah sebahagian kecil daripada RM50 bilion yang didakwa disalahgunakan daripada 1MDB yang ditubuhkan DS Najib.
Kenapalah Menteri Kewangan begitu naif (baca bodoh) untuk mengetahui bahawa barang-barang yang dirampas di dalam serbuan ke atas premis yang dikatakan pihak polis sebagai kediaman yang ada kaitan dengan DS Najib seperti barangan kemas, beg tangan, kasut, duit, kasut bayi (kecuali cokelat) adalah barangan bukti untuk kes?

Sebelum barangan ini dapat dijual, kes berkenaan hendaklah dibuktikan terlebih dahulu di Mahkamah. Berapa lama masa yang hendak diamnil untuk proses pendakwaan, proses perbicaraan dan proaes penghakiman. Ini belum termasuk proaes rayuan. Itupun sekiranya DS Najib didapati bersalah. Kalau tidak barangan tersebut hendaklah dipulangkan kembali.

Adakah  ini Menteri Kewangan yang paling bodoh yang pernah Malaysia miliki? Jadi tidak hairanlah pelabur-pelabur asing berlumba-lumba keluar dari Malaysia. Namun, logiknya tiada sebab Menteri Kewangan ini juga merupakan Orang Kena Tuduh (OKT) dalam dua tuduhan rasuah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Tidak logik beliau tidak tahu prosedur Mahkamah.

23 Tiada Tindakan Terhadap YDP Negeri Sarawak Sebab Tiada Laporan Rasmi Dibuat? Ini Apa?


Perdana Menteri ketika menjawab persoalan wartawan kenapa tindakan tidak diambil terhadap Yang Di Pertuan Negeri Sarawak berikutan dakwaan rasuah, Tun Dr Mahathir menjawab ini disebabkan tiada aduan rasmi dibuat dan laporan juga tidak dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Baca di sini.

Kita faham Tun Dr Mahathir mungkin terlupa atau terlepas pandang. Oleh yang berkenaan, kita sertakan keratan-keratan akhbar yang menunjukkan laporan dan aduan rasmi telah dibuat sejak 2007 lagi. Diharap Kerajaan PH tidak lagi memberi alasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.




15 Happy 2nd Anniversary Mr Finance Minister


Hari ini adalah hari ulangtahun kedua Mantan Ketua Menteri Pulau Pinang diiringi pegawai SPRM keluar dari Komtar ke pejabat SPRM Pulau Pinang kerana didakwa melakukan rasuah. Hari ini beliau masih lagi merupakan Orang Kena Tuduh (OKT) dengan dua tuduhan rasuah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Kes masih lagi berjalan (tertangguh).

Ironinya, hari ini orang yang sama adalah Menteri Kewangan Malaysia baharu.


37 'U-Turn' Pertama Dari Menteri Pertahanan, Abang Mad




Sebenarnya, CTS sudah agak malas untuk menyelongkar Buku Harapan yang membentangkan janji bulan dan bintang untuk menipu macai-macai Tomato bagi memenangi PRU14. Janji di dalam Buku Harapan tidak lebih kepada sampah sarap kalau tidakpun dianggap najis mughallazah.

Namun, CTS amat kecewa hari ini apabila semalam, Menteri Pertahanan, Tuan Haji Mohammad Sabu (yang meminta memanggil beliau sebagai Abang Mad), telah membuat 'u-turn' buat pertama kalinya sejak menjadi Menteri. Buku Harapan, Janji 28, mengariskan akan membatalkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kerana tidak berjaya mencapai objektif yang digariskan dan penuh dengan pembaziran.

Semalam, Abang Mad berkata bahawa program PLKN tidak gagal, sebaliknya akan dikaji. Biasalah Kerajaan PH, umum batal, kemuadian umum kaji, lepas itu teruskan semula selepas nama projek Kerajaan BN diberikan nama baru. Baru saja kita hendak anugerahkan Abang Mad 'Minister of the Month', beliau sudah buat 'u-turn'.

June 28, 2018

67 Kerajaan PH Dan Plagiat Serta Penjenamaan Semula

Dulu SPAD, jadi Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)


PR1MA sudah ditukar menjadi Perumahan Rakyat Harapan Malaysia (PRHM)


BR1M sudah bertukar menjadi Bantuan Sara Hidup (BSH)


Semalam, JKKK dijenamakan sebagai Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan ...


Klinik 1 Malaysia bertukar menjadi Klinik Komuniti.


Antara yang bakal dikaji, diplagiat dan dijenamakan semula adalah:

1. ADAM 50 mungkin menjadi IZZAH 60.


2. 1MDB juga tidak mustahil dikaji, di kekal dan dijenamakan semula.


Kesimpulannya, Kerajaan PH masuk rumah orang cuci kaki sahaja dan ubah nama. Idea sendiri tidak nampak lagi setakat ini. Sebagai sebuah Kerajaan yang bencikan cara kerja Kerajaan terdahulu, ini menjilat ludah namanya.

27 Perlukah Pegawai Khas Membontoti Menteri Dan Memberi Imej Kononnya Menteri Mesra Rakyat?


Setakat posting ini ditulis, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dan 11 Pegawai Khas beliau masih belum menjawab persoalan CTS, apakah keperluan seorang Menteri mempunyai 11 Pegawai Khas tidak termasuk Penasihat, Setiausaha Politik, Setiausaha Sulit dan Setiausaha Sulit Kanan. Adakah perlantikan mereka berdasarkan 'lantikan politik'? Apakah wang Rakyat digunakan untuk membayar gaji dan elaun mereka?

Penama di atas adalah seorang daripada 11 Pegawai Khas Menteri Pendidikan. Adakah tugas Pegawai Khas ini membontoti Menteri, mengambil gambar dan menyebar luas di media sosial kononnya gambar dan tulisan ini berlaku secara spontan.

Kononnya posting sebegini bagi menunjukkan keprihatinan Pak Menteri dan keakraban beliau bersama Rakyat? Kalau setakat ini tugasan kerja atau 'job scope' Pegawai Khas, ramai cyber-troopers Kerajaan yang boleh buat kerja sebegini.

Kedua, cepat betul Menteri Pendidikan dan Pegawai Khas beliau mengatasi masalah ini. Semalam ada 11 orang Pegawai Khas, sebentar tadi apabila semak di laman sesawang Kementerian Pendidikan sudah tinggal seorang sahaja Pegawai Tugas-Tugas khas! Main padam sahaja nama-nama dan tularkan ke media sosial? Janganlah begini, berilah penjelasan wahai Pak Menteri.

June 27, 2018

82 Tiada Label UMNO Pada Wang Yang Dirampas, Kata Polis, Mungkin Ada Label Najib Razak Atau 1MDB Kot?

Polis berkata mereka belum mengesahkan sama ada wang tunai yang dirampas di hartanah berkaitan DS Najib Razak adalah milik UMNO, seperti dakwaan sesetengah pihak. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata,
Kami tidak tahu sebab tiada tulis 'UMNO'. Jika ada pihak yang mendakwa wang tersebut milik UMNO, polis mahu mengambil keterangan mereka dan menyiasat dakwaan itu. Tetapi setakat ini tiada yang tampil ke depan.
Pelik-pelik kenyataan pihak polis sekarang. Kalau tiada label UMNO pada duit berkenaan, polis jumpa tak label DS Najib Razak atau keluarga beliau atau 1MDB pada duit, beg tangan dan barang kemas berkenaan?

'dipercayai', 'berkaitan', 'disyaki' dan lain-lain ayat membawa maksud tidak jelas atau tidak lengkap tidak akan 'withhold in the court of law'. Beban pembuktian adalah di bahu pihak polis. Kalau sekadar mahu sedapkan cerita, berita dan status atau memalukan mana-mana pihak boleh la. Kalau hendak dibuktikan di mahkamah, itu satu perkara lain.

Terfikir juga, apabila kantoi sahaja isu Vincent Tan membeli 21 juta unit saham T7 Global Berhad yang berkait rapat dengan ECRL yang dinaikkan kos dari RM55 billion ke RM70 billion, tiba-tiba sahaja pihak polis membuat Sidang Media memberitahu jumlah hasil rampasan, tanpa sedikitpun mendedahkan siapa pemilik wang dan barangan yang dirampas. Kebetulan atau mengalihkan perhatian?

14 Menteri Pendidikan Ada 11 Pegawai Khas Tidak Termasuk SUS, SUSK Dan SETPOL, Kata Nak Jimat Kos?



Kerajaan PH menjanjikan penjimatan kos kewangan negara sebelum memerintah. Selepas memerintah, Perdana Menteri sendiri mengumumkan bahawa barisan kabinetnya akan terdiri daripada 39 orang, 1 orang kurang daripada barisan kabinet Mantan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak.

Didapati juga melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan, baca di sini, mendapati Menteri Pendidikan mempunyai 11 orang Pegawai Khas di Kementerian beliau tidak termasuk Penasihat, Setiusaha Sulit Kanan, Setiausaha Sulit dan Setiausaha Politik.

Hebat dan zuhud Menteri Pendidikan ini membelanjakan duit Rakyat mengaji Pegawai-Pegawai Khas beliau. Kalau ini dilakukan oleh Kerajaan terdahulu, pasti dituduh boros, membazir duit Rakyat dan salah guna kuasa.

49 1MDB Flip Flop Dan Kabinet 40 Najib Sangat Besar Berbanding Kabinet 39 Tun


Terdapat dua isu semalam yang menyebabkan CTS agak keliru dengan cara pentadbiran Kerajaan Tomato PH. Pertama berkaitan dengan syarikat pelaburan milik Kementerian Kewangan, 1MDB. Saban hari sejak penubuhan 1MDB, Pakatan Harapan menumpukan segala usaha untuk memburukkan dan memfitnah syarikat berkenaan.

Ironinya, semalam Kerajaan telah melantik Datuk Asri Hamidon sebagai Pengerusi baharu. Bukan setakat itu sahaja. Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) baharu untuk 1MDB juga turut dibentuk. Kegilaan apakah ini?

Kenapa 1MDB tidak digantung (suspended) atau ditutup (wound up) setelah pendedahan demi pendedahan mengenai syarikat berkenaan seperti korupsi, bangkrapsi, salah guna kuasa dan sebagainya didedahkan kepada umum? Bukankah ini apa yang Pakatan Harapan menyalak di setiap ceramah? Untuk apakah perlantikan ini dibuat? Adakah 1MDB akan dikekalkan dan ditukar nama seperti kelaziman?

Kedua, tonton video Perdana Menteri ditemuramah oleh wartawan Channel News Asia baru-baru ini di bawah. Di dalam temuramah tersebut, Perdana Menteri dengan lenggok bahasa dan riak muka menyindir jumlah kabinet DS Najib Tun Razak yang berjumlah 40 orang.

Ironinya, apabila ditanya berapakan jumlah barisan kabinetnya, Perdana Menteri menjawab 39 orang! 39 orang CTS ulang. Banyak benarkah perbezaan di antara 39 dan 40? Bukankah Pakatan Harapan pernah berjanji akan mengurangkan jumlah kerusi kabinet untuk mengelakkan pembaziran?


Nota Kaki:

Apabila berlaku kelewatan dalam perlantikan barisan kabinet, Perdana Menteri salahkan YDP Agong yang lambat memberi kelulusan. Walhal, Perdana Menteri menghantar senarai kepada YDP Agong pada 20/06/2018 dan YDP Agong telah perkenan serta menyerah kembali kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO) 2 hari selepas itu, pada 22/06/2018.


June 26, 2018

31 Perdana Menteri Tak Tahu, Vincent Tan Pun Tak Tahu T7 Global Ada Kepentingan Dalam ECRL, Sadisnya!


Mengalir air mata lelaki CTS kesedihan mengenangkan 'billionaire' tanahair, TS Vincent Tan terpaksa menjual kesemua kepentingan beliau di dalam T7 Global Berhad kerana berita tidak betul di media sosial.

Lebih memilukan hati ini apabila Vincent Tan membuat pengakuan terbuka bahawa beliau tidak tahupun syarikat T9 Global mempunyai kepentingan di dalam ECRL. 

Perdana Menteri semalam, turut membuat pengakuan terbuka bahawa beliau juga tidak tahu menahu mengenai perkara ini. Sadisnya Malaysia, kenapa semua orang tidak tahu? Apa yang mereka tahu? Vincent Tan berkata, dipetik di sini,
Justeru itu saya merasakan adalah perlu untuk saya mengeluarkan kenyataan media bagi menjelaskan kedudukan sebenar dan menafikan segala tuduhan atau cadangan yang tidak wajar atau mengenai kronisme di pihak kerajaan dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. 
Saya memperoleh kepentingan dalam T7 Global kerana mengenali pemegang saham utama syarikat ini dan apa yang lebih penting ia sebagai pelaburan jangka panjang dalam industri perkhidmatan minyak dan gas kerana T7 Global berada dalam kedudukan yang baik dalam sektor ini. 
Saya tidak tahu yang T7 Global adalah salah satu kontraktor untuk projek ECRL apabila membeli saham syarikat itu. Perdana Menteri telah menafikan dakwaan bahawa kerajaannya telah memutuskan untuk tidak membatalkan projek ECRL kerana rakannya, Tan Sri Vincent Tan, mempunyai kepentingan dalam projek itu.
Sedih kan drama ini. Walaupun, drama ini berakhir dengan skrip yang memilukan, kita berharap agar Vincent Tan akan tabah dan banyakkan bersabar. 

Semua ini dugaan dari Pencipta. Setiap perkara ada hikmahnya. Apatah lagi dikatakan saham T7 Global milik Vincent Tan melonjak 34.5% meningkat 8 sen. Harap dapat diberikan tisu kepada macai-macai Tomato yang kesedihan membaca posting CTS ini.



18 Stock Market For Dummies - Mari Belajar Perkara Yang Dilarang Dalam Pasaran Saham


1. Front Running - Front Running bermakna pelabur bertindak lebih awal daripada 'institutional fund'. Bila pelabur tahu berdasarkan maklumat dalaman 'institutional fund' hendak buat jualan atau beliau sesuatu saham, pelabur berkenaan masuk membeli dulu atau menjual terlebih dahulu.

Contohnya: Pihak V beli saham syarikat T. Beliau tahu yang 'institutional fund' akan masuk membeli saham tersebut. Jadi, V membeli saham T sebelum 'institutional fund' masuk. Bila 'institutional' fund' masuk ke dalam pasaran, harga saham naik, maka V akan mendapat keuntungan .

2. Insider Trading - Perkara ini berlaku apabila pelabur membeli sesuatu kaunter saham disebabkan mendapatkan maklumat dalaman. Bila pelabur mendapat maklumat tersebut, pelabur tersebut akan membeli saham berkenaan sebelum sesuatu pengumuman dibuat. Bila pengumuman telah dibuat, harga saham naik dan pelabur berkenaan mendapat keuntungan.

Contohnya ; Pihak V beli saham company T sebelum pengumuman projek diteruskan. Pihak V mendapat maklumat tersebut apabila bersarapan pagi makan karipap dengan pihak yang ada kuasa untuk menentukan projek itu diteruskan ataupun tidak.

3. Share manipulation - Sesuatu pihak dengan sengaja mengeluarkan kenyataan untuk mempengaruhi harga saham dengan niat untuk membiarkan saham tersebut jatuh ataupun naik demi kepentingan pihak tertentu. Jika saham jatuh, pelabur yang berkenaan boleh membeli dengan harga murah. Jika saham naik selepas itu, pelabur sebelum ini boleh menjual dengan keuntungan.

Contoh ; Pihak M mengumumkan projek dibatalkan. Harga saham syarikat terlibat jatuh merudum. Pihak V yang tahu berkenaan pengumuman itu sengaja dikeluarkan untuk memanipulasikan pasaran saham, membeli saham syarikat terbabit dengan harga murah. Pihak V mendapat untung dengan membeli saham dibawah harga (under value).

Sekian sahaja pelajaran saham untuk macai-macai Tomato. Diharap anda semua faham dan dapat belajar sesuatu darinya. Contoh dan gambar yang disertakan di dalam posting ini hanyalah kebetulan dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun telah berada di alam barzakh. Jika ianya macam kena, walaupun sipi-sipi, ianya hanyalah sekadar kebetulan semata-mata. Harap maklum.

33 Sidang Media Kementerian Tenaga Manusia Dalam Bahasa Tamil, Malaysia Meriah!



Suka menonton Sidang Media Menteri Tenaga Manusia M Kulasingaran dan Pengerusi Jawatankuasa Khas TVET, YB Nurul Izzah Anwar, semalam. Sidang Media berkenaan dipenuhi dengan Bahasa Malaysia Menteri yang kurang fasih dan ada wawancara dalam Bahasa Inggeris.

Paling mengujakan, di akhir Sidang Media, Menteri Tenaga Manusia telah berkomunikas dalam Bahasa Tamil!. Di atas adalah sedutan wawancara Menteri Tenaga Manusia dalam Bahasa Tamil. Video penuh Sidang Media boleh diakses di 'website' Kementerian, di sini.

Sementara itu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir ketika meminta mengulas mengenai kenyataan rasmi dalam Bahasa Mandarin oleh Menteri Kewangan berkata, "its a minor mistake, i don't want make it an issue."


Sidang Media Menteri Kewangan dalam Bahasa Mandarin sudah, Sidang Media Menteri Tenaga Manusia dalam Bahasa Tamil sudah, kita minta Menteri Pendidikan, YB Dr Maszlee Malik buat Sidang Media dalam Bahasa Arab pula. Ini masalahnya apabila BAHASA MELAYU dikatakan untuk orang Melayu sedangkan ianya bahasa Kebangsaan. Meriah sungguh politik Malaysia Baharu.

June 25, 2018

42 Perdana Menteri Tidak Tahu Penglibatan Vincent Tan Dalam Projek ECRL




Di dalam Sidang Media Perdana Menteri petang tadi, beliau telah ditanya mengenai penglibatan 'billionaire' TS Vincent Tan di dalam projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Jawapan Perdana Menteri seperti biasa, saya tidak tahu. Berikut adalah skrip Sidang Media berkenaan.
Wartawan : T7 had been purchased by Vincent Tan, 3 days prior to the announcement to continue with the ECRL project. Can you comment on that?
Tun Dr Mahathir: I dont know about that. I can't comment. You need to ask Vincent Tan.
Perdana Menteri menamatkan Sidang Media beliau dan berlalu pergi. Menurut sumber yang boleh dipercayai, hanya Perdana Menteri sahaja di dalam Malaysia ini yang tidak tahu bahawa Vincent Tan mempunyai kepentingan di dalam ECRL.

Nota Kaki:

Pertama, bagi macai-macai Tomato yang masih kurang jelas dengan penglibatan Vincent Tan dalam projek ECRL, hadam kronologi berikut:

17 Mac, 2018: T7 Global Bhd membuat perjanjian MoU baharu dengan Eastern Pacific Industrial Corp Bhd (EPIC) dan CMC Engineering Sdn Bhd untuk membentuk konsortium bagi melaksanakan pembinaan projek ECRL.

Dengan perjanjian MoU baharu itu, MoU lama dengan China State Construction Engineering (M) Sdn Bhd (CSCEM) terbatal.

2 April, 2018: Tun Dr Mahathir umum akan batalkan projek ECRL sekiranya PH menang PRU-14.

9 Mei, 2018: Kerajaan PH menang PRU-14. 

10 Mei, 2018: Kerajaan PH umum kekal keputusan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.

16 Mei, 2018: Pengasas dan Pengerusi Berjaya Corporation Bhd, TS Vincent Tan Chee Yioun diumum pemegang saham terbesar T7 Global Bhd (dengan pemilikan 21 juta saham atau bersamaan pegangan 5.04% peratus).

18 Mei, 2018: Tun Daim Zainuddin kata kos sebenar ECRL akan melebihi RM66 billion (harga asal RM55 billion).

30 Mei, 2018: Tun Dr Mahathir umum projek MRT3 dan HSR dibatalkan dan ECRL dikaji semula.

23 Jun, 2018: Menteri Kewangan, Lim Guan Eng umum projek pembinaan ECRL akan diteruskan. Katanya keputusan itu dibuat memandangkan kerajaan tak punyai pilihan kerana sudah bayar RM20 billion.

Kedua, macai-macai Tomato kena tahu erti perkataan di bawah:


Kesimpulannya, pi mai pi mai tang tu. Kroni kaya, Rakyat nganga. inilah Kerajaan Baharu yang macai-macai Tomato memilih.

34 Betulkah Ah Beng Guna Perlembagaan Negara Untuk Menjustifikasikan Pengunaan Bahasa Mandarin Dalam Urusan Rasmi?




Di dalam kenyataan di laman sosial Facebook semalam, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mempertahankan keputusannya mengeluarkan siaran media dalam tulisan Cina atas semangat Perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan yang mana tiada seorang pun yang boleh melarang/menghalang penggunaan bahasa lain.

Walau bagai manapun, Ah Beng terlupa bahawa dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152(1)(a) kenyataan penuhnya adalah;
Tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain.
Maksud 'rasmi' ertinya apa-apa maksud dalam urusan Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam.

Untuk melihat isu Bahasa Melayu vs Bahasa Mandarin, perlu rujuk keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Merdeka University v Government [1982] 2 MLJ 243. Itu adalah panduan yang jelas. Diterangkan dan diulas dengan panjang lebar oleh Hakim-Hakim pada masa itu.

Laporan Reid adalah antara perkara yang dirujuk oleh Mahkamah di dalam membuat keputusan. Bahkan Hakim Seah J, yang tidak bersetuju dengan pandangan Hakim Sufian LP juga menyatakan seperti berikut:
"... In short, Bahasa Malaysia must only be used for official purposes. There is nothing in Article 152(1)(a) to prohibit or prevent the using of the Chinese language for non-official purposes, and it is within the legitimate right of a businessman to put up his business signboard in the Chinese language as well as in the national language... "
Wujud kelonggaran penggunaan bahasa lain selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di Malaysia namun bagi tujuan rasmi, Mahkamah bersepakat hanya Bahasa Melayu boleh digunakan.

Teringat kata-kata LGE sewaktu diumumkan menjawat jawatan Menteri Kewangan, 
Saya minta maaf, saya tidak anggap diri saya sebagai seorang Cina. Saya orang Malaysia.
Maka bersorak dan bertepuk tanganlah semua Melayu-Melayu macai Tomato tertipu dengan penuh rasa bangga.

Kesimpulannya, tidak mengapa, asalkan beliau berhenti bercakap bila azan, kata Macai Tomato lagi.

Nota Kaki - Rindu komen-komen dari pencinta Bahasa seperti Datuk A Samad Said dan Tan Sri Dr Rais Yatim. Harap mereka masih hidup.

31 Apabila Singapura Memanggil Idea Malaysia Sebagai Bodoh


Tidakkah Kerajaan PH merasa malu apabila akhbar utama Singapura semalam melabel idea 'High Speed Rail (HSR)' yang murah impian Malaysia sebagai 'idea bodoh'. Baca di sini.

Menurut Kerajaan Singapura, Malaysia ingin mengurangkan kos dengan menggunakan landasan keretapi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang sedia ada. Hanya perlu ditambah baikkan dan dinaik taraf sahaja. Tidak perlu landasan baru. Sebagai Rakyat Malaysia, CTS juga bersetuju bahawa ini adalah idea paling bodoh yang pernah dicadangkan oleh Kerajaan PH.

Pertama, KTMB menggunakan keretapi diesel. Manakala HSR pula menggunakan kuasa elektrik. Sudah pastinya satu landasan yang unik dan berbeza akan digunakan.

Kedua, HSR memerlukan landasan khas dan dedikasi bagi memastikan keretapi mengikut jadual dan sentiasa menepati masa untuk mengelakkan kelewatan. 

Ketiga, benar, jika kita menggunakan landasan sedia ada dan hanya menaik taraf sahaja, kos akan dijimatkan kerana tidak perlu beli dan cari tanah / tapak baru. Jimat dari sudut itu.

Namun, untuk menaik taraf, kosnya adalah lebih tinggi dari membina landasan yang baru. Umpama ingin bina rumah. Kos pecahkan rumah asal dan bina rumah baru lebih mahal kosnya jika kita mencari tanah baru dan membina rumah baru. 

Keempat, jika menggunakan landasan sedia ada, maka objektif pembinaan HSR tidak akan tercapai. HSR dibina dengan lokasi stesen hentian berada di tengah-tengah 7 buah bandar utama. Apabila, stesyen hentian ini wujud, ianya akan memacu sosio-ekonomi bandar berkenaan.

Kelima, HSR bukan Pengangkutan Awam Komersial. Ianya adalah Pengangkutan Pelancong Perniagaan. Pada tahun 2017, dari sektor pelancongan, Singapora memperolehi pendapatan $26.8 billion setahun.

Dengan HSR, sekurang-kurangnya Malaysia dapat berkongsi kekayaan dari sektor pelancongan ini. Tarikan utama sudah pasti dari 7 hentian bandar utama yang wujud di lingkaran HSR. Bukan pinggiran bandar yang mana menjadi laluan KTM ketika ini.

Kesimpulannya, CTS setuju benarlah apabila Singapura mengatakan Kerajaan PH hari ini memiliki idea bodoh. Ini kerana yang mengundi mereka pun di kalangan manusia yang tidak berpelajaran (pinjam terma PM Malaysia). Ibarat kata Inggeris, "stupid idea from stupid government voted by uneducated citizen".

June 24, 2018

25 Hebat Menteri Kewangan China ... Ehh Malaysia Mempertahankan Bahasa Mandarin



Menteri Kewangan Malaysia, Ah Beng pernah berkata, "Saya bukan orang Cina, saya orang Malaysia." Namun, daripada posting terbarunya di laman media sosial Facebook, beliau lebih kelihatan sebagai Menteri Kewangan China daripada Malaysia. Ah Beng berkata (sumber di sini)

财政部长的文告依然会继续以国语、英语同步发布,必要时还是会加上中文翻译稿,并希望政府高层可以习惯新的运作模式。

林冠英

Yang dialih bahasa berbunyi:
Kenyataan Menteri Kewangan akan terus diterbitkan dalam Bahasa Mandarin dan Bahasa Inggeris. Jika diperlukan terjemahan Bahasa Mandarin juga akan ditambahkan dan diharapkan para pegawai senior / kanan Kerajaan akan terbiasa dengan kaedah operasi yang baru ini (biasakan diri dengan menteri yang mengunakan bahasa lain selain Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.
Lim Guan Eng
Inilah Malaysia Baru. Apa komen Macai Tomato? Saya orang Malaysia, Ah Beng? Opah kamu.

61 Kesian Perdana Menteri Kena Main Dengan Menteri Tomato

Pada mulanya Perdana Menteri berkata,
Bantuan wang sara hidup nelayan akan dihapuskan. Putrajaya tidak dapat mengekalkan dasar era BN kerana kekurangan dana yang diperlukan. Kerajaan terdahulu mampu beri kerana ianya duit yang dicuri.

Kemudian, Menteri Pertanian Dan Asas Tani menafikan. Menteri Tomato ini berkata bantuan nelayan yang dihentikan adalah bantuan 'one off'. Kalaupun hendak menutup aib Perdanan Menteri membuat keputusan silap, Menteri Tomato perlulah bijak.

Setahu CTS kalau 'one off' ianya bermaksud bantuan yang diberi sekali sahaja bergantung kepada keadaan bukan bantuan tetap secara harian, bulanan atau tahunan.

Kita yakin dan percaya bahawa Perdana Menteri merujuk kepada bantuan bulanan namun Menteri Tomato cuba untuk mengurangkan rasa marah Rakyat terutama golongan nelayan dengan berlakon skrip drama sinetron.

Kesimpulannya, sehari dua ini kita dihidangkan dengan beberapa keputusan 'flip flop' dari Kerajaan PH. Dari isu tukang masak asing, isu ECRL hinggalah kepada isu bantuan nelayan. Nak buat macam mana inilah Kerajaan yang dipilih oleh Macai Tomato.

18 Satu Lagi Keputusan Kerajaan PH di'U-Turn', Kroni Untung Besar?


Akhirnya polemik Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) berakhir apabila Menteri Kewangan, Ah Beng mengumumkan semalam bahawa projek berkenaan akan diteruskan.

Ironinya, projek ini tidak mungkin akan dibatalkan memandangkan EPIC, CMC dan T7 Global adalah syarikat-syarikat yang mempunyai kepentingan di dalam ECRL. 

Mana mungkin T7 Global yang dimiliki oleh Vincent Tan dibatalkan. Baca rencana The Edge di bawah. Macai Tomato dan budak Kpop kenal siapa Vincent Tan?



Urutan kronologi:

23/19/2017 - T7 Global menandatangani MoU untuk projek ECRL.

15/05/2018 - Vinceng Tan adalah merupakan pelabur utama T7 Global.

23/06/2018 - Ah Beng umum projek ECRL diteruskan.

Kesimpulannya, bar bantuan Rakyat dimansuhkan janji kroni dijaga dengan baik. 

Nota Kaki:

DS Najib Tun Razak, "Kos bina ECRL cecah RM55 billion."
YB Nurul Izzah, "Kami Pakatann Harapan mampu buat dengan harga dua kali ganda jauh lebih murah. Najib seleweng duit Rakyat. Hidup! Hidup!"
Tun Daim Zainuddin, "Selepas dikaji semula, kos ECRL mungkin mencevah RM66 billion."

Semua salah Najib?





 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates