June 23, 2018

39 Kerajaan PH 'U-Turn' Lagi, Seperti Biasa Umum, Kaji Dan Batal



Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran dilaporkan berkata bahawa semua restoran perlu mengambil pekerja tempatan sahaja sebagai tukang masak bermula Januari tahun depan. Kata beliau semalam, 
Kami mahukan orang tempatan diambil bekerja sebagai tukang masak. Tiada kompromi…kami beri masa hingga 31 Disember untuk berbuat demikian. Jika gagal, kami tidak dapat bantu lagi.


Hari ini, ketika ditemubual The Malaysian Insiders,  beliau berkata arahan pengharaman tukang masak asing hanya merupakan cadangan dan masih memerlukan perbincangan dengan pihak berkepentingan. Tambah beliau lagi, tiada keputusan tegas yang diambil. Kata beliau,
Tiada keputusan lagi. Kita perlu berbincang dengan pihak berkepentingan.
Beginilah Kerajaan PH yang macai-macai Tomayo pilih. Buat keputusan terburu-buru. Umum kaji balik. Umum tarik balik. Kerjaan PH, Kerajaan 'u-turn'. 

June 22, 2018

63 Janji Perkhidmatan Jalur Lebar Oleh Kerajaan PH Pula Dicapati


Kerajaan PH memang mudah berjanji. Namun, kebanyakan janji mereka dicapati. Begitu juga dengan Manifesto di dalam Buku Harapan. Manifesto selalu tinggal manifestomato.

Terbaru adalah penggunaan internet jalur kebar. Di dalam Buku Harapan PH menjanjikan penurunan kos internet jalur lebar kepada separuh (50%) daripada sekarang. 

Namun, hari ini Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Gobind Singh Deo hanya memjanjikan penurunan harga sebanyak 25% sahaja. Lagi 25% dicapati.

Kedua, Buku Harapan juga berjanji akan mempertingkatkan kelajuan internet jalur lebar kepada dua kali ganda. Namun, yang ini Menteri yang berkenaan diam seribu bahasa.

Ketiga, perlu diingat, janji 25% penurunan harga internet jalur lebar ini hanya akan berkuatkuasa pada hujung tahun. Kerajaan PH mempunyai masa lebih 6 bulan untuk membuat 'u-turn' dan tidak menunaikan janji.

Kesimpulan, Rakyat selalu kena kencing beb! Hancing!


34 Benarkah The Razak Exchange (TRX) Di'Bail-Out' Kerajaan Seperti Didakwa Ah Beng?


Seperti biasa Sidang Media yang diadakan oleh Menteri Kewangan semalam dengan diiringi oleh burung-burung kakak tuanya, yang angguk-angguk dan geleng-geleng, tidak lebih sekadar memberikan info separuh masak dan separuh tepat.

Rumusan daripada Sidang Media berkenaan adalah kononnya Kerjaan PH telah menyelamatkan atau 'bail-out' projek The Razak Exchange (TRX) dengan memberikan dana RM2.8 billion untuk meneruskan projek berkenaan.

Seperti biasa, tanpa mengemukakan sebarang bukti, beliau telah membuat tuduhan membuta tuli di dalam Sidang Medianya bahawa projek TRX telah diseleweng oleh 1MDB. RM3 billion diseleweng oleh 1MDB takkan Ah Beng hanya cakap guna air liur? Mana buktinya?

Kedua, sebenarnya projek TRX memberikan pulangan yang besar kepada Kerajaan yang dimliki oleh Kementerian Kewangan. Namun, demi menjaga air muka Kerajaan PH, dakwaan 'bail out' dan dana diseleweng oleh 1MDB (bukti mana Ah Beng?) Teroaksa dimainkan. Rujuk sahaja pelan rasionalisasi yang dibuat oleh 1MDB.

Ketiga, aset TRX berada di kawasan yang bernilai tinggi. Kementerian Kewangan seharusnya membuat pelaburan menerusi KWSP atau seumpamanya yang dapat memberikan pulangan keuntungan yang baik kepada pelabur. Bukan dengan membuat Kenyataan Media negatif sehingga KWSP kerugian RM6.09 billion!

Keempat, Menteri Kewangan, Ah Beng berkata projek TRX diteruskan bagi menangani kebimbangan pelabur-pelabur tempatan dan antarabangsa.Kerajaan akan suntik dana RM2.8 bilion. Jadi lu orang akhirnya mengaku projek TRX sebenarnya membuat untung?

Kelima, saja hendak beritahu Ah Beng bahawasanya yang membuat pelan rasionalisasi 1MDB dan TRX adalah PAKAR PENSTRUKTURAN KORPORAT / HUTANG, BERLATAR BELAKANG UNDANG-UNDANG DAN BEKAS PENGURUSAN BANK DENGAN PENGALAMAN GLOBAL. Bukan Menteri Kewangan yang mendakwa beliau bukan 'stock broker' atau 'property agent' bila kenyataan beliau nampak tidak cerdik.

Keenam, walaupun telah diberikan jaminan bahawa nama Tun Razak Exchange (TRX) akan dikekalkan, namun janji dan manifesto PH selalu dicapati dan ditomatokan. Rakyat selalu kena kencing. Jadi adalah diharapkan sangat nama tersebut akan kekal dan tidak ditukar kepada Tun Mahathir Exchange (TMX).

Berikut adalah Kenyataan Rasmi dari Mantan Perdana Memteri, DS Najib Tun Razak mengenai pembohongan Ah Beng:
21 June 2018 
While I am happy that the government has now decided to continue with the Tun Razak Exchange (TRX) project which will bring tens of thousands of new jobs and establish a world-class financial center right here in Kuala Lumpur, I want to point out that Finance Minister Lim Guan Eng has been spreading half truths and outright lies in his statement today about TRX City Sdn Bhd (TRXC), the owner of the 70 acre TRX and 486 acre Bandar Malaysia land and projects. 
The take-over of TRXC by MOF Inc for a nominal sum of RM1 effective 31 March 2017, was a key step in the broader 1MDB rationalisation plan. After taking over the two prime assets, MOF Inc then assumed payment of certain 1MDB liabilities from 1 April 2017, in return for the asset transfer.
YB Lim himself admits that even with a further “up to” RM 2.8 billion injection by MOF Inc, the TRX project will be worth at least RM7.8 billion and show a profit. 
Surely it cannot be called a bail-out if the money is to be used to generate a profit? However, whilst YB Lim Guan Eng conveniently lumps together Federal Government commitments of RM 3.7 billion for both the TRX and Bandar Malaysia projects, he fails to highlight the significant land asset value contained in both projects, and in particular the Bandar Malaysia project. If properly planned, marketed and developed, the Bandar Malaysia land alone could be worth RM 30 billion. 
More importantly, no monies from TRXC were misappropriated by 1MDB. As practiced by many companies, approx RM 3 billion of inter-company loans were made, over time, by TRXC to 1MDB. All these inter-company were repaid by 1MDB effective 31 March 2017, through a combination of cash repayments and a set-off against dividends paid by TRXC to 1MDB. 
These repayments were carried out with the approval of MOF Inc and were properly reviewed and signed off by the auditors of TRXC in the 31 March 2017 financial statements. 
Since the TRXC was owned 100% by 1MDB which was in-turn, owned 100% by MOF, surely 1MDB cannot be stealing RM3 billion from itself to service its own loan? 
Once again, I caution YB Lim Guan Eng against making such factually incorrect statements as part of the PH's political vengeance against me and the previous BN government.  
Not only is it unprofessional, it spooks investors in the currency, bond and stock markets. Surely the well being of our economy is much more important than the issuance of politically motivated statements? 
Najib Tun Razak.

June 21, 2018

64 Kenapa Perlu Kenyataan Rasmi Kementerian Kewangan Dalam Bahasa Cina?



Hari ini seperti biasa Menteri Kewangan yang gila glamour, Ah Beng sekali lagi mengadakan Sidang Media. Apa yang dikesalkan ini adalah apabila Kementerian Kewangan mengeluarkan Kenyataan Rasmi dalam Bahasa Cina. Walaupun Kenyataan Rasmi dalam Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris turut juga dikeluarkan, apa rasionalnya Bahasa Cina?

Tidak cukupkah Kenyataan Rasmi dalam Bahasa Kebangsaan dan ditambah dalam Bahasa Inggeris untuk memudahkan penyebaran dan komunikasi di peringkat antarabangsa? Bagaimana dengan bahasa-bahasa lain sekiranya Bahasa Cina mendapat tempat di dalam penyebaran Kenyataan Rasmi? Adakah Bahasa Tamil, Bahasa Kadazan, Bahasa Dayak, Bahasa Murut dan sebagainya tidak penting bagi Kementerian Kewangan?

Kita masih ingat bagaimana Macai Tomato PH yang gila meroyan sewaktu penggunaan tulisan Bahasa Cina di dalam satu program antara Malaysia dengan syarikat dari China. Sekarang, Kerajaan PH lebih teruk di dalam memertabatkan Bahasa Kebangsaan.

24 Kreatif Sungguh Kerajaan Kedah Selesaikan Masalah Air


Tahniah kepada pengundi-pengundi Kedah yang berjaya memilih Wakil Rakyat mereka yang terdiri daripada orang yang kreatif dan bijaksana dan sini, terutamanya bagi pengundi-pengundi DUN Pedu.

Ini berikutan ADUN Pedu, Mohd Radzi Mat Amin telah berjaya membina telaga dengan kerjasama penduduk adalah bagi mengatasi masalah air yang dihadapi sejak sekian lama.

Bodoh sungguh Kerajaan BN yang lalu sehingga tidak tahu bahawa dengan membina telaga dapat mengatasi masalah air. Rumah kampung CTS juga ada di Kedah. Namun, CTS tidaklah membina telaga. Apa yang CTS lakukan untuk mengatasi masalah tekanan air yang rendah adalah membeli mesin pengepam air. 

Alhamdulillah, air di dalam rumah kembali normal. Sepatutnya Kerajaan terkini di Kedah memikirkan untuk memberikan subsidi pembelian mesin pengepam air dan bukannya dengan membina telaga. Apa fungsi SADA untuk mengatasi masalah air?

Nasib baik kejadian tekanan air rendah berlaku di Kedah. Bayangkan kalau masalah ini berlaku di Selangor, di kawasan flat Seksyen 24, contohnya. Di kawasan manakah penduduk nak korek untuk membina telaga?

25 Tidak Malukah Kerajaan PH Ambil Duit Dari Pelajar Sekolah?


Beberapa persoalan dapat ditimbulkan apabila melhat gambar budak berusia 8 tahun menyumbang kepada Tabung Milo Negara:

1. Anak yang menjadi Menteri Kewangan, kenapa bapa pula yang terima derma bagi pihak Kerajaan PH? Apa jawatan bapa? Menteri Mentor kah atau Presiden sebuah Republik? Ini Kerajaan anak beranak ke? 

2. Tidak malukah Menteri dan Perdana Menteri mengambil gaji berpuluh ribu dan pada masa yang sama menerima derma dari budak sekolah?

3. Bukankah semasa berkempen pra PRU14, PH berjanji akan membantu Rakyat? Kenapa sekarang PH menyusahkan Rakyat terutama pelajar sekolah dengan menderma? Kalau tidak tahu memerintah, letak jawatanlah.

4. Kalau ini dinamakan Tabung Milo Negara, kenapa hanya bendera DAP dipasang di belakang majlis penyerahan derma. Lambang DAP tidak digunapun di dalam PRU14 di Semenanjung Malaysia.

Baca apa kata Latheefa Koya, Ketua Biro, Hal Ehwal Guaman, PKR di dalam laman sosial Twitter seperti di bawah.


June 20, 2018

32 Ladies And Gentlemen ... Please Welcome Tai Chi Master, Ah Beng!!!!

Once upon a time Ah Beng said,


“I don’t know the value of my bungalow because I am not a property agent”.

Today, Ah Beng said this ... 


This Ah Beng must has a good Tai Chi Master's guru. Please remind me next time if anyone mention that it is hard to be a Finance Minister or Chief Minister.

37 Bukti Kukuh Dan Secukupnya Sudah Ada Atau Belum Untuk Mendakwa DS @NajibRazak? Kejap Ya Kejap Tidak?

5 Hari Lepas:


Perdana menteri berkata, kerajaan pimpinannya sudah mengumpul “bukti secukupnya” untuk mendakwa bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Sumber di sini.

Hari Ini:


1MDB : Proses Pendakwaan Ambil Masa Untuk Kumpul Bukti Kukuh - PM.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui proses pendakwaan skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan mengambil masa kerana perlu mengumpulkan bukti kukuh.

Ini  bagi memastikan proses penghakiman kes terbabit tidak dipengaruhi sentimen populis.

Sumber di sini.

Soalan CTS:

1. Bukti untuk pendakwaan sudah cukup atau belum. 5 hari lepas keluar kenyataan sudah ada "bukti secukupnya" manakala hari ini pula keluar kenyataan bahawa "akan mengambil masa kerana perlu mengumpulkan bukti kukuh". Yang mana satu ni? Kasut cucu DS Najib Tun Razak yang dirampas tidak cukupkah menjadi bahan bukti?

2. Kenyataan hari ini bahawa "ini  bagi memastikan proses penghakiman kes terbabit tidak dipengaruhi sentimen populis" amat kelakar. Ini kerana hampir setiap hari Menteri Kewangan, Ah Beng mengadakan Sidang Media untuk bercakap pasal 1MDB tanpa mengemukakan sebarang bukti. Ini bukan untuk populiskah?

Nota Kaki:

Bukankah pada tahun 2016, Mantan Peguam Negara, TS Ghani Patail sudah siap ada bukti dan waran tangkap untuk mendakwa DS Najib Razak? Apa sudah jadi kepada bukti-bukti yang dikumpul oleh Peguam Negara tersebut? Dah tak laku?

31 Sidang Media Untuk Perkara-Perkara Berikut Ditagih Dari Menteri Kewangan, Ah Beng

Menteri Kewangan Malaysia, Joseph Lim Guan Eng disarankan agar lebih berani dan telus dalam mengadakan Sidang Media bagi menjelaskan perkara-perkara berikut, dan tidak menyebarkan fitnah-fitnah tanpa bukti di khayalak ramai sehingga mengundang persepsi negatif di kalangan pelabur:



1. Ringgit ditutup RM4.0020

Buat pertama kali dalam tempoh enam bulan tahun ini, ringgit menyusut melebihi paras RM4 berbanding dolar AS dalam sesi dagangan, terendah dalam tempoh enam bulan sejak Januari 2018.


2. Inflasi Meningkat Kepada 1.9%

Kadar inflasi Malaysia bagi Mei dijangka meningkat kepada 1.9 peratus berbanding 1.4 peratus pada April, terutama disebabkan kenaikan harga bahan api runcit yang lebih pantas, kata RAM Rating Services Bhd.


3. KWSP Kerugian RM6.09 Biliion!

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyaksikan nilai pelaburannya dalam 10 syarikat awam tersenarai (PLC) turun 12% atau RM6.09 bilion, sebulan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang menyaksikan perubahan dalam kerajaan untuk kali pertama dalam sejarah Malaysia.

Wahai Menteri Kewangan, Kerugian KWSP sebanyak RM6.09 billion bukan perkara kecil dan remeh. Perlu ada sifat kebertanggungjawaban. KWSP adalah simpanan dan pelaburan langsung majoriti Rakyat Malaysia.


4. Bursa Malaysia Ditutup Terendah Sejak 31/05/2018

Bursa Malaysia meneruskan penurunan yang dialami minggu lalu apabila ditutup di paras terendah sejak 31/05/2018. Sebelum ditutup bersempena cuti Hari Raya Aidil Fitri, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 18.35 mata atau 1.04 peratus kepada 1,743.43 selepas dibuka 16.20 mata lebih rendah kepada 1,745.58 berbanding paras 1,761.78.

5. Harga barangan dan perkhidmatan masih tinggi walaupun GST sudah dikadar sifarkan.

Menteri Pertanian Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub, membuat kelakar apabila berkata kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini berhubung isu harga makanan turun sebanyak 30 hingga 50 peratus dibuat berdasarkan pemerhatiannya terhadap harga makanan yang dipasarkan terus oleh petani di pasar tani. Kata beliau, baca di sini,
Saya mengambil maklum bahawa kenyataan saya mengenai harga bahan makanan turun sebanyak 30 hingga 50 peratus sudah menimbulkan kekeliruan. Kenyataan itu dibuat secara spontan hasil makluman orang awam kepada saya di beberapa lokasi dan laporan tinjauan umum terhadap penurunan harga bahan keperluan.
Kesimpulan, 

1. Komen CTS -  Lim Guan Eng jangan hanya sibuk dan pandai membuat Sidang Media yang bersifat fitnah dan khabar angin tetapi bodoh dalam menjalankan tanggungjawab sebagai Menteri Kewangan.

2. Komen macai-macai Tomato - "Syukurlah, Malaysia masih aman", "Janji Menteri Kewangan berhenti berucap sewaktu azan" dan "Janji BN tumbang".

June 19, 2018

64 Kenapa Menteri Kewangan Enggan Ulas KWSP Hilang RM6.09 Billion Dalam Masa Sebulan?


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyaksikan nilai pelaburannya dalam 10 syarikat awam tersenarai (PLC) turun 12% atau RM6.09 bilion, sebulan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang menyaksikan perubahan dalam kerajaan untuk kali pertama dalam sejarah Malaysia.

Agak melucukan, Menteri Kewangan, Joseph Lim Guan Eng enggan ulas kerugian  pelaburan KWSP sebanyak RM6.09 billion di Bursa Saham kerana mahu melihat dahulu laporan tersebut. Bodoh punya Guan Eng! Tidak berani hendak menghadapi kenyataan.


Menteri Kewangan sibuk mencari kerugian yang dialami oleh 1MDB sedangkan Kerajaan Malaysia telah kerugian RM6.09 billion hanya dalam tempoh sebulan pemerintahan Pakatan Harapan. Baca laporan The Edge, di sini.

Kenapa Menteri Kewangan yang gila publisiti tidak mahu membuat Sidang Media mengenai kerugian KWSP berjumlah RM6.09 billion ini?

16 Jawatan Menteri Besar Selangor Kini Jadi Kontroversi, Tahniah Orang Johor


Calon Menteri Besar Selangor, Dr Idris Ahmad berkata beliau adalah satu-satunya calon yang mendapat sokongan daripada kesemua parti di dalam Pakatan Harapan. Kata beliau,
Saya ada sokongan semua parti dalam HARAPAN manakala Amirudin cuma mendapat restu Azmin Ali.
Doktor pakar sakit puan itu turut menunjukkan salinan fotokopi surat sokongan yang ditandatangani oleh keempat-empat parti.

Perlantikan Aminudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor dikatakan mendapat sokongan kuat daripada Mantan Menteri Besar, DS Azmin Ali. 

Malah dikatakan fitnah penyelewengan dana PTPTN oleh Dr Idris Ahmad beberapa jam sebelum majlis angkat sumpah Menteri Besar dikatakan dibuat oleh pihak dalaman parti.

Ini juga dikatakan bertujuan untuk menjatuhkan kredibiliti beliau dan satu usaha untuk menghalang beliau dari menjawat jawatan Menteri Besar Selangor. Baca di sini.

Nota Kaki - Di bawah adalah pertanyaan yang CTS baca di media sosial berkenaan MB PH:

MB Perak - Ijazah palsu dan pandai menari. Buat Rumah Terbuka Aidil Fitri di taman tema, Movie Animation Park Studio.
MB Johor - Buat perangai UMNO.
MB N9 - "Kalau MB sebelum ni boleh 5 portfolio, kenapa tidak saya?"
MB Kedah - Dalam PH sendiri tak suka. Kanak-kanak ambil sampul duit Raya di Rumah Terbuka pun kena chop di tangan.
MB Melaka - Siap ada demo.
MB Selangor - Paling suwey, dilantiknya orang luar Selangor.

MB PH perlu kena kontroversi kah?


June 17, 2018

86 Kedah Cipta Sejarah, Ambil Duit Raya Kena Chop Di Tangan



Mungkin keadaan negara yang hampir bangkrap dengan hutang negara berjumlah lebih RM1 trillion (dakwa dakwi Kerajaan lah) menyebabkan Kerajaan Kedah terpaksa mengambil langkah berjimat cermat.

Menjadi satu sejarah yang seingat CTS tidak pernah berlaku sebelum ini apabila kanak-kanak yang datang berhari raya terpaksa dichop di atas tangan oleh Madam Sri Mentaloon bagi mengelakkan pengambilan duit raya lebih dari sekali.

Mungkin sekiranya duit raya yang diberikan berjumlah RM100, mungkin ada logiknya penggunaan chop tersebut. Duit raya di dalam sampul hanyalah RM2. CTS pun bagi RM5 untuk kanak-kanak yang tidak dikenali dan tidak perlu chop di tangan.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates