June 2, 2018

56 Ikut Buku Harapan, Peguam Negara Mesti Dari Ahli Parlimen




Timbul kekecohan ketika ini dikatakan berlaku krisis antara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dengan institusi Raja berhubung isu perlantikan Peguam Negara yang baru, Tommy Thomas. 

Pendirian Pakatan Harapan (PH) ini sebenarnya sekali lagi membakul sampahkan manifesto mereka sendiri. Dalam Buku Harapan, dinyatakan dengan jelas PH akan melantik Peguam Negara dari kalangan Ahli Parlimen yang berkelayakan seterusnya menjadi menteri undang-undang.

Adakah Tommy Thomas seorang Ahli Parlimen? Tidakkah ada di kalangan Ahli Parlimen PH yang layak dari segi undang-undang yang boleh dilantik? Takkanlah nak beri alasan tidak boleh patuhi janji ini kerana hutang negara RM1 trillion, kononnya?

Nota Kaki - Ahli Parlimen PH sendiri nampaknya risau dengan situasi ini.

49 Alasan Perdana Menteri Amat Logik, Kerosakan BN Sukarkan Janji 100 Hari


"Kerosakan yang ditinggalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional adalah lebih teruk daripada yang disangkakan sebelum ini", kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi. Baca di sini

Tun Dr Mahathir berkata kerosakan-kerosakan ini telah menyulitkan usaha-usaha Pakatan Harapan untuk menunaikan 10 janji pilihan rayanya dalam tempoh 100 hari. 

Sebagai Rakyat yang patuh, kita patut terima sahaja alasan beliau tanpa berfikir. Bukan setakat itu sahaja, kita juga patut mencontohi alasan beliau dalam kehidupan kita seharian. Contoh adalah seperti di bawah:
"Kerosakan yang ditinggalkan oleh pembekal terdahulu adalah lebih teruk daripada yang disangkakan sebelum ini. Ianya menyukarkan kami menurunkan harga barang walaupun GST berkadar sifar," - Saudagar Penipu
"Kerosakan yang ditinggalkan oleh bekas isteri pakcik adalah lebih teruk daripada yang disangkakan sebelum ini. Ini menyukarkan pakcik memberi nafkah kepadanya. Bukan itu saja, tahun ini juga tiada duit raya kepada pengunjung rumah pakcik" - Pakcik Duda
"Kerosakan yang ditinggalkan oleh ex-girlfriend I dulu adalah lebih teruk daripada yang disangkakan sebelum ini. Ianya menyukarkan janji-janji i untuk hidup bersama dia." - Pakwa Buaya
"Kerosakan yang ditinggalkan oleh kawan aku dulu adalah lebih teruk daripada yang disangkakan sebelum ini. Jadi aku tak mampu lagi bayar hutang hang," - Kawan Baik.

24 Menteri Kewangan Timbulkan Fail Merah Pulak, Fail Terowong Dasr Laut Pulau Pinang Bila Nak Buka?


Al kisahnya, Menteri Kewangan yang gila populariti membuat Sidang Akhbar semalam muncul membuat pendedahan besar kononnya. Baca di sini. Beliau katanya memiliki Fail Merah yang kononnya bakal mendedahkan kepincangan kewangan Kerajaan Barisan Nasional yang dulu.

Fail merah itu turut mengandungi laporan 1Malaysian Develoment Berhad (1MDB), termasuk bukti bahawa hutang syarikat pelaburan itu dibayar oleh Kerajaan dan bukan oleh syarikat itu sendiri.

Lim Guan Eng sebelum ini mendedahkan kerajaan membayar sehingga RM7 bilion bagi pihak 1MDB dan dijadualkan terpaksa membayar RM38 bilion lagi sehingga 2039, tidak termasuk faedah.
"Terdapat bukti bahawa hutang syarikat 1MDB dibayar oleh kerajaan dan bukan oleh syarikat itu sendiri" - Lim Guan Eng 2/6/18
Kita faham inilah Menteri Kewangan yang sama ada yang paling bodoh atau yang paling cerdik menipu dalam sejarah. Sudah diterangkan berulang kali sebelum ini bahawa ada pelan rasionalisasi yang dicadangkan oleh Public Account Committee (PAC) yang turut dianggotai oleh ahli parlimen-parlimen PH sendiri.

Yang tidak diterangkan oleh Menteri Kewangan ialah kerajaan kini memiliki aset 1MDB yang bernilai hampir AS$11 bilion (hampir RM43 billion). Aset 1MDB jauh lebih tinggi jika dibandingkan dgn hutangnya! Baca di sini.

Kenapa LGE liat sangat tidak mahu sebut aset RM43 bilion milik 1MDB yg kini dimiliki oleh kerajaan? Why Lim Guan Eng?

Nota Kaki - Katanya buat pendedahan besar negara. Wartawan yang dipanggil hanyalah penjilat tegar wartawan tempatan seperti Astro Awani dan Sinar Harian. Kenapa Reuters, Bloomberg, Asia Street Journal dan lain-lain tidak dipanggil?

June 1, 2018

68 Ting ... Ting ... I'm Back, A Blue-Eyed Boy Is Back


Ting, born in small town Bintagor near Sibu, was once Tun Dr Mahathir’s blue-eyed boy. Owned Ekran Bhd and was paid RM950 million in compensation for a  incomplete Bakun Dam project (during Tun Dr Mahathir's era).

Now he is about to start RM30 billion mega project in Langkawi, Tun Dr Mahathir's parlimentary area. Hmm ... what a coincidence.

Ting Pek Khiing better complete his RM30 billion Langkawi project before the old fart dies. Otherwise the next Prime Minister and government will just raise the cost or cancel the project with just a snap of the fingers and a press conference.

Sorry but this is Malaysia Baharu where everybody is just doing things for their own benefits or those of their family and cronies. The Rakyat are just the urinals they pee on.

49 Sindrom Syok Sendiri - Tol Seremban & Salak Expressway Hapus Bukan Jasa Kerajaan PH



Tol untuk Kuala Lumpur - Seremban Expressway dan Salak Expressway dihapuskan bermula 1 Jun 2018 bukanlah jasa Kerajaan Pakatan Harapan.

Ia dihapuskan kerana kontrak konsesi untuk kedua-dua jajaran yang dulunya di beri oleh Tun Dr Mahathir pada tahun 1990an tamat pada pukul 12 malam 31 Mei 2018.

Kedua konsesi ini yang dibawah syarikat ANIH Bhd tidak pernah dilanjutkan oleh kerajaan BN di bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi ataupun DS Najib Tun Razak.

Penyokong PH dan Tun Dr Mahathir terutama Teresa Kok tidak payah perasan dan patut terus menuntut Kerajaan PH untuk menghapuskan segala tol di Malaysia seperti dijanjikan oleh mereka dalam manifesto PRU14.

May 31, 2018

63 Menteri Kewangan Mengesahkan 5 Manifesto PH Dibakulsampahkan, Padan Muka!!!



Kerajaan Pakatan Harapan memutuskan untuk menangguhkan sementara beberapa inisiatif Janji 100 harinya sehingga keadaan kewangan negara bertambah baik. Baca di sini.

Antara inisiatif yang akan ditangguhkan pelaksanaannya itu ialah pemberian subsidi petrol bersasar bagi kereta bawah 1300 cc dan motor di bawah 125 cc, skim caruman KWSP untuk suri rumah, peningkatan gaji minimum, penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN untuk graduan berpendapatan RM4,000 ke bawah sebulan dan pelaksanaan Skim Peduli Sihat.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, semua inisiatif ini hanya akan dilaksanakan kerajaan pusat apabila keadaan kewangan bertambah baik.

Nampak gayanya kita sudah nampak ke mana drama hutang negara yang berubah sepanjang minggu lalu dimainkan oleh Kerajaan dan Tabung Tin Mllo Kerajaan diwujudkan untuk tujuan apa. Ini semua untuk menjustifikasikan tindakan Kerajaan untuk tidak menunaikan janji-janji di dalam Manifesto PH pra PRU14.

Padan muka hangpa macai kena kencing.

47 PTPTN - Satu Lagi Janji Kerajaan PH Dicapati


Satu daripada sepuluh Manifesto Kerajaan PH adalah peminjam PTPTN yang berpendapatan kurang dari RM4,000 boleh menangguhkan pembayaran sehingga gaji berkenaan dicapai. Hari ini Menteri Pelajaran, Dr Maszlee Malik, dipetik The Star, berkata,
The Ministry needs more time to find the best way to fulfill this promise.
Alasan yang diberikan? Beliau berkata,
Pakatan Harapan Government has to postpone its promise as the country is saddled with more debt than what was revealed by the previous administration.
Jadi manipulasi hutang negara sehingga kononnya mencecah RM1 trillion ada sebab rupanya. Baca Nota Kaki di bawah. Jadi tak menghairankan selepas ini Kerajaan PH akan menggunakan alasan sama untuk tidak tunaikan janji-janji manifesto lain.

Untuk maca-macai WeChat dan peminat KPop, korang boleh isi tempat kosong, template dah siap, ianya berbunyi,
"We can't fulfill our manifesto of ................. because the country is saddled with more debt than what was revealed by the previous administration."
Contoh ayat di atas:

  • Toll tak boleh dihapuskan kerana the country is saddled with more debt than what was revealed by the previous administration.
  • Bonus Raya FELDA tak boleh kerana the country is saddled with more debt than what was revealed by the previous administration.
  • Gaji penjawat awam tak boleh naik kerana the country is saddled with more debt than what was revealed by the previous administration.
  • Kucing tidak beranak kerana the country is saddled with more debt than what was revealed by the previous administration.

Selamat membayar hutang.

Nota Kaki:

Hutang Negara versi PH

Isnin: RM1 trilion = Lim Guan Eng
Selasa: RM686 billion = Lim Guan Eng
Rabu: RM1 trilion =  Tun Dr Mahathir
Khamis: RM686 billion = Lim Guan Eng
Jumaat: RM686 billion = Lim Guan Eng
Sabtu: RM800 billion = Tun Dr Mahathir
Ahad: RM1.2 trilion = TV3
Isnin: Ada duit bayar pampasan RM500 juta kepada Singapura.

60 Adakah Penguguran Hak Pedra Branca Ada Kaitan Dengan Pembatalan HSR?


Terkejut membaca kenyataan akhbar Singapura yang mengulas mengenai tindakan Malaysia mengugurkan tuntutan hak milik terhadap pulau Pedra Branca, yang mana kes berkenaan telah difailkan dengan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sejak 2017.

ICJ telah memaklumkan kepada Singapura bahawa prosiding tidak diteruskan dalam dua kes dikemukakan Malaysia terhadap republik itu berhubung penghakiman asal pada 2008 dalam kes membabitkan kedaulatan Pulau Batu Putih, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, menurut Kementerian Luar Singapura. Kementerian berkenaan berkata bahawa Malaysia telah memaklumkan kepada ICJ pada 28/05/2018 bahawa ia tidak akan meneruskan prosiding yang dimulakannya sebelum ini.

Kebetulan pada masa yang sama, Kerajaan Malaysia juga telah membatalkan projek Landasan Keretapi Laju (HSR) di antara Kuala Lumpur-Singapura dan menganggarkan bahawa Malaysia terpaksa membayar pampasan sebanyak RM500 juta. 

Adakah ini yang dikatakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir bahawa pembatalan projek HSR akan dibincang dengan pihak Singapura? Saya berharap telahan saya tidak benar, dan amat menakutkan kalau penebusan pembatalan projek HSR digantikan dengan pemberian Perdra Branca. Jika ini terjadi benarlah kata orang tua Malaysia hanya 'menang sorak kampung tergadai'.

May 30, 2018

87 Magika Majlis Penasihat Kerajaan PH



Council of Eminent Person:
- Bekas Gabenor Bank Negara, 
- Bekas Menteri Kewangan
- Billioanaire
- Professor Ekonomi
- Bekas Pengerusi Petronas

Hasil penyelesaian:
- Wujudkan tabung bayar hutang negara.

Cadangan saya:
- Baik ambik AJK surau jadi ahli council.





88 Berapa Kos Penyiaran Yang Perlu Ditanggung Rakyat Malaysia Untuk Penyiaran Piala Dunia 2018 Di RTM?

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 di Rusia akan disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM). Beliau berkata, cadangan itu dibawa ke mesyuarat Kabinet pagi tadi dan diluluskan. Baca di sini.

Semalam Gobind memaklumkan akan mengemukakan cadangan kepada Kabinet berhubung kebenaran mendapatkan hak penyiaran siaran langsung perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 kepada peminat tempatan.

Ironinya, Perdana Menteri dalam Sidang Media selepas Mesyuarat Kabinet kedua di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini, antara lain telah mengumumkan perkara-perkara berikut:
  • Bonus Hari Raya Penjawat awam untuk gred 41 ke bawah sahaja yang lebih kecil daripada Kerajaan Barisan Nasional terdahulu iaitu RM400.
  • Projek Landasan Keretapi Laju (HSR) dibatalkan dan akan dibincangkan dengan Singapura.
  • Projek Mass Rapid Tren (MRT) 3 dibatalkan.

Ketiga-tiga projek berkenaan dibatalkan kerana Kerajaan tidak mahu berbelanja besar, mungkin. Ini ditambah pula dengan tindakan Kerajaan PH akan buka akaun 'Tabung Harapan' untuk kutip derma dari Rakyat untuk bayar hutang negara. Satu lawak antarabangsa dari Menteri Kewangan atau Menteri Kewayangan.


Ironinya Kerajaan PH. Walaupun kononnya tiada duit buat HSR dan MRT3, bonus Raya untuk kakitangan awam (golongan tertentu sahaja) kecil saja, tidak mampu naikkan gaji kakitangan kerajaan, Bursa saham jatuh menjunam, harga barangan mencanak naik, tapi Kerajaan PH cukup duit untuk siaran langsung Piala Dunia dalam RTM1. 

Rakyat Malaysia pastinya mahu tahu berapakah hak penyiaran yang perlu dibayar untuk penyiaran siaran langsung Piala Dunia di RTM daripada Pak Menteri. Bukan semua Rakyat minat bola. Apa signifikan terhadap usaha penjimatan yg digembar-gemburkan? Lagipun dengan harga barangan makanan meningkat, kita makan bola sajalah.

Kemaskini 4:10 PM - RM40 juta sahaja sebenarnya. RM40 juta bukankah lebih baik bayar hutang negara? Jangan marah. Saya tanya saja.

35 Semakin TPM Mengeluarkan Penjelasan Mengenai Skim 2% KWSP, Semakin Berserabut Jadinya


Semua Rakyat maklum bahawa KWSP yang hendak dicarum kepada akaun isteri seperti 10 janji dalam 100 hari Manifesto PH adalah daripada akaun si suami. Itu jelas. Kerajaan PH hanya memberikan saguhati sebanyak RM50 sahaja. Itupun jelas walaupun mereka yang berjanji untuk memberikan KWSP sebanyak 2% kepada golongan isteri yang terdiri dari surirumah.

Sekarang, Timbalan Perdana Menteri, DS Dr Wan Azizah berkata pula, tiada potongan tambahan daripada 11% potongan yang dibuat selama ini pada akaun si suami. Maksud beliau adalah 2% yang akan diberikan kepada si isteri akan diambil daripada jumlah potongan 11% ini. Itu juga jelas.

Yang saya tidak faham, kenapa buat kerja bodoh? Bukankah 11% itu memang sudah dipotong untuk tabungan KWSP? Tambahan lagi, kebanyakan dan majoriti suami meletakkan isteri dan anak-anak sebagai penama KWSP. Yang hendak dipotong balik potongan 2% daripada 11% berkenaan masuk ke dalam akaun isteri tu kenapa? 

Lagipun, caruman 2% itu pun bukan boleh dapat setiap bulan. Tetap juga kena tunggu selepas 50 atau 55 tahun sebelum boleh dibuat pengeluaran. Bagaimana pula dengan isteri-isteri yang bekerja? Mereka ini tidak layak untuk mendapat KWSP 2% dari suami merekakah? Bagaimana pula surirumah yang mana si suami di bawah Skim Pencen dan tidak ada KWSP, mereka juga tidak layak untuk KWSP 2%?

Jangan lupa golongan peniaga, artis, usahawan yang tidak menabung dengan KWSP. Bagaimana kedudukan isteri-isteri mereka yang menjadi surirumah? Minta tolong macai-macai Kerajaan untuk membuat penjelasan.

23 Kenapa Bangsa Bukan Melayu Semakin Lantang Menuntut Hak Mereka Dalam Kerajaan PH?





Sejak Kerajaan bertukar tangan, suara kaum bukan Melayu semakin lantang mempertikaikan hak-hak kaum Melayu yang selama ini termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia. Kenapa ini terjadi?

Ini kerana undi Bukan Melayu (majoriti kaum Cina) untuk Pakatan Harapan pada PRU14 adalah sebanyak 92.67%. Undi Melayu yang diperolehi oleh Pakatan Harapan hanyalah sebanyak 25.47%. Statistik keseluruhan adalah seperti berikut:

1. Barisan Nasional memperolehi undi Melayu sebanyak 46.29% manakala undi Cina adalah sebanyak 2.41%.

2. Pakatan Harapan memperolehi undi Melayu sebanyak 25.47% manakala undi Cina adalah sebanyak 92.67%.

3. PAS memperolehi undi Melayu sebanyak 28.14% manakala parti berkenaan gagal memperolehi undi dari kaum Cina.

Jadi tidak hairanlah sekiranya kaum bukan Melayu menuntut perkara-perkara yang pelik kerana mereka adalah penyokong kuat Pakatan Harapan.

May 29, 2018

70 HSR - PM Kata Batal, Menteri Kata Belum Bincang, Rakyat Pening

Dua hari lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mengumumkan keputusan untuk membatalkan Projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura adalah muktamad.


Timbalan beliau, DS Dr Wan Azizah mengeluarkan kenyataan media memgiyakan perkara yang sama.


Hari ini, Menteri Pengangkutan pula berkata Kabinet tidak pernah membincangkan pembatalan HSR.

Unik betul Kerajaan PH. PM dan TPM cakap lain, Menteri cakap lain dan tidak senada. Kami Rakyat #MalaysiaBaharu nak dengar cakap siapa?


24 50% Manifesto PH Berjaya Dilaksanakan? TPM Buat Lawak Apakah Ini?


Ketika ditemubual wartawan TV3, Timbalan Perdana Menteri, DS Dr Wan Azizah mendakwa, dalam tempoh 20 hari memerintah, Pakatan Harapan telah berjaya melaksanakan 50% janji-janji didalam Manifesto Pilihanraya mereka. Apakah ini? Nak gelak ke nak nangis ni? 

Saya bersangka baik, mungkin 50% yang dimaksudkan oleh TPM kita ini adalah pemansuhan Manifesto PH itu sendiri. Pada masa yang sama, sekutu PKR, DAP melahirkan kebimbangan di bawah.

53 Janji Pemuda Pakatan Harapan Pula Kini Dicapati

In janji-janji manis Pemuda Pakatan Harapan ketika pasca PRU14. Antaranya, pendidikan percuma, gaji minima dan siaran EPL percuma sekiranya Pakatan Harapan memerintah Malaysia.


Itu dululah. Beberapa bulan lepas. Sekarang lain pula nadanya. Ada sahaja alasan yang diberi. Lihat alasan yang diberi Ketua Pemuda Pakatan Harapan, Nik Nazmi Nik Ahmad.


CTS tidak perlu ulas panjang mengenai alasan Nik Nazmi di atas. Bacalah komen pembaca di laman sosial Twitter Nik Nazmi di bawah. Satu lagi janji dicapati. 

Nampak gayanya pengundi-pengundi Pakatan Harapan asyik kena kencing sajalah selama 5 tahun akan datang. #MalaysiaBaharu lah katakan.


May 28, 2018

122 Barang Mahal Mungkin Sabotaj Peniaga, Itu Kami Tahu YB, Apa Tindakan Kerajaan?



Senangnya jawapan daripada seorang Menteri. Rakyat perlukan tindakan bijak Kerajaan di dalam menangani masalah kos sara hidup yang semakin tinggi ini. Sudahlah ramai dibuang kerja. Harga barang naik tanpa kawalan. 

Bayangkan kalau Menteri Kerajaan Barisan Nasional yanh memberikan alasan berkenaan. Pastinya akan dimaki hamun secara berjamaah.

Ini pula amaran, peringatan atau permintaan dari seorang lagi Menteri. Agak-agak ada peniaga kisah?


Ini janji Buku Manifesto Harapan. Ini janji mereka.


Alhamdulillah, Malaysia masih aman, Rakyat sudah tidak terbeban dengan kos sara hidup sejak diambil alih Kerajaan Malaysia Baharu.



 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates