March 3, 2018

23 Bahasa Malaysia @cmlimguaneng Lintang Pukang, Macam Mana Jadi Ketua Menteri?



Dalam Sidang Media di atas, berkatalah Ketua Menteri Rejim Pulau Pinang, 
Selagi lagi, kita dikembiri hitamkan, for again the innocent party is scapegoated.
Sejak bila pimpinan DAP Pulau Pinang kena kembiri? Adalah ini saya ingin mencadangkan kepada Sasterawan Negara Pro Pakatan Harapan, A Samad Said supaya membuat kelas simpulan bahasa yang betul untuk ahli DAP. 

Amat memalukan bagi seorang Ketua Menteri tidak tahu menggunakan simpulan bahasa yang betul. Jika tidak tahu, jangan sebut. Simpulan bahasa yang betul bagi 'scape goat' adalah kambing hitam, bukannya kembiri hitam. 

Untuk pengetahuan Ketua Menteri juga kembiri dalam bahasa English adalah 'to remove the testicles'. Dalam Bahasa Malaysia kasi atau buang telor. Persoalannya, telor siapa yang dikasi? Ketua Menteri punya?

March 2, 2018

25 Apabila Ahli Parlimen Bukit Katil Mesin Rumput, Kita Tahu PRU14 Sudah Hampir


Melaka dikejutkan dengan kehadiran lelaki separa botak memegang mesin rumput di kawasan perkuburan. Nasib baik kejadian berlaku waktu siang. Kalau di waktu malam, pasti bertempiaran penduduk lari kerana jangkakan makhluk halus buang tabiat.

Setelah gambar diteliti dan dihalusi, rupanya makhluk tersebut adalah Shamsul Iskandar Md Akin, Ahli Parlimen PKR yang hilang dari Parlimennya sejak hampir 5 tahun lepas.

Beliau mengayakan lakonan memesin rumput. Sayangnya, mesin tersebut tidak berjalan dan rumput di sekitar mata mesin juga tidak ditebas. Bandingkan sendiri lakonan Shamsul Iskandar dengan pekerja di bawah yang mesin rumput dengan betul-

March 1, 2018

61 Pencacai Pembangkang Ejakulasi Pramatang, Apa Kaitan Penahanan Kapal Jho Low Dan 1MDB?


Pencacai pembangkang baru bangun dari tidur yang lena dan memutar cerita dakwa kapal yang ditahan di Indonesia ada hubung kait dengan 1MDB. Sudah dijelaskan beberapa kali sebelum ini bahawa Jho Low tiada kaitan dengan 1MDB.

Kalau Jho Low beli kapal pun ianya bukan dengan duit 1MDB. Kalau Jho Low pakai duit beli kapal, itu antara Jho Low dengan Aabar dan International Petroleum Investment Company (IPIC), bukannya dengan 1MDB. 1MDB tidak pernah mendakwa kehilangan wang. 

Kapal, lukisan dan kapal terbang yang ditahan tidak dibeli dengan duit 1MDB. Kebanyakan aset ini dibeli selepas 1MDB membayar Aabar dengan sejumlah wang kepada Pengerusi Aabar Abu Dhabi, Khadeem Al Qubasi dan CEO Aabar, Mohd Husseiny.

Di UAE, tiada satu pun pendakwaan jenayah dibuat terhadap dua orang ini. Kalau mereka bersalah sudah tentu ada pendakwaan terhadap dua orang ini. Tuduhan bahawa Jho Low beli aset guna duit 1MDB itu dibuat oleh Sarawak Report dan Wall Street Journal sahaja tanpa bukti yang kukuh.

Pencacai pembangkang perlu semak dengan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat benarkah kapal Jho Low itu adalah dari duit IPIC. DOJ pun belum keluar kenyataan rasmi lagi tetapi Malaysiakini dan Sinar Harian dah melebih lebih ulas isu ini.

Cerita kapal Jho Low ditahan di Bali ini seakan ulang cerita sama pada Oktober tahun lepas bila kapal Equnimity itu berlabuh di Pulau Weh, utara Acheh.

DS Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri menyatakan pada waktu itu bahawa pihak berkuasa Malaysia tidak dimaklumkan apa apa mengenai penahanan itu. Kali ini pun sama, yang terlebih tahu adalah Malaysiakini.

Arul Kanda pada 26/03/2016 menyatakan Jho Low tiada sebarang aktiviti di dalam syarikat, beliau tidak dibayar oleh syarikat dan tidak diberikan apa-apa tugas untuk syarikat.

DS Ahmad Husni Hanadziah, bekas Menteri Kewangan II dalam temubual dengan RTM1 pada Jun 2015 berkata, Jho Low atau nama sebenar Low Taek Jhow tidak mempunyai sebarang kaitan dengan 1MDB.

Arul Kanda sudah sahkan, DS Husni sudah sahkan, jawapan di parlimen sudah diberikan. Malah Public Accounts Committee (PAC) juga sudah jelaskan bahawa Jho Low tiada kaitan dengan 1MDB. Wakil pembangkang pun ada dalam PAC. 

Duit 1MDB tidak hilang dan tidak dicuri. Yang menuduh kata 1MDB dulu ada hutang sampai RM42 billion pun sudah diam. Yang tuduh kata projek TRX gagal pun sudah diam bila nampak bangunan itu lebih tinggi dari KLCC.

Cerita 1MDB ni suah 3 tahun kot. Tidak ada seorang pun yang berkaitan dengan 1MDB pernah di hadapkan ke mana-mana mahkamah di mana-mana ceruk dunia. 

DOJ rampas kapalterbang Jho Low, lukisan-lukisan dan sekarang kapal layar beliau. Kalau 1MDB tidak hilang duit dan duitnya tak digunakan untuk membeli apa-apa jua, DOJ nak pulangkan kepada siapa? Sekarang pemilik sebenar kapal layar tu pun DoJ tak tahu.Macam mana dia nak ambil tindakan mahkamah?



Kesimpulannya, kapal Jho Low kena sita atau kena rampas atau kena bakar, apa kaitan dengan Malaysia dan 1MDB? 1MDB sudah nyatakan syarikat tidak kehilangan duit. PAC pun sahkan 1MDB tidak hilang duit. 

Yang kata hilang duit ni IPIC. Jadi elok tanya IPIC, ada kaitan tak dengan IPIC. Jika ada, kena tanya DOJ pula, mcm mana DOJ nak pulangkan semula duit kepada IPIC. Jangan jadi pencacai pembangkang yang bodoh.

February 27, 2018

35 Tun @chedetofficial Belanja RM55,080 Sebulan Beli Karot Bagi Kuda Makan


Calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir mengaku memberi kuda beliau makan karot. Baca di sini. Tun Dr Mahathir juga mengaku dia membela 40 ekor kuda. Baca di sini.

Kos karot (lobak merah) termurah yang dapat dicari ialah RM4.59 satu kilogram. Kebiasaannya, satu kuda makan 20 kilogram makanan sehari. Baca di sini. (Andaikan kita bagi diskaun sampai 10 kilogram sehari kerana kuda-kuda Tun Dr Mahathir istimewa sangat)

Sekarang mari kita buat kiraan mudah:

Satu kuda boleh makan 10kg karot sehari = RM45.90;

Maka 40 kuda makan 30 hari =  RM4.59 X 10 X 40 X 30 = RM55,080 kos karot sebulan.

Nota: Ini tidak termasuk kos penginapan, latihan, rawatan dan lain-lain.

Adakah Tun Dr Mahathir dan pencacai-pencacai beliau masih mahu kritik DS Najib Tun Razak makan quinoa untuk jaga kesihatan ke? Kata DS Najib Razak,
“...(Beri) makan kuda lebih mahal dari (beri) makan manusia. Saya ingat sebulan (beri) makan kuda, tiga tahun (saya boleh) makan quinoa. Beri makan kuda lebih mahal dari makan quinoa. Berapa ekor dia (Dr Mahathir) ada?.."

February 26, 2018

28 Salah Ka Anak Perdana Menteri Hari Ini, DS @NajibRazak Berniaga?


Terima kasih kepada Malaysiakini kerana menyiarkan berita di atas semalam. Berita ini telah memberi satu mesej kepada masyarakat bahawa anak Perdana Menteri hari ini menjalankan perniagaan sendiri dengan menjual sejenis makanan yang seumpama beras bagi tujuan kesihatan manusia. Malaysiakini melaporkan,
Melalui gambar itu anak Najib terbabit mempromosikan produk quinoa yang dipasarkan di bawah jenama Quib. Sekeping imej Norasham yang dimuat naik pada 2014 menunjukkan dia bergambar di depan stok quinoa, diiringi dengan kapsyen: "Amat gembira quinoa jenama kami akhirnya berada di rak (dapat dijual). Dapatkan quinoa terbaik sekarang di Grocer Village yang berdekatan." Ia kemudian mengundang spekulasi bahawa Norashman terlibat dalam perniagaan quinoa.
Ini membuktikan bahawa;

Anak Perdana Menteri hari ini tidak terlibat dalam bisnes dengan kerajaan. 

Anak Perdana Menteri hari ini tiada perniagaan perkapalan. 

Anak Perdana Menteri hari ini tidak mendapat kontrak dari Petronas. 

Anak Perdana Menteri hari ini tidak mendapat kontrak dari Telekom Malaysia untuk bekalan 'fibre optic'.

Anak PM hari ini tidak menggunakan kuasa bapanya untuk mendapat sebarang projek atau kontrak dari Syarikat Milik Kerajaan (GLC).

Kesimpulannya, secara tidak langsung ianya membawa maksud yang Perdana Menteri hari ini tidak menggunakan kuasanya untuk kepentingan perniagaan ahli keluarganya. Anak sendiri hendak berniaga kena usaha sebagaimana orang lain hendak berniaga.

16 Sakit Belakang Memang Kena Pakai 'Neck Collar' Ya DS @AzminAli?



Beberapa hari lepas, Menteri Besar Selangor, DS Mohamed Azmin Ali dilaporkan terpaksa berehat daripada tugasan rasmi bagi menjalani rawatan fisioterapi, selepas mengadu sakit di bahagian tulang belakang minggu lalu.

Pengarah Komunikasi Strategik Pejabat Menteri Besar Selangor, Yin Shao Loong berkata DS Azmin Ali disahkan mengalami 'annualar tear of spinal disc' yang menyebabkan tulang belakangnya terasa sakit dan diarahkan untuk menjalani rawatan fisioterapi. Hari ini, kalau dilihat dari laman sosial Twitter beliau, DS Azmin Ali telah kembali bertugas.

CTS bukan doktor. Tak tahu pulak sakit tulang belakang kena pakai 'neck collor'. Mungkin DS Azmin Ali penyakit pun sama dengan idolanya, Anwar Ibrahim yang suatu ketika dahulu turut memakai 'neck collor' kerana 'slip disc'. 

Cumanya, setakat ini Azmin Ali belum kena suntikan racun arsenik seperti idolanya Anwar Ibrahim. Kalau angkat barang berat, selalunya tulang belakang dekat level pinggang yg sakit. Tapi kalau tulang leher yg sakit, mungkin Azmin Ali angkat guna kepala.

Kesimpulan, Azmin Ali sepatutnya sudah boleh melancarkan satu lagi inisiatif bagi membantu meringankan beban Rakyat oleh Kerajaan Selangor iaitu BBT1S - Bantuan Balut Tengkok 1 Selangor.


February 25, 2018

24 Mencuci Masalah Tol PLUS Tun @chedetofficial


Lebuh raya - lebuh raya di bawah kendalian Kumpulan Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) adalah seperti berikut:

Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS);
Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE);
Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH);
Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia Singapura  (LINKEDUA);
Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE); dan
Jambatan Pulau Pinang.

Pada tahun 2011, penstrukturan semula kadar tol telah dilaksanakan di lebuh raya-lebuh raya di bawah kendalian Kumpulan PLUS. Intipati penstrukturan semula kadar tol tersebut adalah seperti berikut:

Kadar kenaikan tol dikurangkan dari 10% setiap 3 tahun kepada 5% setiap 3 tahun kecuali di Jambatan Pulau Pinang; 
Tempoh konsesi akan tamat pada 31 Disember 2038; dan
Penstrukturan kadar tol di Jambatan Pulau Pinang.

Perjanjian awal yang dibuat antara Kerajaan dan PLUS pada tahun 1988 dan akan tamat pada 2018, membenarkan syarikat konsesi menaikkan kadar tol setiap tahun. Tun Dr Mahathir sedar kebodohan beliau lalu menyemak semula perjanjian ini pada 1999. 

Dalam perjanjian baharu Tun Dr Mahathir mengulangi kebodohan lalu apabila membenarkan kenaikan setiap 3 tahun sekali pada kadar 10% setiap kenaikan di Lebuh Raya Utara Selatan dan Lebuh Raya Persekutuan, dan konsesi akan tamat pada 2030. 

Rakyat tidak mampu membayar tol setinggi itu, Kerajaan tidak mampu membayar pampasan ratusan juta setiap tahun jika kadar tol tidak dinaikkan. Pampasan tersebut pula pergi kepada orang tertentu sahaja. 

Jika dilihat, kadar tol pada zaman DS Najib Tun Razak selepas penstrukturan adalah lebih rendah dan 'mesra rakyat'. Pada masa yang sama Lebuhraya Utara Selatan diklasifikasikan sebagai lebuhraya antara bandar dan sebahagian dari Manifesto 2013.

Akhirnya pada 2011, DS Najib Tun Razak mengarahkan KWSP membiayai pembelian RM23 bilion dengan membeli bon yang diterbitkan PLUS dan Kerajaan kini mengawal sepenuhnya lebuhraya ini dan sebarang rundingan akan lebih mudah kerana ia melibatkan kerajaan sendiri. 

Ini bukan sahaia memudahkan rundingan tetapi juga memastikan jika Kerajaan perlu membayar pampasan maka wang tersebut akan tetap menguntungkan Rakyat terutamanya pencarum KWSP. 

Nota: Gambar di atas adalah kapsul masa yang ditulis dan ditandatangani pada tahun 1988. Ini adalah  janji palsu Tun Dr Mahathir bahawa tol akan dimansuhkan pada 2018. Sebaliknya beliau sendiri yang melanjutkan perjanjian sehingga 2030.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates