December 6, 2018

31 Kenapa Anda Mesti Merungut, Anda Yang Pilih Kerajaan Baharu, Sudah Pinjam Bayarlah Balik!


Semalam, Wan Saiful Wan Jan selaku Pengerusi PTPTN membuat pengumuman berkenaan mekanisme pelaksanaan dasar-dasar baharu PTPTN sempena pengumuman belanjawan 2019 yang diumumkan kerajaan pada 02 November lepas.

"Sudah pinjam, bayarlah balik", kata Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik. CTS setuju. Namun, persoalannya, pertama, kenapa Kerajaan PH sekarang menghukum golongan yang konsisten membayar mengikut kontrak atau penstrukturan semula sebelum ini sehingga mereka terpaksa membayar 3 kali ganda selepas ini? Kedua, Kerajaan PH melaksanakan potongan gaji berjadual untuk pembayaran balik pinjaman PTPTN atas undang-undang apa?

Perlu diingat, di bawah Seksyen 29, Akta PTPTN 1997, adalah menjadi kesalahan kepada majikan jika gagal melaksanakan arahan potongan gaji oleh PTPTN. Walau bagaimanapun, peruntukan-peruntukan di bawah Akta Pekerjaan 1955 menetapkan bahawa apa-apa bentuk pemotongan mestilah mempunyai kelulusan terdahulu pekerja.

CTS berpendapat, untuk melaksanakan potongan gaji berjadual bagi pembayaran balik pinjaman, PTPTN perlu mendapatkan izin peminjam terlebih dahulu untuk berbuat demikian. Tanpa izin, potongan tidak boleh dilakukan. PTPTN bagaimanapun boleh dapatkan perintah Mahkamah jika izin tidak diberikan oleh peminjam untuk potongan gaji berjadual.

PTPTN mungkin telah terlepas pandang akan karenah birokasi ini atau mereka terlalu ghairah hendak mengutip hutang hingga tidak teliti dalam membuat keputusan mereka. Mungkin juga Menteri Kewangan terlalu bodoh untuk menyedari akan hal ini semasa mengumumkan pelan berkenaan di dalam ucapan pembentangan Belanjawan 2019.

Isu PTPTN ini semakin ke laut. Sudahlah manifesto dan janji pilihan raya tidak ditepati, perjanjian pinjaman yang dibuat juga dimungkiri. Kalau melihat kepada laman sosial Facebook PTPTN, baca di sini, agensi ini telah dimaki secara berjamaah. Di bawah adalah contoh makian.

Kesimpulannya, jangan bimbang Tuan-Tuan dan Puan-Puan adik-adik Tomato, Kerajaan Baharu ini adalah Kerajaan flip flop dan u-turn. Bagi masa dua tiga hari dan Kerajaan ini akan membuat pusingan di bulatan di hadapan.




31 comments:

Anonymous said...

KESIAN & SIMPATY.
TAPI TERIMA JE SEBAB ITU YG PENGUNDI MUDA PAKARTOON MAU, KAN?
KALAU MARAH SANGAT, TUNGGU 2023 ATAU LEBIH AWAL.. KEH KEH KEH.



Anonymous said...

Aku ckp negara dah tak ada undang2, korang tak percaya.
Undang2 negara sewenang2 dicabuli ph
Negara ini dah jadi mereka yg punya bukan rakyat yg punya.
Agung dan sultan2 pun kalau boleh nak diketepikan.
Inikan pula rakyat marheam
Suka hati buat undang2 baru dan suka hati ignore undang2 lama....as it deem fit by ph
Tak faham betul dgn org yg tak nak live by the rule
Cuba bayangkan kat jalan raya semua org tak ikut undang2. Chaos kann....kan
Sama mcm negara tercinta kita ini
Kalau undang2 dicapatikan.. Kompom akan ada yg dizalimi

Anonymous said...

Pemimpin yang bodoh dipilih oleh tangan pengundi yang bodoh. Anda pilih, anda dapat.

Yang suruh bekas pelajar supaya jangan membayar hutang PTPTN adalah pembangkang sebelum PRU-14, tapi pengundi yang bodoh dan telah diperbodohkan spin kata pembangkang sekarang yang galakkan hutang PTPTN jangan dibayar pula. Spin jangan tak spin.... Makin banyak spin banyak nampak kemunafikan kamu tu....!!!

Anonymous said...

Dah pinjam bayarlah..kata Wak Maszlee. Kau dah pinjam tu bayarlah bro. Ingat mau senang sendiri je ke..? Org lain nak pinjam jugak. BN dulu memang manjakan rakyat sebab BN adalah kerajaan berjiwa rakyat. Tapi kebanyakkan kamu jadi rosak dgn kemanjaan tu. Dirosakkan oleh PKR dan DAP yg tabur racun setiap hari pada pemikiran kamu dengan membuat fitnah. Akhirnya kena tipu. Takpa nanti PRU akan dtg ni pilih PH lagi. Biar anak cucu pun rasa bagaimana kamu rasa. Hahaha. Adios

Anonymous said...

Ini kilayaan, hali hali kasi tipu sama lakyat yelata. Lia olang cakap talak selopa bikin. Kaki kelentong, cakap manyak busat. Haiya, telima saja maa, lu sendili yg kasi undi sama lia olang.. ㊗

Anonymous said...

Kesian, kesian, oooo kesian. Padan muka cai tomato bongok. Bayar lah apa lagi.

Anonymous said...

Madet mana Madet, tak komen ke pasal Budak Budak ni kena bayar ptptn tinggi,..cakap tak serupa bikin punya PH, Budak Budak ooiii tak kan nak diam je..pergi parlimen goling goling..

Anonymous said...

akibat nya nanti anak melayu tak sambung belajar… tak da duit… strategy jangka Panjang siapa ni

abd majid said...

Hahaa... Betul tu tuan.Ambe setuju..

Anonymous said...

mmg padan muka diaorang tu...ada satu family tu...dia kata sejak ada gst barang mahal.. anak nak belajar oversea..kena pinjam ptptn...tak boleh minta biasiswa mcm dulu...mcm 2 lah komen semuannya Bn tak betul...saya kata kt ketua keluarga dia mmglah...tak kan ada biasiswa lagi sbb budak dah ramai..so jika nak jadi biasiswa make sure anak dpt high class degree...waktu Bn perintahlah kan...so mereka bersorak riang...bila ph menang...now..rasanya mereka terduduk kot...bisnes tak lancar...yrrlah...sekarang orang semua ikat perut...sapa lah nak beli benda2 yng tak perlu kan...itulah balasan pada orang yng reti nak bersyukur...

Unknown said...

Ini baru lah kerajaan untuk rakyat! Ooops kerajaan zalimi penyokong tegar sendiri. Hahaha...tahniah kpd kerajaan PH!

cctv said...

bila tak mau bersyukur dengan kemudahan yg diberi dulu... menang sorak kampung tergadai
so skrg ni gadai la apa yg ada kalo anak nak sambung belajar...
kufur nikmat... hambik ko

Anonymous said...

Alaaa, mereka baru tambah sedikit beban membayar hutang dah merungut.Org kampung di timpa susah kerana kejatuhan harga kelapa sawit dan getah jauh lebih teruk.Musim hujan terpaksa juga menareh kerana kerajaan tak beri bantuan musim tengkujuh lagi.Nelayan pula terpaksa tanam rambutan dan nenas di belakang rumah ,namun hasilnya belum keluar lagi.Semua ini gara-gara pemimjam PTPTN yg tak mahu membayar hutang.Mereka beramai-ramai mengundi PH ,hasinya org kampung susah dan melarat.Secebis simpati pun tak perlu di hulur kepada pemimjam PTPTN ni,biar mereka rasa kesusahan juga.Tengok saja siapa yg komplen tu ,mereka adalah dari kumpulan 98% pengundi yg mengundi PH dan menolak tegar BN. Biar mereka mampus jangan di beri simpati.Kalau kita nak simpati,simpatilah pada org kampung yg menjadi mengsa kerana gara-gara pemijam PTPTN yg tak mahu bayar hutang.

Anonymous said...

Alamat lepas ni makin ramai la golongan muda yang jatuh bangkrap..Kadar hutang isi rumah juga meningkat pasal bayar PTPTN sampai seribu lebih sebulan...

Anonymous said...

Yang mana gaji lebih RM8,000, kena potong gaji RM1,200. Tak pernah lagi aku dengar orang bayar hutang belajar sampai ribu-ribu sebulan. Tak pernah dibuat dek orang..

Biasanya orang bayar hutang belajar RM300 lebih sebulan atau RM400 lebih jer walaupun bergaji besar. Macam buat loan bank lah. Kau sendiri yang tentukan banyak mana yang kau nak potong gaji kau sebulan dan tempoh pemotongan. Kena ikut kemampuan peminjam. Tak boleh ikut sedap potong jer...

Potong sampai RM1,200 sebulan..Mak ai PTPTN nak cekik darah ke apa ni?...Jumlah potongan macam beli Range Rover...

Anonymous said...

Ghairahnya bos ptptn nak kutip hutang..Tak ada rasa simpati langsung...

Anonymous said...

Sebelum PRU 14:

“Kami simpati dengan nasib menimpa golongan muda. Kami nak umumkan, pembayaran balik PTPTN hanya bagi mereka yang gaji lebih RM4000 sebulan...” (tepukan gemuruh)...

Selepas PRU 14:

“Bayar kereta 600 sebulan, bayar wifi 200 lebih sebulan, takkan PTPTN tak boleh nak bayar...” (nada menyindir)...

Along Bukit Beruntung said...

Wah... Ah long malaysia baru maa. Pinjam duit bayar 3x ganda. Ahlong manyak untung lorrr....

Takpe, tomato dah murah. Duit baki gaji bulanan tak cukup blh senaraikan menu tomato mulai sekarang. Berkorban utk negara kata madey.

Anonymous said...

PH - Pemusnah Harapan

Anonymous said...

Duit tkdok..dulu sapa yg pitnah suruh jangan bayar....sekarang pengundi yg jadi mangsa..pru 15 tk pilih dahh..klu pilih lagi mmg bonggok

Anonymous said...

12:48
ini komen terbaik untuk millenials dan mak bapak dia org yang mengundi pakatan.

Taming Sari said...

Salam tuan blog

Saya turut ulas benda yang sama.

https://blogtamingsari.blogspot.com/2018/12/ptptn-ph-lebih-kamikaze-orang-muda-dah.html

Mohon add blog saya dalam list tuan ye.

Tqvm

Anonymous said...

Mana yang rasa teraniaya dengan bayaran balik PTPTipu tu jangan risau. Kerajaan yang kita ada ni baik hati.... Hari U-Turn seMalaysia pun kita celebrate beberapa hari dalam setahun cuma masa tak tentu ikut kepala hotak PM tua yang kita ada. Mungkinkah esok hari u-turn itu berlaku...??? Selamat hari u-turn...

Kikikiki

Unknown said...

Jgn panik, sat sat depa buat u turn. Takyah berdrama sedih bingung marah pun. Korang pun propa lebih . Saja nk umum gomen skg prihatin lepaih ni. Ayaq lioq aku dah kering, asyik meludah jer..hahaha

Anonymous said...

Wah tahniah dan syabas kepada semua mangkuk ayun yang telah menyokong dan mengundi Pakatan Hancing sehingga Pakatan Hancing berjaya menjadi lintah darat yang sibuk menghisap darah rakyat!

Tanpa merasa malu dan segan, pemimpin-pemimpin Pakatan Hancing sengaja memungkiri pelbagai janji pakatan sendiri dengan pelbagai fitnah, putar belit dan u-turn dan rakyat sedang dikencing dikencing oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Hancing!!!

Mari kita duduk sambil makan popcorn dan menonton filem Fir'aun !!!

Tepukkkkkk .........

Anonymous said...

Terbaik komen Tuan

Anonymous said...

Terbaiklah komen tuan

Anonymous said...

TAK SANGKA DIAM2 BANG NON PUN BERTEKA TEKI RUPANYA
BUSH 94 KAWANNYA SI RENTA SEMPAT RAYA KE..?
94 KE 93 ITU HANYA RAKYAT BER FIRASAT SAJA
BANG NON PULAK BERTEKA KRISMAS KE RAYA PERDANA..??


KIKIKIKIKI... SEMPAT KE PEGANG PANJI PANJI ITAM NIHHH ...????

Anonymous said...

dah itu yang diminta, bayar sajalah. ikut kata kerajaan yang korang pilih. bayar jangan tak bayar. hutanngkan. nanti anak cucu korang jugak yang nak guna duit tu untuk belajar. dulu tak nak belajar betul2, dapat 1st class.
lagi satu kata fm kesayangan korang hutang 1 trillion. hutang ptptn tu pun termasuk dlm kiraan tuh. kesimpulannya nak kurangkan hutang negara bayarlah ptptn.

Anonymous said...

PH-Pakatan Habuk pun tarak.

Anonymous said...


Rakyat bukan tak nak bayar dan boleh sangat pun bayar, tapi deme ni menuntut janji PH yang cakap dimansuhkan dan tak payah bayar kalau menang sbg kerajaan! tu jew.
so sape yang gatal mulut berjanji bende mustahil ni? yang peliknya sikit pun tak rasa malu pada rakyat.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates