December 7, 2018

17 Alhamdulillah ... Bantuan Orang Miskin AIM Dibatalkan Kerajaan PH



Syukur Alhamdulillah. Sedidkit demi sedikit bantuan kepada Rakyat terutama kepada golongan miskin ditarik balik. Terbaru, adalah skim Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Alasan yang diberikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin, adalah berdasarkan Seksyen 17 (2) Akta Pemegang Amanah 1992 kerana badan berkenaan tidak memenuhi syarat Suratcara Ikatan Amanah terutama dalam penubuhan anak syarikat.
Tidakkah Kerajaan sedar 98.26% peserta AIM daripada jumlah 380,000, membayar balik hutang mereka mengikut jadual. 100% daripada peserta AIM terdiri daripada golongan miskin, ibu tunggal, peniaga kuih dan majoriti daripada mereka adalah Bangsa Melayu Islam? 

Kini AIM dihentikan. Apa yang pincang sehingga Kerajaan PH menggunakan alasan bodoh untuk membatalkan. Tidak cukupkah harta ghanimah daripada Tabung Haji, Felda, IHH dan sebagainya untuk difaraidkan?
Mohamed Hanipa berkata, Kerajaan PH tidak akan mengenepikan kebajikan merkea yang menerima bantuan AIM khususnya golongan B40 dan wanita. Ini kata-kata Timbalan Menteri sebelum membatalkan AIM. Sedangkan manifesto PH pun bukan kitab, apatah lagi janji seorang Timbalan Menteri.

AIM diwujudkan pada tahun 1987 dengan ambil contoh model Bank Grameen di Bangladesh bagi membantu Rakyat berpendapatan rendah.

Maka pada hari Jumaat yang mulia ini, ribuan Rakyat yang mendapat Skim Penamatan Sukarela (VSS), dipecat, dipotong elaun, peminjam PTPTN yang tertipu dan sebagainya mintalah pertolongan kepada Yang Maha Pemberi Rezeki. Maha yang satu lagi minat dengan kereta nasional ketiga sahaja.

17 comments:

Anonymous said...

Menteri PH semua bijak2...kalau ini macam...cuma satu penggal jer.

Anonymous said...

Hujung tahun ni nampaknya di malaysia hujan tak selebat seperti tahun dulu2.
Cuma kencing menteri Pakartoon je yg mencurah-curah teramat lebat membasahi rakyat marhaen umpama ribut. Di mana kita nak berlindung? Sudahlah basah lencun, hancing & busuk pula.

Insaflah, kita masih belum terlambat.

Unknown said...

Nak tanya lah gomenPH cara bsgaimana mereka nak JAGA KEBAJIKAN golongan yang menerima bantuan AIM khususnya B40 dan wanita? Jgn cakap sahaja!

Bagus lah nafikan bantuan kpd golongan yg amat memerlukan ini. Lain kali PRU musnah HARAPAN

Anonymous said...

MasyaAllah...Ya Allah di hari Jumaat yng mulia ni .... hamba mohon Kau jatuhkanlah Kerajaan Ph ni...yng menzalimi rakyat yang miskin dan susah ini... Amin Amin Amin RabulAlamin

Unknown said...

Duit akan mencurah curah masuk utk R&D kereta nasional baru.....

Demi memuaskan hati si tua kutuk rakyat miskin ditindas!

Anonymous said...

cts...awat hang tak highlight jugok isu peneroka felda yg di tanam semula...yg dah 2 bulan tak dpt bantuan sara hidop dlm blog hang nie...awat semua senyap jee..bab nie..

Cucu Tok Selampit said...

Tuan Anin 2:37 PM.

Biarkanlah mereka gembira dengan Kerajaan Baharu yang mereka pilih.

Anonymous said...

Hari ni hari apa tuan-tuan? Hari U-turn seMalaysia ke ?? Atau Hari Tangguh seTomato ??


http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/mekanisme-pembayaran-baharu-ptptn-ditangguhkan-maszlee-1.912884

Anonymous said...

Hari expire utk kote2.

Anonymous said...

Apakah KERAjaan baru pimpinan madey kutty dah tiada duit untuk rakyat?? Jangan segan silu, terbang la ke jepun mintak bon pinjaman bilion-bilion lagi.. silap2 kerajaan jepun pun boleh tambah pingat kebesaran untuk madey kutty jugak. Pingat kebesaran setaraf raja jepun ke.... Kikikiki

Anonymous said...

Bukan satu penggal, suku penggal je

Unknown said...

Org2 Felda kaya raya! Mereka tak heran
Takda bantuan sara hidup.lagipun anak Felda dgn bangganya telah dilantik sebagai Pengerusi LPP. Berbaloi undi PH! Hahaha..ambek kau!

Anonymous said...

Salah tatabahasa??
Media salah lapor??
Bini siapa la si Junaidah ni..??



SHAH ALAM - Jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin berhubung pembatalan sijil Amanah Iktihar Malaysia (AIM) dalam sidang Dewan Rakyat semalam, adalah berkaitan penubuhan anak-anak syarikat sahaja, bukannya penutupan operasi AIM secara keseluruhan.

Pengerusi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Datuk Junaidah Kiting berkata, pihaknya secara prinsip memandang serius bahawa kerajaan akan memulakan prosedur pembatalan Sijil Pemerbadanan AIM kerana tidak memenuhi syarat-syarat Suratcara Ikatan Amanah terutama dalam penubuhan anak-anak syarikat.



Beliau berkata, sebagai sebuah badan amanah persendirian yang ditubuhkan sejak September 1987, pengurusan AIM sentiasa mengambil perhatian terhadap apa juga isu melibatkan soal integriti dalam setiap aspek tadbir urus badan berkenaan.

"Bagaimanapun, AIM sentiasa terbuka dan memberikan kerjasama penuh kepada kerajaan untuk melaksanakan proses undang-undang sekiranya terdapat unsur meragukan dalam penubuhan anak-anak syarikat yang tidak mengikut syarat Surat Ikatan Amanah 26 April 2012 dibawah Klausa 3(C)," katanya dalam satu kenyataan.

Junaidah menegaskan, pengurusan baharu AIM ketika ini tidak akan bertolak-ansur dengan mana-mana pihak sekiranya wujud amalan ketirisan, penyelewengan atau penyalahgunaan dana AIM yang berlaku semasa pentadbiran lalu.

Pada masa sama katanya, AIM sedang berusaha menyiapkan laporan lengkap dan akan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut dalam tempoh terdekat, sekali gus memberikan ruang kepada undang-undang mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana yang terlibat.

"AIM juga akan mengemukakan laporan sama untuk perhatian Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi memastikan hala tuju AIM tidak tersasar daripada matlamat asalnya membasmi kemiskinan menerusi kemudahan pembiayaan keusahawanan," katanya.

Junaidah berkata, AIM ketika ini sedang giat melaksanakan agenda utama membantu meningkatkan sosioekonomi rakyat miskin dan berpendapatan rendah menerusi program pembiayaan aktiviti meningkatkan pendapatan, keusahawanan, bimbingan dan latihan di seluruh negara.

abd majid said...

Amin..

Anonymous said...

projek BABI, TODI, KUIL, TOKONG, GEREJA ialah Malaysia Baru.

Anonymous said...

INILAH MALAYSIA BARU KONONNYA..
YANG KAYA MAKIN SENANG LENANG, KENYANG, BUNCIT..
YANG MISKIN MAKIN SENGSARA, PAPA KEDANA, DAIF, MEREMPAT..

BODOHNYA ORANG-ORANG YANG MENGUNDI PH, SESAL TAK BERGUNA..

BILA 🙉 DIBERI 🌺 HABIS ROSAK SATU NEGARA..

Unknown said...

Nanti pak menteri kata, org media salah quote dia. Jelas yg salah pak menteri sebab tak tau apa yg dia ckp dan tak tau maklumat yg betul. Masih jadi intern ke? Kalau gitu, ramai yg layak jadi menteri skg. Hahaha..

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates