July 12, 2018

13 Nikkei Asian Review Tidak Yakin Kemampuan Malaysia Mengatasi Masalah Ekonomi


Gegak gempita warga macai Tomato apabila Perdana Menteri menghadiri Persidangan Nikkei dan memberikan ucaptama di majlis berkenaan di Jepun. Lain pula halnya apabila Perdana Menteri pulang ke tanah air.

Nikkei Asian Review, akhbar kewangan terbitan Nikkei terbesar di dunia dengan edaran lebih tiga juta naskah melaporkan, dasar-dasar kewa­ngan yang tidak kukuh termasuk pemberhentian cukai barangan dan perkhidmatan (GST), penyusutan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat dan juga dana saham yang terus mengalir keluar dari negara disebabkan ketidak yakinan pelabur, tidak yakin Perdana Menteri boleh mewujudkan laluan pertumbuhan yang berdaya maju.

Akhbar berkenaan turut menyentuh berkenaan mata wang ringgit yang semakin lemah hingga melebihi RM4 berbanding dolar Amerika Syarikat hingga akhir Jun dan juga penanda aras indeks FBM KLCI yang kukuh sejak awal tahun, jatuh selepas Tun Dr Mahathir mengambil alih kepimpinan negara dan sejak itu merudum 10 peratus.


Mungkin macai-macai Tomato tidak percayakan ulasan yang dibuat oleh Utusan Malaysia di atas. Pautan asal Nikkei Asian Review boleh di baca di sini.

13 comments:

Anonymous said...

macai tomato k pop dan k pub yg balik dari pub nak bagi tau utusan cuma lapur .. jangan salah paham

kah kah kah kah..

Anonymous said...

Nikkei ni dah makan rasuah kot.

Dulu kedai cina selalu salahkan dsn dan dsr dan cakap gst tu pegi kat dsn dan dsr.

Skrg Alhamdullilah terbukti dgn jelas ada ke takde gst, brg tetap mahal.

Kepada yg memfitnah dsn dan dsr pergilah minta ampun.

Dengar citer kerajaan nak ke china pula.

Bukan ke kerajaan dsn dulu dikatakan menjual negara bila jv dgn china.

Jadi sekarang ni cmane , kerajaan harapan pun gadai negara ke.


Diminta mana2 tomato tolong ulas sikit.
1.gst
2. Gadai negara ke china.

Terbuka untuk tomato kpop uneducated aje yea.

Anonymous said...

Dulu madet memang visionary.. la ni dia dh jd taikkutty. Sembang pasal HSR pun merapu2, kejap batal, kejap tangguh, kejap nk buat atas rel lama...mana pelabur jepun nak percaya.

Nak buat kereta nasional baru pun kerjasama dgn indon, jepun hanya jd tukang dengar bebel org tua, ingat mereka suka sgt ke?

Anonymous said...

Beberapa hari selepas #PRU14 saya mengatakan bahawa DAP dalam PH akan berjuang bermatian-matian untuk menjadikan TS Richard Malanjum #TSRM sebagai Ketua Hakim Negara #KHN yang baru (berdasarkan sebutan-sebutan oleh pimpinan DAP sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan mendesak KHN sedia ada untuk letak jawatan setelah memenangi PRU14), para penyokong PH kata saya membuat fitnah spekulasi yang tidak berasas dan bodoh.

Saya meminta kita semua membantah, anda kata itu hanyalah cadangan yang tidak semestinya diterima dan segala fakta saya adalah salah dan hanyalah auta. Anda kata saya mempermainkan persepsi kosong tanpa hujah.

Saya sebutkan bantahan perlu dibuat ketika cadangan (kerana tiada guna bantahan dibuat selepas keputusan sudah dibuat), anda katakan saya ini terlalu pesimis, penakut tak bertempat, rasis, cakap tak ikut fakta, 'bajet pandai' dan seumpamanya.

Sampai ada yang kata saya ini ekstrimis yang prejudis, dan unfriend saya di Facebook ini.

Hari ini 12/07/2018 akhbar dan portal MalaysiaKini, Berita Harian dan BERNAMA melaporkan TSRM telah mengangkat sumpah sebagai KHN yang baru. Dilantik secara rasmi. KHN inilah yang bertanggungjawab berbincang secara langsung dengan Yang Di-Pertuan Agong #YDPA tentang pelbagai isu termasuklah melibatkan hal ehwal Melayu, Raja-raja, agama Islam dan seangkatan dengannya. Ini bidang kuasanya, walaupun bukan sepenuhnya.

TSRM inilah hakim yang meluluskan permohonan Lina Joy untuk murtad dari agama Islam kepada Kristian pada tahun 2007.

TSRM inilah salah seorang daripada 3 hakim yang menyokong penggunaan kalimah 'Allah' bagi merujuk kepada Jesus dalam akhbar The Herald dan bible Bahasa Melayu pada tahun 2015.

TSRM inilah juga hakim yang menyebabkan Mahkamah Persekutuan memutuskan penukaran agama tiga anak guru tadika, M Indira Gandhi (Muhammad Ridhuan Abdullah) hampir 10 tahun lalu daripada Hindu kepada Islam adalah terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang pada awal tahun 2018 ini.

Mana para penyokong yang kata cadangan menjadikan TSRM ini sebagai KHN hanyalah spekulasi jahat saya? TSRM sudah dilantik sebagai KHN yang sah. Saya buat fitnah jahatkah?

Berbanggalah kalian atas lantikan ini.

Belajarlah daripada sejarah. Hasil bacaan sejarah, tak salah menjadi seorang yang kritis dan berhati-hati, daripada memekakkan telinga dan menyokong membuta-tuli.

Pilihlah untuk kritik dan memberi cadangan yang bernas walau parti mana pun yang kita sokong. Saling membantu, bukan keras membatu.

Ini bukan status pasal parti politik, ini pasal NEGARA KITA.

(Kalau tak mengata, jangan terasa ye)

Dr Syahr Musafir
Pn Rahimah AR
12/07/2018 #LuahPerasaan #PolitikDrSyahr

Anonymous said...

Depa masih berkhayak..ini semua salah Rosmah.. Asal bukan umno..kikiki babi macai ph..

Anonymous said...

Tujuan buat kereta ke3 supaya rakyat membeli petrol keluaran Petron milik anak beliau. Klu buat pengangkutan awam
bakal merugikan bisnes anak beranak dan supaya rakyat bayar tol beramai2. Under madey they no such thing as "free tol". Bak kata org 'ada udang sebalik batu'. anyway indonesia tak mungkin setuju kerana Jakarta sudah jem tahap gaban, they are moving toward public transport.

Anonymous said...

Ringgit semakin jatuh, pasaran saham terus mengjunam. Rizab negara susut 200 billion sejak 9 mei. Harga barang meningkat, inflasi berada berada diufuk timur. Media utama regim pakatan terus melagukan yg indah2 belaka. TIDAK DILAPORKAN. Sooner or later rakyat bakal kehilangan kerja, masa tu lah baru tau langit tinggi atau rendah,FITNAH MEMAKAN DIRI SENDIRI

-------------------------------

MANIFESTO KELAUT & KAFIRUN MENUNTUT MACAM2

Anonymous said...

Tadi gi kedai moto cadang nak beli moto Y15 untuk anak, tapi tauke kedai cakap stok xde, nak order kena tunggu lps bulan 9 baru dapat. Bila tanya sebab apa lambat dapat? Senang je tauke tu ckp "bulan 9 harga akan naik sebab SST, jual sekarang untung sikit, lps sst untung lebih" Itu tanda-tanda bila SST 10% diperkenalkan harga barang akan naik bukan lagi turun. Macai tomato akan gembira bila harga barangan naik. Mereka tak kisah asal harga tomato turun. "Madey naik...barang pun naik"

Anonymous said...

Negarawan(perasan)memperkenalkan dasar kewangan thn 80an-90an
inikah genius berpandangan 10 thn kedepan?buat malu gen y@tomkpop hancus ekonomi negara

Anonymous said...

Mangkok ayun ph ckp 6% lg mahal dr 10%..simpan ckit bodoh tu untuk anak cucu ckutt

Anonymous said...

Madey punya barang ada naik?.
.itulah ckap besar..hari ini perintah besok barng turun..yng turun barang mdey..rakyat tetap menderita.

Anonymous said...

Madey punya barang ada naik?.
.itulah ckap besar..hari ini perintah besok barng turun..yng turun barang mdey..rakyat tetap menderita.

Penulis said...

Saya ingin memberitahu anda bahawa FM LGE sudah checkmate diri beliau sendiri. Kerajaan pun sudah ikut sekali.

Menurut Rafizi sendiri pada tahun 2011, di terbitan keadilandaily (http://www.keadilandaily.com/had-hutang-negara-tidak-ikut-undang-undang-rafizi/), telah mengatakan jika hutang negara melebihi had statutori limit 55% tersebut, ianya adalah melanggar undang-undang negara.

Jadi bagaimana pula kerajaan masih boleh menerbitkan bon-bon secara haram, tanpa kelulusan parlimen? Even negara Amerika sendiri, kerajaannya sehingga shutdown kerana tidak dibenarkan mengeluarkan satu pun bon selagi belum mendapat kelulusan congress.

Jadi di Malaysia ini bagaimana? Dah cakap telah melebihi, dan sudah confirm melebihi 55%, jadi bagaimana boleh keluarkan bon-bon lagi?
Data berikut adalah melalui BNM sendiri;

1 16/07/2018 10-yr Reopening of MGII (Mat on 10/28) Third Jul 2018 4,000.00 mil -
2 06/07/2018 30-yr New Issue of MGS (Mat on 07/48) Third Jul 2018 2,000.00 mil -

Sepatutnya, laporan polis boleh dibuat kerana ini adalah pecah amanah dan telah melanggar undang-undang.

Sekian

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates