May 3, 2018

6 Surat Terbuka Tun @chedetofficial Kepada Penduduk Langkawi Bukti Langkah Terdesak Pembangkang



Sejak malam semalam, telah tular melalui WhatsApp Group, satu surat terbuka yang ditulis oleh Tun Dr Mahathir, calon Pakatan Harapan (baca haram) bagi kerusi Parlimen Langkawi. Di dalam surat terbuka tersebut Tun Dr Mahathir merayu supaya Rakyat Langkawi menolak Barisan Nasional (BN) pada 9 Mei akan datang kerana UMNO konon katanya telah dirosakkan oleh DS Najib Tun Razak.

Apa bukti DS Najib Tun Razak merosakkan UMNO dan negara? Adakah UMNO telah menjadi lemah atau negara menjadi kucar kacir seperti Venezuela di bawah pemerintahan DS Najib Tun Razak? Adakah DS Najib Tun Razak memberi 'dedak' kepada Bank Dunia, IMF dan firma-firma penarafan antarabangsa untuk memberi laporan ekonomi yang cukup baik untuk Malaysia? Tun Dr Mahathir tersilap jika menyangka  pengundi Langkawi tidak tahu fakta dan situasi semasa negara.

Selain itu, Tun Dr Mahathir meminta supaya Rakyat Langkawi mengenang jasa beliau yang membangunkan Pulau Langkawi sebelum ini. Perangai buruk siku betul. Kita akui kita mengenang jasa Tun Dr Mahathir. Melayu tidak pernah lupa. Cuma, tolong jangan perbodohkan pengundi Langkawi dengan sekadar ungkit jasa dan budi.

Sudah tentu ada yang menghargai tapi mereka tidaklah mudah diperbodohkan Tun Dr Mahathir untuk tidak mempersoal tindakan  beliau sekarang ini yang telah bersekongkol dengan musuh beliau dari PKR dan DAP semata-mata mahu menjatuhkan DS Najib Tun Razak, UMNO dan BN.

Di sebalik rayuan Tun Dr Mahathir kepada Rakyat Langkawi, ia sebenarnya telah menggambarkan bahawa Mahathir sedar bukan mudah untuk beliau merampas Parlimen Langkawi daripada BN dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).

Malah Tun Dr Mahathir turut mengakui bahawa Langkawi merupakan kubu kuat BN dan kekuatan BN di Langkawi terbukti dalam PRU12 di mana ketika Kedah telah jatuh kepada PAS, Rakyat Langkawi masih tetap bersama BN.

Dalam sejarah Tun Dr Mahathir memerintah negara selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri, tidak pernah sekalipun beliau menulis surat kepada pengundi untuk mengemis undi. Apatah lagi dengan  adengan lakonan air mata buaya di dalam video bersama cucu palsu.

Jika beliau boleh melakukan semua ini ditambah dengan pembohongan demi pembohongan yang beliau lakukan saban hari, kita boleh jangkakan (dan tidak jangka) apa yang akan beliau lakukan sepanjang baki 6 hari sebelum pengundian untuk mendapatkan kuasa.

6 comments:

Reforbasi Madeymugabe said...

UMNO rosak sebab tak beri kroni madey keling tua buat duit banyak-banyak lagi...

22 tahun madey keling tua tu pegang UMNO lagi punah, UMNO kena haram tak pasal-pasal... Lepas tu lantik kaki liwat jadi timbalan dia... Sekarang ni peluk cium semula dengan peliwat tu.... Buat malu dunia je...

Muahahahahahahahahahahaha

Anonymous said...

Projek kroni dan anak2 dibatal kan..klu jambatan bengkok..siap..biliun2 ...akhir sekali punai bengkok di lurus kn.

Anonymous said...

Tak guna undi Mahataik. Air liur, surat rayuan dan lakonan untuk rakyat, projek untuk anak2 dan kroni.

Anonymous said...

Tuuuuu dia...drama Kerana semakin rancak. Memula citer pasal kena bunuh...lepas tu tayar jet kena sebotaj...lepas drama air mata atok tua...la ni surat cinta pujuk pengundi. Tak mustahil nanti drama masuk IJN sebab nak simpati rakyat. Bagus ni kalo buat drama title Mr U-Turn Atuk Tua Tak Sedar Diri.

Anonymous said...

Diharapkan sangat2 pengundi2 langkawi tidak terpengaruh dengan drama si tua ni ...pandai sembunyikan DAP letak diblakag skali dlm surat dia...ingatlah Mahathir, kerana BN kau naik..kerana BN jugaklah kau akan jatuh...Aminnn.

Anonymous said...

sedih dan sayu bila moyang merayu dgn bermula komplot bunuh, bila tak laku tayar kempis kata sabotaj, drama cucu miskin, drama rayuan surat buaya,drama berikut moyang masok ijn lepastu drama masok liang lahatkot?? daif sungguh moyang dalam usia mereput..niele saksi hidup utk umat akhir zaman bila kuasa bermaharaja-lela bersolta di hati...
supah lupa yg kubor kata mari,rumah kata poodah!!!


undi MATA DAJAL(pkr)= undi dapig laknatullah anti Islam,Anti Melayu/bumiputra serta anti System Beraja!!!

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates