February 19, 2018

37 Skandal Tanah Ijok Bakal Membuat @AzminAli Tersungkur




Buat pembaca-pembaca CTS yang masih keliru dan meneka dalam kesamaran, apakah skandal isu 2,300 ekar tanah Ijok yang menjadi bualan hangat sekarang sehingga mendapat liputan dua muka surat di Berita Harian, hari ini, CTS berikan kronologi yang mudah untuk difahami:

1. 981 peneroka di Ijok telah memberikan tanah mereka kepada dua syarikat swasta, tetapi mereka tidak mendapat pampasan yang dijanjikan.

2. Mantan Menteri Besar, TS Khalid Ibrahim (TSKI) telah merampas tanah tersebut selepas P{ilihan Raya Umum (PRU) ke 12 kerana dua syarikat terbabit gagal menunaikan pampasan dan juga tidak membayar cukai premium tanah. 

3. TSKI kemudian menyatakan akan memberikan pampasan yang lebih tinggi kepada peneroka kerana nilai tanah semakin meningkat.

4. Syarikat swasta tersebut kemudian talah mengheret kerajaan negeri Selangor ke mahkamah untuk mendapatkan kembali tanah tetapi keputusan memihak kepada Kerajaan Negeri Selangor di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

5. TSKI digulingkan melalui Langkah Kajang yang dipelopori oleh Rafizi Ramli. Azmin Ali kemudiannya diangkat menjadi Menteri Besar.

6. Syarikat membuat rayuan terakhir kepada Mahkamah Persekutuan.

7. Sebelum perbicaraan bermula, Azmin Ali bersetuju membuat penyelesaian di luar mahkamah dan menyerahkan kembali tanah tersebut kepada dua syarikat swasta terbabit.

8. Syarikat swasta terbabit telah menjual tanah yang mereka dapat kembali itu kepada syarikat awam pada harga pasaran RM1.18 billion! Daripada jumlah tersebut, RM421 juta mereka bayar pampasan kepada peneroka.

9. Yang menjadi isu sekarang adalah untung atas angin yang diperoleh oleh syarikat terbabit iaitu RM757 juta. Kenapa mereka menjual tanah pada harga pasaran kepada syarikat awam terbabit, tetapi peneroka diberi pampasan pada harga 18 tahun dulu?

10. Persoalan kedua, kenapakah Kerajaan Negeri tidak menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan untuk keputusan kes ini memandangkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan memihak kepada Kerajaan Negeri. Kenapa perlu ada penyelesaian luar mahkamah dengan dua syarikat terbabit?

11. Inilah yang dipersoalkan oleh TSKI, adakah terdapat penyelesaian tepi? Di mana dan bagaimana baki wang RM757 juta itu pergi dan dibelanjakan?

12. Azmin Ali dan pencacai-pencacainya sekarang gusar dengan serangan bertalu-talu mengenai isu ini. Malah Setiausaha Politik Azmin Ali, Shuhaimi Shafie mengendalikan isu ini dengan tidak profesional. Beliau menuduh "adakah TSKI mahu memenuhi KPI UMNO dengan menyerang Azmin Ali untuk menyertai BN?" Baca di sini.

13. Ketika Langkah Kajang dulu, PKR telah mengeluarkan laporan setebal 91 muka surat di mana di antaranya mereka menuduh TSKI bersekongkol dengan UMNO. TSKI telah mengheret mereka ke mahkamah yang berakhir dengan permohonan maaf oleh Setiausaha Agung PKR ketika itu, Saifudin Nasution. Nampaknya fitnah memang menjadi darah daging mereka dengan menuduh sekali lagi TSKI bekerjasama dengan BN untuk menyerang Azmin Ali dalam isu tanah Ijok ini.

Akhir kata, persoalan kepada Menteri Besar, DS Azmin Ali:
Adakah adil peneroka yang dijanjikan wang tunai RM180,000 dan sebuah rumah 20 tahun yang lalu kini hanya mendapat wang tunai RM180,000 dan sebuah rumah ketika nilai dan lokasi strategik tanah mereka telah meningkat begitu banyak kali ganda? 20 tahun yang lalu, tanah mereka bernilai RM3 setiap kaki persegi. Hari ini, tanah yang sama dengan status tanah yang sama boleh mencecah RM30 kepada RM60 setiap kaki persegi. Adakah ini keadilan?
 

37 comments:

Anonymous said...

Sape pemilik syarikat yg diberikan tanah di zaman BN?...

Anonymous said...

Kenape tak cerita Khairudin nak saman Rahman....Rahman Dahlan tak pernah kena saman....bersediakah Rahman di mufliskan?...

Cucu Tok Selampit said...

Mana samannya Chai?

Anonymous said...

Hahaha...berita tak sampai seminggu terus saman?...tak payah sediakan fakta dulu?....

Anonymous said...

Ada dlm lubang jubuq anon 1:48.

Anonymous said...

PENJELASAN KHAIRUDDIN ISU TANAH IJOK

SAYA AKAN AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG KEATAS RAHMAN DAHLAN 'OTAK UDANG' YANG TELAH MEMFITNAH SAYA SECARA SENGAJA DAN BERNIAT JAHAT!! ISU INI BERLAKU DI ZAMAN UMNO TADBIR NEGERI SELANGOR!! IANYA TIADA KAITAN LANGSUNG DENGAN DATO SERI AZMIN ALI!!

Rahman dahlan telah memfitnah saya secara sengaja dan berniat jahat!! Dia 'otak udang' tak faham fakta serta sejarah isu tanah peneroka mukim ijok!!

Sebab itu saya tak faham dengan kalangan para penasihat perdana menteri paling korup kerana mereka suka cakap bodoh tanpa usul periksa fakta!!

Saya akan berbincang secara kadar segera dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang saman malu di atas fitnah yang tidak berasas oleh rahman dahlan 'kaki bodek minda lemah otak udang!!'

Tindakan undang-undang juga akan diambil keatas chegubard yang mula-mula memfitnah diri saya dalam isu tanah peneroka mukim ijok!!

Isu ini tiada kaitan langsung dengan yab dato seri azmin ali!!

Kes tanah peneroka mukim ijok ini mempunyai kaitan secara langsung dengan pemimpin-pemimpin umno selangor terdahulu!!

Pembelian tanah peneroka mukim ijok ini dibeli oleh syarikat mujur zaman sdn bhd pada tahun 1990an ketika tan sri muhamad taib menjadi menteri besar selangor!!

Pembelian tanah ini oleh syarikat mujur zaman sdn bhd telah diinstrumenkan oleh pemimpin-pemimpin umno selangor pada saat tersebut!!

Pada waktu itu saya tidak pernah menganggotai syarikat ini!! Saya dilantik menganggotai syarikat ini pada tahun 2009 selaku pengerusi prime utilities bhd serta fountain view bhd di mana mujur zaman sdn bhd adalah anak syarikatnya.

Komplikasi urusan tanah ini berlaku di zaman tan sri khalid ibrahim menjawat jawatan menteri besar selangor.

Tanah peneroka mukim ijok bukan milik kerajaan negeri selangor!! Ianya adalah tanah persendirian yang dibeli oleh syarikat mujur zaman sdn bhd dari para peneroka di situ!!

Ketika saya menjadi pengerusi syarikat ini; tugasan saya adalah untuk menyelesaikan masalah projek perumahan yang terbengkalai.

Semua rumah-rumah yang terbengkalai pada waktu itu telahpun disiapkan pada awal tahun 2012.

Syarikat Perumahan Negara (SPN) turut terlibat untuk menyiapkan projek perumahan syarikat tersebut yang terbengkalai pada waktu itu!!

Tugasan kedua saya juga pada ketika itu adalah untuk menyelesaikan masalah 'cukai tanah' yang dikatakan tertunggak oleh tan sri khalid ibrahim ketika menjadi menteri besar selangor.

Apabila semua permasalahan projek tersebut diselesaikan; maka pada tahun 2013 saya telah meletak jawatan sebagai pengerusi syarikat prime utilities bhd serta fountain view bhd.

Sesungguhnya juga, saya tidak memegang sebarang saham syarikat tersebut langsung!! Saya hanyalah seorang pengerusi syarikat yang dilantik sahaja!!

Niat jahat rahman dahlan 'otak udang' ini tidak menghairankan saya!! Pemimpin-pemimpin umno pada hari ini terdiri dari 'kaki bodek minda lemah otak udang' semata-mata!!

Sebab itu umno habis 'lingkup!!' Parti umno rosak teruk disebabkan oleh penyangak-penyangak ini!!

Puak bangang ini sanggup melakukan apa saja untuk membodek perdana menteri paling korup demi untuk kepentingan peribadi!!

Demi poket, pangkat dan perut; puak-puak bangang ini sanggup melakukan apa saja bagi mempertahankan bos mereka yang teramat korup!!

Insya-Allah, saya sudah bersedia untuk berjumpa dengan rahman dahlan di kamar mahkamah dalam sedikit masa lagi!!

Fakta yang selebihnya saya akan pamerkan di kamar mahkamah kelak!!

Permasalahan kes tanah peneroka mukim ijok ini tiada kena-mengena dengan dato seri azmin ali kerana sejarah pembelian tanah tersebut berlaku di zaman umno perintah negeri selangor!!...

Anonymous said...

https://m.malaysiakini.com/news/412437

Rahman Dahlan Dangkal isu tanah ijok...

Anonymous said...

Baguslah ada harapan azmin nk tumbang.

Tapi antara kebencian terhadap azmin dan kebencian terhadap najib, mana yg lbh memberi impak besar?

Kerana kepala bapak oppsss kepala umno menjadi topik utama kemarahan rakyat, bnyk isu2 dinegeri bukan umno akan tenggelam.
Malah negeri umno sendiri sudah berada dalam keadaan bahaya.

Penulis dan penyokong berbayar boleh shj komen menyedapkan telinga, menyejukkan hati dan menjulang ke langit akan kehebatan najib.

Tapi berapa bnyk yg mampu dibayar jika dibandingkan dgn jumlah pengundi.

Masakan strategi bn utk tidak menonjolkan central figure (Najib) spt PRU 13 tidak memberikan sebarang maksud.

Kalau benar hebatnya BN masakan tarikh PRU masih berteka teki.

Masakan pemilihan calon masih menjadi perbalahan sesama ahli.

Itu petanda BN sedar kebencian rakyat terhadap najib ada benarnya.

Apabila
Cash is king jdk pegangan,
Sokongan dan dokongan harus berhulur dan berbalas.

Apabila
Saling ugut mengugut menjadi taruhan,
Yg menang hati xelok yg kalah hati xsenang.

Apabila
Harta dan takhta menjadi ukuran,
Berebut ketua mencari habuan pengundi pula jdk xheran.

Rakyat melihat pemimpin mcm xde pegangan agama mahupun moral.

Yg ikhlas menyokong biasa terbelakang.
Si pengejar dunia yg akan duk depan.
Melolong jeritkan sokongan.
Tapi tindakan dan ucapan xubah mcm org xde pendidikan.

Anonymous said...

Peneroka tanah Ijok dapat pampasan RM180,000 dan rumah RM400,000
SELANGOR February 16, 2018 11:03 am 124
OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 16 FEB: Nasib peneroka tanah di mukim Ijok terus dibela apabila Kerajaan Negeri memberi pampasan RM180,000 dan rumah bernilai sekurang-kurangnya RM400,000.

Pengarah Komunikasi Strategik Pejabat Menteri Besar, Yin Shao Loong berkata, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, amat mementingkan pembelaan peneroka tanah, di kawasan itu.



“Masalah berkenaan sebenarnya timbul ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) iaitu peneroka menunggu selama 18 tahun untuk memperoleh keadilan.

“Walaupun tanah itu diberi kebenaran untuk dirampas dalam keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, namun Kerajaan Negeri perlu membayar pampasan sehingga ratusan juta ringgit kepada dua syarikat

“Masalah itu yang diwarisi Azmin kini berjaya diselesaikan apabila beliau menjual tanah berkenaan kepada pemaju berwibawa sebanyak RM1.18 bilion dan membolehkan peneroka memperoleh pampasan dan rumah kediaman,” katanya dalam kenyataan.

Shao Loong berkata, tindakan segera Azmin menyelesaikannya adalah prinsip keadilan sosial dan peduli rakyat Kerajaan Negeri.

“Berbeza dengan BN yang ‘menghadiahkan’ tanah seluas 3,200 ekar di Ijok dengan harga murah kepada syarikat kroni serta mengabai nasib peneroka.

“Tindakan Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan, mempersoalkan langkah Kerajaan Negeri jelas menunjukkan pemimpin BN itu dangkal, tidak faham fakta dan tidak memahami latar kes mahkamah berhubung isu tanah, di Ijok,” katanya.

Beliau berkata, kenyataan Abdul Rahman juga jelas menunjukkan UMNO dan BN panik kerana Mohamed Azmin berjaya menyelesaikan masalah peneroka tanah terbabit hanya dalam tempoh empat tahun, berbanding pengurusan FELDA oleh BN yang semakin tenggelam dengan penyelewengan.

KERAJORA BAPUK bodoo pembela prompak said...

Pasukan Khalid Ibrahim mainkan peranan alat Umno-BN ulangi fitnah kes tanah Ijok
BY MALAYSIADATELINE
FEBRUARY 19, 2018
ULASAN : Kesepakatan Umn-Barisan Nasional (BN) dengan pasukan Tan Sri Khalid Ibrahim jelas melalui ‘penyatuan fitnah berangkai’ mereka sejak kelmarin. Melalui Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Umno Selangor dan Tan Sri Khalid Ibrahim serta Faekah Husin, mereka galak memainkan kembali isu tanah di Ijok menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Saya terfikir, mungkinkah benar dakwaan yang mengatakan Tan Sri Khalid perlu melepasi KPI tertentu dalam menyerang Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum boleh bersama BN semula?
Perkara yang dibangkitkan Tan Sri Khalid dan pegawainya agak luar biasa tumpuannya. Persoalannya ialah kenapa perkara yang boleh diselesaikan lebih awal perlu ditangguh? Mengapa perlu dibiarkan peneroka terseksa dan ternanti janji mereka dipenuhi daripada satu Menteri Besar ke Menteri Besar yang lain? Sebetulnya, Tan Sri Khalid terlepas peluang untuk berbakti.
Apabila Datuk Seri Mohamed Azmin mengambil alih jawatan Menteri Besar pada September 2014, masalah ini terpaksa diwarisi oleh beliau. Terdapat kira-kira 30 kes di semua peringkat mahkamah membabitkan Kerajaan Negeri dengan potensi liabiliti bernilai ratusan juta ringgit. Hampir 1,000 peneroka dan ahli keluarga mendapati masalah mereka masih berlarutan, yang mana perpunca daripada kegagalan pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah BN sejak tahun 2000 dan juga salah perkiraan oleh Tan Sri Khalid.
Bagi menjawab tuduhan, biar saya jelaskan, satu formula global dipersembahkan kepada Datuk Seri Mohamed Azmin untuk menyelesaikan masalah berkenaan.
Formula ini mempunyai elemen berikut:
1.Sebahagian daripada tanah, kira-kira 2,200 ekar dijual kepada pemaju berwibawa dengan jumlah RM1.18 bilion. Sebahagian duit akan digunakan oleh syarikat vendor untuk membina rumah bagi hampir 1,000 peneroka dan membayar pampasan. Dengan kata lain, kaedah ini memenuhi janji yang dimungkiri BN sejak 18 tahun lalu. Itulah perjanjian di zaman BN. Sepatutnya Umno -BN berterima kasih bukannya mencela.
2. Maybank dan peminjam lain yang memberi pinjaman kepada kroni BN akan dibayar dan akan menarik semula semua saman dan tuntutan pampasan daripada Kerajaan Negeri.
3. Akhir sekali, Kerajaan Negeri di bawah Pakatan akan memperoleh baki tanah itu seluas kira-kira 1,000 ekar tanpa membayar sebarang pampasan. Ia adalah situasi menang-menang untuk semua pihak.
Inilah perbezaan pentadbiran kerajaan negeri hari ini yang mendahulukan rakyat dalam penyelesaian masalah mereka.
Dakwaan Faekah bahawa wujud keraguan dalam proses pengambilalihan adalah tidak lebih daripada sekadar mengulangi tuduhan palsu Umno sebelum ini. ‘Keprihatinan’ beliau kononnya ada ketirisan dana awam di Negeri Selangor adalah lucu dan bersifat hipokrit. Ini adalah kerana, watak sama yang melarikan wang melalui ‘pintu belakang’ berjumlah RM2.6 juta sebagai pampasan kepada diri sendiri dan kuncu kuncunya. Ketirisan berlaku di situ.
Beliau sepatutnya bertanya kepada Tan Sri Khalid apakah caranya beliau dapat menyelesaikan hutang berjumlah jutaan ringgit dengan pihak bank yang masih lagi misteri kala ini.
“Penulis adalah Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor

Anonymous said...

Ye ye Azmin dah nak kena, kik3

Anonymous said...

Menang menang kepala hotak kau. Kerajaan Negeri Selangor dah boleh menang pun jika dibawa bicara di Mahkamah Persekutuan. Kenapa pula nak menyerah kalah separuh jalan. Mesti ada udang disebalik mee. Hanya macai fuckatoon haprak yang boleh diperbodohkan. Kami hanya mau tahu berapa khairuddin pondan & the gang dapat. SPRM mesti siasat the money trail.

Anonymous said...

Heran, kenapa Azmin Ali tak sabar-sabar nak memberikan balik tanah tu sedangkan syarikat tu nak bawa kes tu ke Mahkamah Persekutuan? Kenapa tiba-tiba tulur Azmin sudah kecut. Ataupun keuntungan tu RM757 juta tu sebagai dana pilihanraya.
Kesian peneroka tu, 20 tahun menunggu last2 dapat laba nilainya sama macam 20 tahun lalu.

Anonymous said...

Kita tunggu je saman dari Khairudin tu. Nak tengok sapa yang muflis nanti. Sanggup ke Khairudin tengok Azmin Ali tersungkur sekali. Apa Khairudin punya deal dengan Azmin? Dana pilihanraya kot? Yang pasti undi dari 981 peneroka tak masuk sekali anak cucu takkan berpihak kepada fuckatan.

Anonymous said...

Saman, jangan tak saman Khairudin. Ayat bongok dari Khairudin "Permasalahan kes tanah peneroka mukim ijok ini tiada kena-mengena dengan dato seri azmin ali kerana sejarah pembelian tanah tersebut berlaku di zaman umno perintah negeri selangor!!..."

Masalahnya yang bagi pada kau tu ialah Azmin dan yang bestnya keputusan 2 mahkamah sebelum ni memang berpihak kepada kerajaan negeri. Kenapa kerajaan negeri "sekarang" senang2 bagi pada diorang balik.

Kenapa Khairudin ni nak petik cerita lama? Khairudin ni ada akal tak? Atau dia memang bekas pelajar kelas hujung? Kah kah kah...
Panas, panas, panas...

Anonymous said...

Patutla Piji nak sangat buat "Langkah Kajang" untuk jatuhkan Khalid Ibrahim. Ada dana nak masyuk RM757 jota.

Anonymous said...

Hehehe... pengarah komunikasi sudah tolong jawabkan. Takpe, takpe. Kita masih menanti Khairudin punya saman. Saman, jangan tak saman Khairudin.

Anonymous said...

Hehehehe...lihat nanti siapa yg tersungkur....mula2 havoc lepas tu beku terus basi....dah biasa trick umno....jangan Rahman Dahlan bankrap sudah ok ....nanti nak beli tiket kapal tetbang nak balik sabah tak mampu....hihihi...

Kiah Murai said...

Ini semua modal temberang Umno menjelang pilihanraya ke 14. Sama juga macam isu terowong PP. Gegar gempita puak Umno menjaja cerita, tapi LGE tetap tersandar diatas kerusi empuk di Komtar. Walaupun isu ini cuba diputar belitkan oleh Umno Selangor Si Zimin tetap steady aje. Zimin tetap power. Dan Umno Selangor jangan bermimpi mahu merampas Selangor semula. Jauh Kandang Dari Babi��. Muuaahh! Kiah sayang �� Zimin. Kesian
Chief SPERM dijadikan seperti �� Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Setelah dibayar RM180 ribu ada balance untung RM757 juta. RM757 juta tolak RM392.4 juta (RM400 ribu x 981 peneroka) ada baki lagi RM364.6 juta. Mana pegi baki RM364.6 juta ni. Kerajaan negeri ambik untuk tabung pilihanraya?

Anonymous said...

BN baru sibuk nak report sperm...Azmin dah lebih dulu serahkan dokumen tanah Ijok kpd Sperm....hehehe....cian BN buat lawak...Azmin bakal tersungkur tajuk citer katun cai umno...

Anonymous said...

Hehehe da "rembat" 757j nk "perap" duit tu kat mane??

Azmin bayor din botok..
Din botok bayor azmin..
Azmin bayor din botok..
Din botok bayor azmin..
Azmin bayor din botok..
Din botok bayor azmin..
Azmin bayor din botok..
Din botok bayor azmin..

Cara kat atas ni cara " klepet n rembat" duit org kampung..cara ni xbrape biol n biase d buat oleh broker "untung atas angin"

Rpiji bayor rpiji..
Rpiji bayor rpiji..
Rpiji bayor rpiji..
Rpiji bayor rpiji..
Rpiji bayor rpiji..
Rpiji bayor rpiji..

Ni cara org "biol" nk mentedarah duit "derma" org rmai...

Kihkihkihkihkih

"Mintak" sikit duit "klepet" tu!! BOLE KER????

hahahaha

Anonymous said...

Bgs2..

Nk tgk jgk mcm mn kronologi tanah trx.
Dari milik kerajaan hingga pergi ke swasta.
Bape ringgit sekaki kerajaan dpt dan brape pula harga 1mdb jual kpd syarikat swasta termasuk milil asing.
Kalau untung berapa bnyk dan mana keuntungan 1mdb.
Kenapa akaun syarikat sudah bertahun tidak diaudit.
Kenapa laporan audit negara diOSAkan.

KERAJORA BAPUK bodoo pembela prompak said...

Wee ka diong dah diam...habis modal....gong dah tak berbunyi lagi...hehehe

KERAJORA BAPUK bodoo pembela prompak said...

TUN M ACAH BERTANDING LANGKAWI, KERAJAAN BN BERI RM1.3 BILION

Tun M acah bertanding langkawi, kerajaan BN beri RM1.3 bilion
Tun M acah bertanding langkawi, kerajaan BN beri RM1.3 bilion
Posted By: Pentadbiron: February 19, 2018 Print Email
Datuk Seri Azmin Ali hari ini menyindir peruntukan RM1.3 bilion untuk Langkawi yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, semalam.
Timbalan presiden PKR menyarankan calon perdana menteri Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad, supaya mengumumkan akan bertanding di beberapa lagi kerusi lain supaya lebih banyak peruntukan diturunkan.
“Baru ura-ura Dr Mahathir nak bertanding di Langkawi, orang Langkawi dapat RM 1.3 bilion. Betapa desperadonya orang itu!” kata Azmin di Twitter hari ini.
“Ada baiknya Dr Mahathir membayangkan akan bertanding di beberapa tempat. Pastinya rakyat di situ akan mendapat nikmat pembangunan.”
Najib di Langkawi hari ini mengumumkan peruntukan RM1.315 bilion untuk 5 projak baharu di Langkawi di bawah Rancangan Malaysia ke-11.
Projek itu melibatkan pembinaan bangunan tambahan Hospital Langkawi (RM500 juta), kuarters baru petugas kesihatan (RM135 juta), balai bomba dan kuarters baru di Padang Matsirat (RM30 juta), naik taraf Jalan Bulatan Lapangan Terbang-Pulapol Langkawi (RM50 juta) dan projek atasi masalah bekalan air (RM600 juta).
Sebelum ini, Dr Mahathir mengumumkan akan bertanding di salah satu daripada 3 kerusi Parlimen iaitu Langkawi, Kubang Pasu atau Putrajaya pada PRU14.
“Mereka memberitahu saya bahawa saya berpeluang untuk menang di Langkawi, Kubang Pasu dan Putrajaya. Jadi, bersedialah,” kata Dr Mahathir.
Ahli Parlimen Langkawi Datuk Nawawi Ahmad berharap Dr Mahathir tidak bertanding di Langkawi sebagaimana spekulasi sebelum ini kerana ia akan mengundang kata-kata yang “menyakitkan hati” terhadap bekas perdana menteri itu.
“Dengan penuh rasa hormat, saya berharap Dr Mahathir tidak akan bertanding di Langkawi. Sebaik kempen pilihan raya bermula, mungkin ada yang akan mengeluarkan kata-kata menyakitkan hati kepadanya,” kata Nawawi.

Anonymous said...

Azmin dan anjing2 pakatan haprak dah ketar lutut... dan terang dan jelas ada isu penyelewengan dan menganiaya rakyat... tu pasal sehingga kini Azmin berdalih enggan sign IBR sbb PKR dan pakatan haprak memang pakar dalam hal curi duit rakyat... nak alihkan isu depa ungkit 1mdb yg langsung tiada bukti penyelewengan duit rakyat...

KERAJORA BAPUK bodoo pembela prompak said...

Najib dah sain IBR?....hehehehe...Zulkipli sperm bila nak dibicarakan bedal bini polis?....hihihihihihikkk..

Anonymous said...

yang salah lambat laun akan nampak kesalahan nya dan yang benar tetap akan menang

Kiah Murai said...

Macamana si Zimin nak main IBR. SPERM pun cair je., kurang kepekatan untuk melahirkan zuriat yg Berintegriti...Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

yg kuat main taik mcm mamak kutty akan nampak keTAIKannya.

Geli Hati Tengok Pemakan Taik said...

Cair ke tidak cair, tetap jadi manusia jugak. Manusia biasanya boleh dibentuk, melainkan kalau yg mmg dilahirkan dungu mcm penyokong FUCKatoon.

Ini yg dah sah 'pekat' pulak dilahirkan terus jadi MURAI BETINA. Haiwan tu .. apa ke jadahnya ..

Anonymous said...

Nak tnya sikit ni!!

Ikut akal pkiran yg WARAS, bile da "untung" 757j jual tnah ,logik x ZMIN hnya "rembat" duit untng rm1325/**..???

Logik x si botak din "rembat" duit broker hnya rm4500/** shja..??

Kalu salah tolong beritau bro..

Sekadar bertanya je niii..

Kihkihkihkih

Anonymous said...

Khalid Ibrahim, the ex-Menteri Besar of Selangor, has explained the Ijok land controversy in a lengthy interview with NST, which you can read here: Q&A: Khalid Ibrahim Tackles Controversial Ijok Land Deal.

Shuhaimi Shafiei, the political secretary to the current Selangor Menteri Besar, Azmin Ali, has tried to explain what really happened in the news report, which you can read below.

In short, Khalid saw that the land settlers cum land owners were being short-changed and he took back the land from the developers, while Azmin reversed that decision and gave the land back to the developers even though they had failed to deliver and had challenged Khalid’s decision in court and had lost.

Khalid gave a very credible and solid reason for his action while Suhaimi is going on the argument of win-win for all in this RM1.18 billion deal. It is a win for the land owners, who receive RM421 million. A win for the developers, who make profit of RM756 million. A win for Azmin, who receives RM500 million. And a win for whoever is supposed to take acton against Azmin and who will receive RM100 million to close the file and mark it NFA (No Further Action).

Yes, Azmin already met that party in London very recently to negotiate the ‘NFA’ for a fee of RM100 million. But then these Barisan Nasional buggers went and made big deal out of this Ijok land deal and turned it into Azmin’s undersea tunnel — and now that RM100 million ‘NFA’ deal may no longer be possible or it may now cost more than RM100 million because another few parties will need to get dragged into the deal.

By the way, Suhaimi is Azmin’s bagman and Azmin’s proxy for the Selangor sand-mining deals. Malaysia Today once published documents with Suhaimi’s approval and signature on a sand-mining application but at that time no one was really so concerned about it and said that PKR may be corrupt but it is still the lesser of the two evils. Malaysia Today argued that this so-called ‘lesser evil’ will grow and one day it will become a huge evil. And Malaysia Today has now been proven right.

Who did Azmin meet in London recently to negotiate the RM100 million NFA? Well, if you play nicely I might tell you who it was. In the meantime you will have to just sit and wait until I get into the mood to talk more. Nevertheless, while the Penang Undersea Tunnel scandal is going to bring down Chief Minister Lim Guan Eng, this Ijok land scandal is going to bring down Menteri Besar Azmin Ali.

Sheesh…the post of Selangor Menteri Besar is so cursed or 诅咒. It looks like every Selangor Menteri Besar since Harun Idris ends up in some sort of controversy — even though later it was proven that Khalid was not guilty of what they had accused him of and he was actually a victim of fitnah. And now it is Azmin’s turn to take the fall.

Anonymous said...

Hmmm.. Mati2 I ingat fuckatan ni suci dari segala dosa dan salah laku. Ingatkan boleh lah undi fuckatan lepas ni.
Rupa2 nya lagi parah. Lain kali lah fuckatan.

Anonymous said...

Kenapa tiba2 Jemin beriya2 nak selesaikan isu tanah luar mahkamah? Jemin nak jadi hero kepada peneroka atau pemaju? Apa deal bawah meja antara mereka?

Anonymous said...

Takpe, kita tunggu jer. Masalahnya orang fuckatan ni kuat berangan. Itu hari heboh kat bini chegu bard kena tahan SPRM. Last2 chegu Bard sendiri buat laporan polis. Dengar cerita banyak juga nama naik.
Sapa pulak la ni yang nak kena bayar saman fitnah.

Anonymous said...

Kerajaan NS, Melaka, Perlis, Kedah, Terengganu, Kelantan dah sain. Selangor belum lagi ke? Biar betul? Jemin suci dari dosa kot?
Masa bicara Pak Sheikh dulu bukan bini Jemin pun terbabit sekali kan? Indirectly la. Yang kecoh2 tu bukan adik Jemin ke?

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates