February 14, 2018

6 Israel Datang Program PBB Kecoh, Israel Bagi Derma RM1.2 Billion Pada DAP Senyap


Pemimpin dan pencacai Pakatan Harapan menjadi kecoh apabila sekumpulan diplomat dari Israel hadir ke Malaysia untuk hadir ke satu program Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan mendakwa Kerajaan kononnya memihak dan menyokong rejim zionis itu. Secara dasarnya, Malaysia tidak ada sebarang hubungan diplomatik Kerajaan dengan Kerajaan dengan Israel. Di passport Malaysia pun masih jelas tertulis larangan masuk ke negara zionis itu.

Wakil Israel yang hadir ke Malaysia adalah Diplomat Kanan Israel yang diketuai bekas Timbalan Duta Israel ke PBB, David Roet untuk hadir program World Urban Forum (WUF). Program WUF dihadiri oleh 185 buah negara dan dianjurkan Program Penempatan Manusia PBB atau UN-Habitat. 

Pemimpin dan pencacai pembangkang kecoh dengan kehadiran diplomat Israel ke program PBB sedangkan apabila bekas Pegawai Khas Lim Kit Siang, Mohamad Razali Abdul Rahman membuat pendedahan bahawa DAP menerima derma RM1.2 bilion dari Israel, tiga tahun lepas, mereka senyap. Pada tahun 2015, ada wakil pembangkang juga buat pendedahan sama. 

DAP hanya menafikan perkara itu tapi tidak mengambil tindakan memfailkan saman ke atas Mohamad Razali sampai ke hari ini. Mengapa pemimpin tertinggi DAP, Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng membisu tentang duit Israel ini?

Ngeh Koo Ham, Ahli Parlimen DAP Beruas adalah anggota pertubuhan Socialist International yang turut dianggotai oleh parti politik dari Israel. Pertubuhan sosialis antarabangsa ini sering membantu anggotanya menghadapi pilihanraya di seluruh dunia. Barangkali kerana takut rahsia terbongkar, sampai ke hari ini, DAP diam di dalam hal dana RM1.2 billion dari Israel ini.

Yang pasti, Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak tidak pernah cuba untuk menjalinkan sebarang hubungan kerajaan dengan Tel Aviv. Di forum antarabangsa dan PBB, DS Najib Tun Razak tegas dan konsisten memperjuangkan isu Palestin.

Berbeza dengan Tun Dr Mahathir yang kini menjadi Pengerusi Pakatan Harapan. Tun Dr Mahathir pernah menjalin hubungan dengan Israel. Tun Dr Mahathir sendiri mengaku ada menghantar surat kepada Perdana Menteri Israel pada masa itu, Yithzak Rabin, Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak pada tahun 1993, 1997 dan 1999. 

Kedua, ada dakwaan pada 06 hingga 09/07/1994, Tun Dr Mahathir telah mengadakan pertemuan sulit dengan Rabin bersama Menteri Luar Israel, Shimon Peres di Hotel De Grillion, Perancis di mana mereka sama-sama menginap. Laporan pada masa itu oleh TV Israel dan AFP dinafikan oleh Tun Dr Mahathir dengan alasan beliau ke sana semata-mata kerana lawatan rasmi ke Perancis. Selepas daripada itu, baru Mahathir mengaku bahawa beliau ada berhubung dengan Rabin hanya melalui surat.

Tun Dr Mahathir walaupun pernah mendakwa berkawan rapat dengan bekas Pengerusi PLO dan Presiden Pihak Berkuasa Palestin, Yasser Arafat tapi Tun Dr Mahathir tidak pernah menjejakkan kaki ke Palestin, walaupun dikatakan lantang mengkritik Israel.

Sebaliknya, DS Najib Tun Razak merupakan Perdana Menteri pertama Malaysia yang menjejakkan kaki ke bumi suci dalam satu lawatan kemanusiaan ke Gaza pada 22/01/2013. DS Najib tiba di sempadan Rafah di wilayah Palestin kira-kira pukul 4.40 petang waktu Malaysia pada masa itu. Beliau disambut oleh Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh di sempadan.

Tidak perlu kecoh kenapa delegasi Israel itu datang ke Malaysia. Ianya atas jemputan program PBB. Bukan seperti derma dari Israel yang DAP terima itu. Dana RM1.2 billion itu lebih serius untuk diperbincangkan. Tun Dr Mahathir pun turut sama diam pasal dana Israel itu. Tutup mulut habis bila sudah bersahabat dengan DAP.

Akhir kata, pencacai-pencacai PKR dan PPBM pastinya masih menyusu badan dan tidk mengetahui fakta bahawa Tun Dr Mahathir memberi kebenaran khas kepada pasukan Kriket Israel masuk ke Malaysia pada tahun 1997. Tanya Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar sebab apa beliau masuk penjara? Sebab membantah kemasukan pasukan Kriket Israel.

6 comments:

Anonymous said...

BANGI, 28 Jamadilawal 1439H, Rabu – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), meminta kerajaan memberi penjelasan berhubung kehadiran diplomat rejim pengganas Israel ke negara ini.

Presidennya, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, sebagai sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, Isma melihat dasar negara telah mula berubah terhadap negara Yahudi Israel.

Katanya, isu rejim Zionis yang menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara mereka masih belum selesai dan terus mendapat bantahan, sebaliknya diplomat Israel pula dengan mudah dibenar masuk ke Malaysia.

“Adakah kita sudah mula memandang mudah terhadap pendudukan haram Israel di bumi Palestin? Mana kredibiliti pendirian Malaysia selama ini yang kononnya membela hak rakyat Palestin?

“Kerajaan patut menolak tindakan Israel, apatah lagi isu menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara masih panas lagi… panas diperkatakan,” katanya.

Diplomat rejim pengganas Israel diketuai Timbalan Duta negara itu ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), David Roet, berada di ibu negara selama seminggu, bagi menghadiri persidangan World Urban Forum Ke-9 (WUF9) anjuran PBB, di mana Malaysia menjadi tuan rumah, bermula 7 Februari hingga semalam.

Bercakap kepada Ismaweb hari ini, Ustaz Abdullah berkata, Isma menganggap kedatangan kakitangan rejim pengganas Israel itu sebagai satu perkembangan buruk kepada masa depan negara.

Katanya, kerajaan tidak patut bertolak ansur sehingga menggadai prinsip utama negara yang tidak mengiktiraf penjajah Israel.

“Lebih malang, dasar liberal yang ditunjukkan kerajaan kini sudah sampai kepada kemuncak kompromi,” katanya.

ted manoff said...

Aduhaiiii..cts nii dh kenapa..ingat senang2 israel nk bagii duit pada dap..dh macham nek tempoyak dah cts nii..nii cherita dulukala diungkit balik apakejadahnya.. Polis dh siasat terbukti semua fitnah saja..razali nii digunakn pihak berkepentingan utk burukkn dap..benda nii pun cts nk upkan kerr..nk sebut nama cts takut komen xkepas..terpaksa juga guna cts..πŸ˜…πŸ˜„πŸ˜ƒπŸ˜πŸ˜œπŸ·

megat panjialam said...

Teddy manoff sejak bila pula polis siasat dakwaan Razali ni tanpa sebarang laporan baik dari DAP maupun Top Dog mereka. Wah beria-ia ko sokong DAP ko dah jadi penjilat bontot keriput kit siang keπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Anonymous said...

Diplomat Israel Jejak Kaki Ke Malaysia Pertama Kali

https://www.thepatriots.asia/diplomat-israel-jejak-kaki-ke-malaysia-pertama-kali/

Jagindas 6 Jahanam said...

Negara Malaysia mana mempunyai maruah dan kedaulatan. Penangan pemimpin korup. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

kesian ramai bodoh tak faham penjelasan isu

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates