February 21, 2018

5 Adakah PRU14 Bakal Menyaksikan Liow Tiong Lai Melawan Lim Kit Siang Di Bentong?


Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai bersedia menghadapi Penasihat dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang jika benar Ahli Parlimen Gelang Patah itu berhajat bertanding di kerusi Parlimen Bentong pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14. DS Liow berkata, sebagai seorang wakil rakyat yang telah melakukan tugas dengan cemerlang di kawasan itu sejak 1999, beliau yakin sokongan pengundi di kawasan berkenaan tidak akan goyah daripada terus menyokongnya. Beliau berkata,
Kit Siang sebagaimana kita tahu, dia memang gemar melompat dari satu tempat ke satu tempat lain. Dulu di Pulau Pinang, kemudian ke Gelang Patah, semuanya tidak bertahan lama sebab dia tidak memberikan perkhidmatan dengan baik. Bagi penduduk di sini, mereka tahu siapa wakil rakyat yang beri perkhidmatan dan kerja keras untuk mereka.
Walau bagaimanapun, pemimpin veteran DAP berkenaan menafikan dirinya mahu bertanding di Bentong seperti yang didakwa oleh Presiden MCA. Sambil menuduh DS Liow mahukan perhatian dan menggunakannya sebagai umpan, Kit Siang berkata beliau tidak pernah mempertimbangkan langkah sedemikian. Beiau berkata,
Saya terkejut selepas drama presiden MCA Wee Ka Siong yang mendakwa kemungkinan setiausaha agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bertanding menentangnya di Ayer Hitam, Presiden MCA, Liow Tiong Lai pula mahukan perhatian dan berkata saya akan menentangnya di Bentong pada pilihan raya umum ke-14.
Bolehkah Liow tunjukkan bila dan di mana saya berkata kemungkinan saya akan bertanding di Bentong pada PRU-14? Seperti Wee dalam kes Guan Eng, adakah Liow (memutuskan) mahu menggunakan saya untuk mempromosikan dirinya?
Untuk rekod, DS Dr Wee sebelum ini menafikan bahawa beliau berkata Guan Eng mahu berdepan dengannya dan mendakwa dirinya disalah tafsir dalam sebuah wawancara dengan akhbar Cina, China Press dan akhbar English milik MCA, The Star. Kedua-dua akhbar berkenaan telah membuat permohonan maaf.

5 comments:

Anonymous said...

Melainkan LKS merasakan dirinya sudah samapi ke hujung hayat hidup barulah dia akan bertanding di Bentong. Kalau tak LKS akan tetap cari kawasan majoriti Cina untuk bertanding.

KERAJORA BAPUK bodoo pembela prompak said...

Takkan liow burung tiong nak cakap saya tak berani lawan lim kit siang...dia kan menteghi...

Elok benar 2 jaguh bertemu untuk ketahui jagoh orang cina...

KERAJORA BAPUK bodoo pembela prompak said...

Tentu wee ka siong manyak suka...peluang ambik alih presiden plak kalo liow kalah...

KERAJORA BAPUK bodoo pembela prompak said...

Bentong pon ramai cina oooi...

KERAJORA BAPUK bodoo pembela prompak said...

Akhbar milik mca kena mintak maaf laah...kalo degil ntau la wa kerjakan lu...kalo akbar bukan milik nca mao ka mintak maap?...wee ka siong kena bagi bukti dulu watrtawan silap....ato wee ka siong saman kalo ade brani...hehehe...

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates