January 23, 2018

1 Perang Video Di Antara @cmlimguaneng Dan DS Dr @weekasiongmp Berterusan



Ketua Menteri Pulau Pinang, semalam memuat naik video bagi menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan juga dalam bentuk video oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, DS Dr Wee Ka Siong seperti di bawah.


Sidang video Joseph Lim Guan Eng di atas bukan sahaja tidak menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh DS Dr Wee, malah semakin mengusutkan keadaan. Beberapa persoalan masih belum terjawab seperti di bawah.

Pertama, Laporan Buletin Mutiara pada 04/03/2013, menafikan projek RM6.3 bilion akan dijalankan oleh syarikat RM2 memandangkan modal berbayar keseluruhan adalah sebanyak RM4,549.2 juta. Zenith Construction Sdn Bhd (Zenith) bersama China Railway Construction Corporation Ltd (CRCC) dikatakan sebagai memegang 70% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM3.5 juta dan RM4 bilion masing-masing. Baca di sini.

Apa yang peliknya, setakat hari ini, bukan sahaja CRCC tidak ada lagi dalam konsortium Special Purpose Vehicle (SPV) berkenaan, malah syarikat CRCC Malaysia juga MENAFIKAN menjadi pemaju atau pemegang saham dalam SPV tersebut. Baca di sini.

Kedua, pada Mac 2013, Kenyataan Rasmi daripada Kerajaan DAP Pulau Pinang mengesahkan jalinan kerjasama (joint venture) di antara Zenith dan CRCC melibatkan 70% pegangan saham di dalam konsortium. Ironinya, di dalam video di atas, Ketua Menteri Pulau Pinang memberitahu bahawa CRCC hanyalah sebagai kontraktor. Adakah ini bermakna Kerajaan Negeri telah berbohong sejak dari mula? 

Ketiga, sekiranya CRCC tidak mempunyai pegangan saham di dalam konsortium (hanya sebagai kontraktor), adakah Zenith dan pemegang saham yang lain terutama syarikat fesyen Vior yang menjual baju dalam dan seluar dalam, mempunyai dana yang cukup untuk membina terowong bawah laut?

Kesimpulan, Ketua Menteri Pulau Pinang sama ada kaki pembohong atau membuat 'u-turn' dengan kenyataan semasa beliau di dalam video di atas. Ianya sama sekali berlawanan dengan apa yang diperkatakan oleh beliau dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 2013.

Nota Kaki: Joseph Lim Guan Eng tidak perlulah sembang kencang mengenai bidang pengangkutan. Beliau hanyalah seorang akauntan. Sebaliknya DS Dr Wee adalah seorang jurutera dalam bidang pengangkutan. Ini latar belakang beliau:
Pendidikan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong: B. Sc. (Hons) in Civil Engineering (UTM, 1992), M. Eng in Traffic Engineering (NTU Singapura, 1996), Ph.D in Transportation Planning (UTM, 2002).

1 comments:

Anonymous said...

Oh my GOD...!!
Why are the people still backing the DAPigs? Can't be that extreme BRAIN DEAD??

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates