January 17, 2018

40 Apa Masalah Graduan Jual Nasi Lemak Dan Pandu Grab Wahai @chedetofficial


Minggu lepas, calon Perdana Menteri Pakatan Harapan mempertahankan kenyataan beliau mengatakan Melayu adalah pemalas. Dipetik Malaysiakini, baca di sini, Tun Dr Mahathir berkata,
Saya tidak pernah hendak tipu diri. Kalau malas, saya kata malas. Kalau orang tidak suka, tidak sukalah.
Dalam pada itu juga, mana-mana pekerja Melayu yang bekerja di kedai roti miliknya, The Loaf sudah boleh menghantar notis berhenti memandangkan beliau menuduh pekerja-pekerja Melayunya mencuri duit. Kata beliau,
Sekarang ini saya ada kedai roti. Saya hendak kata terus terang, saya amat malu kerana di antara pekerja Melayu, Cina atau Myanmar atau mana-mana, pekerja Melayu kadang-kadang kalau tengok duit, dia lupa, dia tak jujur. Dia nampak duit, kalau boleh sapu, dia sapu. Saya kena buang banyak orang Melayu kerana sikap ini. Orang Cina tidak begini. Kita orang Islam. Kita tahu apa makna amanah, apa makna ikhlas. Kalau kita janji buat kerja betul, kita kena buat.
Kita faham Tun Dr Mahathir bukan Melayu tulen. Namun, itu tidak bermakna beliau boleh menghina Melayu sesuka hati. Hari ini, sekali lagi beliau menghina graduan yang menjual nasi lemak dan bekerja sebagai pemandu Grab. Hinakah kedua-dua pekerjaan tersebut. 

Kita ambil contoh peniaga Nasi Lemak Anak Dara, Siti Hajar Ahmad yang memiliki Ijazah Kejuruteraan Elektronik yang mahu menceburi bidang perniagaan. Baca di sini. Hinakah tindakan beliau di mata Negarawan yang Jutawan?


Apa salahnya graduan-graduan apabila tamat pengajian mereka menceburi dalam bidang perniagaan dan bekerja sebagai pemandu Grab sebelum mendapat kerja yang lebih terjamin. Mereka bukanlah anak-anak dan cucu-cucu Tun Dr Mahathir yang dilahirkan bersama sudu perak (silver spoon) dan menjadi jutawan dan multi jutawan dalam sekelip mata.


Diriwayatkan oleh Ibrahim Al-Harbi dalam Gharib Al-Hadits dari hadits Nu’aim bin ‘Abdirrahman, sembilan dari sepuluh pintu rezeki ada dalam perniagaan. Menjual nasi lemak dan menjadi pemandu Uber adalah sebahagian daripada cabang perniagaan. Kenapa Tun Dr Mahathir perlu rasa malu? Bukankah beliau di zaman mudanya pernah bernaiaga goreng pisang. Hanya anak-anaknya sahaja yang bertuah mewarisi beratus-ratus syarikat.

40 comments:

Anonymous said...

Saya tidak kenal Adam Rosly – Saksi

KUALA LUMPUR 10 Jan. - Seorang lelaki yang didakwa sebagai ah long yang memberi pinjaman RM555,165 kepada Datuk Adam Rosly Abdullah bagi membeli sebuah rumah di Kampung Melayu, Ampang dekat sini memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa dia tidak mengenali Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang itu.

Malah, Tan Hang Yuan, 31, berkata, dia tidak pernah menjalankan perniagaan memberi pinjaman atau menjadi ejen kepada mana-mana ah long.


Hang Yuan yang merupakan pengurus pemasaran di sebuah kolej swasta berkata, dia juga tidak pernah berjumpa dengan individu yang dikenali sebagai Datuk Adam Rosly.

“Saya tidak mempunyai wang sebanyak itu untuk di­pinjamkan dan saya tidak pernah menjadi pihak pemberi pinjaman kepada Datuk Adam Rosly.

“Malah, tanda tangan di dalam dokumen perjanjian yang tertera nama saya dan Datuk Adam adalah bukan tanda tangan saya,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Akram Gharib dalam perbicaraan hari kedua terhadap Adam Rosly.

Adam Rosly, 31, yang diwakili peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal dan Datuk Sulaiman Ismail dibi­carakan selepas me­ngaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memberi pernya­taan palsu dan empat pertuduhan mengemukakan dokumen palsu kepada SPRM, Februari tahun lalu.

Keenam-enam pertuduhan itu didakwa dilakukan di Ibu pejabat SPRM, Blok D6, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Perseku­tuan, Putrajaya, pada pukul 9 pagi dan 12.15 tengah hari, 10 Februari 2017 serta pukul 9 pagi dan 2 petang, 22 Februari tahun sama.

Pertuduhan mem­­­be­ri per­nya­taan palsu dikemukakan mengikut Seksyen 32(8)(c) Akta Pence­gahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 manakala pertuduhan mengemukakan dokumen pal­su mengikut Seksyen 89 akta sama yang masing-ma­sing membawa hukuman denda maksimum RM3 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Sementara itu, ketika disoal balas oleh Sulaiman mengenai bagaimana salinan kad pengenalan saksi itu boleh berada dalam simpanan Adam Rosly, Hang Yuan menjawab dia tidak tahu perkara itu.

Saksi pendakwaan kelima itu juga mendakwa tidak pernah memberikan salinan kad pe­ngenalannya kepada mana-mana pihak untuk sebarang tujuan.

Yang turut dipanggil untuk memberi keterangan adalah seorang peguam, Mohammad Salahuddin Abdul Ghani, 33, yang menyediakan dokumen perjanjian persetujuan antara tertuduh dengan pemberi pinjaman.

Perbicaraan di hadapan Hakim Allaudeen Ismail bersambung esok.

Anonymous said...




Awat hina sangat ka jadi penjaja, ingat dak hang dulu?, hang yg sendiri cakap, hang hanya seorang penjual goring pisang,



Anonymous said...

Bagus la dari merempit peragut perompak gomol anjing2 atas katil cari kerja yg halal...pak mydin tu dulu share sekor ikan goreng mkn dgn 7 adikberadik. Baru tau susah...#@!%*^

Anonymous said...

Alamak, atok madey mudah lupa. Zaman gawat tahun 80an dulu ramai je siswazah yang bekerja tak sepadan dengan ijazah. Takde hal la. Macam la kalau dia jadi PM semua siswazah tu boleh kerja eksekutif.

Anonymous said...

Kesian Mahahtir ,beliau sebanrnya bukan hanya berhadapan dgn Melayu Malas di kedai roti beliau ,tapi juga dalam parti PPBM nya.Mukriz anak dia sendiri adakah seorang yg rajin?.Mahyuddin bagaimana? begitu juga dgn yg lain lain.Yg agak rajin sudah meninggalkan PPBM,Kak Midah adik beradik,Anina dan Cegu Habibul yg memang kita tahu orang yg rajin,terutama Kak Midah yg semasa dalam Umno lagi pun beliau sangat berdidikasi.

Nanti kalau PPBM memangni banyak kerusi,rakyat kena menerima hakikat bahawa mereka sudh memilih org yg malas.Kalau tak percaya tunggu lah.Bukan saja mereka yg dari PPBM ,tapi juga dari PKR dll.Tanyalah rakyat yg sedang ber YBkan mereka dari PKR dan ll tersebut ,rajinkah wakil rakyat mereka?.Bukan mereka saja ,YB dari BN ada juga yg agak malas,tapi sepanjang yg saya kenal agak kurang berbanding YB Pakatan.

Pengujung blog ni pun memang ramai Melayu yg agak malas,tulisan mereka sebaris dua saja tapi maki hamun yg lebih.Malas nak cari idea yg lebih baik selain dari maki hamun.Harap jadilah mereka yg rajin,lawan hujah Puaka Rimba dgn baik ,jangan terus maki hamun.

Anonymous said...

CTS BUAT TAJUK ENTRI "MAMAK PERSENDA PEMANDU UBER DAN PENJUAL NASI LEMAK"

MENTANG ANAK BERANAK DAPAT KONTRAK RUNDING TERUS SPT OPCOM BERATUS JUTA BILLION KRONI ... TOL.. JALAN.. BGN.. MAMAK HINA PEMANDU GRAB. .. UBER DAN PENJUAL NASI LEMAK...


ELOK KUMPUL SUMA BUKA MALAY DILEMMA DAN BAKAR KAY DEPAN RUMAH MAMAK ATAU IBU PEJABAT PARTI MAMAK.... BUKU PALING BANGKAI DLM SRJATAH MALAYSIA MODEN...

Anonymous said...

Masuk blog ni sekali sekala dh nk ckp byk. Puaka rimba dh takde. Kiah murai betina masuk ganti.

Anonymous said...

tun cakap tu sebagai contoh, dia tak hina, cuma ayat last sekali dia cakap pasai peluang kerja kurang, banyak komen kurang cerdik oleh blogger cerdik pandai kekenyangan dedak

Anonymous said...

Madey ni dah buang tebiat

Dia ingat bila dia jadi PM nanti (nauzubillah), semua graduan akan dapat kerja ke???

Hanya org bodoh ajer yg percaya dengan kata2 orang tua yg dah nyanyuk ni..

Graduan tak dapat kerja banyak faktor!!!...bukan sebab kerajaan.

Kerajaan nak tarik pelabur asing masuk untuk jana pendapatan dan beri pleuang pekerjaan kepada rakyat telah disabotaj dan difitnah dengan mnegatakan kerajaan nak jual negara...Bodoh punya madey!!!

China kuasa ekonomi sekarang ni.....semua negara didunia serat eropah berlumba lumba nak tarik pelabur dari china...Kalau kita tak buat, kita akan ketinggalan....Itu yg sebenarnya madey nakkan...biar ekonomi teruk, rakyat tak ada kerja.....Bodoh punya madey!!

Anonymous said...

Yang masaalah oakah bangsat mcm si Blogger Cucu Tok Semburit!!

Hari2 menabur Fitnah dan mengeji demi dedak Haran hadil curian 1MDB!!

Menang Blogger Laknat Sial!!

Anonymous said...

dah nama gelaran pun TOP DOG...mesti la kena buat kerja untuk menarik perhatian tuannya...inilah tugas utama yg perlu di jalankan atas nama tuannya...melayu screw melayu....
pasti tuannya akan terSENYUM LEBAR....

Kiah Murai said...

Salam muuuuaah.... dari Kiah!. Kiah nak sampaikan .
salam Puaka Rimba,pada Anon 535. Tak guna memberi nasihat kepada golongan kaki bodek , minda lemah ,otak udang yg merupakan majoriti ahli yg masih bergayut di dahan Umno. Golongan cerdik pandai semua nya sudah terjun Kapal. Kiah berpendapat bahawa Anon 535 juga wajar terjun kapal, yg semakin dibebani dengan PELBAGAI SKANDAL yg membelenggu Nakhoda ,yg hanya pandai menyalahgunakan Kuasa dan tiada sifat Amanah yg amat dituntut sebagai pemimpin. Jangan mensia~siakan perjuangan suci A ba ta saudara bersama dikalangan golongan yg boleh dikategorikan sebagai golongan buta hati, buta mata dan buta perut. Bersama kita KUBURKAN UMNO, demi kesejahteraan generasi akan datang. Hi.hihi..hihihi .

Anonymous said...

Admin.
Mohon anon ni di block sbb mencarut tak tentu hala.
Ni la dia hasil didikan dan dedakan puak2 pembangkang lgbt

Kiah Murai said...

Sepatutnya kerajaan mengambil berat tentang isu yg dibangkitkan oleh TUN M. Dengan kadar pe pengangguran BELIA,yg mencecah 11% ,3x ganda dari paras yg ditetap kan oleh kerajaan sendiri, wajar diberi PERHATIAN YG KHUSUS. Kerana Generasi Belia adalah tulang belakang kepada pembangunan sesebuah negara. Apa guna Ibu Bapa yg berusaha untuk memberi pendidikan tahap tinggi, dengan bebanan pinjaman pelajaran yg mencecah puluhan Ribu ringgit,jika selepas graduasi sekadar menjadi penjual nasi lemak. Adakah kerajaan Umno boleh berbangga dengan melahirkan ratusan ribu " penjual nasi lemak". Siapa yg nak beli tu... Najib ke... AKAI ADE KE?.Hi.hihi..hihihi

Anonymous said...

Saya grad tahun 1986 major in Civil Enginering. Masa tu ekonomi sedang meleset. Jadi saya tanam sayur kat belakang runah dulu sambil cari kerja. Lepas tu saya berkerja dengan beberapa syarikat kontaktor, developer, consultant dsbg dengan gaji yang tidak seberapa. Akhir hanya pada tahun 1992 baru saya mendapat pekerjaan yang dengan sebuah GLC. 1986 sehingga 1992 adalah zaman pemerintahan Mahathir. Jadi saudara/saudari jangan tertipu dengan lagak Mahathir yang seolah-olah dia boleh menyelesaikan semua masalah. Dari 10 yang dia cakap 9 saja yang boleh percaya.

Anonymous said...

PAS parti Islam tulen berjuang berdasarkan Al Quran Dan hadis..HIDUP PAS...TAKBIRRR

Anonymous said...

kiah murai,

Maaf lah, buat masa ni saya tak terasa nak melompat parti kerana saya memang tak berparti,nak alih sokongan pun tidak juga sekadarkan kritik mana yg saya rasa tak kena dan sokong mana yg saya rasa betul.Saya masih istiqomah sokong Umno terutamanya PM Najib.

Sebenarnya ada sesuatu yg saya rasa PM Najib mempunyai kelebihan berbanding dgn pemimpin yg lain baik dalam Umno ,dari Umno ,mahu pun dari PH ,terutamanya dalam sudut ekonomi.PM Najib memang mmpunyai vision dan keberanaian dalam menguruskan ekonomi negara secara profesional.Saya memepuanyai pandangan dan analisa yg sama seperti Eric See to,dimana PM Najib berjaya mengelak negara dari mengalami kemelesetan pada 2 ketika.Pertama bila US mengalami kemelesetan akibat 'subprime',yg berjangkit juga kepada kemelesetan di Europe dan kedua nya ialah bila harga komoditi menjunam sedangkan Malaysia sangat bergantung kepada hasil komoditi iaitu minyak dan keplapa sawit.

Sedangkan Mahahtir pula pernah gagal menyelamatkan ekonomi negara semasa kejatuhan harga komoditi 1985 yg membawa kepada kemelesetan ekonomi negara.Untuk memulihakan ekonomi ,Mahahtir membawa Daim kedalam teamnya ,lalu memperkenalkan sistem Pengswastaan ,di mana banyak projek negara di serahkan kepada kroni utk di majukan seperti lebuh raya,IPP,empangan ,air dsb .Kesan daripada penswastaan tersebut sehingga ke hari ini mencekit rakyat.Ramai dalam blog ni mungkin tak tahu ,sebelum Proton di tubuhkan oleh Mahahtir ,harga kereta Dutsun 120Y hanya RM14,000.dan sebaik sahaja Proton di tubuhkan harga kereta yg sama melonjak kepada melebihi RM 45,000.Sejak itu harga kereta kekal tinggi ,begitu juga harga rumah.Mana mungkin harga rumah mahu kekal rendah berbandign dgn harga kereta.Bagi saya harga barang meningkat adalah bermula dari dasar Penswastaan Mahathir.

Berikutnya kemelesetan paling teruk ialah tahun 1997,dan ianya memang berpunca dari kegelojohan Mahathir sendiri ,kalau tidak ianya tidak akan seteruk itu.Kes Forex BNM juga merupakan salah satu faktor yg membawa kepada kemusnahan ekonomi negara.

Banyak lagi keistimewaan PM Najib yg tidak dapat saya huraikan disini,nantilah di lain masa ,mungkin utk menjawab isu-isu yg di bawa oleh org macam sdri.

Kiah Murai said...

Kiah akui, bukan semua masalah yg boleh TUN M selesaikan sekelip mata. Pada tahun 1988, seluruh dunia mengalami kemelesetan Ekonomi. Maka tidak hairan lah sekiranya yg graduan yg mengalami kesukaran memdapat kerja. Tetapi ketika ini, tatkala negara jiran ,semakin makmur dengan kepesatan ekonomi yg berkembang, nampaknya negara kita semakin berundur kebelakang. Masakan tidak bila ,negara kita berhempas pulas untuk mengekang kenaikan inflasi dan kadar pengangguran yg semakin meningkat. Apakah langkah kerajaan Umno untuk mengatasi permasalahan ini. Tak perlu berbangga kononnya kita berjaya menarik pelaburan langsung dari China , sedangkan ianya lebih sesuai dikategorikan sebagai HUTANG. Apakah peluang dan kebaikan yg bakal dinikmati oleh rakyat malaysia, sedangkan kita sedia maklum, hampir semua peluang perniagaan dan pekerjaan dari pelaburan mereka diisi oleh rakyat mereka sendiri. Hatta Ayam dan barang keperluan untuk dimakan mereka, juga diimpot terus dari negara mereka. Apa rakyat malaysia perolehi, selain menyumbang masalah sosial di negara kita. Ada Akai sendiri fikir.Hi.hihi..hihihi

Anonymous said...

SAUDARA SAUDARA PENYOKONG MO1 SEKELIAN

Selalu tuan2 tidak faham apa yang tun m maksudkan..belajar menilai tulisan org, apa yang nak disampaikan. dont judge the book by its cover. saya kalau anak belajar di universiti, balik tak de keje, habis mcm mana dia nak gunakan ilmu yang dipelajari? bukan maksud tun m pun nak memperlekehkan graduan yang menjual nasi lemak, bawak uber @ grab tp lebih kepada ilmu yang dituntut tidak dapat digunakan sebaiknya. sama jugak dengan isu bugis. dah terang2 tun m maksudkan najib, tp golongan blogger pro MO1 ni dah diajar untuk spin fakta spt yang MO1 arahkan, kelirukan pembaca. ini yang terjadi kepada saudara2 sekelian. Isu mamak diam pulak. Ramai jugak puak2 mamak dalam umngok sekarang ni tp semua mulut dah kena sumbat dengan dedak. kan?

Kenapa perlu berniaga dan jadi pemandu uber? jawapan nye senang je. tak de kerja. dalam pada masa ekonomi dikatakan berkembang, kenapa peluang pekerjaan tak cukup?

Kiah Murai said...

Maka gegar gempita lah para cybertrooper Umno, tentang kononnya NAJIBNOMICS bakal memacu peningkatan Ekonomi, sedangkan kita melihat satu demi satu kegagalan najibnomics, sebagai contoh...Edra ,beli janakuasa mahal, jual murah. 1MDB...Hutang mengatasi perolehan. Maka terpaksa menjual aset yg dimiliki dengan kepada pihak asing demi membayar hutang. Sudahlah kerajaan sendiri menjual aset kepada 1Mdb dgn nilai yg cukup murah lagi tidak munasabah. Bab FELDA jangan cerita lah. Papa Peneroka Dibuat nya. NAJIBNOMICS sudah bertukar kepada NAJIBCOMICS nampaknya. Hi.hihi..hihihi

Kiah Murai said...

Untuk mencapai dan menuju Malaysia Baru yg lebih CEMERLANG,GEMILANG dan TERBILANG. WAJIB RAKYAT MALAYSIA TUMBANGKAN UMNO/BN. HI.HIHI..HIHIHI

Anonymous said...

Bila letak presiden yang bodoh dan korup, maka timbullah blogger bodoh yang tidak faham isu. Kalau nak meniaga nasi lemak, kenapa perlu dia membuang masa masuk U dan penat-penat belajar. Isunya, 'Who moved my cheese', bila dah jadi graduan tapi peluang pekerjaan tidak ada. Jadi, mahu tak mahu terpaksa jual nasi lemak. Bukan penjual nasi lemak yang perlu malu, tapi kerajaan yang patut malu sebab gagal membangunkan negara. Negara maju sepatutnya menyediakan banyak peluang pekerjaan dalam bidang berkemahiran tinggi. Tapi, apa hasilnya sekarang?

Anonymous said...

Siapa kata negara kita berundur kebelakang,yg undur kebelakang ialah Pakatan yg tak punya harapan.Seorang calun PM pun terpaksa mengambil mereka yg reject dari Umno ,berumur 93 tahun pula tu.Apa idea bernas yg lain daripada yg lain yg boleh di bawa oleh Mahahtir?.Dalam ucapan dia kedegaran idea basi yg tak mungkin boleh membawa negara maju.Dulu pun Mahahtir bukan sangat mempunyai idea tersendiri dari segi membangunakan ekonomi negara,semuanya di tiru dari luar.Bangunan tinggi dan projek mega bukan idea bagus ,hanya utk ego yg tidak membawa banyak erti kepada pembangunan insaniah.Itu pun ditiru dari negara luar.Bila dia ke luar negara adalah benda yg akan di tirunya utk di laksanakan di Malaysia.Wang tak susah ,KWSP ada dan Petronas ada.Hasilnya orang Melayu di katakan MALAS juga oleh Mahahtir.

Pengangguran ,bandingkan lahs stastistik pengangguran dalam negara dan luar negara siapa yg lebih buruk.Baca juga lapuran dan rating dari mana mana institusi yg di iktiraf,siapa yg lebih baik.Rajin lah membaca ,lihatlah data-data,bukan hanya mendegar tomahan mereka yg berkepentingan.kalau kita nak maju kita kena ada idea dan pandangan tersendiri,bukan hanya menerima apa saja orang lain kata ,terutama yg di ucapkan di pentas ceramah politik.Saya pernah mendengar ucapan Ketua Pemuda PPBM,dalam satu majlis berkaitan ekonomi,ternyata belaiu sangat lemah dari segi pemahaman polisi dan sistem ekonomi negara,sehinggakan menghatar pulang PATI pun di katakan boleh mengatasi kehilangan hasil kerajaan jika GST di mansuhkan.Sungguh memalukan.

Pengguran juga bukan semata akibat kekurangan peluang kerja ,tapi juga ketidak sesuaian pekerja dgn peluang kerja yg ada.Di Jabatn kerajaan peluang kerja sudah tepu ,jadi kena berusah utk menyesuaikan diri dgn kerja di sektor swasta.Seorang kenalan saya ,sudah berhenti kerja beberpa tahu kerana kepentingan keluarga,tapi bial usursan keluar sudh beres,beliau mahu bekerja semual.Tak sesusah mana dalam seminggu dua saja beliau sudah mendapat beberpa tawaran kerja yg gajinya agak lumayan.Kalau negara kekurangan peluang kerja ,ianya tentu tidak semudah itu.Ini bukan cerita bohong kerana ,belaiu adalah dikalangan keluarga saya.Namun ada juga di kalangan keluarga saya yg berkelulusan master,tapi masih menganggur,kerana personelitinya agak lemah dan penguasaan bahasa Inggerisnya juga lemah.Dia juga lebih suka terperuk di kampung dari berhijrah kebandar utk mencari peluang pekerjaan.Salah siapa?.

Bagaimana pula nanti,kalau PH memerentah ,bila DAP sudah merancang utk mengurangkan kakitangan kerajaan.Makin teruk lah penganguran di buat nya ,terutama di kalangan orang Melayu.Apa kata sdri?.





Anonymous said...

Kiah murai,

Dengan keadaan orang Melayu sekarang ,sepertimana di katakan oleh Mahahtir sendiri 'org Melayu malas' saya tidak percaya dgn menumbangkan Umno dan BN orang Melayu akan maju,mewah,dan sejahtera.Kalau sdri merasakan boleh ,sila lah sdri bereksperimen diri sendiri terlebih dahulu.Cuba sdri bekerja di mana-mana syarikat swasta kepunyaan bukan Melayu ,kalau sdri boleh berjaya di situ bermakna sdri sendiri memang layak ber kerjaan kan PH.Kalau minta kerja di sana pun sdri tak dapat ,apatah lagi survive di situ ,jangan mimpi lah sdri nak maju dan sejahtera di bawah PH.

Saya sendiri memang akui kemapuan saya memang tidak begitu setanding dgn org bukan Melayu yg bertaraf 'A' tapi mungkin saya mampu bersaiang dgn mereka yg bertara 'B' atau 'A-' di kalangan mereka.Itu pun saya memang sejak dari zaman pelajar lagi bukan Melayu memang menjadi contoh teladan saya dalam menghadapi pelajaran.

Anonymous said...

Jual nasi lemak juga adalah satu kerjaya,berapa ramai keluarga yg hidup senang kerana jual nasi lemak,dan berapa ramai pula yg dapat menghilangkan kesempitan kewangan kerana menjual nasi lemak.Mahahtir yg pencen jadi PM pun kalau nak di kirakan tak boleh di megahkan dgn kerjaya membuka kedai roti,tapi beliau buka kedai roti juga.Bagaimana prestasi kedai roti beliau?.Setahu saya yg di Bangsar tu tutup kedai.

Sepatutnya sebagai bekas PM Mahahtir fokus kepada sesuatu yg lebih besar menjana idea utk rakyat ,negara dan dunia .Bukan hanya menumpu kepada usaha menjatuhkan PM demi PM,kemudia dia pula nak jadi PM semula.Alangkah lucunya.Bayangkan dalam seramai lebih 30 juta rakyat Malaysia ,dia merasa dia yg paling layak jadi PM.Lainlah kalau semasa dia memerentah dulu semuanya perfect,tak ada cacat celanya sebagai bukti dia yg paling berwibawa.Jauh sekali.

Saya sekali lagi menegaskan tanpa kepentingan pribadi saya ,malah demi org Melayu ,Bumiputra ,mereka yg masih susah ,ugama ,dan negara PM Najib adalah pilihanterbaik untuk memimpin negara dgn parti Umno.BN sebagai wadah nya.

Anonymous said...




Kepada bakal2 graduan dan penjaja2 kecilan

Sedarlah, Org tua tu dok menghina korang..


Anonymous said...

Bogus la tu. Graduan bawak Uber. La ni ramai pekerja IT daripada negara asing contoh Filipina dan India. Mereka ini Ada Yg ditawarkan sebagai permenant staff. Kera dihutan disusukan....

Anonymous said...

kalau bagi kerja kepada pekerja tempatan tapi ,malas seperti yg Mahahtir katakan tu,syarikat bukan Melayu lebih suka memberi kerja kepada orang asing.Yg menyusukan kera di hutan adalah syarikat bukan Melayu ,bukannya kerajaan.Fenomena ini akan lebih menjadi-jadi jika PH berkuasa.Dapigs tentu akan mengalakan perkerja dari Cina,Vetnam,Filipino dll.Apa kau org nak buat?.Kerja dgn kerajaan akan di kurangkan,dgn agensi kerajaan pun sama ,dgn swasta pula ,kau org kurang layak ,kerana ,Mahahtir kata'Malas'.

Anonymous said...

Pekerja tempatan banyak hal. Bini sakit time off. Anak sakit time off bawak pi klinik atau ambik EL. Belum mertua Punye Hal. Belum pengasuh Punye Hal. Nak ambik report card sekolah pun kena cuti. Macam2 Hal. Pekerja asing mana Ada Hal. Keluarga anak bini kat kampung. So kerja je la.

Anonymous said...

Kalau tun m menang dan jdi pm semula najib dn rosmah pulak akan jdi mahataik.

Anonymous said...

Klw bapak budak U tu PM..tentu budak U tu dah ada beratus2 syarikat mcm anak2 mahataik tu...hehe

Anonymous said...

Kau kekenyangan dedak dari dap tu sbb bela sgt...dedak hati babi

Anonymous said...

Asyik hihi hehe mcm org bodoh

Anonymous said...

Peluan kerja kurang sampai kena ambik berjuta-juta pekerja asing??
Sebenarnya malas mcm
Babidap bongok ni...hehe

Anonymous said...

Hrmmm..Mahataik dah jadi skrew???? Omg

Anonymous said...

Indirectly hina la tu. Lupa ke zaman dia dulu ramai siswazah yang kena motong getah, buat projek cendawan dan sebagainya. Atok jugak yang pandai suruh siswazah jangan memilih pekerjaan. Pigi dah, cakap tak serupa bikin.
Macai yang dah kerja elok sedap la sokong cakap orang tua tu. Silap2 perut dah buncit makan dedak takpun puak2 ni kroni orang tua tu kot?

Anonymous said...

Sama la blogger fuckatan. Bukan setakat blogger, YB fuckatan pun kuat memfitnah. Tak caya tanya Lapiji. Tapi takpe, orang fuckatan kaya raya dan bongok. Bila Piji buat muka seposen mintak derma nak bayar sama, penganut fuckatan pun dengan penuh rasa tawaduk bagi derma.

Anonymous said...

11% kadar pengangguran? Biar betul Kiah. Figure ni dapat masa mesyuarat tingkap ke? Setakat ni kadar pengangguran negara kekal bawah 4%. Mana datang 11% ni. Nak fitnah pun biarlah berpada. Nampak sangat sel otak Kiah belum berhubung atau memang dah putus terus.

Anonymous said...

Kiahnomics cuba mengelirukan pembaca. Belum lagi LGEnomics, syarikat fesyen pun nak buat terowong. Kajian dah bayar beratus juta tapi habuk pun tarak. Silap mata apakah ini?

Anonymous said...

Sejak bila pulak kerajaan gagal bangunkan negara..makin banyak pembangunan yg telah dan sedang berjalan sekarang. Berhubung dgn graduan yg belum bekerja slps grad...masalah in sebenarnya adalah lama...dan pd zaman mahathir pun ramai yg menganggur...sbb takde keje yg menanti walaupun banyak projek gajah putih yg tumbuh mcm cendawan...dan perlu diingat pd zaman mahathir ipta tak byk lagi dan ipts hanya berapa kerat...kalau nk dibandingkan di zaman najib..ipta je dh berpuluh dan begitu juga ipts...jadi graduan yg keluar pd setiap tahun adalah beribu2...dicampur dgn student yg grad dari luarnegara..sedangkan produk graduan tak pernah putus malah semakin bertambah dari tahun ke tahun...ditambah pula dgn kecenderungan sykt bukan melayu yg tak nk ambik graduan melayu bekerja di sykt mereka..kemudian bila kerajaan buat pelaburan ataupun kerjasama dgn sykt luar eg. dari china...terus dimomokkan..belum lagi usaha menyebarkan fitnah kat luar negeri..utk burukkan kerajaan dgn harapan takde pelaburan yg masuk kat Malaysia..mudah la negara jadi tak stabil ekonominya...pastu salahkan kerajaan... jadi, graduan skrg perlu kreatif dan proaktif utk menjana pendapatan..jadi fikir2kan

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates