November 16, 2018

18 Bahasa Cina Mula Menjajah Shah Alam, MBSA Tiada Telor!








Shah Alam tempat CTS bermastautin adalah satu bandaraya yang unik. Bukan seperti Kepong, Jinjang, Bukit Bintang, Seputeh dan sebagainya, Shah Alam merupakan bandaraya majoritinya penduduk Melayu.

Persoalannya, kenapa mesti papan tandanya bertulisan Cina? Mana hilangnya tulisan Jawi yang dulu? Tulisan Cina diletakkan di atas tulisan Bahasa Kebangsaan. Sungguh kurang ajar Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Dalam jawapannya di laman sosial Twitter, MBSA berkata,


Tidak pernah sebelum ini bahasa di papan  tanda bergantung kepada penduduk setempat sehinggalah Pakatan Harapan memerintah di Selangor. Kenapakah Seksyen 25 Shah Alam, papan tandanya tiada tulisan Tamil sedangkan rata-rata penduduknya berbangsa India? Sekiranya Ahli Parlimen DAP boleh mempertikaikan Tulisan Jawi di kawasan mereka, kenapa penduduk Shah Alam tidak boleh mempertikaikan tulisan Cina di kawasan kami?

November 15, 2018

30 Equanimity Perlu Belayar Rupanya, Jadi Salahlah Kenyataan Polis Semalam?

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kapal layar mewah Equanimity dibawa ke Pulau Langkawi kerana ia tidak boleh terus berlabuh di sesuatu tempat sepanjang masa. Perdana Menteri berkata, kapal akan menghadapi masalah jika ia terus berada di satu tempat untuk tempoh yang panjang. Perdana Menteri ketika dipetik Harian Metro berkata,
Kapal mesti belayar. Anda tidak boleh terus menyimpannya sepanjang masa kerana ia boleh menyebabkan teritip dan sebagainya berkumpul. Jadi, ia perlu belayar sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh beberapa hari.
Pertama, kenyataan Perdana Menteri hari ini bercanggah dengan kenyataan pihak polis semalam. Kenyataan pihak polis semalam berkata, pelayaran kapal layar mewah Equanimity dari Pelabuhan Klang pelabuhan Tanjung Lembung, Langkawi, adalah untuk tujuan simpanan.


Kedua, kalau benarpun kapal Equanimity perlu belayar, kenapa tidak berhenti dan berlabuh di pelabuhan TLDM di Lumut? Bukankah lebih dekat? Kenapa mesti Langkawi? Tun Dr Mahathir apabila ditanya mengapa kapal layar mewah itu belayar dari Pelabuhan Klang ke Langkawi, berkata, 
Saya tidak tahu. Terima kasih kerana memberitahu saya. Saya harap apabila pergi ke Langkawi saya dapat melihatnya.
Sindrom tidak tahu ini bukan sahaja berlaku kepada Perdana Menteri, malah anaknya yang juga Menteri Besar Kedah, DS Mukhriz Mahathir turut mengalami sindrom yang sama. Kebetulan?

Kesimpulannya, kapal Equanimity ini adalah satu yang misteri. Pertama kenapa ianya berlabuh ke Langkawi dan tak boleh berlabuh lama-lama pada satu-satu pelabuhan? Kedua, kapal ini tidak boleh dibida secara terbuka. Ketiga, harga kapal ini adalah rahsia. Segalanya penuh dengan misteri. Adakah ini satu sandiwara pembohongan Kerajaan PH?

 

November 14, 2018

27 Berita Gempar! Kapal Equanimity Hanyut Dari Pelabuhan Klang Ke Langkawi






Amat mengejutkan apabila sejak semalam, kapal layar mewah kontroversi Equanimity yang dikaitkan dengan Jho Low, didapati hanyut daripada kedudukan asal di Pelabuhan Klang dan didapati berlabuh di pelabuhan Tanjung Lembung, Langkawi.

Pandai sungguh kapal berkenaan hanyut ke pulau Parlimen Perdana Menteri dan bukannya mana-mana tempat lain. Adalah diharapkan bahawa kapal hanyut ini tidak selalu berlaku memandangkan kita Rakyat Malaysia yang membayar cukai, pasti akan menanggung kos minyak dan penyelenggaraan pelayaran kapal berkenaan.

Bagi macai-macai Tomato yang meragui berita dan carian di laman sesawang Marine Traffic, di atas, and boleh membaca laporan lanjut berita kapal hanyut berkenaan di Harian Metro, di sini.

Berita Terkini - Disahkan kapal Equanimity berada di Lanhkawi untuk dismpan, kata pihak polis. Oooo kena simpan di Langkawi rupanya.

21 Ketua @SPRMMalaysia Malu Mengaku Rakyat Malaysia


Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), DS Shukri Abdull berkata, pada 2014 CPI negara mencatatkan 52 markah sahaja dan turun sehingga 47 tahun lalu. Berdasarkan Corruption Perceptions Index (CPI) 2017 dikeluarkan TI Februari lalu mendapati Malaysia mencatat penurunan daripada kedudukan ke 55 kepada 62 daripada 180 negara.    

Disebabkan faktor berkenaan, beliau malu mengaku menjadi Rakyat Malaysia, sebaliknya berbangga mengaku Rakyat Indonesia. Katanya dipetik Astro Awatni,
Adakah indeks ini makin baik atau makin buruk, ini adalah fakta. Ini memang memalukan. Malah ketika saya pergi ke luar negara pada 2016, ada orang luar tengak saya rupa Asia dan bertanya saya dari negara mana, saya malu nak sebut Malaysia, saya cakap saya orang Indonesia.
Buat pengetahuan semua, kedudukan CPI bagi Malaysia dan Indonesia dari 180 negara adalah seperti berikut:

Malaysia: 62
Indonesia: 98

Kesimpulannya, boleh tahan lawak juga Ketua SPRM ini. Apapun, beliau memang sesuai duduk 'satu kapal' dengan DS Mukhriz Mahathir. Seoarng pernah mengaku Rakyat Brunei satu masa dulu, dan sekarang malaun ini mengaku Rakyat Indonesia.


Nota Kaki - Setahu saya Gollum dikenali sebagai Smeagol dan beraaal dari Gladden Fields dan bukannya Indonesia.

17 Anda Mahu Tahu Kemana Hasil Harapan Coin Disalurkan?



Menteri Wilayah, Khalid Abd Samad, berkata rancangan untuk menjadikan Harapan Coin sebagai mata wang kripto kebangsaan dan digunakan dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada masa depan, masih diteruskan. 

Harapan Coin berfungsi sebagai platform pengumpulan dana politik pertama dunia menggunakan teknologi mata wang kripto serta blockchain dan perkara itu akan diputuskan oleh Majlis Presiden PH. Projek itu bertujuan mengumpul dana untuk PH.

Berdasarkan video di atas, hasil Harapan Coin akan disalurkan kepada 30% kepada pengendali sistem (system developer), parti AMANAH juga akan memperolehi 30% dan selebihnya 40% akan disalurkan kepada Pakatan Harapan.

Persoalannya, pelabur kripto PH dapat apa? Kencing? Apa keperluan nya buat kripto Harapan Coin? Tiada kebaikan untuk rakyat waima 1% pun, semua untuk keuntungan Pakatan Rakyat 30%, pengendali sistem 30% and tabung Parti Amanah 40%. Jadi di mana kebajikan dan kepentingan untuk Rakyat?


November 13, 2018

27 Dua Hari Berturut-Turut @guanenglim Tidur Dalam Parlimen, Wa Taiko, Siapa Berani Tegur?


Tanpa rasa bersalah tidur sewaktu persidangan Dewan Rakyat, Menteri Kewangan Hong Kong sekali lagi tidur dalam Parlimen, hari ini. Hari ini cara Lim Guan Eng, menurut katanya, "merehatkan mata" ternyata lebih daring, iaitu dengan mendongak ke siling.

Semalam Menteri Kewangan tidur, harga RM berbanding USD adalah RM4.19. Hari ini, sekali lagi beliau tidur, harga RM menjadi RM4.20!


Apa yang pasti anak Lim Guan Eng tidak lagi mempertahankan tindakan ayahnya merehatkan mata seperti dilakukannya semalam. Kesian Marcus Lim. Teruk kena troll netizen.



13 Jangan Basuh Baju Malam-Malam, Ini Punca Penceraian



Pelik tapi benar. Basuh baju malam-malam menyebabkan antara punca berlakunya penceraian. Itulah yang didakwa Timbalan Menteri Kementerian Pembagunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Parlimen hari ini.
Menurut Hannah Yeoh, statistik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor menunjukkan ada hal-hal yang lazim dan kecil boleh menyumbang kepada masalah rumahtangga sehingga membawa perceraian.
Antaranya, isteri gemar membasuh baju pada waktu malam, suka mengikuti rombongan beramai-ramai dan tabiat makan dalam kereta.
Kita jangka mungkin ada hal remeh temeh menyebabkan penceraian. Namun, bukan sebab yang paling lazim.

Pertama, kita harapkan pegawai yamg menyediakan statistik ini bukan bertujuan untuk troll Timbalan Menteri atau bertujuan untuk memperbodohkan Menteri-Menteri Kabinet Atok di khayalak Rakyat.

Kedia, kita juga berharap Hannah Yeoh tidak bertujuan menganjing orang Melayu dengan fakta sains fiksyen dengan menglembukan dirinya sendiri. 

November 12, 2018

42 Apabila Menteri Kasut Hitam Menyanggah Isu Parlimen Di Media Sosial


Seorang Menteri mempunyai banyak peluang untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen Pembangkang semasa perbahasan di Parlimen di dalam Parlimen juga. 

Seorang Menteri tidak sepatutnya menggunakan media sosial untuk menyanggah atau mempertikaikan perbahasan di Parlimen. Rakyat melantik Ahli-Ahli Parlimen untuk berbahas dan menyampaikan permintaan Rakyat di Parlimen.

Menteri Pendidikan yang penuh kontroversi, Dr Maszlee Malik memilih untuk menyanggah isu yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Rembau di Parlimen di media sosial Facebook milik beliau. 

Bukan setakat itu, beliau juga seakan mengugut kononnya tahu salah laku Kerajaan terdahulu. Kalau betul ada salah laku, kenapa hanya di media sosial? Laporkanlah kepada pihak polis dan SPRM.

31 Disebabkan Menteri Kewangan Sudah Lama Tidak Tidur, Hari Ini Beliau Tidur Dalam Dewan Rakyat



Ahli Parlimen (MP) Ketereh, TS Annuar Musa mendakwa Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tidur ketika perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2019 di Dewan Rakyat, hari ini. Di laman sosial Twitter beliau, TS Annuar memuat naik gambar Guan Eng yang kelihatan menutup matanya ketika Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berbahas. Beliau menulis,
Menteri Kewangan Kabinet Bayangan BN sedang membahaskan Belanjawan 2019 mengemukakan Inisiatif Ekonomi Rakyat. Menteri Kewangan kerajaan tertidur… atau terus tidur?
MP Ketereh seharusnya lebih bersimpati dengan Menteri Kewangan. Ini kerana Menteri Kewangan pernah mengadu sebelum ini bahawa beliau tidak tidur malam sejak jadi Menteri Kewangan. Sebab itu beliau tidur sebelah siang. Tidak mengapa kita membayar cukai demi membayar gajinya berjumlah RM86 ribu sebulan. Apa ada hal.


19 Tidak Sampai 24 Jam, BERSATU Buat U-Turn Terima Ali Tinju


Semalam Setiausaha Agung BERSATU, Marzuki Yahya bergambar dengan wajah ceria menerima borang permohonan Ali Tinju hendak menyertai parti berkenaan. Mungkin pada saat itu bagi Marzuki ia satu kejayaan besar bagi BERSATU mendapat Ali Tinju.


Tidak sampai 24 jam selepas Ali Tinju menyerahkan borang permohonannya, dan mendapat troll yang tinggi daripada netizen, Marzuki hari ini menolak permohonan itu. Punca penolakan itu pula, diberitakan tidak lain dan tidak bukan adalah kerana kelakuan Ali sendiri. Marzuki berkata parti itu tidak memerlukan orang seperti Ali untuk menjadi ahli.

Persoalannya, kalau tidak mahu terima, kenapa buat majlis penerimaan borang dan bergambar ceria? Nasib kau lah Ali Tinju. Mohon masuk PKR sajalah memandangkan isu tarian bontot atau seumpama dengannya ini memang berkait rapat dengan parti berkenaan. Kalau PKR juga tak terima, jadilah kau Ali, polong tak bertuan.

November 11, 2018

33 Ali Tinju Sertai BERSATU, Satu Kehilangan Besar Kepada UMNO



Hari ini UMNO kehilangan pemimpin yang amat disegani, Ali Tinju yang kini menyertai parti BERSATU. Ini merupakan satu kehilangan besar kepada UMNO dan kemenangan kepada parti BERSATU.

UMNO kehilangan satu-satunya pemimpin yang mampu membuat demonstrasi di rumah lawan politik sambil menunjukkan punggung. Portal Keadilandaily pernah mengekarkan pemimpin ini Ketua Tarian Punggung. Tahniah buat parti BERSATU.


November 10, 2018

23 Kerajaan PH Kaki U-Turn, Baucer Buku Pula Buat Pusingan U



Satu lagi keputusan berbalik selepas dihentam teruk oleh netizen. Ini Kerajaan banyak u-turn. Umum dulu kaji kemudian. Buat keputusan dulu kemudian pinda selepas kena hentam, kononnya Kerajaan mendengar suara Rakyat.

Kononnya tiada satu pun yang bagus dilaksanakan oleh pentadbiran Barisan Nasional sebelum ini. Namun, banyak pulak program yang diteruskan oleh pentadbiran Kerajaan semasa dengan diberikan nama-nama baru. Menciplak dan mencuri hasil orang lain menjadi tradisi Kerajaan semasa.

“Salah satu perjuangan saya", kata Dr Maszlee dengan muka tidak tahu malu. Bantuan makanan pelajar miskin, baucar buku dan pas pengangkutan awam adalah program yang memang sudah sedia ada di zaman kerajaan Barisan Nasional. Kalau hendak rebranding pun janganlah sampai hendk menipu Rakyat seolah-olah ini idea baru yang diusahakan Pakatan Harapan.

Kesimpulannya, Dr Maszlee memang layak menjadi Raja Badut. Apa kata Raja Troll Negara?


November 9, 2018

39 Adakah @GuanEngLim Cuba Menipu Atau Kelirukan #Belanjawan2019?


Kerajaan Pakatan Harapan di dalam Belanjawan 2019, mengumumkan akan wujud Skim Insurans B40 di mana syarikat Great Eastern Life Insurance Malaysia akan menyumbang RM2 bilion caruman sebagai dana permulaan. Skim insurans ini sekadar memberi perlindungan RM8 ribu untuk rawatan empat penyakit kritikal.

Tahun 2009, Kerajaan Barisan Nasional memutuskan syarikat insuran di Malaysia tidak boleh dimiliki 100% syarikat asing. Maksimum dihadkan kepada 70% sahaja. Tahun lepas, Bank Negara Malaysia (BNM) memberi amaran terakhir kepada syarikat insuran asing yang masih belum mematuhi peraturan ini.

Dalam pembentangan Belanjawan 2019, LGE ucap terima kasih kepada Great Eastern Insurance atas sumbangan RM 2 bilion itu seolah-olah sudah muktamad dan satu jasa baik dari syarikat itu. Dua hari lepas, media Singapura, The Business Times dan Insurance Business memetik Great Eastern Insurance masih mempertimbangkan untuk menyumbang dana RM 2 billion.

Great Eastern Insurance berhasrat berbuat demikian jika Kerajaan setuju beri pengecualian syarat milikan tempatan 30% bagi sesuatu syarikat insurans yang telah berkuatkuasa pada 2009. Persoalannya adalah adakah Lim Guan Eng telah berbohong atau cuba mengelirukan ahli di dalam Dewan Rakyat dan di depan jutaan Rakyat?

Ucapan rasmi untuk Belanjawaan negara pun boleh digunakan untuk mengelirukan Parlimen dengan menyebut perkara yang tidak sahih. Kita maklum bahawa manifesto bukan kitab suci. Adakah layanan yang sama diberikan kepada sebuah dokumen yang amat penting seperti Belanjawaan Negara?

Apa yang pasti, di sebalik tabir, Great Eastern Insurance sedang berbincang dengan Kerajaan Pakatan Harapan bagi mendapat pengecualian daripada syarat BNM untuk menjual kepentingan 30% kepada syarikat tempatan. Secara jelas, Great Eastern memberitahu satu kaedah untuk mendapat pengecualian ialah dengan membuat sumbangan RM2 billion ini. Nampak tak unsur "quid pro quo" di situ?

November 8, 2018

23 Penduduk Selayang Berdemo Bantah Pembinaan Pusat Penyembelihan Ayam


Hari ini, Jawatankuasa Kerja Rayuan Membatalkan Lokasi Pusat Penyembelihan Ayam (PPA) Selayang bersama 65 NGO berjaya mengumpulkan seramai 800 penduduk kawasan sekitar Selayang, Batu, Rawang, Kepong untuk berhimpun di Dataran DBKL

Mereka telah berjaya menyampaikan memorandum bantahan kepada Pengarah Perancangan Ekonomi dan Pembangunan DBKL, Azmi Abdul Hamid. 

Untuk pengetahuan, walaupun lokasi PPA ini namanya Selayang tetapi ia masih dalam sempadan Batu yang mana ini merupakan kawasan Ahli Parlimen (MP) Batu YB P. Prabakaran. 

Nampak gayanya berlaku ketidak sefahaman di atara MP-MP DAP dan PKR apabila MP Selayang  dan Kepong, William Leong dan Lim Lip Eng turun memberi sokongan kepada penduduk setempat Selayang untuk membantah projek yang dikatakan menyusahkan rakyat ini.

Rata-rata pendemo melahirkan ketidak puasan hati kenapa MP Batu, P Prabakaran masih menyokong projek PPA yang terletak di lokasi kawasan perumahan yang pesat di Kuala Lumpur.





 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates