December 2, 2017

9 UMNO Tidak Faham Kesusahan Rakyat, Kata Mak Lampir Yang Ada 7 Kenderaan Mewah



UMNO tidak faham kesusahan Rakyat, itu kata-kata YB Zuraida Kamaruddin atau dikenali netizen sebagai Mak Lampir. Mungkin ada benarnya hanya Zuraida Kamaruddin seorang sahaja yang memahami erti kesusahan Rakyat. Kenapa saya kata begitu? 

Pertama, Zuraida Zakaria antara Wakil Rakyat dan Ahli Parlimen yang bermula sebagai orang susah. Beliau berniaga buah-buahan di gerai dan bukan merupakan Rakyat Malaysia yang asal. Kedua, cara beliau memahami kesusahan Rakyat adalah dengan mengumpul kekayaan dengan cepat. Apa tidaknya, baru dua penggal menjadi Wakil Rakyat beliau sudah mengumpul 7 biji kereta mewah! 

Ketiga, beliau berjaya merekrut dan mendidik anak buahnya untuk berjaya dan kaya sepertinya. Salah seorang daripadanya adalah Datuk Adam Rosly, pemilik rumah Disneyland Ampang, yang telah menjadi jutawan hanya dengan menjual nasi lemak. Mungkin itulah sebabnya Mak Lampir kata UMNO tidak faham kesusahan Rakyat.

December 1, 2017

0 myBAS Akan Diperluas Ke Kuala Terengganu


Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-Henti (SBST), myBAS bakal beroperasi di Kuala Terengganu, Terengganu dan sebuah negeri lagi pada suku kedua tahun 2018. Menurut Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Qamar Wan Noor, myBAS bakal memanfaatkan pengguna perkhidmatan pengangkutan awam di dua negeri berkenaan.

Menurut Qamar, lokasi baharu itu adalah tambahan kepada program yang sudah dilaksanakan di Kangar, Perlis, Seremban, Negeri Sembilan dan Ipoh, Perak sejak 2015. Kata beliau, program ini bagi membantu pengguna di luar Lembah Klang menikmati transformasi pengangkutan awam darat dari segi kemudahan dan kualiti.

SPAD kata beliau akan memberi tumpuan kepada perkhidmatan bas di bandar dan berdasarkan program myBAS di beberapa negeri sebelum ini, maklum balas yang kami terima sangat menggalakkan. Buat masa ini, perkara berkenaan masih dalam proses kelulusan bersama. Ia bakal menjadi tunjang perkhidmatan awam negara menjelang Transformasi Nasional 2050 (TN50) apabila dilaksanakan sepenuhnya kelak.

myBAS adalah antara inisiatif kerajaan mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian dengan menyediakan perkhidmatan pengangkutan yang tidak membebankan pengguna. Sesuai dengan hasrat menuju negara maju, pelaksanaan myBAS berupaya menjadi pemangkin untuk menggalakkan lebih ramai penduduk menggunakan kenderaan awam.

November 30, 2017

17 Anak Saudara Ditahan @SPRMMalaysia Dengan Tunai RM4 Juta, Takkan Pak Saudara @AzminAli Tak Dapat Apa-Apa?








Nampak gayanya Selangor di bawah pemerintahan DS Mohamed Azmin Ali berjaya melahirkan beberapa jutawan di kalangan anak muda seperti pemilik Disneyland Malaysia, Adam Rosly. Sejak semalam, kecoh satu Malaysia anak saudara Menteri Besar Selangor, DS Mohamed Azmin Ali telah ditahan bagi siasatan kes rasuah projek lombong pasir dan pelbagai projek di Selangor.

Mengikut laporan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah buat serbuan di rumah suspek di Jalan Desa Pandan Kuala Lumpur tengahari semalam dan RM4 juta telah ditemui. Penahanan reman akan dibuat hari ini mengikut mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM. Beliau ditahan bersama dua orang suspek.

Anak saudaranya, Mohd Nuzul Fadli Mohd Noriyualsaid yang berumur 34 tahun itu tidak mempunyai pekerjaan tetapi sering menunjuk-nunjuk kemewahannya di laman sosial Facebook dan Instagram disamping gambar-gambar menghadiri mesyuarat bersama Azmin Ali.

Jadi tidak hairanlah sekiranya Azmin Ali sehingga sekarang tidak mahu menandatangani Ikrar Bebas Rasuah seperti yang disyorkan oleh SPRM. Juga tidak seperti Menteri Besar terdahulu, Azmin Ali juga masih belum mengisytiharkan hartanya sejak menjadi Menteri Besar pada 2009. Kasihan Rakyat Selangor, harta untuk Rakyat telah difaraidkan kepada saudara-mara pemimpin PKR.

Alhamdulillah, Regim Azmin Ali berjaya melancarkan program baharu Merakyatkan Ekonomi Keluarga, Adik Beradik, Saudara, Sepupu dan Anak Saudara (MEKABSSAS). Di sebalik jumlah bankrupsi yang tinggi di Selangor, negeri itu juga berjaya melahirkan orang muda bertaraf jutawan. Contoh sedia ada, seorang penjual nasi lemak manakala seorang lagi dikhabarkan tiada kerja tetap. Ini pencapaian hebat! Tiada yang mustahil.

November 29, 2017

25 Pelik Bin Ajaib! YB PAS Bawa Lori Tanpa Kunci



Di musim tengkujuh ini, tidak dinafikan Wakil-Wakil Rakyat adalah antara paling sibuk. Tidak kira yang sedang memangku jawatan atau yang bercita-cita untuk bertanding di dalam Pilihan Raya Umum akan datang. Strategi memikat hati Rakyat amat penting. Cumanya, perlu diingat strategi jangan sampai memakan diri.

Mulanya CTS amat teruja sekali baca posting di dalam satu group Facebook Pantai Timur. Apa tidaknya. CTS belum lagi berjumpa dengan seorang Wakil Rakyat yang membawa lori untuk menghantar bantuan banjir kepada Rakyat. Soal YB Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff mempunyai lesen memandu lori atau tidak itu soal kedua kerana Rantau Panjang hanyalah pekan koboi.

Keterujaan CTS hampir pudar apabila melihat lori yang dibawa tidak ada kunci pada 'starter' di dalam bulatan merah seperti di gambar di atas. CTS fikir baik sajalah. Mungkin lori ini jenis terbaru yang hanya memerlukan suis tekan dan kunci automatik. Barangkali benarlah kenyataan bahawa Kelantan berada di tangga ketiga penduduknya menghadapi masalah kesihatan mental.

November 28, 2017

20 Urus Marathon Pun Gagal, DAP Ada Hati Nak Uruskan Negara




Kegagalan Rejim DAP Pulau Pinang menganjurkan Marathon Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang pada  26 November lalu menjadi satu lagi bukti betapa DAP tidak ada kredibilti untuk mentadbir. 

DAP telah menjadikan acara kemegahan Rakyat Pulau Pinang  semakin hilang reputasi kerana kesilapan  teknikal remeh yang tidak sepatutnya pun berlaku.

DAP telah menyebabkan acara itu diejek dan dikutuk di peringkat antarabangsa kerana memberi peserta coklat tamat tarikh luput,  T-shirt yang salah saiz dan lebih teruk lagi pemenang terpaksa menunggu lebih dua jam untuk mendapatkan pingat.

DAP mungkin berkata kegagalan ini hanya kesilapan kecil tetapi sebenarnya ini adalah bukti jelas DAP sebuah parti gagal seperti mana mereka gagal menyelesaikan masalah banjir kilat setiap tahun,  pencemaran alam dan keselamatan rakyat seperti tanah runtuh.

Masalah remeh seperti itu pun gagal ditangani tetapi ada hati mentadbir negara. Sebaiknya DAP belajar menguruskan parti terlebih dahulu supaya tidak melakukan kesilapan memalukan bila terpaksa mengadakan Pemilihan CEC sebanyak 3 kali!

12 Rejim DAP Pulau Pinang Berniat Jahat Menggunakan Nama Kerajaan Persekutuan Untuk Saman


Ketua Menteri, Joseph Lim Guan Eng melalui Rejim DAP Pulau Pinang memanipulasi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dengan sengaja tidak memaparkan logo Majlis Tempatan dan mencetak sebesar-besar perkataan "KERAJAAN MALAYSIA" pada resitnya kompaunnya.

Apakah motif Rejim Pulau Pinang melalui MBPP melakukan tindakan sedemikian. Adakah ini satu helah Rejim Pulau Pinang sengaja memperdayakan Rakyat dengan membanyakkan saman agar rakyat Pulau Pinang marah kepada Kerajaan Persekutian? Lihat contoh-contoh saman dari Majlis Perbandaran dari tempat lain.


November 27, 2017

24 Apa Masalah Nama Proton Ditukar Bao Teng Di China?

Apabila berita Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Li Chunrung bercadang menukar nama Proton kepada 'Bao Teng', kumpulan macai ProTun sudah mula mengelabah. Ada kata nanti semua model tukar nama Cina juga. Macam-macam lah khabar angin. Sentimental tidak kena pada tempatnya.

Apa yang berlaku adalah CEO baru Protun berkenaan hendak menukar nama Proton di China sahaja. Waima sekarang pun nama Proton di sana adalah dikenali dan dipanggil sebagai 'Pu Teng'. Jenama kereta-kereta lain pun ada nama panggilan lain di sana. Lihat senarai di bawah.



Di China, sebutan sesuatu membawa maksud tertentu yang pastinya menganggu pasaran. Penukaran itu dibuat kerana 'Bao Teng' memberi maksud yang lebih elok berbanding panggilan sedia ada di sana. 'Pu Teng' bermaksud 'lonjakan ala kadar' manakala 'Bao Teng' pula bermaksud 'lonjakan berharga' atau 'lonjakan khazanah'

Manakala 'Pro Tong' pula bermaksud 'Lonjakkan sawan tahap Mahafiraun'. Ileh itu, jangan risau. Proton tetap Proton. Jadi, rilekslah. Hanya di China, nama Proton akan dikenali sebagai 'Bao Teng'. Di luar China, nama Proton tetap Proton. Bukan Plotong! Pro Tong atau Sotong. Harap maklum.

November 26, 2017

19 Blog Dan ADUN Pembangkang Cuba Buat Fitnah Sebar Borang Pendaftaran Kad Pengenalan Palsu



Blog pembangkang dan media sosial pro pembangkang termasuk ADUN DAP Teratai, Tiew Way Keng sejak semalam giat menyebarkan Borang Pendaftaran Khas Kad Pengenalan palsu untuk memburukkan Kerajaan.

Fitnah yang dibuat antaranya dipetik daripada blog pro pembangkang 'Milo Suam' adalah, "Apa yang menarik perhatian orang ramai di media sosial terhadap borang berwarna putih itu ialah — terdapat catatan berbentuk ikrar atau aku janji untuk mengundi BN di bahagian bawahnya."

Manakala ADUN Teratai, Tiew Way Keng dalam satu posting di laman sosial Facebook beliau telah menuduh bahawa Kerajaan Pusat di bawah pentadbiran Barisan Nasional membeli undi dengan memberi hak milik MyKad dan kewargenagaraan dengan sewenang-wenangnya.


Jabatan Pendaftaran Malaysia di dalam laman sosial Facebook rasmi mereka menafikan perkara berkenaan. Kenyataan Jabatan berkenaan menyebut, "PENAFIAN. Dimaklumkan bahawa dokumen yang disebar seperti di bawah adalah PALSU dan dokumen tersebut TIDAK dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)."

Di bawah adalah Borang Permohonan Kad Pengenalan. Si bodoh manakah yang meletakkan logo 1Malaysia versi lama tu? Protokol susunan logo pun tak betul. Eja nama 'Tempat' pun salah. Nampak sangat Cina Bukit DAP yang buat borang ini.


Nampaknya pembangkang semakin terdesak membuat isu yang tidak masuk akal untuk memfitnah Kerajaan menjelang Pilihan Raya Umum yang akan datang.

8 Melayu Yang Mengundi @NgaKorMing Memang Melayu Pukimak


Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming mengelarkan Menteri Besar Perak sebagai Melayu Pukimak di dalam ceramah beliau di Kampung Simee. Saya katakan Melayu yang akan mengundi Cina DAP rasis ini di dalam Pilihan Raya Umum akan datang memang betul-betul Melayu Pukimak. Kenapa saya kata begitu?

Cina Rasis DAP inilah yang menghina Hari Raya Aidil Fitri dan beliau jugalah yang memfitnah isteri Perdana Menteri dan Mantan Ketua Menteri Sarawak. Bukan itu sahaja. Nga Kor Ming bukan sekali dua kurang ajar dengan Melayu. Bukan sekali dua juga beliau mengelarkan pemimpin Melayu dengan pelbagai gelaran.

Tonton video-video di bawah sebagai bukti fitnah dan kata-kata kesat Nga Kor Ming.



0 Festival Pelancongan Kebudayaan Durian Bakal Dijadikan Acara Tahunan Di Raub Dan Bentong




Ahli Parlimen Bentong yang juga merupakan Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai buat pertama kalinya telah menganjurkan Festival Pelancongan Kebudayaan Durian Antarabangsa di pekan Bentong. Dianjurkan oleh MCA's Belt and Road Centre (Mbrace) dengan kerjasama Mango Entertainment Company's Sistem, iaitu Sistem Penyiaran Hunan, China.

Acara gilang gemilang tersebut telah berjaya menarik lebih dari 50,000 pengunjung ke Bentong. Acara ini juga turut dihadiri oleh Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, DS Ahmad Shabery Cheek. Seramai 50,000 orang berada di Bentong dan situasi ini menyebabkan mereka yang gagal mendapat bilik hotel terpaksa mencari penginapan lain seperti inap desa atau 'homestay'.

Di dalam ucapan beliau, DS Liow menaruh harapan tinggi agar Bentong dapat menjadi taman kepada 'Greater Kuala Lumpur'. Bentong yang dikenali dunia dengan kelazatan durian jenis 'Musang King' dan kehebatan produk halia, menjadikan Bentong satu pekan yang unik untuk dikembangkan dari segi 'eco-tourism'.

Festival Perlancongan Kebusdayaan Durian Antarabangsa ini bakal dimasukkan ke dalam kalendar perlancongan di Bentong dan acara ini diharap dapat merintis hubungan baik yang sedia terjalin di antara Malaysia dan China serta dapat mempromosikan Bentong sebagai pekan yang unik dan cantik ke peringkat antarabangsa.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates