September 16, 2017

19 Isu Sekolah Tahfiz - DS @NajibRazak Bantu RM30 Juta, Kerajaan @cmlimguaneng Tutup Terus, Mana Lebih Baik?



Isu Sekolah Tahfiz menjadi bualan panas apabila Lebih 20 pelajar dan tenaga pengajar dilaporkan maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung,

Semalam, Perdana Menteri DS Najib Tun Razak sekembalinya darioada lawatan kerja dari Amerika Syarikat dan Britain telah mengumumkan peruntukan RM30 juta untuk menaik taraf kesemua Maahad Tahfiz di seluruh negara.

Malangnya, langkah Kerajaan Pusat tidak diikuti oleh Rejim DAP Pulau Pinang. Mereka lebih memilih untuk mendenda dan mengenakan tindakan hukuman kepada Maahad Tahfiz yang tidak berdaftar. Rejim DAP Pulau Pinang akan menarik balik kelulusan dan menutup premis tahfiz yang gagal mematuhi aspek keselamatan.

Persoalannya, kenapakah Rejim DAP tidak bertindak serupa dengan kilang haram yang terdapat di Pulau Pinang termasuk kilang pembakaran di Kampung Sungai Lembu yang telah mengorbankan mangsa? Kenapa hanya sasaran kepada Maahad Tahfiz sahaja?

9 Pelaburan KWSP Di Luar Negara Adalah USD50 Billion Di 40 Buah Negara! Wow! Apa Yang Pembangkang Nak Bising?


Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) KWSP, Datuk Mohamad Nasir Ab Latif dipetik Berita Harian, baca di sini, berkata nilai aset pelaburan KWSP adalah berjumlah AS$180 bilion atau kira-kira RM800 bilion. Kira-kira AS$50 bilion atau 29 peratus daripada AS$180 bilion adalah nilai aset pelaburan luar negara.

Pada 2016, beliau menjelaskan, aset pelaburan luar negara adalah 29 peratus, sementara sumbangan kepada pendapatan adalah 39 peratus. Manakala pada 2017, aset pelaburan luar negara sama juga sekitar 28-29 peratus, tetapi sumbangan kepada pendapatan setakat 30/06/2017 adalah 33 peratus. Ini menunjukkan jumlah duit ke luar sedikit untuk pelaburan luar negara, sebaliknya pulangan lebih banyak.

Menyentuh mengenai pelaburan di Amerika Syarikat (AS), Mohamed Nasir berkata, daripada AS$50 bilion pelaburan di luar negara, cuma 17 peratus dilaburkan dalam ekonomi terbesar dunia itu. Beliau berkata, KWSP melabur dalam pelbagai kelas aset di AS termasuk ekuiti, hartanah, infrastruktur dan pendapatan tetap. Perlu diingat KWSP melabur di 40 buah negara dan tidak terhad di AS sahaja dengan pertumbuhan aset KWSP sebanyak 11-12 peratus setahun.

Tahun lepas sahaja nilai dagangan US - Malaysia mencatatkan trilion ringgit yang sebahagian besarnya adalah dalam bentuk import dan export. Demikianlah besarnya pasaran kepentingan US kepada ekonomi negara. Apa salahnya jika pengurus dana kita merebut peluang keemasan membuat pelaburan dan keuntungan di US? Tak perlu kalut tuduh Najib nak jual negara!

Dalam kempen pilihan raya Presiden tahun lepas Presiden Donald J Trump telah berjanji akan melakukan pembangunan infrastruktur besar-besaran di AS. Jika ada peluang melabur di sana mengapa kita perlu menolak terutamanya apabila ia membabitkan projek pembangunan infrastruktur kerajaan AS yang berimpak tinggi?

Nota Kaki: Waima 'Top Dog' dan Pengerusi Pakatan Harapan sekalipun bercakap berdolak dalik dalam isu pelaburan KWSP di luar negara untuk kepentingan politik. 2005 cakap lain dan 2017 terus 'u-turn'.

September 15, 2017

8 DS @NajibRazak Kata Tun Dr Mahathir Bayar Jutaan Ringgit Ingin Bertemu Bush, Kalau Fitnah Samanlah @chedetofficial




Perdana Menteri, DS Najib Razak ketika berucap di hadapan hadirin yang menyambut kepulangan beliau di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam ini, mendedahkan Tun Dr Mahathir Mohamad semasa pentadbirannya membayar jutaan ringgit untuk bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) ketika itu, George W Bush.
Perdana Menteri berkata, tindakan itu dilakukan melalui seorang pelobi yang bermastautin di Hong Kong dan ia dibayar melalui kontrak Tenaga Nasional Berhad (TNB). Beliau berkata,
Berjuta dibayar kerana nak sangat berjumpa dengan Bush tapi Dr Mahathir tidak dapat sambutan macam saya. Jadi jangan jadi hipokrit, kutuk pula lawatan saya. Lawatan ini bukan kerana saya tapi kerana Malaysia. Hubungan baik dengan China, Arab Saudi dan Amerika Syarikat adalah untuk Malaysia.
Kita mengharapkan bahawa Pengerusi Pakatan Harapan tidak akan berdiam diri. Sekiranya perkara yang dinyatakan oleh Perdana Menteri tidak benar, beliau seharusnya menafikannya dan membuat saman malu. Ini memandangkan Tun Dr Mahathir telah menyalahgunakan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri untuk melobi berjumpa dengan Presiden Amerika Syarikat.

Rakyat menyambut dengan gembira kepulangan seorang negarawan. Saksikan juga video di bawah yang dibuat khusus untuk Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak sebagai seorang Negarawan.

1 Tokong @cmlimguaneng Kata Bukan Tanah Runtuh Kalau Tidak Ganggu Jalan


Ketua Menteri Pulau Pinang dipetik akhbar bahasa Cina, China Press berkata, banjir di Pulau Pinang hari ini tiada kejadian tanah runtuh kerana tidak menganggu trafik. Ini susulan kenyataan beliau bahawa banjir di Pulau Pinang tidak serius. 

Tontonlah video-video di bawah. Bukankah ini merupakan tanah runtuh atau 'landslide'? Tidak cukup serius lagikah banjir hari ini? Serius bagaimanakah yang Ketua Menteri Pulau Pinang mahukan? Adakah sehingga kehilangan nyawa Rakyat Pulau Pinang?




Apa-apapun Ketua Menteri Pulau Pinang dan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi memang kuat berlakon. Enough of going to flood prone areas and taking selfies! What is your next course of action? Penangites need leaders not bloody supermodels.



20 Teh Tarik Party From @cmlimguaneng In Penang This Morning

Nope! Its not pictures taken from Miami, Florida. Its not because of Hurricane Irma. No rain, no flood said Penang Chief Minister, Joseph Lim Guan Eng. Okay, we understood that. However, why the color of flood water in areas around town, looks like teh tarik? Run off water from cleared hill slopes?

Maybe the pictures I've received are fake and tempered. Everybody knows that just before General Election (GE) 13, DAP had announced that 40 years of floods had already been solved in 9 months. Read Malaysiakini, here. Joseph Lim Guan Eng also once ridiculed incompetency of Kelantan state government, state as if without government during flood crisis. Read Malaysian Chinese News, here. Enjoy the Teh Tarik session Penang's folks! The day Penang stood still.

Footnote: "Ask God!", said RSN Rayer DAP - Seri Delima. Yeah folks, don't ask Tokong about the floods, ask God instead why send the rains? Blame God for the floods too? Is that what RSN Rayer trying to say?











September 14, 2017

10 An Open Letter To Mr POTUS @realDonaldTrump cc. @cmlimguaneng @tonypua



Dear Mr President Of The United State (POTUS),

This is the mentality of our Malaysian Opposition Leaders. The first picture is our Penang Chief Minister, Joseph Lim Guan Eng. He described your good self as 'dungu' or in English can be translate as stupid or idiot. Joseph Lim said that he would not agree to meet you even he has the chance to. Pardon me Mr President, who the hell he think he is that you want to meet him in the first place.

The second picture was taken from Malaysiakini, pro opposition portal, which portrayed few clowns from Malaysian opposition party. After concluding a press conference in Petaling Jaya this morning, DAP publicity chief Tony Pua and PKR strategic director Sim Tze Tzin donned blond wigs and coats in a bid to imitate your good self during the photo-op.

Sim and PAN Strategy Director Dzulkefly Ahmad also put on red neckties in imitation of the POTUS's style, while Pua wore a red necktie with images of the cartoon character Donald Duck. From the majority of Malaysian citizen, I apologize on behalf of these clowns. We are sorry that these dumb jackasses were chosen to be opposition leaders by their voters. A total embarrassment to Malaysia and our democracy. We already know these folks are clowns, but today they have confirmed it in public. Pathetic and childish behavior.

Thank you.

31 @realdonaldtrump And @NajibRazak : Old Pals







September 13, 2017

16 Masa Mesyuarat Sudah Jadi Isu, Sekarang Warna Tali Leher, Selepas Ini Mungkin Warna Seluar Dalam Presiden Amerika Syarikat Pula


Ada saja perkara kecil yang hendak ditimbulkan oleh pembenci DS Najib Tun Razak (baca macai Parti Cap Bunga) mengenai lawatan Perdana Menteri ke White House, Washington. Kalau sebelum ini Rafizi Ramli mempertikaikan masa mesyuarat di atara delegasi Malaysia dan Amerika Syarikat, sekarang ada pula macai yang mempertikaikan tali leher yang dipakai oleh Presiden Donald J Trump.

Kononnya, Presiden Donald J Trump tidak memakai tali leher berwarna merah untuk menunjukkan kesungguhan beliau bertemu DS Najib. Dalam erti kata lain perjumpaan Presiden Amerika Syarikat dan Perdana Menteri Malaysia "perjumpaan santai, yang tidak begitu penting, yang bukan priority dan yang acah-acah friendly" (mengikut tafsiran macai).

Pertama, saya seorang peminat buku-buku Donald J Trump dan saya memiliki hampir kesemua koleksi tulisan beliau sebelum beliau menjadi Presiden. Belum terjumpa isu tali leher yang diperkatakan oleh macai di atas. Malah dalam buku 'The Art Of The Deal' tidak ada disentuh mengenai tali leher merah. Minta macai berkenaan betulkan saya kalau saya salah atau terlepas pandang.

Kedua, di bawah saya sertakan contoh pertemuan di antara pemimpin-pemimpin dunia dengan Presiden Donald J Trump. Antaranya King Salman, Raja Arab Saudi, Justin Trudeau, Perdana Menteri Canada dan Vladimir Putin, Presiden Russia. Saya tidak rasa warna tali leher yang dipakai Presiden Donald J Trump berwarna merah. Betulkan saya juga kalau saya salah. 

Mungkin perjumpaan dengan ketiga-tiga pemimpin dunia ini hanyalah "perjumpaan santai, yang tidak begitu penting, yang bukan priority dan yang acah-acah friendly" (mengikut tafsiran macai). Mungkin selepas ini pembenci DS Najib Tun Razak akan mula memperkatakan mengenai seluar dalam Presiden Donald J Trump pula?




14 Semalam 30 Minit, Hari Ini Tinggal 10 Minit, @RafiziRamli Ni Ada Dengan Rombongan DS @NajibRazak Ka?


Raja Fitnah Negara, Rafizi Ramli tidak konsisten dengan fitnah yang direkacipta oleh beliau sendiri. Beliau masih lagi tidak berpuas hati dengan lawatan kerja Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak ke Amerika Syarikat. Pertama, semalam Rafizi Ramli telah memuatnaik di dalam laman sosial Twitter dan Facebook beliau bahawa mesyuarat di antara delegasi Malaysia dan Amerika Syarikat yang diketuai oleh Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak dan Presiden Amerika Syarikat, Donald J Trump hanya berlangsung 30 minit.

Kedua, beliau turut membuat fitnah mengatakan bahawa isu Rohingya tidak dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut. Mungkin 'keyboard warrior' Rafizi Ramli lebih mengetahui lebih daripada akhbar The New York Times. Sebab apa? Akhbar The New York Times pun melaporkan bahawa isu Rohingya telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut. Baca di sini.


Hari ini pula, 'keyboard warrior' Rafizi Ramli telah mengubah kenyataan fitnah beliau. Mesyuarat semalam yang didakwa berlangsung selama 30 minit sekarang sudah turun kepada 10 minit. Begitu jahat sekali Rafizi Ramli hendak memburuk-burukkan rombongan delegasi Malaysia. Seolah-olah beliau turut berada di sana di dalam mesyuarat berkenaan. Hakikatnya, beliau hanyalah seorang 'keyboard warrior'. Rafizi Ramli tidak berada di Oval Office, White House, Washington, USA seperti mana saya dan anda semua pembaca. Beliau hanyalah seorang kaki kelentong!

7 Gagal Memburukkan DS @NajibRazak Dan Rombongan Di Amerika Syarikat, DS Rosmah Mansor Pula Menjadi Mangsa

Apabila pembangkang gagal untuk memburuk-burukkan lawatan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak bersama rombongan delegasi Kerajaan ke Amerika Syarikat, mereka kini giat mengalihkan perhatian kepada isteri Perdana Menteri yang turut bersama di dalam rombongan tersebut. 

Tanpa memikirkan dosa dan pahala, pembangkang telah mula menaburkan fitnah yang mengatakan DS Rosmah menghabiskan masa di Amerika Syarikat untuk membeli belah. Sekadar catatan ringkas, semalam DS Najib Razak dan DS Rosmah Mansor telah menghadiri majlis makan malam bersama diaspora dan para pelajar Malaysia di Kedutaan Malaysia, Washington.



Hari ini, jadual DS Rosmah agak ketat. DS Rosmah telah melawat ke 'Feynman School for the Gifted' di Maryland. Konsep 'Feynman School for the Gifted' lebih kurang seperti sekolah Permata Pintar di Malaysia. Kunjungan DS Rosmah ke sana adalah untuk bertukar pandangan dan berkongsi kaedah program Permata Pintar dengan pentadbir 'Feynman School for the Gifted'. Untuk rekod, DS Rosmah Mansor adalah penaung kepada sekolah Permata Pintar di Malaysia. The Straits Times ada butiran lanjut, di sini.


Di sebelah tengah hari pula, DS Rosmah Rosmah telah bertemu dengan 15 pelajar Permata Pintar pada majlis makan tengah hari di Rumah Malaysia, kediaman rasmi Duta Malaysia di Forest Hill. 15 pelajar Permata Pintar berkenaan sedang melanjutkan pelajaran di pantai timur dan rantau barat daya Amerika Syarikat. Baca laporan The Malay Mail Online, di sini.

0 HSR Mampu Mewujudkan 111,000 Peluang Pekerjaan Menjelang 2060


Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) dijangka menyumbang pertumbuhan RM21 bilion dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ke Malaysia dan Singapura dan mewujudkan 111,000 pekerjaan menjelang 2060.

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah ketika menyampaikan ucaptama pada persidangan kali ini. berkata menerusi pelan inklusif yang komprehensif, HSR dijangka memberi manfaat sosio-ekonomi penting kepada Malaysia dan Singapura. 

HSR KL-Singapura kata Azharuddin adalah elemen penting sebagai pengubah dan ianya mampu merapatkan jurang kawasan terpencil, memacu pertumbuhan, pembangunan dan membantu beberapa bandar di sepanjang jalan agar lebih mudah dihubungi, bukan hanya untuk pelancong, tetapi juga kepada pekerja dan pelabur.

Azharuddin menambah pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menjangkakan HSR mampu meningkatkan bilangan pelancong di kedua-dua negara dan di bawah konsep pembangunan berorientasikan transit, akan merancakkan penghasilan aktiviti ekonomi di sepanjang laluannya, termasuk dan tidak terhad kepada aktiviti perniagaan di kawasan sekitar stesen,

Persidangan HSR Asia 2017 buat kali keempat telah diadakan di Intercontinental Hotel semalam. Cabaran dan peluang dalam pembinaan tren dan tren berkelajuan tinggi dalam membangun dan mengembangkan pasaran tren di Asia Pasifik merupakan tema bagi persidangan kali ini. 

Turut hadir sama sebagai panel adalah Dato Mohd Nur Ismal Kamal, Ketua Pegawai Eksekutif MyHSR, En Mark Loader, Pengarah Projek KL-Singapore High Speed Rail Project, CH2M, United Kingdom serta pakar-pakar industri tren. HSR Asia 2017 ini akan berlangsung selama 2 hari bermula dari 12-13 September 2017.



22 Gambar Dan Video Pertemuan DS @NajibRazak Dan @RealDonaldTrump, Mana Sotong @RafiziRamli?






Mana Rafizi Ramli? Mana macai-macai pembangkang? Tidak cukupkah gambar-gambar kemesraan President Of The United State (POTUS), Donald J Trump menyambut Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak di West Wing lobby, White House. Kalau belum, lihat pula video-video di bawah:





Kalau ini bukan pertemuan rasmi dua buah negara seperti dakwaan Rafizi Ramli dan macai-macai pembangkang, tidak tahulah nak kata apa lagi. Untuk Rafizi Ramli, kita sedekahkan dua gambar lagi di Oval Office, White House.



Untuk pengetahuan macai-macai pembangkang, POTUS sendiri menyambut ketibaan Perdana Menteri di White House. Ini menunjukkan hubungan akrab antara kedua pemimpin ini dan juga status Malaysia sebagai antara sebuah negara yang penting bagi Amerika Syarikat.

Segala dakyah dan propaganda pembangkang bahawa Malaysia kini kononnya menjadi sebuah negara 'kleptokrasi' dan 'a failed state' sudah boleh dibakul sampahkan. Pembangkang kini seperti cacing kepanasan.

Nota Kaki: White House yang disebutkan di atas terletak di Washington, Amerika Syarikat dan bukannya milik Ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming yang terketak di Ipoh, Perak. Harap maklum.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates