September 9, 2017

6 Kalau Ahli PPBM No. 00005 Pun Dipinggirkan, Apatah Lagi Ahli Yang Lain


Parti Bersatu Malaysia (PPBM) atau lebih mesra dipanggil Parti Chap Bunga Raya, hari ini menyambut ulang tahun pertama penubuhannya di Muar, Johor. 

Salah seorang daripada tujuh pengasas PPBM adalah Anina Saadudin. Beliau mempunyai nombor ahli 00005. Beliau adalah satu-satunya wanita daripada tujuh pengasas. Boleh dikatakan dan diibaratkan beliau adalah 'Ibu' kepada PPBM. 

Malangnya, jika 'Ibu' pun tidak diendahkan oleh parti dan sanggup dibuang, adakah ahli-ahli PPBM yang lain berfikiran parti akan menjaga anda? Pemimpin-pemimpin hasil buangan UMNO adalah produk tidak baik dan merosakkan. Baca keluhan Ainina Saanuddin seperti di bawah.

Benih yang baik kalau dicampak ke laut akan menjadi pulau. Benih yang tidak baik dicampak ke laut akan menjadi lanun. Campaklah benih yang tidak baik ke mana sekalipun, tetap akan bawa kerosakkan. Itulah sebab UMNO buang.

Fikir-fikirkanlah.





15 @RafiziRamli Semakin Tersisih, Ceramah 'Food Truck' Di Muar Gagal





Bagaimana sotong goreng tepung Rafizi Ramli yang merupakan Naib Presiden PKR boleh mendakwa bahawa ceramah 'food truck' beliau sentiasa mendapat sambutan hangat di seluruh Malaysia.

Hari ini 'food truck' berkenaan singgah di Muar, kubu kuat Dato Razali Ibrahim. Nampak penonton yang hadir adalah dalam 20 orang. Itupun termasuk ahli dan pekerja parti PKR.

September 8, 2017

25 Ronnie Liu Semakin Biadap Muat Naik Komen Jelik Kuliah DS Haji Hadi Di Masjid Rusila


Tidak faham apa masalah salah seorang ahli Pimpinan Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Ronnie Liu bertindak begitu biadap sehinggakan sanggup memberikan komen jelik ketika sesi siaran langsung (live) kuliah Dhuha DS Abdul Hadi Awang di Masjid Rusila pagi tadi. 

Pemimpin DAP sudah sampai ke tahap begitu mahukan Islam di Malaysia direndahkan dan dihina kedudukannya. Tidak bolehkah beliau menghormati kedudukan Agama Islam yang diiktiraf di sisi Perlembagaan Persekutuan?

Terlalu bodoh sangatkah Ronnie Liu ini sampaikan tidak dapat membezakan ceramah politik dan kuliah agama? Jika inilah isyarat yang ditunjukkan DAP, maka tidak hairanlah DAP kekal sebagai sebuah parti yang rasis dan anti Islam.

Seperti biasa, golongan anti Islam ini akan mudah meminta maaf selepas menerima kecaman daripada netizen di media sosial.

15 Walau Teruk Dikutuk, DS Rosmah Tetap Menjadi Harapan Macai Pembangkang Untuk Ke Myanmar

Global Peace Mission (GPM) Malaysia hari ini dilaporkan Malaysiakini, baca di sini, mencadangkan kepada isteri Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor supaya mencontohi wanita pertama Turki Emine Erdorgan yang menjejakkan kakinya ke Myanmar bagi melawat kem pelarian Rohingya. Ketua Pegawai Eksekutif GPM Malaysia, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata langkah itu perlu bagi kepimpinan negara ini melihat sendiri konflik di wilayah Rakhine, Myanmar itu.

Terima kasih kepada macai-macai pembangkang yang masih menaruh harapan kepada isteri Perdana Menteri untuk menjadi wakil Malaysia dalam misi bantuan kemanusiaan. Agak hairan juga apabila nama Presiden PKR dan Pakatan Harapan, DS Wan Azizah Wan Ismail dan isteri Mantan Perdana Mnteri 22 tahun yang juga isteri Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Siti Hasmah Mohad Ali langsung tidak disebut. Cuma kita hendak tanyalah, CEO GPM Malaysia Ahmad Fahmi ni sudah pergikah ke Myanmar atau belum semasa konflik ini? Ke cakap saja pandai. Sama seperti 'keyboard warriors' jugak?


Misi kemanusiaan bukanlah satu perkara asing bagi isteri Perdana Menteri. Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak dan DS Rosmah pernah melawat kawasan-kawasan konflik dan melihat dengan mata sendiri penderitaan mangsa-mangsa akibat konflik di Gaza.

Perdana Menteri dan isteri telah dinasihatkan untuk membatalkan saja lawatan demi keselamatan diri memandangkan pada masa berkenaanGaza sedang dibom oleh jet-jet pejuang Israel. Walau bagaimanapun, disebalik ancaman bom jet-jet pejuang berkenaan, lawatan itu tetap diteruskan.

Esok, jam 2.00 petang, Perdana Menteri akan melaksanakan pelepasan bagi Tim Tinjauan Misi Kemanusiaan Pelarian Rohingya ke Dhaka dan Chittagong, Bangladesh. Tim ini akan diketuai oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan disokong oleh Sukarelawan iM4U. Macai tidaklah payah sibuk suruh hantar isteri Perdana Menteri. Biarlah pihak yang berkenaan buat kerja mereka dulu. Macai sendiripun bukan ada telor nak pergi kan?


Walau bagaimanapun, langkah GPM ini boleh diterima pakai daripada usul yang dikemukakan oleh Naib Presiden Parti Chap Bunga Raya, DS Mukhriz Tun Mahathir yang mahukan Malaysia menghantar kapal perang Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) ke Myanmar. Pada pemahaman CTS, gaya bahasa DS Mukhriz seperti mahu berperang dengan Kerajaan Junta Myanmar. Kalau begitulah yang ada di dalam kepala botak beliau, saya cadangkan juga agar DS Mukhriz ini turut dihantar untuk berperang di sana. Oh ya, jangan lupa membawa Ketua 'clubbing' ARMADA, Syed Saddiq Palladium sekali ke sana sebagai Ketua Turus.

15 Mungkin Anwar Ibrahim Terlupa Beritahu RCI Forex Semalam Tun Daim Dan Tun Dr Mahathir Yang Luluskan Perjudian Forex BNM


Mantan Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim ketika menjadi saksi kepada Suruhanjaya Inkuiri Di Raja (RCI) Forex semalam, mungkin terlupa atau beliau beliau mungkin tidak mempunyai akses kepada informasi terhadap apa yang beliau pernah perkatakan di dalam Dewan Rakyat pada September 2012.

Menurut laporan The Edge Market, baca di sini, Anwar Ibrahim ketika berucap di Dewan Rakyat memberitahu bahawa aktiviti dagangan pertukaran asing yang dilakukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada awal 1990-an, yang menyebabkan bank pusat kehilangan berbilion rizabnya, telah diluluskan oleh Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, dengan sokongan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.

Bercakap kepada Sidang Parlimen, Anwar Ibrahim dipetik berkata,
During the said Parliament session, I have explained to the house that the then governor of Bank Negara Tan Sri Jaafar Hussein said that he had not received the full information regarding the forex trading activities, as it was conducted by the forex trading department under the (now) Minister in Prime Minister's Department Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
"As the Minister of Finance then, I had ordered for the forex trading activities to be stopped immediately. The late Tan Sri Jaafar told me that the forex trading activities was conducted by Tan Sri Nor Mohamed Yakcop with the approvals given by both the Minister of Finance before me and the Prime Minister then. Go and ask them!
Pastinya The Edge Market tidak mengada-adakan cerita dan kenyataan di atas memandangkan kenyataan di atas dalam Bahasa Malaysia pastinya akan tercatat buat selama-lamanya di dalam 'hansard' Parlimen. Anwar Ibrahim semalam mungkin terlupa atau mungkin beliau buat-buat lupa untuk menyelamatkan Mantan Boss beliau. Seperti TS Nor Mohamed Yackob, ketiga-tiga mereka adalah 'Geng Mamak'.

September 7, 2017

30 Kalau Anwar Ibrahim Tahu Mengenai Kehilangan Wang BNM Akibat Perjudian Forex, Mustahil Tun Dr Mahathir Tidak Tahu


TS Ahmad Mohd Don mantan Gobenor Bank negara Malaysia (BNM) hari ini ketawa berdekah-dekah sebelum menjawab bila ditanya oleh TS Saw Choo Boon, Ahli Suruhanjaya Inkuiri Di Raja (RCI) Forex samada  dia bersetuju dengan TS Nor Mohamed Yaakob yang menyatakan pengalaman perjudian forex membantu dalam menyelesaikan krisis ringgit pada tahun 1998.


TS Nor Mohamed Yakcop bukanlah seorang 'rogue dealer'. Istilah 'rogue dealer' adalah bermakna seorang 'dealer' atau peniaga saham, bon, komoditi atau matawang yang dimainkan di pasaran atas inisiatifnya sendiri.

Setiap pembelian matawang asing yang dilakukan oleh BNM perlukan pembayaran. Oleh kerana wang yang digunakan untuk pembayaran transaksi-transaksi di bawah kelolaan TS Nor Mohamed Yackob datangnya dari rizab negara, adalah mustahil kebenaran tidak diperolehi terlebih dahulu.

Oleh kerana kerugian yang teramat besar melangkaui suatu tempoh yang panjang, iaitu empat tahun, adalah juga mustahil Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada ketika itu tidak tahu mengenai perkara ini. Malah, untuk menggunakan wang rizab memerlukan kelulusan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Anwar Ibrahim ketika menjadi saksi hari ini juga tidak menafikan beliau mengetahui mengenai kehilangan wang akibat perjudian Forex oleh BNM. Cuma apa yang menjadi pertikaian di antara beliau dan Pengerusi RCI Forex hanyalah jumlah yang dibentangkan ke kabinet. Kalau Anwar Ibrahim tahu, mustahil Tun Dr Mahathir tidak tahu. Kalau Tun Dr Mahathir tahu, bermakna TS Nor Mohamed Yackob telah berbohong kepada RCI Forex semalam.


Nota Kaki: Soalan cepumas, cari 'kambing hitam' dalam gambar di bawah:

September 6, 2017

53 Perdana Menteri Jenis Apakah Yang Tidak Tahu Negara Kerugian RM32 Billion?


Dianggarkan Bank Negara Malaysia (BNM) mengalami kerugian RM32.074 bilion dalam urus niaga dagangan wang asing (Forex) antara tahun 1988 hingga 1994. Jumlah tersebut mampu menampung kos pembinaan sekurang-kurang 5 buah Menara Berkembar KLCC pada nilai USD1.6 bilion sebuah (atau RM6.08 bilion - pada kadar masa dibina). Ataupun membina 3 buah pusat pentadbiran kerajaan Putrajaya lagi pada kos RM11.831 bilion sebuah (berdasarkan maklumat handsard Parlimen Mei 2008).


Menurut Nor Mohamed Yakcop ketika memberi keterangan kepada Suruhanjaya Inkuiri Di Raja (RCI) Forex, beliau tidak pernah membincangkan hal tersebut dengan Tun Dr Mahathir dan dua orang Menteri Kewangan iaitu Tun Daim Zainuddin dan Anwar Ibrahim, sepanjang 1986 dan 1993.


Tun Daim adalah Menteri Kewangan dari tahun 1986 sehingga 1991 manakala Anwar Ibrahm menggantikannya dan memegang jawatan tersebut sehinggalah 1998. 
Minggu lepas, TS Clifford Herbert (bekas TKSU II MOF) memberitahu panel RCI Forex, beliau dan Anwar Ibrahim telah memberi taklimat kepada Perdana Menteri waktu itu, Tun Dr Mahathir.

Pertama, sekiranya ketika menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir tidak tahu kehilangan RM32 bilion dalam pentadbirannya, adalah mustahil selepas 15 tahun tidak menjadi Perdana Menteri, beliau mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam dalam pentadbiran negara hari ini sehingga boleh mendakwa 1MDB kehilangan RM42 billion.

Kedua, agak mustahil negara kerugian lebih RM35 billion tetapi Tun Dr Mahathir, orang yang paling berkuasa di Malaysia pada waktu itu dan berada dalam serba-serbi urusan di negara ini sewaktu beliau berkuasa, tidak tahu apa-apa tentang kerugian tersebut. 

Malah, Tun Dr Mahathir langsung tidak mengambil tahu, kalau mengikut keterangan yang diberikan oleh Nor Mohamed Yakcop. Apakah yang cuba disembunyikan oleh saksi hari ini? Adakah ini caranya 'Geng Mamak' menunjukkan solidariti dengan berkorban dengan 'Saudara Sedarah' (Blood Brothers)?

12 Ada GST Yang Rendah, Kita Pilih Cukai Jualan Yang Lebih Tinggi, Jom Ubah!!!


'Top Dog' Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir hari ini memberi jaminan 'Sales & Service Tax' atau Cukai Jualan & Perkhidmatan akan dikembalikan sekiranya Pakatan Harapan memerintah Kerajaan Pusat. Tun Dr Mahathir berkata Cukai Jualan & Perkhidmatan perlu dikembalikan jika Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dimansuhkan. Katanya dalam wawancara dengan portal berita The Malaysian Insight bersama Lim Kit Siang pagi tadi,
"GST menggantikan cukai jualan, jadi jika kita menghapuskan GST kita mesti mengembalikan cukai jualan,"
Mantan Perdana Menteri 22 tahun itu berkata ini adalah perlu untuk meminimumkan kesan penurunan pendapatan daripada GST ke atas kewangan kerajaan. Rakyat Malaysia harus bersedia untuk 'menikmati' kembali Cukai Jualan & Perkhidmatan sebanyak 10% hingga 20% jika Pakatan Harapan menang dalam PRU14.

Rakyat boleh bersedia dengan harga yang lebih tinggi untuk kereta, pakaian, peralatan rumah dan sayur-sayuran, buah-buahan dan pelbagai barangan lagi. Tiada lagi sebarang pengecualian untuk sebarang produk dan perkhidmatan seperti GST.

Rakyat juga boleh mempersiapkan untuk peningkatan harga yang lebih tinggi apabila peniaga memanfaatkan perubahan sistem cukai dan kenaikan harga. Peniaga akan memberi alasan bahawa harga mestilah lebih tinggi disebabkan Cukai Jualan & Perkhidmatan lebih tinggi daripada GST.

Ini caranya Pakatan Harapan 'Selamatkan Malaysia'. Jom ubah!!!!


11 Selepas Janji Stadium Bukit Merbau Dan Keretapi Laju Kota Bharu-Kuala Lumpur, Husam Musa Perkenalkan Pula Kertas Jimat Minyak


Naib Presiden PAN. Datuk Husam Musa pernah berjanji akan memulakan projek pembinaan stadium baru berkonsep unik bersama Masjid di Bukit Merbau, Pasir Puteh, Kelantan bermula pada Mac 2012. 5 tahun sudah berlalu, CTS pasti stadium berkenaan telah siap dibina dan diguna oleh pasukan The Red Warriors.


Pada tahun yang sama juga, Datuk Husam Musa telah merangka pembinaan keretapi laju yang hanya memakan masa sejam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Patutlah CTS tidak mendengar sebarang rungutan daripada Rakyat Kelantan yang tersekat di dalam kesesakan jalanraya pada Hari Raya Aidil Adha yang lepas.



Terbaru, Datuk Husam Musa memperkenalkan kertas untuk menjimatkan minyak serta memelihara alam sekitar sesuai dengan prinsip dan dasar Parti PAN yang sayangkan alam sekitar. Tonton video di atas untuk keterangan lanjut mengenai produk yang diperkenalkan beliau.

Dengan dua helaian kecil kertas yang dimasukkan ke dalam tangki minyak mampu untuk mengurangkan asap kenderaan, meningkatkan prestasi enjin dan lebih menakjubkan lagi, dua helaian kertas berkenaan mampu bertahan selama 15 tahun! Hebat Datuk Husam Musa ini. Memang sesuailah PAN meletakkan beliau sebagai calon Menteri Besar Kelantan.

September 5, 2017

0 SPAD Mengalukan Perlantikan Qamar Wan Noor Sebagai Ketua Pegaqai Operasi


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat  (SPAD) dalam satu Kenyataan Media hari ini telah melantik Qamar Wan Noor sebagai Ketua Pegawai Operasinya yang baharu, berkuat kuasa 05/09/2017. Kenyataan Media berkenaan menyebut Qamar akan bertanggungjawab atas transformasi keseluruhan industri pengangkutan barangan, bas dan teksi serta infrastruktur berkaitan. 

Ini termasuk pelaksanaan projek-projek nasional seperti myBAS di bawah program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti dan penyusunan semula rangkaian bas di Greater Kuala Lumpur dan Lembah Klang bagi memastikan mod pengangkutan bas cekap, bersepadu dan mampan serta menekankan peningkatan mutu perkhidmatan bagi pengguna. 

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah dalam kenyataan itu berkata pelantikan itu bertepatan dengan kredibiliti serta pengalaman luas dimiliki Qamar untuk melaksanakan transformasi serta pembangunan infrastruktur pengangkutan awam darat negara.

SPAD kata beliau menyambut baik kedatangan Qamar ketika suruhanjaya berkenaan sedang giat membangunkan projek-projek pengangkutan awam darat bagi meningkatkan kesalinghubungan dan merapatkan jurang mobiliti antara kawasan bandar dan luar bandar selaras dengan aspirasi kerajaan.

Tambah Mohd Azharuddin, kepimpinan dan pengalaman luas Qamar semasa memegang pelbagai jawatan termasuk menjadi pengurusan kanan Shell di Malaysia, Asia Pasifik dan Timur Tengah dan perkhidmatan selama 26 tahun dengan syarikat petroleum itu, amat bernilai bagi SPAD.

Qamar, penerima anugerah magna cum laude Sarjana Muda di dalam bidang Sains Kejuruteraan Kimia dari Rensselaer Polytechnic Institute, New York pada 1990, juga pernah mengetuai pasukan bekalan dan pengedaran pemasaran di terminal-terminal darat dan logistik marin di Oman, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Singapura. 

Selamat datang ke SPAD, Puan Qamar.

18 Kenapa @NgaKorMing Takut Sangat Dengan Parti Nyamuk PSM?


Ketua DAP Perak yang juga merupakan Ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming bengang apabila parti PSM mengumumkan akan meletakkan calon bertanding di 6 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak yang diwakili DAP iaitu:
  • M Saraswathy (Jelapang)
  • Chin Kwai Leong (Menglembu)
  • Chin Kwai Heng (Tronoh)
  • R Mohanarani (Buntong)
  • K Bawani (Malim Nawar)
Rentetan daripada itu, Nga Kor Ming mengancam akan meletakkan calon Pakatan Harapan (baca DAP) di Parlimen Sungai Siput. Baca Malaysiakini, di sini. Kerusi Parlimen Sungai Siput kini dipegang oleh Dr Michael Jeyakumar Devaraj dari parti PSM, yang memenangi kerusi berkenaan dengan tiket PKR.

Nga Kor Ming dilaporkan terkilan apabila PSM dikatakan membuat keputusan sendiri tanpa berunding dengan Pakatan Harapan. Pertama, PSM bukan parti gabungan Pakatan Harapan. Tidak ada sebab PSM perlu berunding dengan Pakatan Harapan. Kedua, kenapa perlu DAP Perak takut dengan parti nyamuk seperti PSM. Bukankah Pakatan Harapan (baca DAP) begitu yakin untuk menguasai Perak?

6 Video Hari Merdeka Terbaik Lakonan DS @LiowTiongLai Yang Sangat Menginsafkan



Sudah 5 hari kita sebagai Rakyat Malaysia menyambut kemerdekaan negara yang ke 60. Namun, masih tergiang-giang sebuah video lakonan Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai yang memberi kesan yang amat mendalam mengenai erti kemerdekaan. Video berdurasi 5 minit 54 saat ini boleh ditonton di atas atau di laman Youtube, di sini

Filem pendek ini berkisar tentang perbualan di antara 'ahli politik' dan 'Rakyat Marhaen' (kedua-dua watak dilakonkan oleh DS Liow) dalam filem pendek ini adalah bukan bagaimana politik telah menghancurkan Rakyat tetapi sebaliknya bagaimana Rakyat sendiri yang gagal berpolitik.

Filem arahan Pete Teo, seorang pengarah yang telah memenangi anugerah di peringkat antarabangsa, berkisar kepada kesedaran  kepada Rakyat Malaysia tentang peri pentingnya  semua kaum dalam negara ini menganggap bahawa Malaysia adalah negara kita bersama dan ianya seharusnya dijaga dan diiktirafkan bersama.

Filem ini secara jujur mengajak kita agar tidak berputus harap untuk mengekalkan keamanan dan kehamonian Rakyat berbilang kaum yang mendiami bumi bertuah ini. Setelah 60 tahun merdeka, negara kita masih berbincang tentang soal perpaduan kaum yang masih belum selesai. Bermula dengan gagasan ideologi Rukun Negara, konsep 1Malaysia, dan 1Malaysia Negaraku, ia tidak lebih daripada mauduk mewujudkan keharmonian kaum dalam negara yang masih tempang.

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana masyarakatnya terdiri daripada berbilang kaum dan agama. Kaum Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Dayak, Melanau dan Rakyat pribumi yang lain dapat hidup dalam keadaan yang aman damai dan saling hormat menghormati. 

Natijah akhirnya, ideologi kebangsaan yang telah disemai kepada seluruh Rakyat Malaysia dengan latar yang berbeza agama dan bangsa diangkat menjadi tonggak perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini. Secara langsung, negara ini terus berdiri utuh dan maju hasil kemakmuran yang dinikmati bersama.

Selamat Hari Kemerdekaan Ke-60. Negaraku. Sehati Sejiwa.

September 4, 2017

24 Alhamdulillah ... Terbuka Hati Kedua Tun Untuk Merasai Nikmat Menaiki MRT cc.@chedetofficial





Pagi ini, dengan berpakaian baju biru warna korporat Barisan Nasional, Tun Dr Mahathir dan Tun Siti Hasmah mencuba MRT Kajang-Sungai Buloh. Kita fikir baik sajalah. Mungkin kedua-dua Tun ingin merasa perkhidmatan pengangkutan awam yang projeknya tidak melibatkan kroni.

Mungkin Tun Dr Mahathir mahu menyampaikan pesanan yang tersirat kepada para macai-macai ProTunnya:
"Cukup-cukuplah menghina dan memboikot segala bentuk pembangunan yang dilakukan zaman PM DS Najib. Kita terpaksa akui memang beliau mencapai banyak kemajuan dalam waktu yang lebih singkat. Sampai bila hampa semua hendak nafikan?"
Dari gaya bahasa badan Tun Dr Mahathir, beliau gembira dengan kemudahan yang disediakan MRT. Tidak tahulah jika lawatan ini digunakan untuk memburukkan DS Najib Tun Razak di dalam ceramah beliau yang akan datang. 

Macam mana Tun, seronok tak menaiki MRT yang harganya di bawah kos awal dan siap lebih cepat dari jadual? Waima pada kedudukan di bawah tanah sekalipun masih dapat signal 4G, boleh buat 'live streaming' gitu.

Nota Kaki: Awat depa buat tak tau saja kat Tun?

16 Filem Tidak Laku, @Ahmad_Idham Salahkan Ekonomi, Abang Long Fadil 2 Dapat RM5 Juta 5 Hari Wei!




Optimis dengan isu yang berlaku pada filem terbitan syarikatnya, Aifa Motion Sdn Bhd, Ahmad Idham dipetik berkata beliau sedia maklum keadaan itu mungkin berpunca daripada keadaan ekonomi tidak menentu yang turut memberi kesan kepada filem tempatan lain.

Inilah antara penerbit filem yang tidak tahu bersyukur. Apabila filem mereka mengutip jutaan ringgit adalah disebabkan oleh kreativiti dan kepandaian mereka dan bukan faktor lain. Apabila filem mereka gagal, jari ditunjuk salahkan ekonomi dan salahkan Kerajaan. Silap-silap Najib dan UMNO menjadi sasaran makian.

Kalau betul ekonomi tidak menentu seperti dakwaan Ahmad Idham ini, bagaimana filem keluaran Skop Production Sdn Bhd memampirkan lakonan Zizan Razak boleh memgutip kutipan sebanyak RM5 juta dalam masa 5 hari!! 

Purata filem keluaran Datuk Yussof Haslam dan diarahkan oleh anaknya sendiri, Syafiq Yussof, adalah sebanyak RM1 juta sehari. Sedangkan filem Ahmad Idham selepas ditutup Syarat Wajib Tayangan yang ditetapkan FINAS hanya mampu mengutip RM100,000 sahaja.

Mengaku sahajalah Ahmad Idham, zaman kegemilangan kamu sudah berakhir. Orang sudah muak dengan filem cinta. Sudahlah di kaca TV, pagi petang siang malam, drama cinta. Carilah idea baru yang boleh membuka minda. 

Janganlah dipersalahkan keadaan ekonomi tak menentu atau Kerajaan yang tidak membantu. Kalau ekonomi tidak menentu, masakan penonton Melayu boleh menghabiskan RM5 juta untuk tayangan 5 hari untuk filem Abang Long Fazil 2. Kalau Kerajaan tidak membantu pula dari segi Syarat Wajib Tayang filem tempatan, entah berapa kutipan filem keluaran Ahmad Idham.



Bersyukurlah Ahmad Idham. Untunglah Azmin Ali bagi RM100,000. Filempum laku RM100,000. Cuba bayangkan kalau Azmin Ali bagi RM20,000 saja. Mahunya filem berkenaan cuma laku tidak sampai RM20,000. Lain kali minta Azmin Ali bagi RM5 juta. Mungkin filem boleh laku sebanyak itu.

September 3, 2017

5 Majlis Makan Malam Kutip Derma Armada Lelong Baju Tun? Apa Kelas?



Terkesima melihat propa yang dilakukan oleh macai-macai geng Parti Cap Bunga Raya di dalam meraih dana ARMADA di dalam majlis makan malam yang diadakan pada 27 Ogos yang lepas. 

Kesian melihat barangan yang dilelong. Antaranya adalah baju Pengerusi Pakatan Harapan, iaitu sehelai Nehru Collar Coat dan tali leher Gucci. 

Kita tahu Tun Siti Hasmah menerima hadiah berkotak-kotak set barang berlian dari Raja-Raja sedunia, termasuk Sultan Brunei. 22 tahun sebagai pengumpul katakan. Apalah salahnya kalau perlukan dana sangat lelong sahaja sekotak demi sekotak.

Kalau tidak pun lelong saja kereta mewah yang Tun pandu hari ini. Banyak lagi kereta sebegini di parkir rumahnya.


Ataupun lelong sahaja kuda-kuda tunggangan Tun seperti di bawah. Katanya ada ratusan lagi di ladang di Argentina. Kenapa perlu propa lelong baju dan tali leher?



Nota Kaki: Kuda dan kereta jenama Porsche seperti di atas bukan barangan mewah. Harap maklum.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates