September 2, 2017

18 Cakap @AnwarIbrahim Atau @CheDetOfficial Yang Mana Pakatan Harapan Nak Dengar?


Free Malaysia Today, baca di sini, melaporkan Ketua De Facto Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan bahawa beliau telah merestui dan mengarahkan agar perbincangan kerjasama di antara PAS diadakan dan Azmin Ali ditugaskan untuk mengetuai perbincangan ini. Anwar Ibrahim dilaporkan berkata,
Apa yang diusulkan dan dipersetujui Biro Politik sebelum ini adalah tidak memusuhi PAS, mengkaji kemungkinan mengelak pertarungan tiga penjuru. Pertimbangannya adalah menggembeleng seluruh kekuatan dalam menghadapi UMNO-BN dalam PRU 14. 
Saudara Azmin yang diminta menerajui inisiatif ini sedar bahawa yang disarankan adalah strategi nasional dan tidak terbatas kepada Selangor sahaja.


4 hari lepas, di tengah-tengah kemelut dalaman PKR akibat kerjasama dengan PAS, Pakatan Harapan memutuskan tidak akan bekerjasama dengan PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. 

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Pengerusinya, Tun Dr Mahathir, Presiden Dr Wan Azizah dam 3 Timbalan Presiden iaitu TS Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng dan Mohammad Sabu.

Kenyataan bersama yang dikeluarkan itu juga menyatakan bahawa Pakatan Harapan sedang merangka strategi untuk kemungkinan menghadapi tiga penjuru.

Dengan kenyataan Ketua De Facto Pakatan Harapan daripada River Bamboo Inn yang mahukan rundingan dengan PAS dijalankan, cakap siapakah yang mahu didengar? 

Pengerusi, Tun Dr Mahathur pula tidak sukakan PAS. Kartel Azmin Ali pastinya menyebelahi Ketua De Facto untuk mengelakkan Kerajaan PKR Selangor tumbang. Macai tolong jawab, Anwar Ibrahim atau Tun Dr Mahathur?

September 1, 2017

16 Gambar Terkini Menara Prudential, 1MDB Dan Tabung Haji Akan Bangkrap!


Foto di atas menunjukkan Ibu Pejabat baru Prudential yang sedang giat dalam pembinaan di Tun Razak Exchange (TRX). Bangunan setinggi 27 tingkat ini dijangka siap pada tahun 2019.

Prudential, syarikat yang diasaskan di United Kingdom dan berpengkalan di Singapura akan menyertai Lend Lease Australia, HSBC, Affinbank Berhad, Kumpulan Mulia Indonesia dan WCT Berhad di dalam membangunkan TRX.

Melihat kepada penyewa dan pelabur di TRX serta kadar sewaan yang bakal ditawarkan, nampak gayanya Tabung Haji sebagai pelabur telah mendapat tawaran yang baik dan pastinya akan mengembalikan modal dan mendapat keuntungan yang besar.

Bangunan tertinggi di TRX adalah setinggi 106 tingkat yang merupakan 'signature tower' sudahpun berada dalam 60-70% siap. Apabila dibuka pada tahun hadapan, bangunan berkenaan akan mempunyai ketinggian 492 meter, lebih daripada 10% lebih tinggi daripada jumlah ketinggian KLCC iaitu 451.9 meter, dan jauh lebih tinggi daripada ketinggian tingkat atas KLCC yang berketinggian 378.6 meter.

Pembangkang menyalak mengatakan bahawa Tabung Haji telah ditipu oleh 1MDB dan akan mengalami kerugian yang besar. Tahun lalu pembangkang menyalak dengan berkata TRX hanyalah merupakan tanah kosong. Namun, pembohongan mereka semakin hari semakin terserlah.

3 Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia @DGHisham Menjawab Fitnah The Independent

Di bawah adalah Kenyataan Media daripada Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia. Kebanyakan Rakyat Singapura ini ada penyakit yang suka memburukkan Malaysia. 

Tidak faham mengapa kita harus berbaik dengan negara yang sentiasa mengambil kesempatan ke atas kebaikan kita.

Kesimpulan daripada Kenyataan Media di bawah adalah Hospital Sultan Aminah Johor Baharu tidak pernah menghentikan rawatan kecemasan sementara menunggu deposit rawatan. 

Rawatan diteruskan oleh doktor bahagian kecemasan tanpa mengambil kira hal pentadbiran, termasuk deposit untuk pesakit warga negara asing, yang diuruskan oleh Jabatan lain.

Shame on you, Singaporeans!







Baca laporan The Independent, di sini dan Kenyataan Media dari Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, di sini.

13 Pagi Aidil Adha, MP Jelutong Sebar Fitnah, Cuti Ganti Pun Tak Tahu, Bodoh!!!


Di pagi Hari Raya Aidil Adha yang penuh barakah ini dicacatkan apabila membaca posting fitnah penuh kebodohan daripada Ahli Parlimen Jelutong, Ooi Chuan Aun atau lebih dikenali sebagai Jeff Oii.

Di dalam laman sosial Facebook beliau beliau mempertikaikan cuti yang banyak di dalam bulan September. Katanya ada 14 cuti dan menyifatkan bulan September sebagai "Bulan Hampir Gaji Buta".

Pertama, peraturan atau kaedah mana yang beliau gunakan untuk mengantikan Cuti Keputeraan YDP Agong pada 9 September dan cuti Hari Malaysia pada 16 September yang jatuh pada hari Sabtu untuk digantikan pada hari Isnin berikutnya? Bodoh sangatkah seorang MP tidak mengetahui hanya cuti umum yang jatuh pada hari Ahad saja diganti pada Hari Isnin?

Kedua, hari Sabtu kebanyakan syarikat sememangnya bercuti. Oleh itu sebarang cuti yang jatuh pada hari Sabtu tidak memberi kesan apa-apa. Ketiga, adakah MP Jelutong ini cuba untuk mempertikaikan cuti Keputeraan YDP Agong?

Keempat, tidak ada sesiapa memaksa sesuatu syarikat ditutup semasa cuti umum. Cumanya majikan perlu membayar lebih untuk gaji pada hari berkenaan. Itupun nak saya ajar ka? Bagi cuti salah, tak bagi cuti salah.

Sebagai perbandingan, jumlah cuti umum bagi negara-negara serantau adalah seperti berikut:
China- 20 hari
Hong Kong - 17 hari
Korea - 16 hari
Jepun - 16 hari
Filipina - 16 hari
Thailand - 15 hari
Indonesia - 13 hari
Malaysia - 12 hari
Vietnam - 12 hari
India - 11 hari

Maka, MP bodoh yang maki Perdana Menteri memberi cuti umum khas pada 4 September itu perlulah melihat dari sudut global cuti negara-negara lain sebelum hendak menghentam.

Nota Kaki: ini lagi seorang pemimpin gila dari DAP. Orang Islam sibuk berhari raya Aidil Adha, Nga Kor Ming sibuk mendoakan yang bukan-bukan.

August 31, 2017

21 Sarawak Report Penipu, Claire Brown Pembohong



Claire Rewcastke Brown, Ketua Pengarang Sarawak Report gagal memfailkan pembelaannya dengan memberi Mahkamah London bukti bahawa Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak telah membayar Presiden PAS, DS Haji Hadi Awang sebanyak RM90 juta. 

Tempoh yang diberikan kepada Claire berakhir pada 4.00 petang, 30 Ogos 2017, waktu United Kingdom. Claire telah meminta mahkamah untuk lanjutan masa tetapi hakim telah menolak permohonannya. Kes ini akan ditteruskan pada bulan Oktober 2017.

Kegagalan Claire berbuat demikian telah melanggar Perintah Mahkamah bertarikh 02 Ogos 2017 (lihat di atas) yang mewajibkan Claire memfailkan dan menyampaikan pembelaannya mengikut tarikh yang ditetapkan. 

Claire semakin gelisah menanti hari perbicaraan sementara geng Parti Cap Bunga Raya semakin terdesak di Malaysia. Jam sedang berjalan untuk membogelkan perancangan jahat puak-puak ini. Tick Tock Tick Tock.

August 30, 2017

14 Dua Berita Baik Untuk 1MDB Hari Ini


Portal lidah pembangkang, Malaysiakini, baca di sini, melaporkan Red Granite Pictures Inc memfailkan usul bagi membantah cadangan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat untuk menangguhkan saman fitnah berkaitan 1MDB.

Usul itu difailkan oleh peguam syarikat Matthew Schwartz yang berhujah bahawa,
"Kerajaan tidak menunjukkan bahawa penemuan berkenaan bakal menjejaskan sebarang siasatan yang berterusan. Pihak yang menuntut (Red Granite) tidak sepatutnya harus menunggu lebih lama lagi untuk membersihkan namanya. 
Kes ini masih belum selesai selepas lebih setahun dan siasatan kerajaan masih berjalan, menurut laporan akhbar. Red Granite mempunyai minat mendalam dalam mempertahankan tindakan itu dan mendapatkan semula penggunaan hartanya.
Namun, berdasarkan jangkaan bahawa penemuan 'akan mempunyai kesan buruk' terhadap siasatan, kerajaan sedang berusaha untuk menangguhkan kes ini. DOJ dalam permohonan mereka berkata, bahawa prosiding sivil mungkin mempunyai "kesan buruk terhadap keupayaan kerajaan menjalankan siasatan jenayah berkaitan."
Usul yang difailkan oleh peguam Red Granite secara jelas mendedahkan DOJ dengan sengaja melengah-lengahkan kes saman fitnah berkaitan 1MDB kerana DOJ mungkin tidak cukup bukti atau tiada bukti langsung untuk mensabitkan 1MDB dalam sebarang salah laku atau kes jenayah.

Kedua, Utusan Malaysia, baca di sini, pula melaporkan, Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua lagi untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan saman mereka terhadap DS Najib Tun Razak yang didakwa melakukan salah laku dalam pentadbirannya berhubung kes 1MDB.

Panel tiga hakim diketuai oleh TS Idrus Harun sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi setelah bersetuju dengan hujahan peguam, TS Cecil Abraham yang mewakili Perdana Menteri bahawa DS Najib tidak boleh disaman dengan alasan beliau adalah seorang anggota Pentadbiran Persekutuan dan bukannya penjawat awam.

Mahkamah turut memerintahkan Tun Dr Mahathir bersama dua lagi perayu iaitu bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, DS Khairuddin Abu Hassan dan bekas ahli Wanita UMNO Langkawi, Anina Saadudin membayar kos RM30,000 kepada DS Najib.

Nota Kaki: Jangan lupa, hari ini adalah tarikh akhir penulis kitab 1MDB, Claire Rewcastke Brown, penulis Sarawak Report mesti mengemukakan bukti terhadap dakwaannya di Mahkamah United Kingdom.

Terdapat dua perkara yang mesti dikemukakan oleh Claire. Pertama, Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak telah merasuah Presiden PAS DS Haji Hadi Awang sebanyak RM90 juta. Kedua, Mahkamah di Malaysia mengamalkan rasuah.

Kemaskini 8:30 PM:

Satu lagi berita baik untuk 1MDB yang baru diterima adalah 1MDB telah menyelesaikan pembayaran 'tranche' kedua sepenuhnya kepada IPIC hari ini, satu hari awal dari tarikh yang dijanjikan pada 31/08/2017. Kenyataan Media 1MDB adalah seperti berikut:
Media Statement By 1Malaysia Development Berhad
Issued on 30 August 2017
For Immediate Publication
1Malaysia Development Berhad (1MDB) is pleased to announce that pursuant to the Amendment dated 8 August 2017 to the Settlement Deed with Ministry of Finance Inc Malaysia and International Petroleum Investment Company PJSC (IPIC), 1MDB has remitted to IPIC in full the second tranche due on 31 August 2017.  
All funds were paid from proceeds of the on-going rationalisation programme.

6 @AzminAli Cuba Menangguk Di Air Keruh Untuk Kejayaan Pingat Di Sukan SEA


Menteri Besar Selangor seorang yang terbaik di dalam mengambil kredit ke atas apa yang tidak dilakukan olehnya. Semalam, Azmin Ali telah membuat dakwaan bahawa kejayaan atlet-atlet Malaysia merangkul 140 pingat emas (setakat semalam) adalah disebabkan polisi Kerajaan Selangor. Mungkin Menteri Besar Selangor ini beranggapan Sukan SEA bertaraf Sukan Malaysia (SUKMA) sahaja?

Samalah seperti mana Azmin Ali telah mendakwa beliau telah membawa Selangor sebagai Negeri Maju. Semua infrastruktur sudah disediakan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu. Cuma tinggal hasut Rakyat membenci Kerajaan Persekutuan sahaja. Bila Pilihan Raya Umum, tinggal basuh kaki, masuk pejabat dan mengaku semua pembangunan mereka buat. Politik tahap KBAT betul mereka ini. Netizen rata-rata memandang sinis kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Selangor ini. Di bawah adalah komen terbaik sumbangan-sumbangan yang diberikan oleh Menteri Besar Selangor.



Rata-rata netizen juga bertanya kenapa Menteri Besar Selangor tidak mendakwa kegagalan pasukan bolasepak Sukan SEA mendapat pingat emas semalam disebabkan oleh beliau. Bukan apa, sebelum ini beliau tidak pernah datang stadium, pasukan Malaysia sentiasa menang. Apabila beliau muncul semalam, terus pasukan kita kalah. Badi bilik air agaknya?

August 29, 2017

3 When ADUN Act Like A Kindergarten, Unfriend On Facebook And Announce Publicly


The disagreement over whether negotiations should continue with PAS spills over to social media Facebook, with a DAP state assemblyperson (ADUN) “unfriending” two PKR lawmakers.

No one else but DAP leaders are capable of such idiotic childish behaviour to publicly post that he has unfriended two PKR leaders namely Tian Chua and Shamsul Iskandar on Facebook.

Seriously an ADUN with a kindergarten student mentality? Some are even smarter than him. It is not a problem to unfriend someone in sosial media. It is however a problem for a leader to act immaturely. This is simply pettiness.

In a posting, Tebing Tinggi assemblyperson Ong Boon Piow said he wanted to “unfriend the double-faced leaders.” "I no want to friend you anymore coz you like to talk to PAS" said the Rocket Man.

"Pakatan is moving forward,” he added in reference to the opposition coalition comprising DAP, PKR, Parti Cap Bunga Raya and PAN.

7 Banyak Geng PKR Thanakawan @RafiziRamli


Bertalu-talu Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli diserang oleh pemimpin-pemimpin PKR. Yang paling lantang membuat kritikan terbuka kepada Ahli Parlimen Pandan ini adalah Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Latheefa Koya dan Dr Afif Bahardin. Bukan itu sahaja, semalam juga Pemangku Ketua AMK Cabang Pandan, Mizan Adli Mohd Noor turut membuat kritikan keras terhadap Ahli Parlimen beliau.


Semalam, Dr Afif Bahardin, mendedahkan sudah lebih tiga bulan Majlis Pimpinan Pusat PKR tidak bermesyuarat (dinyatakan bahawa mesyuarat terakhir Majlis Pimpinan Pusat PKR adalah pada 19 Mei 2017). Beliau juga mendakwa Rafizi Ramli sudah sekian lama tidak menghadiri mesyuarat Biro Politik PKR.

Rafizi Ramli mengakui terdapat kempen yang bertujuan menyebarkan tuduhan palsu bahawa dirinya cuba menimbulkan kekacauan di dalam parti. Rafizi Ramli juga mengesahkan bahawa rakan partinya, Latheefa Koya cuba mengaitkan dirinya dengan "Geng Ponorogo" yang merujuk kepada kawasan keturunan Timbalan Perdana Menteri, DS Ahmad Zahid Hamidi di wilayah Jawa di Indonesia. Menurut beliau, ini sebagai pertukaran jaminan kebebasan beliau tidak akan ke penjara. Umum mengetahui bahawa Rafizi Ramli berdepan dengan banyak kes mahkamah.

Tidak pasti sama ada dakwaan Latheefa Koya berkenaan "Geng Ponorogo" berasas atau tidak. Sebagai seorang peguam, beliau sudah pastinya mempunyai bukti yang cukup untuk membuat tuduhan. Bukan sekadar bermain bahasa kiasan di laman sosial Twitter. Walau bagaimanapun, CTS agak tertarik dengan posting beliau di bawah berkaitan Rafizi Ramli. 

Latheefa Koya mendakwa Rafizi Ramli anti wanita. Apakah maksud sebenar yang mahu disampaikan oleh Latheefa Koya? Adakah ianya bermaksud Rafizi Ramli tidak melayan Latheefa Koya sebagai seorang wanita atau Rafizi Ramli tidak suka kepada wanita secara umum? Kalau tidak suka kepada wanita, Rafizi Ramli suka kepada siapa? Lelaki? Latheefa Koya kena jawab ini sebelum banyak spekulasi dibuat.

August 28, 2017

8 Hebat Gen Y Pakatan Harapan, Pecat Ahli Melalui Media Sosial Saja


10 hari lepas,  ahli Parti Cap Bunga Raya, Mohamad Taufik Abas telah dipecat oleh Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, daripada jawatan EXCO Armada menerusi laman sosial Twitter, ekoran tindakanya mengkritik kepimpinan parti itu sebelum ini. Semalam pula, giliran Ketua AMK Kelantan, Dr Mohd Hafidz Rizal Amran pula dipecat menerusi satu lagi laman sosial iaitu Whatsapp.

Hebatnya golongan Generasi Y di dalam Pakatan Harapan menggunakan sepenuhnya medium media sosial yang ada. Pemimpin-pemimpin muda di dalam Pakatan Harapan adalah pemimpin 'online'. Mereka tidak perlu turun padang. Itulah sebabnya dalam bab pemecatan waima sekalipun dilakukan secara 'online'.

Seperti biasa, yang bergaduh PKR dan PKR, yang memecat dan dipecat adalah PKR. Yang salah tetap juga UMNO. Lihatlah posting daripada Timbalan Ketua AMK, Dr Afif Bahardin yang menyalahkan UMNO di atas apa yang berlaku.


12 Panas!!! Koleksi @LathefaKoya Serang @RafiziRamli Di Media Sosial, PKR vs PKR

Koleksi Latheefa Koya, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) menyerang bertalu-talu dan bertubi-tubi Ahli Parlimen Pandan yang juga Mantan Pakar Strategik PKR Rafizi Ramli Naib Presiden PKR untuk malam semalam sahaja. Selamat membaca, berfikir dan menilai.

Bukan menjadi rahsia Latheefa Koya menjadi 'team' Azmin Ali manakala Rafizi Ramli menjadi 'team' DS Wan Azizah. PKR lawan PKR, esok UMNO yang dipersalahkan. Jika apa yang dikatakan Latheefa Koya ini fitnah, kita cabar Rafizi Ramli untuk saman segera Latheefa Koya. Ini Rafizi punya suka cakap besar. Saman sama itu Latheefa Koya la.










August 27, 2017

3 Bantahan Air Penduduk Puchong Prima, Yang MP Dan ADUN Sibuk Berpiket Kenapa?




Jawatankuasa Bertindak Penduduk Puchong Prima hari ini membantah pengambilan air daripada tangki Puchong Prima bagi kegunaan kawasan perumahan baru dianggarkan berkapasiti 15,000 penduduk.

Penduduk bangkit membantah kerja-kerja penyambungan bekalan air dari dua menara tangki air di Taman Puchong Prima oleh pemaju bagi sebuah kawasan pembangunan baru bersebelahan. 

Wakil penduduk menyatakan bahawa pemaju terdahulu Mitrajaya Holdings Berhad telah membina dua menara tangki air untuk menampung bekalan air bagi penduduk Taman Puchong Prima. 

Bagaimanapun Syabas dan Syarikat Pengurusan Air Selangor membenarkan pemaju bagi kawasan pembangunan baru itu yang bakal didiami 15,000 orang penduduk tidak membina menara tangki air sendiri. Ini akan menjejaskan bekalan air di Taman Puchong Prima yang sedia ada diduduki 25,000 orang penduduk.

Mengapa sekarang pemaju di Selangor cukup berani melanggar syarat Kebenaran Merancang PBT bagi pembangunan baru sesuka hati? Adakah pemaju dilindungi oleh anggota pemerintah negeri yang membolot kuasa di peringkat PBT?

Hampir 300 penduduk Puchong Prima mengadakan bantahan aman berhampiran tangki air Puchong Prima di Pangsapuri Orkid yang turut dihadiri Ahli Parlimen (MP) Puchong, Gobind Singh Deo dan Ahli Dewan Negeri (ADUN) Sri Serdang, Noor Hanim Ismail.


Agak kelakar apabila pengurusan air diuruskan oleh Kerajaan Negeri, namun secara tiba-tiba MP bersama ADUN boleh tonjolkan diri menempek untuk bergambar. Kenapa mereka sendiri tidak pergi membantu menguruskan dengan Kerajaan Negeri? Kenapa perlu MP dan ADUN ini bersama-sama penduduk melakukan piket bantahan. Drama murahan apakah ini?
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates