August 26, 2017

6 'Bentong Ginger' - Tahniah Menteri Pertanian & Asas Tani Dan MP Bentong



Halia terbaik di Malaysia datangnya dari Bentong. Halia ini dikenali sebagai Halia Bentong atau Bentong Ginger. Malaysia masih mengimport lebih 30,000 metrik ton dan negara hanya mengeluarkan 13,000 metrik ton halia sahaja. Ruang mencari kekayaan baru masih luas.

Tahniah kepada Menteri Pertanian & Asas Tani dan Ahli Parlimen Bentong yang juga merupakan Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai yang memperluaskan industri pertanian berasaskan halia ini di Bentong. Struktur muka buni dan tanah yang sesuai memungkinkan industri ini berkembang. 

Ini sekaligus dapat menjana ekonomi setempat sekaligus memberi penduduk tempatan peluang pekerjaan untuk mengusahakan industri pertanian berasaskan halia. Dalam masa yang sama kejayaan industri ini di Bentong akan mengurangkan kebergantungan Malaysia terhadap import halia sekaligus mengurangkan pengaliran wang keluar.

11 Rejim DAP Pulau Pinang Bagi Penduduk Sungai Lembu Makan Durian Untuk Minta Maaf?


video

Begitu rendahnya nilai harga pengundi-pengundi di Kampung Sungai Lembu. Tempat di mana berlakunya pengoperasian kilang haram pembakaran habuk kayu sehingga menyebabkan penduduk menderita dan ada yang meninggal dunia. Rejim DAP yang diketuai oleh Joseph Lim Guan Eng 'membeli' jiwa majoriti pengundi-pengundi Cina di kawasan ini dengan mengadakan kenduri makan durian!

Pagi tadi dengan diiringi oleh Presiden PKR, DS Dr Wan Azizah, Joseph Lim Guan Eng ditemani dengan beberapa EXCO termasuk EXCO kontroversi, Phee So What telah mengadakan kenduri durian di Kampung Sungai Lembu. Patutlah Presiden PKR selama ini berdiam diri apabila ADUN PKR Penanti, Dr Norlela Ariffin dibelasah kiri dan dan kanan oleh DAP kerana membongkarkan isu ini. Rupanya beliau juga turut bersubahat.


Selepas menjamu penduduk-penduduk Kampung Sungai Lembu makan durian, Jiseph Lim Guan Eng memberi sumbangan RM 10,000 kepada SJKC Sungai Lembu.

Program "menebus dosa" sedang dilaksanakan oleh Rejim Pulau Pinang untuk menutup kelemahan mereka merobohkan kilang haram yang beroperasi berdekatan perkampungan berkenaan dan didakwa telah menyebabkan kematian dan mengganggu kesihatan penduduk-penduduk perkampungan itu.

Kalau ikut istiah yang dikeluarkan oleh 'Top Dog' Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir, inilah dedak yang ditabur DAP untuk membeli undi masyarakat Cina di sini. Hanya durian? Hina sungguh!!! Adakah masyarakat Cina sanggup makan durian atau dedak yang ditabur DAP apabila melihat gambar kemalangan jiwa di bawah yang berlaku di kilang Kampung Sungai Lembu?

August 25, 2017

13 Panggil @realdonaldtrump Dunggu Boleh Lepas, Tidak Jika @cmlimguaneng Fitnah @SPRMMalaysia


Keceluparan Ketua Menteri Pulau Pinang sudah sampai ke tahap samseng apabila memanggil Presiden Amerika Syarikat sebagai dungu. Ini mungkin disebabkan mungkin Presiden Donald Trump tidak menjemput beliau untuk lawatan rasmi ke Amerika Syarikat, sebaliknya menjemput Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak. Tonton video di bawah:

video


Lawatan kerja Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak ke Washington DC atas jemputan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada 12 September ini telah meresahkan pihak Pakatan Harapan.

'Top Dog' Tun Dr Mahathir dan Joseph Lim Guan Eng menuduh pertemuan tersebut untuk membincangkan isu Department of Justice (DOJ) berkenaan rampasan harta yang dikatakan milik 1MDB.

Tuduhan tersebut adalah karut dan disebarkan dengan niat jahat. Pertemuan itu sempena meraikan ulangtahun hubungan diplomatik selama 60 tahun US-Malaysia. Selain itu, kedua-duanya akan membincangkan hal berkepentingan bersama seperti keselamatan, perdagangan dan pelaburan.

Lim Guan eng mungkin terlepas apabila memanggil Presiden Amerika Syarikat sebagai dunggu. Walau bagaimanapun, keceluparan Joseph Lim Guan Eng juga kali ini mengundang padah apabila menggunakan perkataan 'penahanan haram' ketika merujuk kepada kes EXCO Negeri, Phee So What ditahan reman.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh 48 jam kepada Ketua Menteri Pulau Pinang untuk memohon maaf tanpa syarat. Kenyataan Media SPRM adalah seperti di bawah:



9 Setelah 'Berpelukan' Dengan DAP, Tiada Lagi Ketuanan Melayu Dari Tun Dr Mahathir


Hari ini tiada lagi istilah Ketuanan Melayu dalam kamus Mantan Perdana Menteri 22 tahun yang juga 'Top Dog' Pakatan Harapan. Tun Dr Mahathir suatu ketika dulu telah dilabelkan sebagai 'ultra Melayu' oleh Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman.

Beliau juga pernah menulis di dalam blog beliau seperti di atas dengan berkata, "Saya realistyang pegang kepada kenyataan. Memang Melayu menjadi Tuan di Tanah Melayu dulu".

Kini apabila beliau berucap di hadapan DAP dan pemimpin-pemimpin Cina di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH), malam tadi, nada beliau turut berubah. Beliau dipetik berkata,

Sudah tentu, ia menjadi sangat sukar untuk mewujudkan identiti yang benar-benar Malaysia, tetapi saya fikir pengekalan identiti etnik atau nasional kita telah memberi manfaat kepada Malaysia.  
Kita masih tahu bahawa kita adalah Cina Malaysia, India Malaysia dan Melayu Malaysia, tetapi kita boleh hidup bersama dengan baik. Setakat ini kita telah melakukannya, tetapi kita tidak sepatutnya mengganggu keseimbangan itu.

Beliau menegaskan bahawa orang Cina mengawal ekonomi manakalan orang Melayu melakukan dengan baik dalam politik sebelum mengatakan bahawa beliau tidak percaya kepada 'Ketuanan Melayu',

Kita faham sebagai Pengerusi Parti Chap Bunga Raya, Tun Dr Mahathir memerlukan sokongan yang tidak berbelah bagi dari pengundi Cina dan sokongan kuat dari Parti DAP. Tun Dr Mahathir berubah sikap disebabkan politik.

Tun Dr Mahathir hanyalah alat kepada DAP. Tun Dr Mahathir tidak perdulikan jika beliau hanyalah menjadi alat kepada DAP dan Lim Kit Siang, asal sahaja personal vendatta beliau tercapai.

Namun begitu, di pihak Pakatan Hatapan, Tun dr Mahathir bukanlah 'Top Dog' seperti yang beliau war-warkan. Kalau tidak takkan Ahli Parlimen PAN Shah Alam, Khalid Samad secara sinis berkata, pistol bukan lagi di tangan Tun Dr Mahathir.



August 24, 2017

0 Jom Sertai Peraduan Kempen #sayangMRTku Anjuran SPAD

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat sedng menganjurkan peraduan kempen #sayangMRTku yang akan berlangsung bermula dari 21 Ogos 2017 hingga 1 October 2017. Kempen #sayangMRTKu akan berlangsung selama 6 minggu dan setiap minggu akan ada berlainan tema. 

Tujuan kempen ini adalah untuk meraikan pengguna Mass Rapid Transit (MRT) yang menggunakan perkhidmatan ini untuk pelbagai keperluan harian termasuk melancong, bekerja, jalan-jalan cari makan dan juga juga untuk mengalakkan orang ramai supaya lebih menghargai kemudahan awam dan memastikan pengguna menjauhi kegiatan vandalisma.

Untuk minggu pertama, daripada 21 - 27 Ogos 2017, kempen #sayangMRTku adalah bertemakan Sukan Sea dan 4 tiket Penutup Sukan Sea akan dihadiahkan kepada para pemenang.


29 Rahsia Kilang Haram Kampung Sungai Lembu Yang @cmlimguaneng Cuba Sembunyikan


Gambar di atas adalah satu daripada beberapa gambar-gambar yang didedahkan oleh blog The Third Force, baca di sini, semalam. Gambar di atas adalah kemalangan pada 06/05/2015 yang membabitkan seorang pemandu lori yang menghantar habuk papan ke kilang haram tersebut, jatuh ke dalam satu daripada 31 lubang terbakar dan mengalami 93 peratus luka bakar di tubuhnya. 

Pemandu tersebut meninggal dunia pada hari berkenaan, dan ini membuktikan bahawa kilang itu bukan sekadar bahaya kesihatan, tetapi pekerjaannya. Kaedah yang digunakan oleh operatornya tidak pernah dipersoalkan atau disiasat oleh pentadbiran negeri dalam apa-apa kapasiti berikutan tragedi tersebut.


Kedua, gambar-gambar pembakaran terbuka yang telah diambil oleh penduduk seperti di atas pada 01/03/2011, gagal diberi perhatian oleh pihak Rejim DAP Pulau Pinang.

Ketiga, hanya sehingga semalam, Ketua Menteri memberitahu sidang akhbar bahawa tujuan beliau menyahklasifikasikan (declassified) minit mesyuarat bertarikh 06/05/2015 adalah bagi membuktikan membuktikan bahawa Phee So What telah menangani masalah itu dengan kapasitinya sebagai  EXCO Alam Sekitar yang berkebajikan dan penyayang.

Cumanya Joseph Lim Guan Eng gagal untuk menjelaskan para 3.3 iii yang mencatatkan, "Jabatan Alam Sekitar boleh menyokong penoperasian kilang ini sekiranya aktiviti pembakaran habuk kayu dibuat secara tertutup dan memastikan alat kawalan keselamatan digunakan. 

Keperluan ini telah pun dimaklumkan kepada pengusaha kilang supaya mematuhi keperluan kawalan alam sekitar. Kenapa Jabatan Alam Sekitar (JAS) amat berlembut dengan pihak kilang? Kenapa Kerajaan Negeri melalui EXCO Alam Sekitar gagal menguatkuasa penemuan yang ditemui oleh JAS?


Keempat, JAS telah menulis surat kepada Majlis Perbandaran Seberang Prai bertarikh 24/04/2015 untuk mengambil tindakan susulan ke atas kilang haram berkenaan? Kenapa tiada sebarang tindakan yang diambil dan pihak mana yang menghalang tindakan berkenaan diambil?



Kelima, pada 10/07/2015, pihak MPSP menulis surat kepada ADUN Penanti, Dr Norlela Ariffin beserta Notis Mengosongan Bangunan memaklumkan bahawa tuindakan meruntuh kilang haram berkenaan akan dilakukan. Kenapa perkara berkenaan berlarutan dan tiada tindakan dilakukan oleh MPSP untuk merobohkan struktur haram berkenaan?



Segala yang berlaku di Kampung Sungai Lembu adalah disebabkan kegagalan Rejim DAP Pulau Pinang. Pengadunya adalah ADUN Penanti dari PKR, sebahagian komponen dalam Pakatan Harapan. Semalam, Joseph Lim Guan Eng telah 'kaw tim' dengan jawatankuasa penduduk Kampung Sungai Lembu dan menyalahkan Barisan Nasional. Cibai lah!

August 23, 2017

17 @ngehkooham Dan @afifbahardin Pemenang YB Bengap Hari Ini


Hari ini, Yang Berhormat (YB) Pakatan Harapan berlumba-lumba menunjukkan kebodohan mereka. Bukan seorang tetapi dua. Saya tidak dapat menentukan pemenang bagi YB Paling Bengap hari ini melainkan menjadikan kedua-dua mereka sebagai pemenang.

Pertama, ADUN DAP Ayer Tawar, Ngeh Koo Ham telah mengitar semula isu tol di Thailand. Katanya, Thailand tiada tol sebab tiada UMNO dan Barisan Nasional. Tidak perlu ulas panjang, saya sertakan gambar plaza tol di Thailand seperti di bawah.



Kedua, sebelum dari itu ADUN Seberang Jaya yang juga merupakan EXCO Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin, Dr Afif Bahardin cuba untuk menjadi Nujum Pak Belalang dengan meramalkan harga minyak. 

Beliau mencanangkan bahawa RON95 akan naik 10 sen bermula tengah malam ini. Seperti biasa DS Najib Tun Razak dipersalahkan walaupun harga minyak ditentukan oleh harga minyak pasaran dunia.

Rupa-rupanya harga tidak berubah dan kekal seperti minggu lepas kecuali diesel yang  turun 3 sen. Ini sahajalah standard YB Pakatan Harapan. Nama saja ada 'doctorate', tetapi otak letak di kepala lutut.


10 Terkini! Hukuman Penjara 18 Bulan @RafiziRamli Dikekalkan! Satu Sudah Kena, Lagi Dua Menanti


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan hukuman penjara 18 bulan ke atas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli. Sekiranya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 berlangsung sebelum rayuan beliau ke Mahkamah Rayuan didengar dan diputuskan, Rafizi Ramli akan terhadang oleh Perlembagaan Persekutuan daripada menjadi calon pilihanraya berkenaan.

Pada 14/11/2016, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan bagi setiap pertuduhan terhadap Rafizi Ramli yang menghadapi dua pertuduhan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972. Hukuman tersebut diperintah berjalan serentak, sebelum Rafizi Ramli memfailkan rayuan berhubung keputusan itu.

Mengikut pertuduhan pertama, Rafizi Ramli didakwa memiliki satu halaman muka surat 98 mengenai Laporan Pengauditan 1MDB yang merupakan kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972. Kesalahan itu didakwa dilakukan di lobi bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, di sini pada 3 petang, 24/03/2016, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972 yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun.

Bagi pertuduhan kedua pula, Rafizi Ramli, turut didakwa mendedahkan kandungan laporan tersebut dalam sidang media di tempat dan masa sama pada 28/03/2016, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iv) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun.

Satu sudah dijatuhkan hukum dan dua lagi menanti bulan ini. Berikut ialah senarai kes-kes Rafizi Ramli minggu ini:
1. Perbicaraan dakwaan memfitnah Tabung Haji (criminal defamation) di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan. Bermula Isnin, 21/08/2017 selama seminggu sehingga Khamis, 24/08/2017.
2. Perbicaraan dakwaan di bawah BAFIA kes National Feedlot Corporation (NFC). Hakim akan memutuskan sama ada Rafizi Ramli akan dipanggil membela diri pada 21/09/2017.

Hebat Pakar Strategik PKR ini kan? Adakah Rafizi Ramli akan melakukan sekali lagi 'hatrick' seperti apa yang beliau lakukan pada tahun 2016?


4 Penjelasan Isu UNISEL, Pejabat MBI Dan Jana Niaga Dalam Bahasa Mudah



Jana Niaga Sdn Bhd merupakan syarikat yang dilantik sebagai 'concessionaire' untuk Universiti Selangor (UNISEL), ketika zaman DS Khir Toyo menjadi Menteri Besar Selangor pada tahun 2003. Antara kontrak tersebut adalah membina, mengoperasi dan menguruskan kediaman pelajar dan kakitangan.

Pada tahun 2011, ketika zaman TS Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor, UNISEL telah membatalkan perjanjian dengan Jana Niaga berhubung kerja mereka yang tidak memuaskan. Jana Niaga kemudian membawa kes ini ke mahkamah.

Pada Ogos 2012, asrama UNISEL di Bestari Jaya telah ditutup sementara kerana Jana Niaga mendakwa UNISEL berhutang dengan mereka sebanyak RM17 juta. Pada Disember 2012, Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan supaya Jana Niaga dan UNISEL menyelesaikan pertikaian mereka melalui timbang tara. Jana Niaga juga kalah dalam perbicaraan ketika membawa kes berkenaan ke Mahkamah Rayuan.

Pada Julai 2017, Pejabat Menteri Besar Incorporated (MBI) mengeluarkan kenyataan menafikan tuduhan mengenai pembayaran sebanyak RM60 juta kepada Jana Niaga. EXCO Pendidikan, Nik Nazmi Nik Ahmad pula mengatakan UNISEL dan Jana Niaga tidak ada lagi kontrak di antara mereka.

Jadi apa isunya?

Isunya adalah Jana Niaga gagal menyiapkan kerja berdasarkan perjanjian kontrak untuk kerja yang dilakukan pada tahun 2012. Mereka juga dibatalkan kontrak kerana tidak menepati kontrak. Namun kenapa pula MBI membuat pembayaran kepada Jana Niaga dan menyambung kontrak syarikat berkenaan? Tindakan Azmin Ali dan MBI membayar RM16 juta kepada Jana Niaga dan menyambung semula kontrak menjadi kontroversi kerana dibantah Mantan Naib Canselor UNISEL, Prof Redzuan Othman. 

Dua pembayaran yang dibuat kepada Jana Niaga, pada 2015 sebanyak RM10juta, pada 2016 pula sebanyak RM6 juta, kedua-dua pembayaran ini dilakukan ketika zaman Azmin Ali menjadi Menteri Besar Selangor. Baca di sini.

Pengarah Komunikasi Strategik, Pejabat Menteri Besar, Yin Shao Loong menafikan Azmin Ali terlibat dalam perjanjian di antara UNISEL dan Jana Niaga. Itu memang tidak dapat dinafikan Kaitannya bukan di sana. Kaitannya adalah pertama jawatan Azmin Ali di dalam MBI. Kedua, yang membuat pembayaran itu adalah MBI, dan ianya dipengerusikan oleh Azmin Ali.

8 PKR Dan Da Ma Cai Berpisah Tiada, @AzminAli Pula Buat U-Turn


Cantik sungguh kedudukan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen (MP), Petaling Jaya Selatan. Sambil mendapatkan khidmat MP berkenaan, Rakyat Marhaen berkesempatan untuk membeli nombor ekor di tingkat bawah. Feng Shui ada ong katanya. Lihatlah bendera Selangor di atas bangunan tersebut yang dipasang terbalik. Macai-macai tidak mahu berguling di depan pusat khidmat inikah?


Semalam, anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari Putrajaya berpakaian seragam memulakan serbuan pada pukul 10.00 pagi di Kampus UNISEL di Seksyen 7, Shah Alam dan Bestari Jaya, Kuala Selangor serta Pejabat MBI di Bangunan Darul Ehsan dan pejabat Jana Niaga di Bestari Jaya dan Desa Pandan, Kuala Lumpur.

Ianya bagi menyiasat pertikaian kontrak membabitkan universiti ini dengan bekas kontraktor Jana Niaga Sdn Bhd dan dakwaan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan RM10 juta.

Menteri Besar Selangor, DS Azmin Ali menyifatkan tindakan SPRM berkenaan sebagai tindakan terancang untuk menjejaskan imej Kerajaan Negeri.

Pulak? Adakah Azmin Ali terlupa bahawa tidak lama dahulu beliau mengatakan beliau dan Kerajaan Negeri sedia untuk disiasat bagi sebarang dakwaan rasuah dan salah guna kuasa? Sekarang adakah tabloid Sinar Harian tersalah lapor atau Azmin Ali sudah kecut perut dan membuat 'u-turn'?


August 22, 2017

2 Minit Mesyuarat MPSP Mengenai Kilang Haram Kampung Sungai Lembu Didedahkan, Kenapa Phee So What Lebih Sudu Dari Kuah?

Hari ini EXCO Pulau Pinang, Phee Boon Poh alias Phee So What dan Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah membuat satu Sidang Media. Mereka telah dedahkan satu minit mesyuarat Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) bertarikh 06/05/2015 yang dibuat atas permintaan Phee Boon Poh sendiri. Dr Norlela Ariffin ADUN PKR Penanti turut hadir mesyuarat berkenaan.

Pertama, jelas dalam minit tersebut dinyatakan MPSP telah mengeluarkan Perintah Meroboh kilang haram tersebut tetapi perintah itu telah ditangguhkan. Tidak pula dinyatakan kenapa ia ditangguhkan dan siapa memberi arahan supaya ditangguhkan. [Rujuk perkara 2.6]

Kedua, Phee Boon Poh meminta kilang haram memproses habuk gergaji kayu itu disenaraikan dalam pemutihan. [Rujuk 3.2 (v)] Beliau juga meminta satu kajian terperinci dilaksanakan bagi mengesahkan dakwaan penduduk Kampung Sungai Lembu mengenai masalah kesihatan dialami mereka adalah berpunca dari kilang haram berkenaan. [Rujuk 3.2 (iv)]

Ketiga, Phee Boon Poh adalah EXCO Alam Sekitar. Kenapa Phee Boon Poh terlalu ambil perhatian di atas masalah kilang haram ini? Masalah kilang ini bukan hanya masalah pencemaran alam sekitar sahaja. Kilang ini tiada kelulusan Pelan Merancang, tiada Pelan Bangunan, tiada Lesen MPSP dan juga tiada Lesen Perniagaan. Program pemutihan kilang-kilang haram adalah di bawah bidang kuasa Exco Kerajaan Tempatan iaitu Chow Kon Yeow. Kenapa Phee Boon Poh yang lebih sudu dari kuah?

Untuk rekod, Chow Kon Yeow dikatakan turut hadir di dalam Sidang Media pada hari ini tetapi beliau telah meninggalkan bilik mesyuarat sebelum wartawan sempat bertanyakan soalan kepadanya. Apakah dapatan kajian itu, sekiranya ia telah dijalankan sebagaimana arahan Exco?

Timbalan Presiden MCA, DS Dr Wee Ka Siong hari ini telah mengingatkan parti DAP bahawa parti berkenaan telah menguasai Pulau Pinang selama hampir sedekad. Dr Wee juga mengingatkan Ketua Menteri, Joseph Lim Guan Eng bahawa kilang karbon haram di Kampung Sungai Lembu wujud selepas beliau menjadi Ketua Menteri selepas Piliha Raya Umum 2008. Kata beliau dipetik Malay Mail Online, di sini:
Can Guan Eng please stop blaming the former Barisan Nasional for all of Pakatan Harapan’s shortcomings? Pakatan Rakyat in 2008, then Pakatan Rakyat again in 2013 and now Pakatan Harapan in 2017 have been in power for 9 years already. This is ample time and years to take action against the illegal carbon filter factory in Sungai Lembu.
Berikut pula adalah Kenyataan Media Yang dikeluarkan oleh ADUN Pulau Betong:
Kenyataan Media
Datuk Sri Muhamad Farid Saad
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
Kawasan Pulau Betong
Selasa 22 Ogos 2017
Merujuk kepada Minit Mesyuarat MPSP yang diedarkan kepada media tengahari tadi berhubung Kilang haram memproses habuk gergaji kayu di Sungai Lembu.
1.Apa jadi dengan arahan meruntuh yang telah dikeluarkan tetapi ditangguhkan itu? Apakah ia masih ditangguhkan sampai ke hari ini kerana ada arahan Exco?
2. Kenapa Minit Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang meluluskan dasar untuk tidak meruntuhkan kilang-kilang haram yang dibina sebelum Mac 2008 masih tidak didedahkan oleh Kerajaan Negeri?
3. Exco Alam Sekitar memohon supaya kilang haram tersebut diletakkan di bawah program pemutihan hanya pada 2 Mei 2015, iaitu lebih tujuh (7) tahun setelah DAP mengambil alih Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada Mac 2008.
"Kenapa tidak sebelum itu? Apakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil masa selama 7 tahun untuk kenal pasti kilang-kilang yang beroperasi secara haram?"
4. Exco juga meminta kajian terperinci dilaksanakan bagi mengesahkan dakwaan penduduk Sungai Lembu mengenai masalah kesihatan mereka adalah berpunca dari kilang haram berkenaan.
"Apakah kajian itu dibuat oleh pihak berwajib dan jika ia apakah dapatan kajian terperinci itu? Apakah dapatan itu dimaklumkan kepada orang ramai, terutamanya penduduk di perkampungan Sungai Lembu?"




1 SPAD Serah 300 Lagi Lesen Individu Kepada Pemandu Teksi


Majlis penyampaian surat tawaran permit teksi individu buat kali ketiga bagi tahun ini telah disempurnakan oleh DS Hajah Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri semalam. Turut hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), En Mohd Azharuddin Mat Sah. 

Majlis ini telah menyaksikan 300 lagi pemandu menerima lesen teksi individu yang membolehkan mereka mengendalikan dan pemandu sebagai usahawan apabila mereka telah keluar daripada kontrak pajak di bawah syarikat teksi. Daripada penerima lesen individu pada hari ini, 88 orang telah menerima geran kerajaan sebanyak RM5,000 bagi membantu membeli kenderaan untuk digunakan sebagai teksi. 

Sebelum ini, 343 pemandu teksi telah menerima geran tersebut di bawah peruntukan Kerajaan sebanyak RM150 juta seperti mana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri di dalam Bajet 2017. Pengeluar kereta seperti Proton, Nissan,Perodua dan Toyota turut membuka kaunter bagi membolehkan pemandu untuk membuat tempahan selepas menerima surat tawaran tersebut.








August 21, 2017

53 Apa Beza Kerugian Perniagaan Forex Di Zaman Tun Dr Mahathir Berbanding Hutang 1MDB Di Zaman DS @NajibRazak


Hari pertama Inkues Suruhanjaya Di Raja (RCI) berkaitan perdagangan forex oleh Bank Negara Malaysia (BNM) merumuskan sekurang-kurangnya RM31.5 billion kerugian telah dicatatkan di antara tahun 1991 hingga 1994. Ini dinyatakan sendiri oleh kakitangan BNM sebagai saksi pertama, Abdul Aziz Abdul Manaf. 

Dibandingkan dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM135 billion pada masa itu, jumlah berkenaan adalah sebanyak 23% daripada nilai KDNK. Jumlah RM31.5 billion adalah satu jumlah yang amat tinggi pada tahun 1990an. Berbanding dengan 1MDB, jumlah baki hutang 1MDB adalah RM27 billion dan hanyalah merupakan 2.0% daripada jumlah KDNK sebanyak RM1.32 trillion pada tahun 2016.

Mana logiknya dakwaan pembangkang yang mengatakan Malaysia akan bangkrap dengan hutang 1MDB. RM31.5 billion perdagangan forex adalah hangus dan hilang dan tidak dapat semula, sedangkan 1MDB masih lagi  dalam proses membangunkan aset-asetnya yang sedia ada. 

Mengambil contoh Request For Proposal (RFP) untuk Bandar Malaysia sahaja, 1MDB telah menerima bidaan sebanyak RM42 billion. Ini tidak termasuk dengan hartanah di kawasan Tun Razak Exchange (TRX) yang akan dan sedang dibangunkan kelak.

Perbezaan di antara kerugian perniagaan forex pada zaman Tun Dr Mahathir adalah wang sebanyak RM31.5 billion telah hangus dikerjakan oleh Tun Dr Mahathir dan kroninya. 1MDB pula walaupun mempunyai hutang sebanyak RM27 billion, perniagaan aset-aset miliknya sahaja cukup dan mampu untuk menjana keuntungan berpuluh bilion ringgit.

Subsidi haji yang dibiayai Kerajaan bagi seorang jemaah adalah sebanyak RM 9,570. Jika setiap tahun 30,000 jemaah haji Malaysia dihantar menunaikan haji, RM31.5 billion yang hangus ini akan hanya habis digunakan setelah 109 tahun. Bayangkan.

Kos bina Putrajaya adalah RM20.5 billion. Dengan RM31.5 billion yang lesap dan hangus kerana ada penyagak main forex, sepatutnya kita boleh bina sebuah lagi Putrajaya. Malah siap ada baki untuk bina dua buah lagi menara berkembar seperti KLCC. Bayangkan.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates