August 19, 2017

8 @AzminAli Akui DEIG Sama Dengan 1MDB, Harap @SPRMMalaysia Dapat Siasat


Menteri Besar Selangor, Azmin Ali hari ini membuat pengakuan terbuka bahawa DEIG sama dengan 1MDB. Perbezaan di antara DEIG dan 1MDB adalah 1MDB telah melalui pelbagai siasatan oleh pelbagai pihak, tetapi DEIG tudak.

Oleh itu, kita berharap agar pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jangan malu dan jangan segan untuk memulakan siasatan memandangkan 1MDB telahpun disiasat oleh SPRM. Oleh itu persamaan DEIG dengan 1MDB seperti yang ditegaskan oleh Menteri Besar Selangor perlu turut disiasat oleh SPRM.

Kedua, di dalam Sidang Parlimen yang akan datang, perlu ada usul diwujudkan Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) di kalangan Ahlo-Ahli Parlimen di pohak Kerajaan dan Pembangkang untuk menyiasat DEIG seperti mana 1MDB disiasat.

Ketiga, sekiranya diwujudkan Suruhanjaya Di Raja (RCI) untuk menyiasat 1MDB, RCI juga harus diwujudkan untuk menyiasat DEIG. Itu yang Azmin Ali mahu. Kita tak mahu selepas ini Azmin Ali mengualang kembali, "UMNO boleh, kenapa saya tak boleh?"

13 Rupanya Kos Membina Pintu Gerbang Di Kota Kinabalu Lebih Murah Dari Kos Mengecat Di Selangor


Rupanya mitos yang mengatakan harga barangan di Sabah dan Sarawak adalah lebih tinggi daripada di Semenanjung adalah tidak benar rupanya. Kerajaan Pakatan Azmin Ali di Selangor telah membuktikannya.

Kos untuk membaikpulih dan mengecat pintu gerbang Darul Ehsan adalah bernilai RM10 juta. Saya ulang RM10 juta. Kerajaan Selangor berkata kis berkenaan ditanggung oleh penderma-penderma awam dan Kerajaan Selangor mendahulukan kos berkenaan. Namun sehingga sekarang, 

Kerajaan Azmin Ali gagal untuk mengemukakan nama penderma-penderma itu yang menurut kenyataan EXCO beliau di Sidang DUN akan diukir dan dipamerkan pada pintu gerbang berkènaan. Adakah pendahuluan RM10 juta duit Kerajaan berkenaan (baca duit Rakyat) dibazirkan dan penderma-penderma itu hanyalah alasan yangvtidak pernah wujud?

Di Sabah pula, kos untuk membina (bukan baik pulih atau mengecat) Gerbang Kota Kinabalu adalah kurang daripada RM500 ribu. Macau-macai sekalian tahu tak perbezaan di antara RM10 juta dan RM500 ribu? Patutlah Kerajaan Selangor di bawah Azmin Ali masih takut dan enggan untuk menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Perbualan di bawah adalah imaginasi penulis semata-mata.

0 @RafiziRamli Menipu Lagi, Cubaan Untuk Mengaitkan TS Annuar Musa Dalam Isu Pembelian MARA Gagal


Semalam di laman sosial Facebook, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mempertikaikan pembelian tiga unit hartanah di Australia oleh MARA. Beliau cuba mengaitkan isu pembelian hartanah ini dengan kes penangkapan TS Mohd Isa Samad yang didakwanya sebagai 'kambing hitam' untuk menyelamatkan DS Najib Tun Razak.


Tulisan terbaru Rafizi Ramli ini juga berupaya membawa beliau dihadapkan ke Mahkamah apabila mengaitkan nama Ketua Penerangan UMNO TS Annuar Musa. Rafizi Ramli menulis di laman sosial Facebook beliau,
Dalam kes tersebut, menteri yang bertanggungjawab ketika itu (Dato’ Seri Shafie Afdal) dan pengerusi MARA ketika itu (Tan Sri Anuar Musa) dengan secara jelas mengesahkan bahawa cadangan pembelian hartanah luar negara oleh MARA itu telah dibentangkan dan diluluskan oleh Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Untuk makluman, ketika TS Annuar Musa dilantik menjadi Pengerusi MARA pada tahun 2013, semua aset yang disebut Rafizi Rafizi tersebut sudahpun selesai dibeli. Ini pula jawapan TS Annuar Musa, juga dipetik daripada laman sosial Facebook beliau, 
Menteri bertanggungjawab ketika itu (Dato Seri Shafie Afdal) dan Pengerusi Mara (Tan Sri Annuar Musa)"... beliau mungkin merujuk kepada penjawat jawatan ketika aset-aset di Australia dibeli oleh MARA sekitar tahun 2012/13.

Sekiranya beliau merujuk kepada ketika asset dibeli, sukacita dijelaskan bahawa Menteri KKLW ketika pembelian adalah DS Shafie Afdal dan Pengerusi MARA ketika itu adalah DS Idris Jusoh, bukan saya. Sewaktu saya mula di lantik 2013 semua asset asset tersebut sudahpun selesai dibeli.

Saya menganggapkan kesilapan YB Rafizi itu sebagai sesuatu yang beliau tidak sengaja atau beliau mempunyai maksud lain dan wajarlah beliau perbetulkan tanpa perlu perentah Mahkamah kerana beliau sudah banyak kali tewas di mahkamah.
Rafizi Ramli dan fitnah berpisah tiada. Di dalam bulan Ogos 2017 ini sahaja beliau berhadapan dengan tiga kes Mahkamah, dua daripadanya melibatkan fitnah Tabung Haji dan National Feedlot Corporation (NFC) dan satu lagi berkaitan pembocoran Akta Rahsia Rasmi (OSA). Jadi tidak hairanlah beliau cuba secara sengaja atau tidak untuk memfitnah Perdana Menteri dan TS Annuar Musa.

11 Berhentilah Bergurau Guna Nama Nabi Tun Dr Mahathir, Memualkan


video

Bercakap di hadapan penyokong Parti Chap bunga Raya, 'Top Dog' Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir berkata,
Berkenaan dengan Felda, ini adalah satu ladang terbesar di dunia. Mempunyai hampir dua juta ekar ladang. Sudah tentu dua juta ekar ini memounyai nilai yang tinggi jika dijual dengan nilai tanah sahaja sekalipun. 
Ianya memberi pulangan kepada peneroka-peneroka yangvtelah doberi peluang untuk memiliki tanah ini. Maka datanglah seorang yang bernama Isa Alaihis Salam, eh ... Isa Samad.
Lawak hambar dan bodoh orang tua ini menggunakan nama Nabi dan Rasul Isa Alaihis Salam, amat menjijikkan. Apatah lagi mendapat gelak ketawa daripada macai-macai di bawah pentas.

Cukup-cukuplah Tun menghina dan mentertawakan para Nabi dan Rasul. Kalau dulu Tun diperkatakan memperlekehkan janggut Rasulullah SAW kerana pada masa itu tiada pisau Gillette, sekarang nama Isa A.S. pula menjadi modal lawak beliau. Semoga Tun diberi hidayah dari Allah.

4 Kenapa @cmlimguaneng Tidak Protes Di Kampung Sungai Lembu Seperti Mana Beliau Protes Di Lynas?




Ketua Menteri Pulau Pinang dikatakan jaguh pembela alam sekitar. Dikatakan sewaktu beliau sibuk menjawat Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau masih ada masa untuk memprtahankan alam sekitar nun jauh beribu batu di Pahang bertempat di Lynas. Penduduk Lynas mungkin berbangga dengan hero alam sekitar ini datang ke tempat mereka, mungkin tidak. Namun tidak bagi Rakyat di dalam negerinya. Kuman seberang laut nampak nyata bagi Joseph Lim Guan Eng.

Bangkai gajah di depan mata dipandang sepi. Selama 19 tahun Ketua Menteri ini gagal untuk menutup dan menyita kilang haram yang memproses pembakaran habuk kayu di Kampung Sungai Lembu, Bukit Mertajam. Akibatnya ramai penduduk di sini yang mengalami pelbagai penyakit kesan dari aktiviti kilang haram tersebut. Inilah hero alam sekitar dari parto DAP yang hidup dalam kepura-puraan dan penuh sandiwara.


Sementara itu, MCA, salah satu parti komponen Barisan Nasional, telah mendesak Pengerusi Kumpulan Hijau, Wong Tack untuk tampil membantu penduduk-penduduk Cina di Kampung Sungai Lembu yang terjejas kualiti kehidupan akibat aktiviti kilang haram di situ. Wong Tack yang sebelum ini menjadi jaguh di dalam isu Lynas, secara tiba-tiba membisu apabila kes yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan tokoh kesayangan beliau iaitu Lim Guan Eng.

Isu kilang haram di Kampung Sungai Lembu ini bukan sahaja mencemarkan alam sekitar malah telah mengorbankan beberapa nyawa. Tambahan lagi, EXCO Negeri Phee Boon Poh turut disiasat oleh SPRM untuk kes salah guna kuasa dan rasuah. Mana hilangnya Wong Tack? kilang haram di Sungai Lembu ini telah beroperasi selama 10 tahun, tetapi Wong Tack dan kumpulan aktivis alam sekitarnya telah pekakkan telinga dan membutakan mata mereka.

Mengapa isu Lynas yang ternyata tiada bukti satu nyawa pun yang hilang tetapi di Sungai Lembu telah ada rekod yang mati, mereka langsung tidak membantah, kenapa? Terbukti kini Wong Tack dan Kumpulan Hijau adalah satu daripada beribu contoh di mana DAP sentiasa akan cuba memperdaya Rakyat Malaysia terutamanya di kalangan pengundi Cina, asalkan mereka mampu meraih undi.



video







6 Zairil Khir Johari Buktikan Ceramah Tun Dr Mahathir Dan TS Muhyiddin Boring




Kita tidak perlu memiliki kelulusan 'rocket science' untuk mengetahui bahawa ceramah Tun Dr Mahathir dan TS Muhyiddin Yassin di Kepala Batas malam ini amat memboringkan. Ini dibuktikan oleh Ahli Parlimen (MP) Bukit Bendera, Khairil Khir Johari dalam gambar-gambar di atas.

Dikhabarkan oleh rakan-rakan di Pulau Pinang, ceramah malam ini amat membosankan kerana penceramah mengulang benda yang sama yang sudah basi. Namun begitu, buruk sungguh kelakuan MP Bukit Bendera ini.

Beliau didapati bermain telefon ketika mendengar ceramah, kalau tidak beliau akan tertidur di tengah khayalak ramai. Mungkin beliau kepenatan dengan aktiviti berat bersama rakan-rakan DAPnya seperti Dyana Sofea kot?

Nota Kaki: Kenapa muka Ketua Menteri Pulau Pinang sebegitu? Macam tidak cukup sifat sahaja?


August 18, 2017

8 #NothingToHide - Mahkamah Rayuan Tolak Permohonan 'Top Dog' Pakatan Harapan Tangguhkan RCI


#NothingToHide lah sangat. Selepas Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan hari ini pula menolak permohonan 'Top Dog' Pakatan Harapan untuk menukar dua panel Royal Commission of Inquiry (RCI) ke atas urusniaga Forex Bank Negara Malaysia, iaitu Mohd Sidek Hassan dan Saw Choo Boon. Kenapa Mantan Perdana Menteri 22 tahun ini takut sangat untuk mengahadapi RCI sekiranya beliau tidak melakukan kesalahan apa-apa? 

Sekiranya beliau merasakan tidak ada sesuatu yang perlu disembunyikan, hadapilah RCI dengan yakin dan tenang. Kenapa perlu melengah-lengahkan RCI berkenaan? Lagipun kita sudah tahu skrip yang biasa digunakan oleh beliau nanti, saya sudah tidak ingat, orang ini salah, orang itu salah dan perkara yang lepas tidak perlu dikenang lagi.


Peguam Tun Dr Mahathir, Haniff Khatri dipetik Malay Mail Online berkata,
Mohamed Haniff explained that Dr Mahathir's bid today for the courts to temporarily freeze the RCI proceedings was merely to prevent the latter's appeal from becoming academic. He insisted it was not an attempt to prevent the RCI from conducting its investigations, but to ensure that its proceedings were fair and just.
Seolah-olah Haniff  Khatri berkata, "I want to freeze it but I am not delaying or preventing the RCI". Cakap belit-belit macam ular seperti anak guamnya juga. Yennadai!

August 17, 2017

13 Kalau Jalan Penyelesaian Kilang Haram Lim Guan Eng Tidak Boleh Fikir, Lebih Baik Saya Jadi Ketua Menteri


Agak dangkal bagi seorang Ketua Menteri mengadakan Sidang Media untuk membincangkan permasalahan negeri yang ditadbir rejim beliau, menyalahkan lawan politik dan meminta jalan penyelesaian dari mereka. Sama ada Joseph Lim Guan Eng seorang yang bermuka tebal ataupun beliau sejenis manusia yang tidak tahu malu.

Apa yang diadu oleh ADUN PKR Penanti, Dr Norlela Ariffin, Rakyat Pulau Pinang dan juga sebahagian besar netizen adalah gesaan supaya Kerajaan Negeri mengambil tindakan ke atas KILANG-KILANG HARAM. Apa yang susah sangat nak faham Tokong?

Kita bukannya suruh robohkan gerai-gerai penjaja yang tidak berdaftar atau Rumah Ibadat Bukan Islam. Gerai-gerai penjaja tidak berdaftar seeloknya Kerajaan Negeri laksanakan pemutihan segera. Kerajaan Barisan Nasional (BN) dulu tidak mengambil tindakan ke atas mereka, malah diberikan lesen untuk berniaga kerana ia adalah sumber pendapatan kepada peniaga-peniaga untuk sara hidup mereka. Mereka bukannya kaya seperti taukeh-taukeh kilang haram. 

Kenapa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak menyediakan gerai-gerai yang lebih sesuai untuk mereka berniaga? Sejak 2008, berapa banyakkah kompleks gerai penjaja baru (tidak termasuk yang dibaikpulih) yang telah dibina oleh Kerajaan Negeri?

Bab Rumah Ibadat Bukan Islam, Kerajaan Negeri Pulau Pinang kenalah guna budi bicara untuk selesaikannya. Jika soal pelan bangunan nenjadi permasalahan, takkan itupun perlu menunggu selama 9 tahun untuk menyalahkan Kerajaan BN terdahulu?

Adakah jalan penyelesaian pun BN kena bagi kepada Ketua Menteri kah? Tidak kompetan sangatkah Kerajaan Negeri terutama ADUN dan EXCO beliau sehingga mengemis idea-idea BN? Kalau begitu lebih baik bagi saya saja yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Nota Kaki: Lihatlah manyak kuat jilat buntut DS Najib semasa lawatan Perdana Menteri ke Pulau Pinang hari ini. Tokong dan bapa jilat buntut Tun Dr Mahathir. Kini mahu jilat buntut DS Najib pula. Bila maca-macai beliau nak jilat buntut kami pulak?

video

11 Tahniah Sivarasa Buktikan Anwar Ibrahim Langgar Prosedur Penjara


R Sivarasa, Ahli Parlimen Subang dan peguam Anwar Ibrahim, cuba menjadi hero dengan mengatakan Ya! Anwar Ibrahim ada membuat kenyataan mengulas mengenai insiden #NothingToHide2 dan meminta supaya pohak berkuasa memgambil tindakam tegas kepada pencetus ketegangan.

Sivarasa memyangkal dakwaan Penolong Komisioner Penjara, Supri Hashim yang menyatakan bahawa banduan dilarang mengeluarkan kenyataan. Apabila ditanya wartawan adakan Anwar Ibrahim sendiri menyediakan draf kenyataan berkenaan, Sivarasa gagal untuk menjawab. Nampak sangat Sivarasa pembohong.

Saya lebih suka kalau Sivarasa betul dan Anwar Ibrahim benar-benar membuat kenyataan tersebut. Ini bermakna Anwar Ibrahim sebagai seorang banduan telah melanggar prosedur penjara. Dalam erti kata lain, dalam penjarapun Anwar Ibrahim tidak dapat mengikut peraturan, beliau tidak layak untuk mendapat pengampunan atau hukiman beliau disingkatkan untuk parol.


August 16, 2017

34 Kena Reman @SPRMMalaysia, Jadilah 'Gentlemen' Seperti TS Isa, Jangan Jadi Ayam Macam Pemimpin DAP



Pegawai Suruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) pagi ini membawa bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Behad (FGV), TS Mohd Isa Abdul Samad untuk mohon tahanan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya bagi membantu siasatan berhubung isu pembelian dua buah hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC).

TS Mohd Isa tiba jam 9.08 pagi dengan diiring pegawai SPRM. Beliau kelihatan tenang diiringi isterinya, PS Bibi Sharliza Mohd Khalid dan beberapa peguam. Tidak seperti pemimpin-pemimpin DAP yang ditahan reman, mereka akan jadi sasau, seluruh parti akan menangis 'Kau Pek Kau Bo', seolah-olah dunia akan kiamat. Pemimpin DAP hanya pemain wayang Cina yang mengemis 'political miliage' dan simpati murahan.

Kesimpulannya, saya tetap berpegang TS Mohd Isa tidak bersalah selagi mana beliau tidak dibuktikan sehingga ke Mahkamah Persekutuan bahawa beliau adalah bersalah. Beliau tidak perlu meletakkan sebarang jawatan yang ada kerana beliau hanya ditahan reman untuk siasatan dan belumpun didakwa. Sedangkan Ketua Menteri Pulau Pinang yang didakwa oleh dua tuduhan rasuah tidak mahu bercuti atau meletakkan jawatan, kenapa perlu TS Mohd Isa?


25 Google Earth Prove @cmlimguaneng A Liar ... Once Again cc. @SPRMMalaysia




The Chief Minister of Penang, Joseph Lim Guan Eng is a liar. He lied once again. He claimed the illegal factory was built in 2007 when Barisan Nasional (BN) is the Government of the day.

Thanks to my Facebooker's friend, Tzu P Wong, the above are satelite photos taken by Google Earth showing the factory was not there in 2008. The factory image appeared in 2009, during his incompetent watch.

According to Tzu P Wong, a simple research using Google Earth application to scout the Bukit Mertajam area with its timeline function has shown that Joseph Lim Guan Eng is lying through his nose. The time-marked satellite photo of the area on 31/08/2008 where the illegal factory is to be located has nothing on the ground.  

This is when DAP has already won the 12th General Election and Joseph Lim Guan Eng has long been sworn in as the Chief Minister of Penang and was happily enjoying his coffee up on the top floor of Wisma Komtar.

And after that, the illegal factory appeared in all the satellite photos timeline marked 2009 till the most recent one in 2016. So again, it is proven beyond doubt that Joseph Lim Guan Eng is lying. Over to you SPRM.

Nothing is sincere about Joseph Lim Guan Eng and his party DAP, not even when the Penang people lives are in danger. What has he got now to say to his claim that the factory was built in 2007? The following are the photos taken by Tzu P Wong in accordance to date.


31/08/2008


02/08/2009


20/02/2010


02/11/2013


01/08/2016

August 15, 2017

13 @cmlimguaneng Satu-Satunya Ketua Menteri Yang Ada Krisis Identiti



Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng 3 hari lepas berkata beliau tidak boleh ambil tindakan ke atas kilang-kilang haram yang dibina sebelum 2008 atau sebelum DAP menjadi Rejim Pulau Pinang selagi kilang-kilang itu tidak mengancam keselamatan awam dan lalulintas. Kita tahu beliau berbohong hal ini. Baca di sini.

Lim Guan Eng jug bertegas itu telah menjadi polisi Rejim DAP Pulau Pinang dan tidak menjadi satu kesalahan bila EXCO menulis surat menahan Jabatan Kerajaan Tempatan dari mengambil tindakan ke atas kilang-kilang haram kerana EXCO hanya menjalankan dasar Kerajaan.

Ajaibnya semalam, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menutup kilang haram memproses habuk kayu di Penanti yang menjadi fokus siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kenapa tutup? Bukankah itu bertentangan dengan polisi Kerajaan Negeri? Baca di sini.

Bertentangan dengan tindakan JAS semalam juga Joseph Lim Guan Eng bertegas mempertahankan polisi Kerajaan Negeri yang entah bilanya diluluskan oleh Mesyuarat EXCO untuk tidak meroboh kilang-kilang haram, semata-mata mahu mengelakkan EXCO beliau dari dipenjara kerana salah guna kuasa.

Rejim DAP memang celaka. Tandas sebuah cafe yang dibina tanpa kebenaran telah dirobohkan. Kilang haram yang dibina memburukkan kesihatan penduduk dan merosakkan alam sekitar dibiarkan. Mana lebih bahaya. Bau tandas atau asap kilang beracun?



Tiba-tiba hari Joseph Lim guan Eng meminta maaf dengan penduduk Kampung Sungai Lembu sebab dasar Kerajaan Negeri pimpinannya telah menyebabkan kesihatan dan keselamatan mereka terancam kerana kilang haram itu terus beroperasi selepas 2008. Baca di sini.

Joseph Lim Guan Eng terlupa ketika sessi Soalan Lisan semasa Sidang DUN Pulau Pinang pada 19-24 Mei 2017, EXCO beliau, Phee So What telah menghentam ADUN Penanti, Dr Norlela Ariffin yang membuat aduan mengenai kilang berkenaan.

Phee So What dengan bongkak berkata bahawa asap dari kilang berkenaan adalah selamat untuk dihidu. Hari ini kenapa Joseph Lim Guan Eng mahu meminta maaf? Adakah beliau takut penduduk-penduduk Kampung Sungai lembu akan menyamannya?

Kampung Sungai Lembu dalam DUN Penanti adalah sebuah perkampungan Cina. Dalam dua PRU lalu, 98% pemilih di Kampung Sungai Lembu telah menolak BN dan mengundi PKR, sekutu DAP kerana percaya DAP akan bawa perubahan dalam pentadbiran Pulau Pinang. Nampaknya mereka telah kena ditipu oleh Rejim DAP pimpinan Joseph Lim Guan Eng.

Sudah lebih 9 tahun tahun DAP jadi Kerajaan Negeri di Pulau Pinang. Rejim DAP Pulau Pinang masih mahu menyalahkan Kerajaan Barisan nasional terdahulu. Jika tidak mampu bawa perubahan, amat elok sekiranya rakyat Pulau Pinang sekali mengUBAH Kerajaan Negeri untuk Menyelamatkan Pulau Pinang.



 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates