August 12, 2017

6 Liar ... Liar ... Lim Guan Eng Menipu Lagi


Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, Joseph Lim Guan Eng berbohong lagi. Kali ini demi untuk menyelamatkan EXCO beliau dan juga menjaga 'kemaluan' DAP, Joseph Lim Guan Eng berkata Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak pernah mengambil tindakan terhadap semua bangunan, rumah ibadat, dan penjaja yang beroperasi secara haram dan wujud sebelum 2008.



Ini berikutan EXCO Pulau Pinang, Phee So What yang telah direman oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di atas dakwaan penyalahgunaan kuasa berhubung surat yang dikeluarkan pejabatnya berkaitan kilang haram di Pulau Pinang.

Benarkah dakwaan Joseph Lim Guan Eng berkenaan? Kalau benar mengapa peristiwa-peristiwa merobohkan kedai-kedai makanan yang didirikan secara haram atau tidak sah sebelum 2008 lagi, telah berlaku?

Contohnya, restoren di Kampung Bayu Senja, Batu Feringgi, gerai-gerai di Jalan Sungai Dua dan kejadian yang paling hangat diperkatakan iaitu pencerobohan perkampungan Kampung Buah Pala. Apa lagi cuba Joseph Lim Guan Eng ini berbohong?



6 Wahai @RafiziRamli Baliklah Bertanding Di Kemaman, Oghe Kemamang Rindu










Biar gambar-gambar berbicara betapa meriahnya Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kemaman. Terlalu ramai hingga melimpah keluar. Kebanyakan bersila menonton TV besar di luar dewan kerana di dalam sudah penuh.

Macam Persidangan Agung UMNO di PWTC. Terlalu ramai. Alhamdulillah dan tahniah UMNO Kemaman. Anak jati Kemamang yang kini Ahli Parlomen Pandan, Rafizi Ramli bila hendak pulang bertanding Wakil Rakyat di sini. Takkan tidak cukup popular untuk bertanding di kampung halaman sendiri?


4 Tiada ADUN PKR Bersolidariti Bersama EXCO Phee So What Di Mahkamah Tinggi Pagi Ini



Tiada kelibat YB-YB ADUN dari PKR Pulau Pinang di dalam 'Solidariti Bersama Phee Boon Huat' di Pejabat SPRM semalam dan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pagi ini. Begitu juga pimpinan PKR Negeri Pulau Pinang yang lain.

Apakah ini kerana kes kilang haram yang membawa kepada tangkapan EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang dari DAP ini berpunca dari aduan-aduan yang telah dibuat oleh YB ADUN PKR Penanti, Norlela Ariffin dalam Sidang DUN Pulau Pinang sejak 2015?

Minggu lalu, Norlela turut mempertikaikan perihal wang hasil kutipan caruman saliran oleh MPSP yang tidak disalurkan ke Tabung Amanah Saliran yang diselenggara oleh Pengarah JPSPP sebagai Pegawai Pengawal.

Ini berikutan Laporan Ketua Audit Negara yang mendedahkan sejumlah wang tersebut disimpan oleh MPSP walaupun Perintah Amanah mengkehendaki kesemua wang itu dimasukkan ke akaun yang diselenggara JPSPP.

Ini adalah kes kedua yang turut melibatkan Norlela secara tidak langsung dan Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang. Apakah ada pergeseran di antara PKR dan DAP di Pulau Pinang pada masa ini berhubung dengan urustadbir dan tata kelola Kerajaan Negeri Pulau Pinang?


Nota Kaki: Joseph Lim Guan Eng berkata:


CTS kata, bagaimana pula dengan Ketua Menteri Pulau Pinang yang dihadapakan ke Mahkamah dengan dua tuduhan rasuah?

August 11, 2017

4 DAP Boikot Makan Malam Penang Chinese Clan Atau Berkabung Untuk Phee So What?





Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng dan barisan EXCO DAP gagal menghadirkan diri di majlis makan malam anjuran Penang Chinese Clan malam ini. 

Persoalan yang timbul adalah adakah DAP memulau majlis makan malam tersebut atau mereka berkabung disebabkan salah seorang EXCO mereka, Phee So What telah ditahan oleh SPRM untuk siasatan lanjut dan akan direman esok.

Bagi yang terlupa, Lim Guan Eng pernah dimalukan di majlis anjuran Penang Chinese Clan apabila persatuan berkenaan telah menghargai jasa-jasa TS Koh Tsu Koon di majlis sambutan Hari Warisan Dunia Georgetown. Baca di sini dan di sini.

Adakah ini masanya Tokong membalas dendam kepada Penang Chinese Clan dengan tidak menghadiri majlis makan malam berkenaan?


Mungkin boikot bukan sebenarnya berlaku apabila Tokong kelihatan menghadiri majlis 'vigil' lilin bagi memperingati Phee So What yang ditahan SPRM. Namun, kelibat hadirin yang hadir tidak sampai 20 orang. Mungkin hujan lebat dan ribut petir tidak menyebelahi majlis 'vigil' ini. Mungkin ini maksud 'bad feng shui' yang dikatakan Teresa Kok.


3 @LimKitSiang Guna Alamat Kilang Kosong Untuk Mengundi Di Pulau Pinang, Apa Tujuannya?





Di atas adalah gambar-gambar kilang kosong tempat Ketua Penasihat DAP seumur hidup, Lim Kit Siang mendaftar untuk membolehkan beliau mengundi di Pulau Pinang. Walaupun beliau adalah Wakil Rakyat Gelang Patah, beliau telah menukar alamat ke kilang di atas untuk membolehkan beliau mengundi di sini. 

Kenapa kilang kosong menjadi polihan Lim Kit Siang? Bukankah anak beliau adalah seorang Ketua Menteri yang mempunyai sebuah banglo tanpa kolam renang yang terletak di Jalan Pinhorn. 

Bagi yang terlupa banglo kolam renang ini dibeli di bawah harga pasaran daripada Phang Li Khoon dan kedua-dua mereka telah didakwa di mahkamah kerana urusniaga pembelian tersebut. Lim Kit Siang mahu jadi pengundi hantukah dengan mendaftar di kilang kosong?


3 EXCO Rejim DAP Pulau Pinang So What! Ditahan @SPRMMalaysia , Tolong Kunci Semua Tingkap


EXCO Rejim DAP Pulau Pinang, Phee 'So What' Bon Poh ditahan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas memberi keterangan kes kilang haram di pejabat SPRM Pulau Pinang. Beliau akan direman esok.

Kerajaan Pulau Pinang mempunyai 10 orang EXCO. Seorang daripadanya sudah didakwa di Mahkamah setahun lalu dengan dua pertuduhan melakukan rasuah. Namun begitu beliau masih menjalankan tugas rasmi sebagai EXCO dan juga Ketua Menteri. Beliau enggan meletak jawatan ataupun mengambil cuti.

Hari ini seorang lagi EXCO ditahan oleh SPRM dan akan dihadapkan ke Mahkamah untuk perintah reman. 2 orang daripada 10 orang anggota Eksekutif Kerajaan Negeri yang mengatakan mereka mengamalkan Integriti dalam pentadbiran Kerajaan terkait dengan rasuah dan salah guna kuasa. 10 EXCO ini siap angkat Ikrar Bebas Rasuah (IBR) lagi di depan SPRM. Rupanya hipokrasi besar dan wayang Cina sahaja.

August 10, 2017

31 Kisah 'Top Dog' Pakatan Harapan Dan Pembelian 2 Buah Kapal Selam Scorpene Ada Tertulis Dalam Bukunya



Akhirnya terbukti penyokong-penyokong UMNO salah. Mereka mengatakan 'Top Dog' Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir tidak mempunyai jasa dari sudut pertahanan negara. Di dalam buku beliau 'Dr Mahathir's Selected Letters To World Leaders' jelas memperincikan bahawa Tun Dr Mahathirlah merupakan tulang belakang dalam pembelian dua buah kapal selam scorpene.

Jangan bagi kredit kepada DS Najib Razak. Bukan beliau yang mengusahakan pembelian scorpene. Sebaliknya Tun Dr Mahathir adalah heronya. DS Najib ibarat lembu punya susu, sapi dapat nama. Saya bantah kredit diberikan kepada DS Najib Tun Razak.

Buku tersebut memperincikan dalam tahun 1998, sewaktu Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, beliau dan Rocard, Perdana Menteri Perancis telah bertukar 4 pucuk surat. 

Hasilnya MAS mendapat hak pendaratan di Paris manakala sebagai balasannya Malaysia terpaksa membeli dua kapal selam buatan Perancis dikenali sebagai scorpene yang hanya akan dihantar ke Malaysia pada tahun 2009.

Walaupun Tun Dr Mahathir bukan lagi di dalam UMNO, janganlah dilupakan peranan beliau dalam pembelian scorpene. Seperti kata orang putih, 'give the credit when its due'. Hidup Tun Dr Mahathir!

21 Top Dog Pakatan Harapan Fail Saman Singkir Panel RCI, #NothingToHide Lah Sangat




10/07/2017, Top Dog Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir dalam satu ceramah beliau dengan bongkak berkata beliau tidak gentar disiasat. Malah beliau mencabar Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak supaya menangkapnya. 

08/08/2017, tidak sampai sebulan kemudian apabila Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) memulakan persidangan, Tun Dr Mahathir telah mengarahkan peguam-peguamnya untuk memfailkan saman untuk menyingkirkan panel RCI dan juga Ketua Hakim setelah permohonan mereka untuk perkara yang sama ditolak.

Pakar 'u-turn' sudah 'u-turn' lagi. Kalau sebulan yang lepas sikit punya gempak suruh Perdana Menteri tangkap beliau. Kini, beliau menggunakan modus operandi Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim untuk melengah-lengahkan kes. Laporan dari malaysiakini.com 09/08/2017:
Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir sedang mendapatkan perintah mahkamah bagi menggugurkan dua anggota Suruhanjaya DiRaja menyiasat kerugian tukaran wang asing (RCI). Mahathir juga sedang mendapatkan perintah mahkamah menuntut kerajaan persekutuan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menarik semula lantikan dua individu terbabit. Bekas perdana menteri juga mahu mahkamah menangguhkan RCI tersebut sehinggalah kes ini diputuskan di mahkamah.
'Nothing To Hide' lah sangat Top Dog kan? Jadi  Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak tidak perlu lah melayan perkara remeh seperti program Nothing to Hide 2.0, anjuran Armada, Ahad ini. Seperti kata Ketua Penerangan UMNO, TS Annuar Musa, Perdana Menteri mempunyai banyak tanggungjawab lain yang perlu dilaksanakan.

Tambah TS Annuar lagi, kerja cabar-mencabar ini, kalau parti A tak buat, parti B akan buat, tapi kerja Perdana Menteri kalau beliau abaikan, tiada siapa hendak buat. Kemudian Rakyat yang terabai, jika Perdana Menteri fokus kepada kerjanya, Rakyatlah akan dapat untung. Malah TS Annuar turut menyifatkan Armada sengaja ingin mencari publisiti dengan menganjurkan forum berkenaan.


5 Raih Dana Armada Melalui Majlis Makan Malam? Bukankah Malaysia Hendak Bangkrap?


Kalau mengikut ceramah Parti Chap Bunga Raya, Rakyat Malaysia hidup dalam keadaan tertekan. Ekonomi Malaysia berada di dalam keadaan tidak baik dan berkemungkinan besar Malaysia akan bangkrap. Itu kalau bab hendak mengutuk dan merendahkan Kerajaan. Bila bab hendak mengutip derma lain pula bunyinya.

Bayangkan satu meja RM30,000 dan seorang RM5,000 sekadar untuk makan malam bersama pimpinan tertinggi Parti Chap Bunga Raya? Makan apa sampai RM5,000 seorang? Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak yang selama ini bertungkus lumus membantu Rakyat dihina, pemimpin yang mengemis duit Rakyat dijunjung.

Kita banyak kali mendengar parti DAP dan PKR mengadakan raih dana atau 'fund raising'. Namun, jarang sangat kita dengar wang berkenaan digunakan untuk bantu Rakyat miskin. Tidak seperti Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang banyak membantu orang kurang berkemampuan. Sekarang Parti Chap Bunga Raya sudah mula membuka langkah yang sama. Mat Sabu dan parti PAN bila nak buat seperti ini? Atau adakah tidak ada siapa yang sanggup buang duit makan dengan Mat Sabu?

August 9, 2017

19 Dakwaan China Menjajah Malaysia Semasa Perasmian ECRL Oleh DS @NajibRazak Adalah Tidak Tepat



Dari mula idea untuk membina Rangkaian Rail Pantai Timur (ECRL) dikeluarkan sehinggalah kepada hari perasmian pecah tanah hari ini, tidak banyak fitnah dapat dikeluarkan oleh pembangkang yang boleh merosakkan perancangan projek berkenaan.

Disebabkan beberapa gambar banner bertulisan China di tapak projek dan kononnya tiada bendera Malaysia, maka macai-macai pembangkang dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti PERKASA mengkritik perasmian tersebut dengan mengatakan Malaysia telah dijajah oleh China.

Pertama, siapa kata tiada bendera Malaysia di tapak projek? Biarlah gambar di bawah berbicara. Bendera Malaysia gah di pentas utama, Bahasa Malaysia tetap diutamakan dalam aturcara majlis, bacaan doa sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia dan yang pasti budaya Melayu tetap diangkat sebagai persembahan di majlis ini.

Cuma dari segi pengurusan program sebesar ini mungkin perlu diperbaiki. Bahasa ucapan pula menggunakan bahasa Mandarin kerana ia membabitkan pelabur dari China.





Kedua, mengenai tuduhan banner-banner Bahasa China di tapak projek adalah disebabkan semua jurutera CCCC datang untuk meraikan kedatangan Pengerusi mereka, bukannya Perdana Menteri. Itu adalah di majlis yang berasingan di sebelah pagi dan tidak melibatkan Perdana Menteri.

Pada majlis yang sebenar, ianya dihadiri oleh Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak yang kelihatan bersalaman dengan Kaunselor Negara China, Wan Yong pada majlis pecah tanah projek ikonik ECRL.

Ketiga, acara ini adalah satu acara antarabangsa yang melibatkan Rakyat dan pekerja dari Negara China. Dalam majlis perasmian ini, Pengerusi Majlis berbahasa Malaysia dan Mandarin pada seluruh majlis.

Bahasa rasmi China adalah Mandarin dan bukannya Bahasa Melayu atau English. Ucapan Perdana Menteri turut diterjemahkan ke bahasa Mandarin kepada semua delegasi China menerusi 'headseats' yang dipakai oleh mereka.

Senang kita membuat tuduhan dan bermain sentimen, namun kita harus tanya kembali orang yang lemparkan tuduhan itu benar benar berada dalam majlis atau tidak? Atau hanya membuat analisa hanya di papan kekunci sahaja.

Usahlah mensabotaj pelaburan besar dan baik untuk rakyat Pantai Timur ini. Bila siap kelak, ramai yang dapat manfaatnya sama seperti yang sedang warga kota rasai sekarang menerusi MRT pada hari ini. Saya sudahi dengan gambar model yang berkebaya dari negata China ini. Comel jugak kan?





 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates