April 29, 2017

91 Ceramah Mega Apakebenda Kalau Tidak Sampai 1,000 Yang Hadir




Walaupun diumpan dengan acara sarkas sebelum ceramah mega hari ini, kehadiran penonton ke Ceramah Mega PKR, sempena Konvensyen PKR amat hambar. Keadaan terkini kehadiran penonton dalam 1,000 orang sahaja kurang lebih, walaupun acara telah bermula jam 9.00 malam tadi. 

Walaupun Ceramah Mega PKR diadakan di Seberang Jaya, Pulau Pinang, tiada kelibat tuan rumah dan Tuan Besar pemimpin-pemimpin DAP kelihatan di dalam majlis tersebut.

April 28, 2017

192 Demo Anti Dr Zakir Naik Di Mont Kiara Hambar




Pagi tadi berlansungnya satu demonstrasi anti Dr Zakir Naik yang dianjurkan oleh gabungan pertubuhan yang menamakan sebagai Tamilar Kural. Sayangnya gabungan Tamilar Kural yang dianggotaui oleh 14 NGO di bawah hanya mampu membawa peserta-peserta demo tidak sampai 50 orang. Mungkin satu NGO bawa 2 orang kot? NGO yang menganggotai Tamilar Kural adalah:

1) Malaysia Tamilar Kural
2) We Are Malaysian Indian 
3) Pertubuhan Pembangunan Dan Kebajikan Yakin Malaysia 
4) Persatuan Pengiktirafan Artis1 Malaysia
5) MIETA
6) Tamizhar Ottrumai 
7) MALAYSIA TAMILARGAL
8 ) Mindraa  (Mcva)  Malaysian Indian recording artists association 
9) Persatuan Rapat Malaysia
10) Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS)
11) Jaringan Hindu Malaysia (JAIMA)
12) Persatuan Alumni MIYC Malaysia
13) Persatuan Innovasi Wanita 
14) MIYC SELANGOR

Kalau dilihat daripada gambar di atas, yang memegang pembesar suara berkenaan adalah M Satees, Ahli Majlis Perbandaran Seberang Prai. Beliau adalah pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy. Masih ingatkah isu M Satees yang menghina Sultan Johor yang sehingga kini masih belum dikenakan tindakan undang-undang?

Di belakang M Satees pula adalah David Marshal, juga orang kuat Dr P Ramasamy, yang juga merupakan Ahli Majlis. Jadi kita tahulah siapa dalang di sebalik demontrasi ini melainkan DAP. Mungkin perhubungan kaum di antara bangsa Melayu dan India semakin kuat dewasa ini menjadikan DAP cuba memfitnah Hindraf untuk memecah belahkan perpaduan kaum ini.

Tuduhan yang dikenakan kepada Dr Zakir Naik di dalam memorandum serahan kepada Kedutaan India di Mont Kiara adalah tidak masuk akal. Pertama, dituduhnya Dr Zakir Naik terlibat dalam penggubahab wang haram atau 'money laundering'. Apa mereka ingat Dr Zakir Naik itu setaraf Datuk Adam Rosly? Kedua, dituduhnya pula Dr Zakir Naik sebagai pengganas. Ini lagi tidak masuk akal. Kalau dibandiingkan Dr Zakir Naik dengan Dr P Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang itu jauh lebih pengganas dengan terlibat dengan dakwaan aktiviti Tamil Eelamnya.

27 Kerajaan @AzminAli Bagai Telor Di Hujung Tanduk Selepas PAS Putuskan Hubungan Dengan PKR


Hari ini, kerajaan Pakatan Harapan di Selangor mempunyai 30 kerusi DUN dengan DAP menguasai 15 kerusi, PKR (13) dan PAN (dua) manakala PAS (13), Barisan Nasional, 12 (12) serta Bebas (satu kerusi). 

Dengan keputusan yang dibuat dalam Muktamar PAS semalam, yang memutuskan hubungan dengan PKR, maka kedudukan kerusi terkini juga bakal berubah seperti berikut:

DAP – 15
PKR - 13
PAN - 2 
Jumlah keseluruhan -  30 Kerusi

Manakala di pihak pembangkang di Selangor pula:

PAS - 13
Barisan Nasional - 12
BEBAS – 1
Jumlah keseluruhan - 26 Kerusi

Melihat akan kedudukan ini, Menteri Besar, DS Azmin Ali hanya menerajui kerajaan Selangor dengan majoriti yang cukup tipis. Hanya tiga kerusi diperlukan untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan di Selangor. 

Dalam arena politik hari ini, bukan satu perkara mengejutkan andai ada antara ADUN yang bertindak meninggalkan parti untuk membentuk kerajaan baru di Selangor. Sejarah di Perak telah membuktikan bahawa ia bukan mustahil.

Melihat kepada hasil kemahuan akar umbi pada Muktamar PAS kali ke 63 di Alor Setar semalam, nampaknya, penolakan mereka terhadap PKR benar-benar serius dan bukan satu perkara mustahil, jika percaturan politik ini benar-benar berlaku, Selangor mungkin akan mendapat seorang Menteri Besar yang baru.

April 27, 2017

110 Ceramah Mega PKR Pulau Pinang Ada Sarkas! Huahahaha ...


Jangan lupa ya adik-adik, kakak-kakak, ibu-ibu dan bapa-bapa. Datanglah beramai-ramai ke Ceramah Mega sempena Konvensyen PKR Pulau Pinang pada 29/04/2017. Sebab apa? Sebab ada sarkas Dik Non. Sarkas selalu ada apa Dik Non? Ada gajah, ada beruk, ada harimau, ada kuda dan yang paling penting sarkas wajib ada ada badut.

Kalau dilihatkan dalam senarai poster di atas siapakah yang paling layak jadi badut? Wan Azizah kah? Azmin Ali kah? Atau Zuraidah kah? Setidak-tidaknya mereka boleh menjemput tetamu badut jemputan seperti Mat Sabu dan Mahfuz Omar! Poster ceramah mereka juga ada Anwar Ibrahim. Mungkin Jabatan Penjara boleh membebaskan Anwar Ibrahim untuk berceramah, saya tidak pasti.

32 Apabila Anwar Ibrahim Keluarkan Kenyataan Media Mengenai Kerugian Forex, Minions Pembangkang Krik ... Krik ... Krik ...


Sengaja CTS tidak membuat posting mengenai Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Ketua Umum (KETUM) PKR, Anwar Ibrahim mengenai penglibatan beliau di dalam kerjasama dengan Pasukan Khas Forex. Kita biarkan dulu selama 24 jam, bagi tempoh bertenang kepada minions bunga untuk memikirkan apa alasan yang perlu mereka rekacipta untuk menjernihkan keadaan.

Nampak gayanya, tiada lagi mana-mana pemimpin Parti Bunga seperti Tuan Presiden, Tuan Boboi, Ainina, Tuan Pemidato terhebat seluruh galaksi atau blogger terkenal Parti Bunga seperti Syed Outside Inside The Box atau Datuk A Kadir Jasin, membuat sebarang ulasan atau kenyataan berhubung Kenyataan Media Anwar Ibrahim ini, setakat ini.

Isu penting yang harus dijernihkan berdsarkan Kenyataan Media Anwar Ibrahim adalah penglibatan TS Nor Mohamed Yaakob sebagai orang yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam kerugian Forex ini. Persoalan yang lebih penting, kepada siapakah TS Nor Mohamed Yaakob melaporkan segala aktiviti berkaitan? Adakah beliau bertindak secara berseorangan?

Berikut adalah Kenyataan Media penuh Anwar Ibrahim. Beliau sedikit terlewat mengeluarkan kenyataan tersebut tetapi kita faham dengan situasi beliau yang berada di Penjara Sungai Buloh.
KENYATAAN MEDIA
Berkenaan Kerjasama Saya Dengan Pasukan Petugas Khas Forex
Saya memilih untuk bekerjasama dengan Pasukan Petugas Khas Forex selaku mantan Menteri Kewangan 1991-1998. Saya berpuas hati dengan ruang yang diberikan oleh Pengerusi Tan Sri Sidek dan jawatankuasa.
Dalam kesempatan singkat pada 20hb April lalu, saya telah jelaskan antara lain bahawa:
1. Sebaik menyandang jawatan Menteri Kewangan, Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Tan Sri Zain Azraai Zainal Abidin) ada menyentuh urusan dagangan matawang oleh Bank Negara Malaysia. Menurutnya, sejak 1989, Perbendaharaan Amerika (Fed); Bank Pusat England dan IMF telah memaklumkan bahawa penglibatan BNM dalam urusan tersebut dianggap membimbangkan.
Berikutnya, dalam taklimat Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Jaafar Hussein, beliau menafikan keterlibatan BNM sambil menekankan bahawa penglibatan BNM adalah sah sekadar mempertahankan kedudukan ringgit dalam pasaran.
2. Masalah mula dikesan laporan yang membimbangkan dari media antarabangsa dan pasaran Zurich, sekitar akhir 1991 dan awal 1992, dan perkara tersebut dikemukakan semula kepada Gabenor BNM. Tan Sri Jaafar memberikan keterangan yang sama dan memaklumi bahawa Pengarah Urusan tersebut di BNM adalah Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Namun, manakala deraf awal audit BNM 1991 dibentangkan, Perbendaharaan melahirkan kebimbangan. Gabenor BNM akui jumlah terlibat adalah lebih besar dari yang dijangka. Memandangkan saya dan Kementerian Kewangan tidak dimaklumkan mengenai hal tersebut, Gabenor sendiri yang menjelaskan kepada media dengan menyebut "kerugian atas kertas".
Berikutnya saya terpaksa menangani permasalahan tersebut di Parlimen, terutama persoalan-persoalan yang dibangkit Ketua Pembangkang ketika itu, YB Lim Kit Siang. Kerajaan memberikan penjelasan BNM sambil menjelaskan keutuhan ekonomi. Namun, saya menegaskan arahan agar BNM menghentikan dagangan Forex tersebut.
3. Dari perkembangan tahun berikutnya, 1993, ternyata urusan tersebut diteruskan; dan jumlah kerugian ketika itu, dianggar sekitar RM9 bilion hingga RM10 bilion.  Gabenor BNM membuat pengakuan kepada saya bahawa Tan Sri Nor Mohamed Yakcop tidak memberi laporan tepat kepadanya dan beliau telah menerima perletakan jawatan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sebagai petugas yang bertanggungjawab. Tan Sri Jaafar sendiri mengambil tanggungjawab sepenuhnya, walaupun saya akui kewibawaannya dan percaya bahawa beliau tidak diberikan keterangan lengkap oleh Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

4. Tan Sri Ahmad Don yang mengambil alih tugas Gabenor BNM pada tahun 1994 telah bertindak menghentikan dagangan tersebut, dan mula membayar kerugian sekitar RM500 juta setiap tahun. Pengurusan BNM bertambah mantap, diperkemas dengan laporan dasar yang lebih teratur kepada Menteri Kewangan.
Jumlah kerugian akhirnya dianggar sekitar 15 hingga 30 bilion ringgit tertakluk kepada cara BNM mengaudit dan mencatat potongan 'contingency fund', 'reserve fund', 'insurance fund'; kos membendung inflasi dan mempertahan ringgit.
5. Setelah saya dipenjarakan pada September 1998, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop telah dilantik sebagai penasihat ekonomi kepada Perdana Menteri. Dan lebih serius lagi apabila beliau dilantik Menteri Kewangan Kedua pada 2008; walaupun ketika diberhentikan pada tahun 1998, Kementerian Kewangan telah mengemukakan syarat bahawa beliau tidak boleh lagi terlibat dalam mana-mana institusi kewangan negara.
6. Dalam pertemuan dengan Pasukan Petugas Khas Forex ini, berulangkali saya tegaskan keperluan dibekalkan dengan laporan dan dokumen untuk memastikan perjalanan lebih telus dan teratur. Perkara ini belum dilaksanakan. Saya juga perhatikan masalah wujud manakala keputusan Pengerusi membenarkan peguam saya, R Sivarasa, hadir untuk saya rujuk, tetapi keputusan ini diketepikan oleh seorang pegawai di Kementerian Kewangan.
Anwar Ibrahim
26 April 2017

37 Apabila Minions Menggunakan Nama DS Johari Abdul Ghani Untuk Menghalalkan Fitnah

Bukan susah untuk menjadi minions dan membuat komen di blog-blog. Petik saja dari langit mana-mana kenyataan kononnya dibuat oleh Menteri itu dan Menteri ini, tanpa perlu ada rujukan yang sahih. Terkini, tektik terbaru minions adalah menggunakan nama Timbalan Menteri Kewangan II, DS Johari Abdul Ghani kononnya beliau membuat kenyataan yang bercanggah dengan 1MDB. 

Minions terlupa, sekarang zaman 'IT savvy'. Maklumat hanya berada di hujung jari sahaja. Apa yang perlu dilakukan adalah Google sahaja. Apa salahnya kenyataan yang dibuat oleh Menteri Kewangan II sebelum ini? Beberapa contoh Kenyataan Media terbaru daripada Timbalan Menteri Kewangan II diberikan di bawah untuk memudahkan minions yang pemalas:

1. DS Johari Abdul Ghani menegaskan hutang 1MDB tidak akan diambil alih oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc). The Star, baca di sini  dan Malaysiakini, baca di sini melaporkan,
The debts of 1Malaysia Development Bhd (1MDB) will not be taken over by the Ministry of Finance Inc. (MoF Inc), says Second Finance Minister Datuk Seri Johari Abdul Ghani. In a statement issued on Thursday, he said the debts that would remain on the balance sheet of 1MDB are the RM5bil sukuk, the US$3bil bond and the two tranches of US$1.75bil bonds.
2. Di dalam temu bual dengan KiniTV, lihat video di bawah, DS Johari Abdul Ghani berkata beliau malas untuk berbalah isu 1MDB sebab beliau tahu, pembangkang akan memutar belitkan kenyataan beliau. Beliau suruh rujuk laporan Public Account Committee. Salahkah?


3. Semalam, DS Johari Ghani telah mengesahkan bahawa surat daripada 'Registrar of Corporate Affairs, British Virgin Island mengesahkan bahawa Aabar Investment PJS Ltd (BVI) adalah subsidiari kepada IPIC. Itulah sebabnya Kementerian Kewangan meneruskan proses timbang tara (arbitration), baca di sini.
Second Finance Minister Johari Abdul Ghani has revealed the existence of a letter confirming that Aabar Investments PJS Ltd (BVI) is a subsidiary of International Petroleum Investment Company (IPIC) even though the Abu Dhabi state-owned firm denies this. The minister told Malaysiakini that based on records provided by 1MDB to the Public Accounts Committee (PAC), prior to the settlement agreement, Aabar Investments PJS Ltd (BVI) was a subsidiary of IPIC. He said this was confirmed by the Registrar of Corporate Affairs of the British Virgin Islands through its letter dated Aug 11, 2016.
4. Apa yang minions terlupa, buat-buat lupa atau memang bodoh apabila Naib Pengerusi Public Account Committee (PAC), Dr Tan Seng Giaw berkata bahawa Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak tidak harus bertanggungjawab ke atas urusan oleh 1MDB. MP DAP Kepong juga mengatakan DS Najib Tun Razak tidak terlibat dalam urusan syarikat seperti dia hanya seorang pengerusi lembaga penasihat. Dr Tan Seng Giaw bukan orang UMNO, MCA atau Gerakan tau minions, beliau orang pembangkang!

13 Al Fatihah Buat Adik Thaqif - MCA Mahu Keadilan Ditegakkan



Pukul 2.00 petang semalam, negara dikejutkan dengan pemergian Adik Mohamad Thaqif Amin seorang pelajar tahfiq di sekolah agama swasta, yang didakwa telah disebat oleh pembantu warden sehingga menyebabkan beliau kehilangan kedua belah kaki dan juga tangn kanannya.

MCA, sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) semalam melalui Timbalan Presidennya, DS Dr Wee Ka Siong telah merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. DS Dr Wee di dalam laman sosial Facebook beliau berharap pihak Polis dapat menyiasat kes ini secepat mungkin dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas mana-mana individu terbabit, bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang pada masa hadapan.

Perkara yang sama turut diluahkan oleh Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Abdul Razak. BERNAMA melaporkan Perdana Menteri mahukan siasatan segera dilakukan untuk mengetahui punca kematian pelajar berkenaan.


CTS masih lagi menunggu ucapan takziah daripada mana-mana pemimpin DAP. Mungkin Adik Thaqif adalah insan kecil yang tidak begitu penting dan bermakna buat mereka. Kalau hendak diharapkan kepada beberapa pepimpin Melayu Islam yang ada di dalam parti itu, mereka pula leka dengan berpelukan dan buat maksiat di dalam kelab.

Petikan Kenyataan Media Timbalan Presiden MCA adalah seperti di bawah:

马华署理总会长拿督斯里魏家祥博士:-
MCA Deputy President YB Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong:-
Dukacita menerima berita kematian pelajar Tahfiz, Mohd Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11 tahun, tengahari tadi. Takziah kepada ahli keluarganya.
Saya menyeru pihak Polis menyiasat kes ini secepat mungkin dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas mana-mana individu terbabit, bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang pada masa hadapan.
Bagaimanapun pada masa yang sama, saya berharap semua pihak bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi yang akan hanya merumitkan lagi keadaan.
*********
Shocked and very sad to hear about Thaqid Amin's passing in Johor. Wishing my deepest condolences to his family and friends  The whole incident has been very regrettable and unnecessary. 
I urge the authorities to fully investigate the cause of this and take the appropriate actions. Not only for this incident but hopefully, to prevent all future unwarranted actions that threaten the life and limb of our students.
**********
刚刚接获疑遭舍监以水管鞭打的11岁泰菲克阿敏小弟弟,今日不幸离世的消息,心情无比的悲痛,也藉此向其家属致哀,并表达我最深切的慰问。
我也在此呼吁警方务必查明真相并且严明办案,以便将涉案者绳之以法,确保类似的悲剧不再重演。

💻 *魏家祥 Wee Ka Siong Facebook Page*
https://www.facebook.com/weekasiong
📸 *魏家祥 Wee Ka Siong Instagram*
https://www.instagram.com/drweekasiong
📹 *魏家祥 Wee Ka Siong Youtube*
https://www.youtube.com/wkasiong
📱 *魏家祥 Wee Ka Siong Twitter*
https://twitter.com/weekasiongmp⁠⁠⁠⁠
Di bawah, CTS titipkan pengalaman sedih Ibu Allahyarham yang dikongsi di media sosial Facebook, Dayang Thafiqah:

Allah....berat sungguh dugaan yg kau berikan pd anakku dlm menghafaz Kalammu......kuat yea sayang...setiap minit..setiap saat.. nafas ini..doa mama sentiasa bersamamu....hanya kpdmu saja kami berserah...ya Allah... 

Mohon rakan2 fb mendoakn anak saya Mohamad Thaqif Amin bin Mohd Gadaffi...sedar dari koma dan sihat seperti sediakala...

Hari Ke2 - 20 April 2017

Selepas pembedahan kaki ptg semlm..keadaan Thaqif tak stabil...buah pinggangnya tak dpt berfungsi dengan baik dan proses pembekuan darahnya agak lambat..maybe disebbkn kuman dr kakinya..

Hari Ke3 - 21 April 2017

Keadaan makin worst...keadaan otot2 kaki sudah mati... pagi ni doktor decided utk potong kedua2 belah kakinya...that the best way 4 this time..satu cara utk elakkan dialisis buah pinggangnya..
Mohon doa rakan2...agar proses pembedahan kedua ni selamat dan dpt memberi impak positive pd buah pinggangnya..dan pulih semula..

Laa haula walaa quwwata illa billahi`aliyyil`azhiim. Tiada daya dan upaya,tiada kekuatan kecuali dgn pertolongñmu ya Allah yg Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Ya Allah...kau berikan yang terbaik buat anak syurgaku dan diriku...berilah daku kekuatan dan ketabahan utk mengharungi dugaanMu..ya Allah... aamiin 

Mohon rakan-rakan doakn yg terbaik buat anak syurga saya....

Hari ke3 - 22 April 2017

Semalam lps potong kaki... tangan kanan dh mula bengkak dan kehitaman...Awal pagi tadi.. doktor minta kebenaran...utk belah tangan Thaqif bagi kurangkan tekanan... kuman merebak sgt cepat....Sya dh redha apa jua ketentuan Allah....

Hari ke 4 - 22 April 2017

Keadaan Thaqif ada nampak perubahannya....lebih baik dari semalam... selepas proses dialisis...muka yg bengkak..dh npk susut.. tangan yg hitam dh npk beransur cerah selepas operation...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah...syukur....terima kasih ya Allah... kau dengar doaku, rakan taulan dan org ramai.. yg tidak putus-putus mendoakan kesembuhan buat Thaqif ...

Jutaan terima kasih pd semua yg tidak putus mendoakan kesembuhan ank sya...

Harapan saya...agar semua tidak putus2 mendoakan Mohamad Thaqif Amin berjuang untuk melepasi tahap kritikal... Amin ...

Hari ke 6 - 24 April 2017

Thaqif masih ditidokn...hanya zikir, doa dan bicara sepi mama bersamamu. Pemantauan rapi setiap 4 jam..ubat cair n beku darah perlu di balancekn....buah pinggang nampaknya ada progress...moga ank syurga mama terus kuat utk sembuh... Allahuakbar....

Hari ke 7 - 25 April 2017

Alhamdullillah pagi ini, DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor telah berkenan berangkat bercemar duli melawat Thaqif... semoga dgn kedatangan Permaisuri.. memberi impak yg positif kpdnya...

Tegok muka Thaqif nampak sihat...cuma ada kebimbangan bila tengok jari jemari tangan kanannya makin kecut....Ya Allah ...berilah keajaiban utknya...

Selepas perjumpaan dgn Dr Saadon... hati mama makin pilu....camnelah Abg nk hadap...bila abg sedar nanti.... Allahuakbar...kaulh Maha Mengetahui yg terbaik buat ankku dan diriku...

Thaqif demam... suhu semakin meningkat... tangan kanan.....otot-otot dh mati... doktor tggu sehingga jam 8 malam ni... pemantauan setiap jam...sekiranya tiada perubahan jua... terpaksalh memilih pilihan terakhir....

Allahuakbar.... Allahuakbar... Allahuakbar 

Ya Allah... Engkaulh Maha Penyembuh....berilah kesembuhan buat anaku.... kurniakanlah kekuatan buat diriku... aamiin... aamiin... aamiin ya rabbal alamiin...

Demi menyelamatkan nyawa thaqif, tangan kanan thaqif akan dipotong.. supaya kuman tidak merebak.. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar 😭😭😭... berat sungguh dugaan dan ujian yg Allah berikan... moga Thaqif dan kami sekeluarga terus diberikan kekuatan..

Hari ke 8 - 26 April 2017

Assalamualaikum...wbt..

Doakan yang terbaik buat Thaqif... operation tangan tak jadi... keadaannya tak stabil. Semakin tenat.
Thaqif disahkan meninggal dunia pada petang 26 April 2017. Berakhirnya episod penderitaan Thaqif di dunia ini... insyallah syurga tempatmu nak.. innalillahiwainnailaihirajiunn..

Sedekah alfatihah untuk Thaqif😭
Berakhirnya sebuah episod duka dan menggemparkan negara.

April 26, 2017

60 CTS Reached 10 Million Marks Today


I'm honored! Cucu Tok Selampit has registered over 10 million pageviews today, posted over 5,740 times and published over 71,000 readers' comments. To all my lovely readers whether you're my fans or my haters, thank you for your precious time visiting my small blog. I love you all very much.

63 Penjelasan Mudah Untuk Minions Dakwaan USD3.5 Billion 1MDB Kena Bayar 2 Kali Menggunakan Wang Rakyat


Sahabat saya, Saiful Bahari Baharom menulis di Facebook beliau seperti berikut:
Kalau kita baca urusan 1MDB dan IPIC, kalau Bahasa Inggeris kita kureng, memang susah nak faham. Kalau Bahasa Inggeris bagus pun, perlu ada background knowledge mengenai undang-undang and corporate finance. Banyak pula istilah-istilah yang terhad kepada bidang-bidang tersebut. Saya sendiri tak berapa faham sangat sebab kena baca slow-slow dan kena pulak ada kertas kat sebelah, buat nota agar mengikuti selok-beloknya dan berkait-kait ceritanya. Mereka yang expert di dalam bidang corporate law dan corporate finance gaji mereka berpuluh-puluh ribu sebulan. Jadi, saya hairan budak-budak yang bahasa Inggeris dia pun lintang-pukang Pua Choo Khang, buat rumusan bagaikan expert. Orang yang paling bodoh adalah mereka yang tidak tahu mereka bodoh.
Jadi tidak hairanlah apabila CTS menulis bab penyelesaian tribunal di antara 1MDB dan IPIC dalam bahasa English, semalam, banyak komen yang ke laut. Jadi untuk membantu minions berbayar memberi komen yang membina, CTS sertakan di bawah penjelasan dalam bahasa Malaysia dalam bahasa yang mudah difahami. Kalau tidak faham juga, sila meninggal.

Wang yang akan dibayar oleh 1MDB kepada IPIC adalah wang yang dibayar kepada Aabar BVI iaitu:

USD2.5 billion + USD3.5 billion  = USD6 billion.

Sumber wang yang akan dibayar kepada IPIC adalah daripada aset Al Husainy dan Qadeem yang telah dibekukan oleh kerajaan Abu Dhabi kerana laporan IPIC kepada kerajaan Abu Dhabi bahawa mereka berdua telah mencuri wang Aabar Abu Dhabi milik IPIC kepada Aabar BVI milik mereka berdua. Jelas IPIC menyalahkan mereka berdua dan bukan 1MDB.

Aset Al Husainy dan Qadeem yang telah dibekukan oleh Kerajaan Abu Dhabi hanya boleh dikembalikan kepada 1MDB dan bukannya kepada Al Husainy dan Qadeem. Seterusnya, wang inilah yang akan 1MDB bayar kepada IPIC. Wang yang sama dan tiada wang tambahan.

Faham tak ni?

April 25, 2017

64 Gurauan @RafiziRamli Semakin Pelik Dan Bodoh



Kita faham Ahli Parlimen Pandan yang juga Naib Presiden PKR amat suka bergurau dan seorang badut politik yang popular. Cumanya kalau selalu sangat buat lawak bodoh, ianya menjadi jemu dan membosankan.

Dua kenyataan Rafizi Ramli yang terbaru menunjukkan gurauan beliau semakin membosankan. Berikut adalah kenyataan lawak bodoh Rafizi Ramli:

1. Adam Rosly bekas ahli PAS.

Apa kena mengena keahlian PAS dengan kes Adam Rosly yang kaya melampau ni? Kalau betullah dulu Adam Rosly ahli PAS, sudah tentu perangainya baik masa itu. Cuma apabila masuk parti PKR sahaja perangainya berubah seolah menjadi 'syaitan yang direjam'.

2. Adam perlu cuti tapi bukan Guan Eng

Agak-agaklah kalau hendak spin sekalipun. Tidak ada perbezaan pun kedua-dua kes Adam Rosly dan Lim Guan Eng. Kedua-duanya telah didakwa di mahkamah. Kita faham mana mungkin Rafizi Ramli berani menegur 'tokong' DAP.

Mungkin Rafizi Ramli telah lama tidak minum susu kerana sel-sel otaknya telah gagal untuk berhubung. Masih ada lagikah minions bangang yang percaya dengan Rafizi Ramli ini?

1 TS Annuar Musa Beri Sejam Keterangan Kepada Audit Dalaman MARA Berkenaan Isu TRW




TS Annuar Musa pagi ini sekitar 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, telah memberi keterangan kepada Jawatankuasa Audit Dalaman Majlis Amanah Rakyat (MARA) berhubung isu dakwaan penyelewengan pengiklanan kepada pasukan bolasepak Kelantan, The Red Warrior (TRW), di bangunan Ibu Pejabat MARA di Kuala Lumpur.

TS Annuar Musa yang merupakan Ketua Penerangan UMNO Malaysia dan Ahli Parlimen Ketereh berkata, kini terserah kepada pihak MARA untuk buat keputusan atas keterangan yang diberinya. Menurut beliau beliau sudah sekian lama menunggu untuk dipanggil beri keterangan berkenaan selepas diminta bercuti dari jawatan Pengerusi MARA pada 31 Januari lalu.

TS Annuar berpuas hati dengan perjumpaan pagi ini dan beliau turut menafikan terlibat dalam proses rundingan pakej komersial Pelaburan MARA Berhad (PMB) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk syarikat TRW yang menguruskan pengiklanan pasukan bola sepak Kelantan. Menurut beliau, ia semata-mata satu keputusan komersial yang beri banyak kelebihan kepada anak syarikat MARA itu.

Annuar menjelaskan banyak orang yang tidak faham isu sebenar dalam isu penajaan itu hingga timbul pelbagai spekulasi tidak betul. TS Annuar menegaskan tidak pernah menyuruh MARA khasnya PMB untuk menaja atau mengiklan dengan TRW menggunakan bajet penjenamaan dan pemasaran mereka. 

Beliau juga berkata tidak terbabit dalam proses memutuskan, rundingan atau mengarah, jauh sekali menggunakan dana pendidikan MARA untuk membeli pakej komersial berkenaan. TS Annuar turut menegaskan beliau tidak terlibat dengan dakwaan memaksa menggunakan dana pendidikan MARA untuk membantu pasukan bola sepak Kelantan.

Jawatankuasa Audit Dalaman MARA itu dipengerusikan oleh Prof Emeritus Datuk Dr Abu Azam Md Yassin dihadiri serta Ahli Majlis MARA iaitu Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Datuk Ariss Shamsudin serta wakil Kementerian Luar Bandar dan Wilayah serta Kementerian Kewangan.

TS Annuar turut mendedahkan antara isu yang diperjelaskan ialah jumlah bayaran pakej jumlah bayaran pakej komersial ditawarkan TRW kepada PMB berjumlah RM200,000 yang jauh lebih rendah berbanding pakej asal mencecah lebih RM1 juta. Tambahnya, nilai pakej komersial TRW yang dibeli UniKL dan PMB jauh lebih rendah berbanding nilai dikenakan kepada syarikat lain.

83 "Miss GST U-Turn" @n_izzah Fitnah Kerajaan Kutip GST Untuk Bayar 1MDB



Dulu beliaulah penentang GST nombor wahid. Berada di barisan hadapan demonstrasi Bantah GST pada 25/03/2015 dan 02/04/2016, semalam beliau membuat pengakuan bahawa Pakatan Harapan tidak akan memansuhkan GST. Baca di sini. Hari ini Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai memfitnah pula perolehan kerajaan RM39 bilion menerusi GST adalah untuk menyelamatkan 1MDB. 

Pastinya apa yang beliau cakap tidak mempunyai bukti bukan? Beliau juga tidak berani menuduh secara langsung bahawa Kerajaan menggunakan GST untuk 'bail-out' 1MDB. Mungkin beliau takut kejadian yang sama seperti beliau memfitnah Raja Nong Chik, calon Barisan Nasional Lembah Pantai di dalam PRU-13, yang kesudahannya beliau meminta maaf, berulang.

Kedua, mungkin kerana terlalu teruk dikritik dan di'troll' di media sosial, Nurul Izzah dalam Kenyataan Media hari ini membuat 'u-turn' sekali lagi apabila "menegaskan komitmen Pakatan Harapan seperti yang dinyatakan dalam Belanjawan Alternatif 2017 bahawa semua barangan dan perkhidmatan akan dikenakan kadar sifar GST sekiranya PH diberi mandat pada pilihan raya akan datang". Sumber di sini.

Kenapa perlu berbelit-belit Nurul Izzah? Tidak perlu mengatakan Pakatan Harapan akan meneruskan GST tetapi semua barangan berkadar sifar. Itu kenyataan bangang namanya. Kenapa tidak disebut terus Pakatan Harapan akan menghapuskan GST. Bukankah GST itu RAKUS seperti tulisan yang kamu pegang di atas?

36 Tony Pua And Wong Chen Are Liars, 1MDB Did Not Pay Double To IPIC


PKR Member of Parliament (MP) for Kelana Jaya, Wong Chen, had accused IPIC-1MDB settlement to be borne by Malaysian taxpayers, read here. Little less the same story was also been told by Batu MP, Tony Pua, read here. 

Yesterday, 1Malaysia Development Bhd (1MDB) has settled its arbitration with Abu Dhabi fund International Petroleum Investment Company (IPIC). Both companies issued separate statements on the settlement of the arbitration proceedings at the London Court of International Arbitration.

1MDB only ever paid USD3.5 billion to IPIC in various payments that IPIC initially denied. Now IPIC has clearly admitted in their statement that there were such payments. In IPIC's London Stock Exchange statement, they wrote:
"The parties have also agreed to enter into good faith discussions in relation to payments made by 1MDB Group to certain entities."
This means the USD3.5 billion bonds will be settled based on the money from those payments. 1MDB also does not give up the rights to sue IPIC if no agreement is reached on these payments by the year 2020. In the meantime, IPIC is still the guarantor for the USD3.5 billion bonds.

1MDB had never paid an additional USD2.5 billion to IPIC and will not be paying USD2.5 billion to IPIC. 1MDB will be using money that it will monetize from the existing USD2.5 billion fund units that were guaranteed by Aabar. This is how the USD2.5 billion will be used:

a) Repaying IPIC USD1.2 billion comprising of USD1 billion they paid to 1MDB in June 2015 and USD200 million that IPIC had paid for interests on the USD3.5 billion bonds last year.

b) 1MDB will keep the remaining USD1.3 billion to pay the interests on the USD3.5 billion bonds until maturity.

There is little difference from the settlement announced yesterday with the June 2015 asset-swap agreement. As per the original agreement, no money comes from Ministry of Finance (MOF) or Malaysian taxpayers at all. All comes from 1MDB. 

So, how did Tony Pua and Wong Chen conclude that 1MDB had paid twice or even worst IPIC-1MDB settlement to be borne by Malaysian taxpayers?

23 Ada Apa Dengan Banner MCA Di Taiping?


Semalam tular di laman media sosial berkaitan banner yang memaparkan penghormatan dan ucap selamat kepada DYMM SPB Yang Dipertuan Agong sempena Majlis Pertabalan Baginda. Banner berkenaan yang diletakkan di hadapan pejabat MCA mempunyai sedikit kecacatan dan kesalahan padanya apabila kesalahan 'pertabalan' disalah eja sebagai 'perbatalan'.

Kita memahami adalah satu kekhilafan untuk MCA Bahagian Taiping tidak menyemak apa yang disediakan oleh pembekal sebelum dipaparkan. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelombang. Menyedari kesilapan tersebut, MCA Bahagian Taiping dengan pantas menurunkan banner berkenaan dan membuat Kenyataan Media memohon maaf seperti berikut:
Selamat petang Dato-Dato, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan. Saya mewakili MCA Bahagian Taiping ingin memohon maaf atas kesilapan kami kerana tidak menyelidik semula banner yang kami terima dari pencetak yang digantung depan pejabat kami.
Banner tersebut telah diturunkan dengan serta-merta pagi tadi apabila kami dimaklmumkan tentang kesilapan tersebut. Pembetulan telah juga dibuat dan digantung semula. 
Kami juga ingin merafak sembah memohon ampun KDYMM Tuanku diatas kesilapan ini dan juga ingin meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.
Tulus ikhlas daripada Cik Ang Sui Eng, Pengerusi MCA Bahagian Taiping.
 Bannner dengan ejaan yang betul telah dinaikkan semula dengan kadar segera seperti di bawah:


Usaha MCA Taiping ini wajar dipuji apatah kesalahan yang tidak disengajakan ini dimaafkan. Pertama, perkara ini tidak disengajakan. Kedua, tindakan segera untuk pembetulan telah dilakukan. Dan Ketiga, permohonan maaf dari Bahagian berkenaan telah dilakukan.

MCA bukan seperti DAP yang tidak pernah meminta maaf apabila melakukan sebarang kesilapan apabila menghina atau melukakan perasaan orang Melayu Islam. Isu penghinaan lagi "Negaraku", penghinaan terhadap isu azan serta pelbagai lagi isu yang telah menyinggung hati orang Melayu dan Islam di negara ini, masih belum diselesaikan oleh DAP.

April 24, 2017

90 Isu GST - Pakatan Harapan, Pakatan U-Turn




Setahun yang lalu, Pakatan Harapan telah menganjurkan himpunan Mansuh GST pada 02/04/2016. Maka berduyun-duyunlah minions pembangkang yang bodoh turun berdemostrasi di Kuala Lumpur.

Hari ini, 23/04/2017, Pakatan Harapan mengeluarkan kenyataan bahawa sekiranya Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke 14, mereka tidak akan menghapuskan GST.

Minions pembangkang dengan bodoh bangangnya mengangguk-angguk kepala. Kejap nak mansuh, buat demo, kejap nak terima, buat 'u-turn'. Yang bodoh dan bangang, macai-macai dekat bawah ni.


April 23, 2017

65 Tahniah Rejim DAP Penang Kerana Menaikkan Air dari 48 Sen Ke 100 Sen, Peningkatan Melebihi 100%


Malaysiakini melaporkan,
Kerajaan negeri Pulau Pinang akan menaikkan surcaj pemuliharaan air (SPA) bagi penggunaan domestik sebagai sebahagian daripada usaha untuk menggalakkan penggunaan air secara bijak dalam kalangan rakyat negeri ini.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, SPA akan dinaikkan daripada 48 sen kepada RM1 setiap 1,000 liter air untuk penggunaan melebihi 35,000 liter sebulan sebagai langkah terakhir bagi mengurangkan kadar pembaziran air di Pulau Pinang.
Kempen jimat air Rejim DAP Pulau Pinang dengan mengenakan surcaj penggunaan air atau SPA yang diperkenalkan pada 2010 telah gagal mengurangkan penggunaan air per kapita negeri. Pada masa itu kadar SPA yang dikenakan adalah 24 sen setiap 1,000 liter penggunaan air melebihi 35,000 liter sebulan.

Kadar itu telah dinaikkan 100% kepada 48 sen setiap 1,000 liter bagi penggunaan melebihi 35,000 liter sebulan pada 01/09/2013 setelah usaha untuk mendenda Rakyat Pulau Pinang dengan mengenakan surcaj penggunaan air masih gagal menurunkan kadar penggunaan air per kapita negeri. 

Atas alasan yang serupa, buat kesekelian kalinya pada 2017 Rejim DAP Negeri Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng akan menaikkan surcaj penggunaan air, kali ini lebih 100%; dari 48 sen kepada 100 sen.

Namun begitu kempen tersebut berjaya memberi keuntungan berjuta ringgit kepada PBAPP dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Mungkin kerana itulah, Lim Guan Eng naikkan lagi kadar surcaj penggunaan air.

Pengguna air menderita. Rejim Negeri bertambah kaya. Rakyat Pulau Pinang padan muka. Jom kita lihat Manifesto Pakatan Harapan. Manifesto mana manifesto?

47 Bolehkah DAP Menjaga Islam Di Malaysia?


Ketika Pengisytiharan Negara Islam oleh UMNO yang dibuat oleh Yun Dr. Mahathir Mohamad pada 29/09/2001, DAP begitu lantang menentang. Pada DAP, Malaysia mesti kekal sebagai sebuah negara sekular. Hari ini, UMNO yang dituduh korup mula cenderung terhadap Islam dalam isu Rang Undang-Undang (RUU) 355. 

UMNO yang selama ini dikatakan lebih baik daripada PAS mula dimusuhi hanya kerana kecenderungan UMNO terhadap Islam. Ini dibuktikan melalui penentangan yang berterusan oleh DAP terhadap konsep Negara Islam yang dibawa oleh UMNO mahupun pembangkang Pas.

DAP yang majoriti partinya diwakili oleh orang Cina bukan sahaja tidak bersetuju telah membawa perkara ini ke mahkamah. Bagi DAP, Malaysia harus kekal sebagai sebuah negara sekular. DAP memetik kata-kata Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 1983 sebagai hujah utama untuk menolak sebarang perkataan Negara Islam ke atas Malaysia. "Don’t turn Malaysia into an Islamic State."

Itulah kempen yang terus-menerus digunakan sebagai senjata dalam kempennya kepada masyarakat Cina. DAP melancarkan kempen, No to 911, No to 929, Yes to 1957 sebagai membantah keras sebarang usaha menubuhkan negara Islam.

Lebih tegas lagi, DAP membuat andaian, sekiranya Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Tun Fuad Donald Stephens dan Datuk G.S. Sundang masih hidup, mereka juga akan turut menyokong kempen tersebut dan menentang konsep negara Islam. Hebat DAP, seperti PAN juga boleh membaca pemikiran orang yang telah tiada.

Meskipun, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menegaskan bahawa, "Malaysia is not a secular state or theology nation. It is an Islamic nation, governed by Islamic tenets but adhering closely to democratic principles in line with the highest laws of the land, the Federal Constitution" (New Straits Times 28/08/2007).

Beberapa tindakan DAP sejak dulu menampakkan mereka anti kepada Islam. EXCO Selangor, Teresa Kok pernah menyindir EXCO PAS di Selangor berkaitan dengan bantahan konsert Selena Gomez, dengan berkata, "What a joke! The Selangor exco doesn’t order prayer to save Malaysia from the shame brought by 1MDB scandal, but has instead ordered prayer to cancel an upcoming concert in Shah Alam?"


DAP tidak ada calon daripada bangsa Melayu beragama Islam dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP. Anak Cina yang diletakkan nama sebagai Khairil Khir Johari telah dipergunakan untuk menipu dan merosakkan Melayu. Siapakah Khairil Khir Johari ini?



Di Pulau Pinang pula, EXCO Agama walaupun berketurunan Melayu Islam namun beliua seringkali dilihat sebagai boneka kepada Dinasti Lim. Beberapa isu yang menaikkan kemarahan Umat Islam di sana seperti campurtangan EXCO Bukan Islam terhadap fatwa Kerajaan Negeri dan usaha merobohkan gerai perniagaan pemilik Melayu Islam.

Setiausaha Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden mendakwa kontrak Mantan Mufti Pulau Pinang, DS Hassan tidak disambung pada Jun 2014 kerana beliau membantah arahan Lim Guan Eng berhubung penggunaan kalimah Allah yang bertentangan Seksyen 48 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004.

Bagaimanapun, Lim Guan Eng hanya mengeluarkan kenyataan membenarkan orang bukan Islam di Pulau Pinang menggunakan kalimah Allah 6 bulan kemudian, iaitu pada Disember 2014.

Banyak lagi insiden yang memaparkan bahawa DAP anti Melayu dan Islam. Demi kelangsungan politik mereka, kepura-puraan harus wujud bagi mengaburi mata orang-orang Melayu untuk undi mereka menjelang Pilihan Raya Umum ke 14.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates