April 13, 2017

245 Pemilik Disneyland Malaysia, Adam Rosly Ditangkap, Tahniah @SPRMMalaysia



Pembantu Khas Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah kamaruddin dan pemilik Disneyland Malaysia hari ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Adam Rosly yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang ditangkap SPRM sebentar tadi selepas hadir ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan. 

Adam Rosly bakal didakwa kerana menipu berkaitan sumber pendapatan dan harta. Adam Rosly dipercayai terlibat dalam pengubalan wang haram (money laundering) berkaitan hasil haram dari perbuatan rasuah. Tahniah SPRM.

Menurut Zuraida Kamaruddin, kekayaan Ketua AMK Ampang itu datang dari bapanya yang merupakan ahli perniagaan. Maka kita berharap agar bapa Adam Rosly tampil membersihkan nama anaknya, walaupun ada cerita yang mengatakan bahawa Adam Rosly sendiri tidak pernah bertemu bapanya semenjak lahir.

Nota Kaki: Maka kecewalah usahawan-usahawan di luar sana yang bercita-cita untuk menjadi jutawan dengan kononnya menjual nasi lemak seperti Adam Rosly. Nampak gayanya bukan taukeh nasi lemak saja yang kepanasan, Mak Lampir Indon mantan penjual buah pun tak tidur malam kalau macam ni.

0 Fitnah Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh Disangkal Timbalan Presiden MCA

Hanya berdasarkan kepada laporan sebuah portal, Berita Daily, Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh telah mengaitkan Timbalan Presiden MCA, DS Dr Wee Ka Siong dalam isu yang hangat dikritik Rakyat ke atas garis panduan Kerajaan Selangor dalam menetapkan tempat-tempat ibadah bagi bukan Islam.

Cadangan garis panduan Selangor ini telah diumumkan oleh EXCO DAP Selangor, Teng Chang Khim sememangnya telah mendapat kritikan hebat dari pelbagai pihak. Namun, apa yang dikesalkan adalah tanpa rujukan yang sahih, Hannah Yeoh telah memetik laporan Berita Daily kononnya Datuk Wee telah mengeluarkan kenyataan mengkritik cadangan daripada Teng Chang Kim.



DS Dr Wee dalam satu Kenyataan Medianya menafikan ada mengeluarkan kenyataan mengenai Garis Panduan Manual Selangor dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor berhubung kelulusan tempat-tempat ibadat bukan Islam kepada portal Berita Daily. Beliau mengakui terkejut dengan kenyataan balas Hannah Yeoh terhadap kenyataan palsu tersebut.

DS Dr Wee menegaskan beliau tidak dihubungi oleh mana-mana media kerana berada di luar negara ketika isu itu dibangkitkan. Bagaimanapun, Ka Siong telah menghubungi editor portal Berita Daily dan pihaknya mengakui telah melakukan kesilapan dan telah menerbitkan notis pembetulan terhadap laporan berkenaan.

Di dalam laman Facebooknya, Hannah Yeoh yang juga Ahli DUN DAP Subang Jaya yang pada awalnya membidas ke atas kononnya kritikan DS Dr Wee yang ditulis Berita Daily dan akhirnya memohon maaf setelah dihubungi sendiri oleh Datuk Wee untuk menjelaskan perkara sebenar. Walau bagaimanapun, pepatah English ada mengatakan, "damage have been done". Inilah cara propaganda DAP dalam menabur fitnah dan kemudiannya dengan selamba meminta maaf.

47 @RafiziRamli Buat Surat Akuan Bersumpah Berkanun Berdasarkan Cakap-Cakap, Sidang Media Bodoh, Tiada Bukti Diberikan


Terasa bodoh yang amat sangat menantikan Sidang Media Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang kononnya di dalam Sidang Media hari ini akan mendedahkan salah laku mantan pimpinan tertinggi PAS, Datuk Nasharuddin Mat Isa dan wang 1MDB. Rafizi Ramli memang anti klimaks. Cepat sangat buat penonton ejakulasi pra-matang. Namun satu perkara yang kita patut hormat dengan Rafizi Ramli. Beliau dapat melakukan semua ini dengan keadaan tenang dan penuh keyakinan.

Di dalam video beliau yang disiarkan di laman sosial media Facebook beliau, tonton di sini, apa yang beliau lakukan iaialah membaca Surat Akuan Bersumpah Berkanun (Statutory Declaration). Surat Akuan Bersumpah Berkanun pula hanya berkisarkan kepada cakap-cakap (hearsay) daripada kononnya Mantan Pegawai Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat kes 1MDB berkenaan. Sudahlah Surat Akuan Bersumpah Berkanun berkenaan hanya berdasarkan cakap-cakap (hearsay) malah nama pemberi maklumat iaitu Mantan Pegawai Kanan SPRM juga tidak berani disebut di dalam Surat Akuan Bersumpah Berkanun berkenaan. 

Apatah lagi kalau kita mengharapkan di dalam Sidang Media sebentar tadi Rafizi Ramli akan mendedahkan segala bukti-bukti yang beliau ada. Apa yang Rafizi Ramli cuba lakukan di dalam Sidang Media tadi dan Surat Akuan Bersumpah Berkanun bodoh beliau iailah memancing pihak-pihak yang berkenaan akan turut menari dan melompat bersama-sama beliau. Apa yang beliau ada seperti biasa hanyalah cakap kosong yang retorik dan pembohongan yang tidak pernah padam. Betullah apa yang dikatakan oleh Presiden PAS seperti di bawah.

76 Bukan DS @HishammuddinH2O Saja Pernah Dilantik Menteri Tugas-Tugas Khas, Tun Daim Pun Pernahlah


Apabila Perdana Menteri DS Mohd Najib Tun Razak melantik DS Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas Di Jabatan Perdana Menteri, 'gelabah biawak' pemimpin-pemimpin pembangkang membuat teori konspirasi. Ada yang mengatakan Perdana Menteri ingin meletakkan jawatanlah, Perdana Menteri ingin melantik DS Hishamuddin sebagai Timbalan Perdana Menteri lah, DS Zahid Hamidi akan digugurkan dari kabinetlah dan pelbagai teori lagi.

Apa yang pembangkang terlupa terutamanya minion-minion Parti Cap Bunga Raya yang baru mengenal dunia politik adalah Tun Dr Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri pernah melantik Tun Daim Zainuddin sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri yang dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas berhubung perkara-perkara pembangunan ekonomi.

Tidak pula pada masa itu timbul teori-teori Tun Dr Mahathir ingin meletakkan jawatan atau Tun Daim Zainuddin akan dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri.

April 12, 2017

0 SPAD Perkenal Program Terkini, Fasa Baharu Bagi Pemandu Teksi

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memperkenalkan program terkini yang memberi manfaat kepada semua pemandu teksi yang bakal memasuki fasa baharu. Salah satunya adalah pelaksanaan mengklafikasi semula lesen teksi, yang akan menetapkan asas tambang yang rasional. Struktur semasa mempunyai lima kategori teksi yang berbeza dan ianya akan diselaraskan kepada tiga sahaja.


Pada 31 Mac lalu, SPAD telah mengeluarkan satu surat pekeliling untuk pembatalan lesen teksi semasa dan digantikan dengan kategori yang lebih mudah. Pekeliling itu menyatakan bahawa pengendali lesen yang telah mencapai had umur maksimum akan diberi tempoh enam bulan untuk memindahkan kepada tiga kategori baharu ini. 

SPAD menjelaskan bahawa pada masa ini, terdapat terlalu banyak kategori yang menimbulkan kekeliruan. Dengan pekeliling yang baharu ini, SPAD tidak akan memperbaharui lesen semasa. SPAD akan menukar semua kategori teksi yang berkaitan kepada teksi, kereta sewa serta limosin sahaja sebaik sahaja mencecah had usia sepuluh tahun.

Pemandu teksi boleh memilih untuk menjadi teksi bermeter, kereta sewa, atau jika kereta mereka kategori premier atau eksekutif, maka ia akan menjadi limosin. Kategori lesen semasa melibatkan teksi lapangan terbang, teksi bajet, teksi eksekutif, teksi premier dan teksi 1Malaysia. Menurut pihak SPAD, setiap kereta berusia lebih 10 tahun perlu ditukar. 

SPAD juga berkata jika teksi berusia tiga tahun, pemandu teksi boleh meneruskan dalam kategori sedia ada. SPAD tidak akan campur tangan, memandangkan SPAD sedar ianya memerlukan kos yang banyak untuk mengecat semula, jadi pemandu teksi dibenarkan untuk terus berada di bawah skim sedia ada.

Pengelasan teksi semula adalah sebahagian daripada Program Transformasi Industri Teksi oleh SPAD yang diumumkan Ogos lalu bagi menyelesaikan isu yang dihadapi industri ini. Menurut SPAD, program ini bertujuan untuk mewujudkan situasi yang adil malah akan memberi manfaat kepada pemandu mahupun penumpang.

85 Peter Chong, Pembantu Sivarasa Hilang? Jangan Risau, Selepas Pesta Air Songkran Baliklah Dia Kot?


Peter Chong, pembantu kepada Ahli Parlimen Subang dari PKR, R Sivarasa, dilaporkan hilang sejak 3 hari lepas. Pelbagai teori dikeluarkan oleh pembangkang mengenai kehilangan tersebut. Salah satu teori adalah Peter Chong merupakan orang kelima terlibat dalam aktiviti politik atau agama yang dilaporkan hilang sejak bulan November tahun lalu.

Ketua Polis Negara TS Khalid Abu Bakar, hari ini mengesahkan bahawa aktivis Peter Chong yang didakwa hilang, telah dilihat menyeberangi sempadan Thailand. Menurut TS Khalid, Peter dilihat menyeberangi sempadan Thailand melalui Bukit Kayu Hitam dengan menaiki bas pada jam 6.30 pagi 7 April 2017. Baca di sini.

Adakah kebetulan Peter Chong masuk ke Thailand ada kaitan dengan Pesta Air Songkran yang akan diadakan di Hatyai dari 13 hingga 15 April 2017?




60 DS @NajibRazak Saman @TonyPua ... err Whats Up Doc?

DS Najib Razak menuntut Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua Kiam Wee mengemukakan permohonan maaf selain menarik balik kenyataan dan klip video memfitnahnya yang disiarkan dalam laman Facebook. Tonton video berkenaan di sini.

Najib yang bertindak atas kapasiti peribadi menyerahkan surat tuntutan itu ke pejabat Pua hari ini melalui firma guaman, Hafarizam Wan & Aisha Mubarak Ia berhubung kenyataan fitnah yang dikeluarkan dan disiarkan oleh Pua pada 6 April lalu yang dimuat naik dalam laman Facebook beliau.
Sehubungan itu, Najib menuntut Pua dalam tempoh tujuh hari, untuk berhenti daripada mengeluarkan sebarang kenyataan fitnah selanjutnya atau kenyataan sama.

Tony Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dituntut mengeluarkan permintaan maaf bertulis yang jelas dan terang serta menarik balik kenyataan sama melalui terma yang dipersetujui oleh DS Najib sendiri.

Selain itu, DS Najib turut menuntut supaya Pua memadamkan klip video itu dan menyatakan jumlah pampasan yang wajar diberikan kepada beliau berikutan penyiaran kenyataan dan video yang menjejaskan dirinya.

April 11, 2017

144 Kerajaan DAP Pulau Pinang Kutip RM0.20 Duit Plastik Untuk Atasi Masalah Banjir

Kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah pemerintahan Ketua Menteri Joseph Lim Guan Eng berkata, Rakyat Pulau Pinang wajib membayar RM0.20 untuk setiap beg plastik ketika membeli belah, Ini adalah bertujuan untuk mengatasi masalah banjir kilat di Pulau Pinang, kononnya berikutan pembuangan beg plastik secara berleluasa ke laluan air dan parit.

Kerajaan DAP Pulau Pinang sudah terdesak untuk mengutip duit dari Rakyat sebinggakan RM0.20 duit Rakyat begitu berharga sekali. Persoalan yang mungkin tidak terjawab adalah sejak 7 tahun dahulu duit kutipan beg plastik ini dikutip, kenapa masalah banjir di Pulau Pinang masih tidak selesai? Kemana duit kutipan berkenaan digunakan?

Sebelum ini alasan yang digunakan sebab berlakunya banjir adalah kerana hujan lebat. Sekarang digunakan alasan yang lebih baik iaitu beg plastik. Adalah diharapkan tiada kajian oleh pihak luar dibuat untuk impak dari beg plastik ke atas kejadian banjir di Pulau Pinang untuk mengelakkan pembaziran jutaan ringgit seperti mana kajian terowong bawah laut.

34 Kisah @RafiziRamli Dan Lawak Jenaka Badut Politik

Kisah badut Rafizi Ramli di bawah CTS terbaca di laman sosial Whatsapp. CTS olah dan menambahbaik artikel berkenaan untuk dijadikan satu posting di ruang CTS.

1. Rafizi Ramli hebat apabila mendedahkan skandal National Feedlot Corporation (NFC), namun akhirnya beliau telah disaman dan terpaksa membayar gantirugi RM300,000.

2. Rafizi Ramli hebat mendedahkan pembelian cincin DS Rosmah Mansor berjumlah RM24 juta dan akhirnya apabila perbicaraan di Mahkamah, beliau mengakui, "Saya hanya bergurau".


3. Rafizi Ramli hebat menuduh kapal selam Scorpene tidak boleh menyelam. Akhirnya pihak Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) telah membawa Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng untuk menyelam dengan kapal berkenaan.


4. Pernah mendedahkan salah laku TS Khalid Ibrahim dengan fitnah 91 muka surat sepanjang menjadi Menteri Besar Selangor. Akhirnya tersungkur di mahkamah dan dipaksa memohon maaf secara terbuka kepada Mantan Menteri Besar Selangor berkenaan.

5. Pernah mendedahkan kekayaan anak-anak Tun Dr Mahathir di dalam ceramah politiknya. Akhirnya sujud di kaki Tun Dr Mahathir dan mengaku idola beliau sejak kecil


6. Pernah mendedahkan kes pembalakan di Kelantan dan akan mendedahkan bukti-bukti kepada Umum. Menteri Besar Kelantanpun sudah bertukar namun bukti Rafizi Ramli sehingga sekarang tidak nampak bayang.

7. Pernah mengugut hendak mendedahkan rasuah perempuan dan wang dalam kerajaan Selangor. Namun sehingga ke hari ini tiada bayangan bukti diserahkan kepada SPRM.

8. Terkini, Rafizi Ramli berhasrat hendak mendedahkan orang yang rapat dengan PAS telah menerima dana 1MDB daripada DS Najib Razak. Tidak sampai 24 jam beliau sudah menukar kenyataan bahawa bukan orang yang rapat dengan PAS sebaliknya mantan pemimpin kanan PAS pula. Beliau berjanji akan menyambut cabaran PAS untuk mendedahkan siapa penerima dana 1MDB berkenaan dalam minggu ini. Anda percaya? 

Kesimpulannya, Yang Berhormat Rafizi Ramli hendak menjadi seorang Ahli Parlimen atau badut sarkas?

April 10, 2017

99 Perbahasan Olok-Olok Parlimen RUU 355, @RafiziRamli Semakin Gila Iseng


Apabila Sidang Dewan Rakyat bersidang secara rasmi, ramai Ahli Parlimen (MP) pembangkang yang ponteng. Ada yang bercuti. Ada yang di luar kawasan untuk berceramah politik. Apabila timbul sesuatu isu yang mereka tidak puas hati, MP-MP pembangkang ini akan keluar dewan dan mengkianati amanah pengundi. Apabila Sidang Dewan ditangguhkan sehingga 24 Julai akan datang, ramai pulak MP pembangkang yang meroyan mengadakan Sidang Dewan Rakyat secara olok-olok.

Malam ini, MP Pandan, Rafizi Ramli melalui pertubuhan haramnya INVOKE Malaysia mengadakan Sidang Dewan Rakyat Edisi Pakatan Harapan untuk membicarakan isu RUU 355 secara langsung di media sosial Facebook.

Kalau dulu DS Nizar 'Lambai' Jamaluddin terkenal mengadakan Sidang Dewan Negeri di bawah pokok. Kini Rafizi Ramli juga sedang mengikuti langkah gila isengnya bersidang dalam rumah kedai. Itupun ramai minion macai pembangkang yang akan akan turut gila iseng membuat komen di posting ini dengan Rafizi Ramli bagus. Rafizi Ramli terbaik. 



130 Nanyang Siang Pau Kurang Ajar, Letak Karikatur Speaker Dewan Rakyat Dan Presiden PAS Sebagai Monyet cc. @SKMM_MCMC


Akhbar berbahasa Cina Nanyang Siang Pau cuba bermain dengan api apabila membuat karikatur dua pemimpin Melayu Islam sebagai seekor haiwan. Di dalam akhbar versi bercetak dan juga portal mereka di sini, Nanyang Siang Pau telah menyamakan Speaker Dewan Rakyat, TS Pandikar Amin Mulia dan Presiden PAS, DS Haji Hadi Awang sebagai seekor monyet dalam bentuk kartun. Tindakan melukis serban ke atas kepala monyet yang merupakan salah satu sunnah, dan songkok yang merupakan budaya orang Melayu merupakan satu penghinaan kepada Umat Melayu Islam.

Ini berkemungkinan Nanyang Siang Pau tidak berpuas hati dengan tindakan Speaker Dewan Rakyat yang menangguhkan sidang tanpa melibatkan perbahasan daripada ahli-ahli pembangkang. Tindakan akhbar dan portal Cina ini boleh menimbulkan kontroversi dengan isu perkauman yang cuba dimainkan. Bukankah Lim Kit Siang serta kuncu-kuncu DAP yang terlebih dahulu menimbulkan kekecohan di dalam dewan? Bukankah kelakuan mereka lebih binatang dari monyet?


Terkini 8.30 PM: Akhbar dan portal Nanyang Siang Pau meminta maaf secara terbuka. Terima kasih kepada semua pembaca CTS yang memberikan sokongan.

62 Mahfuz Omar Kurang Ajar, Serbu Sidang DUN ... Hello, Sirul, Helloo ... Hellooooo


Terdesak akibat dipulau oleh partinya sendiri yang sudah tidak mengakui Ahli Parlimen Pokok Sena sebagai ahli parti, Datuk Mahfuz Omar bertindak menyerbu Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini untuk mengembalikan namanya di persada politik.

Tindakan beliau membawa sekumpulan penduduk Pokok Sena untuk menyampaikan memorandum kepada Menteri Besar dengan menyerbu masuk ke dalam dewan sebaik sahaja sidang DUN ditangguhkan amat kurang ajar dan biadap. Mahfuz Omar boleh sahaja menyerahkan memorandum berkenaan kepada pegawai Menteri Besar bagi pihaknya di luar dewan.

Mahfuz Omar seharusnya bersikap intelektual (maafkan beliau mungkin pendidikan beliau hanya sekadar Lower Certificate of Examinantion LCE atau setaraf SRP atau PMR) yang memungkinkan beliau tidak dapat membezakan adab tatacara seorang Wakil Rakyat. Salah Rakyat Pokok Sena sendiri memilih Wakil Rakyat kurang pendidikan.

Memorandum berkenaan berhubung arahan perpindahan yang melibatkan 15 buah keluarga dikeluarkan sejak Oktober tahun lepas ekoran projek perumahan yang akan dibangunkan di kawasan itu. Penduduk kawasan itu meminta agar kerajaan negeri campur tangan dalam isu itu memandangkn hampir 100 tahun menduduki tanah di atas tanah Lesen Pendudukan Sementara (LPS).

Penduduk mendakwa tidak menerima sebarang notis berpindah daripada Pejabat Tanah Daerah Kota Setar dan hanya menerima surat penukaran hak milik tanah daripada Permodalan Kedah Berhad (PKB) untuk membangunkan kawasan perumahan di kawasan itu.

Berikut adalah Kenyataan Media Menteri Besar Kedah berhubung insiden berkenaan:
1. Saya sedia maklum mengenai hasrat sekumpulan penduduk yang diketuai Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfouz Omar yang mahu menyerahkan satu memorandum kepada saya. 
2. Sebaik mengetahui perkara ini saya sudah arahkan pegawai saya supaya menerimanya bagi pihak saya seperti amalan biasa yang dilakukan oleh mana mana pemimpin kerajaan sebelum ini. 
3. Namun tindakan Mahfuz yang enggan menyerahkannya kepada wakil saya sebelum menyerbu beramai ramai masuk ke dalam Dewan sebaik Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ditangguhkan amat mengejutkan selain bagi saya adalah kurang sopan. 
4. Mahfuz sepatutya memahami perkara itu dan beliau ada peluang untuk berjumpa dengan saya untuk bertanyakan hal itu di masa yang lain kerana saya sentiasa terbuka. 
5. Beliau juga seringakali melontarkan pelbagai kritikan dan tomahan terhadap pentadbiran saya sebelum ini namun saya menganggap  perkara itu sebagai resam dalam dunia politik dan tidak sedikit pun menyebabkan saya berkecil hati atau berdendam. 
6. Jadi persoalan saya apa niat beliau sebenarnya melakukan serbuan seperti itu di dalam Dewan. Adakah ia satu tindakan untuk mencari populariti sekaligus menutup kelemahan beliau di kawasan yang diwakilinya atau ia semata mata atas kepentingan rakyat. 
Datuk Seri Diraja Ahmad Bashah Md Hanipah,
Menteri Besar Kedah Darul Aman.
Hello Sirul, hello, hello, hellooo ...

April 9, 2017

281 @TonyPua Berbohong DAP Tidak Pernah Membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian Di Parlinen


Dalam rakaman khas beliau bagi mengutuk pembentangan huraian Rang Undang-Undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 oleh Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Marang, DS Abdul Hadi Awang, dalam sidang Dewan Rakyat Khamis lalu, Setiausaha Publisiti DAP merangkap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, berkata:
"Now, every opposition (member) has the right to table a private member’s bill or opposition’s motion, but the question is, in the history of Malaysia, never has such motions been allowed to get onto the floor. In normal parliamentary democracies, yes, opposition members’ bills actually get the chance to be heard on the floor, but not in Malaysia."
video

Manakala dalam catatan di laman sosial Facebook beliau Khamis lalu juga Tony Pua menyebut:
"Opposition motions and bills have never made it to the House Floor for debate in the history of Malaysian Parliament, because BN controls what gets tabled, in collusion with the House Speaker."

Hakikatnya, berdasarkan sejarah Parlimen Malaysia, sudah banyak kali Usul dan Rang Undang-Undang Persendirian pembangkang dibenar bukan sahaja untuk dibentangkan, malah untuk dibahaskan dan diundi juga. Pada Isnin, 24 Oktober 1977, tiga Rang Undang-Undang Persendirian dikemukakan oleh dua Ahli Parlimen DAP, iaitu Ngan Siong Hing (Kinta) dan Lim Kit Siang (Kota Melaka).

Dua Rang Undang-Undang Persendirian yang dibentangkan oleh Ngan Siong Hing serta yang dibahaskan dan diundi dalam Dewan Rakyat pada Isnin, 24 Oktober 1977, ialah Rang Undang-Undang Persendirian untuk meminda Ordinan Kesatuan Sekerja 1959 dan Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 dan Rang Undang-Undang Persendirian untuk mewujudkan Akta Melindungi Pekerja-Pekerja dan Gaji Minima, 1977.

Rang Undang-Undang Persendirian yang dibentangkan oleh Lim Kit Siang serta yang dibahaskan dalam Dewan Rakyat pada Isnin, 24 Oktober 1977, ialah Rang Undang-Undang Persendirian untuk meminda Akta Biro Siasatan Negara, 1973. Perbahasan dan pengundian ke atas Rang Undang-Undang Persendirian ini diteruskan pada Selasa, 25 Oktober 1977.

Dapatkan fakta-fakta yang betul Tony Pua sebelum memperbodohkan diri sendiri!
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates