April 1, 2017

16 @PetraJayaMP Want Your Report Next Week, What Say You @cmlimguaneng ?

Yesterday, Joseph Lim Guan Eng said The Penang Government has welcomed Works Minister, DS Fadillah Yusof's offer to help the state government with the proposed third bridge project. 

Chief Minister Lim Guan Eng said he would meet Fadillah to discuss the proposed project. Read here. Penang Chief Minister wants to meet Works Minister as soon as possible while giving all sorts of excuses why his project is delayed and the reports can never get done.

Today, Works Minister in his classic style, replied to Lim Guan Eng, "Sure! Come next week, bring all your 87% completed reports and let's have a look".

Service over to you Mr Lim Guan Eng. No more excuses please. This is not April Fool.



0 MCA Keluar Barisan Nasional Tidak Lebih Daripada April Fool Mainan DAP


Agak melucukan apabila sejak semalam, laman sosial Whatsapp dihujani dengan mesej palsu kononnya MCA akan meninggalkan komponen Barisan Nasional. Apa yang lebih mengelikan hati apabila mesej berkenaan turut menyatakan bahawa Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai turut meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan.

Ternyata mesej yang ditular itu tidak benar dan palsu serta tuduhan yang dibuat adalah tidak berasas memandangkan DS Liow Tiong Lai kini sedang berada di India, kerana menjalankan tugas rasmi Kerajaan. Dalam laman rasmi Facebook beliau, DS Liow telah bertemu dengan rakan sejawatannya dari India, Suresh Prabhu. Ini turut dipaparkan dalam laman sosial Twitter milik Suresh Prabhu.



Berkemungkinan besar, 'blackops' ini datangnya daripada minions DAP, untuk mengalihkan perhatian ramai daripada memperkatakan tentang kejadian Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok. Pejabat DAP Seputeh yang menempatkan pejabat Teresa Kok telah diserbu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lantaran laporan yang dibuat oleh Datuk Jamal Yunos yang mendedahkan penyelewengan Dana Yayasan Anak Selangor (YAWAS) oleh Teresa Kok. Ini komen daripada Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong:


Kesimpulannya, kita anggaplah ini sebagai lawak April Fool mainan minions DAP.

69 Selepas Edisi 'Superimpose' Gambar @NajibRazak Gagal, Sarawak Report Meneruskan Dengan Berita Fitnah Pascal Najadi


Selepas membuang (delete) posting fitnah gambar edit Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak dan isteri, url asal yang dipadam di bawah,
https://www.facebook.com/sarawakreport/photos/a.201465309880280.60698.161013620592116/1674223805937749/?type=3&permPage=1)
Sarawak Report meneruskan fitnah dengan menyiarkan berita Pascal Najadi yang mendakwa ayahnya dibunuh oleh gangster dengan bayaran RM30 juta! Baca di sini. Siapa yang akan percaya bahawa kos RM30 juta dibayar untuk menembak seseorang?

Alasan yang diberikan oleh Sarawak Report mengapa bapa Pascal Najadi ditembak pada bulan Julai 2013 adalah bapanya mengetahui mengenai wang yang dipindahkan ke dalam akaun DS Najib Tun Razak dan terpaksa disenyapkan, walaupun Ahmad Hussain Najadi telah meninggalkan bank lebih daripada 30 tahun yang lalu.

Tuduhan Pascal Najadi Takjadi ini sangat tidak masuk akal. Jika beliau begitu bebal elok baca semula sejarah Ambank. Bapanya hanya menubuhkan Ambank dan mengendalikan selama 7 tahun sahaja. Ahmad Hussain Najadi bukan pemilik Ambank mahupun Pengarah bank terbabit semasa segala tuduhan ke atas DS Najib Tun Razak dibuat.

Ahmad Hussain Najadi hanyalah pengasas Ambank pada 1975 dan meninggalkan syarikat terbabit 7 tahun kemudian. Pada 1982 Beliau menjual kesemua sahamnya kepada TS Azman Hashim. Jadi bagaimana seseorang yang telah meninggalkan bank terbabit selama lebih 30 tahun mempunyai akses terhadap akaun dalam Ambank dan membabitkan DS Najib Tun Razak seperti yang cuba dikaitkan oleh Pascal?

Bukankah ini merupakan tuduhan dan dakwaan yang bertujuan menguatkan agenda untuk menjatuhkan DS Najib Tun Abdul Razak sahaja? Yang menghairankan, hanya seorang yang telah meninggalkan bank lebih 30 tahun yang lalu telah ditembak dengan bayaran RM30 juta tetapi orang-orang lain yang mempunyai pengetahuan mengenai transaksi tersebut termasuk pegawai BNM, pegawai bank, kakitangan IT, pengarah bank dan lain-lain pihak yang terlibat semuanya tidak disentuh?

0 'Ulat Tiket' Keretapi Pula Didedah Pihak SPAD


Ketua Bahagian Penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Datuk Che Hasni Che Ahmad, mendedahkan wujud kegiatan 'ulat tiket' yang menjual tiket perkhidmatan kereta api dari Johor Bahru ke Singapura di JB Sentral di sini, sejak tahun lalu.

Dalam operasi bermula jam 4.30 pagi dua hari lepas, seramai lima individu berusia antara 26 hingga 72 tahun ditahan kerana menjual tiket kereta api ke laluan itu dengan harga sehingga RM12, berbanding harga asal RM5. Datuk Che Hasni berkata operasi seumpama itu adalah julung kali dilakukan pihaknya selepas menjalankan pemantauan dan risikan di JB Sentral selama 10 hari.

Katanya, sehingga hari ini, SPAD menerima 14 aduan berhubung kegiatan ulat tiket yang bergiat aktif di dalam bangunan JB Sentral, terutama pada waktu puncak iaitu sekitar jam 5 hingga 9 pagi setiap hari.

Pemantauan dilakukan anggota SPAD ini penting bagi melengkapkan diari siasatan untuk membuktikan benar berlakunya kegiatan ulat tiket ini dan hari ini, seramai lima individu berjaya ditahan. Mereka dipercayai sudah lama menjalankan kegiatan ini dengan mendapatkan tiket kereta api menerusi dua cara iaitu atas talian, iaitu maksimum pembelian enam tiket seorang dan terus dari kaunter (maksimum empat tiket seorang) sebelum menjualnya kepada pengguna.

Datuk Che Hasni berkata, semua yang ditahan akan didakwa dalam tempoh 24 jam mengikut Seksyen 205 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Seramai 25 anggota SPAD terbabit dalam operasi berkenaan dan pihak SPAD berjanji akan terus memantau selain meminta orang ramai terus membuat aduan kepada pihak SPAD jika menyedari wujudnya kegiatan berkenaan.

37 Inilah Kualiti Fitnah Sarawak Report Yang Menjadi Kitab Anutan Pembangkang @PDRMsia @SKMM_MCMC

Untuk macai-macai pembangkang terutamanya minions Parti Cap Bunga Raya, minta tolong sampaikan kepada pemimpin-pemimpin mereka bahawa teknik fitnah 'superimpose' sebegini seperti yang dilakukan oleh portal fitnah Sarawak Report sudah tidak laku dan tidak lagi relevan di era PRU14.

Sarawak Report membuat fitnah kononnya Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak dan isteri, melawat dan membeli belah di sebuah gedung kedai emas sewaktu lawatan mereka ke Chennai, India, pada masa ini. Apa yang berlaku adalah gambar asal perlancaran gambar Projek Taman Tugu, baca di sini, diubahsuai dan di'superimposed'.

Kualiti fitnah yang dibawa oleh Sarawak Report amat 'low class' dab menjelekkan. Jadi bersesuaianlah Pengerusi Parti Cap Bunga Raya, Tun Dr Mahathir bersekongkol dengan anjing pemilik Sarawak Report, Claire Rewcastle Brown untuk membodohkan rakyat dan menghasut serta menanam rasa benci dan marah dengan cara memfitnah Perdana Menteri DS Najib Tun Razak dan isteri.


Ini antara komen fitnah dati pembaca Sarawak Report.

March 31, 2017

30 'Steady' SPRM Siasat Teresa Kok, Jangan Lupa Lim Guan Eng, Kami Tunggu Beliau Masuk Dalam


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu pejabat Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, berdekatan Kuchai Lama di sini. Difahamkan, mereka tiba kira-kira jam 11.00 pagi. Tindakan itu dipercayai susulan laporan dibuat Pengerusi Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, DS Jamal Md Yunos, berhubung dakwaan penyelewengan dana Yayasan Anak Selangor (YAWAS). 

Pada 16 Mac lalu, DS Jamal hadir ke pejabat SPRM Selangor di Wisma PKPS Shah Alam untuk membuat laporan selepas mendakwa Teresa Kok menyeleweng dana YAWAS. DS Jamal turut membawa dokumen berkaitan yang didakwanya bukti penyelewengan terbabit.

YAWAS sekiranya diedarkan dalam Parlimen Seputeh maknanya sudah berlaku salah guna kuasa dan penyelewengan wang kerajaan negeri Selangor.

Jika benar kenyataan Teresa Kok bahawa Pusat Khidmat Parlimen Seputeh beliau menyalurkan dana YAWAS, ia sudah mengesah salah guna kuasa walaupun wang sampai kepada penduduk di sana. Kali terakhir duperiksa kawasan Seputeh di bawah Wilayah Persekutuan.

Untuk mengelak 'kemaluan', Teresa Kok dalam Sidang Medianya menyifatkan tindakan SPRM berkenaan sebagai 'lawatan' dan bukan 'serbuan'. Kenyataan tersebut bukanlah merupakan asing bagi kita. Sewaktu kediaman Lim Guan Eng diserbu SPRM, peguam beliau, Gobind Singh Deo juga menyifatkan tindakan SPRM berkenaan sebagai 'lawatan' dan bukan 'serbuan'. Apa-apalah DAP.



25 Caj Perkhidmatan 8% Untuk Skim Hijrah Selangor? Ini Ceti Ka Ah Long?


EXCO Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, caj perkhidmatan sebnayak 8% yang dikenakan skim mikrokredit Hijrah Selangor (Hijrah) disifatkan munasabah walaupun ia lebih tinggi berbanding kadar ditawarkan institusi kewangan komersial lain. Baca di sini.

Sebagai sebuah negeri yang mengaku sebagai Negeri Berkebajikan dan mempunyai simpanan rezab berbilion ringgit, adalah tidak wajar mengenakan caj 8% kepada peminjam-peminjam memandangkan Hijrah menawarkan pelaksanaan latihan dan kursus keusahawanan kepada peminjam di Selangor. Kadar faedah yang tinggi sebanyak 8% adalah alasan untuk menampung kos pengurusan termasuk pengubahsuaian pejabat serta bayaran gaji kepada 233 kakitangan.

Adalah tidak masuk akal pengubahsuaian pejabat juga dikenakan ke atas peminjam. Tidak celaka kah alasan ini? Kakitangan Hijrah juga seramai 233 orang. Adakah kesmua mereka ini saudara mara dan kroni yang ditanggung gaji mereka oleh peminjam? Dikatakan ansuran dari peminjam akan dikutip setiap minggu di tempat peminjam berniaga. Ini sudah serupa Ah Long dan Ceti!

Nota Kaki: Kerajaan DS Najib Tun Razak yang dikatakan zalim sekalipun hanya mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 4% untuk pinjaman Tekun. Teringat satu iklan di radio, "kami bukan Ah Long. Kami cuma nak tolong".

53 Rakyat Malaysia Selamat Tiba Dari Pyongyang, DS @NajibRazak Lebih Hebat Dari Presiden Clinton



Alhamdulillah, kesemua 9 rakyat Malaysia dari Pyongyang telah selamat tiba ke tanah air. 

Bekas Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton telah pergi melakukan lawatan mengejut ke Korea Utara pada tahun 2009 demi membebaskan dua orang wartawan Amerika Syarikat yang ditangkap dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun di Korea Utara. Hanya sehari selepas kedatangan mengejut Bill Clinton, Presiden Korea Utara pada ketika itu Kim Jong II telah memberi pengampunan dan membebaskan wartawan Amerika Syarikat tersebut.

Dua orang wartawan tersebut ditangkap pada Mac 2009, dijatuhkan hukuman pada Jun 2009 dan hanya dibebaskan pada Ogos 2009. Bermaksud konflik ini cuma selesai setelah 5 bulan rakyat Amerika Syarikat berada dalam tahanan.

Perdana Menetri Malaysia, DS Najib Tun Razak pula telah berjaya menyelesaikan krisis diplomatik dan membebaskan 9 rakyat Malaysia tersebut hanya dalam tempoh 24 hari! Larangan keluar dr Korea Utara pada 7 Mac, dah sampai Kuala Lumpur pada 31 Mac. Paling menarik, Perdana Menteri tidak perlu mengadap dan menyembah kaki Kim Jong Un. 

Minions pembangkang, teruskan meroyan.

70 1MDB Sudah Bayar Semua Hutang - Minions Pembangkang Mesti Pening

1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak mempunyai sebarang hutang bank atau hutang jangka masa pendek pada masa ini. Kementerian Kewangan (MOF) dalam jawapan bertulis kepada Er Teck Hwa (DAP – Bakri) menjelaskan 1MDB telah membayar balik sepenuhnya semua hutang pada 2015 dan 2016.

Teck Hwa di dalam soalannya meminta Menteri Kewangan menyatakan jumlah pekerja, wang tunai, hutang dan aset yang diperoleh 1MDB di dalam dan luar negara pada 2015 dan 2016. Menurut  MOF lagi, tiada sebarang aset baharu di dalam negara atau di luar negara diperoleh 1MDB pada 2015 dan 2016 memandangkan 1MDB sedang melaksanakan pelan rasionalisasi. Katanya, selaras dengan pelaksanaan pelan rasionalisasi itu, 1MDB mempunyai 35 orang pekerja pada 31 Disember 2015 dan 17 orang pekerja pada 31 Disember 2016.

Manakala, 1MDB telah memperoleh tunai sebanyak RM10.97 bilion pada 2015 dan 2016 melalui penjualan aset syarikat Edra Global Energy Bhd, penjualan sebahagian ekuiti syarikat Bandar Malaysia Sdn Bhd dan penjualan plot tanah di projek Tun Razak Exchange.

March 30, 2017

0 Ketua UMNO Bahagian BTR Belasah Bendahari Agong PKR Isu Rakyat Wilayah Persekutuan



Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Dato Mokhtar menyelar Datin Paduka Dr Tan Yee Kew yang telah mengeluarkan kenyataan dan tuduhan kononnya Menteri Wilayah Persekutuan hanya tahu membodek Perdana Menteri DS Najib Tun Abdul Razak sehingga lupa tugas-tugas untuk membela isu-isu rakyat di bandar terutamanya isu perumahan, kemiskinan dan gelandangan.

Dalam kenyataan media beliau hari ini, Datuk Rizalman menganggap kenyataan Dr Tan seolah-olah seperti seorang buta kayu dan umpama baru keluar dari gua.Tuduhan Dr Tan menurut Datuk Rizalman seperti menafikan segala usaha yang telah dilakukan oleh DS Tengku Adnan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Datuk Rizalman memberikan 10 perkara yang dilakukan oleh Menteri Wilayah Persekutuan untuk kepentingan warga Wilayah Persekutuan:
1. Bagi membela nasib gelandangan, beliau telah mengarahkan DBKL menubuhkan Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur di Bulatan Pahang.
2. Menyasarkan dan memastikan pembinaan 80,000 Ribu unit Rumah Mampu Milik melalui Program RUMAWIP bagi menyelesaikan keperluan rumah di bandar.
3. Mengusahakan Rumah Transit untuk pasangan baru kahwin dengan bayaran RM250 sebulan.
4. Memastikan DBKL terus mengekalkan kadar sewa rumah PPR dan PPA DBKL dengan kadar bayaran RM124 sebulan atau RM4.20 sehari.
5. Mengarahkan DBKL menyediakan perkhidmatan bas sekolah percuma untuk anak-anak yang tinggal di PPR dan PPA DBKL.
6. Menyediakan pengangkutan bas percuma dalam Bandar melalui Program GO KL Free City Bus Services.
7. Memperuntukkan dan melaksanakan pembinaan Parking Bertingkat di 13 kawasan PPR bagi menyelesaikan masalah Parking.
8. Menyediakan bantuan awal persekolahan, biasiswa, pembiyaan awal kemasukan IPTA/IPTS melalui Yayasan Wilayah Persekutuan.
9. Menyediakan bantuan dan pinjaman melalui Yayasan Wilayah Persekutuan untuk mereka yang ingin membeli dan memiliki rumah PPR.
10. Melancarkan dan mengusahan Kad Ceria yang berupa diskaun Kad bagi membolehkan rakyat Wilayah Persekutuan berbelanja dengan lebih murah di kedai-kedai yang menyertai Program Kad Ceria bagi mengurangkan Kos Sara Hidup.

98 Sejak Bila Seorang Bekas Peguam Dan Pensyarah Layak Menilai Projek Pengubahsuaian Jalan YB @limlipeng ?


Dua Ahli Parlimen (MP) DAP, MP Segamput Lim Lip Eng dan MP Serdang Ong Kian Ming bercadang untuk melawat kediaman rasmi Speaker Dewan Rakyat esok untuk memahami bagaimana dana RM1.4 juta itu dibelanjakan untuk kerja-kerja pengubahsuaian dan naik taraf. Lim Lip Eng berkata matlamatnya adalah untuk menentukan sama ada kerja-kerja itu yang menelan perbelanjaan besar tersebut adalah wajar.

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof menyatakan kerajaan belanja RM 1.4 Juta pembinaan laluan masuk sepanjang 100 meter, perparitan dan pengalihan utiliti, membina pondok pengawal, pemasangan pagar elektronik, sistem keselamatan dan lampu jalan, serta kerja-kerja lain yang berkaitan untuk rumah Yang Di Pertua Dewan Rakyat.

Lim Lip Eng merupakan seorang bekas peguam manakala Ong Kian Ming adalah bekas seorang pensyarah Ekonomi. Apa kelayakan mereka untuk menentukan sama ada perbelanjaan terhadap projek berkenaan adalah wajar? Tidak ada lagikah di dalam Ahli Parlimen pembangkang berkelulusan kejuruteraan yang layak membuat lawatan tersebut?

Bukan apa, saya risau sedangkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng yang mempunyai latar belakang perakaunan profesional membuat pengakuan tidak mengetahui tentang harga pasaran banglo tanpa kolam renang yang dibelinya, dengan alasan beliau bukan seorang jurunilai bertauliah. Bagaimana anda mengharapkan seorang bekas pensyarah ekonomi dan seorang peguam, untuk menilai pengubahsuaian jalan sebaik seorang jurutera?

13 Lagi Hipokrasi Malaysiakini dan Pembangkang

Malaysiakini, sebagai portal pro pembangkang amat bijak memanipulasi tajuk berita. Mereka tahu Rakyat Malaysia terutama minions pembangkang amat malas membaca isi kandungan berita dan hanya bergantung kepada tajuk berita semata-mata.

Dalam jawapan bertulis Parlimen, Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof menyatakan kerajaan belanja RM 1.4 Juta pembinaan laluan masuk sepanjang 100 meter, perparitan dan pengalihan utiliti, membina pondok pengawal, pemasangan pagar elektronik, sistem keselamatan dan lampu jalan, serta kerja-kerja lain yang berkaitan untuk rumah Yang Di Pertua Dewan Rakyat.

Namun, tajuk berita utama Malaysiakini:
"Kos Bina Jalan Baru Ke Rumah YDP Dewan Rakyat RM1.4j"
Dan para pertama artikel berkenaan bertulis:
"Kerajaan membelanjakan RM1.4 juta untuk membina laluan alternatif ke kediaman rasmi speaker Dewan Rakyat di Jalan Tunku, Kuala Lumpur."
Nampak tak permainan Malaysiakini memutar belitkan fakta di sini?



Sebab apa saya kata Malaysiakini portal pro pembangkang? Ini adalah kerana kita tidak akan dapat membaca artikel mereka seperti di bawah:
"GEORGETOWN: Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) membelanjakan sebanyak RM4.6 juta untuk membina laluan basikal sejauh 1.1 kilometer bermula dari Sungai Pinang ke menuju pusat bandar."

March 29, 2017

93 Rajnikanth Pun Tidak Terlepas Dari Fitnah Malaysiakini

Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan rasmi ke India selama 5 hari bermula esok. Apabila Raja Arab Saudi mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, pembangkang mengatakan Malaysia akan dijual kepada Arab Saudi. Begitu juga apabila Presiden Perancis melawat Malaysia dua tiga hari ini, timbul juga isu campur tangan Perancis di Malaysia.

Agak pelik apabila rombongan Malaysia yang diketuai oleh Perdana Menteri akan mengadakan lawatan rasmi ke India tiada pula isu Malaysia ingin menjajah India? Sebaliknya, Malaysiakini, portal pro pembangkang memainkan isu lucu dan bodoh Perdana Menteri dan isteri ingin berjumpa dengan 'superstar' filem India, Rajnikanh.

Apakah Malaysiakini kini sudah berubah wajah menjadi portal gossip artis? Kenapa mesti Rajnikanh dan bukan Shah Rukh Khan, Salman Khan, Aamir Khan dan banyak lagi 'superstar' Tamil dan Hindi? Kalau setakat Perdana Menteri dan isteri hendak berjumpa Rajnikanh, boleh saja pegawai-pegawai Pejabat Perdana Menteri menjemput beliau sewaktu pengambaran filem Kabali di Malaysia satu ketika dulu. 'Low class' betul Malaysiakini sekarang.

167 Ketua Bahagian UMNO Permatang Pauh Berkempen Di Sekolah?


Hanya sekeping gambar sudah cukup buat AMK Malaysia membuat fitnah. Fahmi Zainol di dalam laman sosial Twitter beliau semalam telah membuat fitnah bahawa Ketua Bahagian UMNO Bahagian Permatang Pauh telah berkempen di sekolah. Tidak tahu pulak pelajar-pelajar sekolah rendah di sana dibenarkan untuk mengundi sehingga UMNO bersusah payah untuk berkempen di sekolah rendah.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah Ketua UMNO berkenaan menyampaikan bantuan bas rapid percuma untuk laluan Flat Ampang Jajar ke SK Pematang Pauh dan SMK Samagagah. Dua buah bas dengan 4 perjalanan setiap hari dengan kos berjumlah RM4,000 sebulan dibiayai oleh Datuk Mohd Zaidi kepada 180 anak-anak miskin yang memerlukan bantuan. Jangan tanya di mana Ahli Parlimen Permatang Pauh. Beliau kan berada di hospital. Kalau sihatpun, pasti sibuk dengan bingka ubinya. Itupun akan nampak muka semasa dekat-dekat PRU14 kelak bersama kipas hikmatnya.

March 28, 2017

70 Anwar Melawat Azizah Di Hospital Bukti Kerajaan DS @NajibRazak Kejam

Hanya di Malaysia. Saya tidak pasti ada negara lain di dunia yang membenarkan seorang banduan kes liwat untuk melawat isterinya yang sakit di hospital. Namun itulah keistimewaan yang dinikmati oleh banduan bernama Anwar Ibrahim yang tidak mungkin dinikmati oleh banduan-banduan lain sepertinya.

Itulah hakikat yang perlu ditelan. Inilah Kerajaan Zalim yang sering dilaungkan oleh pembangkang. Jabatan Penjara semalam telah meluluskan permohonan keluarga Anwar Ibrahim untuk melawat isterinya Dr Wan Azizah yang sakit di hospital. Anak sulung beliau, Nurul Izzah Anwar sendiri mengakui bapanya meluangkan masa selama 45 minit bersama ibunya.

Adakah keistimewaan ini turut dinikmati oleh banduan-banduan lain di Malaysia. Adakah keistimewaan ini hanya tertakluk kepada banduan tertentu sahaja? Apa kriteria dan syarat-syarat yang dibenarkan oleh Jabatan Penjara Malaysia kalau boleh kami Rakyat Marhaen ketahui?


96 Mat Sabu Pengerusikan Mesyuarat Ganti Wan Azizah, Bukti DAP Berkuasa


Semalam, Dr Wan Azizah telah dikejarkan ke hospital kerana tidak sihat, sebagai pengganti Presiden PAN Mohamad Sabu telah 'dimuliakan' oleh Pakatan Harapan (PH) sebagai pengerusi mesyuarat pertama bersama-sama Parti Cap Bunga Raya. Pengerusi Mesyuarat yang selama ini diketuai oleh Dr Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang diambil alih oleh Mat Sabu dan bukannya Tun Dr Mahathir atau TS Muhyiddin Yassin.

Nampak seperti perkara kecil, namun inilah membuktikan dominasi DAP dalam PH. Ini bermakna DAP adalah sebagai 'king maker' dalam menentukan siapa pengerusi mesyuarat. DAP adalah majikan Mat Sabu. Gaji Mat Sabu dibayar oleh DAP. Mat Sabu bukan Ahli Parlimen atau ADUN sekalipun. Mat Sabu adalah pekerja kepada DAP.

Tidak mustahil Mat Sabu akan dilantik selepas ini menentukan hala tuju gerak kerja pembangkang di kala ketiadaan Dr Wan Azizah di meja mesyuarat atas faktornya yang mudah menuruti arahan DAP. Bayangkanlah bagaimana DAP tidak menghiraukan langsung mantan Perdana Menteri 22 tahun dan mantan Timbalan Perdana Menteri yang turut hadir dalam mesyuarat itu dengan meminta Mat Sabu menentukan segalanya.

Bagi DAP, siapa anda sebelum ini tidak penting, asalkan yang boleh menuruti kehendak DAP akan diutamakan terlebih dahulu. Mat Sabu nampak sudah ada dalam liga bakal calon-calon Perdana Menteri PH. Mat Sabu hanyalah boneka DAP dalam mempengerusikan mesyuarat.

78 RUM Buat Ugutan Ingin Pangkah DAP, Undilah! @ktm_berhad Bukan 'Rocket Science' Tidak Boleh Diganti cc. @AKaprawi @LiowTiongLai

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi telahpun memberi jaminan semalam bahawa perjanjian Railway Network Access Agreement (RNAA) tidak akan menjejaskan pekerjaan kepada 5,500 pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) serta tidak langsung menyentuh faedah-faedah yang mereka nikmati sekarang. Baca di sini.

Namun, bagi persatuan sekerja The Railwaymen Union of Malaysia (RUM), mereka tetap berdegil, sombong dan keras kepala seolah-olah mereka mempunyai ratusan ribu ahli. Mereka tetap tidak mahu mendengar rasional Kerajaan untuk menswastakan KTMB dan terus berkeras untuk berada dorman di takuk lama.

Semalam, mereka mengugut untuk mengundi DAP dan bukannya MCA. Mungkin marah dengan Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai. Mungkin juga ugutan dibuat tidak mengundi UMNO disebabkan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi dari parti berkenaan.

Ahli RUM adalah ahli yang tidak tahu bersyukur dan sedar diri. Pertama, ada di antara ahlinya pernah dipecat sebelum ini dan telah diambil kembali bekerja selepas membuat rayuan. Kedua, dengan ahli tidak sampai 6,000 orang adakah mereka merasakan persatuan sekerja mereka kuat? Sedangkan persatuan sekerja MAS yang jauh lebih besar kini tinggal dalam lipatan sejarah.

Ketiga, kerja di KTMB bukanlah satu kerja 'rocket science' yang memerlukan kemahiran tahap tinggi. Sedangkan pejerja yang membina enjin roket pun tidak sombong sebegini. Lebih baik Kerajaan memecat kakitangan yang degil dan tak tahu bersyukur ini dan mengantikan dengan tenaga kerja dari China yang jauh lebih murah, disiplin dan lebih mahir.

Mana-mana negara maju tidak lagi tunduk kepada ugutan dari kesatuan sekerja. Tidak produktif dan mereka akan mengugut lagi pada masa depan. Malaysia juga tidak perlu tunduk kepada RUM. Mereka pernah dipecat sebelum ini, mereka layak dipecat sekali lagi. Kalau RUM tidak mahu berubah, mereka akan jadi seperti tuak (rum) yang masam.


March 27, 2017

191 Ini Bukti Malaysia Bukan Sebuah Negara Bakal Muflis


Kalau kita berikan fakta-fakta di atas untuk diterangkan kepada macai-macai belaan DAP serta minions Parti Cap Bunga Raya yang dikatakan baru menerima dedak sejak dua tiga hari ini, pastinya ada sahaja alasan yang mereka berikan untuk menidakkan fakta-fakta berkenaan.

Biar DAP sendiri yang membuktikan bahawa Malaysia bukan sebuah negara yang akan dan sedang muflis. Tiket yang dijual untuk Malam Sambutan Ulang Tahun DAP ke 51 sahaja bernilai di antara RM300 hingga RM5,000 untuk setiap meja.

Orang gila manakah yang sanggup berbelanja RM500 satu kepala (RM5,000/10 orang satu meja) untuk makan malam bersama tertuduh dua kes rasuah, sekiranya ekonomi negara dalam keadaan daif dan duit yang ada di tangan cukup-cukup makan sahaja.

50 Janji Timbalan Menteri Pengangkutan, Tiada Pekerja @ktm_berhad Dibuang Akibat RNAA cc. Datuk @AKaprawi


Kenyataan Media daripada Datuk Ab Aziz Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan merungkaikan persoalan yang ditimbulkan oleh kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berhubung Railway Network Access Agreement (RNAA) antara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dengan Raiway Assets Corporation (RAC).

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid beberapa hari lepas, baca Free Malaysia Today di sini, melahirkan kebimbangan bahawa rancangan Kerajaan hendak menswastakan KTMB akan mengakibatkan kenaikan di dalam tambang. Ahli Parlimen PKR ini juga bimbang penswastaan ini juga bakal menyebabkan 5,500 pekerja KTMB kehilangan pekerjaan.

Kebimbangan yang saya turut disuarakan oleh Presiden The Railwaymen Union of Malaysia (RUM), Abdul Razak Md Hassan, baca di sini. Beliau melahirkan kebimbangan perjanjian RNAA ini bakal menyebabkan 4,000 pekerja KTMB kehilangan pekerjaan.

Baca Kenyataan Media Timbalan Menteri Pengangkutan seperti di bawah:
KENYATAAN MEDIA

Datuk Ab Aziz Kaprawi
Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia

Tiada Pekerja KTMB Dibuang Akibat RNAA

1. Saya ingin menjelaskan bahawa TIDAK akan ada seorang pun pekerja KTMB yang bakal terlibat dengan Railway Network Access Agreement antara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dengan Raiway Assets Corporation (RAC) akan kehilangan pekerjaan.

2. Kesemua pekerja yang terlibat dengan RNAA ini akan diserap masuk ke dalam anak syarikat milik KTMB.

3. Malah, saya jamin gaji, faedah dan apa-apa kelebihan yang dinikmati sebagai pekerja KTMB ketika ini TIDAK akan hilang mahupun berkurangan.

4. RAC adalah badan berkanun persekutuan manakala KTMB adalah syarikat milik penuh kerajaan.

5. Oleh itu tidak timbul persoalan bahawa RNAA akan menyebabkan KTMB diambil alih oleh pihak swasta.

6. Perjanjian RNAA adalah selari dengan klausa 89 Akta Keretapi 1991 untuk mengasingkan antara pengendali perkhidmatan keretapi yang mana diuruskan oleh KTMB, DAN pemilikan, pengurusan dan penyelenggaraan segala aset-aset keretapi bakal diuruskan oleh RAC.

7. Saya juga ingin menyangkal tuduhan bahawa akibat daripada RNAA ini, harga tiket dan perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh KTMB bakal meningkat.

8. RNAA TIDAK akan menyebabkan harga tiket dan perkhidmatan lain yang disediakan oleh KTMB.

9. Tambahan pula, tuduhan yang mengatakan perjanjian ini bakal menyebabkan KTMB semakin terdedah kepada ketirisan dan kronisme adalah tidak betul.

10. Sebaliknya, perjanjian ini berupaya untuk mengurangkan ketirisan dan kronisme kerana ia menjadikan pengurusan setiap syarikat ini lebih fokus kepada bidang tugas masing-masing.

March 26, 2017

136 Who Said Lim Guan Eng And Hew Kuan Yau Is Not Buddy Buddy?



Its pretty obvious. This guy claimed that he is not a DAP's member anymore. But straight came out of lock-up, he ate noodles and went to meet Joseph Lim Guan Eng the next day. Yet still people say that DAP has nothing to do with Superman Hew Kuan Yau? Screw you! 

Lim Guan Eng said that although he may not agree with everything Hew says but Hew has the right to say whatever he wants and Guan Eng will support this right. Defend his rights to make racial slurs, instigate and slander? Fuck your rights Lim Guan Eng! Its like defending your right for corruption of purchasing a bungalow without swimming pool. Joseph Lim said,
"We may not agree with what he has said, but we must defend his freedom, freedom of speech and freedom of expression."
The funny part of the story was that Hew Kuan Yew also said that he can easily go on hunger strike for 16 days without falling, but somehow he was taken to hospital after 3 days of strike earlier. Pathetic DAP Superman.


 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates