February 4, 2017

51 Kenapa Geng Bunga Raya Meroyan Salahkan Kerajaan Apabila Proton Ingin Mengadakan Kerjasama Strategik?


Agak pelik apabila geng Parti Cap Bunga Raya meroyan di laman-laman sosial menyalahkan Kerajaan apabila Proton Holdings Berhad ingin mendapatkan rakan strategik untuk syarikat berkenaan. Syarikat Geely (pemilik baru Volvo) dikatakan mendahului pembidaan untuk rakan strategik Proton berbanding pembida lain termasuk syarikat Perancis, PSA Group (menghasilkan kereta Peugeot dan Citreon). Geely adalah sebuah syarikat multinasional pembuatan automotif China yang beribu pejabat di Hangzhou, Zhejiang.

Pertama, Proton bukan lagi dimiliki oleh Kerajaan. Proton Holdings Berhad adalah sebuah syarikat milik DRB-Hicom. DRB-Hicom pula adalah syarikat yang dikuasai oleh TS Syed Mokhtar Al-Bukhari, seorang billionaire dan individu ke 10 terkaya di Malaysia. DRB-HICOM telah mengambilalih pegangan dalam Proton daripada Khazanah setelah mereka berjaya menewaskan bidaan Kumpulan Naza. 

Pengambilalihan oleh kumpulan DRB-HICOM milik Syed Mokhtar itu pada tahun 2011/12 disokong oleh Tun Dr Mahathir Mohamed, pengasas Proton. DRB-HICOM telah melantik Tun Dr Mahathir sebagai Pengerusi Proton sehinggalah beliau meletak jawatan semasa masalah kewangan berada pada kemuncaknya.

Kedua, Proton telah memohon pertolongan kewangan berbentuk geran daripada Kerajaan Malaysia dan telah diluluskan pinjaman sejumlah RM1.5 billion untuk membayar hutang Proton kepada vendor-vendornya. Pinjaman Kerajaan Malaysia kepada Proton adalah bertujuan untuk memastikan vendor-vendor Proton tidak gulung tikar atau muflis akibat dari kegagalan Proton untuk melunaskan hutangnya kepada vendor-vendor terlibat. Salah satu syarat yang dikenakan oleh Kerajaan Malaysia kepada Proton adalah untuk mencari rakan teknikal yang sesuai bagi memulihkan perniagaan Proton.

Oleh itu, tidak sepatutnya timbul sebarang persoalan atau dakwaan bahawa Kerajaan Malaysia menjual pegangan dalam Proton kepada syarikat asing, khasnya dari China. Ini adalah kerana jemputan atau tawaran kepada pihak yang berminat untuk menjadi 'rakan teknikal' Proton dibuat oleh DRB-HICOM, pemilik Proton itu sendiri.

Apa nak buat, bini Geng Bunga Raya mengandung pun disalahkan DS Najib Tun Razak.

14 Tuduhan Raja Bahrin Shah Bahawa Malaysia Bersubahat Menyerang Yaman Adalah Keterlaluan


Pengerusi Biro Antarabangsa PAN, Raja Bahrin Shah dalam sidang media di Wisma Amanah, Kuala Lumpur, semalam, telah mempertikaikan penglibatan pegawai tentera Malaysia di ibu pejabat tentera bersekutu pimpinan Arab Saudi di Riyadh seperti dilaporkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menimbulkan persoalan sama ada Malaysia terlibat dalam kempen serangan udara terhadap Yaman. Baca kenyataan beliau sepenuhnya di Malaysiakini, di sini.

Pagi tadi, CTS telah menerima kiriman artikel daripada seseorang yang menamakan dirinya sebagai Bekas Troop Yaman, Kuala Terengganu. Artikel seperti yang disertakan di bawah sudah cukup untuk menolak dakwaan dan tohmahan tidak berasas daripada Raja Bahrin Shah.
RESPONS KEPADA RAJA KAMARUL BAHRIN, PENGERUSI BIRO ANTARABANGSA PARTI AMANAH NEGARA
3 Februari 2017
1. Anggota ATM telah berada di Arab Saudi sebelum bermula krisis di Yaman lagi. Mereka ditugaskan membantu operasi pemindahan pelajar-pelajar Malaysia dan membawa mereka keluar dari zon krisis. Malah anak MB Kelantan sendiri turut dipindahkan dan MB secara terbuka mengucapkan terima kasih kepada ATM atas perkara tersebut. 
2. Justeru, jelas anggota ATM ditempatkan di sana atas dasar kemanusiaan dan tidak sesekali terlibat dengan mana-mana pertempuran di Yaman seperti didakwa sesetengah pihak. 
3. Perlu diingatkan, tidak semua pelajar Malaysia telah dipindahkan kerana ada sebahagian yang MEMILIH untuk kekal di sana. Maka, adalah menjadi amanah dan tanggunjawab Kerajaan untuk pastikan keselamatan rakyat sentiasa terjaga. Tidak kiralah berapa jumlah mereka dan di mana jua mereka berada.
4. Walaupun menerima pelbagai tuduhan, cemuhan  dan fitnah, anggota kita tetap berkawal walaupun jumlah rakyat kita di sana telah jauh berkurangan. Sekurang-kurangnya Kementerian Pertahanan yang dipimpin Dato' Seri Hishammuddin tetap teguh dengan pendirian untuk meletakkan anggota di sana demi keselamatan dan nyawa rakyat Malaysia. 
5.  Serentak itu, apa pula sumbangan Raja Bahrain dalam hal ini selain membuat tuduhan tidak berasas dan menghina anggota-anggota kita.
6. Tidakkah beliau mempunyai maruah diri atau sekurang-kurangnya menghargai jasa anggota kita. Beliau sendiri pernah mengharungi pengalaman pahit menyeludup keluar anak-anak beliau dari Australia pada satu ketika dahulu. Jika tidak mampu membantu rakyat kita di Yaman, berdiam diripun sudah memadai saya kira.
7. Dalam pada itu, umum mengetahui Dato' Seri Hishammuddin mempunyai hubungan erat dengan Timbalan Putera Mahkota Saudi. Situasi ini menyebabkan Arab Saudi berminat menjemput kita untuk melaksanakan latihan ketenteraan secara bersama bertujuan menambah kecekapan dan kepakaran anggota dari kedua-dua negara.
8. Walaubagaimanapun, pelaksanaan latihan ini hanya terhad di Arab Saudi sahaja dan anggota kita hanya terlibat dalam latihan berkisar bantuan kemanusiaan dan bantuan logistik semasa North Thunder. 
9. Berbalik kepada krisis di Yaman, Malaysia tidak pernah menyokong tindakan penindasan terhadap mana-mana negara termasuklah jika ia berlaku di Yaman. Namun di Yaman ini, isunya berbeza. Ia adalah tindakan memerangi dan membendung penyebaran dakyah IS.
10. Jika benar wawancara BBC menyatakan terdapat orang awam terbunuh di Yaman dan ia adalah tindakan yang berdosa, bagaimana pula dengan mangsa-mangsa penindasan yang terang lagi nyata di Rohingya? Adakah BBC tidak pula melihat perkara ini sebagai satu jenayah antarabangsa dan turut perlu diwawarkan kepada masyarakat dunia? 
11. Berhubung perbandingan menghadiri protes di Kedutaan Amerika Syarikat dengan menghadiri Majlis Pelepasan Kapal Misi Bantuan Ke Myanmar, persoalannya yang manakah lebih mendatangkan kesan langsung? Protes yang sekadar protes dan tidak beri sebarang impak ataupun tindakan menghulurkan bantuan yang benar-benar diperlukan oleh saudara-mara seislam kita di Myanmar ketika ini? Kita seharusnya berbangga kerana Malaysia merupakan negara pertama mengetuai bantuan seumpama ini serta mampu bekerjasama dengan pelbagai NGO dari rantau ASEAN dan seluruh dunia. 
12. Dan yang terakhir, berhubung dakwaan nasib dan keselamatan nelayan tidak terbela. Isu Laut China Selatan tidak boleh sewenang-wenangnya dikaitkan dengan isu ini. Isu Laut China Selatan merupakan isu berbeza dan melibatkan kuasa-kuasa besar dunia. Namun jika ia ingin dikaitkan dengan Laut Sulu, sesungguhnya kawalan keselamatan di perairan ini sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke samasa. 
13. Malah, Menteri Pertahanan dari Malaysia, Indonesia dan Filipina telah bersetuju untuk melakukan rondaan bersama di Laut Sulu dan akan mula dilaksanakan awal tahun ini demi memastikan keselamatan rakyat khususnya rakyat Sabah terus terpelihara.

February 3, 2017

34 Ustaz Pencetus Ummah Akhir Zaman Marah DS @NajibRazak Sebab Kena 25 Saman Oleh @PDRMsia




Gila seseorang tidak sama. Ada yang bertaraf Ustaz dan bersarban sebesar tayar kereta sekalipun, kalau gila, tetap gila. Bagaimana kita tidak kata Ustaz ini gila. Dia kena saman, disalahkan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak. Bukan satu tetapi 25 saman dalam satu masa, hari ini. Kita tidak pasti betulkah beliau kena saman dengan pihak polis sebanyak 25 saman dalam satu masa atau Ustaz ini cuba hendak memfitnah pihak polis?

Rakyat Malaysia yang lain boleh sahaja mengikut undang-undang. Apa istimewanya 'so called' Pencetus Ummah (PU) ini? Jangan menghina anggota polis yang menyaman anda kerana kedegilan dan kesalahan yang anda lakukan. Jangan babitkan Perdana Menteri kerana bukan beliau yang menyaman anda. Kalau marahkan harga minyak naik, saya tahu anda adalah jahil sehingga tidak tahu bahawa harga minyak telah diapungkan mengikut harga minyak dunia. Sekiranya anda hendak tahu bagaimana pengiraan harga minyak setiap bulan, lihat dan buat pengiraan di bawah.

Nota kaki - Pengiraan di bawah juga ditujukan kepada macai-macai pembangkang yang jahil murakkab.



Kemaskini 04/02/2017:

Malam ini ada ceramah beliau seperti di bawah. Kalau sesiapa hadir minta 'Ustaz" ini tunjukkan 25 saman yang dikatakannya.

29 Perdana Menteri Malaysia Tidak Terlibat Di Dalam Siasatan 1MDB


Ini adalah berita lama, bertarikh 02/02/2016. Hari ini genap setahun berita berkenaan disiarkan. Kita siarkan kembali kerana kita tahu pengikut anutan Mahathirism tidak membaca berita luar terutama Reuters selain daripada 'copy & paste' kitab anutan mereka iaitu Wall Street Journal dan Sarawak Report. Saya ambil 3 para awal berita berkenaan yang boleh dibaca sepenuhnya di sini. Pengikut anutan Mahathirsm yang buta English bolehlah Google Translate sahaja.
Malaysian Prime Minister Najib Razak is not among those accused of wrongdoing in an investigation by Switzerland's chief prosecutor into alleged corruption involving the 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sovereign fund, a Swiss official said on Tuesday.
The Swiss Attorney General's office said last Friday that it had identified four cases of alleged criminal misconduct in the suspected misappropriation of about $4 billion from Malaysian state companies.
Andre Marty, spokesman for the Office of Swiss Attorney General Michael Lauber, said in an emailed response to a Reuters query on Tuesday, "In the ongoing criminal proceeding of the OAG (Office of Attorney General), Mr. Najib Razak is not one of the public officials under accusation."

23 MP @ngakorming Dan Kelab Macai Che Det Hina DS Zambry, Mereka Lupa Mereka Perli DS @AzminAli




Agak sadis apabila Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dan penganut anutan Mahathirm, Kelab Che Det, mengeluarkan posting untuk menghina dan mempersendakan Menteri Besar Perak, DS Zambry Abdul Kadir, yang turun padang membuat kerja Majlis Perbandaran. CTS tidak perlu tulis panjang-panjang. Pada 19/10/2016, CTS pernah membuat posting Menteri Besar Selangor, DS Azmin Ali lagi hebat membuat kerja amal. Kalau tidak percaya, baca di sini

Beliau mahir mengorek lubang tersumbat, tukang angkut sampah, tukang masak, tukang mengecat bangunan, tukang basuh baju, tukang kebun dan pekerja 'pest control'. Janganlah Nga Kor Ming dan Kelab Che Pet nak perli DS Azmin Ai dengan membuat komen ke atas DS Zambry, ibarat pukul anak sindir menantu.

Nota Kaki - Untuk Nga Kor Ming, saya lagi berbangga jadi negeri termiskin daripada jadi negeri kaya yang penuh dengan pusat urut dan pusat perjudian.


February 2, 2017

103 Menangis Konon, Jantan Tak Tahu Malu!


Apabila penganut-penganut Agama DAP memuji Tokong Joseph Lim Guan Eng di laman media sosial, yang menangis apabila bertemu dengan orang miskin di Pulau Pinang, tiba-tiba tekak saya terasa mual nak muntah hijau. Teringat satu adengan di dalam filem P Ramlee, Ibu Mertauku yang mana dialognya berbunyi, "Menangis konon. Jantan tak tahu malu!"


Apa tidaknya, cuba lihat Buletin Mutiara, lidah DAP Pulau Pinang bertarikh 01/11/2012, Ketua Menteri Pulau Pinang sudah mengistiharkan tiada lagi orang miskin di Pulau Pinang. Lihat pula berita Roketkini.com di bawah bertarikh 27/04/2016, bukankah masih ada lagi orang miskin di Pulau Pinang?


Juga berita dari Sinar Harian di bawah bertarikh 22/06/2016 dimana Rakyat Pulau Pinang merempat di kaki lima. Mana kata-kata Ketua Menteri Pulau Pinang tiada lagi orang miskin di Pulau Pinang sejak 2012? Betulkah di Pulau Pinang tiada lagi orang miskin? Tiada lagi penerima BR1M dari Kerajaan Pusat?

114 Beg Tote @RafiziRamli Berharga RM25? Kecil Macam *ote Dia

 




Rafizi Ramli berniaga pulak dah. Sudahlah Kerajaan Negeri Selangor mengenakan caj RM0.20 bagi setiap plastik beg yang dikenakan di Selangor, tanpa memberikan sebarang alternatif kepada pengguna seperti beg kertas dan sebagainya. Sekarang salah seorang Wakil Rakyat Selangor turut berniaga beg sandang yang dinamakan Beg Tote (atau *ote) untuk mengisi kantung NGO Invoke beliau.

Kalau beg berkualiti tidaklah terasa sangat. Ini beg seperti diambil dari guni beras sahaja. Ditambah dengan saiznya yang kecil seperti *ote Rafizi Ramli yang tidak sesuai untuk mengisi barangan yang dibeli dari pasaraya. Ada hati hendak perli buang sampah di Pejabat PMO. Sampah di SUK Selangorpun masih banyak belum dibuang. Apa cerita rasuah seks yang anda dakwa berlaku dalam Kerajaan Selangor. Jangan buat-buat lupa pulak Rafizi Ramli. Apapun Tote Rafizi Ramli harga RM25 saja. Lelong. Lelong.

February 1, 2017

78 Tiada Perubahan Caj Pergigian Untuk Kelas 3, Macai Sila Hadam


Telah tular di laman-laman media sosial bahawa Kerajaan telah menaikkan caj rawatan pergigian. Beberapa blog dan portal yang tidak bertanggungjawab seperti di bawah telah membuat fitnah tanpa usul periksa.
Caj Cuci Gigi Di Klinik Kerajaan Lebih Mahal Dari Klinik Swasta -  Buletin Online
Huge hike in dental charges at government clinics - Free Malaysia Today
Ketua Pengarah Kesihatan terpaksa membuat satu lagi kenyataan untuk menafikan berita kenaikan caj rawatan pergigian yang diviralkan secara tidak bertanggung jawab oleh pihak tertentu. Mungkin Menteri Kesihatan membuat Kenyataan Media dalam bahasa English. Saya faham kenapa macai pembangkang tidak faham. Oleh itu diharap macai pembangkang dapat hadam Kenyataan Media Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dalam Bahasa Malaysia. Kalau tidak faham juga, sila meninggal.
CAJ RAWATAN PERGIGIAN DI FASILITI KESIHATAN KERAJAAN MASIH TERUS DIBERI SUBSIDI YANG TINGGI
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa Rakyat Malaysia sememangnya telah dan akan terus menerima perkhidmatan kesihatan bersubsidi tinggi oleh Kerajaan di fasiliti-fasiliti kesihatan KKM, termasuk perkhidmatan bersubsidi tinggi kepada pesakit dalam Kelas 3. Kabinet telah memutuskan untuk mengemaskini kadar caj bagi pesakit warganegara di Kelas 1 dan 2 yang terkandung dalam Perintah Fi (Perubatan) 1982, seperti yang dimaklumkan dalam Kenyataan Akhbar KKM pada 14 November 2016. Adalah dimaklumkan bahawa caj ini telah sudah sekian lama tidak dikemaskini iaitu sejak ianya mula dikenalkan pada tahun 1982. Namun begitu, pesakit dalam bagi Kelas 3 akan terus menerima perkhidmatan kesihatan bersubsidi tinggi seperti sebelum ini.
KKM ingin menjelaskan mengenai mesej tular berkaitan kenaikan caj pergigian yang telah tersebar di media sosial. Adalah dimaklumkan bahawa kos rawatan yang baru tersebut sebenarnya menggambarkan kos asas semasa pada tahun 2017 bagi rawatan pergigian di Malaysia, iaitu sekiranya ianya diberikan tanpa subsidi kepada rakyat. Namun begitu, memandangkan Kerajaan adalah terus komited untuk memberikan subsidi terutamanya bagi pesakit Kelas 3 (yang menerima 98 peratus subsidi bagi kos rawatan perubatan dan pergigian), caj ini hanya dinaikkan bagi pesakit yang berkemampuan (iaitu Pesakit Dalam Kelas 1 dan 2).
KKM ingin memberi jaminan kepada semua rakyat Malaysia bahawa Kerajaan tidak akan melepaskan tanggungjawabnya kepada golongan miskin dan mereka yang berpendapatan rendah. Mereka akan terus menerima tahap penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi pada kadar yang amat berpatutan seperti yang telah mereka terima sebelum ini.
DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
1 FEBRUARI 2017
Berikut pula adalah senarai lengkap harga rawatan pergigian. Tiada kenaikan atau perubahan harga untuk Kelas Tiga. Macai pembangkang faham atau tidak ni?







61 Depa Tanya Mana DS @NajibRazak Dan Isteri Sewaktu @drwanazizah Melawat Mangsa Banjir Di Pahang?




Heboh seantero Malaya apabila Ketua Pembangkang membuat lakonan berkipas dengan melawat mangsa-mangsa banjir di Pahang semalam, baca posting CTS terdahulu, sambil berswafoto. Ada pulak suara-suara sumbang dari macai-macai pembangkang bertanyakan di mana Perdana Menteri dan isteri?

Nah! Di atas adalah gambar-gambar Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak dan isteri melawat mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kinchir, Paloh Hinai, Pekan, Pahang hari ini. 

Untuk ke tempat ini, Perdana Menteri dan isteri menaiki bot mengharungi Jambatan Sungai Kinchir yang ditenggelami air lebih satu meter, kemudian menaiki bas sekolah sebelum tiba ke pusat pemindahan sementara di sekolah itu. 

Tak cukup dengan 3 gambar? CTS letak lagi gambar-gambar di bawah untuk tatapan macai pembangkang. Jangan kata Abang tak payung.

0 Jasa Anggota Keselamatan Ketika Musim Perayaan Harus Dihargai - Perdana Menteri


DS Najib Tun Razak dalam catatan terbarunya di laman blog www.najibrazak.com mengajak rakyat menghargai dan berterima kasih atas jasa dan pengorbanan anggota keselamatan dan perkhidmatan awam dalam memelihara ketenteraman negara setiap kali musim perayaan. Perdana menteri  berkata rakyat tidak harus lupa kepada mereka yang tidak dapat bersama keluarga demi melaksanakan tugas sepanjang tempoh berkenaan. Antaranya Perdana Menteri menulis,
"Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjaga trafik, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengawal sempadan dan kedaulatan negara malah membantu mangsa banjir, juga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang sentiasa bersedia menghadapi sebarang bencana bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara, doktor dan kakitangan hospital kerajaan serta ramai lagi.
"Selain itu, penghargaan juga harus diberi kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) yang memantau dan mengawal selia perkhidmatan pengangkutan awam kita bagi mengelak tragedi kemalangan dan kehilangan nyawa."
Perdana Menteri berkata operasi khas sebegini hendaklah diadakan dari semasa ke semasa dengan lebih kerap. Beliau turut memberi tumpuan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta agensi berkaitan yang masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa bot karam di Sabah.

45 @drwanazizah Melawat Mangsa Banjir Di Pahang, Banjir Di Kajang Sudah Selesaikah?


Lagak bagai seorang selebriti, Ketua Pembangkang yang juga Presiden PKR, DS Dr Wan Azizah telah melawat mangsa banjir di Pahang semalam. Di dalam laman Facebook beliau di sini, beliau menulis, 
Ziarah bertemu rakyat di Pahang semalam..melihat dan mendengar sendiri pelbagai kesusahan dan tekanan kehidupan akibat kelemahan pemerintahan kerajaan BN..
Tidak cukup dengan itu, beliau juga mengungkapkan beberapa rangkap pantun. Satu di antaranya yang menarik perhatian saya adalah pantun di bawah.
 Rakyat Pahang dilanda musibah,
Akibat banjir banyak yang derita,
Kita hadir membantu yang susah,
Moga beban di ringan dengan ceria
Saya tertarik dengan keprihatinan Dr Wan Azizah terhadap mangsa-mangsa banjir di Pahang. Persoalan yang ingin saya tanya kepada beliau, kenapa jauh sangat perginya keprihatinan beliau kepada mangsa-mangsa banjir? Masalah banjir di Kajang, DUN di mana beliau menjadi Wakil Rakyat sudah selesaikah?

Nota Kaki - Apakah perbezaan di antara Dr Wan Azizah dan Tengku Puan Pahang?Dr Wan Azizah pergi ke dapur pun asyik nak pegang kipas, sedangkan Tengku Puan Pahang ke dapur memasak dan menjamu mangsa banjir. Daulat Tuanku.




23 Cytro Pembangkang Cuba Buat Fitnah Isu Kad Pengenalan Palsu cc. @PDRMsia @SKMM_MCMC



Sekali imbas, pastinya kita akan percaya bulat-bulat fitnah yang dilakukan oleh cytro pembangkang yang menggunakan akaun laman sosial Facebook dikenali sebagai Otai BERSIH, baca di sini. Dokumen yang dikemukakan seperti Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan amat meyakinkan. Ditambah dengan jumlah pengunjung yang berkongsi artikel itu sebanyak lebih 3 ribu orang, pasti menyebabkan pembaca teruja.

Rakyat Malaysia naif sebenarnya dan mudah terpedaya dengan fitnah. Rakyat Malaysia malas untuk membuat sedikit penelitian bagi memastikan ketulenan dokumen di atas dan mengesahkan Otai BERSIH membuat fitnah. Banyak persoalan yang timbul sekiranya dokumen di atas diteliti. Pertama, Kad Pengenalan mencatatkan kelahiran pada 2006 disebabkan nombor Kad Pengenalan bermula dengan 06. Ini bermakna HARISA telah lahir pada 2006. Namun begitu, HARISA telah dicatatkan berumur 21 tahun di dalam Sijil Kelahiran.

Kedua, sekiranya HARISA dilahirkan pada 2006, ini bermakna pada tahun ini, 2017, HARISA baru berumur 11 tahun, bagaimana perempuan ini dikatakan telah mencapai usia 21 tahun? Ketiga, sejak bila warganegara yang berumur bawah 12 tahun mempunyai Kad Pengenalan biru?


Keempat, Kad Pengenalan adalah merujuk kepada Ibu. Bukan kepada penama Sijil Lahir. Status penama Sijil Lahir adalah Bukan Warganegara mungkin kerana semasa bayi berkenaan dilahirkan , si Bapa adalah bukan warganegara manakala ibu pula belum ditentukan statusnya. Berbalik kepada Kad Pengenalan biru yang merujuk kepada si Ibu, berkemungkinan besar si Ibu sudah mendapat kewarganegaraan.

Banyak fakta yang tidak masuk akal di dalam gambar di atas. Mungkin pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) boleh memanggil terus 'admin' Otai BERSIH untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenai fitnah yang disebarkannya, di mana beliau mendapat gambar berkenaan dan sebagainya.

January 31, 2017

86 Selepas Video 'Sembah Ayam' Teresa Kok, Kita Dihidangkan Dengan Video Bug Bunny DAP



Mereka cuba untuk membuat lawak 'sarcasm' terhadap Perdana Menteri dan isteri. Sedangkan mereka terlupa bahawa mereka telah menghina perayaan Tahun Baru Cina. Mungkin disebabkan Ahli Parlimen ini seorang penganut Kristian, jadi mungkin beliau tidak ada masalah untuk menghina Dewa Kekayaan (Deity of Fortune) kaum Cina yang bertukar menjadi pengemis. Ini sajalah taraf Ahli Parlimen DAP. Kita tidak pasti apa sumbangan mereka kepada pengundi-pengundi di kawasan Parlimen mereka. 

Yang pasti setiap tahun, Teresa Kok dan Tony Pua tidak akan terlepas untuk menghina perayaan kaum mereka sendiri dengan video-video klip bodoh. Saya sebenarnya terhibur dengan video klip ini. Bukan senang melihat nyonya melompat-lompat seperti beruk dan yang paling utama dengan bajet yang sedikit, DAP berjaya menampilkan watak utamanya, Bug Bunny. Err ... Whats Up Doc?

34 DS @MukhrizMahathir Masak Nasi Goreng Tanpa GST, Tanpa Api


Inilah kelebihan anak 'Daddy' seorang. Pastinya Mat dan Minah Bunga berbangga Timbalan Presiden Parti merupakan seorang tukang masak yang terkenal. Bayangkan DS Mukhriz boleh memasak nasi goreng yang pastinya tanpa GST, tanpa menggunakan api. Begitu dahsyat aura Mantan Menteri Besar Kedah ini.

Kalau dulu heboh satu Malaya apabila Datuk Ahmad Maslan memasak masakan orang Melayu Johor, kononnya tanpa menggunakan api. Yang dikacau oleh Datuk Ahmad Maslan adalah kuah ramuan resipi nasi minyak ataupun nasi jagung, sebelum diceduk untuk dituang ke dulang-dulang berisi beras tersusun tinggi di belakang dalam gambar. Kaedah masak sebegini di namakan kukus atau stim, di Johor kaedah masak seperti ini sangat popular.

Namun, dalam kes nasi goreng DS Mukhriz, belum pernah CTS dengar orang masak tanpa api. Api mana api? Oooo mungkin pakai dapur elektrik kot? Kita fikir baik ya Tuan-Tuan.



 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates