January 28, 2017

34 Teruknya Ahli Politik Pembangkang Sampai Kena Sembah Ayam

Macam-macam ragam ahli-ahli politik pembangkang untuk jadi terkenal. Walaupun hanya klip video Tahun Baru Cina terbitan Teresa Kok DAP, digunakan untuk sarcarsm atau menyindir, tindakan yang boleh ditafsirkan sebagai seakan-akan 'menyembah' ayam agak keterlaluan. Teresa Kok biarkan sajalah. Yang Wakil Rakyat yang beragama Islam seakan-akan turut 'menyembah' ayam ni kenapa?

Bayangkan kalau tahun ini Tahun Babi. Adakah kita akan melihat mereka 'menyembah' Babi? Adalah diingatkan tahun 2018 adalah Tahun Anjing dan tahun 2019 adalah Tahun Babi. Bagaimana agaknya video Teresa Kok?



Juga dipaparkan di dalam video berkenaan, ucapan Nurul Nuha Anwar yang menyatakan Papanya dipenjarakan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Agak pelik, kenapa tidak sebut nama Tun Dr Mahathir, orang yang mula-mula menuduh Anwar Ibrahim meliwat dan salah guna kuasa? Nampak gayanya Tahun Ayam adalah tahun 'U-Turn' kepada pembangkang.

January 27, 2017

56 Mana Ada Samanya Nasib Peliwat Dengan Nabi Yusof, Nurul Izzah Ooi!


Kalau terdesak sangat hendak melambung seseorang, suruhlah orang lain yang melakukannya dan bukan ahli keluarga sendiri. Sebelum ini si isteri, DS Dr Wan Azizah telah kagum dengan suaminya sendiri dan mengelar Anwar Ibrahim sebagai 'Anugerah Tuhan'. Hari ini pula, si anak sulung, Nurul Izzah tampil menjawab kenyataan Saiful Bukhari Azlan mengenai bapanya bahawa nasib Anwar Ibrahim sama seperti Nabi Yusuf.

Pertama, jauh bebenor perbandingan yang dibuat oleh Nurul Izzah dengan membandingkan bapanya, seorang pesalah liwat dan kini merupakan banduan di Penjara Sungai Buluh dengan Nabi Yusuf, salah seorang daripada 25 Rasul kekasih Allah. 

Kedua, Nabi Yusuf baju dia koyak di belakang ditarik oleh seorang perempuan bernama Zulaika. Manakala dalam kes Anwar Ibrahim pula, belakang Saiful Bukhari Azlan yang dikoyaknya, dan kedua-duanya adalah lelaki. Bagaimana kita hendak membuat persamaan kedua-duanya?


Sekurang-kurangnya, 'Anugerah Allah' kepada Tun Dr Mahathir diberikan oleh Datuk Ibrahim Ali dan bukannya oleh anaknya DS Mukriz.

61 Apabila Kompleks Sukan & Rekreasi MPSP Jadi Restoren Cina cc. @SPRMMalaysia


Kalau diikutkan papan tanda yang ada tertulis "Kompleks Sukan Dan Rekreasi MPSP". Pastinya di dalam fikiran di dalam kawasan ini pastinya ada gelanggang futsal, gelanggang badminton atau setidak-tidaknya trek untuk berjoging. Sayangnya, semua yang terbayang di fikiran tidak menjadi kenyataan.

Yang ada hanyalah Restoren Makanan Cina! Banyak sungguh magis yang berlaku di dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) semenjak ditadbir oleh DAP. Dulu semua benda dibangkang. Sekarang semua benda menjadi halal, asal undi DAP tidak hilang.



Siapa Wakil Rakyat atau ADUN di sana ya? Kawasan ini tidak salah di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Lalang, Parlimen Bukit Mertajam. Wakil Rakyatnya pulak dari DAP, Chong Eng yang juga EXCO Sukan Kerajaan DAP Pulau Pinang.

31 Kerajaan DAP Harus Pindahkan Pesta Belon Panas Dari Padang Polo


Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak prihatin dengan masalah yang dihadapi Rakyat. Sudah dua tahun berturut-turut iaitu 2015 dan 2016, Pesta Belon Panas diadakan di Padang Polo. Tempat ini tidak sesuai dijadikan tempat Pesta memandangkan Hospital Pulau Pinang terletak di seberang jalan tapak pesta. 

Ini menyukarkan pergerakan pesakit serta keluarga dan ambulan hospital jika berlakunya kecemasan memandangkan kesesakan pengunjung ke tapak pesta. Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak menghargai dan menghormati hak dan kemudahan pesakit untuk mendapatkan rawatan segera di hospital berkenaan. Pesta Belon Panas yang diadakan setiap tahun pada bulan Februari di Padang Polo ini bersempena Tahun Baru Cina, akan sekali lagi diadakan pada tahun ini bertarikh 4 dan 5 haribulan depan.

Semalam, MCA Pulau Pinang telah menghantar memorandum kepada Ketua Menteri, Joseph Lim Guan Eng, membantah penganjuran pesta berkenaan di Padang Polo berkenaan. Memo berkenaan telah diserahkan oleh Wakil MCA, Tan Hing Teik kepada Pegawai Khas Ketua Menteri, Tan Swee Peng di Tingkat 3, Bangunan Komtar. 

Satu laporan polis juga turut dibuat oleh Timbalan Setiausaha Pemuda MCA Negeri, Ooi Teik Liang, untuk menyiasat sekiranya terdapat agenda tersembunyi Kerajaan Negeri yang tetap berkeras untuk mengadakan pesta berkenaan di tempat berkenaan walaupun mendapat bantahan orang ramai. Menurut Wakil MCA berkenaan, mereka tidak membantah penganjuran pesta berkenaan. Sebaliknya, apa yang diminta lokasi pesta berkenaan diubah dan lokasi cadangan adalah seperti di Esplanade dan Universiti Sains Malaysia.

January 26, 2017

75 Antara Jamal Yunus Yang 'Jahat' Dan @AzminAli Yang 'Mulia', Siapa Yang Anda Pilih?

Kenyataan di bawah saya petik daripada laman sosial Facebook DS Jamal Yunus,
"Saya akan pindahkan semua 43 keluarga mangsa-mangsa banjir yang ada di Dewan Sri Bernam ini ke Resort saya di Sekinchan. Pusat banjir Dewan Sri Bernam akan di tutup. Penginapan dan makan minum akan saya tanggung sepenuhnya. Hampir 3 hari mereka berada di sini."
Ini contoh DS Jamal Yunus yang dikatakan jahat dan gila oleh kebanyakan orang. Segila-gila dan sejahat-jahat DS Jamal Yunus, 43 keluarga dapat menumpang berteduh di chalet yang cuba dirobohkan oleh Kerajaan Pakatan Selangor.

Sebaik dan semulia Menteri Besar DS Azmin Ali, adakah beliau turun membantu mangsa banjir di Selangor. Adakah Rakyat malang mangsa banjir dapat menumpang teduh di kediaman mewah beliau?

Tepuk dada tanya iman.

0 SPAD Adakan Kempen Keselamatan Jalanraya Bersempena Tahun Baru Cina Di Seluruh Negara

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengadakan Majlis Perlancaran Ops Selamat bersempena perayaan Tahun Baru Cina. Tujuan Ops Selamat ini adalah untuk mengingatkan pengguna jalan raya dan pengendali perkhidmatan pengangkutan awam agar sentiasa berhati-hati dan memandu dalam keadaan selamat semasa cuti perayaan Tahun Baru Cina.

Di Melaka, SPAD Melaka telah menyertai Majlis Pelancaran Ops Selamat 10/2017 yang diadakan di Tol Simpang Ampat dan di Freeport A Famosa Oulet, Alor Gajah, Melaka. Program yang bermula jam 10.00 pagi telah disempurnakan oleh YB Datuk Lim Ban Bong, Exco Pengangkutan dan Datuk Abd Jalil, Ketua Polis Melaka. 



Sementara itu, SPAD Wilayah Tengah telah mengadakan program walkabout bagi Kempen Keselamatan Dan Hak Sebagai Pengguna Bas Ekspress bertempat di Terminal Bas Klang Sentral. Sebanyak 100 "goodies bag" telah diedarkan kepada penumpang bas dan penumpang turut diberi penerangan berkenaan hak dan tanggungjawab sebagai penumpang. 



Di Kedah pula, SPAD UTC Kedah telah mengadakan Kempen Kesedaran Pengguna Pengangkutan Awam di Terminal Bas Shahab Perdana. SPAD UTC Kedah turut mengedarkan goodies dan flyers 'Hak Penumpang Bas Ekspres' dimana kakitangan SPAD turut memberi penerangan berkenaan Hak Penumpang Bas Ekspres dan aplikasi MeterOn kepada penumpang bas ekspres serta pemandu bas Ekspres. 


SPAD Timur iaitu Cawangan Kelantan dan UTC Pahang turut mengadakan Kempen Kesedaran Pengguna Pengangkutan Awam Darat "Safe Journey For All" bertempat di Terminal Bas Lembah Sireh dan bagi UTC Pahang di Terminal Sentral Kuantan.



Dan SPAD Wilayah Selatan juga tidak ketinggalan untuk mengadakan program walkabout bersempena dengan Perayaan Tahun Baru Cina di Terminal Larkin Sental, Johor Bahru.


23 Kenapa @cmlimguaneng Takut Sabah Mengadakan Pilihan Raya Negeri?


Tindakan Setiausaha Agong DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng yang mempertikaikan cadangan Kerajaan Barisan Nasional (BN) Sabah yang ingin mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah seawal April ini, agak dangkal dan pelik. Beliau dipetik Free Malaysia Today (FMT), di sini, mempertikaikan tindakan tersebut yang disifatkan beliau sebagai tindakan politik Kerajaan Pusat dan bukannya sebagai kehendak dan kepentingan Rakyat.

Mungkin beliau terlupa bahawa pada bulan Julai tahun lepas,  Setiausaha Agung DAP ini pernah merayu kepada parti PKR supaya dapat membuat keputusan bersama-sama untuk menyokong diadakan PRN di Pulau Pinang secara mengejut. Joseph Lim  pada masa itu secara terbuka merayu kepada kepimpinan tertinggi PKR agar menerima rancangan mereka untuk mengadakan PRN, namun akhirnya ditolak mentah-mentah. Baca laporan FMT, di sini.

Dalam pada itu, parti komponen BN, MCA bersetuju jika Sabah mahu mengadakan PRN lebih awal dan yakin BN berupaya untuk menang besar. Presidennya, DS Liow Tiong Lai, berkata majoriti kerusi BN yang dimenangi di Sabah sebelum ini menunjukkan rakyat Sabah percaya kepada apa yang sudah dilaksanakan BN di negeri berkenaan.

Katanya, pelbagai projek daripada Kerajaan Persekutuan untuk pembangunan negeri berkenaan sudah dirancang bersama, antaranya Kementerian Pengangkutan meluluskan peruntukan lebih RM2 bilion untuk pembangunan bersepadu projek pelabuhan Sabah selain, projek pembangunan Rangkaian Landasan Keretapi Sabah dan Sarawak.

Joseph Lim sepatutnya bersikap terbuka seperti Presiden MCA. Seharusnya, sebagai seorang Ketua Menteri, beliau tidak sepatutnya sibuk dengan hal ehwal negeri lain. Tidak seperti Ketua Menteri Pulau Pinang ini yang parti-parti gabungan Pakatan mereka takut mengadakan PRN kerana masalah rasuah yang melanda dirinya, Kerajaan Pusat tiada masalah untuk memberikan lampu hijau kepada Kerajaan Sabah untuk mengadakan PRN lebih awal dari PRU14.

42 Lim Kit Siang Pernah Dedahkan Tun Dr Mahathir Buat U-Turn Dalam Skandal BMF


Di dalam Penyata Rasmi Parlimen (hansard) rujukan jam 3.41 petang. hari Selasa, 22 November 1983, Ketua Pembangkang pada masa itu, Lim Kit Siang telah mendedahkan bahawa Perdana Menteri pada masa itu telahpun membuat pusingan u (u-turn) dalam Skandal BMF. Ianya berkaitan keenganan Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir untuk mengadakan Suruhanjaya Siasatan Di Raja untuk menyiasat Skandal BMF. 

Agak pelik sekiranya Perdana Menteri seorang yang telus, baru pula mengambil alih jawatan Perdana Menteri sewaktu kes berkenaan sedang hangat diperkatakan dan beliau ingin kelihatan bersih dan suci kenapa menghalang tertubuhnya Suruhanjaya Siasatan Di Raja? Hansard penuh parlimen seperti rujukan di atas adalah seperti berikut: 
Tuan Lim Kit Siang (Kota Melaka):
Tuan Pengerusi, saya mencadangkan bahawa Anggaran. Perbelanjaan bagi Maksud B. 30, Butiran Kod 1100 - Gaji dan Upahan, Program (1) Pentadbiran Am, (a) Pentadbiran diluluskan dengan syarat dikurangkan sebanyak $10 berkaitan dengan gaji Yang Berhormat Menteri Kewangan.
Tuan Pengerusi, saya mencadangkan 13255 22 NOVEMBER 1983 13256 usul ini yang bertujuan memotong gaji Menteri Kewangan sebanyak $10 sebagai membantah sekeras-kerasnya cara Kerajaan telah mengendalikan setakat ini skandal pinjaman $2,500 juta Bumiputra Malaysia Finance (BMF) di Hong Kong.
*Disebabkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah berkata bahawa Kementerian Kewanganlah yang bertanggungjawab ke atas Bank Bumiputra dan BMF dan bukan Jabatan Perdana Menteri, maka saya kini mencadangkan usul ini untuk memotong gaji Menteri Kewangan dan bukan gaji Perdana Menteri.*
Cara Kerajaan mengendalikan skandal BMF telah discreditkan sama sekali kedua-dua cogan kata popular pentadbiran sekarang yakni Kerajaan "Bersih, Cekap dan Amanah" dan "Pimpinan Melalui Tauladan". Sehingga sekarang Kerajaan tidak mahu memberi satu laporan kepada Parlimen mengenai skandal BMF dan ini menunjukkan bahawa Kerajaan hanya memberi lip-service kepada prinsip demokrasi berparlimen. Apa yang menjadi lebih serius ialah Kerajaan tidak mahu menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja untuk menjalankan satu penyiasatan awam yang meluas ke dalam skandal BMF.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah dilaporkan sebagai berkata pada 22hb Oktober lalu yang Kerajaan sedang menimbang kemungkinan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja tetapi seminggu kemudian di Labuan, beliau telah gostan balik dan menafikan yang beliau telah berkata demikian dan beliau seterusnya mengumumkan bahawa Kerajaan tidak berniat menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja. Beliau berkata bahawa Kerajaan akan menjalankan siasatannya sendiri ke dalam skandal BMF.
Pemuda UMNO yang sekian lama membanggakan dirinya sebagai berdiri di barisan hadapan menentang segala jenis pengkhianatan dan penyelewengan amanah wang awam telah bersikap begitu "timid" atas skandal BMF. Mereka telah menganjurkan satu rapat umum mengenai krisis Perlembagaan tetapi ia berfikir skandal BMF tidaklah begitu penting untuk menganjurkan satu rapat umum khusus baginya.
Nota Kaki: Di bawah adalah video Buletin Utama semalam. Lihatlah bagaimana banyak dosa-dosa Tun Dr Mahathir kepada Anwar Ibrahim sehinggakan apabila hendak menyalahkan DS Najib pun disebutnya nama Anwar Ibrahim, sehingga dibetulkan oleh penyokong-penyokong beliau. Tun Dr Mahathir sudah nyanyuk. Bertaubatlah Tun.

January 25, 2017

98 Dokumen Skandal BMF Didedah, Tun Dr Mahathir Bukan Bersih Dan Suci Seperti Yang Digambarkan


Apabila macai-macai Parti Cap Bunga Raya cuba mensucikan idola mereka, Tun Dr Mahathir Mohamed dengan mengubahsuaikan sejarah, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memperbetulkan kembali. Tidak dinafikan pinjaman kepada kumpulan Carrian diberikan sewal tahun 1979. Namun pada peringkat awal, urusniaga pada masa itu amat menguntungkan. Kumpulan Carrian memperolehi keuntungan bersih USD 100 juta dengan perolehan USD 280 juta. 


Namun skandal ini wujud sekitar tahun 1982 yang mana berlakunya transaksi pinjaman yang melangkaui had yang dibenarkan oleh oleh Bank Negara Malaysia. Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 16/07/1981. Kenapakah Tun Dr Mahathir selepas menjadi Perdana Menteri masih membiarkan BMF untuk mengeluarkan pinjaman kepada kumpulan Carrian seperti transaksi di bawah sehingga Oktober 1982?



Tengku Razaleigh Hamzah sememangnya Menteri Kewangan ketika itu. Harus diingat Perdana Menteri pada masa itu adalah Tun Dr Mahathir. Sebelum Julai 1981, beliau juga adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri MITI dan Perdana Menteri pada waktu itu, Tun Hussein Onn sedang uzur. Gabenor Bank Negara Malaysia sehingga tahun 1980 adalah abang ipar Tun Dr Mahathir iaitu Tun Ismail Haji Mohamed Ali (Julai 1962 - Julai 1980). 

Perlu diingat juga BBMB, bank induk bagi BMF di Hong Kong adalah di bawah kuasa penuh Perdana Menteri. Pemegang saham terbesar pula adalah Perbadanan Nasional Berhad (PNB). Siapa pula Pengerusi PNB pada masa itu? Tak lain dan tidak bukan juga Tun Ismail Haji Mohamed Ali (1978 - 1996).

Siapa kata selepas Tun Daim mengambil alih jawatan sebagai Menteri Kewangan, Malaysia telah menjadi Bersih, Cekap dan Amanah? Tun Daim selepas menjawat jawatan berkenaan telah mengistiharkan kes BMF yang rugi sebanyak RM 2.0 billion ditutup. Kesudahannya, pada 17/09/1984, pinjaman bermasalah BMF yang ditanggung oleh BBMB sejak 31/12/1983, telah di'bailed out' oleh Petronas.

Kesimpulannya, cara Tun Dr Mahathir menyelesaikan masalah BMF, iaialah dengan cara 'bailed out' dengan menggunakan wang Petronas (baca wang Rakyat). IMDB ada 'bailed out' kah?

Nota kaki: Sejarah memang tak pernah menipu. Tapi jangan menipu sejarah.

85 Ilusi Konspirasi Tun Dr Mahathir Mengenai Skandal BMF


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata laporan CIA yang dikeluarkan baru-baru ini yang membabitkan beliau dengan skandal BMF berjumlah berbilion ringgit pada tahun 1983 bertujuan untuk memburuk-burukkan beliau. Kata Tun Dr Mahathir lagi, tujuan atau sebab sebenar CIA mahu memburuk-burukkan beliau, adalah kerana beliau mengkritik Amerika Syarikat. Baca laporan The Star, di sini.

Jika kenyataan tersebut adalah benar mengapa CIA menunggu 34 tahun untuk melakukan perkara ini? Kenapa CIA tidak melakukannya semasa beliau masih Perdana Menteri dan bukan sekarang apabila dia tidak lagi penting kepada Amerika Syarikat, dan juga Rakyat Malaysia.

Sebenarnya laporan Skandal BMF itu hanyalah 1 laporan terkandung di dalam 9 muka surat daripada 13 juta muka surat di dalam 800,000 laporan yang CIA telah 'declassified'. Oleh itu, ilusi konspirasi CIA terhadap Tun Dr Mahathir hanyalah mainan perasaan beliau semata-mata.

0 SPAD Tingkatkan Operasi Kuatkuasa Pada Tahun Baru Cina

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menempatkan anggota bagi tujuan penyamaran di dalam bas ekspres bagi tujuan pemantauan melalui operasi bersepadu yang dijalankan sempena Tahun Baharu Cina, untuk mengesan salah laku dalam kalangan pemandu. 

Taktik itu adalah sebahagian daripada usaha pihak SPAD untuk memastikan pengusaha dan pemandu bas ekspres mematuhi peraturan sebelum memulakan perjalanan khususnya sepanjang operasi bersepadu ini. Taktik penyamaran pihaknya akan memberi tumpuan kepada usaha mengesan perlakuan pemandu bas ekspres khususnya kesalahan melanggar had laju, menggunakan telefon bimbit ketika memandu serta pelbagai kesalahan lain.

Operasi bersepadu sempena Tahun Baru Cina bermula 21 Januari hingga 5 Februari disertai oleh agensi-agensi penguatkuasaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).



79 Jamal Buat Lagi ... Kali Ini Katil Rumah Urut Pula Depan SUK



Saya bukan seorang peminat DS Jamal Yunos. Namun tindakan beliau yang sering mencetuskan kontroversi yang memeningkan Kerajaan Pakatan Selangor, amat mengujakan. Tindakan terkini beliau yang membawa katil-katil yang melambangkan hampir 4,000 rumah urut yang bercambah di sekitar Selangor, pasti memeningkan Menteri Besar DS Azmin Ali. Siap katil ada bantal lagi.

Namun, gambar yang paling 'win' hari ini adalah penjual ais krim Azmin Ali yang membawa Harley Davidson. Pecah perut koi DS Jamal. Saya juga suka acronym baru untuk DAP - Dapat Aiskrim Percuma.





17 Skandal BMF Terbongkar - Justice For Jalil Ibrahim, Al Fatihah


Semalam, portal Asian Correspondent, baca di sini, telah mendedahkan bahawa Agensi Perisikan Pusat Amerika (CIA) di bawah Presiden Donald Trumph telah 'declassified' 13 juta dokumen sulit termasuk skandal BMF (boleh di baca di akhir posting), skandal kewangan terbesar Malaysia semasa tahun 1980an. Skandal itu juga telah melibatkan kematian juruaudit muda, Jalil Ibrahim, yang menjadi idola kami para juruaudit.


Pada tahun 1986, Ketua Audit Negara, TS Ahmad Nordin Zakaria melaporkan "Pembongkaran skandal BMF hanyalah kecil. Walaupun mereka yang disabitkan kesalahan sudahpun menerima hukuman, dia percaya ada pihak yang lebih penting turut terlibat". Di bawah pula adalah dokumentari memaparkan komentar sahabat karib teristimewa Tun Dr Mahathir iaitu Lim Kit Siang. Mari kita dengar apa yang ingin beliau katakan. Adakah sekarang pendirian beliau berubah mengenai perkara ini?



Satu perkara yang menarik daripada laporan CIA tersebut adalah mengenai ayat ini:
"Bank Bumiputera ditubuhkan bagi membantu peniaga Melayu miskin. Kerugian besar bank ini terhadap pinjaman yang diberikan kepada ahli perniagaan Cina Hong Kong adalah memalukan kepada kepimpinan etnik Melayu."
Siapa pemimpin Melayu ketika itu?

Macai-macai Parti Cap Bunga Raya sejak semalam cuba meletakkan Skandal MBF di bahu Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li), Mantan Menteri Kewangan pada masa itu. Malah di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 1990, Ku Li juga telah difitnah kononnya terlibat dengan Skandal BMF. Ku Li terpaksa menyaman South China Morning Post dan menang kes dengan ganti rugi. South China Morning Post telah meminta maaf secara terbuka di sini.


Ramai yang tidak tahu bahawa Bank Bumiputera Malaysia Berhad (BBMB) merupakan satu-satunya Bank yang diletakan terus dibawah kuasa Perdana Menteri. 


Selepas 27 tahun Allahyarham Jalil Ibrahim dibunuh, CIA yang menjadi pujaan golongan Mat-Mat Bunga ini telah mendedahkan siapa yang terlibat. Mungkin banyak lagi yang akan terburai, maklumlah 22 tahun memegang tampuk pemerintahan. Teringat kata-kata Allahyarham Presiden PAS, Dato Ustaz Haji Fadzil bin Muhammad Noor,
"Ya Allah, Engkau panjangkan umur Mahathir supaya ia dapat saksikan sendiri kezaliman dan kekejaman yang pernah ia lakukan,"
Buat Allahyarham Jalil Ibrahim, Al Fatihah. In God we trust, others we audit!











 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates