January 21, 2017

9 Kalau Ikutkan Sambutan Ceramah Di Gong Badak, Terangganu Bakal Tumbang Kepada Pakatan Harapan

Ini cerita semalam. Cerita ceramah pemimpin Pakatan Harapan di Gong Badak. Suasana dan sambutan amat hebat dan luar biasa. Ceramah Pakatan Harapan di sini diadakan bersama-sama Raja Pembohong Rafizi Ramli, Pengerusi PAN Terengganu, Pengerusi MPN PKR Terengganu dan Pengerusi DAP Terengganu di Gong Badak, Kuala Terengganu dan Pengarah Komunikasi PAN Pusat.

Kalau macam ini nampak gayanya memang selepas PRU14 nanti Pengerusi PAN akan menjadi MB Terengganu yang baharu. Ternyata ceramah Pakatan Harapan tetap menjanjikan lubuk kegemaran para makhluk halus, bunian, jin dan para mambang.

0 Pegawai Baru SPAD Siap Sedia Bertugas Sempena Tahun Baru Cina


Seramai 41 pegawai baru pasukan penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) siap siaga untuk ditugaskan bagi operasi sempena perayaan Tahun Baru Cina. SPAD semalam telah mengadakan majlis perbarisan tamat latihan bagi 41 anggota penguatkuasa SPAD baru di Kem Bumi Jati, Klang. Anggota ini akan menyertai barisan 343 anggota penguatkuasaan yang sedia ada.

Barisan anggota terbaru ini yang terdiri daripada pemegang ijazah dan diploma berumur di antara 23 dan 30 tahun telah menjalani kursus intensif selama 2 bulan yang merangkumi bidang perundangan, penguatkuasaan dan operasi, tatacara pemeriksaan dan sekatan jalan raya, siasatan dan pendakwaan, Kod Amalan Industri Keselamatan (SPAD ICOP Safety), etika penguatkuasaan dan ilmu beladiri.

Majlis perbarisan hormat tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi SPAD, TS Dr Syed Hamid Albar Jaafar Albar. Di dalam ucapannya, TS Dr Syed Hamid telah mengingatkan bahawa anggota penguatkuasaan SPAD memainkan peranan penting di dalam menguatkuasakan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Sebagai barisan hadapan yang mencerminkan imej SPAD di mata masyarakat, kesemua pegawai-pegawai penguatkuasa SPAD perlu sentiasa mengamalkan integriti dan disiplin yang tinggi.

Sehubungan dengan majlis perbarisan tamat latihan ini, Major Jeneral (B) Dato Paduka Che Hasni Che Ahmad, Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan telah menyatakan bahawa anggota penguatkuasa terbaru ini akan dikerahkan serta-merta bagi operasi sempena perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

Menurut Dato Che Hasni, anggota penguatkuasa berkenaan akan ditugaskan di terminal bas, lapangan terbang, pusat bandar dan lebuh raya. Di samping itu, mereka akan menyertai Operasi Khas Tahun Baru Cina bersama agensi-agensi penguatkuasaan lain seperti JPJ, PDRM dan AADK bagi mengekang kejadian kemalangan jalan raya. Operasi akan bermula pada 21 Januari sehingga 5 Februari, termasuk penugasan anggota selama 24 jam pada 27 Januari sehingga 1 Februari 2017.

Di antara tugasan anggota penguatkuasa SPAD pada musim perayaan ini termasuk pemeriksaan kaunter, pemantauan penjualan tiket dan ulat, pemeriksaan dokumen bas di terminal, pemantauan dan rondaan terhadap penggunaan meter teksi di pusat bandar, dan penyamaran di dalam bas ekspres. SPAD juga turut serta di dalam operasi bersepadu bersama agensi-agensi penguatkuasaan lain bagi musim perayaan ini.










14 Posting Komuniti - Mercedes WWC 8908 Anda Dikehendaki

Kes pemandu lori yang dibelasah oleh 4 hingga 5 orang gara-gara terlanggar kereta Mercedes berwarna perak kini dalam rawatan hospital sehinggakan mendapat 13 jahitan.

Perhatian untuk kereta Mercedes WWC 8908, anda sekarang menjadi terkenal di seluruh negara. Plet kereta anda sudah berada di dalam tangan kebanyakan pemandu terutama Abang-Abang lori.

Adalah dinasihatkan pelaku-pelaku samseng berkenaan dapat menyerahkan diri di balai polis yang berdekatan sebelum sesuatu kejadian buruk berlaku.

January 20, 2017

43 Tun Dr Mahathir Buat Lawak Sepahtu Hari Ini Dengan Menyalahkan MCA Cia Cia Cia


Apabila Lim Kit Siang bertemu dengan Tun Dr Mahathir pagi ini, Tun memberitahu Lim Kit Siang bahawa kenyataan beliau mengenai hasrat DAP yang hanya mahukan jawatan Timbalan Perdana Menteri sahaja dan bukan jawatan Perdana Menteri, hanyalah sekadar diputarbelit oleh wartawan.

Apabila video dari Antara Pos membuktikan Tun berbohong apabila berkata,
"DAP has never asked to be Prime Minister, never. Adalah dia minta jadi timbalan, tu adalah. But for Prime Minister, they never asked."
Tun akhirnya menjadi panik. Lihat video di bawah.

video

Apa yang berlaku seterusnya adalah Tun menyalahkan MCA! MCA yang salah kerana kononnya cadangan Timbalan Perdana Menteri datangnya dari MCA dan bukannya DAP. Punyalah hadap Tun untuk membela rakan barunya DAP dengan meletakkan kesalahan ke atas bahu MCA. Tun dalam posting blognya di sini meletakkan kesalahan ke atas MCA dengan mengambil peristiwa 2009. Pandai betul Tun u-turn dengan berkata,
I wish to correct my mistake. It was not the DAP but it was the MCA.
Datuk Loke Yuen Yaw was reported by Jabatan Penerangan Malaysia, to urge Dato Seri Najib in 2009 to create the post of Deputy Prime Minister (TPM) and Deputy Chairman of BN to be filled by the MCA President to reflect “real power sharing”.
Appended below is the text of the report in bahasa Malaysia.
CADANGAN TIMBALAN PERDANA MENTERI KE-II DARIPADA MCA
Datuk Loke Yuen Yow, Timbalan Setiausaha Agung MCA dalam laman webnya menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan Timbalan Pengerusi BN untuk diisi presidennya bagi mencerminkan “perkongsian kuasa sebenar”.
Menurut Loke lagi, jawatan kedua Timbalan Perdana Menteri untuk presiden MCA bukan sahaja merealisasikan konsep perkongsian kuasa, tetapi juga menunjukkan kerajaan memberi kepentingan kepada peranan dan sumbangan kaum Cina dalam proses pembinaan negara.
Sumber Maklumat:
Jabatan Penerangan Malaysia (sini)
April, 2009
Sebenarnya Tun mudah lupa. Sebenarnya Tun sudah nyanyuk. Bila sudah lupa dan nyanyuk Tun cepat-cepat buat u-turn. Bertaubatlah Tun.


64 Gambar-Gambar DS Rosmah Mansor Berbelanja Besar Membeli Belah








Pastinya macai-macai pembangkang teruja melihat tajuk kali ini. Maaf sekiranya saya mengecewakan anda semua. Gambar-gambar di atas diambil ketika isteri Perdana Menteri yang juga Yang Dipertua Bakti, DS Rosmah Mansor dalam Majlis Sesi Bertanya Khabar Mangsa Banjir dan Penyampaian Sumbangan di Sekolah Kebangsaan Pelong, Setiu, Terangganu.

Kalau diikutkan tohmahan dan kutukan yang beliau sering terima setiap hari, DS Rosmah tidak perlu bersusah payah untuk bertemu dengan Rakyat, kerana beliau bukanlah seorang Wakil Rakyat pun. Namun ini bukan sifat beliau. Keperihatinan beliau terhadap mangsa-mangsa banjir membawa beliau dalam majlis hari ini. Kesemua keluarga tersebut menerima sumbangan berupa wang tunai dan barangan makanan.

Mungkin DS Wan Azizah Wan Ismail boleh pelajari satu dua perkara daripada DS Rosmah. Yang paling penting jangan tinggalkan pengundi ketika mereka ditimpa malapetaka. Selalulah melawat mangsa-mangsa banjir di DUN Kajang yang kerap kali menerima musibah dan berusahalah untuk menyelesaikan banjir di kawasan berkenaan.

Mungkin boleh lihat video di bawah di mana DS Rosmah dipulau oleh Rakyat Pantai Timur dan kehadiran beliau tidak mendapat sambutan:

video

0 RRC Di Sempadan Thailand Bakal Memberikan Keadilan Kepada Jiran Singapura


Keputusan Kerajaan Malaysia hendak mengenakan Caj Jalan Raya Timbal Balas (RRC) terhadap kenderaan bernombor pendaftaran asing yang memasuki negara ini melalui sempadan Thailand menjelang Jun ini, dianggap munasabah dan tepat pada masanya.

Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai berkata, ini menegaskan bahawa kerajaan tidak berdiskriminasi dalam menguatkuasakan RRC. Ini berikutan keputusan Singapura untuk tidak mengenakan RRC jika Malaysia memperkenalkan caj itu di sempadan Thailand.

Tindakan ini bakal dilihat Kerajaan sebagai tidak mengamalkan diskriminasi terhadap kenderaan Singapura. Singapura telah membuat keputusan terbaru untuk bersedia menarik balik RRC sebanyak S$6.40 terhadap kenderaan Malaysia yang memasuki Singapura sekiranya Malaysia turut mengenakan caj serupa di sempadannya yang lain.

Sebelum itu, Singapura dikatakan akan mengenakan antara lain caj VEP S$35 (RM109) sehari tidak termasuk caj Jalan Raya Timbal Balas (RRC-Reciprocal Road Charge) S$6.40 (RM20) mulai 15 Februari ini kepada kenderaan asing yang memasuki republik itu.

January 19, 2017

70 Isu Sex Peribadi Ainina Sepi, Isu Jho Low Kenapa Ainina Sibukkan Diri?


Apabila bekas Ketua Srikandi Parti Cap Bunga Raya, Ainina Saanuddin dituduh dengan satu tuduhan berat yang melibatkan maruah dirinya, beliau hanya menafikan dan berkata itu adalah  satu fitnah. Apabila bekas partinya sendiri meminta beliau membuat laporan polis untuk membersihkan dirinya, tiada sebarang laporan polis dibuat sehingga kini.

Namun apabila timbul isu yang tidak melibatkan maruah dirinya, sepantas kilat beliau membuat laporan polis. Apa kaitan Jho Low dengan Ainina secara peribadi? Bukankah lebih  baik beliau utamakan laporan polis terhadap fitnah ke atas dirinya terlebih dahulu?

Tidakkah Parti Cap Bunga Raya mempunyai barisan pemuda Armada yang hebat yang boleh saja membuat laporan polis ke atas Jho Low atau sesiapa sahaja yang parti berkenaan kehendaki. Kenapa Ainina perlu sibukkan diri?

56 Panas Isu Forest City 'Back Fired', U-Turn Dr Mahathir Tutup Dengan Isu Haji 1MDB Haram Dan TPM Dari DAP

Mungkin panas bontot apabila cubaan beliau untuk menjatuhkan projek Forest City Kerajaan Johor gagal, Tun (U-Turn) Dr Mahathir cuba untuk mengalihkan perhatian macai-macai parti Cap Bunga Raya dengan menimbulkan dua isu lapuk kembali hari ini.

Pertama, Tun Dr Mahathir di dalam posting blognya di sini sekali lagi cuba untuk menegakkan benang yang basah apabila tetap dengan pendiriannya menyanggah semua Mufti-Mufti di Malaysia dengan mengatakan menunaikan Haji di bawah tajaan Yayasan 1MDB adalah haram. Dulu setakat Haji tidak Mabrur saja. Sekarang Mufti dari Kerala ini sudah istiharkan HARAM. Memetik kesimpulan dari posting beliau seperti berikut:
14. Lagipun mereka tentu tahu bahawa tujuan Najib membiayai beribu orang untuk tunaikan Ibadat haji bukan kerana mencari pahala tetapi kerana bertujuan mendapat sokongan politik dari penerima-penerima ini. Ini adalah satu jenis rasuah dan ini juga haram disisi agama Islam.
15. Apakah pendapat mufti berkenaan dengan ibadat haji dengan duit dua kali haram – sekali duit curi, kemudian duit sogok.
16. Kalau masih anggap halal, terimalah dan lakulah ibadat haji dengan duit 1MDB.
Tun Dr Mahathir kalau belum nyanyuk kena buat keputusan betul-betul. Duit 1MDB ini dicuri atau 1MDB mencuri duit orang, kerana kedua-dua tuduhan ini pernah dibuat oleh beliau sebelum ini. Kalau 1MDB mencuri duit orang seperti dalam posting beliau yang terbaru, duit siapa yang dicuri?

Itu belum kita tanya, boleh Tun kemukakan bukti 1MDB pencuri!!! Tun Dr Mahathir juga celaru dalam bab sumber kewangan untuk haji 1MDB sebab beliau tidak tahu membezakan di antara 1MDB dan Yayasan 1MDB

Kedua, dalam keadaan Tun Dr Mahathir terdesak untuk mengalihkan isu, beliau telah membuat kenyataan bahawa DAP tidak berminat dengan jawatan Perdana Menteri tetapi hanya berminat dengan jawatan Timbalan Perdana Menteri. Baca di sini.


Belum sempat Tun Dr Mahathir menarik nafas dengan kenyataan tersebut, Setiausaha Agong DAP , Lim Guan Eng tidak sampai beberapa jam telah mengeluarkan kenyataan menafikannya. Persoalannya sekarang siapa yang berbohong? Tun Dr Mahathir atau Lim Guan Eng? Sudah-sudahlah Tun. Bawa-bawalah bertaubat.

31 Senyap-Senyap Kerajaan PAS Kelantan Kenakan Caj Levi Terhadap Pengunjung Hotel Seperti Di Pulau Pinang


Kerajaan PAS Kelantan secara diam-diam telah melaksanakan Caj Levi terhadap pengunjung bilik hotel di sana. Walaupun berbeza pendapat politik dengan DAP, PAS Kelantan tetap mengikuti jejak Kerajaan Pulau Pinang dalam hal ini. Nampak gayanya tiada lagi konsep Negeri Berkebajikan untuk pengunjung dan pelancong yang menginap di Kota Bharu.

Pulau Pinang mulai Mac 2014 telahmengenakan caj  levi bagi setiap bilik penginapan hotel disewa pelanggan mengikut taraf bintang hotel berkenaan. Sedikit berbeza dengan Kelantan, Pulau Pinang mengenakan levi RM2 bagi setiap malam di bilik penginapan di hotel yang bertaraf satu hingga tiga bintang, manakala levi RM5 akan dikenakan bagi bilik penginapan di hotel yang bertaraf empat bintang dan ke atas.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates