January 14, 2017

15 Hanya Di Pulau Pinang - Demonstrasi Sampan

Nelayan dari seluruh Pulau Pinang hari ini berdemo di Gurney Drive. Uniknya nelayan bila berdemo bukan dengan berjalan kaki sebalinya naik sampan. Projek yang dijalankan oleh pemaju E&O ini memberikan kesan kepada hasil tangkapan mereka.

Lebih 500 sampan kini menuju ke tapak projek berkenaan sejak petang tadi. Suasana seperti peperangan dalam filem Hong Kong 'The Red Cliff'.

29 PKR Kerah Bas Penyokong Hadir Himpunan Perasmian Parti Cap Bunga Raya?


Dengan dijangkakan kehadiran penyokong yang tidak ramai hari ini, Setiausaha Agong PKR telah mengarahkan Ketua-Ketua Cabang untuk menghantar bas-bas penyokong. Ini berikutan sambutan dingin terhadap acara perasmian ini yang akan diadakan di Stadium Malawati Shah Alam sepanjang hari ini. Banner-banner juga kelihatan dipasang di merata tempat di Shah Alam seperti di atas bagi mewar-warkan acara ini.

Di Selangor sahaja sebanyak dua bas diwajibkan untuk dihantar. Lebih mengujakan setiap penyokong yang hadir akan diberikan wang token sebanyak RM100. Lebih malang pula, mana-mana Ketua Cabang yang ingkar akan disenarai hitamkan dan mereka akan dihalang dari mendapat elaun bulanan JKKK. Dahsyat kan Dato Saifuddin Nasution Ismail membodek Tun Dr Mahathir?

Peringatan!

RM100 tu namanya token. Sama erti dengan sedekah. Bukan dedak ya. Mungkin juga Zakat.

Nota Kaki: Setiausaha Agong PKR seharusnya membuat Sidang Media menafikan perkara ini sekiranya pekelililing di bawah adalah tidak benar dan palsu.

January 12, 2017

0 Pengasas Big Blue Taxi Akhirnya Minta Maaf Kepada SPAD


Setelah acapkali menyerang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berhubung pelbagai isu teksi mengkritik badan itu berkait isu industri teksi, pengasas Big Blue Taxi Services Datuk Shamsubahrin Ismail hari ini meminta maaf kepada Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar. Katanya, 
"Saya hendak meminta maaf kepada SPAD dan Syed Hamid atas beberapa perkara yang saya kata dan lakukan sebelum ini. Saya bertidak melampaui batas dan saya belajar daripada kesilapan. Tahun ini saya berhasrat melupakan semuanya dan gerak ke depan."
Datuk Shamsudin berkata demikian  pada majlis pelancaran Aplikasi E-ticketing Big Blue 2GO di KLCC. Shamsubahrin berkata pihaknya tidak akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap SPAD seperti yang disebut sebelum ini. Beliau juga mahu pengerusi SPAD itu kekal bersama suruhanjaya itu dan tidak meletakkan jawatan yang seperti yang pernah dicadangkannya beberapa kali sebelum ini.

Sementara itu, TS Dr Syed Hamid berkata di dalam majlis yang sama, SPAD sentiasa sedia mendengar kritikan rakyat dalam usaha melakukan penambahbaikan sektor pengangkutan awam darat termasuk bertindak mengikut situasi semasa. Kerajaan kata TS Dr Syed Hamid tidak pernah menyekat penggunaan teknologi yang memberi keselesaan kepada rakyat. 

Beliau berkata, sebagai sebuah agensi yang diberi tanggungjawab oleh kerajaan untuk melaksanakan tugas transformasi pengangkutan awam, perkhidmatan e-hailing seperti Uber dan GrabCar di negara ini adalah dialu-alukan.  Bagaimanapun beliau berkata, semua pihak yang terlibat dalam industri pengangkutan awam perlu memahami peranan masing-masing dan undang-undang sedia ada yang ditetapkan.


146 @SyedSaddiq Buat Laporan @PDRMsia Palsu Ke Atas TS Anuar Musa?

Ini adalah rakaman Sidang Media Syed Saddiq, Ketua Armada, Parti Cap Bunga Raya selepas beliau membuat laporan polis ke atas TS Annuar Musa. Kita merasa kecewa kerana pemidato terhebat di seluruh cakerawala telah terkhilaf di dalam beberapa fakta di dalam Sidang Media beliau.



Kita merasa kesal apabila Ketua Armada sebuah parti yang dikatakan gah tidak mempunyai fakta yang betul di dalam membuat Kenyataan Media. Pertama, beberapa kali di dalam Sidang Media tersebut, Syed Saddiq menyebut TS Anuar Musa sebagai Pengerusi UniKL. Untuk pengetahuan Syed Saddiq, Pengerusi UniKL adalah Datuk Dr Adham Baba yang juga merupakan Ahli Parlimen Tenggara. Ini gambar beliau.


Kedua, seperti yang diperkatakan oleh TS Anuar Musa di dalam laman sosial Facebook beliau petang tadi, baca di bawah, MARA tidak pernah menaja The Red Worrior (TRW) walau satu sen pun. Logo MARA 50th yang dipamer dilengan jersi TRW 2016 diberi percuma kepada MARA walaupun ruangan itu bernilai RM250,000 kalau untuk syarikat sedndirian berhad. Menurut TS Annuar Musa, ianya merupakan satu penghormatan kepada MARA daripada TRW.

Ketiga, menurut TS Annuar Musa lagi, UniKL pula adalah sebuah syarikat swasta. UniKL tidak pernah menaja atau memberi biasiswa kepada pelajarnya. Jadi tidak timbul UniKL menggunakan biasiswa / tajaan. Sebagai sebuah syarikat swasta, UniKL mempunyai polisi sendiri terutama di dalam soal penjenamaan atau 'branding', promosi, pemasaran dan lain-lain dan mereka punya bajet khusus untuk itu. UniKL sudah lama terlibat di dalam penjenamaan dan pemasaran melaui sukan terutamanya dalam hoki dan bolasepak.


Syed Saddiq tidak perlulah membodek Keluarga Di Raja selepas beliau menghadapi masalah dengan Kerabat berkenaan satu masa dulu. Syed Saddiq juga tidak perlu mengambil kesempatan atau menaguk di air yang keruh daripada pertelingkahan antara dua pihak yang tidak ada sangkut paut dengannya. Syed Saddiq juga perlu meluaskan pengetahuan am beliau, jangan sehinggakan Pengerusi UniKL pun tidak tahu siapa. Pakcik Google kan ada.

80 Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Biadap Dikenakan Tindakan Tatatertib


Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) yang menjadi viral di media sosial sejak semalam, hari ini dikenakan tindakan tatatertib. Nazrul Imran Mohd Nor, Pegawai Khas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mengaku di laman 'group whatsapp' membuat komen kurang ajar di laman sosial Facebook yang bertulis, "Kesian, Hilang kawan. Hilang deposit." 

Walaupun komen berkenaan agak pendek dan padat, komen berkenaan agak keras, bersentimen, tidak sensitif dan kurang ajar apabila beliau mengkritik Perdana Menteri ketika saat negara kehilangan Ketua Menteri Sarawak, TS Adenan Satim semalam.

PTD ini telah dikenakan tindakan tatatertib hari ini termasuk digantung tugas. Beliau dikenakan tindakan tatatertib di bawah peraturan PU(A)395/1993. Beliau juga dipanggil pulang dari Manila ke Wisma Putra dengan serta merta.

January 11, 2017

75 Pandai Pulak @limkitsiang Ucap Al Fatihah


Ketua Menteri Sarawak kelima, Tan Sri Adenan Satem dilaporkan menghembus nafas terakhir pada pukul 1.20 petang di Hospital Umum Sarawak di Kota Samarahan. Takziah kepada Puan Sri Jamilah Anu dan keluarga serta Rakyat Negeri Sarawak atas kembalinya TS Adenan ke Rahmatullah.

Walau bagaimanapun, usaha Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk mengucapkan takziah kepada TS Adenan dengan ucapan Al Fatihah bagi saya tidak wajar. Melainkan beliau fasih membaca keseluruhan ayat dan faham makna yang terkandung di dalam surah berkenaan. Tidak perlu ada usaha untuk menampakkan Islamik dengan ucapan sedemikan. Cukuplah sekadar ucapan takziah.


Dan ini pula komen daripada Red Bean Army (RBA) yang cukup kurang ajar di atas pemergian DS Adenan.


January 10, 2017

106 Apa Kena Mengena @MahfuzOmar Dengan Mohd Faiz Subri?


Tahniah kepada Mohd Faiz Subri kerana memenangi jaringan terbaik dunia bagi Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 di Zurich. Masa inilah ahli-ahli politik mengambil kesempatan untuk menumpang nama Faiz. Tidak ketinggalan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang turut menempel nama kejayaan Mohd Faiz. 

Kita tidak terkejut sekiranya selepas ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng turut memanggil Mohd Faiz untuk memberi penghargaan dan membuat pengakuan bahawa Kerajaan DAP Pulau Pinanglah tunggak kejayaan Mohd Faiz.

January 9, 2017

112 Sedih Murid-Murid Sekolah Dipergunakan Untuk Menunjukkan Sokongan Kepada KETUM




PKR hari ini mempergunakan khidmat remaja yang dipercayai masih bersekolah untuk hadir ke Kompleks Mahkamah Tinggi Pulau Pinang bagi menyatakan sokongan kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang sedang menghadapi kes saman malu beliau hari ini.

Anwar Ibrahim yang dibawa dari Penjara Jawi, Nibong Tebal tiba di mahkamah bagi menghadiri perbicaraan kes menyaman sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang didakwa memfitnahnya berhubung penggubahan wang haram.

Ketibaan Anwar Ibrahim ke Kompleks Mahkamah Tinggi dikawal ketat oleh pihak polis dan Jabatan Penjara disambut hambar oleh Rakyat Pulau Pinang. Hanya sekitar 200 orang berhimpun di sekitar Kompleks Mahkamah Tinggi tersebut. Jadi tidak hairanlah apabila PKR terpaksa mengimport pelajar-pelajar sekolah dengan menaiki lori untuk memeriahkan keadaan.

Namun apa yang mengecewakan ia bukan sahaja hambar, malah PKR terpaksa mengunakan khidmat anak-anak kecil yang dipaksa untuk poteng sekolah untuk meramaikan himpunan tersebut. Mereka bukan sekadar hadir, malah turut dipaksa untuk memakai t-shirt 'Sokong Anwar' dan ditugaskan untuk membantu mengedarkan makanan dan minuman kepada hadirin yang lain.

video



January 8, 2017

62 Beg Tangan Anak Timbalan Presiden Parti Bunga Raya Berharga RM400,000?


Berkat menabung sejak dari Bapa beliau menjadi Menteri Besar hinggalah dipecat daripada jawatan tersebut, iaitu dalam lingkunga 3 tahun, dapatlah anak Timbalan Presiden Parti Cap Bunga Raya untuk membeli beg tangan berharga hampir USD100,000. Beg tangan berkenaan hampir sama dengan 4 buah harga rumah sederhana murah yang berharga RM100,000 setiap satu.

Realitinya ini baru beg tangan si anak. Cuba bayangkan harga beg tangan si isteri pula. Patutlah Timbalan Presiden Parti Cap Bunga Raya asyik mengeluh Rakyat Malaysia berada di dalam kemelut kemiskinan dan Ringgit Malaysia tidak laku lagi. Sebab itulah beg tangan terpaksa dibeli di luar negara dengan harga dalam USD Dollar.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates